TERKINI :

Wednesday, February 26, 2014

Akhirnya Taib Mahmud membazir lagi duit rakyat jumaat nanti..!

Taib Mahmud letak jawatan Adun Balingian Jumaat ini

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingain Jumaat ini, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar tersebut memetik Abdul Taib sebagai berkata, notis pengosongan itu sudah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Taib sebelum ini mengumumkan mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuat kuasa 28 Februari dan beliau akan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Adenan yang ditemani dua anak lelakinya Abdul Aziz, 47, dan Azizul Annuar, 23, turut mengesahkan bahawa pemilihannya sebagai bakal ketua menteri dibuat selepas anggota-anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) yang bermesyuarat memberi mandat penuh kepada Taib untuk memilih penggantinya.

"Beliau (Taib) sebenarnya tidak mahu tetapi kami (anggota-anggota MT) memaksa beliau untuk memilih...terima kasihlah kerana beliau memilih saya," katanya.

Menurutnya Taib juga tidak pernah memberitahunya yang beliau akan dilantik sebagai ketua menteri.

Adenan turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg yang juga Timbalan Presiden PBB dan Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang juga Naib Presiden PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kerana menyokong pelantikan beliau sebagai bakal ketua menteri. - 26 Februari, 2014.

Apabila Daim Bersuara Lagi....


Sudah dua kali bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin bersuara mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka di tahun 2014 ini. Kali pertama ketika berucap di suatu majlis di Merbok, kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya pada pertengahan Januari lalu, Daim mengkritik beberapa dasar tidak betul kerajaan seperti subsidi, tol, kenaikan harga barang, menteri tidak pandai menjawab isu, Najib tidak bijak mengurus perbelanjaan, terlalu bergantung kepada penasihat dan berbagai lagi.

Selain melabelkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lemah, Daim juga membayangkan jika pilihanraya akan datang diadakan dalam situasi seperti ini, ia lebih mengundang kemungkinan BN tewas dan hilang kuasa di peringkat pusat.

Namun, belum pun sempat kritikan beliau itu dibahas dan diperbualkan dengan lebih meluas, ia kemudian tenggelam dengan isu pilihanraya kecil DUN Kajang dan strategi Anwar Ibrahim mahu menjadi MB Selangor yang tiba-tiba muncul.

Sebelum ini, Daim dan Mahathir dilihat sudah pun memulakan langkah mengkritik beberapa dasar dan pendekatan Najib atas kebimbangan bahawa kelemahan Najib yang berterusan itu akan membahayakan kedudukan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar 'lemah'

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

"Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga "lemah" kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

"Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

"Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

"Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim," katanya lagi.

BN melanggar pantang di Kajang

ADA dua isu dibangkitkan BN membabitkan bakal calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang iaitu berkempen awal dan menggunakan surau dan masjid untuk kempen politik.

Bukanlah sesuatu yang ‘memeranjatkan’ jika dua isu itu ditimbulkan BN guna memanaskan ‘masa menunggu’ PRK Kajang.
Selepas diisytiharkan sebagai calon PKR mewakili Pakatan Rakyat dalam PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menunggu lama untuk bertemu rakyat. Pelbagai program turun ke bawah diatur bagi tujuan itu. Ceramah ‘hit and run’ beliau mendapat sambutan dan isu yang diperkatakan beliau menjadi bahan berita di dada akhbar dan media sosial.

(Gambar kanan: Muhyiddin bersama para pemimpin BN di ruang solat Surau Al-Falah. Foto Utusan Online)

Bagaimanapun gerak kerja kempen bersifat proaktif ini tidak begitu digemari pemimpin Umno/BN. Maka pelbagai kritikan dihamburkan terhadap Anwar yang didakwa berkempen sebelum hari penamaan calon. Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beberapa ahli akademik ‘dipelawa’ memberikan komen masing-masing.

Pemimpin dilihat ‘hebat’ bila anak dapat projek mega

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dilihat ‘terlalu lemah’ apabila gagal menjadikan anak-anaknya sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun peringkat global.

Demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai respons kepada kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menganggap Anwar sebagai seorang yang lemah dan gilakan publisiti.

Secara sinis, katanya kelemahan Anwar sepanjang 17 tahun berada di dalam kerajaan telah mewujudkan perbelanjaan yang seimbang dan tidak mengumpul hutang yang berganda-ganda sepertimana berlaku sekarang.

"Anwar memang lemah dan saya kesal apabila beliau gagal menjadikan anaknya sebagai individu terkaya di nagara ini atau peringkat global.

"Beliau lemah bila tidak memberi projek-projek mega kepada keluarganya sepertimana yang dilakukan pemimpin dalam Umno sekarang ini," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Kassim Ahmad: Perkasa, NGO Umno hilang lantang?

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad melahirkan rasa hairan dengan sikap kumpulan NGO Umno yang seperti 'hilang suara' dalam isu Kassim Ahmad berbanding siu-isu berkait agama sebelum ini.

Katanya, sehingga kini tidak kedengaran suara lantang mereka, yang sebelum ini seringkali mengancam ugutan fizikal malah mengadakan demonstrasi dalam isu-isu terdahulu.

"Mana pergi kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa, Jati mahupun Perkida yang sebelum ini lantang jika Melayu atau Islam itu dipersoalkan.

"Kenapa dalam isu Kassim ini mereka tidak berani ke hadapan, adakah ia berkaitan dengan Umno jadi mereka hanya berdiam diri termasuk juga pihak berkuasa agama tempatan?," soal beliau dalam satu sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau menggesa kerajaan melalui pihak berkuasa agama agar segera mengambil tindakan terhadap Kassim Ahmad yang secara jelas telah menghina Hadis yang menjadi salah satu sumber pegangan umat Islam.

Adakah NAJIB katakan PERKASA pelampau..??

Jangan Beri Publisiti Pada Pelampau, Apakah Najib Menujukannya Pada Perkasa?

Dalam usaha menjayakan rekonsilasi nasional yang akan diumum serta dilaksanakan beberapa bulan lagi yang antara lainnya diharapkan membantu memberi inspirasi kepada rakyat untuk saling hormat-menghormati dan berhubung sesama sendiri serta seterusnya menjadikan perpaduan dan keadaan negara menjadi lebih baik, Perdana Menteri, Najib Razak juga menggesa media dan media sosial agar tidak memberi publisiti kepada penghasut yang selalu mengeluarkan kenyataan melampau.

Beliau berkata, memberi publisiti kepada kumpulan pelampau boleh memecah-belahkan kepercayaan antara kumpulan etnik dan oleh yang demikian, sebarang publisiti tidak harus diberikan kepada kumpulan tersebut.

Tambah Najib lagi, kenyataan demi kenyataan yang sering dikeluarkan oleh kumpulan pelampau ini tidak perlu dikecam, sebaliknya tindakan terbaik ialah "tidak mempedulikannya dan jangan beri publisiti".

Menjelang pilihanraya kecil DUN Kajang yang bahangnya mulai terasa dan mungkin juga memberi kesan kepada kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri selepas ini, rekonsilasi nasional ini memberi tafsiran yang pelbagai di kalangan rakyat. Sementara ada yang menganggapnya ssbagai bukti menunjukkan betapa Najib sentiasa memandang ke hadapan demi kepentingan negara, kelompok yang lain pula melihat ianya sebagai strategi politik untuk memastikannya berada lebih lama lagi di kerusi empuk Perdana Menteri.

Apa la bodoh MCA nie, DAP mana ada ADUN MELAYU & ISLAM.. macamana depa nak tuntut kerusi MB?

MCA: DAP perlu lebih berani tuntut jawatan MB

Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin mahu DAP menuntut hak menjadi menteri besar Selangor kerana DAP lebih layak menuntut kerusi itu selepas memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR pada pilihan raya umum lalu.

"DAP sepatutnya mempunyai keberanian bekerjasama dengan PAS untuk melobi jawatan MB daripada PKR yang angkuh...

"Saya mendesak DAP lebih berani kali ini, berhenti mengecewakan pengundi Selangor serta berkata tidak kepada PKR sambil berlawan untuk jawatan MB untuk parti itu," kata beliau dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun Ng tidak memberi ulasan mengenai Seksyen 51(2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menyatakan seorang menteri besar haruslah "berbangsa Melayu dan beragama Islam."

Tiada satupun dari 15 ADUN DAP beragama Islam.

Hina Islam: Gesa kerajaan gubal akta baharu

HULU TERENGGANU - Kerajaan perlu mewujudkan satu akta baharu bagi mengekang tindakan pihak tertentu menghina agama Islam melalui laman sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata perkara itu perlu dibincangkan di Parlimen untuk menggubal akta berkenaan bagi membendung tindakan itu.

"Kita berharap kepimpinan peringkat tertinggi negara dapat memikirkan kaedah bagi menangani perkara itu daripada terus berleluasa," katanya ketika mengulas tindakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara di sini yang mencabar dan menghina kesucian agama Islam melalui laman sosial.

Ghazali yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil kesal dengan apa yang berlaku sehingga ada yang sanggup menggunakan teknologi maklumat dan menyelitkannya dengan unsur negatif sedemikian.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...