'Jemu dengar jaminan kerajaan'

BADAN bukan kerajaan (NGO) yang mengikuti isu perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) jemu mendengar jaminan kerajaan bahawa hak orang Melayu dan Bumiputera akan terus dipelihara selepas perjanjian perdagangan bebas itu ditandatangani Malaysia dengan 11 negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS).

Sekutu Kanan Polisi dan Kluster Ekonomi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Rizal Jaapar berkata, ini kerana sehingga hari ini, belum ada perbincangan mendalam dan butiran yang memperincikan bagaimana hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera boleh dilindungi memandangkan banyak kandungan TPP tidak selari dengan dasar afirmatif kerajaan.

"Dasar afirmatif yang bertujuan melindungi hak dan keistimewaan orang Melayu sebenarnya tiada peruntukan undang-undang yang khusus, jadi agak meragukan bagaimana hal-hal berkaitan Melayu dan Bumiputera boleh dikecualikan daripada terma-terma TPP yang jelas begitu keras syarat-syaratnya.