oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee
Kontra Artikel Mengikut sejarah, asal usul nama Kajang, bermula dengan kisah dua sahabat, orang asli dan Melayu yang tinggal di kawasan bernama Reko. Suatu hari, dua orang sahabat ini, menaiki sampan melalui Sungai Langat untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Lalu mereka pun berhenti berteduh. Sahabat Melayu mengajak rakannya untuk berkajang di situ. Pada orang Melayu, berkajang bermaksud berteduh. Tetapi pada fahaman orang asli, berkajang bermaksud bertikam. Akibat salah faham ini, orang asli telah menikam rakan Melayunya itu. Trajedi ini telah menyebabkan Kajang diberikan nama sedemikian rupa.
Benar atau tidak, kisah asal usul Kajang ini seolah-olah refleksi kepada PRK DUN Kajang telah ditetapkan pada 23 Mac 2014. Walaupun pertandingannya antara dua bangsa ultra kiasu yang berbeza, tetapi yang menjadi mangsa tikamannya adalah orang Melayu. Melayu juga yang rugi. Siapa yang untung? Fikirlah sendiri.
Musuh blog saya memberi komen betapa baiknya orang Cina ultra kiasu memberi laluan kepada Melayu untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang. Dia mahu menyangkal pendapat saya sebelum ini yang berbunyi, dahulu Cina mahukan ekonomi, kini mereka mahukan kedua-duanya iaitu ekonomi dan kuasa.