TERKINI :

Wednesday, March 5, 2014

Salahuddin Ayub sekolahkan Hasan Ali..!!

Salahuddin Ayub Sekolahkan Budak Tua Yang Kena Pecat Dari PAS


Si Hassan Ali masih perasan bahawa dirinya masih diterima PAS sedangkan hakikatnya dia sudah dipecat keahlian daripada PAS. Sebagai orang yang dipecat dan dibenci, Hassan Ali sepatutnya sedar diri dan tidak lagi mencampuri urusan PAS.

Jagalah JATI tu baik-baik agar boleh mencapai status seperti umno dan perkasa. Kembangkan keahlian dan daftar sebagai komponen barisan nasional. Ada lah can jadi menteri... wakaka

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar dan memberi amaran kepada bekas Naib Presiden parti itu Datuk Dr Hasan Ali agar tidak mencampuri urusan parti itu lagi kelak.

Menurutnya, Hasan kini sudah tidak lagi relevan untuk memberi nasihat tentang hubungan dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk memberi cadangan akan tindakan yang perlu diambil oleh PAS.

Sebaliknya, PAS nekad untuk terus memperkukuhkan hubungan dalam komponen parti pembangkang itu, sekaligus memberi sokongan padu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac nanti.

Macai bila ada dikatakan hina POLIS bukan main meloncat, tapi bila Hina ISLAM apa pun tak kata..!!


TANG MANA AYAT DIATAS DIKATAKAN MENGHINA POLIS
KAMI PUN TAK TAHU.. TAPI JIKA DI BAWAH NIE TERANG-TERANG
MENGHINA HUKUM ALLAH....

Jika Kes Liwat sampai lubang pungkoq hangpa koreknya, tapi kes Rasuah duit rakyat haram tak layan..!!

Jabatan Peguam Negara mengembalikan sembilan kertas siasatan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syor supaya ia ditutup, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
  
Katanya ini kerana penelitian jabatan itu terhadap hasil siasatan SPRM mendapati tidak cukup keterangan bagi membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan di dalam kertas siasatan itu.
  
"Dalam beberapa kes, adalah diperhatikan bahawa salah laku atau salah urus perbelanjaan yang telah dibangkitkan di dalam LKAN 2012 dan disiasat oleh pihak SPRM adalah berikutan kecuaian pegawai-pegawai di samping kelemahan prosedur pentadbiran, kewangan dan tadbir urus di kementerian, jabatan atau agensi yang berkenaan.
  

Sesungguhnya rakyat sungguh kejam kepada Rosmah..!!!

ROSMAH BEKORBAN APA SAJA UNTUK RAKYAT- "TETAPI JANGAN SAMPAI BERBOGEL"

Jika P Ramlee sanggup berkorban apa saja termasuk harta atau pun nyawa demi kasih yang sejati apa kurangnya isteri PM DS Rosmah yang terpaksa berkorban hobi kesukaannya bermain badminton hanya demi menumpukan masanya untuk rakyat. 
 
Ini termasuk juga hobi nya di dalam bidang fesyen yang juga telah dicuri oleh rakyat. Rosmah juga merungut disebalik pengorbananya yang besar itu masih ramai lagi rakyat yang yang tidak kenang malah menyatakan beliau tidak betul.
 
Memetik dari lapuran Malaysiakini (pemenang the Best Online Media anugerah dari Zahid Hamidi) melapurkan-
  “Everything has been taken away from me, including my time, including my hobbies. I don’t get to play badminton now because I am very busy doing things for the rakyat. If that is still not right then I don’t know what to say” (malaysiakini). 
  Sesungguhnya rakyat sungguh kejam kepada Rosmah. Apa lagi yang rakyat mahu?
 

Akhirnya Kerajaan UMNO MELAKA terbarai pekong didada..!!

Masalah pengurusan punca kerugian, bukan penyelewengan wang, kata Idris Haron

Kerajaan negeri Melaka pada masa ini tidak melihat keperluan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kerugian jutaan ringgit anak syarikat dan agensi kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata ini kerana kerugian itu tidak disebabkan oleh penyelewengan dalam kewangan sebaliknya melibatkan masalah pengurusan anak syarikat serta agensi kerajaan negeri terlibat.
Katanya segala kewangan melibatkan kerajaan negeri diaudit Jabatan Audit Negara serta bahagian audit negeri sendiri dan sehingga kini tiada sebarang penyelewengan ditemui pada kewangan kerajaan negeri.
"Bila audit siap dan ada kepincangan, kerajaan negeri tahu garis panduan yang perlu dipakai bagi selesaikan masalah ini...saya pohon rakyat berikan saya masa untuk selesaikan semua ini," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di Melaka hari ini.

Jika Hukum Islam dilaksanakan, tukang sebat akan lenguh sebab ramai macai nak kena tibainya..!!!

MUSTAHIL MEREKA TIDAK TAHU HUKUM QAZAF
 Oleh: Dr Tanaka Mustafa

MUSTAHIL MEREKA TIDAK TAHU HUKUM QAZAF

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Apabila ada sahaja pilihanraya umu, atau pilihanraya kecil, atau apa sahaja melibatkan Anwar Ibrahim secara langsung, watak-watak kambing laga akan muncul, mengomen, menghentam, mecerca dan memki Anwar Ibrahim.

2) PRK Kajang dengan pengumuman Anwar Ibrahim untuk menjadi calon, rakyat sudah dapat menjangka serangan Umno/BN terhadapnya melalui media perdana khususnya. Watak-watak kambing laga yg akan muncul di kaca TV sudah dapat diagak oleh rakyat Malaysia.

3) Baru-baru ini Hassan Ali sudah muncol dengan 21 dalil menolak Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Tidak dinafikan, seterusnya nama-nama seperti Zulkifli Nordin, Ezam, Hassan Basri, Hassan Ali, Hafiz Nordin, Asyraf Wajdi, Ismail Mina, Sidek Baba, Nallakarupan dan ramai lagi akan muncul menjelang PRK Kajang.

4) Pelbagai fitnah, cacian, tuduhan, analisis bodoh, semuanya bertujuan menjatuhkan maruah dan kredibiliti Anwar Ibrahim. Segenap penjuru makhluk bernama Anwar Ibrahim diserang. daripada agen Amerika, sehingga menjadi agen yakuza jepun. Daripada isu video seks sehingga isu liwat. Semua isu itu diulang-siar beratus-kali - dengan tujuan rakyat akan membenci Anwar Ibrahim.

5) Abaikan semua isu lain. Saya mahu rujuk kpd isu liwat, dan saya mahu  fokus kepada dua tiga ekor kambing laga yang memainkan isu liwat/seks secara langsung atau secara sindiran. Saya tak kisah sangat kalau Nallakarupan yang main isu seks  dan liwat. tetapi yang memainkan isu seks/liwat untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim adalah dua tiga orang yang bertitle Ustaz.

6) Hassan Basri dalam video ceramahnya yg boleh didapati dalam laman Youtube, terang-terang menuduh Anwar sebagai homoseksual, pengamal liwat. Hassan Basri bukan macai biasa. Dia pernah digelar ustaz. Orang kuat Hassan Ali. 

7) Bukankah menuduh orang berzina atau liwat tanpa membawa 4 orang saksi, wajib disebat 80 sebatan dan kesaksian mereka ditolak selama-lamanya? Mustahil mereka ini tidak tahu mengenai hukum qazaf. Sama ada Anwar Ibrahim meliwat/zina ataupun tidak, mereka yang menuduhnya wajib disebat 80 sebatan terlebih dahulu, sebelum Anwar Ibrahim dibicara.

8 ) JIKA Anwar didapati bersalah sekalipun, mereka yg menuduhnya tanpa 4 saksi yg adil, mesti disebat. Pembuktian melalui qarinah seperti video, tilam, tompokan mani, lubang dubur saiful robek dan sebagainya, JIKA terbukti sahih dan Anwar bersalah dengan bukti-bukti itu sekalipun, maka Anwar hanya dikenakan hukum Takzir, bukan hudud. Anwar tidak dikenakan hukuman hudud sekalipon didapati bersalah (tanpa 4 saksi), sedangkan orang yang menuduhnya tanpa 4 saksi itu adalah pesalah qazaf, pesalah hudud yang mesti disebat 80 sebatan. APakah ustaz-ustaz kambing laga ini tidk faham hukum hudud?

9) Islam amat memandang serius tetang maruah seseorang muslim yg cuba dirobek oleh makhluk-makhluk yg tercela. Lihatlah betapa hukum qazaf hanya melibatkan fitnah seks terhadap seseorang muslim/muslimah. Tidak ada dalam hukuman hudud atas kesalahan memfitnah dalam perkara lain. Bukan kesalahan hudud menuduh orang membunuh. Tiada dalam hukuman hudud menuduh orang mencuri. Semua itu hanya melibatkan hukuman Takzir. Tetapi menuduh zina, menuduh liwat, ia diletakkan di bawah hukum Hudud. Menuduh zina/liwat adalah kesalahan qazaf yg membawa hukuman 80 sebatan dan ditolak kesaksian slama-lamanya.

10) Zina/Liwat adalah berdosa besar. Menuduh Zina/Liwat tanpa 4 saksi juga adalah berdosa besar. Sedarlah Hassan Basri! Sedarlah Zulkifli Nordin! Kamu adalah pesalah hudud. Serah dirilah kamu untuk disebat 80 sebatan, sebelum kamu disebat di akhirat nanti!

Sekian.

p/s: Jika hudud dilaksana dalam negara kita, kerja kosong sebagai tukang sebat akan jadi banyak. Sebab macai-macai umno yg menjadi pesalah qazaf, bakal disebat. Lenguh oii...ramai sgt...
1) Apabila ada sahaja pilihanraya umu, atau pilihanraya kecil, atau apa sahaja melibatkan Anwar Ibrahim secara langsung, watak-watak kambing laga akan muncul, mengomen, menghentam, mecerca dan memki Anwar Ibrahim.

2) PRK Kajang dengan pengumuman Anwar Ibrahim untuk menjadi calon, rakyat sudah dapat menjangka serangan Umno/BN terhadapnya melalui media perdana khususnya. Watak-watak kambing laga yg akan muncul di kaca TV sudah dapat diagak oleh rakyat Malaysia.

3) Baru-baru ini Hassan Ali sudah muncol dengan 21 dalil menolak Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor. Tidak dinafikan, seterusnya nama-nama seperti Zulkifli Nordin, Ezam, Hassan Basri, Hassan Ali, Hafiz Nordin, Asyraf Wajdi, Ismail Mina, Sidek Baba, Nallakarupan dan ramai lagi akan muncul menjelang PRK Kajang.

4) Pelbagai fitnah, cacian, tuduhan, analisis bodoh, semuanya bertujuan menjatuhkan maruah dan kredibiliti Anwar Ibrahim. Segenap penjuru makhluk bernama Anwar Ibrahim diserang. daripada agen Amerika, sehingga menjadi agen yakuza jepun. Daripada isu video seks sehingga isu liwat. Semua isu itu diulang-siar beratus-kali - dengan tujuan rakyat akan membenci Anwar Ibrahim.

Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!!

2
Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya.

Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Erra juga berkata, beliau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.

Khalid perlu memberi penerangan isu air sampai ke akar umbi

– Aspan Alias

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan penerangan yang sebetulnya bagi menafikan apa yang di sebut oleh Rafizi Ramli, tentang MoU berkaitan dengan air, dua hari lepas itu hanyalah andaiannya sahaja.

Rafizi telah mengkritik MoU itu dan berkata yang perjanjian itu akan melibatkan kos bagi kerajaan Selangor itu akan mencecah harga RM20 billion dan bukannya RM9.6 billion sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan negeri itu.

Khalid berkata beliau akan memberikan penerangan secara besar-besaran dan mengtaklimatkan isu air ini supaya tidak dikelirukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

Khalid berkata yang semua pihak akan dapat memahami segala yang telah dipersetujui itu dengan memberikan pencerahan secara terbuka dan tepat dalam masa yang terdekat ini.

Bagi saya, rakyat yang biasa di bawah ini, wajar mendapat penerangan dengan baik. Penerangan itu boleh dilakukan dengan mengembalikan tindakan memberikan penerangan kepada rakyat Selangor seperti kurusus sivik yang lazim dilakukan oleh kerajaan dahulu.

Rahsia Red Bean Army terbongkar

– Oleh Edry Faizal

“Tentera Kacang Merah”
red-bean-cartoon
SEBELUM rakyat Malaysia membuang undi untuk Pilihan Raya Umum ke-13, akhbar perdana di bawah kawalan Barisan Nasional (BN) dilihat melampiaskan saki-baki propaganda mereka. Maka dongeng mengenai “Tentera Kacang Merah”(TKM) dihurai dengan panjang lebar.

New Straits Times misalnya menerbitkan artikel mengatakan bahawa TKM mempunyai kekuatan anggota yang melampau besarnya. Kononnya antara 2,000 hingga 3,000 orang dan setiap seorang pula dibayar gaji antara RM3,000 dan RM8,000.

Angka yang amat tidak masuk akal baik daripada segi bilangan anggota mahupun jumlah gaji mereka. Malah, angka itu turut bercanggah dengan laporan awal lidah parti United Malay National Organization (UMNO), Utusan Malaysia bahawa bilangannya cuma ratusan orang.

Ciri-ciri TKM yang disebut dalam artikel itu juga samar-samar. Sehinggakan mana-mana warga awam yang melayari internet dan pada masa sama menentang BN, boleh dituduh sebagai TKM.

Munculnya dongeng TKM beberapa hari sebelum PRU-13 pada awalnya disangkakan hanya satu lagi taktik menakut-nakutkan rakyat dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Macam sial ja pengerusi PAC nie, Siasat pun belum pasai apa MAS rugi terus kata tak payah..!!!

MAS: Belum siasat Pengerusi PAC dah buat kesimpulan?


KUALA LUMPUR: PAS mempersoal kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membuat kesimpulan mudah untuk tidak menyiasat punca kerugian Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata alasan Nur Jazlan bahawa PAC tidak perlu menyiasat kerugian RM1.17 bilion MAS kerana kerugian itu berpunca dari masalah pengurusan bukan ketirisan adalah satu alasan yang tidak wajar.

Katanya, sebagai seorang pengerusi PAC, Nur Jazlan seharusnya menunjukkan integriti beliau dengan menyatakan komitmen untuk menyiasat, dan bukannya membuat kesimpulan awal bahawa kerugian bukan berpunca dari ketirisan.

"Nur Jazlan tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebelum siasatan sudah tahu punca sebenar. PAC perlu melakukan siasatan apa punca sebenarnya kerugian tesebut.

"Apa pun penyiasatan tidak boleh lari dari ketirisan yang berpunca dari masalah pengurusan. Kedua-duanya berkait rapat, penyiasatan tidak boleh lari dari kedua-dua perkara," jelasnya kepada Harakahdaily.

Husam menang saman terhadap blogger Umno

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.
 

Anwar terharu sokongan PAS walaupun dapat tekanan di Kajang

Calon PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, malam tadi.
Calon PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, malam tadi. Calon PRK Kajang bagi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, malam tadi. 

Walaupun tanpa presiden PAS dan menerima tekanan kuat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh parti itu dalam membantu beliau dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketika berucap di majlis pelancaran jentera PAS PRK Kajang, Anwar yang akan menjadi calon PKR dalam pilihan raya itu berkata, rakannya dalam Pakatan iaitu PAS dan DAP menunjukkan semangat setiakawan yang utuh.

"Terima kasih kawan-kawan pimpinan PAS yang bagi kerjasama luar biasa untuk kita pertahankan Kajang walaupun mereka menerima tekanan yang kuat," katanya.

Malah Anwar terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berada di Kajang pada 28 Febuari lalu.

"Hari itu saya ke Jepun. Presiden PAS sudah turun di Kajang sebelum penamaan calon, ini menunjukkan semangat setiakawan yang terus utuh.

"DAP pun sudah turun malah Kit Siang pun sudah bagi arahan tegas kepada jenteranya bagi membantu PRK Kajang," katanya dalam ceramah sempena Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang, di sini malam tadi, lapor lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

[Panas] Ustaz UMNO kata MAT SABU bekalkan pemuas nafsu untuk perwakilan di Muktamar PAS

Penceramah UMNO tuduh Mat Sabu pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS.. (Video Inside)

Biarpun Pilihanraya di Kajang hanyalah satu pilihanraya kecil bukannya satu Pilihanraya Umum dan yang bertanding di situ adalah calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim namun serangan dari pihak Barisan Nasional tidak mengenal batas..

Mereka menyerang seolah-olah Anwar Ibrahim sedang bertanding untuk merampas kerusi Perdana Menteri..

Apa atau siapa sahaja yang difikirkan oleh mereka punya pertalian persahabatan dengan DS Anwar Ibrahim habis dihentam mereka..

Tak kiralah samada mereka itu dari PKR sendiri mahupun mana-mana parti yang berada dalam Pakatan Rakyat baik PAS mahupun DAP.

Dalam satu ceramah yang telah diadakan pada 2 Mac 2014 lalu di Taman Melati, Kajang seorang penceramah dari BN, Ustaz Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin telah mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS..

Rakyat rasa tidak selamat, pasukan polis perlu reformasi

Aksi Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan ketika berucap dalam forum Masa Untuk Mereformasikan Pasukan Polis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Mac, 2014.
Aksi Pengerusi MyWatch, Sri Sanjeevan ketika berucap dalam forum Masa Untuk Mereformasikan Pasukan Polis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Mac, 2014.

Setiap hari, Malaysia mencatatkan purata satu kematian untuk dua bulan pertama tahun ini menjadikan rakyatnya rasa tidak selamat, forum tentang jenayah diberitahu malam tadi.

Forum bertajuk "Masa untuk mereformasi pasukan polis" yang disertai kira-kira 100 orang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur bersetuju majoriti rakyat negara ini rasa tidak selamat sama ada di bandar atau desa.

Pengerusi NGO pemerhati jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan memberitahu forum itu, 67 pembunuhan dicatatkan dalam dua bulan pertama tahun ini manakala lebih 6,000 motosikal dicuri dan 900 kes jenayah dilaporkan sepanjang masa itu.

Sanjeevan kemudian memberitahu wartawan bahawa data itu didedahkan kepada beliau tetapi tidak dapat disahkan apakah itu indeks jenayah rasmi untuk Januari dan Februari atau tidak.

Kenal pasti kuarters guru terbiar di Kedah untuk penempat sementara

OLEH: NURUL FATIHAH SULAINI Tarikh: March 4, 2014

ALOR SETAR - Jumlah kuarters guru yang terbiar di setiap daerah sedang dikenalpasti untuk menjadi penempatan sementara pasangan muda yang baru berkahwin sebelum memiliki kediaman sendiri.

Presiden Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), Mohd Aizad Roslan berkata, langkah itu dapat meringankan beban mereka membayar rumah sewa yang terlalu tinggi terutama di kawasan pekan.

Beliau berkata, bukan sahaja kadar sewa mahal tetapi sukar mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja.

“Selalunya jika tiada pilihan mereka terpaksa menumpang di rumah keluarga bagi menjimatkan kos.

“Pasangan yang baru berkahwin sering berhadapan dengan masalah kewangan. Kebiasaannya mereka perlu mengambil masa beberapa tahun sebelum dapat memiliki rumah sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pakat dok berhenti ambik gambaq la pulak atas Jambatan kedua...!


Jangan berhenti atas jambatan rakam gambar


GEORGETOWN - Orang ramai dinasihati agar tidak memberhentikan kenderaan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atas faktor keselamatan.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan berkata sejak dibuka Ahad lepas pihaknya mendapati ramai yang berhenti untuk merakam gambar.

"Keadaan ini bahaya kerana mereka akan berada di lorong motosikal yang menghalang penunggang motosikal," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Jambatan yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac lepas mencatat rekod sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu 24 kilometer yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di bahagian pulau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...