TERKINI :

Tuesday, March 4, 2014

Surat Terbuka Buat Astro..

Dewasa ini kita mengalami bermacam cabaran hidup terutamanya dalam menghadapi segala kenaikan harga barangan yang kian mencengkam majoriti rakyat. Hampir kebanyakkan kita menghabiskan masa demi sesuap nasi terutama warga kotaraya. 

Seringkali masa dihabiskan untuk mengharungi kesesakan lalulintas, bebanan tugasan di pejabat dan sebagainya. Waktu yang terluang realitinya amat sedikit untuk dihabiskan bersama ahli keluarga tercinta. Itupun jika kita tidak membuat kerja sambilan bagi menampung segala kos meninggi kini.

Masa yang sedikit amat berharga itu adakalanya kita menefaatkan bersama ahli keluarga di rumah. Bersama ahli keluarga ramai diantara kita mencelahkan masa itu dengan sedikit hiburan bersama-sama dihadapan peti televisyen di rumah. Melalui peti yang mengeluarkan suara dan visual itulah rakyat berhibur sedikit melepaskan lelah dan mengambil kira apa yang berlaku di dalam dan luar negara.

Umum kita sedia mengetahui bahawa Malaysia mempunyai sendiri siaran samada daripada pihak kerajaan mahupun swasta. Siaran swasta berbayar yang kita keluarkan wang poket kita untuk sedikit hiburan harian bersama keluarga pula menyediakan perkhidmatan yang amat-amat mengecewakan. 

Kita sedia maklum dengan perkhidmatan pihak yang menyediakan siaran berbayar ini iaitu ASTRO sangat mendukacitakan kita kerna siaran yang kita harapkan mutu perkhidmatan mempunyai bermacam masalah dan karenah.

Pihak kami daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kerangka membawa suara rakyat yang merasakan ditindas oleh sistem penyiaran ini bersama-sama 57,000 suara pelanggan ASTRO akan turun bersama dalam satu aksi dalam memenuhi tuntutan kami bersama. SAMM juga telah mengumpul tandatangan pelanggan Astro di hampir seluruh negara, selain mendapat sokongan besar dari laman sosial Facebook.

Namun sebelum tindakkan yang lebih agresif, kami SAMM ingin mengadakan pertemuan empat mata bersama pihak ASTRO bagi membincangkan bersama untuk mencapai situasi menang-menang untuk pihak ASTRO dan rakyat yang ditindas itu sendiri. Surat rasmi juga akan dimajukan kepada pihak Astro.

Justeru itu, Sekretariat #BantahASTRO yang telah dilancarkan sejak tahun lalu berharap dapat bertemu dan menyampaikan suara rakyat yang merasa ditipu dan tertindas. Jika tiada apa-apa tindakan atau maklum balas pihak ASTRO, kami berjanji satu aksi besar akan dirancang untuk menunjukkan bahawa rakyat adalah pengguna yang bijak dan tidak berdiam apabila dipijak.

Sekian,

Khairooll Annuar Al-Megat
Sekretariat #BantahASTRO,
Penyelaras Kebangsaan,
Solidariti Anak muda Malaysia.

Apabila 'menteri' hilang dalam jerebu..!

Vell Paari: Menteri 'hilang' bila jerebu melanda

Anak bekas presiden MIC S Vell Paari hari ini menyelar presiden parti itu Datuk Seri G Palanivel yang didakwa 'hilang' apabila jerebu melanda beberapa bandar utama di negara ini.

Vell Paari berkata presiden MIC yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar sepatutnya menerangkan kepada rakyat Malaysia berkenaan isu jerebu dan mengarahkan Kementerian Pendidikan menutup sekolah berikutan indeks pencemaran udara (API) yang tidak sihat.

Anak bekas presiden Datuk Seri S Samy Vellu itu turut mendakwa Palanivel lebih berminat melindungi Panda dari negara China.

"Beliau (Palanivel) tidak berminat dengan kehidupan rakyat Malaysia atau hidupan liar Malaysia. Beliau dilihat memberi lebih perhatian bagaimana menjaga Panda dari China yang masih belum tiba di sini.

"Sebagai menteri bertanggungjawab soal alam sekitar, Palanivel ada tugas untuk mengambil berat terhadap rakyat Malaysia dan mejelaskan perkara sebenar. Tapi saya fikir dia tak peduli," katanya.

Vell Paari juga berkata dalam perkara berkaitan kesihatan seperti denggi dan penularan virus H1N1, menteri bertanggungjawab sepatutnya memberi kenyataan kepada media, dan memastikan orang ramai tidak panik.

"Walau ketika pencerobohan Lahad Datu, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan ada di tempat kejadian walau keselamatan mereka terancam.

"Tetapi Palanivel tidak peduli langsung untuk memberi arahan atau panduan untuk keselamatan kanak-kanak dan orang tua. Adakah kita mahu menteri tidak bertanggungjawab seperti ini?," soalnya.

KJ janji sambutan Hari Belia tanpa K-Pop

OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: March 4, 2014

BANGI - Ekoran kontroversi yang melanda penganjuran Hari Belia tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini 'berikrar' perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran akan datang.

Menurutnya, penganjuran Hari Belia akan datang akan diisi dengan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama bagi memastikan sambutan tersebut berjaya menjadi satu medan untuk mendidik anak muda ke arah lebih baik.

"Kita dah susun semula pengisian Hari Belia.

"Lebih seimbang dan akan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama diadakan.

"...K-Pop dah tidak ada dah, minta maaf kepada semua," katanya ketika membicarakan mengenai bicara tokoh di Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Terdahulu, Hari Belia tahun lalu telah mencetuskan kontoversi kerana ramai yang berpendapat bahawa kedatangan penyanyi Korea (K-Pop) ke majlis tersebut dianggap sebagai membazir serta tidak mencerminkan mentaliti sebenar belia negara.

PAS patut nyatakan siapakah gerangannya Hafiz Nordin yang berada di sebelah Hasan Ali semalam

Photo: Gua jika yg tengah tu gua tak kesah memang dok kompom dah meroyan bermusim tapi skrg nie yg sebelah tepi berbulat tuuu...

Rasanya mamat nie selalu demo di penang dgn bawa bendera pas dan siap ngaku aktivis pas...

Isu skrg benarkan beliau masih ahli pas? 
Apa Status Mamat Hapis Nordin nie..?? Banyak tindak tanduknya dari dahulu menjaja dan membawa nama PAS.. Jadi PAS kena perjelaskan adakah beliau masih lagi AHLI PAS ataupun sudah di PECAT.. Jika di PECAT dimana kenyataan dan surat pemecatan kerana sampai sekarang PAS nafi pun tidak.. Sekadar membiarkan isu tersebut berlalu macam itu sahaja..

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/m_penangc2812_540_359_100.jpg
http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/PKRkakibuli/pix_gal1?harianmetro 

UMNO sebenarnya bodoh tentang sejarah, tak payah suruh rakyat selamilah..!!


 Sejarah yang mana satu, persoalan yang nie pun menteri tak jawab lagi..??
Belia disaran selami sejarah Umno
Wartawan Sinar Harian

CAMERON HIGHLANDS - Golongan muda diminta memahami sejarah bahawa Umno satu-satunya parti di dunia yang masih menjadi tonggak pemerintahan negara sejak memperoleh kemerdekaan daripada penjajah.

Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perjuangan Umno benar-benar menjaga rakyat di negara ini khususnya kebajikan orang Melayu di semua tempat.

Ini Bukan Salah Anwar bukan Salah Indonesia, Ini salah kita sendiri..!!

Jabatan Meteorologi: Punca pencemaran udara adalah kita, bukan Indonesia
OLEH ELIZABETH ZACHARIAH

Bangunan ikonik, Menara Berkembar Petronas (tengah) dilihat sementara udara dilitupi asap hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2014.
Bangunan ikonik, Menara Berkembar Petronas (tengah) dilihat sementara udara dilitupi asap hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2014.

Indonesia tidak patut disalahkan atas pencemaran udara yang melanda negara ini, kata Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Che Gayah berkata, dalang di sebalik kualiti udara yang semakin buruk pada masa ini adalah rakyat Malaysia sendiri.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa keadaan yang berlaku sekarang berkaitan dengan pencemaran udara yang berlaku di Riau, Sumatera sejak dua bulan ini.

Punca sebenar pencemaran udara, katanya, adalah pembakaran terbuka, kebakaran hutan dan tanah gambut, pencemaran daripada kenderaan dan aktiviti perkilangan, dan diterukkan lagi oleh cuaca panas dan kering.

"Ia adalah pembakaran kita sendiri, asap kita sendiri yang menyebabkannya," kata Che Gayah kepada The Malaysian Insider.

TUN kondem Najib pasal BRIM, hanya KJ yang pertahan idea PM itu...


Dr M: K'jaan jangan tipu diri sendiri isu BR1M


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapat rendah.

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.

Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.

"Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya.

Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi “sogokan” seperti itu, katanya.

“Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.

“Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.

“Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing,” katanya.

Merbok - 50 lagi tapak arkeologi akan dibuka

MERBOK- Penyelidikan di Tapak Arkeologi Sungai Batu dekat sini akan diteruskan dengan pembukaan 50 lagi tapak pemetaan bagi merungkai sejarah tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara itu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin berkata setakat ini pemetaan 47 tapak yang dibuka sebelum ini sudah selesai.

"Hasil daripada 47 tapak yang dibuka itu kita menemui empat fungsi iaitu tapak industri peleburan besi, pelabuhan dengan 10 jeti, tapak ritual bagi penyembahan alam sekitar iaitu Gunung Jerai dan 13 bangunan pentadbiran," katanya ketika ditemui Bernama di tapak ekskavasi itu, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lima tahun untuk untuk membuka melakukan pemetaan di 47 tapak terbabit memandangkan usaha mencari kesan tinggalan sejarah menuntut ketelitian.

"Penemuan-penemuan ini dipercayai bermula pada abad ke-5 Sebelum Masihi (SM) hingga abad ke-17 Masihi, bagaimanapun masih banyak lagi penemuan yang kita belum jumpa antaranya kawasan perkuburan, penempatan dan kilang bata," katanya.

Ribut: Sekolah, 40 rumah rosak di Kulim

OLEH: Tarikh: March 3, 2014

KULIM - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bahagian 7 dan 40 rumah pekerja ladang mengalami pelbagai kerosakan akibat ribut dalam kejadian di Ladang Sungai Dingin, Mahang petang semalam.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Kulim Chua Thiong Ghee, dalam kejadian 5.30 petang itu sebahagian bumbung sekolah berkenaan diterbangkan angin kuat, menyebabkan perabot dan peralatan rosak ditimpa kayu bumbung.

Kejadian menyebabkan bangunan itu langsung tidak boleh digunakan lagi, katanya kepada pemberita ketika melawat sekolah berkenaan, di sini.

Katanya beliau akan menghubungi Pejabat Pendidikan daerah bagi memaklumkan kejadian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...