TERKINI :

Sunday, March 2, 2014

Guan Eng pertahan pembinaan terowong dasar laut

March 02, 2014

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) tampil mempertahankan tindakan kerajaan negeri membina terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Beliau melahirkan rasa hairan dengan kritikan mengenai pembinaan terowong dasar laut, ekoran pembukaan rasmi jambatan kedua Pulau Pinang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.

Kerajaan negeri sebelum ini memberi alasan bahawa terowong itu perlu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.

Beberapa ulasan di media pro-kerajaan bagaimanapun mendesak kerajaan negeri mengkaji semula pembinaan terowong yang bakal menjadi penghubung ketiga antara Pulau Pinang dan semenanjung.

"Amat jelas laluan ketiga iaitu terowong dasar laut antara Persiaran Gurney dan Bagan Ajam selain dapat mengurangkan kesesakan dalam pulau, ia dilihat sebagai mekanisme yang mengubah pembangunan dan menjana ekonomi di Seberang Perai Utara," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil mempersoalkan penyokong Umno yang membantah pembinaan terowong dasar laut, Lim berkata kerajaan negeri mengutamakan pembangunan dan memberi layanan sama di kawasan yang dimenangi Umno pada pilihan raya lepas.

"Sekiranya Seberang Perai Tengah membangun kerana jambatan dan sekarang ini Seberang Perai Selatan pula, kenapa tidak Seberang Perai Utara?

Jika PR cakap hangpa kata tak bersyukur dengan apa Kjaan bagi, tapi nie TUN M kata apa cerita pula?

'Geli hati dengar alasan menteri'
FATHIN ATHIRAH HASLI

SHAH ALAM – Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan,  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.

“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.

Air percuma di KL ringankan beban warga kota

Mar 02, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor yang memberikan komitmen untuk memperluas pemberian air percuma kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Bandar, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata langkah itu tentunya menguntungkan warga kota yang kini dihimpit dengan kos kehidupan di bandar yang sangat tinggi.

Katanya, peluang itu lebih cerah apabila kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu.

"Jika (pemberian air percuma) ini berlaku, Tan Sri Khalid menempa suatu lagi kejayaan dengan memastikan penduduk KL juga mampu menikmati kemudahan sama seperti rakyat di negeri Selangor.

"Sememangnya warga KL memerlukan kemudahan-kemudahan seperti ini bagi meringankan bebanan hidup mereka terlebih lagi dengan kenaikan kos hidup," kata beliau dalam satu kenyataan.

Tak ada siapa nak sembang ka bab "Nilai Ringgit Semakin Rendah"?

Mohammad Agus Yusoff

CATATAN HARI MINGGU: MENGAPA NILAI RINGGIT KITA RENDAH?

Sejak dua tahun lepas, kita dikejutkan dengan krisis Euro dan selepas itu krisis Dollar Amerika. Nilai Euro dan nilai Dollar Amerika terumbang ambing kerana krisis ekonomi dan kewangan yang mereka hadapi. Jadi, jika kita hendak menukar Ringgit kita ketika itu, kita rasa selesa.

Hari ini saya ke Money Changer. Sedih saya melihat nilai Ringgit kita rendah, tidak seperti enam bulan yang lalu berbanding dengan Euro, US Dollar, British Pound atau Singapore Dollar.

Mengapa nilai Ringgit kita semakin rendah? Inilah yang isu yang perlu dijawab dan dibahaskan utuk renungan hari ini.

Saya terbaca kenyataan seorang timbalan menteri yang berkata nilai ringgit yang rendah baik untuk ekonomi negara kerana ini menyebabkan eksport kita bertambah kerana banyak negara luar berminat pada barangan kita kerana harganya murah. Dan juga ramai pelancong luar datang ke negara kita kerana kosnya rendah.

Konsert K-Pop EXCO kata penuhi syarat..!!

Konsert festival muzik patuhi syarat

Konsert festival muzik patuhi syarat  
Persembahan penyanyi elektro-pop dari Taiwan, Jeannie Hsieh 
mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.

Konsert festival muzik patuhi syarat  
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Hip Hop 
International pada konsert festival muzik, semalam.
 
SUNGAI PETANI – Penganjuran Konsert Festival Muzik Planet Eupe dekat Taman Tema Air Carnivall di sini, malam semalam mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri Kedah

Tinjauan Sinar Harian mendapati, konsert itu bermula seawal jam 5 petang sebelum berhenti seketika pada jam 7.24 malam untuk memberi laluan kepada azan Maghrib.

Konsert itu kemudian diteruskan semula pada jam 7.42 malam dengan acara dan persembahan nyanyian oleh artis jemputan dari dalam dan luar negara.

Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tengku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta isteri, Toh Puan Nor Suzana Abdullah, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.

Pusat Tahfiz Amal henti sementara jualan amal


Muslim Ab Karim  
Muslim Ab Karim
ALOR SETAR - Pusat Tahfiz Amal (PTA) dekat Jalan Yan- Kuala Kedah tidak lagi menjalankan aktiviti jualan amal buat sementara waktu selepas diarah menghentikan operasi oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lalu.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, dakwaan orang ramai mengatakan pelajar PTA masih melakukan jualan amal di tempat awam adalah tidak benar.

“Sudah lama kami tidak melakukan aktiviti jualan amal. Mungkin yang melakukan jualan amal di tempat awam adalah pelajar dari institusi pondok lain.

“Kalau betul mereka adalah pelajar PTA, orang ramai boleh  beri maklumat kepada sekolah atau terus dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Bilakah pula JAMBATAN PULAU BUNTING akan di RASMIKAN..!!


PULAU BUNTING ada JAMBATAN : Apa penyelesaiannya.!!

Akhirnya selepas perasmian JAMBATAN PULAU PINANG ke 2 maka saya ingin juga menyuarakan ilham apa akan dilakukan dengan Pulau Bunting & Jambatan ini.

Apa yang boleh dilakukan antaranya ialah meratakan pulau tersebut dan akan membina satu tempat rekreasi dan riadah untuk dijadikan sebagai salah satu pusat perlancongan di Kedah.

Di Pulau itu boleh dibina seperti Homestay & Motel untuk sesiapa yang ingin tidur disana dan menikmati pemandangan Laut Selat Melaka disamping menjalankan aktiviti memancing sepertimana sekarang ini itulah aktiviti utama yang dilakukan di jambatan tersebut.

Di Bandar ALOR SETAR pun sudah ramai GELENDANGAN wujud, apa tindakan kita?

Hidup merempat di kaki lima

Hidup merempat di kaki lima  
Noorul Huda (kiri) cuba membantu Siti mencuba baju baru.
ALOR SETAR - Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, begitulah nasib malang dilalui gelandangan dalam program I Love Homeless Campaign di sekitar Alor Setar, dekat sini.

Kelab Rakan Muda Kuala Kedah yang bekerjasama dengan Pertubuhan Prihatin Orang Kurang Upaya (OKU) 1Malaysia, Majlis Belia Daerah Kota Setar dan Sukarelawan Kota Setar menganjurkan aktiviti untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Tepat jam 2 petang, Sinar Harian bersama kira-kira 10 sukarelawan bergerak dari Masjid Zahir ke Medan Budaya, dekat sini, untuk mengagihkan makanan, baju baru dan peralatan membersihkan diri.

Sungguh mengejutkan beberapa gelandangan berusia belasan hingga 50 tahun bertempiaran melarikan diri apabila mendapati kehadiran pihak sukarelawan manakala sebahagiannya kelihatan tenang berdepan kami.

Pendang - Kebakaran Bukit Perak terkawal


Kebakaran Bukit Perak terkawal  
Kepulan asap masih kelihatan di puncak bukit. - Foto Sinar Harian
PENDANG - KEDAH. Kebakaran di Hutan Simpan Kekal Bukit Perak, Sungai Tiang, yang dilaporkan berlarutan sejak beberapa hari lalu sudah tidak serius dan dalam pengawasan bomba walaupun masih kelihatan kepulan asap dari puncak bukit, namun api yang menjulang tidak lagi kelihatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Nazri Zakaria berkata, kesan kebakaran melibatkan kawasan seluas lima hektar dapat dilihat ketika tinjauan udara.

“Kebakaran dikesan berlaku dalam empat tompokan kecil, dianggarkan jumlah kawasan yang terjejas sekitar lima hektar. Pemantauan ketat sedang dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Kedah bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tidak merebak ke kawasan berdekatan,” katanya.

Menurutnya, penduduk yang tinggal berdekatan Bukit Perak tidak perlu panik berikutan kawasan terlibat jauh dari penempatan.

"Namun tidak dinafikan kesan kebakaran dapat dilihat penduduk pada jarak tertentu,” katanya.

Ayuh selamatkan Syria!

Ayuh selamatkan Syria!  
Rakyat yang memberontak di Syria berbuat demikian demi akidah dan hak mereka.
PESANAN Ulama Palestin, Syeikh Raed Solah, selagi Kota Damsyik di Syria tidak dibebaskan, jangan kamu mimpi Al-Aqsa akan dibebaskan.

Bantulah mereka dengan dengan apa yang termampu dan jangan lupa doakan kemenangan untuk Islam.
Itu antara ingatan yang mungkin sedikit sebanyak menyentak hati kita, bahkan dari situ sahaja dapat dilihat begitu pentingnya umat Islam menyelamatkan Syria daripada terus bermandi darah.

Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Sani Araby Al Kahery berkata, beliau sebelum ini ada menerima persoalan mengenai bantuan Mapim ke negara luar termasuk Syria dan Palestin.

Itu la nak bypass sangat masuk U, last kena tipu...!!

Sindiket tipu pelajar
Antara mangsa yang hadir pada sesi temuduga ketika tinjauan BH mengenai sindiket penipuan pelajar menunggu keputusan SPM di Jalan Hutton, Pulau Pinang, semalam.

Caj RM500 untuk hadiri temuduga dan dijanjikan tempat ke universiti

Kuala Lumpur: Dua sindiket dikesan menipu pelajar menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran sehingga RM500 bagi menghadiri temuduga kemasukan ke universiti awam dan swasta.

Sindiket itu turut menggunakan logo Kementerian Pendidikan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pelbagai agensi lain dalam surat panggilan temuduga yang diedar kepada pelajar di seluruh negara.

Sudah Lah Kim Swee, main tak menang dok menyalahkan penonton pula..!!!

'Semuanya kerana Ultras Malaya'
Apabila tergendala, tentu sukar dapatkan semula rentak: Kim Swee

Selayang: Pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui kekacauan dilakukan kumpulan Ultras Malaya yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama lapan minit pada minit ke-30 mengganggu rentak dan momentum permainan anak buahnya.

“Setakat minit ke-30 sebelum permainan terhenti, kita bermain cukup baik dengan menggunakan bahagian tengah dan serangan. Apabila tergendala, sudah tentu sukar untuk pemain mendapatkan semula rentak dan hanya seketika pada babak kedua kita berjaya mempamerkan gerakan baik seperti itu.

“Apa pun kita sepatutnya boleh menang. Kita cipta banyak peluang dan pemain sudah cuba sebaik mungkin. Hanya tiada sentuhan penyudah, itu yang perlu kita perbaiki.

Air oh air di mana kau?

– Abdullah Ahmad

http://satunegeri.com/foto_berita/29daerah-aliran-sungai.jpg

Satu paradoks - satu keanehan- sebuah negara tropika yang banyak sungai, danau, laut, bukit, gunung, mata air, telaga, hutan rimba, sawah dan paya mengalami catuan air bukan sekali tetapi berkali kali dari semasa ke semasa.

Singapura, tanpa sumber alam untuk bualan pun tidak cukup dan menerima bekalan air dengan harga yang murah pula dari Johor tidak “kemarau!”- tidak ada catuan air. Di mana salahnya?

Tegas seorang diplomat kanan Singapura dan disokong oleh seorang taulan juga dari pulau itu: “It’s management, it’s management , it’s management” iaitu pengurusan, pengurusan, pengurusan - mentadbir dan memelihara sumber air dengan efisyen.

Maknanya suka duka kita tidak mengurus bekalan air kita dengan sempurna. Inilah paradox dan irony characteristics atau ciri gaya kita. Satu ironi bahawa Malaysia negara yang kaya dan hujan lebat serta taburan hujan tinggi kita tidak cukup bekalan air; kontang.

Di sebalik nasi lemak telanjang

– Tok Perak

March 02, 2014

Ada yang tidak berapa sedap tentang syarikat penerbangan kita, MAS. Seorang penumpang kesal sebab makanan yang dihidangkan dalam pesawat amat tidak memuaskan, malah memalukan.

Dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur baru-baru ini dia diberi set nasi putih lauk ikan asam pedas dan sayur. Malang sekali awal-awal diberitahu bahawa ikan tidak ada.

Apa ertinya asam pedas jika tidak ada ikan?

Katanya, sudahlah tidak ada ikan, nasi yang dihidangkan ‘lembik’ dan sayur yang cukup menyedihkan, apatah lagi tanpa hidangan pencuci mulut. Betul-betul tidak menepati piawaian makanan asli Malaysia.

Penumpang tersebut ialah Chef Zam, atau Zamzani Abdul Wahab, orang yang memang pakar mengenai masakan tradisional Melayu. Katanya menerusi akaun Instagramnya yang disiarkan akhbar, hidangan seperti itu sepatutnya tidak dihidangkan dalam syarikat penerbangan negara.

Katanya: “Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’, namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.”

Mengapa asam pedas tidak ada ikan? Tak kan orang MAS tidak tahu mengenai ikan masak asam pedas? Sepatutnya kalau tidak ada ikan, tukar sahaja kepada hidangan lain yang menepati ciri-ciri Malaysia.

Apa yang dialami oleh Chef Zam itu terjadi juga kepada seorang lagi tukang masak tersohor kita, Chef Wan, kira-kira sebulan lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...