TERKINI :

Friday, February 21, 2014

Dengan BN umumnya calon Kajang terbukti UMNO hanya parti tungangan MCA





10 fakta yang anda perlu tahu tentang WhatsApp



KUALA LUMPUR: Facebook membeli aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat pada harga lebih daripada $16 bilion dalam bentuk tunai dan saham.

Namun, Facebook dan WhatsApp tetap akan beroperasi dan mempunyai ahli lembaga bersasingan. WhatsApp juga mempunyai 450 juta pengguna aktif setiap bulan.

"Pengambilalihan ini menyokong misi bersama Facebook dan WhatsApp untuk mewujudkan lebih banyak rangkaian dan utiliti kepada dunia dengan menyediakan perkhidmatan Internet teras yang cekap dan sesuai dengan kemampuan," dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Facebook.

Apa punya BN nak umum calon pun takut dengan media Internate


Mansuhkan PBS : Pengerusi Penaja SGMM ditukar sekolah serta merta

Pengerusi Penaja SGMM ditukar sekolah serta merta


Mohd. Nor Izzat Mohd. JohariPenganjuran 'Himpunan222: MansuhPBS' oleh Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) menerima tamparan apabila Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, ditukarkan ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta-merta.

Pertukaran sekolah itu dibuat tanpa alasan kukuh.

Mohd. Izzat berkata, tindakan kementerian itu dilihat tidak profesional dalam menangani isu tersebut.

"Perjuangan SGMM adalah semata-mata demi masa depan pelajar-pelajar terutama pelajar Tingkatan 3 yang terkesan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah disalahertikan oleh kementerian.

"Kita tidak melibatkan mana-mana parti politik dan hanya mahu dasar pendidikan negara memberi manfaat kepada para pelajar telah dianggap sebagai penentang kementerian yang akhirnya dengan sesuka hati membuat keputusan pertukaran sekolah ini," katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Beliau dan seorang lagi guru yang merupakan penyokong kuat SGMM telah menerima surat pertukaran sekolah bertarikh 17 Februari lalu.

'Kassim Ahmad syaitan' dipamer pendemo

Plakad-plakad menarik dikesan dalam perhimpunan umat Islam di Masjid Negara Kuala Lumpur bagi mengecam kenyataan kontroversi sarjana Kassim Ahmad yang dianggap biadab dan menghina Islam.

Antara dipamerkan peserta, “Kassim Ahmad syaitan”, “Kassim Ahmad tempat laknat Malaysia...” dan “Kasim Ahmad Hina Ahmad”.

Ahmad merupakan nama lain kepada Nabi Muhammad.

Selain menyatakan keberangan dalam perhimpunan selepas solat Jumaat itu, dikesan juga plakad yang berbentuk humor seperti “Kassim Ahmad dah solat Jumaat ke?”.

Harakahdaily melaporkan, hampir 1,000 umat Islam berkumpul di Masjid Negara bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap Kassim.

Dia rasmi, Buat Rumah dia, siap bela tapi JAKIM kata TUN M tiada kaitan

JAWI: Dr Mahathir tiada kaitan seminar antihadis

Bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr Kassim Ahmad, di Putrajaya pada 16 Februari lalu, kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata pihaknya tidak nampak sebarang keperluan untuk memanggil Dr Mahathir sejak membuka kertas siasatan ke atas penganjuran seminar itu.

"Dr Mahathir tidak terbabit dalan isu ini. Yayasan Perdana bukanlah penganjur kepada seminar itu, sebaliknya kami sedang mengenal pasti penganjur kepada seminar tertutup itu," kata Paimuzi seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Beliau turut dilaporkan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berkenaan seminar itu agar menyalurkannya kepada JAWI.

JAWI sebelum ini dilaporkan diarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk bertindak terhadap Kassim kerana didakwa mempertikai hadis yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini.

Seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula" pada Ahad lalu, dianjurkan Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan dirasmikan Dr Mahathir.

'Saya cuma akan nasihat seperti ratu England'


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berkata tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri selepas persaraannya.

Menurutnya lagi, beliau hanya akan menasihatkan penggantinya seperti langkah ratu di United Kingdom kepada perdana menterinya.

Taib yang akan menjadi Yang di-Pertua Negeri selepas berundur sebagai ketua menteri pada 28 Februari ini berkata, hanya boleh ada seorang “bos” di Sarawak.

Dalam menurutnya lagi, orang itu, bakal ketua menteri Tan Sri Adenan Satem.

“Saya tidak tahu jika beliau (Adnan) perlu nasihat dari saya. Jika ya, saya rasa kedudukan Yang di-Pertuan Negeri seperti ratu di England,” katanya.

PRK parlimen Karpal Singh pulak selepas ini....!

Karpal bersalah hasutan terhadap Sultan Perak

Mahkamah Tinggi memutuskan pengerusi DAP Karpal Singh bersalah membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Keputusan dalam kes panjang itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Karpal, 74, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Jika hukuman itu dijatuhkan, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimennya.

Bercakap kepada media, MP Gelugor Bukit itu berkata beliau akan merayu terhadap sabitan itu dalam tempoh dua minggu.

"Kami menerima keputusan mahkamah pada peringkat ini dan saya akan merayu," katanya.

Sambil memandang penasihat DAP, Karpal tersenyum dan berkata: "Ini bukan kali pertama saya disabitkan".

Galeri awam sebelum itu penuh dengan penyokong DAP yang memakai baju-T, manakala mereka yang tidak dapat tempat duduk diminta oleh bailif menunggu di luar. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Azman, dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan, berkata mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal Singh yang mengambil masa selama tujuh hari, dan seorang lagi saksi pembelaan, tetapi keterangan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Sebaik sahaja keputusan hari ini, Karpal Singh memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada prosiding hari ini, selain semua anggota keluarga, para pemimpin utama Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh, yang juga merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor.

Pihak pendakwaan hari ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Apa sangkut paut lantai dan syiling dengan sekerap?

Muhammad Sanusi Md Nor

Ada kawan sekolah rendah dulu, la ni keja motong. Dia syok sangat bila pemuda PAS Kedah berhimpun beramai-ramai membangkitkan hal harga getah sekerap yg terlalu rendah...

Singgit semilang (1.90) nak kedarah natang paaa??? Marin nek sikit dua inggek pat kupang (2.40)... Tu pong sekerap tak dak pulak..kemaghroo panaih lik-lik..dong getah botak licing!

"Tapi aku tak berapa nak reti 'harga lantai' hat dema dok kata tu natang pa? Paih tu nak 'harga syiling'... Apa sangkut paut lantai dan syiling dengan sekerap?

Nak tergelak pun ada, terkedu pun ada. Orang yang kita nak bantu tak tahu apa yang kita bangkitkan untuk bantu dia!!! Pelik tapi benar!

Aku bgtau dia, harga lantai ialah istilah ekonomi untuk harga paling rendah dan harga syiling ialah harga paling tinggi.

Dua dua harga ni tak boleh berlaku sendiri, pasaran bebas yg ada la ni tidak membentuk harga ni...pasaran bebas tertakluk kpd penawaran dan permintaan - barang banyak harga jatuh, barang sikit harga naik-dan manipulasi kapitalis - orang-orang kaya yang ada modal nak cari untung banyak-

Harga lantai dan harga syiling kena ada penetapan oleh pihak berkuasa. Kerajaan kena capor tangan dalam pasaran bebas nii...

Dalam hal harga getah sekerap ni, kerajaanlah kena tetapkan dengan undang-undang. Maka harga lantai RM4 sekilo yg dituntut oleh para pemuda tu kena dibuat oleh kerajaan yang berkuasa...

Kerajaan boleh kawal harga jgn bagi jatuh bawah drpd tu..dia buleh guna dana awam kerajaan beli getah sekerap dan simpan...dipanggil stok penimbal... Harga syiling tak payah tetap la, lagi naik tinggi lagi baik utk org motong.

Ooo...lagu tuu... Mu thu dak aku motong pawah? Aku tak kira...dia buat lagu mana pun... Moha suruh kejaang (kerajaan) boh Lima Ingget sekelo! Sokrang dua inggek setengah (2.50) dengan tuan kebun. Bagi lepas duik anak gi sekolah dengan ikan taman geliat (tamban kering) pun tak pa dahh... Ikan temenung dulu lagi punn tak larat beliii... Sekali juai sekerap sekali beli yaaa...

Sayu!!! Nak teriak pun ada nak marah pun ada... Aku thu laaa... mak pak abang2 aku pun motong jugakkk...

Misi Anwar akhiri hayat Umno-BN

OLEH: WARTAWAN SINAR

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim menyatakan kemenangan PR dalam PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini penting untuk mengakhiri delegasi kerajaan Umno-BN.

Menurutnya, kemenangan PR dalam pilihan raya kecil itu akan menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan tersebut.

"Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.

“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya yang dipetik dalam satu portal berita.

Sebelum ini, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa 'takut' sekiranya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi Menteri Besar Selangor.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, kesetiaan penyokong terhadapnya kerana sikapnya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab.

"Soal pegang amanah ini penting. Orang sanggup sokong saya walaupun dimaki, dicerca dan dipenjara sebab mereka rasa saya boleh pegang amanah dan tidak curi harta orang. Sebab itu mereka (Dr Mahathir dan rakan-rakan) takut saya ambil alih.

“Kelantan bukan negeri kaya tetapi rakyat kasih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan) kerana rakyat tahu beliau menjadi menteri besar tidak memperkayakan keluarga dan tak ambil satu saham negeri pun. Bagi tahu saya Dr Mahathir, dia tak ambil ke? Anak jutawan,” katanya.

Kes Perwaja hutang Petronas RM275.77juta selesai luar mahkamah

Kes Petronas-Perwaja selesai luar mahkamah
OLEH: Tarikh: February 21, 2014

KUALA LUMPUR - Petronas mencapai persetujuan di luar mahkamah bagi menyelesaikan hutang berjumlah RM275.77 juta yang dipinjam oleh Perwaja Steel Sdn Bhd.

Perwaja Steel akan membayar hutang itu secara ansuran bulanan bermula dari Ogos 2015, kata syarikat gas dan minyak itu dalam satu kenyataan hari ini.

Perwaja Steel ialah anak syarikat milik penuh Perwaja Holdings Bhd.

Dalam kenyataannya hari ini, Petronas berkata pada masa yang sama, mereka bersetuju untuk membekalkan gas kering kepada Perwaja Steel secara bayaran pendahuluan.

"Petronas berkata perjanjian penyelesaian itu merupakan keputusan perniagaan bagi meningkatkan potensi untuk memperoleh semula hutang itu sepenuhnya," katanya. -Bernama

Umcedel: Penduduk Kajang sokong Anwar jadi MB

 Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman  
Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menerusi kajiannya mendapati pengundi PRK Dun Kajang menyambut baik pencalonan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi laluan kepadanya menjadi Menteri Besar Selangor.

Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, sebanyak 59 peratus pengundi di Kajang menyatakan wajar PRK tersebut diadakan untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar baru di negeri itu, manakala 17 peratus menyatakan tidak wajar dan 24 peratus adalah tidak pasti.

Menurutnya, isu yang diuar-uarkan kepada umum oleh pemimpin politik mengenai Anwar tidak layak menjadi menteri besar adalah bukan mencerminkan kehendak rakyat di kawasan tersebut.

"Kita telah lakukan kajian, selalu kita dengar di media- media Anwar tidak layak jadi menteri besar namun itu bukan kehendak rakyat Kajang.

Masa Guru pulak menuntut hak mereka.. Ayuh esok jangan lupa...

Walaupun apa memo dan pekeliling yg diberikan perlembagaan tertinggi negara akan kita patuhi...

Ayuh cikgu masa ini untuk menuntut hak anda....

Menteri Pendidikan Malaysia "ceroi"

Menteri Pendidikan harus lebih bertanggungjawab
ABU HASSAN ADAM

TERLALU banyak aku dengar sungutan orang ramai yang berkaitan dengan sistem pendidikan negara kita yang dikatakan dalam keadaan amat membimbangkan. Amat ‘tenat’. Maknanya kemajuan pendidikan kita sudah semakin merosot.

Bukan sahaja diperkatakan oleh bijak pandai di Lembah Kelang tetapi sudah menjalar ke kampung-kampung. Dan persepsi ini amat merbahaya kepada kerajaan yang memerintah.

Dan yang paling malangnya pula ialah seolah-olah pihak kerajaan tidak begitu mengambil berat tentang keadaan pendidikan di negara ini. Seolah-olah Menteri Pendidikan kita selalu mengambil jalan mudah dalam melaksanakan dasar pendidikan di negara ini. Semacam begitu keadaannya. Mungkin aku tersilap memberikan persepsi yang sebegini.

Rakyat umum melihat bahawa kerajaan atau khususnya Menteri Pendidikan sentiasa dalam dilema.

Orang Perak kata‘ SURUNG-SENTAP’. Maknanya ‘ cakap pagi tidak boleh pakai petang’. Maknanya ‘berdolak-dalik’.

Allahuakbar! Gembala jujur ​​telah diberi 200,000 riyal dari Sudan Kedutaan sebagai tanda hormat!



Seminggu yang lalu kita berkongsi video gembala ini enggan mengambil 200 Riyal untuk biri-biri yang tidak tergolong kepadanya, dengan berkata: "Demi Allah walaupun anda memberi saya 200,000 Riyal Saya tidak akan memberikan" - kini Allah menggantikan 200 Riyal 1000 MASA dan benar-benar memberinya 200,000 Riyal!

"Dan sesiapa yang bertakwa - Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezeki dari mana beliau tidak menjangka"

[Al-Quran 65:3-4]


Ulama Muda UMNO tampil pertahan Mahathir dan Kassim Ahmad

Ulama Muda UMNO tampil pertahan Mahathir dan Kassim Ahmad (Video Inside)


Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bekas ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang disifatkan cuba mentafsirkan al-Quran.

Menurut Zamihan, tindakan Kassim Ahmad itu memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang antihadis apabila mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih.

“...kesal dengan kenyataan celupar Kassim yang menghina Rasulullah SAW...ingin mentafsirkan semula al-Quran, menyamakan ulama dengan kasta paderi serta bertindak ingin meruntuhkan badan autoriti agama di negara ini.

"Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa Kassim cuba mentafsirkan al-Quran dengan kenampakan akalnya yang cetek. Ia juga memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang anti hadis sebenar apabila beliau mempertikaikan kandungan hadis-hadis sahih yang terdapat di dalam hadis Sahih Bukhari dan Muslim,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedah punyai lebih 1,000 juta meter padu air

KUALA NERANG - Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Katanya jumlah air di tiga empangan itu mencukupi untuk menampung kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun.

"Kapasiti air yang ada di tiga empangan itu juga dapat disalurkan ke sawah padi untuk satu musim penanaman padi yang akan bermula akhir Mac ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Empangan Pedu dekat sini hari ini.

Peluang lihat kekuasaan ALLAH


Matahari  
- Sekadar gambar hiasan

BALIK PULAU - Tiada kata-kata yang mungkin dapat digambarkan apabila berpeluang melihat sendiri kejadian matahari terbenam dengan jarak yang lebih dekat.

Peluang itu diperoleh penulis ketika berkunjung ke Pusat Falak Sheikh Tahir di Pantai Acheh Balik Pulau.

Pusat yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu terletak kira-kira 24 kilometer dari Georgetown.

Menjadi stesen penyelidikan astronomi dan sains atmosfera bersama antara Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Unit Penyelidikan Ilmu Falak dan Sains Atmosfera, Universiti Sains Malaysia (USM), pusat cerapan itu terletak di lokasi yang mempunyai pemandangan semula jadi indah dan mengagumkan.

Ia dibuka secara rasmi pada 30 Rabiulawal 1412H bersamaan 9 Oktober 1991, bertujuan memenuhi keperluan saintifik dalam bidang kritikal seperti kalendar Islam, kajian senja, pemupusan dan pembiasan atmosfera, anak bulan serta perkara yang berkaitan dengannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...