TERKINI :

Saturday, February 15, 2014

Apabila Ungku Aziz pun bersuara pasal pendidikan negara

Meniti liku-liku 'Rencana Kajang

OLEH: DR DZULKEFLY AHMAD
 Tarikh: February 14, 2014

1. Penulisan ini menyambung “Mengapa saya sokong Rencana Kajang”. Ia tidak lengkap bahkan ‘tempang’ kalau tidak disusuli segera dengan penulisan ini.

2. Sebagai ingatan, penulis majukan Rencana Kajang (RK) dari perspektif kerangka kerja sebuah ‘Muafakat Politik’. PR adalah antara hasil ijtihad Pas dalam menyerlahkan konsep serta pengalaman ‘Muafakat Politik’ atau ‘Tahaaluf Siyasi’ sebuah Gerakan Islam dalam era penglibatan demokrasi abad 21 Masihi atau 14 Hijrah.

3. Kejayaan Pas mengemudi bersama penglibatan ini sekaligus meninggalkan satu ‘tanda-aras’ atau ‘Milestone’ dan “Benchmark’ yang signifikan dalam naratif Gerakan Islam Kontemporari. Pas sangat cemburu untuk memastikan ‘Tajribah’ atau ‘Eksperimen’ ini berjaya.

4. Bagi mengingatkan pembaca kembali, penulis menyokong keharusan RK justeru untuk mempertahan Kerajaan Selangor dari ‘serangan ganas’ lawan dan seterunya. Sehingga kini, pelbagai asakan dan provokasi telah dilancarkan samada di atas garis agama mahupun perkauman. Ia adalah dalam rangka prinsip “Menolak Kemudharatan” atau “Dar ul Mafasid”.

5. Dengan itu juga ‘Rencana Kajang’ merupakan salah satu “Faktor Kritikal Kejayaan” (CSF) dalam Pelan Strategik Menawan Putrajaya. Di satu segi lain, ia adalah ‘kelainan langkah’ Pakatan Rakyat dalam memunggarkan perjuangannya.

6. PR mengajak rakyat mendayakan pembangunan semula Negara sebagai ‘Maju dan Bermaruah’.

UMNO takut dengan YouTube?

Oleh Aishah

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/blurbs/tkok3_540_303_100.png
POLITIK lucah, politik selak kain, politik tahi, cukup menggambarkan kejayaan ‘transformasi’ yang dibawa DS Najib Razak. Baru-baru ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim dikritik dengan keras kerana ucapan di Youtube Onederful Malaysia CNY 2014 yang sehingga 10 Februari 2014 telah mencatat sebanyak 475,070 hit.

Pihak UMNO mengatakan video itu mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap pengorbanan tentera di Lahad Datu, Perdana Menteri dan isterinya. Perkara ini heboh bukan sahaja di akhbar perdana tetapi juga di media alternatif seperti twitter, facebook dan lain-lain.

Malang sekali, apabila isu besar yang cuba dipertontonkan dalam video yang berbentuk satira politik itu tidak dapat difahami mentaliti yang sempit dan rasis. Teresa Kok menggunakan media baru sebaiknya dengan membuat video pendek yang lucu tentang korupsi, kroni dan kegagalan urus tadbir. Sebaliknya, Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Shabery Cheek telah membodohkan diri mereka sendiri dengan membuat tuduhan dan tindakan melulu. Malah pihak UMNO juga menyalahkan dan menyindir Teresa Kok kerana pernah menyaman berjuta bagi artikel yang bertajuk ‘Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ‘ba-alif-ba-ya’ dan cerpen bertajuk “Politik Baru YBJ” yang dikatakan merujuk kepada dirinya (pautan: http://www.umno-online.my/?p=100051).

Tinggi sunggul ILMU ustaz UMNO nie Al-FATHUL BAHRI, lagi tinggi dari Syeih Yusof Al Qaradawi


maka tidak hairanlah macai-macai umno itu seperti berbicara dengan lidah syaitonnn bila berhujah bab agama Islam..sedikit peringatan & panduan untuk kita semua...

“Wahai orang orang yang beriman! Jagalah dirimu;(karena) orang yang sesat itu tidak akan membahayakanmu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu semua akan kembali, kemudian Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Al-Ma'idah : 105)

ONEderful M'sia: DAP siar sarikata penuh dakwa disembunyi Utusan

KUALA LUMPUR: Suara rasmi DAP, Roketkini.com sejak semalam meyiarkan sarikata penuh, video ONEderful-Malaysia yang diterbitkan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok.

Menurut laporan di web itu, tindakan tersebut bagi mengelak salah faham masyarakat terhadap isi kandungannya yang didakwa disiar tidak lengkap oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Menurut mereka, Utusan telah dengan baik hati menyiarkan sari kata Bahasa Malaysia bagi sebahagian video ONEderful-Malaysia tersebut.

"Namun begitu Utusan Malaysia nampaknya telah barangkali cuai untuk menyertakan transkrip penuh video terbabit.

"Di sini kami siarkan sarikata lengkap video kontroversi tersebut untuk pertimbangan khalayak umum.

"Bahagian yang bergaris bawah adalah bahagian yang tidak diterjemahkan oleh Utusan Malaysia," lapor portal itu.

Video penuh kontroversi itu mengundang banyak reaksi, termasuk aksi menyembelih ayam dan tawaran menempeleng Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu dengan imbuhan tunai sehingga RM1,200.

Berikut terjemahan sarikata penuh versi Bahasa Melayu, menurut laporan portal itu.
 

Nah ambik hangpa, Kenderaan bertambah kos Insuran Bertambah..!!

Kenderaan bertambah naikkan tarif insurans

Kenderaan bertambah naikkan tarif insurans  
Jadual kadar tarif premium insurans.

SHAH ALAM – Peningkatan pemilikan kenderaan dan kemalangan adalah punca kepada kenaikan kadar tarif premium insurans.

Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Perunding Insurans Takaful, Nor Simah Mamat berkata, disebabkan itu Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menaikkan tarif premium insurans kepada 15 peratus.

Kenaikan tarif premium insurans berkuat semalam.

“Caj 15 peratus yang dikenakan itu cukup memadai memandangkan kos membaiki kenderaan dan alat ganti yang semakin meningkat.

Sistem Pendidikan Negara semakin hari semakin BANGANG... menteri lena kaa..??

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITA SEMAKIN BANGANG
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Jepun yangg tewas dlm perang dunia kedua, bangkit menjadi negara maju dalam masa yg singkat. Begitu juga Korea yang musnah kerana perang saudara juga bangun dan telah mengalahkan Jepun dalam beberapa aspek! Negara kita Malaysia...masih terkial-kial mencari identiti dan solusi khasnya terhadap bidang pendidikan.

2) Pemerintah Negara kita masih terkial-kial mencari formula untuk memajukan system pendidikan. Selepas merdeka ada sekolah aliran Inggeris, sekolah tersebut dihapuskan dan dijadikan sekolah aliran Bahasa Kebangsaan, kerana konon nak mertabatkan bahasa Melayu. Kemudian ditukar pulak Matematik Sains dlm Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan istilah Sains banyak dlm bahasa Inggeris

3) Setelah diprotes ahli akademik, PPSMI dihentikan...ditukar pulak MBMMBI....import guru dari India ajar bahasa Inggeris. Sebelum tu panggil peacecorps dari USA ajar BI.

4) Apa yg berlaku dalam masa dua bulan, bukan murid kita yg mahir BI, tetapi mamat dari USA itu yg pandai cakap melayu!

Kejar juruterbang TUDM dan lepaskan jerung besar...




Pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan tindakan Putrajaya mendakwa juruterbang Mejar Zaidi Ahmad kerana mengadu mengenai dakwat kekal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara membiaran sahaja “jerung besar yang rasuah, mencuri ratusan juta ringgit hartanah dan kekayaan, berlagak bebas tanpa hukuman dan menikmati imuniti”.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya malu kerana berkelakuan jahat dan sempit terhadap juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu.

“Mengapa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak degil dan tidak bertimbang rasa sehingga mereka lebih memilih mendakwa Zaidi menggunakan undang-undang ketenteraan yang berusia 40 tahun.

“Zaidi melakukan apa yang setiap warganegara Malaysia mahu buat, dia bercakap benar mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya lalu kerana ia memang mudah dibasuh dan boleh tanggal.

“Penggunaan Akta Angkatan Tentera 1972 terhadap Zaidi menunjukkan pemimpin ketenteraan tidak ada pendirian dan mengambil perintah daripada pemimpin politik,” kata ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Gula Mahal sebab KERAJAAN BODOH bagi SEORANG TOKEY jual 1MALAYSIA

Kempen Anwar berterusan, Syed Mokhtar diserang monopoli gula
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
February 15, 2014

Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menyebabkan rakyat sengsara. Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan "kempennya" bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dengan serangan terhadap monopoli gula Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang dikatakan sebagai punca peningkatan kos sara hidup.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau tidak menyerang ahli perniagaan terkemuka itu atas dasar peribadi tetapi kerana kos sara hidup melibatkan kepentingan rakyat.

"Syed Mokhtar kekayaan puluh bilion ringgit. Saya bukan benci dia. Saya tidak suka monopoli gula dikuasai sorang, rakyat terpaksa bayar," katanya ketika berceramah di hadapan lebih 200 penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Taman Impian Murni di Kajang, malam tadi.

Relevankah Undang-Undang Cermin Gelap untuk kenderaan di Malaysia..??

Mohammad Agus Yusoff

WAJARKAH MENGHARAMKAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP?

Ramai pengguna jalan raya merungut apabila disaman oleh JPJ kerana menggunakan cermin gelap. Mereka bertanya, untuk apa JPJ mengharamkan penggunaan cermin gelap sedangkan cuaca kita panas?

Selain itu, mereka menyatakan penggunaan cermin gelap juga memberikan banyak kelebihan seperti menjimatkan minyak kerana dapat mengurangkan penggunaan hawa dingin, pemandu dan penumpang berasa selesa dan ini boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Mengapa Cermin Gelap Dilarang di Malaysia?

Di Malaysia, mengapa pula JPJ melarang penggunaan cermin gelap ini? Apakah dengan mengharamkannya, maka boleh mengurangkan kadar kemalangan?

Rakyat tidak yakin larangan penggunaan cermin gelap boleh mengurangkan kadar kemalangan kerana ada faktor lain yang lebih signifikan seperti kualiti jalanraya yang tidak baik, garisan putih yang pudar di kebanyakan jalanraya, sikap pemandu yang cuai dan tidak sabar, serta faktor keadaan kenderaan yang tidak layak berada di atas jalan raya seperti tayar botak dan pengubahsuaian terhadap enjin.

Tidak hanya itu. Jika alasannya adalah untuk mencegah jenayah, berapa peratuskan kadar jenayah yang berlaku disebabkan oleh pengguna kereta bercermin gelap?

Kajang - Anwar : Ulasan bab video Teressa Kok



Adakah perbuatan itu MEMBANTU @ MERENDAHKAN ISLAM?
Adakah ISLAM ajar kita berbuat sedemikan kepada BUKAN ISLAM?

Aior Setar - Operasi MAKSIAT di malam Hari Kekasih

Maksiat malam Hari Kekasih

Maksiat malam Hari Kekasih  
Seorang lelaki berasal dari Pulau Langkawi (kiri) bersama pasangannya (duduk, kanan) ditahan di oleh penguatkuasa Jaik dalam Ops Kekasih, semalam.

Maksiat malam Hari Kekasih  
Wanita yang juga pekerja hospital swasta disoal siasat selepas ditahan bersama kekasihnya di sebuah hotel dalam Ops Kekasih, semalam.
 
Maksiat malam Hari Kekasih  
Wanita berusia 30 tahun yang juga seorang janda (kiri) dibawa oleh Pegawai Penguatkuasa selepas ditahan berdua-duaan di sebuah hotel bajet, semalam.
 
ALOR SETAR - Dua lelaki dari Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor, Perak, ditahan bersama pasangan masing-masing kerana disyaki berkhalwat di dua hotel bajet berasingan, di sini malam kelmarin.

Serbuan sempena Operasi Kekasih (Ops Kekasih) yang dilakukan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) itu memberi tumpuan di hotel-hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar menjelang Hari Kekasih.

Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet Jalan Lengcong Barat, Tandop, dekat sini, lelaki berusia 31 tahun dari Langkawi yang juga suami orang itu ditahan dengan mengambil masa kira-kira 40 minit sebelum membuka pintu bilik.

Zahid disaran dapat "TUISYEN PERCUMA"

Pemuda PAS saran Zahid diberi 'tuisyen percuma'

Dewan Pemuda PAS (DPP) merasakan sangat wajar sekiranya penasihat undang-undang KDN memberi ‘tuisyen percuma’ kepada Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) DPP berkata adalah sangat tidak munasabah bagi menteri kanan yang menjaga soal keselamatan negara bila mengatakan hanya jika tawaran membunuh Teresa Kok dikeluarkan oleh NGO terbabit, barulah ianya dikira sebagai suatu kesalahan.

Oleh itu, Pengarahnya, Norazmir Zakaria berkata, JUHAM merasakan sangat wajar sekiranya penasihat undang-undang KDN atau penasihat undang-Undang Umno memberi ‘tuisyen percuma’ kepada Zahid tentang peruntukan Seksyen 503 Kanun Keseksaan.

"Seksyen 503 ini memperuntukkan bahawa perbuatan melakukan intimidasi jenayah adalah suatu kesalahan jenayah dan ianya boleh dihukum di bawah Seksyen 506 kanun yang sama iaitu penjara sehingga selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan.

Berada ditangga 147 dari 180 pun K'jaan Najib kata media kita bagus..!

Ahmad Lutfi Othman

Laporan Wartawan Tanpa Sempadan menyenaraikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 merosot dua anak tangga lagi sehingga ke-147 daripada 180 negara yang tersenarai, dan mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah negara.

Lebih malang kedudukan Malaysia lebih bawah daripada Myanmar.

Meskipun penggantungan tabloid Inggeris, The Heat telah ditarik balik, tidak bermakna isu kebebasan akhbar tidak lagi panas di Malaysia.

Stesen radio BFM misalnya melarang siaran rakaman wawancara dengan Anwar Ibrahim. Permit FZ Daily yang belumpun akhbarnya diterbitkan telah ditarik balik.

Memang malang wartawan di Malaysia, 'kan?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...