TERKINI :

Tuesday, February 18, 2014

KAJANG : Mana hilangnya samseng yang selalu terpekik terlolong di ceramah Anwar sebelum PRU13 dahulu..???

Al Miraj‎
MENGAPA SEHINGGA KINI CERAMAH DAN PERJUMPAAN DSAI DI PRK KAJANG TIADA GANGGUAN DARI MACAI-MACAI PRO UMNO????

Dulu semasa PRU 13 boleh dikatakan amat kerap ceramah jelajah DSAI seluruh negara sering diganggu kacau oleh mereka yang tidak bermoral dan berakhlak bersifat macam samseng yang tidak bertamadun dalam berpolitik.

Ganggu kacau datang dalam beberapa bentuk .. sama ada buat ceramah atau konsert di tempat yang jarak yang rapat sambil menghalakan pembesar suara kearah ceramah yang sedang berjalan oleh DSAI ... menggunakan beberapa samseng menjerit terlolong terlalak macam polong atau pontianak nampak mangsa ... membuat sekatan keatas kenderaan DSAI menuju ketempat ceramah ... menggunakan khidmat samseng jalan raya atau Mat Rempit untuk buat bising .. mundar mandir dengan kapcai.

Tapi gejala-gejala politik songsang tidak berakhlak itu setakat ini tidak pula kedengaran berlaku sehinga kini di semua majlis perjumpaan dan penerangan oleh DSAI dengan masyarakat setempat di DUN N25 Kajang.

Anwar Dedah Punca Mahathir Dan Daim Mengidap Penyakit Meroyan..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan sekutu rapatnya, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling takut dan bimbang sekiranya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai pentadbiran Selangor. “Bila dengar sahaja Anwar nak masuk ke Selangor, (Tun) Daim tak senang duduk.

Meroyan dia dengar Anwar nak tanding (PRK DUN) Kajang, “(Tun) Dr Mahathir yang sedang tidur (berehat) pun bangun (berkempen) bila tahu Anwar nak masuk Selangor,” kata Anwar dalam ceramah kelompok di Padang Pusat Komuniti Kg Sungai Kantan, malam tadi
Kata Anwar, sebagai anjakan Pakatan Rakyat ke Putrajaya, Selangor merupakan benteng penting dan negeri contoh dengan meletakkan DUN Kajang sebagai asas permulaan.
“Sebab itu dia (BN) cuba main isu kaum dan agama. Sedangkan yang kita sentuh soal dasar dan masalah rakyat. Tapi mereka (BN) mula sahaja kempen, terus berkasar.

Di kala Mahathir pertahankan Kasim Ahmad, masa inilah Ulamak & Ustaz PAS tampil menyahut cabaran berdebat

Mahathir pertahan Kassim Ahmad

Ketika banyak pihak secara agresif mempertikaikan Kassim Ahmad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini tampil mempertahankan yang dituduh anti-Hadis itu.

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim (kanan) bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak hari ini.

Ada menteri GAY laa pulak dalam kabinet NAJIB...!!!

Wikileaks dedah Menteri gay dalam kabinet Najib!

WIKILEAKS mendedahkan maklumat yang dihantar oleh Duta Amerika Syarikat, James R Keith ke Washington melalui kebocoran kabel diplomatik yang berjaya digodam. Pendedahan kali ini melibatkan menteri gay dalam kabinet Najib Tun Razak [TMI].

Kabel diplomatik itu menimbulkan maklumat tentang seorang menteri gay (disebut sebagai non-heterosexual) di dalam kabinet Najib Tun Razak sebagai subjek bagi memahami kes tuduhan liwat ke atas ketua pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim yang disifatkan bermotif politik.
"Tuduhan ke atas Anwar bukanlah satu kempen moral. Kerajaan Malaysia tidak tegas untuk menangani kelakuan non-heterosexual, jika benar, seorang menteri, staff senior yang bersama dengan PM Najib dan lain-lain orang ternama yang ada hubung kait dengan kerajaan sepatutnya sudah disiasat (atas tuduhan liwat)" lapor Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James R Keith kepada Washington.

[LIVE] Piala FA 2014 (2) : KEDAH vs JDT FC

Photo: LIVE. ACTION. GOAL. 

Entah mimpi apa tiba-tiba Kasim Ahmad kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.

Surat kepada Dr Kasim Ahmad - Muhaimin Sulam
February 18, 2014

Saya menulis surat ini kepada Tuan doktor selepas saya membaca beberapa petikan daripada kenyataan Tuan di akhbar dan media internet. Entah mimpi apa tiba-tiba Tuan kembali bersuara setelah sekian lama bagai diam bertapa.

Rasanya sudah lama Tuan tidak bersuara. Kali terakhir kita bertemu kira-kira enam tahun lalu di Permatang Pauh.

Sewaktu Tuan duduk bersendirian, saya memberanikan diri untuk berteman bicara dengan tuan. Tidak mengapa jika Tuan tidak mengingati saya. Itu tidak penting.

Yang penting waktu itu, Tuan menyebut bahawa tuan tidak menolak hadis kecuali hadis palsu. Sayapun setuju. Tuan juga menyebut bahawa Tuan tidak anti hadis.

Bahkan Tuan menyebutkan bahawa perlunya al-Quran dijadikan rujukan. Itupun tiadalah siapa yang ingin menyangkalnya.

Di penghujung bicara kita waktu itu, Tuan sangat menghargai kepimpinan Fadzil Mohd Noor. Akupun teruja mendengarnya. Walaupun dalam masa yang sama Tuan juga menghargai kepimpinan Dr Mahathir Muhamad.

Tuan berasa cukup jelek dengan politik Umno. Waktu itu. Saya hanya mencatatkan semua itu dalam kertas otak saya.

Ada lagi kena saman nampaknya - Saman fitnah Lim ke atas Perkasa dan dua akhbar harian berbahasa Melayu

Kami tidak sahkan laporan mesyuarat Guan Eng di Singapura, kata wartawan di mahkamah
OLEH JENNIFER GOMEZ

Wartawan daripada New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) membocorkan rahsia kepada Singapura diragui selepas majikan mereka memohon maaf ke atas artikel tersebut.

Mereka juga mengakui tidak cuba menghubungi Lim dan ahli perniagaan Datuk Mohamad Azman Yahya atau Datuk Seri Kalimullah Hassan untuk mengesahkan tuduhan yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh kumpulan pendesak Melayu, Perkasa pada Oktober 2011 lalu.

Wartawan Berita Harian, Mohd Azis Ngah mengakui tidak cuba mengesahkan maklumat tersebut dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua penerangan Perkasa, Ruslan Kassim sebelum mengeluarkan artikel tersebut kerana tiada arahan daripada ketua pengarang.

"Kami selalunya mendapat kenyataan akhbar daripada Ruslan dan kami percayakannya," kata beliau semasa disoal peguam Lim, Americk Singh Sidhu.

Saksi tersebut juga mengakui Umno mempunyai kepentingan dalam kumpulan NSTP.

Daripada Mona Fandey kepada Ning Baizura dan Safee Sali, apa persamaan mereka?

KUALA LUMPUR: Apabila nama Kajang disebut, sudah pasti sate akan tergambar di fikiran.

Namun, ada banyak lagi perkara menarik mengenai pekan tersebut yang mungkin anda tidak ketahui.

Berikut merupakan 10 fakta menarik tentang Kajang:

1. Sejarah Kajang
KAJANG
Persimpangan utama pekan Kajang

Asal usul pekan Kajang, yang terletak di daerah Hulu Langat, dipercayai bermula pada tahun 1807 selepas Perang Saudara Selangor.

Menjelang penghujung 1980-an, ladang-ladang kopi ditubuhkan sekitar Kajang dan seterusnya membawa arus pemodenan kepada pekan tersebut.

Menurut Banci Penduduk dan Perumahan 2010, Kajang kini mempunyai penduduk berjumlah 311,875 dan merupakan antara pekan paling pesat membangun di Selangor.

Antara tempat-tempat menarik ialah Stadium Kajang,  Restoran Sate Haji Samuri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  yang terletak di persimpangan utama pekan tersebut.

EXCO KEDAH dibidas mengenai isu kebenaran Konsert K-Pop di Sg Petani

JAWAPAN KERAJAAN IZINKAN KONSERT PEMF DIBIDAS
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

http://s1.evcdn.com/images/block250/I0-001/015/190/632-2.jpeg_/planet-eupe-music-festival-32.jpegSUNGAI PETANI: Pendirian pihak Kerajaan Negeri Kedah membenarkan penganjur Planet UEPE Music Fest (PEMF) meneruskan program hiburan mega tersebut mengecewakan para penduduk bandar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bantahan PEMF Kariah Masjid Sultan Abdul Halim, Fadzil Ali berkata, reaksi Exco Kerajaan Negeri terhadap isu ini menunjukkan pihak kerajaan mengetahui sepenuhnya mengenai penganjuran berkenaan serta harus dipertanggung jawabkan.

Menurut beliau, dengan syarat yang ditetapkan kepada penganjur, bermakna pihak kerajaan sebenarnya boleh menetapkan bentuk hiburan paling minimum.

Malangnya ujar Fadzil, pihak kerajaan sendiri seakan memberi keizinan mudah terhadap penganjur dan lebih melihat kepada aspek keuntungan semata-mata khususnya pelancongan.

“Bagi kami, pendirian pihak kerajaan terlalu dangkal kerana pelancongan berteras hiburan seperti ini hanya membawa kunjungan luar atau pelancong dalam jumlah yang sangat minima. Bahkan tempoh mereka berada di dalam negeri ini hanya sekitar satu hari sahaja.

Jumlah muflis meningkat, manifestasi kesempitan


Anwar Ibrahim STATISTIK Jabatan Insolvensi Malaysia terkini menunjukkan bahawa semenjak bulan Januari hingga September 2013, seramai 16,306 orang telah diisytiharkan muflis atau purata 1,812 orang setiap bulan.

Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahkamah. Statistik selebihnya, iaitu untuk Oktober hingga Disember 2013 bakal dikeluarkan pihak Jabatan sekitar bulan Mac 2014 nanti.

Pada tahun 2012, sejumlah 19,575 orang telah diisytiharkan muflis atau purata sebanyak 1,631 orang telah muflis setiap bulan sepanjang 2012.

Jelas, kadar purata bilangan muflis bulanan pada Januari hingga September 2013 sebanyak 1,812 adalah 11 peratus lebih tinggi berbanding kadar purata bulanan 2012 sebanyak 1,631.

Sekiranya data untuk keseluruhan 2013 dikeluarkan nanti, saya menjangkakan bahawa lebih daripada 20,000 kes muflis akan dilaporkan untuk 2013 akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kesan daripada pengurangan subsidi.

Fenomena muflis ini bukan sahaja tertumpu kepada Semenanjung Malaysia, bahkan telah menular ke seluruh negara, terutama sekali di kawasan bandar.

Merujuk kepada kenyataan akhbar (Utusan Malaysia 2 Disember 2014), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri; Kuching, Miri dan Sibu, masing-masing telah mencatatkan sebanyak 6,925 , 4,058 dan 2,557 kes-kes muflis.

Suami Exco Kedah Datuk Suraya Yaacob meninggal dunia



Gambar sewaktu di tanah suci

ALOR SETAR 18 Feb. - Suami kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Suraya Yaacob meninggal dunia di Putra Medical Centre (PMC) di sini sebentar tadi.

Syed Al Fandi Syed Mansor Barakbah, 47, meninggal dunia akibat jangkitan dalam kepala.

Jenazah mangsa dijadual dikebumikan pada pukul 6 petang ini di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140218/dn_30/Suami-Exco-Kedah-meninggal-dunia#ixzz2tep4Phcj
© Utusan Melayu (M) Bhd

 AL FATIHAH
http://gotabligh.com/wp-content/uploads/2012/07/surat_al_fatiha.png

Ust. Asri sedia berdialoq dengan golongan Anti Hadis yang sesat

WAHAI ANTI-HADIS YANG SESAT

Hadis Nabi s.a.w adalah sumber ajaran Islam. Dalam ertikata lain ia menjadi rujukan dalam memutuskan perkara-perkara yang dikaitkan dengan Islam. Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65)

Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.

Tidak dinafikan terdapat hadis yang tidak sahih iaitu perkataan ataupun perbuatan ataupun pengakuan ataupun sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara tidak sahih. Namun untuk memutuskan hal itu hendaklah atas penghujahan ilmiah seperti yang digariskan oleh para sarjana hadis dalam klasifikasi hadis. Ia bukan dibuat secara semberono, nafsu yang dangkal dan tidak ilmiah. Menolak hadis yang tidak sahih memang sewajarnya, namun menolak yang sahih tanpa asas ilmiah adalah satu kesesatan.

Mungkin Setiap Kali PAS PUSAT bermesyuarat macam inilah yang berlakunya..???

TELAHAN RAMBANG: APA YANG BERLAKU DALAM PAS?


Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Slownya sebuah gerakan Islam itu 90% nya adalah berpunca daripada masalah dalaman. PAS memiliki tenaga dan kepakaran dalam pelbagai bidang yang lebih berbanding parti-parti lain.

2) Jika PAS dapat mengolah semua tenaga dan kepakaran yang ada dengan baik, PAS mampu dominan dalam semua aspek. Tetapi entahlah apa sebenarnya yang berlaku.

3) Selaku orang luar, selaku orang bawahan, selaku pemerhati...kami hanya boleh membuat telahan, buat analisis memalui apa yang kami Nampak.

Rahim Noor teruk ‘dikerjakan’ oleh Hanipa

PULAU PINANG: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu ke atas Utusan berhubung berita yang disiarkan pada 27 dan 28 Ogos 2011 semakin panas apabila saksi Utusan, Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara disoal balas bertalu-talu oleh peguam Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Di dalam keterangannya semalam, Rahim Noor menyatakan secara panjang tentang sejarah ideologi komunis di mana Hanipa bangun membantah dengan menyatakan beliau bukan sebagai saksi pakar. Beliau menyatakan bahawa menurut pandangan beliau Mat Indera adalah seorang komunis.

Beliau bagaimanapun mengakui beliau tidak pernah menemui sebarang bukti bahawa Mat Indera ada memegang kad keahlian Parti Komunis Malaya (PKM). Beliau juga menyatakan bahawa komunis mempunyai perancangan besar untuk menegakkan negara komunis di seluruh dunia. Beliau juga mengakui negara ini dijajah oleh British meskipun Utusan cuba mengambil pendirian bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British

Apabila tiba giliran beliau disoal balas oleh Hanipa, peguam Mat Sabu itu memulakan soalan beliau dengan bertanya kepada Rahim Noor adakah dia sedar  Mat Indera adalah seorang guru agama dan tahu berbahasa arab dan beliau mengakui perkara tersebut. Hanipa juga bertanya.

Denggi - Awas jika demam berpanjangan


nyamuk aedes denggi

MASYARAKAT disaran supaya sentiasa peka dan tidak mengambil ringan jika mengalami demam berpanjangan kerana ia merupakan tanda awal demam denggi.

Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Muniswaran Nadesin berkata, orang ramai yang mengalami demam denggi ini berisiko kerana boleh menjadi penyebab kematian jika melibatkan denggi berdarah.

"Untuk rekod, setakat ini HTAR menerima 150 kes melibatkan kes demam denggi setakat Januari hingga awal Februari ini.

“Kira-kira 20 pesakit terpaksa diwadkan setiap hari kerana saya difahamkan Selangor adalah antara negeri mencatatkan kes demam denggi di Malaysia,” katanya.

Selepas Pengerusi HINDRAF ugut NAJIB dengan letak jawatan, serta-merta SJKT dapat duit RM100juta..!!

 
Jerit hidup melayuu... macam gaban berani.

Kena gertak sikit terus hulur 100juta. Takut hilang undi konon.

Mana bantuan untuk bumiputra?

52bilion duit bumi mana hilangnya?

Kenapa pandang remeh?

Tragedi Memali zaman Dr M, orang Islam tak lupa




KUALA LUMPUR 17 FEB: Rakyat Malaysia secara am dan penganut beragama Islam secara khusus di negara ini tidak lupa tragedi berdarah Memali yang berlaku ketika Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri keempat, (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri 22 tahun itu juga dianggap licik, kerana kemudiannya kesalahan diletakkan ke atas bahu Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam (kini Tun)

“Tun Mahathir licik dan bijak dalam permaianan politik kerana dia meletak semua masalah ini di atas bahu Musa Hitam,” kata Mahfuz kepada Keadilandaily

Beliau mengulas Oerasi Lalang yang berlaku pada 1987 yang bermula dari kontroversi tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)

Sedangkan kata ahli parlimen Pokok Sena itu, bekas Perdana Menteri itu sendiri menarik semula bantuan pendidikan agama Islam, susulan tragedi Memali.

Abim gesa PBS ditangguhkan serta merta

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut agar pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan serta merta bagi membolehkan kajian, perancangan dan persiapan infrastruktur dibuat sebaik mungkin.

“Abim berpandangan bahawa PBS adalah satu lonjakan besar (giant leap) dalam sistem pendidikan negara,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, masyarakat yang telah terbiasa dengan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan perlu diberikan penerangan yang mencukupi dari segala sudut.

Sehubungan itu, ujarnya Abim merakamkan kekesalan kerana para pemimpin negara tidak mengambil iktibar kegagalan pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat dengan tergopoh gapah tanpa kajian yang mencukupi.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pelbagai isu melingkari pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Perubahan demi perubahan yang begitu drastik bermula dari Oktober 2013 sehingga hari ini menunjukkan wujud masalah yang serius dalam perancangan dan pelaksanaan PBS ini.

Menteri terkedu dalam Wacana RTM1 dengan soalan Usia UMNO berapa?


Penang nak HARAMKAN KHUTBAH JUMAAT..! Sudah-sudah dok buat kerja fitnah nie..!!

oleh MamuPenang

 

Sekali lagi blog macai cybertrooper cuba buat perkara yang buat bagi huru hara perpaduan kaum kita dalam negara sahaja.. politik gila babi macam nie dah tak diamalkan namun ada pihak yg cuba nak ambil kesempatan untuk politikal millage mereka..

cuba bayangkan tak ke gila kerajaan penang nak buat perkara bodoh mcm nie..
1- sokongan orang ISLAM pakai tak sokong dah mereka
2- nak buat undang2 haramkan khutbah nie kena mintak persetujuan AGUNG sebab penang agama bawah tuanku..walaupun dewan lulus...agung tak setuju..tak boleh..dan nak tanya dewan dun nak luluskah undang2 mcm nie..??
3- jangan lupa isu AZAN dahulu.. macam nie juga modus operasi mereka.. tanamkan dalam kepala rakyat yg PENANG sudah tak boleh AZAN.. namun hakikatnya lain yg berlaku.
4- Sekarang fikirkan siapa yg mengaut keuntungan jika undang2 haram nie diwujudkan.. sudah semestinya UMNO BN sebab rakyat marah..

bila dah UMNO BN yg mengaut keuntungan kenapa pulak kerajaan penang nak buat perkara bodoh nie... jadi cakap kat UMNO BN sudah2 la berpolitik rasis mcm nie...tak ada paedah pun utk rakyat malaysia...cuma berfaedah kpd UMNO BN sahaja

Kerajaan Mukhriz diminta dedah kos beli 10 Proton Perdana baharu

Muhammad Sanusi Md Nor
ALOR SETAR - Kerajaan negeri disifatkan tergesa-gesa apabila memutuskan akan menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), iaitu Toyota Camry kepada Proton Perdana baharu, yang dijangka dibuat pada bulan depan.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, adalah tidak praktikal untuk kerajaan BN membuat pembelian 10 buah Proton Perdana, dalam tempoh lapan bulan mentadbir negeri.

“Sekurang-kurangnya pembelian dibuat pada 2015 atau selepas itu, jangka hayat ekonomik sebuah kereta adalah lima tahun. Toyota Camry itu dibeli pada tahun 2010 dan masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurutnya, seeloknya kerajaan negeri membuat perancangan membeli kereta baharu selepas setahun mentadbir Kedah, bagi mengukuhkan kewangan negeri selepas berlaku peralihan kuasa pada Mei 2013.

“Sekarang baharu lapan bulan mentadbir, sudah beli kereta Mercedes Benz s300 sekitar penghujung tahun lalu, bulan depan pula beli 10 buah Proton Perdana. Tidakkah ia suatu pembaziran, lebih elok jika peruntukan itu diguna bagi tujuan lain yang lebih penting,” katanya.

Mana peruntukan buat mini tar kampung nie, dulu kata PAS tak reti perintah mai UMNO pun 2x5 ja..!!

Cangkul batu buang ke tepi

Cangkul batu buang ke tepi  
Penduduk menunjukkan jalan kampung yang berbatu dan perlu diturap segera. 
Gambar kecil: Rosli dan Md Isa.

POKOK SENA - Penduduk di Kampung Paya Kerchut, Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas dekat sini, merayu pihak bertanggungjawab supaya menaik taraf jalan di kawasan berkenaan.

Penduduk, Rosli Ismail, 60, berkata, jalan terbabit yang belum diturap menyebabkan pengguna sering menghadapi masalah setiap kali melaluinya kerana keadaan jalan yang tidak rata.

Menurutnya, sebelum ini jalan itu hanya dibaiki dengan menambak tanah serta batu sahaja menyebabkan penduduk terpaksa berhati-hati melalui jalan itu kerana bimbang akan terjatuh.

“Selepas pihak bertanggungjawab meletak tanah di jalan itu, kami terpaksa berhati-hati kerana terdapat banyak batu hingga kadang kala sukar untuk mengawal kenderaan.

Syiah - Mukhriz asyik bagitau kata serius nak tanggani tapi puak di Pendang tu relax ja tiada tindakan..!!

Serius tangani Syiah

Serius tangani Syiah  
Abdul Malek (empat, kiri) dan Mukhriz (tengah) berbual dengan pelajar yang menerima watikah pelantikan kelab dan persatuan semalam.

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) memandang serius isu penularan Syiah dan akan mengambil tindakan tegas jika ada pelajar yang cuba menyebarkan fahaman itu di dalam kampus.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim berkata, selagi fahaman itu wujud di Malaysia, penularannya akan terus berlaku.

“Tidak kira di mana pun, pasti ada. Tetapi di UUM, ia masih terkawal dan kita sentiasa mengawal daripada terus berkembang.

“Kita sering buat pelbagai program keagamaan dan motivasi untuk beri pendedahan kepada pelajar. Itu adalah antara usaha awal yang boleh kita laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis penutup program Student Leadership Camp 2014 di Dewan TH Hotel di sini, semalam.

Mukhriz yakin pasukan Kedah mampu tewaskan JDT di Darulaman

Mukhriz harap Kedah cemerlang tentang JDT

Photo: LIVE. ACTION. GOAL.

SUNGAI PETANI - Kedah yang kini dikenali sebagai pasukan Helang Merah diharap dapat mempamer aksi cemerlang sekaligus memberi kejutan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman Selasa ini.

Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau yakin dengan kesungguhan pemain dan pihak pengurusan KFA serta kelebihan bermain di tempat sendiri, Kedah selaku pasukan Liga Perdana mampu menang ke atas pasukan Liga Super JDT.

"Bila berhadapan dengan pasukan yang hebat iaitu JDT di tempat sendiri sudah tentu ada kelebihan. Melihat kepada trend beberapa perlawanan yang lepas stadium akan penuh.

Kajang Kajang.. Seloka Kajang..!!

KAJANG-KAJANG, SELOKA KAJANG
SELOKA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
ISNIN, 17 FEBRUARI 2014

http://img.photobucket.com/albums/v334/JoOzie86/Satay.jpg
Terseliuh kaki rosaklah sendi
Sendi diurut tok bomoh Pekan
23 Mac pakatlah keluar mengundi
PRK N25 Kajang SPR dah sahkan.

Belajar fakeh di pondok Penanti
Makam syuhadak di Parit Panjang
Kesempatan disini hamba nak pasti
Taman Kota Cheras, di DUN Kajang?

Kangkung murah kedalam gundi
Gundi jut diletakkan melentang
Sah begitu, isteriku kena pi mengundi.
Dari Padang Serai kena ke Kajang

Terseliuh kaki rosaklah sendi
Sendi diurut tok bomoh Pekan
23 Mac pakatlah keluar mengundi
PRK N25 Kajang SPR dah sahkan.

Berkemudi sampan menahan lukah
Lukah ditahan Pak Majid Kayat
Bila mengundi jangan salah pangkah
Pangkahlah calun Pakatan Rakyat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...