TERKINI :

Monday, February 10, 2014

#KAJANG : TV3 berkempen OK, mai calon nak berkempen macam-macam LAW hangpa gunanya...!!

Anwar: Kamu tak nampak TV kempen?
Calon pilihan raya kecil Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melayan “dakwaan tidak berasas” bahawa beliau melanggar undang-undang dengan memancing undi terlalu awal.

Bekas pemimpin PKR yang kini bergiat dalam PERKASA Ruslan Kasim sebelum ini antara yang mempertikaikan langkah Anwar yang mengadakan siri ceramah di Kajang minggu lalu.

Anwar pula berkata, BN sudah memulakan kempen menentangnya melalui media masa yang dikawal kerajaan.

“Minta dia tanya TV3. Adakah mereka tidak lancarkan kempen ganas... setiap hari, lebih banyak hero yang bercakap (tentang saya),” kata Anwar kepada pemberita di sebuah hotel di Damansara, Kuala Lumpur.

Jiwa ‘kehambaan’ Melayu menghalang pembaharuan

 – Dr Mohd Asri Zainul Abidin

February 10, 2014

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu sebab kitalah kaum asal di nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi Melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang Melayu.

Ada yang kata orang Melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang Melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

Hari ini budaya dan bahasa Melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan Melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam Melayu atau hanya untuk orang Melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.

Hanya di Malaysia, polis mengejar pelakon video, bukan samseng

KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
February 10, 2014

Ada masanya polis sungguh cekap, seperti hari ini apabila mereka memanggil pelakon wanita untuk memberi keterangan tentang peranannya dalam video kontroversi Tahun Baru Cina oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ada masanya pula polis seakan-akan meleret untuk menyiasat jenayah seperti majlis NGO yang menyembelih dua ayam dan menumpahkan darah serta menawarkan ganjaran RM1,200 kepada orang pertama yang dapat menampar Kok.

Bagaimana pula dengan tugas polis yang sebenar, seperti memastikan kawasan awam aman dan selamat daripada samseng.

Tidak, sebaliknya, polis ingin menyoal Lim Ching Miau, 32, di ibu pejabat polis esok kerana klip video 11-minit yang memaparkan Kok sebagai pengacara feng shui menemu ramah tiga orang panel, membuat jenaka berhubung beberapa isu, termasuk sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan pengganas di Sabah tahun lepas.

Bagaimana Jika Ada Pihak Tawarkan RM1200 Untuk Botakkan Rosmah Mansor?



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam keras kenyataan 'kurang masak' Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan.

Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?

Jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Rosmah Mansor? SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai.

Benarkah insurans kenderaan pula naik?

OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: February 10, 2014

SHAH ALAM - "Bagai jatuh ditimpa tangga", itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi rakyat Malaysia ketika ini.

Selepas pelbagai episod kenaikan harga barang dan perkhidmatan diumumkan sebelum ini, terbaharu difahamkan syarikat-syarikat insurans bakal menaikkan kadar premium insurans kenderaan bermula 15 Februari 2014.

Cukuplah, kerajaan seolah-olah 'buruk siku', mana tidaknya walaupun kerajaan mengumumkan kadar tol tidak dinaikkan tahun ini, namun berita mengenai kenaikan kadar insurans ini pastinya akan menyesakkan lagi nafas rakyat.

Menurut Laman web Myroadtax.com, syarikat dan ejen insurans memaklumkan mereka telah menerima surat rasmi daripada persatuan Malaysian Takaful Association (MTA) mengenai perkara itu.

Dalam surat 'New Motor Cover Framework - Gradual Premium Adjustment', Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelarasan tarif kepada ahli kumpulan insurans Takaful berkuatkuasa 15 Februari 2014.

"Kesan kenaikan harga ini adalah "domino effect" kenaikan harga minyak tol dan tariff elektrik. Berita terbaru adalah insurans kereta naik lagi," petik laporan di laman Myroadtax.com tersebut.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah merangka Rangka Kerja Baru Perlindungan Motor (Rangka Kerja) dalam menangani isu struktur dalam sektor insurans motor.

Rangka kerja ini dikatakan membuka jalan untuk penghapusan tarif premium insurans kenderaan pada 2016, di mana kadar premium akan disesuaikan mengikut profil risiko kenderaan.

Difahamkan, antara faktor kenaikan premium insurans kenderaan adalah tahap pemilikan kereta yang tinggi serta kadar kemalangan dan tuntutan di Malaysia yang meningkat dengan begitu ketara.

Di samping itu kenaikan kadar insuran ini juga disebabkan oleh kos rawatan di hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaiki kenderaan serta alat ganti yang telah meningkat.

Bolasepak Malaysia: Saya hilang selera

Feb 07, 2014
HAMBALI AKRAM

Keghairahan saya terhadap bola sepak Malaysia telah lama luntur. Sejak bermulanya liga semi-pro dan kemudiannya profesional sepenuh sehingga kini – tiada apa yang dapat menarik keghairahan seperti dulu.

Kelunturan bermula apabila kes rasuah yang melanda pemain bolasepak suatu masa dahulu sehinggalah kes antara pasukan T-Team dan JDT baru-baru membuatkan minat saya saya terhadap bolasepak tempatan terus dingin.

Tiada apa yang dapat dibanggakan untuk diceritakan kepada anak cucu – yang ada hanyalah memori indah ketika zaman Malaysia layak ke sukan olimpik dan kehebatan setanding Korea, Jepun, Iran, Arab Saudi pada peringkat Asia.

Kini, paling tinggi pun kita hanya juara peringkat Asia Tenggara dan bukan lagi pasukan yang digeruni pada peringkat Asia suatu masa dahulu. Korea dan Jepun terlalu jauh meninggalkan kita.

Anak muda kini pula lebih suka berbicara tentang Messi, Cristiano Ronaldo, Mesut Ozil dan bintang-bintang antarabangsa berbanding pemain bola sepak tempatan.

Bila lagi profesional nak urus bola sepak?

Muda Mohd. Noor

Ketika ini penggerak utama ialah kerabat diraja dan pemimpin politik.

PETALING JAYA: Ada dua kumpulan utama yang menggerakkan bola sepak negara, pertama kerabat diraja dan kedua pemimpin politik.

FAM diterajui oleh sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah, anaknya Tengku Abdullah adalah timbalan presiden FAM.

Manakala Tengku Mahkota Johor (TMJ) merupakan presiden persatuan bola sepak Johor.

Menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dan menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi presiden bola sepak untuk negeri-negeri tersebut.

Ahli parlimen BN Ketereh menjadi presiden Kelantan, exco kerajaan negeri Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengetuai bola sepak negeri.

Penglibatan mereka ada baik dan buruknya kepada bola sepak negara.

Andai wanita yang diugut tampar itu isteri Zahid

Feb 08, 2014
Ibnu Mohamad

Jawatan menteri dilantik khas oleh Perdana Menteri bagi memenuhi tuntutan pelaksanaan polisi-polisi negara.

Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat ditubuhkan di atas kesedaran harta, nyawa dan maruah rakyat akan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan.

Polis DiRaja Malaysia yang melaksanakan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang wajib memelihara perkara tersebut daripada dicabuli dan diperkotak-katikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Insiden yang memalukan rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu yang beragama Islam khususnya telah menjadikan otak menteri-menteri Malaysia boleh dikategorikan sebagai sampah yang tidak boleh dikitar semula.

Pesanan Untuk Penyokong Bolasepak - Jangan terlalu emosional dan menjadi kurang bijak..!!

Elak jadi penyokong kurang bijak
FAIRUS MOHD


PEKAN - Kegembiraan penyokong Pahang dalam meraikan kemenangan skuad Tok Gajah ke atas pasukan Harimau Selatan dengan jaringan 3-2 pada perlawanan Liga Super Jumaat lalu diakui tercalar ekoran kejadian yang berlaku.

Seorang pemerhati, Syed Muhamad Faiz Syed Azzemant, 27, berkata, kejadian tersebut sememangnya tidak dijangka kembali berulang malah amat dikesali ekoran masih ada segelintir penyokong yang tidak matang.

“Keadaan ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak terutamanya penyokong fanatik pasukan masing-masing malah ia jelas melambangkan nilai moral mereka.

“Jika dilihat secara teliti, pergaduhan atau kekasaran yang berlaku sebenarnya berpunca hanya daripada segelintir penyokong yang sengaja membuat provokasi sebelum keadaan menjadi semakin kritikal ekoran lebih ramai penyokong mempertahankan pihak masing-masing,” katanya.

Jangan ingat KEDAH tidak ada golongan "GELENDANGAN"..!!!

Ruang sempit jadi tempat tidur

Ruang sempit jadi tempat tidurRuang sempit jadi tempat tidur
Ruang sempit jadi tempat tidur
 
ALOR SETAR - Ketika kita asyik lena dibuai mimpi di kediaman masing-masing, sebenarnya masih ada gelandangan di sekitar bandar raya yang menjadikan ruang sempit sebagai tempat beradu mereka.

Beberapa kawasan seperti gazebo, kaki lima, kerusi panjang mahupun tempat menunggu menjadi alas mereka berteduh setiap hari, meskipun terpaksa berdepan cuaca tidak menentu dan kesejukan malam.

Difahamkan, kebanyakan gelandangan mula kelihatan pada waktu malam di kawasan tertentu seperti Pekan Cina, Shahab Perdana dan Pekan Rabu untuk merehatkan badan mereka.

Tinjauan di sebuah gazebo sekitar kawasan Hentian Bas Pekan Rabu, dekat sini, mendapati dua, tiga gelandangan tidur, manakala yang lain kelihatan sedang berhenti melepaskan penat mereka.

Page FB TG Nik Aziz nafi posting bab Tajaan Prog. Kedah Berselawat ditaja oleh syarikat judi

 

Taib Mahmud haramkan UMNO masuk Sarawak..!!

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak


Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi, dah habis modal dah kaa..???

SAMM Pulau Pinang Menyelar Tindakan Kurang Cerdik NGO Pro-umno Serang Rafizi

SAMM Pulau Pinang menyelar tindakkan kurang cerdik NGO (pro umno) membuat provokasi kekecohan dengan memaki hamun di Program Ceramah bersama YB Rafizi, YB Sim Tze Tzin YB Tkm1 Haji Rashid Hasnon dan Pemimpin Pakatan Rakyat Setempat di Bukit Gedung Pulau Pinang, malam semalam.

YB Rafizi telah didatangi oleh beberapa individu yang ingin menyampaikan memorandum notis kononnya terdapat perobohan rumah, dan Rafizi menerima memorandum tersebut dengan baik. Namun tidak dapat dikesan apakah angin yang tiba-tiba melanda jiwa penghantar memorandum ini apabila naik berang dengan YB Rafizi.

Mujurlah SAMM Pulang Pinang yang menjadi sebahagian penganjur bertindak pantas melerai dan menempatkan YB Rafizi ke tempat lebih selamat dan memberikan penjelasan lanjut di atas sifat budi bicaranya melayan setiap persoalan yang ditimbulkan.

Taib Lebih Kebal Dengan Kedudukan TYT Sarawak

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui sayapnya SAMM Sarawak telah melalui beberapa fasa memberi tekanan kepada regim Taib Mahmud supaya berundur dari 'tahta rajah putih Sarawak' selama lebih 30 tahun. Untuk tempoh tersebut, terbentuk kekayaan sebuah empayar berskala bilion dan persoalan dari mana datangnya kekayaan keluarga Taib tidak langsung disentuh.

Menyedari kekayaan negeri Sarawak yang dihakis tanpa kepedulian terhadap nasib rakyat dan infrastruktur asas yang masih jauh ketinggalan, maka SAMM Sarawak melancarkan kempen #NyahTaib dengan harapan negeri Sarawak ditadbir oleh pemimpin yang lebih bertanggungjawab.

Setelah puluhan aktivis tempatan dilatih, puluhan ribu bahan kempen berbentuk risalah dan dvd kesedaran diedar sehingga beberapa aktivis SAMM Sarawak diberkas dan dilokap sewaktu menjalankan kempen ini, malah ada suatu ketika puluhan NGO berkampung selama dua hari di depan istana Taib Mahmud kononnya SAMM anjur demonstrasi di kawasan tersebut, akhirnya usaha kecik SAMM menggembeling kempen #NyahTaib membuahkan hasil apabila Taib mengumumkan pengundurannya.

Meter Air pun kena rembat dah lanie, aduhai aman sungguh bumiku Malaysia

Tiga pencuri meter air dicekup

Tiga pencuri meter air dicekup  
Yusuf (dua, kanan) menunjukkan sebahagian meter air yang berjaya dirampas daripada suspek. - Foto Sinar Harian

TAIPING - Misteri kehilangan meter air yang sering berlaku di beberapa kawasan di daerah ini terjawab dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam dua tangkapan berasingan, 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam tangkapan pertama, pada kira-kira jam 2.30 petang, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Abang Kaderi Abang Wasli menyerbu sebuah rumah di Jalan Tengah, Kampung Benggali, di sini.

Menurutnya, hasil serbuan dibuat hasil risikan dan maklumat orang ramai itu, polis berjaya menahan dua lelaki dan menjumpai 40 unit meter air bernombor siri, 35 unit meter air tiada nombor siri, 19 unit kepala paip air tembaga dan lima gulung wayar tembaga.

YAN - Pukat rawa kembali diguna

Pukat rawa kembali diguna  
Lokasi yang didakwa menjadi laluan keluar masuk bot pukat rawa sorong.
 
YAN - Kehadiran bot pukat rawa sorong yang dipercayai menceroboh kawasan perairan Sungai Limau - Tanjong Dawai, dekat sini membimbangkan lebih 100 orang nelayan pantai.

Nelayan mendakwa kehadiran bot pukat rawa sorong itu menjejaskan mata pencarian mereka yang mengaut semua hasil laut tanpa mempedulikan kepentingan nelayan lain.

Penggunaan pukat rawa sorong itu adalah satu kesalahan menurut Akta Perikanan 1985.

Wakil nelayan dikenali Zaini, 61, berkata, kehadiran bot tersebut dikesan sejak dua tahun lalu dan menjadi semakin banyak sejak beberapa bulan lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...