TERKINI :

Sunday, February 9, 2014

Aduhai Mukhriz, bulan nie Berselawat bulan depan anjur Pesta Muzik pula..!!

Umno Kedah Akan Anjurkan Pesta Muzik Terbesar Di Utara Tanahair



KUALA LUMPUR: Pesta Muzik Planet Eupe yang bakal diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 1 Mac 2014 menjadi festival muzik terbesar di Utara Malaysia menggabungkan barisan artis tempatan dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Eupe Corporation Berhad, Datuk Beh Huck Lee berkata, pemilihan negeri itu sebagai tapak acara adalah sebagai salah satu usaha mengubah landskap budaya dan muzik di negara ini yang kebanyakannya tertumpu di Kuala Lumpur.

"Tujuan kami mengadakan konsert ini untuk membuka lembaran baharu negeri di utara sebagai salah satu tempat yang bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi juga mampu menarik pelancong luar dengan pelbagai aktiviti seperti konsert yang bakal diadakan.

FAM punya janji nie boleh percaya ka... tegas macamana tu wahai FAM..??

FAM ambil tindakan tegas pihak cetus kekecohan
9 Februari 2014

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak dan individu yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah FAM memandang serius perkara itu yang boleh merosakkan industri bola sepak negara dan mahu ia dihentikan segera demi kebaikan sukan berkenaan.

"Saya bimbang trend bergaduh ini boleh merugikan kita. Kita hendak fokus kepada sukan bola sepak dan tentukan kualiti serta mutu bola sepak dapat ditingkatkan selain kualiti pengadilan, begitu juga kualiti keselamatan dan kualiti stadium.

"Kalau hendak cari pasal memang senang, tetapi ia tidak akan menjadi gambaran positif. Saya berharap hentikanlah, kalau tidak, kita akan buat tindakan drastik," kata baginda semasa mengulas insiden kekecohan melibatkan penyokong Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas tamat perlawanan Liga Super di Kuantan pada Jumaat lepas.

Pengguna laman sosial "PENAMPAR" Zahid Hamidi..

Pengguna laman sosial juga tawar ganjaran buat Zahid

 

Berita Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.

Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.

Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.

'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.

Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik.

Tan Sri Khalid ulas Isu Anwar jadi MB & perbalahan dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali

Anwar sebagai MB Selangor masih dibincang
 
Abdul Khalid Ibrahim KLANG - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hari ini pihaknya masih dalam peringkat perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung status Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa bakal menggantikannya.

Abdul Khalid berkata perbincangan lanjut juga akan diteruskan bersama pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mencapai kesepakatan sebelum perkara tersebut diputuskan.

"(Perkara) itu tidak mengapa...kami masih membincangkan isu ini dan perkara ini juga memerlukan perbincangan (kepimpinan) Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina di Pasaraya Giant, Bukit Tinggi di sini.

Abdul Khalid diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu temu bual bersama 'Australia’s Newsline' baru-baru ini bahawa beliau sedang berunding untuk mengambil alih tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Pasti akan percuma jika Pas jadi kerajaan


Suhaizan Kaiat SHAH ALAM - Tindakan Pas mengenakan sedikit bayaran bagi membiayai operasi pendidikan prasekolah anjurannya iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) tidak wajar dipertikaikan.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun Pas memperjuangkan pendidikan percuma kepada rakyat, namun ia hanya dapat dilaksanakan jika parti menjadi kerajaan kelak.

"Tadika sedia ada mendapat bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan.

"Pas bukan kerajaan seperti BN, tidak adil jika menyalahkan Pas kerana kami tidak mampu menampung kos perbelanjaan sekolah walaupun di peringkat tadika," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut serangan sebuah akaun Facebook pro-BN semalam yang mempertikaikan tindakan Pas mengenakan caj yang tinggi bagi mendapatkan pendidikan awal agama di tadika kelolaannya.

Mengulas lanjut, Suhaizan menegaskan bayaran yang dikenakan Pasti pada masa ini pada kadar minimum dan menyanggah dakwaan mengatakan Pas mengenakan bayaran yang melampau.

PKR sudah dulu di Kajang

Feb 07, 2014
SUBKY LATIF

Cuti hujung minggu, dua malam saya tidur di Kajang. Di satu jalan yang saya lalui ada beberapa tiang mengibarkan bendera PKR. Ada bendera yang lusuh, ada yang baru. Yang lusuh itu mungkin yang lama tidak diturunkan. Yang baru itu tentulah yang baru dipasang.

Di tempat lain saya tidak tahu. Saya ke situ bukan hendak menengok hal-hal itu. Tetapi saya berada di kawasan panas politik dan cuaca – tiada redup dan hujan seminggu ini.

Saya ke situ lepas Jumaat. Dan Anwar Ibrahim sudah solat Jumaat di sebuah masjid di kawasan akan bertanding PRK nanti.

Berapa lama Anwar merancang untuk mengadakan PRK di Kajang tidak diketahui. Tetapi kurang dari 2 jam ADUNnya mengemukakan surat perletakan jawatan, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar adalah calon PKR di DUN Kajang.

Sebelum saya ke Kajang, Azmin Ali pun terus turun ke Kajang berjumpa dengan orang-orang yang nak dijumpainya, membuat penjelasan dan mengerahkan persiapan.

Sehari selepas saya balik dari Kajang turunlah Anwar, Azmin dan Khalid Ibrahim ke perkampungan Sekamat mengadakan kempen pertamanya. Diumumkan Menteri Besar sendiri menjadi pengarah PKR bagi pilihan raya itu. Kehadiran tidak dikira hingga jalan tidak dapat dilalui kenderaan.

Penyokong Gaduh antara JDT/Pahang : dua-dua pihak saling membuat provokasinya



Penyokong kedua-dua pasukan saling bertukar provokasi sebaik sahaja perlawanan Liga Super antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) berakhir di Stadium Darul Makmur Pahang menang 3-2.

Semuanya berpunca dari segelintir penyokong taksub dari kedua-dua pihak yang melemparkan kata-kata provokasi sambil membaling botol minuman.

Namun anggota polis pantas mengawal keadaan dengan mengepung kawasan tempat duduk penyokong JDT, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

Selain itu, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan mengiringi penyokong JDT keluar daripada stadium supaya tidak tercetus pergaduhan.

"Tol tidak naik" kata Muhyidin, tetapi rakyat bayar pampasan RM400 juta

oleh Aspan Alias

Pengumuman TS Muhyidin Yassin tiga hari lepas yang tol lebuhraya tidak akan dinaikkan tahun ini dan kerajaan telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pemegang konsessi lebuhraya di negara ini. Tol merupakan ‘proponent’ besar dalam perbelanjaan rakyat zaman sekarang ini, maka desakan rakyat untuk tidak menaikkan tol itu sudah dianggap satu tindakan besar kerajaan dalam menyelenggara masalah rakyat menghadapi kos kehidupan yang tinggi itu.
Jika tidak salah pembacaan saya pembayaran pampasan itu merupakan ‘legal obligation’ pihak kerajaan dalam perjanjian konsessi lebuhraya dengan kerajaan itu. Bagi saya ia tetap perbelanjaan rakyat. Dari rakyat secara individu membayar tambahan tol itu, harga tambahan tol itu dibayar oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat juga. Hasil tidak akan kemana. Tambahan yang sepatutnya dibayar oleh orang ramai itu sekarang dibayar dengan menggunakan wang rakyat.
Justeru itu ia bukanlah membebankan rakyat. Ia membebankan kerajaan yang dipunyai oleh rakyat. Pemegang konsessi Lebuhraya tetap tidak mengambil bahagian untuk meringankan beban rakyat. Kerajaan akan mengambil kembali jumlah pampasan itu dari percukaian baru daripada sumber yang lain jika perbendaharaan rakyat kekurangan simpanan nanti.
Dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi sekarang ini, pemegang konsessi lebuhraya sepatutnya bersama-sama memainkan peranan dan menyumbang untuk menghadapi zaman muram ekonomi sekarang ini. Pemegang konsessi telah membuat banyak kutipan dengan keuntungan yang besar.

Menteri KDN galakkan perlakuan samseng

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memecat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan berkata tawaran ganjaran wang kepada sesiapa yang menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bukan satu ancaman.

Jelas Mahfuz, Najib tidak boleh memandang mudah kenyataan dikeluarkan Menteri Dalam Negeri itu memandangkan ia boleh mencetuskan ketegangan umum dan menggalakkan perlakuan samseng di kalangan pelampau kaum.

"Saya minta Najib segera memecat Ahmad Zahid atas kenyataan beliau yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang menteri.

"Kenyataan beliau itu sebaliknya akan mencetus lebih banyak ketegangan serta ugutan dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab jika timbul tidak puas hati.

"Malah saya pasti, bila seorang menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian maka akan ada rakyat Malaysia yang akan bertindak dan kita tidak tahu apa akan berlaku dari tawaran tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Tampar Teresa: Pemuda MCA kecewa kenyataan Zahid

 
Biro Undang-undang Pemuda MCA meluahkan rasa kecewa berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung tawaran ganjaran menampar Ahli Parlimen Seputeh berhubung Video Tahun Baru Cina tidak menjamin siasatan dijalankan.

Dalam kenyataannya hari ini, Ketua Bironya Eric Choo berkata bukan kuasa Zahid atau polis memutuskan sama ada mereka yang menawarkan ganjaran itu telah melakukan satu kesalahan atau tidak.

Eric berkata menteri dalam negeri sepatutnya mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjawab polis hanya menyiasat dan kemudian keputusan serta tugas mendakwa terletak kepada peguam negara.

Sehubungan itu, dengan rasa rendah diri, Eric berharap Zahid tidak lagi membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi kes itu sebaliknya membiarkan undang-undang dan prosedur menentukannya.

Bolasepak Kita Semakin GANAS...!!!

Mohammad Agus Yusoff
NOTA HARI MINGGU: BOLASEPAK KITA PUN GANAS JUGA

Dahulu, mutu bolasepak negara kita tidaklah teruk. Pada tahun 1972, kita melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Munich setelah menewaskan negara-negara hebat Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Pemain-pemain kita ketika itu ialah seperti adik beradik Namat dan Shaharuddin Abdullah, Abdullah Nordin (ketua pasukan) Wong Fook Chuan, Zulkifli Norbit dan N. Thanabalan.

Pada tahun 1980, negara kita sekali lagi layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun memboikotnya kerana menentang tindakan Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. Antara pemain yang menjadi sanjungan peminat ketika itu ialah Mokhtar Dahari, V. Arumugam, Santok Singh, Serbegeh Singh dan Soh Chin Aun.

Namun, memasuki tahun 1990-an, mutu bola sepak kita merudum sekali. Faktornya banyak untuk dibincangkan bermula dari rasuah, perubahan format liga dan kepimpinan FAM. Akibatnya ranking Malaysia yang berada di tangga 75 pada Ogos 1993 (di atas Turki dan Afrika Selatan), kini berada di kedudukan 154 pada Januari 2014 mengikut senarai FIFA, hanya setanding dengan pasukan Bangladesh, Maldives dan Chad.

AWAS!!!! jangan dok percaya dengan staff IWK yang datang nak cek tandas anda..!!

Awas staf IWK menyamar

Abd Razak Elias 
 Abd Razak

SERDANG – Lengkap berpakaian uniform seperti pekerja Indah Water Konsortium (IWK), seorang lelaki licik menyamun mangsanya dengan mendakwa dia perlu membuat pemeriksaan tandas dari rumah ke rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, seorang wanita di Jalan PUJ5/5, Taman Puncak Jalil kerugian hampir RM2,000 apabila ‘pekerja IWK’ terbabit membawa lari dompet dan beberapa dokumen penting ketika berkunjung ke rumahnya.

Difahamkan, suspek yang menaiki motosikal jenis EX5 berwarna biru ke rumah mangsa dan memaklumkan berlaku masalah sistem kumbahan di kawasan perumahan terbabit.

Dia mendakwa perlu melakukan pemeriksaan tandas dalam rumah mangsa.

Percaya suspek pekerja IWK, mangsa membenarkannya masuk dan pemeriksaan dilakukan.

Suspek kemudian menyuruh mangsa membersihkan semua tandas yang ada dalam rumah dan tanpa mengesyaki sesuatu buruk, mangsa menuruti suruhan itu.

Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok‎, kata peguam

OLEH V ANBALAGAN‎, PENOLONG PENGARANG BERITA
February 09, 2014

Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.

Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.

Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.

"Polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.

Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.

"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.

Kenyataan Media TERAS - JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM

JANGAN ROSAKKAN IMEJ ISLAM
Cikgu Azmi Abdul Hamid
8 hb Februari 2014


TERAS Pengupayaan Melayu (Teras) mengingatkan organisasi yang mendakwa membela Islam dan Melayu agar tidak melakukan sesuatu yang menimbulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap Islam.

Malah menunjukkan tindakan melanggar adab Islam boleh mendatangkan fitnah kepada masyarkat Islam dan Islam itu sendiri.

Betapa marah sekalipun terhadap perlakuan pihak lain tidak boleh menjadi alasan untuk menunjukkan kelakuan melampau yang tidak diajar dalam Islam.

Sesungguhnya tingkahlaku orang lain tidak boleh menjadi pedoman kepada kita melakukan sesuatu yang sama atau melampau sebagai tindakbalas.

Kelakuan seperti yang ditunjukkan oleh bebrapa Ngo dan perkumpulan Melayu itu tidak boleh mendakwa mewakili Ngo Islam, jauh sekali mewakili bangsa Melayu mahupun Islam.

Apabila geng Lebai Putih PAS mula timbulkan persoalan bab TAHALLUF SIYASI?

TAHALLUF SIYASI GAGAL?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 

1) Kita sudah cuba berjuang bersendirian tetapi belum diberi kemenangan...

2) Kita sudah cuba berjuang dalam kerajaan melalui penyertaan dalam BN, juga belum diberi kemenangan...

3) Kita sudah cuba bergabung sesama parti Melayu dalam Angkatan Perpaduan Ummah, kita diberi sedikit kejayaan...

4) Kita cuba pula bergandingan dalam Barisan Alternatif, sesama parti yang berbeza ideologi, kemenangan kita bertambah.

5) Kita cuba lagi dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ketika ini Fiqh Tahalluf siyasi dikembangkan. Kita mengecapi sedikit lagi kejayaan dan ruang dakwah semakin terbuka luas.

6) lalu apakah kita mahu melupakan tahalluf siyasi kerana sedikit ujian berupa karenah komponen gabungan yang kita tautkan atas nama tahlluf siyasi itu?

Sekadar persoalan kepada 2,3 orang pimpinan PAS yang gila microphone & buat sidang media..???

Mengapa Pas tidak menjadi MB Selangor?

 Dr Mohammad Agus Yusoff
SEORANG rakan bertanya saya, dengan andaian DS Anwar Ibrahim kalah dalam PRK Kajang, masih perlukah Pas memberikan ruang kepada PKR untuk menjadi MB lagi?

Soalan ini timbul kerana dalam PRU-13 yang lalu, Pas merasakan partinya telah kuat di Selangor setelah memenangi 15 kerusi. Pas lupa bahawa DAP juga memenangi 15 kerusi. Parti lain yang memenangi kerusi ialah PKR 14 dan BN 12 kerusi. Dengan jumlah 56 kerusi Dun semuanya, Pas perlu memenangi minimum 29 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri secara sendirian.

Adakah Pas mempunyai kerusi sebanyak itu? Pas tidak mempunyai kerusi itu. Hatta jika Pas bergabung dengan BN (Umno) pun, Pas akan hanya mempunyai 27 kerusi dan masih belum boleh membentuk kerajaan.

Tapi Pas tidak berbaik dengan BN. Kawan Pas dalam PRU-13 ialah PKR dan DAP. Tetapi DAP tidak menyokong calon as untuk menjadi MB. DAP menyokong calon Melayu dari PKR, maka sebab itulah TS Khalid Ibrahim dari PKR yang menjadi MB.

Murtad berlaku kerana kelemahan agensi Islam, bukan dakwah Kristian, kata ustaz PAS

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH
February 09, 2014


Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Februari, 2014.
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin ketika temubual dengan The Malaysian Insider di restoran di Sungai Buloh, di luar Kuala Lumpur, 3 Februari, 2014.

Seorang bekas ahli majlis syura PAS yang semakin terkenal di kalangan golongan Melayu sederhana, menyalahkan jabatan agama negeri bagi kes murtad orang Melayu, dan bukannnya kegiatan dakwah orang Kristian.

Wan Ji Wan Husin yang merupakan seorang ustaz, berkata, adalah salah bagi badan agama untuk menyalahkan murtad kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian.

"Untuk berkata orang Kristian menggunakan perkataan itu untuk memurtadkan orang Muslim atau mengelirukan mereka adalah sangat salah dan tidak benar.

"Ini tidak pernah berlaku. Perkataan Allah sudahpun digunakan orang Kristian sebelum zaman Nabi Muhammad lagi, tetapi tidak pernah sekali pun Nabi Muhammad berkata ia digunakan untuk mengelirukan orang Islam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli PAS itu berkata, sebaliknya orang Islam sendiri yang membelakangkan agama kerana kelemahan jabatan atau agensi agama.

"Terdapat juga kelemahan zakat, yang sepatutnya menolong mereka yang memerlukan.

"Sudah banyak kes di mana orang Islam miskin tidak menerima bantuan yang mereka perlukan daripada masjid. Gerejalah yang membantu mereka dengan makanan dan tempat berlindung," katanya.

TMJ kutuk penyokong cetus kekecohan

TMJ kutuk penyokong cetus kekecohan  
Anggota polis menahan penyokong yang menimbulkan kekecohan selepas perlawanan malam, kelmarin.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengutuk keras, tindakan penyokongnya atau negeri-negeri lain yang membuat kekacauan dan bergaduh sesama sendiri.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor berkata, para penyokong yang terlibat dalam membuat kekacauan akan berdepan tindakan tegas.

Menurutnya, tindakan persengketaan dan provokasi sehingga menimbulkan kekecohan seperti itu bukan sahaja boleh memecah-belah bangsa Melayu, malah boleh dipandang rendah oleh bangsa lain.

“Segala persengketaan, provokasi dan hina-menghina ini tiada manfaatnya dan sekiranya diikutkan perasaan hasad dengki, tiada kesudahannya.

"Jangan terlalu mudah bangsa Melayu berpecah-belah, sehingga diperlekehkan oleh bangsa lain.

“Kepada para penyokong Johor dan negeri-negeri lain yang menjaga disiplin dan tingkah laku, syabas saya ucapkan kepada anda semua.

Balai polis tiada Borang Permit untuk himpunan aman..!!

Guru mohon permit himpunan aman, tiada borang

SGMM
SHAH ALAM – Usaha Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) dalam mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan aman di Putrajaya masih gagal apabila dimaklumkan borang permohonan tersebut tiada.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, Mohd Nor Izzat Mohd Johari, pihaknya merancang perhimpunan aman 22 Februari ini di Putrajaya.

"Kita telah ke Balai Polis Putrajaya di Persint 7 bagi memaklumkan untuk mengadakan piket atau perhimpunan aman.

"Tetapi anggota PDRM menjelaskan bahawa kami perlu mengisi borang. Apabila diminta borang berkenaan, kami diberitahu ianya tiada," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Alor Setar - Penduduk terkejut cermin 10 kereta pecah


Penduduk terkejut cermin 10 kereta pecah 
 Soon Sin melihat keadaan cermin kereta Proton Saga yang dipecahkan. - Foto Sinar Harian

ALOR SETAR - Penduduk Taman Setia Berjaya, Jalan Teluk Wanjah dekat sini, kerugian ribuan ringgit selepas cermin 10 kereta yang diparkir di luar pagar rumah dipecahkan oleh penjenayah.

Seorang mangsa, See Kah Peng, 56, menyedari kejadian itu selepas diberitahu seorang jiran mengenainya yang turut  menimpa beberapa penduduk lain semasa keluar bersenam.

Beliau terus pulang ke rumah kerana khuatir keadaan keretanya.

"Ketika keluar rumah untuk berjoging, saya tak perasan cermin kereta pecah. Selepas jiran bagitahu ada kes cermin kereta kena pecah terus saya balik tengok.

"Rupa-rupanya cermin tingkap kereta saya kena pecah. Malah kereta milik anak lelaki saya juga turut kena," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...