TERKINI :

Tuesday, February 4, 2014

UMNO membela BIAWAK hidup...!!


Bersedialah.. macam-macam benda nak mai lagi nie.. hari nie surat letak jawatan esok surat gila pula kot..!!

Akhirnya Kesahihan Surat Perletakan Jawatan ADUN Hutan Melintang Terbongkar

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, Perak, S Kesavan tidak meletakkan jawatan dan surat yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata, beliau telah dihubungi Adun Teja, Perak, Chang Lih Kang dan diberitahu maklumat tersebut disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Justeru, satu laporan polis akan dibuat petang ini oleh Kesavan.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, penyebaran surat tersebut adalah ‘operasi hitam’ dilakukan pihak tertentu bertujuan mengganggu kelancaran persiapan jentera KEADILAN dalam menghadapi pilihan raya kecil N25 DUN Kajang.
“Apabila dilihat kepada kepala surat, langsung tidak sama dengan kepala surat (yang digunakan) Ahli Dewan Undangan negeri Perak,” kata Fahmi. ~kd

Bab nie kami tabik kat PERKASA, mau Agama lain pantas ja ambik tindakan mai agama Islam slow nak mampus..!!

Perkasa selar SKMM cepat bertindak tutup Facebook anti Kristian tetapi tidak anti Islam

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.

Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar), agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.

"Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat," kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.

"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan Facebook yang menghina kesucian Islam kami kira cukup banyak tetapi mengapa masih tiada tindakan diambil? Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kepada SKMM?"

Adakah Muhyiddin Yassin hantar Nallakaruppan lawan Anwar di #Kajang..???


Muhyiddin Yassin hantar Nalakaruppan lawan Anwar Ibrahim di Kajang?

kami nampak ada gambar Muhyiddin kat belakang tu, Muhyiddin hantar dia ni ke nak lawan Anwar?

Cara politik orang bawah PAS & PKR jauh ketinggalan dari DAP & UMNO..!!

Nukilan Abang Joe PEDU


Nah ambik hangpa... dah pakat gila nak buat KENYATAAN dah.. walaupun pimpinan atasan dah buat kenyataan dan menyokong tapi anak-anak buat dibawah lebih gila buat kenyataan....

Bagi pihak atasan sudah laa yang di bawah nie tak payah dok ulang ulang dua tiga kali laa.. kita pakai pimpinan tertinggi sudah lah...

Nie tidak walaupun kepimpinan tertinggi sudah menyatakan dengan jelas namun mai cabang, ranting, cawangan, kawasan, dewan serta penjaga kedohok serta jaga lalu lintas pun pakat nak buat KENYATAAN...

Politik bongok PAS & PKR nie nampaknya 2x5 jaa.. tak sudah-sudah buat kerja bangang...cuba lihat DAP dan UMNO dalam permainan politik ini... dalam DAP satu apa kenyataan pun tak keluar dari bawahan mereka apabila yang diatas telah buat kenyataan...

Kerajaan Norway umum semua rakyatnya jutawan hasil tabung minyak.. Kerajaan Malaysia..????

petronas norway

PUTRAJAYA: Norway umum rakyatnya menjadi milionaire hasil pool wang minyak negara melalui skim tabung pencen memang kreatif dan baik berbanding kita di Malaysia yg diperintah oleh mereka yg dipilih dari kalangan orang mewah dan popular tetapi akalnya tidak bermaya menyelesai masalah malah mencipta masalah apatah lagi mencipta peluang kerja sepatutnya.

Bukan shj Norway malah Iceland dan Luxemborg dan banyak lagi negara kecil dunia yg bagus ahli politiknya dan kreatif sistem mereka. Malaysia spt biasa mengharap pelabur asing dan menjadikan rakyat hanya pekerja kilang dan paling tinggi eksekutif manaka si elite politik ini menguasai saham sulit dan ahli lembaga pengarah syarikat selalunya. Realiti yg sering dinafikan BN UMNO dan disembunyikan.

Najib tidak layak bercakap soal pembaziran wang negara

– Mohd Faizul Mohd Salleh

http://4.bp.blogspot.com/-YHUUxqqCYyU/ULzcrS4A24I/AAAAAAABOhU/-vR5laxP-nA/s1600/hutang%2Bnegara.jpg
Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang baru-baru ini. Menurut beliau, ia adalah tindakan menjurus kepada pembaziran wang rakyat.

Pemuda PAS Johor menyeru agar Najib “tutup mulut” daripada berbicara soal pembaziran wang rakyat dan negara.

Najib sama sekali tidak layak bercakap hal pembaziran. Beliau terlebih dahulu perlu bertanggungjawab terhadap kenaikan pelbagai harga barang keperluan asas yang membebankan rakyat.

Najib juga perlu menjawab isu pemborosan tidak masuk akal melibatkan individu dan syarikat yang berkaitan Umno/BN.

Contohnya, kes melibatkan setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Najib bergelar “Datuk” yang disiasat SPRM kerana penyelewengan wang bagi projek 1AZAM turut tiada sebarang khabar berita sehingga berhubung pendakwaannya.

Tak mustahil UMNO BN boleh rampas Selangor dengan Kuasa Darurat

Jangan pandang rendah, Umno boleh guna darurat rampas S'gor, kata Rafizi



PKR menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor supaya tidak memandang rendah dengan apa yang boleh lakukan oleh Umno sambil mengingatkan mereka bahawa pada 1977 parti Melayu itu menggunakan kuasa darurat untuk merampas kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Justeru, menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ADUN di Selangor adalah penting bagi menghalang Umno bagi mewujudkan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri termaju itu.

Syukur Alhamdulillah.. semoga dengan kenaikan INSURAN KERETA MOTOR ini akan menjana ekonomi negara..!!

Ini semua fitnah kata macai.. walaupun dkeluarkan sendiri oleh bnm. Insurance naik demi kesejahteraan rakyat kata menteri. Sebab tu diluluskan. Jangan takut satu lg item yang tiada gst sebab naik harga awal2 lagi.

Adun PKR Perak - Ikut Surat kata KELUAR, Ikut Rakan TAK KELUAR..!!

ADUN Hutan Melintang keluar PKR?

 
Sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh seorang ADUN PKR Perak kepada Speaker negeri menimbulkan spekulasi beliau keluar parti.

Surat bertarikh 2 Januari lalu itu ditandatangani oleh ADUN Hutan Melintang S Kesavan mengatakan beliau telah berhenti dari PKR kerana "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."

Surat ringkas itu mempunyai cop terima daripada pejabat speaker Perak. Bagaimanapun keasliannya masih tidak dapat dipastikan setakat ini.

Panggilan telefon dan SMS kepada Kesavan tidak dilayan. Bagaimanapun ADUN Teja dari PKR Chang Lih Kang menafikan perkara tersebut.

Kerajaan nak bagi RM1050 sebulan.. tapi dengan syarat.. siapa nak?


Kerajaan Bagi RM1,050 Tiap2 Bulan Kepada Pekerja Yang Bergaji Bawah RM3,000 Sebulan.
Kepala hotak Soz Cyili on Tuesday, February 4, 2014




Tahu kah anda?

Ini syarat2nya kalau nak dapatkan RM1,050 sebulan dari kerajaan kita.

1. Gaji mesti berada di bawah rm3,000 sebulan.

2. Tinggal di kawasan bandar.

3. Merujuk kepada miskin bandar la kan.

4. Program ini akan dilancarkan pada April 2014. Nama program ini ialah Program Baucar Kerja. Inisiatif kerajaan untuk bantu mereka2 yang miskin dan memerlukan bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup yang mendadak di negara ini.

Disebabkan pejabat ZAKAT & JKM dah tutup, marilah kita bantu adik-beradik ini..!!

★ salam king (minta jangan siar nama)

Saya nak minta tolong sebarkan kisah pasal kawan adik sy. dia ni anak sulong dari 6 adik beradik berasal dari kg Paloh, Kuala Terengganu.

Mak dorg baru meninggal 21 jan lepas dan ayah mrk sejak dari bulan 10 tahun lepas tak pernah bg nafkah dekat mrk adik beradik...

Kesian sangat sebab kakak yg sulung baru umur 21 tahun dan sedang belajar di UUM thn 1 mnakala yg bongsu baru satu tahun, akibat susah, beliau pernah terfikir nak brhenti belajar dan cari kerja lepas si ibu meninggal baru2 ni .

Sekarang adik2 dia 5 org dijaga oleh makciknya yang bukan orang senang...harap siapa2 yang berkemampuan boleh salur bantuan kepada mrk...kalau dapat tolng sebarkan pn jadi la...

Bantuan boleh disalur ke akaun BSN...

Jerai - Bot operasi milik tentera meletup ketika diselenggara

2 menggelupur atas lantai tubuh terbakar

Jerai: “Saya nampak depa (mereka) menggelupur atas lantai dengan seluruh tubuh terbakar dan melecur,” kata Adnan Khalid, 50, saksi kejadian letupan di sebuah bengkel membaik pulih bot di sini, semalam.

Adnan yang juga pengawal keselamatan di bengkel yang terletak di Perkampungan KEDA Sungai Udang di sini, adalah antara individu pertama tiba di lokasi sejurus sebuah bot operasi milik tentera yang sedang diselenggara meletup, kira-kira jam 11.30 pagi.

Kejadian itu menyebabkan dua pekerja, Mohd Shamsul Asfanizal Omar, 24, dan Nik Mohd Shafik Nik Mat, 19, yang juga pelajar praktikal di bengkel berkenaan, parah dengan hampir 100 peratus badan masing-masing melecur akibat terbakar.

Tiba-tiba meletup

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang memeriksa kebocoran tangki bot jenis Assault bernilai hampir setengah juta itu yang sedang dalam proses penyelenggaraan, sebelum tiba-tiba meletup dan terbakar.

Adnan berkata, sebaik terdengar letupan, dia bergegas ke bengkel dan mendapati kedua-dua mangsa menggelupur kesakitan dengan tubuh masing-masing yang melecur akibat terbakar, dipenuhi asap.

Best sungguh #KedahLanie - Nak dunia ada, nak akhirat pun ada..!!

 

Balasan kepada Ulamak yang membelakangkan perintah Allah swt


Ust Sharil Long

Anwar: Kalau Chong Wei saya mengaku kalah...

 
Walaupun tarikh pilihan raya kecil Kajang belum diketahui, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mula mengorak langkah mendekati pengundi-pengundi Kajang susulan kekosongan kerusi DUN tersebut yang disandang PKR.

Bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Mesra, Kajang, Anwar berceramah di hadapan ratusan penduduk setempat yang memenuhi dewan itu bagi mendengar penjelasan 'Langkah Kajang' seperti dijanjikannya sebelum ini.

Dalam ceramah ringkas selama kira-kira 20 minit itu, Anwar mengambil kesempatan berjenaka tentang cadangan agar jaguh bulu tangkis negara, Datuk Lee Chong Wei (kiri), dicalonkan BN di Kajang untuk menyaingi popularitinya.

Menurut Anwar, beliau peminat tegar personaliti sukan itu dan sentiasa mendoakan kejayaannya dalam setiap perlawanan, tetapi beliau akan 'mengaku kalah' seandainya perlu berhadapan dengan Chong Wei.

Pas gesa Mukhriz dedah penyelewengan di Kedah


Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Pas menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir mendedahkan segala penyelewengan yang berlaku di Kedah ketika di bawah pemerintahan PR.

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Mukhriz mengugut akan mendedahkan penyelewengan PR jika PR masih 'menyerang' pentadbirannya.

"MB ugut Pas dan PR Kedah. Beliau kata akan dedah segala kesalahan yg dilakukan PR ketika perintah Kedah kami kami masih serang diia.

"Saya mempersilakan dengan penuh takzimnya kepada menteri besar untuk membongkar segala apa yang dia maksudkan...sebarang penyelewengan yang berlaku ketika PR terajui Kedah," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurutnya, jika ada sebarang penyelewengan sewaktu pemerintahan PR di Kedah, siasatan boleh dijalankan namun bukan dengan mengugut.

Kata menbazir, habih BN dok kalut nak hantar calon buat apa..!!

PRK N.25 Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah - Muhyiddin

PRK N.25 Kajang: BN tidak akan beri laluan mudah - MuhyiddinBANGI: Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi laluan mudah kepada mana-mana calon lawan dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata walaupun ada pihak memberikan pandangan supaya BN tidak payah bertanding andai PRK DUN Kajang diadakan, amalan biasa BN ialah menawarkan peluang kepada pengundi untuk memilih calon.

"Saya tak fikir kita (BN) nak bagi laluan mudah untuk pihak pembangkang bertanding sama ada (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja (yang bertanding)," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, di sini pada Isnin.

Beliau berkata walaupun kerusi itu dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum lalu, namun pengundi kawasan itu diberikan pilihan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka.

Pendakwaan Terpilih: Spekulasi merebak bekas setiausaha politik menteri Umno lewat didakwa

Datuk Suhaimi Ibrahim mengakui disiasat SPRM tetapi menyatakan tidak semua yang dilaporkan dalam blog berkaitan perkara itu adalah benar. Gambar fail.Spekulasi semakin memuncak menyatakan wujud campur tangan politik atau pendakwaan terpilih yang menyebabkan tuduhan terhadap bekas setiausaha politik Umno lewat dijalankan selepas ditangkap Isnin lalu berikutan penyalahgunaan RM1.1 juta daripada tiga yayasan.

Sumber berkata, bekas setiausaha politik dan pengarah salah satu yayasan itu dikaitkan dengan siasatan kerana dikatakan menggunakan wang yayasan yang sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin itu bagi kegunaan politik.

"Ia siasatan yang besar dan apa yang dilihat hanya di permukaan sahaja. Terdapat beberapa pihak dalam Umno yang tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu yang berkata mereka menahan dua lelaki, termasuk seorang bekas setiausaha politik dengan gelaran datuk, dan dijangka mendakwa mereka pada Selasa lalu.

Alor Setar - Jiran selamatkan satu kampung dari terbakar


Jiran selamatkan satu kampung  
Azizah menunjukkan bahagian luar kediaman adiknya yang sempat diselamatkan.

ALOR SETAR - Tindakan pantas jiran mengangkut air tidak hanya menyelamatkan nyawa sebuah keluarga, sebaliknya menyelamatkan satu kampung dari terbakar.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang, semalam, sebuah rumah di Kampung Hijrah, Langgar, dekat sini, nyaris hangus dijilat api apabila perabot diletakkan di luar kediaman mereka terbakar tiba-tiba.

Kakak mangsa, Azizah Ahmad, 64, berkata, mujurnya beberapa jirannya sempat memadamkan api menggunakan air dibawa mereka, sebelum ia marak ke bahagian lain.

Presiden : PAS akan membantu PKR dalam PRK DUN Kajang

http://4.bp.blogspot.com/-MRuSr6FR0qY/TqixfS3zHPI/AAAAAAAAFB8/YHgJiGLRXzk/s1600/bendera-pas-300x208.jpg

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat
Kenyataan Media Presiden PAS

Selasa 4 Februari 2014

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Selepas #Kangkung harga turun kini Getah Sekerap pula turun.. terima kasih BN..

Hidup penoreh getah makin terhimpit

Hidup penoreh getah makin terhimpit  
Penoreh sekitar Mukim Kurung Hitam kini hidup terbeban.

KUALA NERANG - Pekebun getah sekitar Mukim Kurung Hitam, dekat sini, merayu kerajaan supaya membantu pekebun kecil mengekalkan harga getah yang dikatakan semakin turun hingga membebankan keluarga pekebun, akhir-akhir ini.

Penoreh, Mohd Sobri Mohd Hassan, 44, dari Keda Kampung Belukar berkata, harga getah yang semakin turun akhir-akhir ini memberi tekanan kepada keluarga yang bergantung pendapatan dari hasil getah.

Menurutnya, nasib penoreh getah kini boleh dikatakan seperti pada era 80-an kerana walaupun harga getah sekarang sekitar RM2.60 sekilogram (kg) tetapi kos kehidupan yang tinggi seperti tidak ada nilainya.

“Masalah ini bertambah perit bagi mereka yang menoreh secara sistem pawah yang mana mereka terpaksa membahagikan hasil dengan pemilik kebun getah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...