TERKINI :

Saturday, March 1, 2014

Live Forum Bersama 3 Ustaz dari Sg Petani

LIVE dari bumi kedah ketika ini...Forum Bersama 3 Ustaz...
Ustaz Firdaus Jaafar
Ustaz SHahrir Long
Ustaz Hamdan Othman.

Surau An-Nur, Taman Kempas, Sg Petani.

di RADIO PEDAS.FM
http://dpedasfm.blogspot.com

Jambatan kedua Pulau Pinang diisytihar sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah


http://mstar.com.my/archives/2014/2/27/sectionfocus/sf_jambatan.jpg
 http://3.bp.blogspot.com/-ORjWJW8V6wk/Uw_sIYSOkhI/AAAAAAAAEtk/uqRk4zEaDAY/s1600/IMG_89667964935294.jpeg 

PM isytihar jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

GEORGETOWN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdu Halim Mu'adzam Shah.

Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Najib berkata demikian pada ucapan sempena merasmikan jambatan bekenaan yang dicatatkan sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara, di sini.


Sementara itu, Najib turut mengumumkan pengguna jambatan berkenaan tidak akan dikenakan tol dalam tempoh sebulan sebagai penghargaan kepada rakyat.[BH]

Anwar mungkin kalah di Kajang jika PR tidak bersatu

KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mengulang seruan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Menurutnya, majoriti kecil adalah satu kekalahan, justeru Pakatan Rakyat mesti mensasarkan satu kemenangan bersejarah, yang akan membuka pencapaian dan kejayaan yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang.

Menurut beliau PRK Kajang adalah yang paling penting dalam sejarah Malaysia kerana ia bukan hanya penentu masa depan Kajang dan Selangor, malah seluruh negara.

“Ia bukan sekadar tentukan siapa yang akan menjadi wakil di Dewan Undangan Negeri serta corak kepimpinan dalam politik Selangor, malah paling penting, corak politik di Putrajaya.

“Maka, ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat perlu memastikan kemenangan besar Anwar, yang pasti akan memberikan mesej bahawa (kerajaan pusat) Putrajaya sedang menunggu perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14,” kata Ketua Parlimen DAP itu dipetik Roketkini.

Menghayati erti rezeki ALLAH


tanah  
Rezeki bukan minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata-mata. - Gambar hiasan

SIFAT iman dan takwa sewajarnya membuatkan seorang individu Muslim itu tidak terburu-buru dalam masalah takfir (mengkafirkan) individu Muslim yang lain. Ini kerana implikasinya yang besar dan berat terhadap kedua tertuduh dan yang menuduh.

Bagi tertuduh yang dihukum kafir; sekiranya benar dia telah kafir maka umat Islam yang lain wajib melaknatnya, membencinya, menganggap hatinya terkunci, amalannya tergugur, kehinaan telah menimpanya. Dia tidak akan diampunkan dan akan kekal dalam api neraka selama-lamanya bersama dengan orang kafir lain.

Di samping itu, dia wajib dipisahkan daripada isterinya yang  Muslimah, dihukum bunuh kerana murtad, hartanya tidak akan diwarisi keluarganya yang Islam, jenazahnya tidak akan disolatkan dan dia tidak akan dikuburkan di perkuburan orang Islam.

Adapun implikasinya terhadap yang menuduh jika tuduhannya tidak benar; tuduhan kafir itu akan terpantul semula kepadanya. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa berkata kepada saudaranya, 'Wahai kafir’, maka pengkafiran itu akan kembali kepada seorang daripada mereka; sama ada ungkapan itu benar atau ia akan kembali kepadanya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang itu menuduh seorang yang lain sebagai fasik atau mengkafirkannya melainkan ia akan terpantul semula kepadanya sekiranya saudaranya tidak sebegitu.” (Riwayat Bukhari)

Demi menjaga maruah sesama saudara seislam, memelihara kesatuan umat serta mengelak daripada berlakunya fitnah tuduh menuduh, syariat Islam bertegas dalam masalah mengkafirkan seseorang Muslim.

Hukuman kafir tidak boleh diambil mudah apatah lagi dilakukan secara terburu-buru, mengikut emosi, kerana perbezaan pendapat, pandangan politik dan seumpamanya.

Sabda Nabi SAW: “Barang siapa bersumpah dengan selain Islam (dengan tujuan) untuk berbohong (dalam sumpah itu) maka dia adalah seperti itu (terkeluar daripada Islam) dan barang siapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu (alat) itu maka dia akan diseksa dalam api neraka dengan (alat) itu juga; mencela orang yang beriman adalah umpama membunuhnya sebagaimana menuduh orang yang beriman sebagai kafir juga adalah umpama membunuhnya.” (Riwayat Bukhari)


Penjelasan ulama

Berkata Imam Al-Ghazali, “Apa yang wajar dihindari adalah perbuatan mengkafirkan orang lain sedaya yang mungkin. Ini kerana perbuatan menghalalkan darah dan harta orang yang solat menghadap kiblat yang secara jelas mengucapkan La ilaha illa Allah, Muhammad Rasulullah adalah satu kesalahan. Dan kesalahan membiarkan seribu orang kafir hidup jauh lebih mudah daripada  menumpahkan darah seorang Muslim.” (Al-Iqtisad fi Al-I’tiqad, halaman 269)

Berkata Ibnu Abi Al-Izz Al-Hanafi, “Adalah sangat melampau untuk bersaksi ke atas seorang individu, ALLAH tidak akan mengampuninya mahupun merahmatinya, dan ALLAH akan mengekalkannya terus dalam api neraka. Ini kerana hukuman ini khas buat orang kafir sahaja sesudah dia mati.” (Syarah Al-Thahawiyyah, 2/432)

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, “Tidak patut bagi seseorang untuk mengkafirkan orang Islam yang lain walaupun setelah dia melakukan kesalahan dan kesilapan melainkan dengan menegakkan hujah terhadapnya terlebih dahulu serta memberi penjelasan kepadanya. Sesiapa yang telah masuk Islam secara pasti, keislamannya sama sekali tidak boleh ditarik balik dengan suatu yang diragui. Keislamannya hanya akan gugur setelah hujah ditegakkan dan syubhah dihapuskan.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyah,12/468)

Berkata Imam Al-Syaukani, “Ketahuilah seseorang Muslim itu tidak patut  menghukum seseorang Muslim yang lain sebagai terkeluar daripada Islam dan menjadi kafir melainkan dengan dalil jelas yang lebih jelas daripada matahari.” (Al-Sail Al-Jarar, 4/578)
Menegakkan hujah

Syarak menuntut supaya kita yakin dan pasti ketika menjatuhkan apa jua hukum. Sama sekali tidak boleh bertindak atas prasangka dan tanggapan semata-mata tanpa mendapat kepastian terlebih dahulu. Apatah lagi dalam masalah yang berat seperti mengkafirkan orang.

Firman ALLAH: “Dan tiadalah Kami (akan) mengazabkan sesiapapun melainkan setelah Kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah agar hujah dapat ditegakkan).” (Surah Al-Israa’: 15)

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.” (Surah Al-Hujurat:12)

Demi memperoleh keyakinan dan memastikan keadilan, hujah perlu ditegakkan dan penjelasan perlu diberikan ke atas seseorang yang melakukan perbuatan yang jelas boleh membuatkannya jatuh kafir.

Tiga syarat perlu dipastikan terlebih dahulu pada orang tersebut: 1. Orang itu tahu dan bukan jahil perbuatannya itu kufur; 2. Dia sedar dan bukan tidak sedar; 3. Dia rela dan bukan terpaksa.

Dalil syarat pertama: Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang lelaki yang telah lalai selama hidupnya (banyak berbuat dosa) ketika sedang nazak dia berkata kepada anak-anaknya, “Setelah aku mati nanti bakarlah jasadku, setelah itu hancur lumatkan jasadku dan lemparkan debunya ke udara. Demi ALLAH, sekiranya aku berdepan dengan ALLAH nanti aku akan diseksa dengan azab yang tidak terperi sakitnya.” Setelah dia mati, wasiatnya pun ditunaikan. ALLAH memerintahkan bumi menghimpunkannya semula dan tatkala lelaki itu dibawa ke hadapan-Nya, ALLAH bertanya kepadanya: Mengapa engkau berwasiat sedemikian? Jawabnya, “Kerana takut terhadap-Mu.” Maka ALLAH mengampuninya. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Tanggapan bahawa ALLAH tidak akan mampu menghidupkan semula jasad yang dibakar dan ditebarkan ke udara setelah dihancur lumatkan jelas kufur.

Lelaki itu beranggapan sebegitu kerana dia jahil tetapi dalam masa yang sama dia beriman dengan ALLAH.

Bahkan perasaan takutnya terhadap seksaan ALLAH lah yang telah membuatnya bertindak sedemikian. Atas sebab itu ALLAH mengampuninya.

Dalil syarat kedua: Kisah seorang lelaki yang keseorangan ketika dia kehilangan haiwan tunggangannya yang membawa makan minumnya di tengah padang pasir. Setelah berputus asa mencarinya dia baring terlelap di bawah pokok. Dan tatkala dia bangun dia mendapati tunggangannya berdiri di hadapannya. Akibat terlalu gembira dia berkata, “Ya ALLAH! Engkau hambaku dan aku tuhanmu!” (Hadis Anas bin Malik, riwayat Muslim no. 2747)

Kata-kata kufur ini sebagaimana dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW dimaafkan kerana ia dituturkan tanpa disedari oleh lelaki itu di kala dia terlalu gembira bertemu semula dengan tunggangannya.

Dalil syarat ketiga: Firman ALLAH SWT: “Sesiapa yang kufur terhadap ALLAH sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab daripada ALLAH), kecuali mereka yang dipaksa (melakukan kufur) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman.” (Surah Al-Nahl: 106)

Perlu difahami tertegaknya hujah bukan hanya dengan menyampaikan hujah dan dalil semata tetapi hendaklah dalam masa yang sama dipastikan individu itu memahami hujah dan dalil disampaikan itu.

Berkata Ibnu Taimiyah, “Begitulah halnya dengan kata-kata yang membawa kepada kekufuran. Barangkali individu yang mengucapnya tidak tahu itu adalah kufur. Barangkali penjelasan telah pun diberikan kepadanya tetapi masih belum dapat meyakinkannya atau dia tidak memahami penjelasan itu. Barangkali individu itu juga masih mempunyai syubhahnya yang belum terjawab  boleh dimaafkan  ALLAH.” (Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyah, 23/346)

Mengkafirkan secara umum

Sekiranya syarak menetapkan hujah perlu ditegakkan terlebih dahulu sebelum hukuman kafir dijatuhkan ke atas seseorang individu Muslim, maka jelaslah perbuatan mengkafirkan sesebuah kelompok masyarakat Islam secara pukul rata tanpa mengira sama ada: Mereka jahil atau berilmu; Mereka sedar atau tidak sedar; Mereka terpaksa atau rela; adalah salah dan menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Ini berdasarkan kepada prinsip dan dasar Ahli Sunnah wal Jamaah yang membezakan antara:

1. Pelaku perbuatan kufur
2. Perbuatan kufur itu sendiri.

Barangkali perbuatannya kufur tetapi pelakunya belum tentu lagi kecuali setelah ditegakkan hujah terhadapnya.

Pemimpin negara tiada hala tuju yang jelas

Mar 01, 2014
SALMIYAH HARUN

KAJANG: Kepimpinan negara sejak akhir-akhir ini dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas kerana mereka banyak mendiamkan diri apabila berbagai-bagai isu yang ditimbulkan oleh rakyat.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata pemimpin negara ini seolah-olah tidak nampak ke mana matlamatnya dan ianya berbeza pada zaman Tunku Abdul Rahman yang jelas ke mana beliau hendak membawa masyarakat pada waktu itu.

"Tetapi hari ini kita lihat pensyarah pun tak tahu ke mana hala tuju. Student pun tak nampak. Hari ini timbul isu Kasim Ahmad, PM diam seribu bahasa.

"Kita perlu kepada kepimpinan misalnya dalam rumah tangga tentulah bapa. Hari ini negara seolah-olah tidak dipimpin ke mana arah kita hendak pergi," katanya ketika berceramah malam tadi di Taman Mesra di sini.

Katanya, situasi ini memberi gambaran bahawa Umno BN kehabisan 'bateri’ dan tidak ada daya upaya untuk mentadbir negara melainkan dengan memberi duit BR1M semata-mata.

Usah bergantung kepada Papa Gomo, kempen kotor, kata PKR kepada Umno

Azmin menganggap kemenangan saman Anwar terhadap Papa Gomo sebagai isyarat jelas kepada Umno untuk berhenti menggunakan taktik kotor bagi menjatuhkan lawan. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.
PKR hari ini mendesak Umno supaya tidak lagi bergantung kepada Mohammad Azri Wan Deris, atau juga dikenali sebagai Papa Gomo, setelah blogger pro-Umno itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja perlu berhenti menggunakan khidmat blogger itu tetapi juga perlu menyuburkan politik matang dan rasional selain menghentikan segala bentuk politik kotor.

Azmin berkata demikian sebagai mengulas penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengarahkan Azri membayar RM800,000 kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai ganti rugi memfitnahnya, di samping RM50,000 sebagai kos.

"Kami mengalu-alukan penghakiman semalam sebagai satu isyarat jelas terutamanya kepada Umno dan BN yang selalu menggunakan taktik kotor dan tidak bermoral untuk menjatuhkan pihak lawan.

Kembalikah Cina Kajang ke pangkuan MCA?

SUBKY LATIF

CHEW Mei Fun dan MCA menyertai Pilihan Raya Kecil Kajang dengan modal parti itu adalah baru, bukan lagi MCA dalam masa 20 tahun dulu.

Dengan mengira ia sudah berubah, belum cukup untuk mengubah sikap pengundi Cina yang sekurang-kurangnya sudah tiga kali menolak calon MCA.

Pengundi Cina Kajang adalah penuntut pilihan raya DUN itu selama ini. Justeru ia setia pada BN sebelum PRU 2004, pembangkang baik PAS mahupun DAP gagal merampas Kajang. PAS boleh menang apabila pengundi Cina mengundi Dr Shafie dalalm PRU 2004.

Pengundi Cina Kajang adalah antara pengundi Cina yang awal di seluruh negara melepaskan sikap sentimen Cinanya apabila calon MCA berdepan dengan calon PAS. Jika pengundi Cina lari dari MCA kepada DAP adalah perkara biasa. Tetapi pengundi Cina undi siapa saja asal bukan MCA dan pilihan mereka pula PAS adalah satu sikap menarik perhatian.

Ertinya pengundi Cina Kajang sejak tahun 2004 telah keluar dari kepompong perkauman. Apabila persempadanan baru selepas 2004, sebahagian Kajang dimasuk ke DUN Bangi, Dr Shafie melepaskan Kajang kepada Bangi, maka Kajang diberi kepada PKR dengan calonnya Cina. Cina memilih Cina PKR, tidak memlih Cina BN.

[Gempar] Kayu Balak dari hutan Pedu berselerak tepi jalan apabila lori terbalik

Ikatan kayu balak terputus

Ikatan kayu balak terputus 
 Kayu balak bertaburan selepas lori balak yang dalam perjalanan ke Pokok Sena melanggar pembahagi jalan di Jalan Kuala Nerang- Pedu semalam.

KUALA NERANG - “Saya hanya mampu memegang sterengkuat-kuat dan bertawakal kerana tidak mampu lagi mengawal selepas lori balak yang saya bawa itu terbalik,” kata Mohd Effendi Md Khir, 32.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Mohd Effendi yang dikatakan dalam perjalanan membawa kayu balak dari Pedu ke kilang di Pokok Sena tidak menyangka kayu yang bergerak di belakang lori menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya hingga melanggar pembahagi jalan dan terus terbalik.

Menurutnya, dalam perjalanan ke Pokok Sena dia sudah cuba mengikat kayu balak dengan sempurna.

"Apabila sampai di selekoh Jalan Kuala Nerang ke Pokok Sena tiba-tiba muatan kayu seberat 10 tan itu mula bergoncang dan tiba-tiba tali besi yang diikat kayu itu juga turut terputus hingga menyebabkan lori itu menjadi berat sebelah lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berserah kepada ALLAH dan nasib baiklah saya juga tidak tercampak di luar dan dilanggar oleh kenderaan lain pula,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Negara terjejas di bawah Menteri Kewangan ‘sambilan’

KUALA LUMPUR: Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera, kata Liew Chin Tong.

Jika tidak, kata Ahli Parlimen Kluang itu, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan ‘sambilan’.

Menurutnya, ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

“Amalan Perdana Menteri beperanan sebagai Menteri Kewangan adalah trend yang tidak sihat untuk ekonomi negara,” ujarnya yang Pengarah Pendidikan Politik DAP dalam satu kenyataan, sepertti di bawah.

Amalan waktu ini yang mana Perdana Menteri turut berperanan sebagai Menteri Kewangan mestilah dihentikan segera. Jika tidak, Malaysia akan terjejas di bawah seorang Menteri Kewangan “sambilan”. Ekonomi Malaysia bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan seorang Menteri Kewangan sepenuh masa yang cekap untuk memandunya jauh daripada kemelut.

Lawan tetap Lawan - Pampasan tak setimpal takan nak setuju..!!

Pampasan tak setimpal

Pampasan tak setimpal  
Penduduk diketuai Abdul Rauf (tengah) berhimpun secara aman semalam 
dengan harapan masalah mereka mendapat perhatian.

ALOR SETAR - Lebih 30 keluarga di Kampung Kilat, Simpang Kuala, dekat sini, tidak berpuas hati apabila tanah milik kerajaan negeri yang sudah diduduki hampir 100 tahun akan diambil pemaju bagi melaksanakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pampasan tidak setimpal.

Mereka mendakwa, perbincangan demi perbincangan antara penduduk dan pemaju sejak setahun lalu tidak mencapai matlamat berikutan tawaran pihak pemaju sentiasa berubah.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK) Kampung Kilat, Abdul Rauf Hussain, berkata, penduduk tidak menentang projek perumahan yang akan dilaksanakan, sebaliknya memohon pampasan yang sepadan.

Menurutnya, pada perbincangan awal pemaju menawarkan nilai pampasan RM35,000 atau digantikan sebuah rumah baharu dan RM400 sebulan selama tiga tahun kepada setiap pemilik rumah.

“Jumlah RM400 sebulan itu sebagai duit sewa rumah sementara pembinaan projek itu siap. Pada awalnya kebanyakan penduduk sudah setuju dengan tawaran itu. Tetapi, pihak pemaju menarik balik tawaran berkenaan.

Kesian Rosmah Mansor....

oleh Shahbudin Husin, 

Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, "semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat".

Ucapan Rosmah ini agak menghairankan kerana siapa yang menyuruhnya sibuk-sibuk atau menyibukkan diri menjaga rakyat. Tiada siapa yang memintanya berbuat demikian, bahkan beliau tidak dibayar gaji pun untuk menjaga rakyat. Beliau bukanlah wakil rakyat, menteri atau seumpamanya.

Beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri yang perlu menyokong kerjaya dan menemani suaminya dalam program-program tertentu yang memerlukan kehadirannya. Tetapi ketika Najib ke pejabat, tidak perlulah beliau ke pejabat sama. Tiada siapa yang marah jika ketika Najib ke pejabat, beliau hanya berehat di rumah dan tidak berjumpa rakyat.

PAS Kelantan akan menjadi seperti PAS KEDAH sebelum ini jika tidak diselamatkan..!!

Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya

Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014. 
Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz. 
- Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.

Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.

Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.

Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.

Maka dengan in tertaballah Taib Mahmud menjadi TYT Sarawak yang baru..

Agong serah watikah pelantikan YDP Sarawak

Taib Mahmud 
 Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan surat cara perlantikan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.
  
Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.
  
Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan hari ini.
   

PAS Kedah akan turun membantu PRK Kajang, 'Tiada arahan boikot'

Mohd Azam Abdul Samat  
Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat

KOTA SARANG SEMUT - Kemelut membabitkan kes saman antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan PKR, diyakini tidak akan menjejaskan persiapan jentera PRK Dun Kajang.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, walaupun insiden itu tercetus menjelang pilihan raya kecil, semua jentera parti dari setiap kawasan bersiap siaga untuk membantu PRK Kajang, dan menunggu arahan lanjut daripada ibu pejabat.

“Tidak ada arahan daripada mana-mana pihak yang mengeluarkan arahan agar memboikot kempen PRK Kajang, sebagai usaha mensabotaj calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada arahan (seperti itu) berikutan kes mahkamah itu,” katanya.

Menurutnya, sebagai rakan, Pas tetap akan membantu calon daripada rakan yang bertanding dalam pilihan raya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...