TERKINI :

Friday, February 14, 2014

Berapa Tebal Agaknya Kulit Muka Idris Haron...

oleh Shahbudin Husin, 

Beberapa hari lalu telah tersebar di laman sosial maklumat mengenai pembelian nombor plat MCM (bermaksud Malacca Chief Minister) yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, isterinya dan beberapa orang setiausahanya. Dalam maklumat itu, Idris dikatakan membeli nombor plat MCM 11 dengan harga RM20,900 manakala seorang wanita yang bernama Fadilah Abdullah, dipercayai isterinya telah memenangi bidaan MCM 10 dengan harga RM16,610.

Beberapa nama yang dipercayai setiausahanya didapati turut memenangi bidaan membeli nombor plat MCM 2, MCM 3, MCM 4 dan MCM 5 dengan harga antara RM20,000 hingga RM56,100 setiap satunya.

Idris dipercayai membeli nombor plat MCM 11 untuk menunjukkan keakrabannya dengan Perdana Menteri memandangkan nombor 11 adalah kegemaran Najib Razak sejak dulu. Bukan saja nombor kereta Najib bernombor 11, malah semua perkara yang dilakukannya jika melibatkan angka, pasti nombor 11 menjadi pilihannya. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan nombor kegemarannya ialah 13, ramai juga pemimpin yang berebut-rebut memiliki nombor tersebut untuk menggambarkan hubungan saling sehati sejiwa dengannya.

Walaupun Idris menafikan pembelian nombor plat itu melibatkan dana awam sebagaimana yang dibangkitkan oleh sebuah NGO pemantau jenayah, Mywatch dengan menggambarkan beliau masih siuman, persoalannya yang lebih besar ialah wajarkah beliau, isteri dan para pegawainya membazirkan wang yang mahal dengan pembelian yang dianggal mahal dan mewah itu?

Mahathir Pun Kadangkala Jadi Melayu Mudah Lupa Juga

oleh Shahbudin Husin,
 
Dalam usaha menghasut agar musuh politiknya iaitu Anwar Ibrahim terhalang daripada menjadi Menteri Besar Selangor, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad berpendapat, sudah tiba masanya kerusi itu diserahkan kepada Pas yang mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih banyak berbanding PKR.

Beliau berkata, sudah tiba masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas kerana PKR bukan menguasai keseluruhan atau kuasa sebenar dalam PR, jadi tak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya.

Pas berhak untuk kerusi Menteri Besar Selangor itu, tidak bolehlah hanya dikuasai satu parti saja. Tidak seperti BN, jumlah terbesarnya ialah UMNO dan sebab itu pemimpin UMNO diangkat menjadi Perdana Menteri, tambah Mahathir lagi untuk menguatkan hujahnya.

Menyedari terdapat sebilangan kelompok di peringkat bawahan dan pertengahan dalam Pas yang kurang bersetuju Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar selepas pilihanraya kecil DUN Kajang, 23 Mac ini, nawaitu dan tujuan Mahathir mengeluarkan pendapat ini tentunya tidak lain bertujuan mengadu-dombakan lagi hubungan antara Pas dengan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Benarkah dah ada pimpinan PAS buat kerja belakang tabir untuk kekalkan Khalid..??

Ada pemimpin Pas pujuk Khalid terus jadi MB?
CURI PANDANG

Ini satu maklumat yang tidak enak didengar tetapi dipercayai ia sudah beredar di bawah karpert dan di balik dinding rumah politik. Hukumlah sendiri dengan apa yang saya nak kisahkan ini, siapa yang baik dan jahat, siapa yang ikhlas dan munafik dalam persahabatan. Jangan marahkan saya, saya mengisahkan apa yang berlaku saja, khasnya kepada mereka yang tidak tahu.

Tetapi tentu saya akan dikatakan fitnah dan sengaja mereka cerita.

Dua hari lepas Dr Mahathir Mohamad ada menabur racun dalam politik puak Pakatan Rakyat apabila mengatakan Pas berhak untuk mendapat jawatan menteri besar. Alasan Mahathir mudah sahaja sebab Pas mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN Selangor berbanding dengan PKR. Pas ada 15 kerusi manakala PKR ada 14 kerusi.

Memang kalau mengikut sistem demokrasi berpandukan kepada angka, kerusi MB wajar diberikan kepada Pas sebab parti itu mempunyai satu kerusi lebih banyak dari PKR. Barang kali orang Pas sudah mula mencongak akan kebenaran dan kemunasabahan itu. Dan mereka yang merasakan layak untuk menjadi MB, mula berfikir tentang itu.

Mungkin orang itu sudah tidur melentang dengan tangan di letak atas dahi, dan kaki bergedik-gedik. Mungkin dia teringat kepada kata-kata presiden Pas dalam muktamar di Kota Bharu dua tahun lepas yang berbunyi; syok juga kalau menjadi perdana menteri. Mungkin.

Live Liga Premier 2014 | Kedah vs Negeri Sembilan


LIVE LIGA PREMIER 2014
KEDAH vs NEGERI SEMBILAN

Zaid Ibrahim pula umum hendak jadi calon #KAJANG

Zaid Ibrahim bakal bertanding PRK Kajang

Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail. 
Zaid berharap keputusannya akan membantu menyelesaikan banyak isu-isu berbangkit yang melanda negara sekarang. - Gambar fail.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang akan datang dalam posting terbaru di blognya.

Menurut beliau, keputusan bertanding kerusi itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dihadapi negara kini.

"Menulis di blog (www.zaid.my) menyeronokkan tetapi ia juga baik jika dapat bersemuka dengan rakyat, mendengar apa yang mereka katakan dan sudah tentu berpeluang menjamu sate dengan mereka."

"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan mereka terhadap beberapa idea saya yang seterusnya boleh menjadi maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk “Mulling for Kajang” yang diterbitkan hari ini.

Mohd Zaid berkata beliau menggariskan beberapa perkara yang disuarakan sepanjang tempoh berkempen, antara lain ialah kepentingan menangani punca permasalahan polarisasi kaum; usaha mengekalkan keamanan dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam; dan pembangunan program kemahiran ekonomi dan pendidikan. – 14 Februari, 2014.

Buku teks digital bagus tapi selesai dulu isu PBS

SHAH ALAM – Inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan buku teks digital Jumaat lalu disambut baik namun wujud kebimbangan ekoran sikap kerajaan yang dilihat terburu-buru dalam pelaksanaan apa-apa dasar di negara ini.

AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan berpendapat, meskipun buku teks digital berpeluang meningkatkan prestasi pendidikan negara, namun beliau bimbang dengan masa depan inisiatif terbaru KPM itu.

“... tahniah kepada kerajaan dan KPM atas kejayaan melancarkan buku teks digital yang boleh diakses secara atas talian. Namun saya merasa sangat bimbang dengan nasib masa depan projek digitalisasi buku teks ini akibat sikap kerajaan yang sering ‘flip-flop’ dalam meluluskan dan melaksanakan dasar-dasar yang diperkenalkan.

“Sikap tidak cermat dan terburu-buru kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu juga mengakibatkan dasar-dasar itu tidak mencapai matlamat sasarannya serta melibatkan tanggungan kos kerugian yang besar oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasrudin mengambil contoh kepincangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“PPSMI yang diperkenalkan dan dilaksanakan, akhirnya terpaksa dimansuhkan setelah mendapat maklum balas negatif dan bantahan oleh pelbagai pihak.

“Terbaru ialah berkenaan PBS yang dikesan bermasalah pada sistem perkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS itu sendiri.

“Arahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan supaya PBS dikaji semula memperlihatkan dan membuktikan sikap tidak cermat dan berhati-hati Kerajaan dalam mengurus polisi dan dasar pendidikan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan bagi menyelesaikan terlebih dahulu masalah berkaitan PBS.

“Saya mendesak dan menasihatkan kerajaan agar memberi tumpuan dan keutamaan untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah-masalah sedia ada khususnya yang berkaitan dengan PBS.

“Para guru dan pelajar sangat terkesan dan terbeban dengan pelaksanaannya yang tidak teliti oleh kerajaan,” katanya.

Hukum Adun: SPR perlu rujuk kes Kelantan, Perak

FEB 14, 2014 | RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Pada awal 1990-an Dewan Undangan Negeri Kelantan pernah meluluskan pindaan bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula apabila wakil rakyat melompat parti.

Ketika itu Adun Semangat 46 di Sungai Pinang dan Limbongan menyertai Umno. Berikutan pindaan tersebut pilihan raya kecil diadakan.

Pilihan raya tersebut memberi kemenangan kepada calon Angkatan Perpaduan Ummah, iaitu Semangat 46. Namun Umno membawa kes tersebut ke mahkamah. Dan mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut tidak sah dan mengembalikan kerusi tersebut kepada penyandang.

Naib Presiden PAS, Datuk Ibrahim Tuan Man berkata, peletakan jawatan sebagai wakil rakyat lebih bermaruah berbanding melompat parti kerana ia menghina mandat diberi rakyat.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melihat contoh yang berlaku di Kelantan pada awal 1990-an sebelum meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.

“SPR tidak perlu terpengaruh dengan desakan mana-mana pihak berhubung cadangan tersebut. SPR seharusnya melihat tuntutan keperluan dan bukannya desakan serta kepentingan pihak tertentu,” katanya ketika ditemui selepas majlis Maulidur Rasul Dun Bunut Payong di JKR 10 petang semalam.

Hadir sama pada program tersebut Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim serta jawatankuasa Muslimat Dun terbabit.

Baru-baru ini SPR dilaporkan mahu mengkaji keperluan dan cadangan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan tanpa sebab munasabah.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pindaan itu bagi mengelakkan 'penyakit' meletak jawatan tanpa sebab 'merebak' kepada wakil rakyat lain.

Cadangan itu ada kaitan tindakan Lee Chin Chen mengosongkan kerusi Dun Kajang pada 27 Jan lalu, bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan pada Mac ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, contoh yang pernah berlaku di Perak pada 2008 di mana kerajaan Pakatan Rakyat diambil alih melalui kudeta hanya berpunca tiga Adun PKR dan DAP berpaling tadah.

Kata beliau sepatutnya tiga Adun terbabit meletak jawatan seperti dilakukan bekas Adun Kajang bagi mengembalikan semula mandat rakyat dan bukan menukar kerajaan melalui pintu belakang.

“Ini isu yang jauh lebih besar jika dibandingkan seorang Adun mengosongkan kerusinya kerana merasakan tidak mampu lagi untuk berkhidmat kepada rakyat.

“SPR perlu menilai sejarah yang berlaku sebelum ini dan bukannya bertindak kerana ada desakan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan,” ujarnya.

Katanya juga, adalah lebih bermaruah seseorang Adun itu mengosongkan kerusinya sekiranya tidak mampu lagi berkhidmat kepada rakyat, lagi pun ia dibenarkan oleh perlembagaan.

Selain itu menurutnya juga SPR tidak boleh bersikap double standard terhadap kes Dun Beliangan di Sarawak apabila Adunnya, Tan Seri Taib Mahmood mahu mengosongkan kerusi tersebut.

"Kalau di Kajang kita tekan atau kritik, bagaimana kes yang sama berlaku di Sarawak kita biarkan," ujarnya.

Harga tanggungjawab k'jaan, jangan salahkan orang

KUALA LUMPUR: Kerajaan terlebih dahulu perlu bertanggungjawab atas kenaikan harga barang sebelum menyalahkan orang tengah, kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna, Anuar Tahir.

Beliau berkata, sebelum kerajaan menuduh orang tengah memanipulasi harga, kerajaan terlebih dahulu perlu mengkaji faktor berlakunya demikian.

"Yang membuat keputusan dan membenarkan kenaikan harga barang berlaku ialah orang atas. Jangan jadikan orang tengah sebagai alat untuk menutup kesalahan mereka.

"Kerajaan harus sedar pemborong, orang tengah dan peniaga terpaksa menaikkan harga kerana kenaikan harga minyak, gula, tarif elektrik. Semua itu memberi kesan kepada harga barang," kata beliau ketika dihubungi Harakadaily hari ini.

Beliau juga berkata, Kementeri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus mengambil langkah yang sesuai bagi mengekang kenaikan harga barang dan melakukan pemantauan dengan mengambil kira semua keadaan.

Cadangan agar pengguna memboikot peniaga dan orang tengah tidak akan menyelesaikan masalah.

'K'jaan Najib lembab, ayam sudah disembelih'

Abdul Rahim Sabri ©

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasuiton menggesa kerajaan supaya segera memberi respon terhadap gesaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog ke arah 'konsensus nasional' berhubung isu-isu utama yang berlaku dalam negara.

Beliau berkata setakat ini Pakatan Rakyat - sama ada melalui kenyataan bersama atau daripada pemimpin parti gabungan - konsisten untuk mengadakan dialog tersebut.

Tetapi, beliau menganggap kerajaan bertindak "perlahan" untuk menyambut cadangan tersebut walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi menyokong usaha tersebut melalui kenyataan mereka pada 27 Januari dan 2 Februari lalu.

"Proses menyambut gesaan dialog konsensus nasional berlangsung dengan perlahan kerana reaksi lembab daripada BN.

"Sedangkan rakyat di luar dihidangkan dengan sentimen perkauman... Sembelih ayam untuk lawan politik. Ia tidak membantu menjernihkan keharmonian," kata Saifuddin dalam sidang medianya hari ini .

Sehubungan itu, Saifuddin yang juga bekas ahli parlimen Machang mengharapkan keikhlasasn kerajaan dengan memberi keputusan segera berhubung perkara itu.

"Kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan. Kalau boleh dilaksana dengan pantas. Bola berada di gelanggang sebelah sana, kita tak boleh tendang bola di sebelah sana," katanya.

Yemen henti hantar pelajar ke IPTS Malaysia, dakwa hanya kaut keuntungan

Kerajaan Yaman memutuskan tidak lagi menghantar pelajarnya ke Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia kerana ia hanya mengaut keuntungan.

Akhbar Yemen Times melaporkan, langkah tersebut diambil kerana kualiti buruk pendidikan swasta di Malaysia dan juga kos pengajian yang tinggi.

"Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kajian Saintifik memutuskan pada Isnin untuk mengakhiri biasiswa kerajaan Yaman kepada universiti swasta di Malaysia.

"Ini disebabkan kualiti pendidikann yang buruk dan kos tinggi," kata agensi pendidikan Yaman dalam laporan tersebut.

Yemen Times juga memetik pengarah biasiswa di kementerian, Ahmed Al-Rabei sebagai berkata yuran pengajian di IPTS tiga kali ganda tinggi berbanding di institut pengajian awam.

"Bayaran yuran dan tuisyen universiti swasta tiga kali ganda daripada universiti awam.

"Kos belajar di universiti awam di Malaysia dianggarkan kira-kira $1,500 setahun, manakala kos pengajian di universiti swasta pula sebanyak $4,500," kata Ahmed yang dipetik berkata dalam laman berita tersebut.

Anwar : SPR kata ok, POLIS biarlah dia nak siasat...

Anwar: Kalau polis nak siasat, siasatlah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan meneruskan kempen di DUN Kajang walaupun polis sedang melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Anwar yang juga ketua pembangkang bertegas penganjuran kempen itu kerana tidak menyalahi sebarang Akta Pilihan Raya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau polis nak siasat pun siasatlah, lagipun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof cakap tidak salah dari segi akta pilihan raya.

"Saya ucap terima kasih kepada polis kerana program ini tidak diganggu," katanya seperti dalam dilapor akhbar itu.

Dalam laporan itu menyebut, Anwar berkata program yang dilakukan sekarang bukanlah kempen pilihan raya sebagaimana yang didakwa sebaliknya sesi penerangan kepada penduduk Kajang.

"Ini adalah sesi penerangan bertujuan menjelaskan tentang beberapa isu kepada orang Kajang dan bukannya kempen seperti yang didakwa.

"Tapi tak apa, orang Kedah kata lali dah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun," katanya sambil menambah beliau bersedia memberikan kerjasama kepada polis.

Misteri Terowong JDT Bakal Terungkai...

FAM

Kelana Jaya – Misteri insiden pergaduhan dalam terowong antara tiga kes membabitkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang akan dibawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Jawatankuasa Tatatertib dalam masa terdekat ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bahawa surat pertuduhan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan dikeluarkan namun beliau enggan mendedahkan sama ada pertuduhan itu membabitkan pegawai atasan pasukan dari selatan tanah air itu.

“Kita hampir nak menyelesaikan (kes) ini di peringkat akhir, saya minta semua pihak bersabar. Kita akan mengeluarkan surat pertuduhan dalam masa terdekat ini. Kategori pertuduhan ada banyak jadi bila sampai masanya saya akan umumkan.

Samseng taik kucing, tampar-tampar sayang laa pulak..!

'Tampar-tampar sayang, bukan cederakan Teresa'
Farah Noor Samat | 4:41PM Feb 13 2014

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang sebelum ini menawarkan ganjaran wang untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok, hari ini menjelaskan yang ia hanya satu tawaran untuk "tampar-tampar sayang" dan bukannya arahan untuk "mencederakan orang".

Jurucakap gabungan itu Zulkifli Shariff berkata, tawaran RM500 – dan kemudian dinaikkan kepada RM1200 itu juga bukan ugutan jenayah, sama seperti dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

"Bila kita keluar tawaran kita akan beri ganjaran, kita bersedia hadapi (tindakan undang-undang).

"Tamparan itu pun bukan mencederakan orang , tampar amaran, orang kata tampar-tampar sayang," kata Zulkifli pada sidang media petang ini.

Peguam mewakili gabungan itu, Khairul Azam Aziz menjelaskan yang tawaran itu bukan ancaman kerana ia bukan satu arahan daripada satu pihak kepada pihak lain.

"Tiada sebarang ugutan yang jelas berlaku, melainkan dinyatakan dengan jelas untuk 'menampar kamu'.

"Ia adalah satu tawaran sahaja tidak menjurus kepada satu ugutan, tidak ada satu pernyataan terus 'saya akan tampar', katanya.

Jelasnya lagi, tawaran itu juga bukan satu isu utama yang diketengahkan gabungan itu.

Sebaliknya dakwa beliau, ia adalah reaksi kepada semua "provokasi selama ini".

Jelasnya, tawaran itu adalah satu "hipotesis" kepada kemungkinan yang akan berlaku jika provokasi yang dimaksudkan masih lagi berterusan.

"Anda ditanya mengenai sesuatu hipotesis dan (ia) masih belum berlaku, tetapi apa yang kita katakan sekarang ialah tawaran itu hanya satu tawaran, bukan ancaman," katanya selepas sidang akhbar itu.

Sementara itu, Sunny Goh daripada Pertubuhan Kebajikan Insan Parti Malaysia (Perkib) yang turut bercakap pada perhimpunan pada acara 6 Februari itu mendakwa menerima satu ugutan menerusi laman Facebook pada keesokan harinya.

Beliau bagaimana pun masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung ugutan itu.

Walaupun Uzur TG Nik Aziz tidak berkompromi dalam menunaikan solat berjemaah.

Nik Aziz terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahi

Nik Aziz terima royalti Bicara Cinta Demi Ilahi  
foto ihsan FB Zahiruddin Zabidi

SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar.

Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

“Hajat kami bagi hadiah al-Quran dan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar serta serahkan cek royalti bernilai belasan ribu ringgit (tiga bulan sebelumnya puluhan ribu).

“Kemudian segera beliau minta serahkan kepada Maahad Darul Anwar yang ditadbir oleh anak-anak beliau. Subhana-ALLAH,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Semua stadium patut halang penyokong dari memakai topeng muka...

FAS larang pakai topeng di stadium

Petra Jaya: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kini melarang penyokong negeri itu menggunakan topeng ketika berada stadium bagi mengelak gejala samseng bola sepak dalam semua saingan Liga Malaysia selepas ini.

Setiausaha FAS, Abdullah Julaihi berkata, peraturan baru itu diperkenalkan bagi memudahkan pihaknya mengecam penyokong yang melanggar peraturan ketika sesuatu perlawanan berlangsung termasuk bertemu Perak malam esok.

“Ini adalah satu langkah yang diambil oleh FAS bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku. Lebih baik kita segera memandangkan penonton datang ke stadium adalah ramai.

Kedah sasar bina 8,100 rumah rakyat tahun ini

GURUN - Kerajaan Kedah menyasarkan untuk membina 8,100 unit rumah pada tahun ini, terutama menyediakan rumah mampu milik bagi memenuhi permintaan rakyat memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan negeri berhasrat mencapai pembinaan sebanyak 40,000 unit rumah pelbagai jenis untuk memenuhi permintaan rakyat yang semakin meningkat.

"Saya yakin kalau ikut trend ini, dalam tempoh lima tahun, kita dapat penuhi permintaan rakyat. Permintaan rumah kos rendah sahaja ialah sebanyak 37,459 buah (rumah) dan bagi rumah mampu milik permintaan dari 2013 hingga 2018 sentiasa meningkat dan untuk tahun ini pun dah 40,000.

"Saya lihat bahawa dengan penglibatan pelbagai pihak dan agensi termasuk swasta, saya rasa usaha untuk penuhi permintaan ini sedang berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Fasa 1 dan Pendaftaran Pembelian bagi Fasa 2 Taman Perumahan Permai Utama dekat sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini tidak akan lupa janji dan tanggungjawab kepada rakyat yang mengembalikan Barisan Nasional ke tampuk pemerintahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Harga getah merudum: Bantulah penoreh


ladang getah

SHAH ALAM - Penganalisis ekonomi berpandangan bahawa penurunan harga getah sememangnya tidak boleh dielakkan kerana ia berasaskan kepada pasaran terbuka, namun kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk mengelak rakyat (penoreh getah) daripada terus tertekan dengan kesempitan hidup yang kian menghimpit kini.

Menurut Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman, untuk mengelak penoreh getah daripada terus terhimpit dek kerana penurunan harga getah tersebut, kerajaan perlu memikirkan satu mekanisme khusus untuk membantu mereka.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu mereka pada saya untuk tempoh ini... mungkin kerajaan boleh membantu dengan memberi bantuan khusus kepada mereka.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...