TERKINI :

Sunday, February 16, 2014

Perlu bersabar, tekun bersama dengan PAS

IDRIS AHMAD 

Sabar merupakan sifat mahmudah. Ia merupakan sifat para Nabi dan Rasul alaihimussolatuwassalam. Ia adalah tonggak kepada kejayaan dalam amal, sama ada amal dunia atau amal Islami (kerja harakah Islamiah). Tanpa kesabaran nescaya Islam tidak akan sampai ke negara kita.

Para Nabi menyampai dakwah tanpa jemu-jemu penuh dengan kesabaran. Penentang dakwah mereka ialah orang yang akrab dengan mereka, seperti anak, isteri dan saudara terdekat.

Nabi Muhammad SAW berhadapan dengan bapa saudaranya Abu Lahab, Abu Jahal dan bangsanya sendiri. Nabi Nuh alaihissalam, isteri dan anaknya sendiri. Nabi Ibrahim dengan bapanya. Nabi Lut dengan isterinya. Semua halangan ini dapat diatasi dengan kesabaran. Apakah tanpa kesabaran dakwah mereka akan berjaya?

Begitu juga kesabaran yang ditunjuk oleh pendakwah yang datang ke negara kita dengan kelengkapan yang tidak seberapa. Namun kerana menyahut seruan Allah, mereka merentasi lautan dan gelombang yang besar untuk menyampai seruan Islam. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa mereka, tanpa usaha mereka, kita tidak pasti agama apa yang menjadi anutan kita.

Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan

oleh Shahbudin Husin, 

Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba. Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU 14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang sama.

Selain sikap Pas yang masih menjadi perbualan, semakin masa berlalu, tersebar pula pelbagai berita mengenai MB Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya tidak mahu berundur dan bakal merencatkan peluang Anwar untuk menggantikannya. Semua ini seolah-olah permainan yang sengaja diatur kerana dengan ruang masa yang masih terbuka, banyak duri dan jarum dapat dicucuk-cucukkan untuk menggugat kesepakatan dalam PR.

Meskipun pimpinan tertinggi PAS memberi sokongan kuat untuk memastikan kemenangan beliau di Kajang, tetapi masih kedengaran suara-suara kecil daripada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas dan bekas Ketua Pemudanya, Nasharuddin Tantawi yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pendekatan politik PKR memaksa pilihanraya kecil DUN Kajang ini diadakan.

Lebih dari itu, seperti dalam keadaan terpaksa juga mereka hanya bersedia memberikan sokongan dan memastikan kemenangan Anwar dalam pilihanraya kecil itu saja, tetapi tidak mahu ia melibatkan pertukaran jawatan MB Selangor.

Rupa dan Wajah seorang Ustaz UMNO yang talam dua muka..!!!

 

Inilah perangai pencacai umno yg kononnya brtaraf ustaz..tgk kpd wajah dan serban yg melilit mmg kita tidak jangka dia ini kaki pembelit dan jenis cakap putar alam..mnjelang pru 13 lalu, bkn main lagi kamu dan sekutu2 kamu mngutuk dan mencaci pas..

malah kamu berani mengambil tugas Allah Taala utk membuat hukum baru "WAJIB UNDI UMNO DAN HARAM UNDI PAS/PR"..dlm kitab dan quran mana kamu kutip yg mewajibkan rkyat msia mngundi umno?? 

hari ini pula,bkn main lagi kamu memuji kepimpinan pas..tinggi melanggit pujian kamu..mcm2 ayat pujian yg kamu sebut,seolah2 tiada langsung kesalahan pas,walaupun sblm ini berjela2 kesalahan pas yg kamu srbutkan dan fitnahkan..

hanya semata2 UTK BODEK DAN PUJUK PAS MEREBUT JAWATAN MB DI SLANGOR..SEMATA2 UTK MELAGA2KAN HUBUNGAN PARTI DLM PR..

oppp!!aku lupa,rupa2nya bos dan ikon kamu adalah Abdullah Saamah..bos pondok rm2 juta...

Mungkinkah Chew Mei Fun calon MCA Kajang?


Chew Mei Fun  
Chew Mei Fun

SHAH ALAM – Siapa calon paling sesuai bakal diletakkan MCA di PRK Dun Kajang masih menjadi teka-teki sehingga kini.

Tersebar khabar angin yang menyebut Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal dipilih MCA untuk melawan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bulan depan.

Mungkinkah tanda tanya itu akan terjawab petang ini apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai ke Kajang untuk melancarkan bilik gerakan MCA.

Khamis lalu, Tiong Lai mengesahkan partinya bakal bertanding di pilihan raya kecil itu dan tiga calon telah disenarai pendek termasuk seorang wanita serta dua calon muda.

Memetik laporan sebuah portal, Chew Mei Fun menolak spekulasi peluang kemenangannya bagi menentang Anwar kerana beliau menganggap tugasnya adalah untuk berusaha demi parti dan aspirasi BN.

Nampaknya Unit Penerangan K'jaan Negegri Kelantan gagal menyampaikan maklumat kesasaran..!!

Mohammad Agus Yusoff

CATATAN HARI MINGGU: SUDAH BERUBAHKAH KERAJAAN KELANTAN?

Rakyat masih merungut tentang tindakan kerajaan Kelantan ke atas beberapa isu selepas PRU-13. Mereka mahu tahu perkembangan isu lebuh raya rakyat, bekalan air, kebersihan bandar dan masjid, pembangunan sekolah YIK serta pembinaan stadium? Ini belum kira lagi soal pertanian, pengurusan tanah dan perhutanan, peluang pekerjaan dan keceriaan bandar.

Saya telah banyak kali bertanya hal ini kepada pihak kerajaan negeri dan saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Tetapi itu saya. Bagi rakyat pula, mereka juga mahukan penjelasan, namun penjelasan itu tidak sampai. Maka, berilah penjelasan itu kepada rakyat.

Misalnya, beritahu rakyat urusan lebuh raya rakyat berjalan baik. Saman yang dilakukan ke atas kerajaan negeri tidak menghalang proses tender pembinaan lebuh raya. Telah ada belasan syarikat yang memasuki tender untuk membina lebuh raya dan kerajaan negeri akan memilih syarikat yang sesuai dalam sedikit waktu lagi (nyatakan tarikhnya).

Kepala Otak Astora Jabat & Kassim Ahmad di angkat semula

Tulisan yang mengundang 2 peluru hidup

Bekas wartawan kontroversi Utusan Malaysia Astora Jabat berkata, tulisan kontroversi mengenai agama lebih senang disiarkan di Malaysia berbanding negara Nusantara lain.

Beliau yang terkenal dengan polemik hudud sehingga difatwakan sesat oleh beberapa ulama menganggap umat Islam di Malaysia tidak bertindak ganas dan oleh itu masih mempunyai ruang untuk pemikiran berbeza.

Bagaimanapun, Astora yang kini bermastautin di Selatan Thailand mendedahkan, kerana kolumnya di Mingguan Malaysia, beliau menerima 8,000 e-mel, surat serta dua kali kiriman peluru hidup dari pihak yang tidak bersetuju.

"Soal hudud,  kita memang nak buka fikiran (masyarakat). Saya berani nak buat (tulis) di Malaysia ini... tapi tempat saya (Patani) saya dah tak berani," katanya ketika mengulas di “Seminar Pemikiran Dr Kassim Ahmad: Satu Penilaian” di Putrajaya hari ini.

Seminar itu dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir semalam.

Sepatutnya SPR Yang Perlu Disiasat, Bukan Mejar Zaidi

- PAHLAWAN

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menggesa segala pertuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad digugurkan serta-merta untuk menjaga imej dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam satu sidang media Pahlawan hari disini hari ini, Presidennya Asri Buang turut mempersoalkan mengapa dakwaan dikenakan keatas Zaidi hanya kerana membuat satu laporan polis, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

“Sepatutnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pemerintah ATM disiasat dan diambil tindakan yang sama kerana gagal melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Saya mendesak pimpinan ATM (Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Tentera Udara) sepatutnya mempertahankan individu yang melaporkan kepincangan dan kelemahan SPR demi keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya,” tambah Asri.

Beliau berkata ATM seharusnya mengeluarkan arahan pilihan raya khusus bagi semua peringkat anggota tentera untuk mengelakkan kekeliruan dan supaya anggota tentera tidak melanggar akta ATM.

Isu Pembeli Rumah Melutut : Kerajaan Negeri P.Pinang patut saman pemaju kerana engkar harga yang dijanjikan

Kami merasakan kerajaan negeri patut menggunakan saluran perundangan untuk mengajar PEMAJU CELAKA ini yang mana menaikkan harga rumah dari RM72k kepada RM160k...
 
PEMAJU CELAKA ini terang-terang mengengkari tawaran yang diberikan dan ini merupakan satu penganiayaan kepada pembeli.
 
Masa inilah Kerajaan Negeri P.Pinang perlu menggunakan barisan peguam yang ada untuk mengajar PEMAJU CELAKA tersebut...
Melutut untuk rayu pembelaan
Melutut untuk rayu pembelaan  
Mohd Fairul dilihat melutut dan merayu kepada wakil kerajaan negeri, Khamis lalu.

GEORGETOWN - Sanggup mengenepikan perasaan malu semata-mata untuk merayu simpati semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan masalah mereka atau ia diberi perhatian segera.
Itu yang dilakukan secara spontan oleh Mohd Fairul Ilias, 33, apabila dilihat melutut kepada wakil kerajaan negeri semasa menyertai perhimpunan bakal pembeli aras tiga Komtar, Khamis lalu.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana mahu masalah kenaikan harga rumah dihadapi kira-kira 100 pembeli pangsapuri kos sederhana rendah Centrio Avenue di Bukit Gambir mendapat pembelaan sewajarnya.

Mana yang lebih tulus di antara Unity Government dengan Konsensus Nasional

Pagi ini  sukma jiwaku teringin untuk berbicara mengenai Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim dalam untuk digunapakai bagi mewujudkan keadaan negara stabil serta menyelesaikan beberapa isu atau hambatan meruncing kepada negara buat masa ini.
Abdul Hadi gagal realisasikan gagasan UG. 
Kenapa ku ingin bercakap fasal Konsensus Nasional, (KN) sebab ada kekeliruan dalam tulisan seorang ahli Parlimen dari Pas mengenainya berhubung perkara itu apabila tanpa menyelidiki se'faqih' mungkin sebelum menjunjung tinggi mengenai usaha yang hampir sama untuk kedamaian politik, iaitu projek Unity Government (UG) yang pernah diusahakan oleh pemimpin tertinggi parti berkenaan.

Ahli parlimen itu seakan mendabit dada bahawa presiden partinya mempunyai pandangan lebih jauh mengenai persepakatan, persefahaman, kerjasama atau apa-apa per demi kebaikan itu. Presiden parti itu berpandangan jauh ke depan lima tahun, tukasnya, daripada apa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim. Dalam kata lain presiden parti itu mempunyai iltizam lebih awal berbanding dengan pencadang KN.

Aku bersetuju mengenai hal ini. Abdul Hadi Awang telah mengemukakan gagasan yang cukup hormoni dan tepat pada masanya dalam usaha mengurangkan ketegangan dan politiking melampau di negara ini khususnya di kalangan orang Melayu dengan membentangkan rancangan untuk mewujudkan UG atau Kerajaan Perpaduan, atau di sebut juga "Perpaduang" (KP). Menerusi pelan ini, bahawa akan terbangun sebuah kerajaan yang tidak ada pembangkang serta menghadirkan kedamaian politik.

Patutlah Buku Anwar Dilarang Jual......

Naib Presiden KEADILAN, N Suerendran mengesyaki tindakan MPH memutuskan tidak menjual buku biografi Anwar Ibrahim kerana rangkaian kedai buku itu dimiliki Syed Mokhtar Albukhary, kroni Umno-BN. 
“Ada kemungkinan tindakan ini disebabkan arahan daripada orang atasan. Syarikat MPH ini dimiliki oleh Syed Mukhtar Albukhary. “Jika disebabkan desakan politik orang atasan, itu tidak wajar. Sepatutnya semua buku dijual (tanpa ada sekatan politik), ” kata Surendran kepada Keadilandaily. 
Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata tindakan tersebut tidak profesional dan MPH sepatutnya mengekalkan intergritinya yang bebas tanpa mengikut petunjuk golongan politik tertentu. 
“Buku-buku tentang tokoh politik, memoir seperti tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) oun ada dijual di MPH. “MPH kena pertahankan intergriti. 

Anwar dan Dr Mahathir, cukup-cukuplah bergaduh tu...

Oleh Aspan Alias

Isu operasi lalang pada tahun 1988 yang lalu, kembali menjadi berita hangat kerana politik kini bertambah celaru dan apa sahaja yang teringat oleh sesiapa walaupun isu itu sudah lama ia kembali panas. Dr Mahathir telah memberi respons kepada tuduhan Anwar yang beliau (Dr Mahathir) bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu operasi lalang di mana 108 orang penggiat politik dan pemimpin-pemimpin NGO telah ditahan dibawah ISA pada tahun 1988 dahulu.

Dr Mahathir kembali dengan memberikan respons dengan mengembalikan tanggungjawab itu kepada Anwar Ibrahim kerana tindakan itu adalah tindakan bersama dan jika Anwar tidak bersetuju beliau sepatutnya meletakkan jawatan. Oleh kerana Anwar yang bersama dalam kabinet Mahathir maka apa tindakan kerajaan itu adalah tindakan bersama termasuklah tindakan menahan 108 orang dalam operasi lalang itu.

Bagi saya apa yang telah dikatakan oleh Dr Mahathir itu ada benarnya kerana jika sesiapa yang sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan operasi lalang itu sepatutnya meninggalkan kabinet dan itu pun semangat dan moral kepada demokrasi sebenarnya. Dimana-mana negara maju selalunya ahli kabinetnya akan meletakkan jawatan sebagai tindakan 'protest' apa yang tidak dipersetujui yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.

Gambar Bantuan di Sabah Oleh TV3 : Ia dikatakan benar, cuma setting tarikh di camera video sahaja yang masalahnya

Photo: Depa kata TV3 kantoi.... Sapa ada tengok berita tu tadi.... 

Ada Penjelasan mengatakan ia bukan tipu, ia cuma masalah 
setting tarikh pada cemera video yang digunakan.

  

Awas! Ketika beli belah di pasar raya

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Pusat membeli belah walaupun yang ternama di negara ini masih lagi tidak jujur apabila berurusan dengan pelanggan. Hal ini kerana banyak lagi perlu diatasi dan diperbetulkan dalam mengendalikan soal jual beli.

Sikap tidak jujur atau sengaja untuk menipu pelanggan tidak dapat disembunyikan lagi yakni ada barangan yang dipamerkan sudah luput tarikh. Keduanya, barang yang dipamerkan itu walaupun diletakkan harganya tetapi apabila membuat bayaran dikaunter bayaran dan diimbas harganya sudah berlainan dengan harga yang ditawarkan itu ditempat barang tersebut diambil. Ketiganya masih terdapat jualan barangan atau makanan yang sudah hampir busuk dan tidak layak bagi manusia makan dijualkan. Walaupun dijual dengan harga murah tetapi demi menjaga kesihatan pelanggan dan imej pasaray a yang besar dan ternama itu sendiri sepatutnya elakkan jual barang-barang yang busuk.

Begitu juga barang basah saperti ikan, sotong, udang dan ketam - selalu didapati sudah tidak segar tetapi masih dijual dengan harga yang agak mahal. Kini harga udang saiz kecil pun sudah mencecah RM32 sekilogram dan begitu juga sotong yang nampak sudah kurang segar berharga RM22 sekilogram. Ikan juga begitu agak mahal juga apabila dibandingkan dengan barang basah dipasar tani.

Paras air 4 empangan mampu tampung keperluan Kedah


SUNGAI PETANI - Paras air di empat empangan di Kedah masih mampu menampung keperluan bekalan di negeri itu, sama ada untuk kegunaan domestik mahupun komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Badrol Hisham Hashim berkata bagaimanapun terdapat kawasan mengalami tekanan air rendah dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) menghantar lori tangki ke kawasan berkenaan.

Amnya paras air di Empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris belum kritikal, katanya selepas merasmikan Gotong-Royong Perdana Environment Idaman, Unit Perkhidmatan Sungai Petai di Masjid Haji Zainudin, Tanjung Dawai, dekat sini hari ini.

Badrol Hisham berkata Rabu ini kerajaan negeri akan bermesyuarat dengan jabatan dan agensi berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengenai bekalan dan sumber air di negeri itu.

"Keadaan kemarau ini mungkin sekejap dan mungkin juga berlarutan. Justeru saya menyeru semua rakyat agar berjimat cermat bila menggunakan air kerana bimbang masalah air akan berlaku jika kemarau berpanjangan," katanya.

Kebakaran tapak pelupusan sampah pulih 2 hari lagi

ALOR SETAR - Kebakaran di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jabi, Pokok Sena dekat sini sejak Rabu lalu dijangka pulih sepenuhnya selewat-lewatnya dua hari lagi.

Datuk Bandar MBAS Datuk Mat Noh Ahmad berkata kebakaran itu berpunca daripada pembakaran kecil yang kemudiannya merebak dengan cepat akibat cuaca panas dan angin kencang.

"Kebakaran tercetus daripada pembakaran secara kecil tetapi dengan keadaan cuaca panas, angin kencang dan kawasan pelupusan yang berada di kawasan tinggi telah menyebabkan api marak dengan cepat.

"Pihak bomba telah berjaya mengawal kebakaran tetapi masih terdapat beberapa kebakaran kecil yang berlaku di kawasan 'tutup selamat' yang menempatkan longgokan sampah sejak 40 tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan itu hari ini.

Mat Noh berkata bomba menggunakan kaedah 'total floading' yang mana timbunan sampah itu akan dibasahkan terlebih dahulu sebelum ditimbun semula.

"Kaedah ini didapati berkesan kerana ia membolehkan timbunan sampah yang masih terbakar di bahagian bawah dipadamkan dengan timbunan yang telah dibasahkan dengan air.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...