TERKINI :

Wednesday, February 12, 2014

Renungan Untuk Pimpinan Muda dalam PAS yang kononnya hebat kenyataan mereka menyerang Anwar

Mengapa saya elak berbalah dengan Anwar?
Subky Latif,

Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Saya tidak mahu jadi macam setengah suku sakat saya – dari budak hingga ulama - mentakwil muslihat wujudnya PRK di Kajang itu. Mengapa ADUN-nya meletak jawatan dan gantinya pula Anwar? Lalu ada yang kata tidak akan beri kerjasama pada PRK itu dan macam-macam yang menyerabutkan otak termasuk menyindir politik tinggi Anwar.

Tiba-tiba Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub berkata, kita akan beri kerjasama sepenuhnya pada PRK itu dan mahu tengok kemenangan besarnya.

Apa jadi pada takwil tadi? Apa orang pandang pada politik yang tidak licin dan tidak diurus dengan baik itu? Tidakkah ia menyusahkan diri bagi menghadapi politik besar yang menjanjikan masa depan yang cerah itu?
Itulah saya dari dulu tidak mahu berbalah dengan Anwar. Sebab tidak mahu susah untuk bersama dalam politik besar yang dia pemain pentingnya.

Ketika saya memulakan politik yang aktif, saya dibayangkan kemungkinan Anwar akan menjadi pemimpin PAS bagi menggantikan Datuk Asri. Maka saya mengelak dari sebarang masalah dengannya, kerana payah nanti kalau benar dia jadi ketua parti saya. Tidak selesa berjuang jika berbalah dengan pemimpin sendiri.

Apabila dia jadi Umno, tidak ada apa-apa masalah saya untuk berbalah dengannya. Saya tidak teragak-agak untuk mentakwilnya.

Ayuhhh.. Jangan biarkan Datin Rosmah kita dihina oleh Yahoo..!

Yahoo Malaysia cari pasal dengan Datin Rosmah

TAK sangka ada juga laman web yang berani cari pasal dengan Datin Rosmah. Portal Yahoo Malaysia melaporkan di muka depannya berita dan video berkaitan tawaran untuk botakkan kepala Datin Rosmah.

Laman utama Yahoo Malaysia kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Bagaimana jika ada tawaran botakkan Rosmah?"


Ini satu penghinaan kepada pemimpin nombor satu negara merangkap Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.

Mohon skuad pertahankan maruah isteri PM bertindak segera menebus maruah pemimpin nombor satu negara!


"Jangan biarkan Datin Rosmah kita dihina! " ‎

Khalid Samad Kecewa Noh Omar Tidak Mampu Sekolahkan dia..!!

Oleh Khalid Samad

Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara.

 Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

Hudud: Jangan kritik hanya kerana isu teknikal

– Muhammad Nuruddin Bashah


Dalam perlaksanaan Kanun Jenayah Islam yang dikenali sebagai hudud dan qisas aspek teknikal pelaksanaan dan falsafah pelaksanaan adalah dua perkara yang wajar diberi perhatian serius. Malah dalam apa wacana sekalipun keseimbangan dua aspek ini amat perlu untuk memastikan wacana hudud tidak bersifat skeptikal, bias dan tidak adil.

Penulis merujuk laporan isi kandungan pembentangan kertas kerja "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia” oleh Tun Abdul Hamid Mohamad yang merupakan bekas hakim negara dalam seminar di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS).

Tindakan pengamal undang-undang sivil ini mengkritik hudud di peringkat antarabangsa melalui penelitian aspek taktikal dan teknikal semata-mata kelihatan merugikan ‘milage’ dakwah Islam. Malah kupasan beliau sebelum ini juga kelihatan ingin menampilkan kekurangan, kelemahan undang-undang Allah sendiri walaupun mungkin beliau mungkin sedar siapakah pencipta hukum hudud berkenaan. Antara aspek teknikal yang beliau utarakan adalah;

Selepas Sudan mengisytihar Hudud, peguam dan hakim terpaksa mencari bahan rujukan hudud kerana mereka sebenarnya tidak bersedia untuk melaksana hudud.

Keadilan tidak mampu diberi kerana masalah 4 saksi yang dituntut oleh penguatkuasa negara tertentu yang melaksana hudud.

Kecelaruan polis dan peguam jika hudud dilaksana di Malaysia.

Isu ini sebanarnya menampilkan ketidaksediaan untuk melaksana hudud. Misalnya apabila beliau merujuk Sudan dan Mali sebagai negara yang gagal dalam aspek mengawal jenayah malah berada di ranking bawah bagi penelitian aspek keamanan dalam negara berbanding negara bukan Islam yang jauh lebih maju dan aman.

Hudud hanya boleh dilaksana selepas aspek asas kemanusiaan ditangani oleh pemerintah. Tidak dapat dinafikan kegagalan hudud di Pakistan dan Sudan berpunca daripada ketidaksediaan pemerintah mencipta suasana, prasarana dan kemudahan yang sesuai untuk dilaksanakan.

OK lah tu bersidang sehari jee, Kedah dahulu bersidang tak sampai 2 jam...

Tak masuk akal bersidang sehari

SEREMBAN – Wakil rakyat pembangkang mendakwa Sidang Dun April ini tidak masuk akal kerana berlangsung hanya sehari.

Ketua pembangkang, Anthony Loke berkata, notis persidangan yang diterima wakil rakyat minggu lalu memaklumkan Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dun yang ke-13 akan berlangsung pada Jumaat, 11 April untuk istiadat perasmian, manakala 14 April pula untuk persidangan yang bermula jam 10 pagi.

“Pada 11 April itu, biasanya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir akan bertitah dan tiada sebarang agenda, perbahasan dan juga persidangan.

"Persidangan hanya akan dilakukan pada Isnin (14 April) dimana ada perbahasan titah ucapan diraja, sesi perbahasan soalan lisan dan bertulis serta sesi pergulungan oleh Menteri Besar," katanya.

Menurutnya, tempoh sehari yang diperuntukkan untuk persidangan kali ini nyata tidak cukup, malah tidak masuk akal.

“Sepanjang 10 tahun saya menjadi wakil rakyat di negeri ini, belum pernah Sidang Dun dilakukan sehari.

PRK Kajang: Lagi lambat umum calon, lagi rugi BN

OLEH: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Tarikh: February 11, 2014

Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM – Sebulan dari sekarang, penamaan calon bagi PRK Dun Kajang bakal berlangsung, namun sehingga kini BN masih belum mengumumkan siapa calonnya yang bakal bertanding melawan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tarikh PRK sudah pun diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Rabu lalu iaitu pada 23 Mac depan.

Menurut pemerhati politik, Dr Maszlee Malik kelewatan pengumuman itu memberi kemenangan moral buat PKR.

“Sedikit sebanyak ia memberi kemenangan moral kepad PKR yang nampaknya sudah bersiap sedia. Semakin lambat pengumuman calon BN, ia akan menimbulkan spekulasi. Ini tak bagus untuk PRK.

“Lebih-lebih lagi timbulnya...di pihak Umno nak hantar wakil, MCA nak hantar wakil, Senator Datuk S Nallakarupan pun nak bertanding. Di sini kita nampak ketidakseragaman,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Menurutnya, meskipun PR turut kelihatan tidak sefahaman sebelum ini, namun pakatan pembangkang itu sempat menyusun strategi kembali.

Beliau juga menyebut peluang BN untuk menang agak tipis oleh itu, BN perlu menempatkan calon yang sekurang-kurangnya mampu mengurangkan majoriti undi yang dimenangi PKR sebelum ini.

“Pemilihan calon itu agak kritikal. Presiden BN nak cari yang sesuai kerana yang nak dilawan adalah Ketua Pembangkang. Jadi, peluang untuk menang itu agak tipis bagi BN sebenarnya.

“Mereka perlu cari calon yang kuat. Yang kalau tak menang pun, sekurang-kurangnya yang dapat minimakan majoriti yang PR menang sebelum ini,” katanya.

Ketika ditanya siapa yang mungkin dipilih sebagai calon untuk bertanding di Dun Kajang, beliau akui masih belum nampak siapa yang paling sesuai.

“Setakat ini masih tak nampak lagi siapa bakal calonnya. Sebab kita pun tak tahu sama ada calon yang nak bertanding itu Umno ke MCA? Perkara itu pun tak putus lagi.

“Lagi satu, ia menunjukkan Umno Selangor ini kekurangan tokoh-tokoh dan nampak mereka tidak begitu kuat untuk menghadapi perkara seperti ini,” katanya.

Taib Mahmud letak jawatan Adun, apa cerita nie tidakah itu membazir wang rakyat..?

Amacam sekarang... Mana macai yang bising prk di Kajang mengatakan Anwar membazir wang rakyat.. Ok jika Anwar membazir bagaimanakah dengan Taib Mahmud ini... Tak membazirkah...

Kepada puak Pas yg dok bising kata membazir jugak tu jangan lupa sound sama Taib nie.. Ini pun membazir jugak....

Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak yang baru


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengumumkan bahawa penggantinya ialah Tan Sri Adenan Satem.

Taib mengumumkan demikian selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan bertarikh 28 Februari kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Amalan agama Islam di Malaysia sudah bertaraf dunia, Mat Said sama taraf Obama habaq hang..

Inilah dikatakan menafsir agama ikut kepala otak dan kepentingan diri sendiri dan untuk politikal millage parti yg di sokong..

Datang bab nama Allah bukan main berpencak dan bersilat hendak pertahankan tapi bila mai bab amalan dan suruhan yg Allah perintahkan semua buat diam dan tak ada ulasan

Isu BUGHAH pon tak dengar, derhaka pon tak dengar, sembelih ayam ambik darah pon tak dengar... Itu pun belum bab goyang punggong....

Mana hilang UMNO, PERKASA, JATI dan TOK MUFTI... Hangpa lena kaaa....

Kenapa mudah tergoda dengan cinta siber sampai rugi berjuta-juta

Mangsa jerat cinta siber rugi RM69.3 juta

Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta.

Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.

Sasaran mereka adalah wanita dalam lingkungan umur 28 hingga 35 tahun yang mencari teman lelaki, belum kahwin, menghadapi masalah rumah tangga, berjawatan tinggi sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan, selain yang mengabadikan diri kepada internet.

Pegawai Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Syafik Jinuin Abdullah, berkata ada juga yang menjadi mangsa kerana sikap tamak sendiri kerana mahu mencari keuntungan daripada kekasih siber baru mereka.

Katanya, sindiket menjerat kekasih mereka dengan memujuk rayu, menagih kasih, berjanji untuk kahwin, menghantar bungkusan kononnya hadiah mahal, selain berjanji membayar balik wang mereka.

Selain beroperasi dari luar negara, anggota sindiket itu juga disyaki sudah bertapak di sini, termasuk yang memasuki negara ini sebagai pelajar atau mendakwa bekerja dengan syarikat minyak.

Kelaku Kerajaan yang tidak berubah, laksana dahulu baru buat kajian.. sekarang PBS pula jadi mangsa..!


Kaji PBS secara menyeluruh


Muhyiddin beramah mesra dengan guru selepas mengadakan perjumpaan bagi membincangkan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di SMK Putrajaya Presint 8 (1) di Putrajaya, semalam.

Putrajaya: Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan pada 2012 berikutan pelbagai aduan daripada guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi membolehkan Kementerian Pendidikan mengenal pasti rumusan melaksanakan PBS secara lebih berkesan.

Sebelum ini guru mengadu mengenai kesukaran memasukkan maklumat ke dalam pangkalan data dan kita menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga 1 April, tetapi proses PBS diteruskan.

Kita akan teliti perkara ini dan adakan mesyuarat selepas ini. Kalau fikir perlu dan sesuai, kita tangguhkan seketika sehingga sistem ini dilihat kemas serta boleh beroperasi secara lancar, kita akan putuskan (kemudian).

Sejak memperkenalkan PBS, kita terima pelbagai pandangan daripada guru yang meminta kerajaan teliti semasak-masaknya kaedah terbabit, katanya pada sidang media semalam.

SAMM - Pelancaran Kempen Suara Rider



Kenyataan Media
11 Februari 2014

PELANCARAN KEMPEN SUARA RIDER

Penunggang-penunggang dan pencinta-pencinta motorsikal telah sekian lama menjadi mangsa penindasan dan diskriminasi oleh semua pihak terutama Pihak Penguatkuasa Undang-Undang. Seringkali sekatan-sekatan jalan raya yang mensasarkan penunggang motorsikal diadakan sedangkan pengguna jalanraya yang lain juga sering melakukan kesalahan undang-undang jalanraya.

Menyedari hakikat bahawa tidak semua penunggang motorsikal Negara ini terlibat dalam salahlaku dan gejala sosial namun, menjadi mangsa diatas label negatif yang diletakkan ke atas semua penunggang motorsikal, maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membantu anak-anak muda melancarkan kempen Bantah Diskriminasi Terhadap Penunggang Motorsikal atau dikenali dengan nama Suara Rider dengan hasrat untuk memastikan suara-suara penunggang motorsikal ini dapat didengari oleh kumpulan pembuat dasar, penguatkuasa-penguatkuasa dan masyarakat secara amnya.

Piala FA - JDT FC Vs KEDAH : Empat gol, tiga kad merah

Aksi pemain JDT, Safee Sali membuat libasan ke arah gawang Kedah ketika saingan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Larkin, malam tadi.

Johor Bahru: Tiga kad merah mewarnai aksi penuh dramatik pertembungan suku akhir pertama Piala FA yang menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Tanpa menyenaraikan Pablo Aimar dan Aidil Zafuan Abd Radzak yang masih cedera paha dan sekadar meletakkan Luciano Figueroa sebagai pemain simpanan, skuad Harimau Selatan mula mencemaskan pintu gol Kedah pada minit ke-10 namun Norshahrul Idlan Talaha gagal melakukan penyudah.

Lima minit selepas itu gol yang dicari JDT akhirnya menjelma menerusi gerakan set-piece Mahali Jasuli yang bijak melorongkan bola sepakan percuma kepada Mohd Amri Yahyah yang kemudian merembat kencang dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kanan pintu gol menewaskan, Mohd Muhaimim Mohd.

Tribute : Asah parang berkilat, namun Yazid tidak undur

Asah parang berkilat, namun Yazid tidak undur
(Tribute kepada Allahyarham Ustaz Yazid Ja'affar)

Oleh AZAMIN AMIN

http://3.bp.blogspot.com/-SaW0WtGyKTk/TpA3EDRE0AI/AAAAAAAAKIo/4YfATbnPIog/s320/pak%2Byazid.jpgSuaranya begitu lantang. Khalayak yang memenuhi Masjid Taiping itu mendengarnya begitu tekun. Tanpa kecuali di penjuru sudut seorang anak kecil berusia 10 tahun yang berada di sisi ayahnya.

Sambil memegang kejap paha ayahnya, si kecil itu ternganga melihatkan kepetahan kata-kata lelaki yang berada di anjung tengah, tempat imam bersolat. Sesekali lelaki itu, yang berjubah putih dan mengenakan selempang merah di kepala mengerling dan merenung tajam, membuatkan si kecil tergamam seketika.

Pada firasat si kecil, sudah pastilah lelaki itu cukup hebat dan perkasa lagaknya, sehingga begitu ramai orang dan pengikutnya pada hari itu melimpahi ruang solat. Sungguhpun tidak begitu faham dengan butir-butir yang disampaikan, si kecil dapat mengagak pasti menarik kisah yang dilontarkan memandangkan, sebahagian besar para jemaah yang ketawa, tersenyum dan sesekali serius mengikuti tiap kata yang dilafazkan.

"Namanya ustaz Yazid Ja'affar," kata si ayah menjawab bisikan anaknya di telinga. Terngiang-ngiang si kecil itu mendengar ustaz itu bercerita dan menitipkan nasihat tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya.

Kini, si kecil itu, sudah berada di halaman rumah tokoh dan penceramah yang cukup terkenal di pelusuk negara. Tidak disangka, dia akan menemubual Yazid setelah 24 tahun lalu, mendengar kuliahnya di kampung halaman. Tiba-tiba lamunan saya terhenti, tatkala sebuah kereta Pesona muncul di depan pintu pagar.

Agus - Tambah Baik yang asal daripada mengekalkan sistem PBS

Mohammad Agus Yusoff

Photo: Saya ZULHAZMI BIN SHARIFF Timbalan Pengarah Badan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda Pas Pusat dan juga bapa kpd anak2 saya yg masih belajar di sekolah rendah yang mengalami kesan langsung dgn Sistem Pengurusan pentaksiran Berasaskan Sekolah [SPPBS] dengan ini mengajak semua ibubapa ke Majlis Taklimat & Himpunan Guru-Guru Memohon Kerejaan Malaysia khasnya Kementerian Pendidikan Memansuhkan SPPBS. Taklimat & Himpunan akan diadakan di Masjid Bangi pada 22 Februari 2014 jam 9 pagi.

Tak reti2 lagi.... Jom.... kita pakat pi dengaq taklimat apa itu SPPBS drpd guru-guru.... bukan nak merusuh jatuhkan kerajaan.... ini untuk kepentingan masa depan anak2 kita...
iklan tak berbayar...

SISTEM PBS LAGI

Saya gembira dengan pengumuman TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangguhkan penggunaan sistem PBS sehingga April depan. 

Kata Tan Sri, kementerian akan membuat keputusan mengenai sistem pengkomputeran aplikasi PBS dan kaedah PBS, sama ada untuk meneruskannya atau tidak dalam masa yang terdekat.

Setelah menelitinya, saya fikir baiklah Kementerian menambahbaik sistem asal daripada mengekalkan sistem PBS yang Cikgu sendiri pun sukar melaksanakannya.

Ibu bapa juga resah dengan sistem ini kerana tidak tahu pencapaian anak masing-masing.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...