TERKINI :

Thursday, February 13, 2014

Patutlah 23 Mac Tarikh PRK Kajang.. Ini Penjelasan Dari SPR !!!

Tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditetapkan sehari selepas perasmian sesi Parlimen 2014 tiada kena mengena dengan usaha menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berhujah di Dewan Rakyat, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa undang-undang mengatakan tarikh penamaan calon mestilah tidak kurang daripada 11 hari sebelum tarikh mengundi (23 Mac), menyebabkan mengapa penamaan calon diadakan pada 11 Mac.
(Dan) SPR terlebih dahulu memilih 23 Mac sebagai tarikh pengundian kerana ia hari cuti am, katanya.
“Jadi tidak benar jika ada yang kata sengaja pilih tarikh itu sebab mahu halang Anwar berhujah kerana selepas perasmian Parlimen (pada 10 Mac) ialah giliran ketua pembangkang untuk berhujah,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anwar semasa berceramah di Taman Perdana Cuepacs, Kajang yang dilaporkan media baru-baru ini, bahawa pemilihan tarikh itu adalah untuk menghalangnya daripada berhujah di Parlimen.

Tan Sri Taib masih Ketua Menteri, malahan akan jadi Maharaja Sarawak

oleh Aspan Alias

TS Taib Mahmud (TSTM) masih Ketua Menteri de facto Sarawak kerana beliau telah memilih TS Adenan Satem sebagai pengganti beliau. Adenan merupakan bekas adik iparnya dan perlantikan TS Adnan itu sememangnya telah dijangkakan.

Pesanan beliau (TSTM) supaya menjaga Sarawak ‘at all cost’ kepada kepimpinan BN di Sarawak sudah mendekatkan kenyataan yang orang yang akan terlantik ialah Adenan Satem. Abang Johari sememangnya dianggap sebagai sorang yang 'UMNO friendly' dan secara automtik tidak menjadi pilihan TS Taib untuk menggantikan beliau.

Buat beberapa ketika yang agak lama lagi Taib boleh dikatakan masih Ketua Menteri sambil duduk di Istana sebagai TYT Sarawak. Perlantikan Adenan itu samalah sebagai melantik dirinya sendiri kerana Adenan merupakan seorang yang sangat setia kepada bekas abang iparnya itu. Malahan TSTM lebih kuat kedudukkannya dari semalam dan begitulah licik atau cerdiknya orang lama PBB ini. Kalau selama ini beliau adalah seorang Ketua Menteri dan ahli politik, bermula pada penghujung bulan ini beliau akan menjadi Maharaja sarawak sebaik sahaja beliau masuk ke Asatana Governor sarawak itu.

Sekarang kita boleh menjangkakan yang Sarawak akan berada dalam keadaan seperti biasa dan ‘business as usual’. Sarawak akan tetap sebagai sebuah Ahli Persekutuan yang ‘exclusive’ dan tidak mungkin pengaruh Persekutuan akan meresap setidak-tidaknya dalam jangka yang agak lama. TSTM akan terus berpengaruh seperti yang diidamkan oleh Dr Mahathir kepada kerajaan Persekutuan yang pernah beliau ketuai dahulu sebegitu lama.

Betul kaa Hutan di PEDU dah tahap kritikal

PEMUNGAHAN BALAK DI PEDU KETAHAP KRTIKAL ....BOTAK DAH HUTAN SIMPAN...DULU HANGPA SOKONG SANGAT LA NIE TERIMALAH AKIBATNYA......



Dulu semasa kedah bawah pemerintahan pas umno bt rombongn ke pedu kluar tv3 kluar utusan arwah ust azizan jual balak,.. 

Skrgni bawah pemerintahan KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL ulang lg skali KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL lebih menarik di pedu lg hebat makin menjadi jadi jual BALAK APA KES NI,..

 Apa alasan krjaan skg pasal apa x masuk tv3 x masuk utusan MUKRIZ PUN JUAL BALAK,...klu x caya jom kita bt rombongn ke pedu gmbar ni d ambil sndiri cara curi2 kt pedu 11/02/2014,.kwsan ni dikawal oleh polis bantuan,..kwn2 tlg share info ni biar smua org tau apa itu UMNO BARISAN NASIALNAL






Usah diperli, biarkan mereka berselawat

Dr Muhaimin Sulam

BEBERAPA tahun lalu, penampilan Ustaz Azhar Idrus dalam majlis ilmu mencetuskan satu fenomena baru. Tentulah ada istimewanya hingga menyebabkan majlis ilmunya dihadiri puluhan ribuan orang. 

Ustaz Azhar bukan sekadar berceramah di masjid bahkan hingga ke padang dan stadium. Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor pernah menjemput beliau dalam segmen menyambut tahun baru Masihi.

Nah, kini ada lagi kecenderungan baru di kalangan anak-anak muda. Majlis halaqah selawat (majlis memuji-muji Nabi Muhammad). Yang hadir berjubah berserban putih dan bahu mereka berselempang dengan selendang berwarna hijau. Sambil mereka berselawat, badan dan kepala mereka digerak-gerakkan secara seimbang sehingga mendatangkan keasyikan yang hanya dirasai sesiapa yang hadir.

Secara tradisinya, berselawat selalu diadakan dalam majlis Maulid Nabi yang diraikan pada bulan Rabiul Awal dalam kalendar Hijriah sempena keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Namun, majlis maulid dengan acara bersalawat kini tidak lagi terhad pada bulan Rabiul Awal. 

Baguslah. Mencintai Rasulullah s.a.w. kekasih Allah hendaklah sepanjang waktu. Bukan bermusim atau waktu tertentu sahaja. Meski ada pandangan yang menyebut bahawa acara itu merupakan bidaah yang tidak pernah dilakukan sewaktu zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Usah terperangkap dengan polemik ini. Biarlah yang suka berdebat meneruskan perdebatan yang tidak berkesudahan itu.

Kaji semula PBS: "Satu lagi projek BN..."

FUAD KASSIM

Keputusan kerajaan mengkaji semula Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) menunjukkan kecelaruan sistem pendidikan negara.

Saya berpandangan, keadaan ini berlaku akibat tiada perancangan yang jelas daripada parti pemerintah dalam hala tuju pendidikan negara. Belumpun cerita PPSMI selesai sepenuhnya, kini anak-anak kita berhadapan dengan kecelaruan PBS pula.

Sepatutnya sebelum sesuatu dasar itu ditukar atau digubal, perlu suatu kajian yang menyeluruh dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dilaksanakan. Kajian tersebut mestilah juga mengambil kira kemampuan tenaga pendidik yang terbabit secara langsung dalam menjayakan sesuatu dasar tersebut.

Jika kajian mendapati dasar tersebut masih belum mampu ditanggung oleh para guru, kerajaan mestilah mempersiapkan dulu mereka, kemudian baru langkah percubaan dilakukan dalam skala kecil. Semasa tempoh tersebut kajian akan dijalankan untuk mengetahui kelemahan untuk diperbaiki.

Sepatutnya kita mengambil iktibar daripada kegagalan PPSMI dahulu. Dasar tersebut dilaksanakan tanpa kajian yang secukupnya dan akibatnya menyusahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa. Dasar setengah masak itu akhirnya gagal di tengah jalan kerana tidak memahami masalah sebenar situasi pendidikan di Malaysia.

Terkini, PBS dilaksanakan tanpa mengambilkira kemampuan guru dan keperluan teknologi semasa. Terlalu banyak perkara yang berbangkit yang tidak dapat diselesaikan akibat kegopohan kerajaan melaksanakan sistem yang belum tentu sesuai dengan keperluan semasa pendidikan Malaysia.

Ditambah pula, kegagalan sistem ini turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem yang ada.

Nampak, suatu lagi “projek Barisan Nasional” akan menjadi projek “sakit” seperti PPSMI dahulu.

Ada juga mak bapak nak letak nama anak 'facebook' & 'panties'

Haram guna nama ‘Facebook’, ‘Panties’

Mexico: Ibu bapa di Sonora, sebuah negeri di Mexico tidak lagi dibenarkan menamakan anak mereka ‘Facebook,’ ‘Panties’ atau 59 lagi nama yang dilarang.

Pengarah Pendaftar Awam Sanora, Cristina Ramirez berkata, nama yang diharamkan itu kini hanya ditemui hanya satu dalam setiap pendaftar negeri. Beliau berkata, senarai itu mungkin akan ditambah kerana pegawai masih memeriksa 132 pendaftar kelahiran baru.

Nama dianggap menghina

Beliau berkata, undang-undang melarang penggunaan 61 nama yang dianggap ‘menghina’ atau tidak mempunyai maksud logik bermula Isnin dan sebagai percubaan melindungi kanak-kanak daripada dibuli.

Ramirez berkata, seorang kanak-kanak lelaki di bandar Navojoa yang lahir baru-baru ini diberi nama Juan Calzon atau Juan Panties manakala, seorang kanak-kanak perempuan diberi nama Lady Di.

Antara nama lain yang dianggap pelik termasuk seorang budak perempuan yang dinamakan Marciana atau Martian dan budak lelaki diberi nama Circuncision atau Circumcision. Nama ‘Rambo’ turut diharamkan.

Sonora terletak di sempadan negeri Arizona di Amerika Syarikat.-AP

87 kes pembakaran terbuka di Kedah

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mencatatkan 87 kes kebakaran berpunca daripada pembakaran terbuka sejak awal bulan ini hingga semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Nazri Zakaria berkata, 39 kes yang diterima ialah kebakaran belukar/lalang, 30 kes pembakaran sampah dan 18 kes kebakaran hutan.

"Pembakaran kecil bertujuan membersih kawasan rumah dan jerami padi tidak dikawal oleh orang ramai menyebabkan api merebak menjadi kebakaran besar dan mengambil masa untuk memadamkan api agar tidak merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya kebakaran mudah merebak terutama pada musim ini yang agak kering dan panas sepanjang hari.

Beliau berkata puntung rokok juga menyumbang kepada kebakaran dan Kedah mencatatkan empat kes sedemikian bagi tempoh Januari lalu hingga hari ini.

Nazri berkata, pihaknya juga bimbang pembakaran terbuka akan merebak ke kawasan perumahan jika gagal dipadam dengan pantas berikutan tiupan angin kencang serta daun dan rumput yang kering.

Beliau berkata pembakaran terbuka juga boleh mengakibatkan kemalangan.

Sepanjang Mac 2003, sebanyak 20 kenderaan termasuk bas ekspres, lori, van dan motosikal terlibat dalam kemalangan jalan raya di Km 60.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kobah, Pendang yang berpunca daripada asap tebal akibat pembakaran jerami di tepi lebuh raya berkenaan, katanya. - Bernama

Getah jatuh: Jangan tunggu Peristiwa Ubi Gadung berulang

FEB 13, 2014 | HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan segera bertindak menyelesaikan kemelut penurunan harga getah yang semakin meruncing pada ketika ini dan dilihat seperti akan berterusan.

Setiausahanya Mohd Nasaie Ismail (gambar) berkata, pihaknya mendapat aduan bahawa ramai penoreh getah kini berdepan keadaan sukar untuk meneruskan kehidupan mereka selepas harga getah jatuh kepada paras paling rendah dalam sejarah 10 tahun penurunannya.

"Kerajaan jangan tunggu sehingga 'Peristiwa Ubi Gadung 1974' berulang kembali baru hendak bertindak.

"Peristiwa yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat keracunan selepas diberi makan ubi gadung oleh keluarganya akibat tidak mampu membeli makanan disebabkan harga getah rendah.

"Hasil peristiwa ini jugalah menjadi pencetus kebangkitan rakyat pada tahun tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau juga, pihaknya juga menerima aduan bahawa ada pekebun getah di beberapa daerah di Kedah dan negeri-negeri lain yang tidak mampu membeli lauk pauk untuk sajian harian disebabkan hasil jualan getah yang merosot teruk.

Malah katanya, suasana ini sangat serius dan memerlukan tindakan drastik daripada pihak kerajaan untuk menanganinya.

"Keberanian pekebun getah di Baling yang keluar berdemonstrasi minggu lepas memberi petunjuk tekanan hidup di tahap maksima sedang melanda penduduk.

"Tambahan pula kejatuhan harga getah ini berlaku di tengah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melambung tinggi di tahun ini. Oleh itu, sebelum terlewat kerajaan mesti bertindak segera menangani kemelut ini," kata beliau lagi.

Beberapa media sebelum ini melaporkan penurunan harga getah dari RM2.80 sehingga RM2.50 sekilogram dan berbeza-beza mengikut negeri.

Terbaru harga getah skrab di lapangan hari ini mencecah RM2.43 sekilogram di beberapa negeri termasuk Johor, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Pawagam filem porno dibom

PESHAWAR - PAKISTAN. Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di sebuah pawagam di wilayah barat laut Pakistan, kelmarin.

Pegawai Polis Kanan Peshawar, Ijaz Ahmed berkata, tiga letupan bom tangan tercetus di panggung wayang Shama di tengah bandar yang juga terkenal dengan tayangan filem pornografi.

"Satu letupan berlaku di dalam pawagam yang ketika itu dipenuhi pengunjung dan dua lagi letupan berlaku di luar pawagam," katanya kepada media.

Ijaz berkata, pawagam itu sebelum ini pernah menerima ancaman keselamatan dan pihak polis telah menasihatkan supaya memasang alat pengesan logam, namun nasihat tersebut tidak diendahkan.

Sementara itu, saksi, Akbar Khan, 62, berkata, ketika sedang menonton wayang dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan pertama diikuti dengan dua letupan lain.

"Keadaan menjadi kecoh dan saya berasa seperti besi panas tertusuk ke dalam lengan dan kaki kiri. Ketika itu saya tersedar telah terkena serpihan bom dan berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan diri sebelum dihantar ke hospital," katanya dipetik CNN

Setakat ini tiada kumpulan atau individu didakwa melakukan serangan tersebut.

SPR Harus Perinci Kos RM1.6 juta Untuk PRK Kajang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut pihak Suruhanjaya Pilihan Raya menyenarai dengan lebih terperinci jenis-jenis perbelanjaan daripada anggaran kos RM1.6 juta untuk PRK Kajang sepertimana yang diumumkan.

SAMM menyifatkan kos RM1.6 juta agak tinggi berbanding kos perbelanjaan PRK DUN Kuala Besut yang tidak mencecah RM1 juta, dalam keadaan logistik pengangkutan di Kajang jauh lebih baik berbanding Kuala Besut.

Dalam perlaksanaan PRK Kajang, tidak ada perbelanjaan baru buat SPR, tiada kenderaan baru yang dibeli, tiada perkakasan baru yang dibeli melainkan kertas ballot undian. Jadi di manakah kos pilihanraya yang tinggi ini disalur? 

SAMM juga tidak menolak kemungkinan modus operandi SPR yang hanya menguntungkan pihak ketiga seterusnya menyebabkan kos perbelanjaan melambung tinggi. SPR seharusnya lebih efisyen dan memanfaatkan sepenuhnya sumber tenaga pekerja SPR yang diberi gaji bulanan.

Sekian

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Parti BOBOI di Kedah sedang bergelora rupa2nya...


Umno bahagian 'tidak harmoni'

OLEH: ROSLINDA HASHIM Tarikh: February 13, 2014

ALOR SETAR - Seorang Adun yang juga orang lama Umno dikatakan sedang dalam perancangan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap timbalan ketua bahagian di kawasannya, dalam masa terdekat.

Sumber berkata, tindakan itu dibuat berikutan Adun berkenaan mendakwa dirinya difitnah ketika pemilihan Umno Kedah, Oktober lalu.

“Ketika kempen pemilihan lalu, calon bagi timbalan ketua bahagian ini berkempen bagi memenangkan proksinya, yang bertanding jawatan ketua bahagian menentang Adun berkenaan. Pada pemilihan itu, Adun berkenaan tewas,” katanya.

Menurutnya, dalam kerancakan berkempen itu, timbalan ketua bahagian itu secara terang-terangan menyebut nama Adun berkenaan yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, difahamkan rakaman dakwaan itu diperoleh Adun berkenaan dan akan dijadikan bukti untuk mengheret individu terbabit ke muka pengadilan, dalam usaha menjernihkan nama baik beliau yang tercalar.

“Adun berkenaan kini dalam proses berbincang dengan peguam untuk ambil tindakan saman, melibatkan jutaan ringgit. Kemungkinan kes itu akan difailkan dalam masa terdekat,” katanya.

Bahaya minyak masak kitar semula


JIMAT. Itu alasan yang diberikan beberapa pemilik restoran dan penjual goreng pisang yang mengakui menggunakan minyak masak berulang kali malah ada yang mengaku menggunakannya lebih dari lima kali.

Penjual goreng pisang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, kos yang tinggi membuatkan dia menggunakan minyak masak berulang kali bagi menjimatkan modal perniagaannya.

“Harga minyak masak sekarang bukannya seperti dulu, harganya dah mahal. Peniaga goreng pisang seperti saya memerlukan minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

“Jika hanya menggunakan hanya sekali, ia akan merugikan. Saya akui, saya beli minyak masak yang dibungkus bukannya di dalam bekas kerana ia murah. Perniagaan ini kecil saja, mana yang boleh jimat, saya akan cuba berjimat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, pemilik kedai makan, Abdullah Majid mengakui menggunakan minyak masak berulang kali untuk menjimatkan kos pembelian bahan berkenaan.

SPR bersedia untuk PRK Dun Balingian

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dun Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.

Bagaimanapun jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat ialah pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.

Abdul Aziz berkata, SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di Dun Balingian.

Jualan Kipas Angin di Kedah semakin laris..!!

Cuaca panas, kipas angin laris dijual

Cuaca panas, kipas angin laris dijual  
Pasangan suami isteri, Mohd Azizi Abdul Razak (dua, kanan) dan Saldian Yahya melihat kipas angin di sebuah kedai barangan elektrik ketika cuaca panas melanda negara ini semasa ditemui di Lorong Merpati, Jalan Langgar di Alor Setar hari ini. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Berikutan cuaca panas yang dialami di Kedah sejak dua minggu lepas, permintaan terhadap kipas angin semakin meningkat di kalangan penduduk di negeri ini.
  
Cuaca di kebanyakan kawasan di Kedah ketika ini boleh melebihi 35 darjah Celcius pada waktu siang dan pada waktu malam boleh mencapai 29 darjah Celcius.

Tinjauan Bernama di beberapa kedai barangan elektrik di sekitar bandar raya ini mendapati jualan kipas angin pelbagai jenama meningkat.

Walaupun ada pilihan iaitu memasang pendingin hawa tetapi kos yang jauh lebih tinggi berikutan harga pendingin hawa lebih mahal menyebabkan ramai yang memilih untuk menambah bilangan kipas angin di rumah mereka.

Imej Pekan Rabu boleh tercemar jika dibiarkan golongan ini


Imej Pekan Rabu boleh tercemar  
Beberapa peminta sedekah kelihatan di atas jejantas berhampiran kompleks perniagaan tersebut.

ALOR SETAR - Kehebatan Kompleks Perniagaan Pekan Rabu, dekat sini, sebagai pusat perniagaan produk tempatan Bumiputera dan produk pelancongan negeri sememangnya tidak perlu dipertikaikan.

Sayangnya, keenakan aneka makanan tradisionalnya, malah keunikan lokasi tarikan pelancong ini sedikit sebanyak dicemari kehadiran peminta sedekah berdekatan jejantas kompleks perniagaan
tersebut.

Tinjauan mendapati seorang peminta sedekah duduk agak berdekatan kedai peniaga, manakala seorang lagi duduk di tengah jejantas berkenaan, sambil masing-masing membawa bekas minuman mereka.

Pelancong dari Pulau Pinang, Norazila Shamsudin, 25, berkata, dia terkejut apabila melihat kehadiran beberapa peminta sedekah sewaktu melintas jejantas untuk menaiki bas.

Ops Gempur Aedes II 2014 yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

Dua pemilik rumah dikompaun

Dua pemilik rumah dikompaun  
Dr Aisyah (kanan) memeriksa kawasan rumah seorang penduduk dalam Ops Gempur Aedes II 2014, semalam.

ALOR SETAR - Dua kompaun berjumlah RM1,000 dikeluarkan terhadap dua pemilik kediaman di Kampung Gunung Sali, di sini, dalam Ops Gempur Aedes II 2014 yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, semalam.

Pegawai Kesihatan Daerah II, Dr Aisyah Jusoh berkata, kompaun itu dikeluarkan terhadap dua pemilik kediaman berkenaan itu selepas didapati positif pembiakan Aedes.

“Sebanyak 240 premis meliputi kawasan kediaman dan kilang diperiksa dalam operasi ini dan dua daripadanya yang didapati positif pembiakan Aedes.

“Untuk itu, kita mengeluarkan dua kompaun mengikut Seksyen 13(1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang mana setiap satu berjumlah RM500,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi berkenaan.

Tambah Aisyah, dalam operasi yang melibatkan kira-kira 120 anggota penguatkuasa itu, pihaknya turut mengeluarkan satu notis di bawah Seksyen 8, akta yang sama kepada seorang pemilik kediaman.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...