TERKINI :

Thursday, February 27, 2014

Taib Mahmud letak jawatan YB, sekoq pun macai tak komen..!

SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini secara sinis mempersoalkan tindakan yang diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan di Dun Balingian, pada 28 Februari ini.

Menurutnya, apabila perkara itu dilakukan oleh Abdul Taib tiada komen dikeluarkan.

"Taib Mahmud kosongkan Dun Balingian untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua...khianat demokrasi?

"Bazir wang rakyat buat pilihanraya kecil?

"Kenapa sunyi sepi suara komentar?," katanya dalam laman Twitternya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh telah menerima kritikan hebat daripada pemimpin dan NGO pro-kerajaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak turut menyifatkan PRK Kajang pada 23 Mac ini adalah pembaziran wang awam oleh PR.

Najib berkata keputusan mengadakan pilihan raya itu hanya sekadar untuk menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR. (SH)

Rasuah : Perasuah BERSALAH, Penerima BEBAS.. Itulah Malaysia..!

SPRM perlu buka semula kes RM40j Musa Aman

SHAH ALAM - Susulan ahli perniagaan Michael Chia yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurutnya, keputusan bersalah yang dijatuhkan terhadap Michael menguatkan lagi spekulasi mengenai isu wang kontroversi RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah.

"Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah kerana wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

"Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terbaru, media melaporkan Michael yang terbabit dalam kes cubaan menipu wang RM2.5 juta 10 tahun lalu telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus ketika menyampaikan hukuman itu semalam, berkata, Michael telah didapati bersalah atas cubaan menipu dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kesnya.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, tindakan SPRM yang berjaya mendakwa ahli perniagaan itu adalah perkembangan yang baik daripada suruhanjaya itu namun perlu dipertingkatkan.

"Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

"Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas," katanya.

Sarawak ke-3 bilangan rakyat termiskin di Malaysia

Pemuda PKR Sarawak mempersoalkan mengapa Sarawak kini di tangga ketiga senarai negeri dengan bilangan penduduk paling miskin selama 33 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi ketua menteri.

Wakilnya, Iswardy Morni berkata ini berlaku walaupun mempunyai RM22 bilion dalam rizab negeri.

Merujuk data Jabatan Statistik, beliau berkata, walaupun Sarawak
di tangga ketiga di belakang Sabah dan Kelantan, bilangan populasinya jauh lebih tinggi.

Ini kerana mengikut bilangan tiga peratus penduduk, bilangannya melebihi 66,000 berbanding Kelantan yang bilangan tiga peratus penduduk miskinnya hanya berjumlah 51,000.

"Rakyat Sarawak bangga Selangor ada simpanan rizab RM3 bilion tapi Sarawak ada RM22 bilion dan masih gagal membantu rakyatnya.

"Jadi saya meminta bakal ketua menteri, Datuk Seri Adenan Satem untuk menjadikan ini satu keutamaan dan tak beri alasan seperti Sarawak terlalu besar," kata Iswardy di ibu pejabat PKR semalam.

Tersenarai Dalam 5 Boros Di Dunia, Satu Lagi Alasan Najib Wajar Diganti

oleh Shahbudin Husin, 

Minggu ini sekali lagi Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Setelah beberapa kehebatan dan kecemerlangan yang berjaya dilakukan oleh pelbagai individu serta dalam pelbagai bidang sebelum ini yang sekaligus mengangkat nama Malaysia makin harum di persada dunia, kehebatan yang berlaku kali ini lebih "terangkat" lagi.

Sebuah portal berita Indonesia, Merdeka.com dalam laporan terbarunya telah membariskan Perdana Menteri, Najib Razak diantara lima pemimpin dunia yang paling boros. Bersama dalam senarai itu ialah Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlosconi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un.

Dengan memetik laporan majalan The Heat, Najib dianggap boros kerana membelanjakan wang yang banyak bagi kos perjananan beliau dan perbelanjaan keluarganya sejak lima tahun lalu, di samping memperuntukan sejumlah besar wang lagi untuk menggaji pelbagai kumpulan konsultan dan penasihat bagi membantu pentadbirannya.

Robert Mugabe pula terkenal sebagai pemimpin yang boros terutama dalam meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke-90 baru-baru ini, walaupun di ketika sebahagian besar rakyatnya sedang menderita kelaparan dan hidup dibawah paras kemiskinan manakala Berlosconi adalah pemimpin playboy yang gemar bersukaria dan menghabiskan hampir setiap malamnya dengan dikelilingi gadis-gadis jelita di beberapa rumah agam yang dimilikinya.

Jangan dok syok lagi meraikan MOU Air Selangor, perjanjian masih belum didedahkan kepada umum..!!

Hati2 Dalam Meraikan MOU Air Selangor......

MoU Selangor - Pusat tepat pada masanya
Sikap yang perlu kita ambil berkenaan MOU air yg di tandatangani oleh MB Khalid dgn kerajaan Pusat adalah tunggu dan lihat.

Ini kerana butiran MOU dan perjanjian masih belum didedahkan kepada umum.

Malahan, Anwar Ibrahim yang jadi Penasihat Ekonomi pun tak tau menahu berkenaan MOU ini.

Kita tidak tahu samada benar2 pengurusan air telah diserah kepada Kerajaan Negeri ataupun ada makenisma2 lain yg sebenarnya tidak menampakkan begitu.

Ongkili sendiri telah membuat pengisytiharan sebelum ini bahawa air di Selangor telah pun diambil alih oleh Pusat.

Lebih2 lagi MOU ini di tt selepas MB Khalid mendapat ganjaran dari Bank ISlam di dalam bentuk pembayaran kadar hutang yang lebih rendah dari kadar asal.

Puak UMNO Kedah dah mula tokak hang aku dah..!!

UMNO Kedah kembali bergolak
oleh Zulkifli Yahaya

http://1.bp.blogspot.com/-Sbk94ETCGIo/UTxSC1TYJjI/AAAAAAAAJuk/eB3LcwYd1Bw/s1600/mukhriz-mahathir-kedah-flag.png

Baru-baru ini, sewaktu Perhubungan PAS Kedah mengadakan program untuk memantapkan organisasi di SP Inn Sungai Petani; Umno Bahagian Merbok pula mengadakan pertemuan khas dengan Pengerusi Perhubungannya Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. Meriah hotel milik anak syarikat kerajaan negeri itu apabila dua buah parti utama yang bersaing mengadakan program sebelah menyebelah.

Jika PAS sebagai pembangkang sedang bangkit semula membina kekuatan, Umno pula sedang berhempas pulas untuk memulihkan masalah dalaman parti pemerintah itu satu demi satu bahagian. Baru minggu lalu Mukhriz terpaksa campurtangan menasihati seorang ADUN BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyaman pemimpin Umno bahagian berhubung pertikaian politik dalaman mereka. Setiap bahagian Umno ada masalahnya masih-masing yang lebih merumitkan berbanding sewaktu jadi pembangkang dahulu.

Selepas sembilan bulan berlalu, tempoh berbulan madu Menteri Besar Kedah itu sudah berakhir. Apa yang terpaksa dilaluinya kini ialah masalah demi masalah yang melanda sebuah parti tua lagi nazak yang talian hayatnya cuma kuasa dan wang dari kerajaan Pusat dan bukan jatidiri perjuangan.

Saman RM2juta - Awat menantu Haji Hadi Kalut sangat nie, pie la sembang elok-elok dengan JUHAM..!!

Kenyataan JUHAM Bidas Menantu Tuan Guru Haji Haji - Amek Kaw

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/zaharudin-muhammad-pas-010813_200_200_100.jpg

Ada beberapa perkara  ;
1. Menantu tuan guru Ustaz Zaharuddin - kalau diam orang tak kata bisu. Di ulangi, kalau dia mengambil sikap berdiam diri, orang takan kata dia bisu.
2. Bukan dia tak kenal siapa orang2 dalam JUHAM.
3. No telefon ada, alamat ada, jumpa pun boleh.
4. Tapi geng2 neh amek pendekatan serang depan2 gunakan pelbagai media sosial.

Itu sebab aku kata, PAS vs PAS, UMNO tepuk tangan.


Sesama PAS sendiri pun berpecah, apatah lagi PAS dengan PKR.. Itu yang aku nampak dan perhatikan. Yang pelik, bila kita suarakan apa yang kita nampak dan nyatakan respon, melalak pula mereka2 neh. Padahal, yang tunjukkan perangai macam tue, dorang sendiri. Kita cuma tarik keluar berdasarkan kelakuan korang. Tak payah nak marah orang lain la weh. Korang sendiri tunjukkan perangai tak sememeh depan2, lagi nak suruh orang cover2 untuk korang. Apahal.

Lue fikirlah sendiri.

BTW, jika TGHH enggan menarik balik kenyataan asal berhubung isu pil kuda, dan mahu mempertahankan kenyataan tersebut di mahkamah, aku harap dalang2 yang bagi maklumat palsu dan menghasut presiden boleh tampil menjadi saksi di mahkamah. Bawa sekali bukti2 tang mana calon PKR tue terbabit dengan pil kuda.

Pendapat aku kes neh boleh diselesaikan secara baik kalau kedua2 pihak dua bertentang mata dan leraikan kekusutan di jiwa masing2.

PRK Kajang : Apabila BN cakap macam lidah biawak..!!!

Sebelum ini ada dua isu dibangkitkan Umno/BN membabitkan bakal calon ‪#‎PRK_Kajang‬ iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik... pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ turut serta memberikan komen masing-masing.

Ketika Pengerusi SPR mengakui tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap bakal-bakal calon yang berkempen awal dan menyerahkan kepada polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bertindak, ada ahli akademik yang berkata Anwar boleh hilang kelayakan menjadi calon jika didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berceramah tanpa kebenaran polis.

Malahan tindakan DSAI itu mengundang rasa tidak puas hati pemimpin Umno/BN. Ada juga penduduk dan badan bukan kerajaan pro Umno/BN yang membuat laporan polis berhubung tindakkan DSAI, ditambah lagi portal rasmi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) turut mengecam Anwar yang disifatkan tidak menghormati titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan gelanggang politik.

Apa untungnya pada rakyat jelata apabila Hartawan Malaysia semakin kaya?

Hartawan Malaysia makin kaya

 Robert Kuok Hock Nien  
Robert Kuok Hock Nien

KEKAYAAN terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia melonjak kepada RM217.82 bilion sehingga 18 Januari 2014, atau 11.73 peratus lebih tinggi berbanding RM194.86 bilion tahun lalu.

Menurut majalah Malaysian Business dalam isu bertarikh 16 Februari lalu, pada 2002, iaitu tahun yang mana majalah perniagaan itu mula mengira kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia, aset terkumpul mereka hanya berjumlah RM41.7 bilion dengan pemilik Kumpulan Kuok, Robert Kuok Hock Nien berada di tempat teratas.

Sejak itu, 81 individu pernah tersenarai dalam senarai tersebut dan 15 daripada mereka kekal berada dalam senarai itu sehingga kini.

"Secara keseluruhannya, peningkatan stabil kekayaan mereka disumbangkan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan kekayaan mereka kebanyakannya berdasarkan pegangan saham.

"Ia juga menggambarkan prestasi syarikat mereka masing-masing dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia sejak 12 tahun lalu," menurut Malaysian Business dalam kenyataan, baru-baru ini.

Jom kita lihat apa puak Najib buat dengan Bajet Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM16.45 bilion...???

Peruntukan perbelanjaan bagi badan/agensi (terpilih) di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 2014 disenaraikan di bawah.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diberikan bajet sebanyak RM16.45 bilion untuk tahun 2014.
Bajet pembangunan JPM ialah RM10,580,942,500.

Bajet operasi JPM ialah RM5,869,615,000.

BELANJAWAN JPM 2014

Carta palang: Perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM)
PMOexpenditure
Kos pentadbiran pembangunan

Pemandu — RM39,200,000

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mempunyai seramai 123 orang kakitangan.
Pegawai Pemandu – contohnya wanita gambar di bawah – menjalankan tugas menilai pencapaian jemaah  kabinet. Dalam kata lain, unit Pemandu memantau dan menyediakan report card prestasi kerja Pak Menteri.

Obketif Pemandu ialah (a) Menyokong perancangan dan pelaksanaan GTP dan ETP, dan (b) Menyumbang ke arah transformasi dan pencapaian yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tuisyen Rakyat untuk pelajar Padang Terap


Mohd Hamizan Hamzah  
Mohd Hamizan

KUALA NERANG - Tabung Kebajikan Al-Masakin Padang Terap (Terapcare) akan mengadakan Tuisyen Rakyat kepada pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Pengerusinya, Mohd Hamizan Hamzah berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, pihaknya terpanggil bagi membantu pelajar yang akan mengambil SPM pada tahun ini untuk mengikuti kelas Tuisyen Rakyat itu.

Menurutnya, Tuisyen Rakyat ini lebih ke arah kebajikan bagi membantu pelajar di sekitar Padang Terap supaya mereka mendapat ilmu seperti rakan mereka yang lain terutamanya yang tinggal di bandar.

“Tuisyen Rakyat hanya mengenakan caj sebanyak RM5 bagi setiap mata pelajaran dan RM20 untuk yuran pendaftaran.

"Ia akan bermula pada Mac nanti yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Syariah, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam,” katanya.

Punca Sebenar Kerajaan Pusat Tandatangan MoU Air Dengan Selangor Tersebar?

Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna.

Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.

"Kami mahu kerajaan negeri beritahu kami apakah kesan Langat 2 dari segi kenaikan tarif. Ini tanggungjawab mereka untuk berterus-terang dengan rakyat tentang harga yang mereka perlu dibayar pada masa akan datang," katanya.

Jika MARANG berada dalam negeri PULAU PINANG, kompom akan riuh rendah 1Malaysia..!!

Kalaulah gerai yang diroboh ni di Pulau Pinang.. riuh rendahlah 1Malaysia...

Hujung Januari lalu satu kekecohan yang melibatkan keganasan telah tercetus bilamana pihak Penguatkuasa MPPP bertindak merobohkan beberapa gerai disepanjang Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Dalam kekecohan itu Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar telah dibelasah sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Insiden itu telah dikecam oleh Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang, Dato' Hj Mohd Rashid bin Hasnon.

Dalam kenyataan medianya beliau berkata "Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengecam dan memandang berat tindakan ganas oleh sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah memukul Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Encik Abu Hassan Omar sehingga menyebabkan bajunya terkoyak di Teluk Bahang".

Tambahnya lagi "Ahli-ahli pertubuhan seperti Perkasa dan UMNO berada di kawasan tersebut semasa kejadian ganas berlaku. Encik Abu Hassan dan anggotanya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan dan diarahkan untuk merobohkan gerai haram yang kosong, yang sedang dibina dan baru dibina.

UMNO yang sudah tidak ku kenali lagi

oleh Aspan Alias

http://310627192.r.worldcdn.net/media/k2/items/cache/53f00187b3d5c1f3a428b763b1982daa_XL.jpgNajib sedang menghadapi tekanan lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir ke darat dan ke baruh membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006 dahulu.

Di sebaliknya sekarang ini tidak kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela beliau dalam beberapa isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang membela Najib dengan sambil lewa sahaja.

Kalaulah keadaan ini berlaku semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam situasi seperti Najib ini pasti akan meletakkan jawatan jika sudah ada tanda-tanda pemimpin mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.

Bila la nak perbaiki ESKALATOR di PEKAN RABU tu...?

Berpeluh panjat eskalator rosak
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 26, 2014

ALOR SETAR - Pengguna eskalator di jejantas pejalan kaki, Jalan Tunku Ibrahim, dekat sini, terpaksa berpeluh apabila kemudahan terbabit rosak semula sejak sebulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke jejantas penjalan kaki menghubungkan Hentian Bas Pekan Rabu ke Kompleks Perniagaan Pekan Rabu mendapati orang awam terpaksa mendaki anak tangga.

Rahmat Salam, 40, berkata, kerosakan eskalator berkenaan sememangnya memenatkan sekali gus menyusahkan orang ramai khususnya warga emas.
“Nampaknya eskalator diharapkan memudahkan urusan orang awam tidak berfungsi malah bagaikan hiasan semata-mata apabila penjalan kaki berpenat lelah memanjat anak tangga untuk menyeberangi jalan.

Bekalan air di Kedah mampu menampung keperluan negeri sehingga 10 bulan lagi..


Kedah tak perlu catu air dalam masa terdekat


ALOR SETAR - Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan di beberapa empangan utama masih mencukupi untuk menampung keperluan domestik, industri dan aktiviti pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrulhisham Hashim berkata jika keadaan kering dan kemarau sekarang berterusan, empangan di Kedah dijangka masih mampu menampung keperluan air untuk tempoh 10 bulan lagi.

"Kerajaan Kedah belum timbang buat catuan air. Kita dapat maklumat daripada Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, air di Kedah di tahap boleh bertahan. Kerajaan Kedah tak pernah bincang untuk buat catuan," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, para pesawah tidak perlu bimbang bakal berhadapan masalah pengairan kerana Mada akan membuat pelepasan akhir seperti yang dijadualkan hujung bulan Mac untuk musim pertama 2014.

126 pelumba hangatkan LTdL 2014 kali ini..

LANGKAWI - Sebanyak 126 pelumba dari 21 pasukan disambut penuh gemilang pada acara pengenalan pasukan Le Tour de Langkawi 2014 di Dataran Lang, di sini malam ini.

Acara pengenalan pasukan yang buat julung kali diadakan pada waktu malam disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab.

Pada majlis pengenalan itu, penganjur LTdL turut memberi penghormatan kepada mendiang Youm Jung Hwan, pelumba dari pasukan KSPO dari Korea yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Februari lepas.

Susulan itu bagi menghormati mendiang, pasukan terbabit menarik diri dari LTdL 2014 dan penganjur LTdL juga bersetuju untuk tidak menggantikan pasukan lain bagi mengisi kekosongan itu.

Majlis pelancaran diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Esok, 126 pelumba akan berada di garisan permulaan yang bakal menyaksikan persaingan sengit mengungguli peringkat pertama di pulau legenda.

LTdL 2014 menjanjikan kehangatan dalam persaingan merebut tiga jersi utama iaitu Jersi Kuning selaku juara keseluruhan, Jersi Merah untuk Raja Bukit, Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia dan Jersi Biru bagi Raja Pecut.

Edisi ke-19 masih mengekalkan 10 peringkat bermula dari Langkawi sejauh 101.1km, Sungai Petani-Taiping (132.5km), Kampar-Kuala Lumpur (166.5km), Subang-Genting Highlands (110.9km), Karak-Rembau (139.3km) dan Melaka-Pontian (199.1km).

Ini diikuti Kota Tinggi-Pekan (230.1km), Kuantan-Marang (202.2km), Bandar Permaisuri-Kuala Terengganu (111.1km) dan Tasik Kenyir-Kuala Terengganu (103.1km). - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...