Mahfuz Omar  
Datuk Mahfuz Omar

ALOR SETAR - Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan tegas terhadap Dr Kassim Ahmad mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah berhubung fahamannya yang didakwa bercanggah dengan ajaran Islam berikutan teks ucapan asal ditulis menggunakan alamat di Kulim.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kesalahan itu jelas dilakukan di negeri ini walaupun pengucapannya pada Seminar Pemikiran Kassim Ahmad Satu Penilaian berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Ahad lalu.

Menurutnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu segera mengarahkan pihak berkuasa agama menahannya untuk mengumpul maklumat secara terperinci dan membuat pendakwaan di mahkamah.

"Tindakannya cuba mengulangi kenyataan berkaitan dengan hadis bukan sumber rujukan utama, rambut wanita bukan aurat dan perkara yang berkaitan dengan mendewakan Nabi Muhammad SAW dan ulama adalah satu perkara biadab serta berbahaya kepada kehidupan umat Islam jika tidak dibendung secara serius.