SPPBS  
SAYA rasa kecewa dengan tindakan KPM dan pihak Lembaga Peperiksaan yang tetap meneruskan taklimat berkaitan PBS sedangkan TPM ada menyebut penangguhan PBS kerana sedang dibaiki dan dikaji.

Satu pembaziran sedang berlaku. Kursus dan taklimat PBS yang sememangnya ada percanggahan cara pelaksanaannya masih diteruskan di peringkat bawahan.

Saya sekali lagi meminta TPM memansuhkan PBS ini serta merta kerana Malaysia memang telah diperakui tidak mampu laksanakannya mengikut teori sebenar PBS itu sendiri.

Apa yang dibuat oleh KPM ialah hanya menutup segala kelemahan PBS yang saya ajukan.

Antaranya, pengurangan eviden, pemampatan diskriptor dan mewujudkan peperiksaan berpusat bagi beberapa subjek sahaja.

Semua ini hanya menutup kelemahan yang telah berlaku pada tahun 2012 dan 2013 semata-mata.