TERKINI :

Friday, February 7, 2014

Di Sebalik Provokasi Perkauman, Bala Besar Sedang Menunggu Najib

oleh Shahbudin Husin, 

Tindakan sebuah NGO yang menamakan dirinya Majlis Jamaah NGO Islam Malaysia mengadakan demonstrasi membantah penerbitan video yang dibuat oleh pemimpin DAP, Teresa Kok yang dianggap menghina orang Melayu dan pemimpin tertentu, sambil menyembelih ayam dan melumurkan darahnya pada gambar beberapa pemimpin pembangkang, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.

Ia tidak lain merupakan provokasi perkauman dan menggalakkan pertumpahan darah. Walaupun kita tidak bersetuju dengan tindakan Teresa Kok menerbitkan klip video yang dianggap menghina dan keterlaluan itu, tetapi cara bantahan dengan menyembelih ayam dan melumurkan darahnya sebagai simbolik mengajak pertumpahan darah, adalah juga perbuatan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Begitu juga dengan tindakan NGO yang sama menawarkan upah sehingga RM1200 kepada sesiapa yang dapat menampar muka Teresa Kok, ia bukanlah cara yang sewajarnya melawan musuh politik. Tindakan ini mengundang bahaya yang lebih besar kepada keamanan, keharmonian dan kedamaian antara kaum di negara ini.

Persoalannya, apakah dengan hanya berdemonstrasi seramai 50 dan membuat provokasi melampau yang seolah-olah mengajak pergaduhan, ia suatu bukti gah menandakan orang Melayu sudah cukup gagah untuk bergaduh dan bertumpah darah?

Apa beza tak naik kadar tol?


Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan membayar pampasan RM400 juta kepada syarikat konsesi di sebalik keputusan tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini sedangkan ia masih membazirkan wang pembayar cukai rakyat di negara ini.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, langkah itu tidak wajar sedangkan pegangan saham terbesar dalam konsesi itu merupakan kerajaan sendiri sekali gus kerajaan mempunyai lebihan RM400 juta duit rakyat untuk diboroskan lagi.

"Rakyat juga yang membayar kepada syarikat konsesi, cuma wang itu keluar sama ada dari poket sendiri untuk kadar tol yang lebih tinggi atau melalui kerajaan yang mendapat hak menjaga duit rakyat melalui kemenangan PRU.

"Jika RM400 juta dibayar terus dari poket rakyat sendiri, kerajaan mempunyai lebihan RM400 juta duit rakyat untuk digunakan (atau dibazirkan, renunglah sendiri)," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Awas geng MAHATHIR dengan jarumnya, Kedah dah kena dah dahulu jangan Kelantan pula selepas ini...


Sudah lama tak menulis, namun bila terlihat MB KELANTAN & DAIM nie ingin juga menyampaikan sedikit pesanan...

Pesanan ini sekadar peringatan... arwah ust azizan dulu juga ada hubungan akrab dengan geng TUN M seperti DAIM nie... Jadi beringatlah jangan dok jadi adik beradik macam zaman pemerintahan di Kedah dahulu....

Dengan UMNO nie nak berkawan tak kesah berkawanlah tapi jangan di ambik pandangan dan pendapat mereka... rujuklah dengan pimpinan kita yang lain... mereka pun ada pandangan yang terbaik boleh kita ikutnya...

Jadi berhati-hatilah.... biarlah KEDAH yang dulu jadi sejarah dan jangan pisang berbuah 2, 3 kali.... 


Kesan kenaikan harga barang


Karnival Karangkraf 
  AMIRAH MD ARSHAD

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara bertali arus bukan sahaja membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana di bandar bahkan dibimbangi akan melonjakkan lagi jenayah dalam masyarakat.

Kenaikan harga barang yang dilihat tiada kesudahan mengakibatkan masyarakat umpama hilang arah kerana terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan boleh mengundang kegiatan jenayah termasuk ragut, keruntuhan rumah tangga dan masalah sosial.

Kerajaan perlu memikirkan mekanisme terbaik bagi mencari jalan penyelesaian akibat kenaikan kos sara hidup agar kesannya tidak merugikan masyarakat dan negara kelak.

Apabila MB KELANTAN bertemu DAIM ZAINUDDIN..!!

Pertemuan Ahmad Yaakub dengan taukeh garam

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Semalam bekas taukeh garam kemudian menjadi ahli kolongmerat Melayu terhebat satu masa dahulu, Daim Zainuddin telah mengunjungi Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub. Kunjungan itu mungkin menggembirakan kerajaan Kelantan dan merasa bertuah bila seorang seperti Daim yang pernah menjadi Bendahari Umno dan Menteri Kewangan sedia menjejakkan kaki ke Kota Darulnaim pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.
Orang miskin tunduk kepada orang kaya bertubuh kecil.
Mungkin bagi budak-budak yang hanya membaca sejarah kehebatan Daim dalam bidang korporat terkejut dan 'terkanyak' dengan keedatangan Daim itu. Bagi mereka kedatangan orang seperti Daim merupakan Santa Claus yang akan membawa coklat nisan kepada kerajaan negeri yang kian terhimpit dan terkampit dengan masalah kewangan.

Selalunya begitulah persepsi orang miskin terhadap orang kaya. Usahkan dapat bersalam dapat tengok kereta yang dinaikinya pun sudah merasa hebat. Wouuuu...Yang tololnya akan membuka hidung untuk menghidu apakah asal kereta dinaiki orang kaya baunya sama dengan asap kereta orang sesak.

Sedikit sebanyak juga kedatangan Daim itu boleh akan dirasakan seperti kedatangan Pengerusi Bank Dunia bagi Najib Razak. Sudah pasti bila orang kaya datang menziarahi orang 'sesak' maka akan adalah dibawa buah tangan atau ole-ole.

Makanya gambar pertemuan Ahmad Yaakub dengan Daim dan mereka sedang bersalaman perlu diperluaskan kerana dengan cara itu ia boleh menaikkan darjat Ahmad Yaakub sebagai MB. Elok juga kalau dibangunkan sebuah papan iklan besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu gambar Ahmad - Daim sedang bersalaman.

Ini baru cakap berlapik oleh Ketua Pemuda PAS sambil bubuh paku buah keras kepada Anwar..!!

Jawatan MB patut diputus Majlis Tertinggi PR

Suhaizan Kaiat 
  Suhaizan Kaiat

KUALA LUMPUR - Perkara mengenai menteri besar Selangor patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat, sebelum sesiapa mahu membayangkan dirinya menteri besar, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang 23 Mac depan, dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.

(Malah) Tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada, kata Suhaizan.

"Cuba bayangkan ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dan tiba-tiba ada pihak mengaku akan menjadi menteri besar Selangor (menggantikan Abdul Khalid).

Anwar: Biar BN nak main isu apa, kita jangan


Anwar Ibrahim  

SHAH ALAM - Walaupun bukan orang baru dalam arena politik, nampaknya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memandang mudah penyertaannya dalam PRK Dun Kajang, 23 Mac depan.

Meski bersyukur punya sokongan ramai, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, beliau perlu turun ke bawah bertemu masyarakat Kajang kerana kali ini beliau turun ke sana sebagai 'calon'.

"Ada macam Penanti dahulu, BN taja calon bebas, ada pernah berlaku dia tak letak calon.

"Sebab sekarang ini, dia nak jimat belanja dan masa yang nak tumpukan kerja untuk membangunkan negara, okaylah.

"Tapi saya tak pandang mudah dalam pilihan raya. Pengalaman saya dalam politik, saya bersyukur ada sokongan tapi saya tak pernah ambil ini sebagai kesempatan," katanya dalam  wawancara ekslusif bersama Sinar Harian, semalam.

Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh perlu belajar dengan Mahfuz Omar atau Salahudin Ayub



YB Ustaz Nasruddin Hassan ,Ahli Parlimen Temerloh sedang berbahas di Parlimen Malaysia. 
YB Ustaz Nik Abduh Nik Aziz,Ahli Parlimen Pasir Mas  sedang mengemukakan pandangan dalam sidang parlimen.
Dua wakil rakyat dari PAS ini,YB Ustaz Nasruddin Tantawi dan YB Ustaz Nik Abduh perlu banyak belajar. Mereka boleh belajar melalui mantan YB.. Haji Salahuddin Ayub. Mereka juga boleh belajar melalui pengalaman YB Dato'Mahfuz Omar. Kedua-dua tokoh itu juga mantan Ketua Pemuda Pas Malaysia.
 
Kedua-dua mereka pernah masuk penjara atas isu pasukan kriket Israel. Mereka pimpinan tidak gopoh.Mereka tidak" gila microphone". Ucapan mereka tidak menyinggung perasaan orang lain.Kepetahan  mereka menggerunkan UMNO. Ustaz Nasruddin dan Ustaz Nik Abduh Ahli Parlimen yang baru belajar. Kalau kurang tolong belajar. 

Parti Komponen BN, MCA & Gerakan kecam geng sembelih ayam dan suruh tampar Teressa

BN kecam protes ayam, memburukkan lagi ketegangan kaum

OLEH EILEEN NG
February 07, 2014

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tengah) bersama beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2014.


Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (tengah) bersama beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 7 Februari, 2014.

Parti komponen Barisan Nasional menyertai orang awam dan Pakatan Rakyat dengan mengecam tindakan sekumpulan NGO Islam yang menyembelih dua ayam dan menawarkan ganjaran kepada yang berani menampar ahli parlimen pembangkang, kerana ia boleh memburukkan lagi ketegangan kaum.

Mereka berkata, walaupun tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerbitkan klip video Tahun Baru Cina perbuatan yang tidak bertanggungjawab, ia bukan alasan untuk kumpulan berkenaan bertindak berlebihan dan pihak berkuas aharu cekap bertindak terhadap kempen itu.

Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Ti Lian Ker, berkata protes tersebut adalah "tindakan memalukan" dan menggesa pihak berkuasa segera menegakkan undang-undang dan menghentikan Majlis Jemaah NGO Islam.

Beliau berkata, walaupun rakyat diberi kebebasan menyuarakan perbezaan pendapat dalam negara demokrasi ini, ia bukan alasan untuk mengugut keselamatan mereka yang berbeza pendapat.

"Bukan sahaja ajakan untuk 'tampar Teresa' adalah kurang ajar, salah guna prinsip demokrasi dan berbau hasutan, ia juga bertentangan dengan hak manusia untuk bebas bahaya daripada semua aspek," katanya.

Selepas #Kangkung kini Ringgit Malaysia pula turun berbanding Dolar Singapore...

Ringgit jatuh RM2.624 berbanding dolar Singapura

Aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju mendorong kepada kejatuhan ringgit berbanding dolar Singapura, awal minggu ini. Gambar fail.
Aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju mendorong kepada kejatuhan ringgit berbanding dolar Singapura, awal minggu ini. 

Ringgit Malaysia mencecah rekod paling rendah berbanding dolar Singapura awal minggu ini, dengan matawang lain di rantau ini masih lemah.

Penganalisis berkata, ini disebabkan oleh aliran modal daripada pasaran membangun ke pasaran maju.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan rekod terendah ini dipecahkan hanya tiga hari selepas Malaysia mencapai rekod terendah RM2.622 Khamis lalu dan berada pada RM2.6207 semalam.

Ringgit semakin jatuh bukan disebabkan dolar Singapura semakin kuat, tetapi kerana aliran modal yang tinggi daripada pasaran yang masih membangun ke pasaran maju, kata pakar yang dipetik daripada akhbar aliran perdana itu.

"Keseluruhannya, daripada segi kekukuhan kewangan, Singapura dilihat sebagai lebih kukuh. Oleh itu mata wang kita dilihat semakin rendah berbanding dolar Singapura," kata Pengurus Besar Fundsupermart, Wong Sui Jau.

Suasana bantahan terhadap konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani

 
 
 

PR - Konsensus Nasional elak api perkauman



Konsensus Nasional elak api perkauman

-harap2 selepas ni tak ada lg pimpinan Pas tulis surat kat Anwar minta penjelasan isu Konsensus Nasional...

Ketika provokasi perkauman meningkat, di mana pemimpin negara?

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
February 07, 2014

Poster mengejek Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dengan ganjaran RM1,200 untuk menamparnya yang dilakukan NGO Melayu menunjukkan provokasi perkauman di Malaysia berada pada tahap bahaya. 

Tawaran secara terbuka kepada sesiapa yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP dengan ganjaran RM500 yang kemudiannya dinaikkan kepada RM1,200 oleh sebuah pertubuhan Melayu semalam menunjukkan provokasi perkauman sudah berada di tahap paling tinggi di Malaysia dan pemimpin tertinggi negara perlu segera campur tangan.

Tawaran dibuat dalam satu demonstrasi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang menyaksikan dua ayam disembelih dan darahnya dilumurkan kepada kain rentang terpampang wajah empat pemimpin Cina DAP dan PKR di Kuala Lumpur yang dilakukan sekumpulan 50 Melayu tanpa rasa takut dan malu.

Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata semalam, tawaran bagi menampar Kok dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Sekretariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia, Zulkfli Sharif, berkata beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu.

PRK Kajang : Penyakit Pimpinan PAS gila buat kenyataan dan gila microphone kembali semula

Nukilan Abang Joe PEDU

 
Baguih sungguh la politik puak PAS nie, politik mulut banyak dan gila bercakap... apabila presiden dah buat keputusan tu sudah2 la mulut tu boleh ka tutup sebentar dan jangan buat kenyataan untuk boleh pihak musuh manipulasikan percakapan kita tuu...
Nak cakap cuba la tengok kiri kanan dulu... benda belum turun pergi perang lagi tapi jangan lah dok bubuh taik disepanjang jalan... Jika macam nie punya kelaku baik pergi joint tabligh ja lagi bagus tak payah joint politik yang penuh dengan mehnah tribulasi nie....

Dok gila buat kenyataan pasai apa tak tau... sebelum nie Ketua Pemuda Selangor dan Setiusaha Ulamak... so far dah reda dah mereka tuu... mai pulak Nik Abduh Pasir Mas nak buat kenyataan juga... kemudian mai pulak Nasarudin Temerlon nie.. semua bercakap kearah bagi peluru kepada musuh.... 

Tak payah diulang beribu kali kata ko PAS tolak Anwar jadi MB... buat ayat soal sudah.. lepas perang nanti hangpa bergaduh lah macamana pun dah tak apa dah....

Tinjauan seks: Kementerian tunggu penjelasan JPN

Kementerian Pelajaran menunggu maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPN)  berhubung dakwaan tinjauan kecenderungan seks yang dilakukan ke atas murid sekolah rendah kebangsaan di Nilai.

Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata setakat ini pihak kementerian juga belum dapat memastikan jika insiden yang didakwa itu benar-benar berlaku.

"Kita belum dapat maklumat lagi daripada pihak negeri berkenaan perkara ini. Kita kena lihat apa yang sebenarnya berlaku.

"Sistem dan cara kita ada (untuk menangani perkara ini) termasuklah prosedur dia," katanya pada sidang media merasmikan pelancaran buku teks digital Kementerian Pendidikan yang meliputi 313 jenis buku teks di Petaling Jaya pagi ini.

Semalam dua wakil rakyat DAP memfailkan rungutan mereka dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan berhubung satu tinjauan berkaitan kecenderungan seks yang didakwa berlaku di satu sekolah rendah di Nilai.
 

Isu Balak Kedah - Ada pihak persoalkan penjelasan Kerajaan Negeri, depa kata lesen tu K'jaan BN yang keluarkan..!!

Leman Raja Lawak

Kenyataan Dato Paduka Mukhriz , Yb kama Noriah , Yb Badrul Hisyam serta pengarah jabatan perhutanan Ku Azmi bahawa balak yg ditebang sekarang hanyalah dari kelulusan zaman pentadbiran PAS dalam media tempohari merupakan kenyataan yg menipu rakyat negeri kedah...

Hamba lampirkan sepenuhnya tarikh penguatkuasaan lesen...bulan disember 2013 adalah semasa pemerintahan BN , bukan dari pemerintahan PAS..

MB Kedah berkata , balak yg bersaiz kecil dan cuci mangkuk tidak dibenarkan untuk ditebang.. hamba lampirkan gambar saiz balak tersebut..

Soalan sy kpd BN ...
Kenapa menipu rakyat dengan media ?
Yg kedua..: Pengarah Jabatan perhutanan negeri kedah sila letak jawatan !!!

http://1.bp.blogspot.com/-LhB7KsLlZWw/UvRgLLisn6I/AAAAAAAAVeI/Gg0znEf81Fs/s1600/2014-02-07_122502.jpg

Bantahan Penganjuran Pesta Muzik “Planet Eupe Music Fest” di Sg Petani

PEMAKLUMAN BANTAHAN PESTA MUZIK
'PLANET EUPE MUSIC FEST'

(Assalamu’alaikum WBT)
http://www.ciaokpop.com/wp-content/uploads/2013/12/tumblr_mxoi686SzM1shr1juo1_500.jpg

Dimaklumkan EUPE Corporation Berhad akan menganjurkan Pesta Muzik besar-besaran yang diwar-warkan sebagai “Pesta Muzik Pertama dan Terunggul di Utara Malaysia Serta Acara Persembahan Terbesar Malaysia”. Butiran penganjuran adalah seperti berikut:-

Tarikh : 1hb. Mac 2014
Masa : 6 Petang ke atas
Lokasi : Taman Tema Air “The Carnival” – Cinta Sayang Resort,
Sungai Petani

Pesta muzik tersebut bakal menjadi pentas kebudayaan antarabangsa yang melibatkan artis luar negara (Korea & Taiwan); termasuk 2 orang artis Melayu tempatan. Sasaran pengunjung adalah melebihi 20,000 orang. Persembahan juga termasuk tarian Electro-pop dan K-Pop. Pesta muzik berkenaan juga akan menganjurkan acara akhir bagi pemilihan peserta ke Kejohanan Tarian Hip Hop Antarabangsa 2014 di Las Vegas, Amerika Syarikat. Pihak penganjur berhasrat menjadikan “PEMF” sebagai cara tahunan.

Pas tetap tolak Anwar jadi MB Selangor


Nasrudin Hassan  
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan

SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.

“Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.

“Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Kos Maharaja Lawak di Kedah - Bukan RM1.2juta pun cuma RM200k sahaja....!!

Biaya Maharaja Lawak: Exco jelas kekeliruan

Datuk Mohd Tajuddin Abdullah  
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah
ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din mengesahkan penganjur program Maharaja Lawak Mega suku akhir yang diadakan di Dewan Wawasan Jitra, 24 Januari lalu, membuat permohonan tajaan sebanyak RM1.2 juta.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat menerusi exco penerangan, namun tidak mendapat kelulusan kerana jumlahnya yang tinggi.

“Permohonan itu tidak diluluskan, ada cadangan supaya mereka mohon penaja lain antaranya syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya.

Menurutnya, beliau tidak pasti sama ada penganjur ada membuat rayuan terhadap permohonan itu menerusi exco berkaitan.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah menafikan kerajaan negeri membelanjakan RM1.2 juta seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya hanya menggunakan RM200,000, seperti yang diluluskan.

Tak ada arah dah ka dok pie tanya budak sekolah rendah soalan bab seks..??

Soalan seks untuk murid sekolah?

Soalan seks untuk murid sekolah?  
Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi.

SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Bagus tak naik tol tapi...

Wartawan Sinar Harian
 
Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Susulan keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tol tahun ini disambut dengan dua seruan oleh PKR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli menggesa supaya pemegang konsesi yang telah mendapat pulangan modal dari pelaburan tidak terus mengenakan tol pada kadar yang tinggi.

"Perjanjian konsesi perlu dikemaskini dengan angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan dan perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan yang terkini supaya kadar tol yang disemak nanti bukanlah untuk memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi," tambahnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol tahun ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...