TERKINI :

Monday, March 3, 2014

Hapus Bangsa Dalam Borang : Hanya PERKASA yang bangun lawan cadangan menteri, UMNO hilang suara..!!


Ali Tinju ka Ali Punggung mamat nie, buat malu askar pencen jee..!!



VIDEO l KiniTV BM: Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom atau juga dikenali sebagai Ali Tinju, laporan di portal berita bebas itu adalah tidak tepat dan berniat jahat.

Ali Tinju mahu adakan senamam punggung di M'kini

NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' memberi Malaysiakini selama seminggu untuk memohon maaf berhubung laporan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa meninggalkan hobinya iaitu bermain badminton untuk membantu rakyat. Menurut Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom atau juga dikenali sebagai Ali Tinju, laporan di portal berita bebas itu adalah tidak tepat dan berniat jahat.


[LIVE] Forom Perdana : Mencari yang halal satu kewajipan | Gurun Kedah

 
SIARAN LANSUNG DARI SG BONGKOK GURUN KEDAH
SILA KLIK LINK DI BAWAH

Anwar sokong perjanjian air, pinda jika bebankan rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini mengumumkan beliau tidak menentang perjanjian persefahaman (MoU) di antara kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri Selangor berhubung perjanjian konsesi air tetapi perlu menyemak secara terperinci perjanjian itu.

Ketua pembangkang itu berkata soal untuk meminda atau pun tidak kandungan MoU itu sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor bergantung sepenuhnya kepada kepentingan rakyat.

"Saya terlibat di peringkat awal rundingan dan saya bersetuju rundingan perjanjian dengan kerajaan persekutuan.

"Selagi saya belum baca MoU, ruang untuk saya komen terbatas. Ada perjanjian mutlak dan ada yang boleh dikaji semula," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air berhubung pemilikan konsesi air di Selangor pada Khamis.

Kerajaan Mukhriz buat Undang-Undang Baru Untuk Tokey Cyber Cafe, hangpa tengoklah apa dia..??


Alor Setar : Rumah Taman diubah suai jadi tempat bermadu kasih jantan betina..

Rumah didakwa jadi sarang maksiat

Rumah didakwa jadi sarang maksiat  
Kediaman didakwa diubahsuai menjadi sarang maksiat terbabit di Jalan Telok Wanjah.

ALOR SETAR - Sebuah kediaman di Jalan Telok Wanjah, dekat sini, disyaki mengaburi mata orang ramai apabila diubahsuai menjadi sarang maksiat untuk pasangan kekasih sejak beberapa bulan lepas.

Berdasarkan aduan diterima daripada orang awam, Sinar Harian melakukan tinjauan di sekitar kediaman terbabit untuk mengenal pasti sama ada kediaman tersebut beroperasi secara haram mahupun tidak.

Meskipun, keadaan menimbulkan syak-wasangka, bagaimanapun pihak kami gagal memasuki kediaman didakwa diubahsuai tersebut ekoran gerak-geri diperhatikan seorang penjaga kediaman berkenaan.

Orang awam, Mohd Nizar Abdul Rahim, 36, berkata, dia mendengar khabar angin berkaitan sebuah kediaman di bandaraya Alor Setar dipercayai dijadikan tempat bermadu kasih terbabit daripada rakan-rakannya.

“Bagaimanapun, apabila saya meninjau sendiri kawasan perumahan terbabit beberapa kali. Rumah dimaksudkan sememangnya menimbulkan rasa curiga kerana banyak anak muda berpasangan memasukinya.

“Difahamkan, rumah maksiat terbabit tidak hanya dibuka pada malam, sebaliknya juga beroperasi waktu siang dengan tawaran harga rendah untuk tempoh beberapa jam sahaja. Jadi, ia sememangnya menjadi tumpuan pasangan kekasih,” katanya.

Tempohari bukan main becok mulut bantai PAS SYIAH, last BN dok minta bantuan PAS pula..?

Gara-gara keceluparan Zahid menghentam Syiah, BN minta bantuan PAS?


Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

Benarlah seperti yang dikata, duit BRIM disedut RM50 untuk beli insurans...


NIE MP LANGKAWI YANG SEBARKAN MAKLUMAT NIE....

TERINGAT SKIM KAFALAH YANG DILAKUKAN OLEH KERJAAN NEGERI KEDAH ZAMAN ARWAH USTAZ AZIZAN DAHULU... DEPA TAK AMBIK PUN DUIT RAKYAT UNTUK BAGI BALIK KHAIRAT KEMATIAN.. MAI PUAK NIE MACAM-MACAM CARA DEPA KILAS NAK BUAT DUIT....

[PANAS] PBS - 3 Guru yang pergi berbincang dengan Menteri DS Idris Jusuh telah ditukarkan serta merta..!!

 

Kepincangan KPM ~ Bila ajak berbincang, apa yang kita dapat? Tindakan ke atas guru.

Siapa yang tidak mahu berbincang dan siapa yang mahu berbincang?

Sudah terlambat. Mansuh tetap #MansuhPBS!

Apabila MAHATHIR 'geli hati' komen menteri.... Tak ada pula macai nak komen..

'Geli hati dengar alasan menteri'

Tun Dr Mahathir Mohamad.  
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

Kajang - Apabila nasi jadi bubur & Anwar jadi TPM semula bawah Najib..!!

Jangan nasi jadi bubur - Sakmongkol AK47

March 02, 2014

Mengenai sebab-sebab langkah Kajang diambil saya sudah beri alasan teori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan.

Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan teori, ianya tidak bagus. Tidak ada teori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa-peristiwa yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).

Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya.

Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salahnya. sesiapa pun boleh memasang cita-cita menjadi PM.

Anwar kan tidak bermoral? Moraliti Umno bagaimana? Moraliti puak Umno adalah moraliti limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak moraliti.

Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai “bargaining chip” memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM?

Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili teori yang sedemikian.

Di celah PRK Kajang, MB Selangor ke Kelantan jalin usahasama

(Dari kiri) Datuk Ahmad Yakub, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat berbincang sesuatu di Kota Bharu, semalam. – Gambar Pejabat MB Kelantan, 3 Mac, 2014.
 (Dari kiri) Datuk Ahmad Yakub, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat berbincang sesuatu di Kota Bharu, semalam. – Gambar Pejabat MB Kelantan, 3 Mac, 2014.

Dalam kesibukan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, menteri besar Selangor yang juga pengarah jentera PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkunjung ke Kelantan semalam dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersejarah antara dua negeri Pakatan Rakyat itu untuk membangunkan tujuh projek usahasama.

Kerjasama itu dibuat antara Perbadanan Menteri Besar Selangor, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tujuh projek itu ialah hab halal, pendidikan agama, pembangunan latihan belia, pembinaan empangan tadahan air, pengembangan sistem gadaian Islam atau al-rahnu, pembangunan rangkaian fiber serta mewujudkan pusat pengumpulan dan pemasaran produk Kelantan di Selangor.

Ia merupakan lawatan rasmi pertama Khalid selaku menteri besar Selangor ke Kelantan, dan beliau turut bertemu rakan sejawatnya, Datuk Ahmad Yakub.

BilaAzhar Idrus komen BRIM, habih macai jadi cacing kepanasan.. Hari Bila TUN M semua sunyi sepi..!!

BR1M membebankan kerajaan

BR1M membebankan kerajaan  
Penerima BR1M menyerbu meja urusetia pada majlis penyampaian BR1M Daerah Kuching di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). 23 Februari lalu. - Foto Bernama

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya membebankan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.

“Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion.

“Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat,” katanya dalam entri di blognya, semalam.

Menurut beliau, pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat.

Jika PESAWAH PADI sanggup di label 'Masyarakat Subsidi'.. Polis & Tentera pun 2x5 juga lah..!!

Aris Awang 

BismillahirRahmanirRahim

Padi, Beras dan Nasi

Tentera menjaga keselamatan negara - dari stokin, uniform, senjata dan gaji siap diberi walau tidak pernah berperang.

Polis pun dilayan sama...

Begitu juga setiap kakitangan awam, sehingga bersara masih diberi pencen.

Kita bersetuju kerana mereka memberi perkhidmatan menjaga keselamatan, ketenteraman dan pentadbiran awam dan mengucap ribuan terima kasih atas perkhidmatan yang mereka beri.

Namun amat malang, petani yang juga menjaga keselamatan, ketenteraman dan jaminan kestabilan makanan asasi negara sering dilabel pemerintah semasa sebagai masyarakat subsidi.

Politik air di Selangor, siapa bakal kuyup?

- Shahbudin Husin

March 02, 2014

Sejak Menteri Besar Selangor menandatangani memorandum persefahaman atau MoU secara tergesa-gesa dengan kerajaan pusat yang menyaksikan pertelingkahan yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu menemui titik penyelesaiannya, gelora politik di negeri paling kaya dan menjadi rebutan antara BN dan PR seolah-olah memasuki gerbang baru yang makin sukar diramalkan.

Ia bukan saja kerana MoU itu ditandatangani secara terburu-buru dan di luar pengetahuan pimpinan PR terutamanya Anwar Ibrahim yang merupakan Penasihat Ekonomi negeri itu, malahan ia kemudian disusuli dengan tindakan Khalid Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang penyandangnya sedia ada, Mohamed Azmin Ali.

Dengan pengumuman bertanding itu bukan saja mengesahkan krisis antara Khalid dengan Azmin selama ini tetapi persoalan juga timbul juga ialah apakah Khalid bersedia berundur daripada jawatannya untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang diuar-uarkan sebelum ini?

Bagaimana jika Khalid selepas ini berkeras mahu kekal sebagai menteri besar dan tidak lagi mempedulikan Anwar? Bagaimana dengan masa depan Anwar dan PR jika akhirnya Anwar gagal menjadi menteri besar, sedangkan ura-ura itu merupakan langkah yang paling ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU14?

ALOR SETAR - Bayi melecur alami Infected Eczema


Dr Ismail Abu Taat Badan melecur akibat alahan ubat
ALOR SETAR - Bayi lapan bulan, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam, yang sebahagian besar kulitnya kelihatan seolah-olah melecur dikenal pasti mengalami jangkitan kuman.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Abu Taat berkata, ia adalah penyakit kulit biasa bagi kanak-kanak, namun boleh melarat jika tidak dirawat segera.

“Dalam kes ini, kesan melepuh kelihatan selepas eczema terkena jangkitan kuman. Hasil pemeriksaan mendapati kesan kulit kehitaman itu bukan melecur akibat reaksi alahan ubat yang diambilnya sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, bayi itu menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selama tiga hari dan  dibenarkan keluar wad, namun masih dalam pemantauan hospital.

“Rawatan diberi ketika dirawat di HSB dan kita akan pantau hingga pulih sepenuhnya. Mungkin proses pemulihan ambil masa satu hingga dua minggu untuk kembali seperti sedia kala,” katanya.

Apabila doktor jual MC..

Doktor kaut untung jual 'kertas'

Doktor kaut untung jual 'kertas'  
Pesakit menunggu di kaunter untuk pendaftaran.

BERMODALKAN kertas, keuntungan boleh mencecah ratusan ribu dalam sebulan dan boleh mencecah jutaan dalam setahun.

Sebahagian doktor kini telah hilang etika dan sanggup mendapatkan keuntungan dengan jalan mudah mengetepikan profesional seorang pengamal perubatan.

Begitulah perniagaan sijil perakuan sakit atau mudah dikenali sebagai  MC yang boleh diperoleh dengan mudah di Lembah Kelang sekarang.

Salah laku dan penipuan memperoleh MC kini sudah menjadi ‘trend’ masyarakat Malaysia walaupun tidak sakit.

Namun begitu, tidak dinafikan, MC diperuntukkan oleh majikan atau syarikat dalam setahun kepada pekerja , namun keistimewaan tersebut dimanipulasikan oleh pekerja atau pengamal perubatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...