TERKINI :

Saturday, February 8, 2014

TOL : KERAJAAN kata tangguh tahun nie, RAKYAT kata tangguh selama-lamanya

Tol: Tangguh selama-lamanya lebih baik
OLEH: RAZIATUL HANUM A. RAJAK
Tarikh: February 8, 2014

SHAH ALAM – Rata-rata orang ramai yang ditemui Sinar Harian Online berpendapat pengumuman tiada kenaikan tol untuk tahun ini yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu lalu melegakan mereka terutama yang berpendapatan rendah.

Malah mereka berharap, kerajaan menangguhkan kenaikan tol tersebut buat tempoh panjang atau selama-lamanya.

Mohamad Buhori Fauzi, dari Shah Alam berkata, kenaikan tol akan memberi kesan kepada banyak perkara dalam kehidupan sehari-hari.

“Diakui penangguhan kenaikan tol yang diumumkan ada baiknya tapi sebaik-baiknya penangguhan itu selama-lamanya.

“Tiada kenaikan lebih baik kerana kenaikan ini boleh memberi kesan kepada banyak perkara. Setakat ini saya lega. Terima kasih buat masa sekarang. Tapi kalau lepas-lepas ini naik, tak tahu bagaimana,” katanya.

Julia Mustafa dari Perak pula berkata kenaikan tol tidak sepatutnya berlaku memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kenaikan kadar tol itu tak perlu berlaku kerana kadar sara hidup sekarang ini semakin meningkat. Lebih baik tak perlu dinaikkan tol tersebut,” katanya.

Sementara Rosman Atan dari Sentul pula menyarankan kerajaan mengkaji semula konsesi-konsesi tol yang menguruskan lebih raya di Malaysia ini.

“Mengenai penangguhan tol, kerajaan berkata ia dalam tempoh setahun. Bermakna 2015 nanti mungkin akan naik.

“Bagi saya, seelok-eloknya tol tidak dinaikkan. Perlu dikaji tentang pemegang konsesi tol supaya tidak berlaku kenaikan,” katanya.

Zabidi Samsuddin dari Kuantan berpendapat kenaikan tol bakal menghimpit lagi kehidupan rakyat selepas berlakunya kenaikan harga barang baru-baru ini.

“Sebenarnya memang bagus buat masa ini penangguhan itu tapi kalau ditangguhkan terus lebih baik

Aduhai siapalah yang dok cuba halang Nallakarupan dari bertanding..!

Nalla lapor polis, dakwa dihalang bertanding
8 Februari 2014

KUALA LUMPUR - Senator Datuk S. Nallakarupan membuat laporan polis mendakwa ada pihak cuba mengganggu dan menghalang beliau daripada bertanding pada PRK Dun Kajang.
    
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang.    

Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas.
    
PRK itu diadakan setelah Adun Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lepas.
    
Selain Nallakarupan, yang juga Ahli Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi Dun Kajang pada 23 Mac ini.
    
Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. - Bernama

Samun: Penyelia maut ditikam



VIDEO HIASAN - NAMUN INILAH KENYATAAN DI NEGARA KITA

KUANTAN - Seorang penyelia sebuah syarikat pengangkutanmaut ditikam dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng awal hari ini.

Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan kilang itu pada kira-kira 2.20 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Superintenden Mohd Haris Daud berkata sebelum itu, pengawal keselamatan berkenaan terlihat mangsa berlari dari arah kawasan parkir lori sebelum rebah berhampiran pos pengawal.

"Mangsa ketika itu masih dalam keadaan sedarkan diri dan dibawa ke klinik kilang untuk rawatan awal.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 7 pagi tadi semasa dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya kepada pemberita.

Waytha akan letak jawatan timbalan menteri, senator


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan daripada semua jawatan dalam kerajaan dan Dewan Negara Isnin depan.

Penasihat Persatuan Hindraf Malaysia (PHM),  N Ganesan berkata ia ekoran keputusan sebulat suara jawatankuasa pusat hari ini.

"Ya, benar, (Waythamoorthy akan berhenti)," katanya dalam satu mesej teks.

Menurut Hindraf Pulau Pinangf, Waythamoorthy dijangka meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dan senator pada hari Isnin.

"Ia ekoran BN telah gagal memenuhi janji-janji dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara BN dan Hindraf."

PHM telah menandatangani MOU dengan BN sebelum pilihan raya umum 5 Mei 2013.

Lepas Jadi KETUA MENTERI bagi jadi TYT pulak...kira 2x5 ja lah kuasa TAIB tuu..!!

PBB sahkan Taib dicadangkan jadi TYT S'wak

Mesyuarat majlis tertinggi PBB yang ditungu-tunggu hari ini mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dicadangkan menjadi yang dipertua negeri.

Pengerusi tetapi PBB, Mohamad Asfia Awang Nassar (kanan) mengumumkan bahawa majlis tertinggi  bersetuju untuk mencadangkan Taib mengisi jawatan tersebut.

Katanya, ia sebagai menghargai sumbangan besar oleh Taib sebagai ketua menteri, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada negara.

Bagaimanapun, Mohamad Asfia enggan menyatakan tempoh masa bila Taib akan melepaskan jawatan ketua menteri, dan hanya menyatakan "dalam tempoh masa yang munasabah".

Namun begitu, Mohamad Asfia berkata ketua menteri baru akan mengetuai BN dalam pilihan raya Sarawak yang akan datang - yang membawa maksud Taib akan berundur sebelum pilihan raya negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2016.

YTM Tunku mempunyai 'sense of humour' yang tinggi

Di antara foto saya dengan Tunku yang dirakam pada tahun 1988.
Jika YTM Tunku Abdul Rahman Putra masih hidup, usia beliau genap111 tahun hari ini. Saya tidak pernah lupa 8hb Februari setiap tahun kerana itu adalah hari jadi beliau. Beliau lahir pada tanggal 8hb Februari 1903 dan mangkat pada 6hb Disember 1990 ketika berusia 87 tahun. Beliau meninggalkan untuk rakyat Malaysia sebuah negara yang merdeka dan beliau adalah penyambung dan penyempurnaan kepada gerakan kemerdekaan negara pada 1957 dahulu setelah melalui liku-liku politik dengan segala masam dan manis perjuangan beliau.
TUNKU telah berjaya membina sebuah negara merdeka setelah berjuang bersama rakan-rakan seangkatan beliau dengan menjawat jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri jugalah Persekutuan Malaysia terbentuk setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu pada 16 Setember 1963 dahulu.
Beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970 setelah beliau merekodkan kecemerlangan sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia Merdeka. Dalam masa yang sama beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang mashyur terutamanya dikalangan negara-negara Komanwel dan merupakan seorang Perdana Menteri yang dihormati masyarakat antarabangsa. Diantara sumbangan beliau ialah penyingkiran Afrika Selatan dari Komanwel dengan cadangan dan desakan Tunku Abdul Rahman. Tunku merupakan seorang penyumbang besar kepada tamatnya kerajaan apartheid Afrika Selatan itu.

Survey Seks pada pelajar: Rasional atau tidak?


iR KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

Pemuda PAS Malaysia (PPM) kesal dengan kajian tinjauan awam (survey) mengenai kecenderungan dan aktiviti seksual yang dijalankan terhadap para pelajar sekolah 10 tahun di sebuah sekolah rendah di Nilai minggu lalu.

Daripada pendedahan kes yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB J Arulkumar, kajian tersebut tidak diselia secara rasmi oleh pihak jabatan pendidikan termasuk pakar. Perkara ini dibimbangi boleh mengelirukan responden dalam kalangan para pelajar sekolah rendah termasuk ibu bapa mereka.

Meskipun mungkin objektif kajian itu adalah baik, namun tindakan tersebut kurang sesuai dan boleh memberikan implikasi negatif. Seharusnya, mereka diberikan pendedahan kepada asas-asas pembinaan kualiti insan bukan membuka persoalan-persoalan yang kurang sesuai dengan umur mereka.

Kajian seumpama ini dijangka berkaitan dengan cadangan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 untuk menggubal kurikulum modul pendidikan seks ekoran peningkatan kes buang bayi dikalangan remaja. Namun, modul tersebut masih dalam pendebatan.

Jom Siapa berani ayuh Kita Pakat TAMPAR pimpinan politik di negara kita..!!

NAK BUKAN ANCAMAN RUPA-RUPANYA...
MAKA MULAI HARI INI JOM KITA PAKAT PIE TAMPAR
  • NAJIB
  • ROSMAH
  • ZAHID
  • HISHAMMUDIN
  • MUHYIDDIN
  • NAN YAAKOB
  • TAIB MAHMUD

Aduhai.. kot area Pendang pun dah ada jiran curi jiran..!!!

Buat baik ada makna

Buat baik ada makna  
Salinan laporan polis berhubung kejadian.

PENDANG - Seorang remaja perempuan menggunakan helah mencuri rantai tangan milik budak berusia tiga tahun dengan kerap berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak itu.

Ibu mangsa, Cik Siti Abdullah, 38, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin sewaktu anak sulungnya, Alifah Ilyana bermain di halaman rumah di Kampung Kilang Kecil, di sini.

Menurutnya, pada masa kejadian, suspek yang juga kenalan keluarga datang ke rumah mereka dua hari berturut-turut untuk bermain bersama anaknya.

Dia berkata, sehari sebelum kejadian, remaja itu meminta kebenaran untuk membawa Alifah ke kedai, namun tidak dibenarkan dengan alasan anaknya tidak biasa menaiki motosikal.

“Kami sekeluarga baru pulang ke kampung kerana saya masih dalam pantang anak kedua. Sebelum ini kami tinggal di Sungai Petani,” katanya.

ALOR SETAR - Tak tahan tengok 'drama' memadu kasih di Taman Jubli

Tak tahan tengok 'drama' memadu kasih  
Tempat berteduh di Taman Rimba yang menjadi sasaran pasangan kekasih melakukan perkara sumbang.

ALOR SETAR - Tak tahu malu! Bermula dengan aksi ringan-ringan sehinggalah babak panas, beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.

Begitulah aksi yang dapat dilihat di Taman Jubli Perak yang juga dikenali sebagai Taman Rimba, dekat sini.

Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.

“Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.

KENA ADA ORANG DOK PIE BUAT SERBUAN MACAM NIE KOT..!!!

Balai Polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan

BUKIT MERTAJAM: Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di sini rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.
  
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
  
"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.
  
"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.
    

Rencana Kajang : Nampaknya TEMERLOH & PASIR MAS kena belajar buat kenyataan seperti ini..!!

Mengapa saya menyokong 'Rencana Kajang'

Feb 08, 2014
DR DZULKEFLY AHMAD

1.“Rencana Kajang” adalah sangat rumit untuk diringkaskan namun saya akan cuba membuat penerangan dan kalau baik menjadi pencerahan dan kalau tidak menambah keharuan. (Baca penulisan saya tentang pohonan maaf tidak menulis secara lebih lengkap).

2.Saya sedar dengan pelbagai risiko dikecam, paling tidaknya sebagai ‘apologist’ PKR. Demi misi perjuangan yang disepakati - ‘Menegakkan Kebenaran dan Keadilan serta Meruntuhkan Kebatilan serta Kemungkaran,’ saya teruskan.

3.Berbeza dengan naratif terperinci yang lebih detail yang belum boleh saya terbitkan atas sebab telah saya terangkan dalam penulisan sebelum ini, ringkasan ini hanya mampu menggariskan beberapa nokhtah penting.

4.“Rencana Kajang” (RK) adalah cetusan pemikiran sekumpulan ‘think-tankers’ bagi mendepani cabaran situasi yang kian menekan Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Walau saya tidak sebahagian dari team itu dan rasa ‘terkilan’ tidak dilibatkan bersama ‘mencetuskannya’, saya cuba secara objektif menilainya kini.

5.Ada yang cuba menyifatkan dan membandingkannya dengan ‘precedent’ politik terdahulu seumpama dalam kes perletakkan jawatan seorang Menteri Umno-BN (Ahli Parlimen) untuk bertanding kerusi DUN bagi laluan untuk diangkat menjadi MB.

BN & PR sama-sama mengaku sihat..!!

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2013/12/162.jpgRakyat semakin hilang kepercayaan terhadap sistem pentadbiran yang ada hari ini. Bukan saja di negara ini, bahkan hilang kepercayaan ini sudah lebih awal berlaku di negara-negara Islam di asia barat.

Lihat saja Mesir. Hingga kini rakyat negara itu semakin hilang arah dan berpecah. Tiada satu parti pun yang benar-benar mendapat sokongan majoriti rakyat. Masing-masing menunjuk kekuatan masing-masing. Hakikatnya tiada diantara pihak yang bertelagah itu yang benar-benar mendapat sokongan majoriti.

Di sini boleh dinilai bahawa bukanlah sistem atau institusi pentadbiran itu yang menjadi masalah tetapi pihak yang mendukung sistem itu sebenarnya yang bermasalah kerana gagal memimpin dan mentadbir secara yang boleh menimbulkan keyakinan majoriti rakyat.

Trend inilah yang sebenarnya sedang menular di pemikiran rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik yang ada hari ini hanyalah pemain yang berada di dalam sistem pilihan rakyat yang ada. Oleh kerana mereka, parti dan sistem pemerintahan demokrasi yang ada ini saja pilihan yang ada, maka mereka dan parti yang diwakili mereka sajalah yang terpaksa dipilih oleh rakyat untuk diberi mandat mentadbir negara ini.

Keadaan ini akan berlangsung dengan baik dan berkesan jika pemain dan pemimpin yang memimpin parti ini mampu mentadbir dan memimpin negara seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Jika rakyat tidak berpuas hati dengan Parti yang mereka pilih, maka mereka boleh menukar dan memilih pula parti lain yang difikir dan diyakini mampu memimpin negara dan rakyat. Sistem ini masih berkesan di Amerika Syarikat, UK dan di negara-negara yang dikatakan matang amalan demokrasinya.

Pegawai TUDM didakwa di Mahkamah Tentera berhubung isu dakwat kekal PRU-13

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tentera hari ini terhadap empat pertuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera berhubung isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Mejar Zaidi Ahmad, 45, dari Pangkalan Udara Butterworth, turut mengaku tidak bersalah atas tiga lagi pertuduhan iaitu menyiarkan maklumat rasmi kepada media dan menghantar dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.

Dia membuat pengakuan itu di depan enam anggota panel diketuai Yang Dipertua Kolonel Saadon Hasnan.

Anggota panel lain ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S.Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas pada 1 Mei 2013.

Di sebalik provokasi kaum musuh politik, PAS turun padang jelas isu sebenar

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
February 08, 2014

Pada ketika kumpulan ekstremis Melayu cuba membangkitkan ketegangan kaum, parti Islam PAS turun ke padang, mengingatkan rakyat Malaysia agar memberi tumpuan kepada isu sebenar yang menghambat kehidupan mereka, seperti gaji rendah dan kenaikan kos kehidupan.

Parti itu melancarkan kempen bergelar 'Turun', bertujuan untuk menghimpunkan rakyat seluruh negara bagi memberikan tekanan kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN) agar bertanggungjawab atas kenaikan kos kehidupan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengatakan kempen 'Turun' akan menyaksikan jelajah dan perhimpunan di seluruh negara, sehinggalah perhimpunan besar-besaran 1 Mei yang melibatkan parti Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.

Kempen nasional itu merupakan salah satu daripada usaha PAS menyedarkan rakyat agar memberikan tumpuan kepada kesan polisi ekonomi Putrajaya melalui penyelasaran ‎subsidi.

Guru Agama kampung yang belum dapat cek pej. Zakat sila hubungi depa segera..

Nasib 4,371 guru agama terus diberi perhatian
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 7, 2014

ALOR SETAR - Nasib guru agama umum dan kampung terus mendapat perhatian Jabatan Zakat Negeri Kedah (JKNK) apabila pengagihan bantuan 2014 mula diberikan secara berperingkat di bawah Skim Fisabilillah, semalam.

Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata, cek bantuan bernilai RM400 setiap seorang diberikan kepada seramai 4,371 guru agama umum dan kampung dari 11 daerah berkaitan.

“Jumlah keseluruhan diberikan untuk guru bertauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri mahupun mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 murid, serta tidak kurang 12 kali mengajar setempat setahun ini mencecah hampir RM2.9 juta.

“Daerah Kota Setar mencatatkan penerimaan bantuan tertinggi, yakni sebanyak 712 guru bersamaan RM467,600. Diikuti, Kuala Muda sebanyak 605 orang dengan jumlah keseluruhannya bernilai RM 365,600,” katanya.

Katanya, bantuan tahunan terbabit diberikan kepada guru agama saban tahun tidak hanya demi memartabatkan mereka, sebaliknya juga untuk meringankan bebanan dipikul selama ini.

“Nilai bantuan hampir RM2.9 juta pada guru agama ini, merupakan sebahagian jumlah kutipan zakat sebanyak RM121 juta pada tahun 2013. Jadi, kami yakin dapat mengagihkan kutipan tersebut buat golongan asnaf memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga yakin bilangan pembayar zakat akan meningkat berikutan kesedaran masyarakat, sekali gus dapat mengurangkan kadar kemiskinan tegar dalam negeri ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan Guru Agama Umum dan Kampung diminta menghubungi talian JZNK (04-733 1740) dari jam 8 pagi hingga 5 petang mahupun terus menghubungi bahagian korporat, Ahmad Hambali Mohd Puat (013-656 2617).

Nelayan pasang tukun tiruan elak ikan pupus


ALOR SETAR - Rasa kesedaran dan sayang terhadap kelangsungan ekosistem laut, Komuniti Nelayan Kuala Kangkong, Simpang Empat, dekat sini, mengambil inisiatif meletakkan tuas diperbuat daripada buluh dalam laut sebagai tukun tiruan dalam usaha menggalakkan pembiakan pelbagai spesies ikan di kawasan terbabit.

Tuas atau unjang buluh itu akan diletakkan kira-kira lima batu nautika dari kawasan pesisir pantai Kuala Kangkong sejak 2000 lagi bagi memastikan habitat laut terus membiak dan mendatangkan hasil yang banyak kepada nelayan pantai.

Setiausahanya, Rusni Razak berkata, tuas terbabit akan diganti setiap enam bulan sekali dengan kos dianggarkan kira-kira RM3,000 bagi menggantikan tuas yang rosak akibat dipukul ombak atau reput.

“Kita hanya mampu bina tuas buluh sahaja dan ia akan diikat dengan pemberat diperbuat daripada simen sebelum menjatuhkannya dalam laut.

“Tuas ini kita letakkan di kawasan tempat tinggal lebih 100 spesies ikan seperti kembung, tenggiri dan bawal bagi memastikan ikan membiak dengan banyak,” katanya ketika ditemui di Jeti Kuala Kangkong di sini, semalam.

Antara Contoh Pemikiran Sempit Macai ' UMNO '


Bina jalan, sekolah dan lain-lain adalah tanggungjawab mana-mana parti yg membentuk kerajaan. Duit dtg dari cukai dll., sumber dari rakyat bukan parti yg memerintah.Jika Pakatan jadi kerajaan, sekolah, jalan, jambatan tetap terus dibina dan rakyat di bawah Pakatan akan lebih terjamin sb tak ada lagi rasuah.

Tanggapan seperti UMNO buat jalan, UMNO buat sekolah sama sekali tidak bersesuaian dengan pemahaman politik sekarang. UMNO hanyalah sebuah parti politik manakala KERAJAAN adalah sebuah organisasi yg lain yg dimana rakyat telah memberi mandat kepada parti yg mendapat tampuk pemerintahan melalui sistem demokrasi. 

Sekiranya pihak pembangkang menang sekalipun dalam pilihanraya maka kerajaan tetap sama malah bendera kita pun tetap sama oleh itu pada zaman sekarang ini setiap projek dari kerajaan mestilah memaparkan di bawah KEMENTERIAN yg terlibat atau projek kerajaan persekutuan..
 
TANGGUNGJAWAB kepada rakyat seperti pembinaan sekolah, jalan raya, dan lain2.Jadi disini setiap individu perlu ada satu konsep pemahaman mengenai KERAJAAN kerana ia bukan parti politik cuma mewakili parti politik untuk tampuk pemerintahan ~ Sumber




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...