TERKINI :

Monday, February 3, 2014

Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" diharamkan tayanganya di Malaysia



Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia" yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari lalu telah diharamkan tayanganya di Malaysia selepas dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Filem arahan pengarah kontroversi, Namewee "Banglasia", filem banglasia diharamkan di malaysia, filem Namewee, kontroversi,

"Filem "Banglasia" dikecam hebat oleh LPS dan KDN, malah kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula.

"Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh LPF adalah 90% dari filem tersebut," ujar Namewee dalam satu kenyataanya di laman Facebook miliknya.

DSAI - Penjelasan Kenapa KAJANG jadi lonjakan ke Putrajaya


kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno...?


Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

Manusia macam Si Senah & Si Leman inilah yang UMNO suka..!!

Bebal politik si Senah juara karaoke 
Oleh Aishah


Mak cik Senah, juara karaoke kampung sebelah pada hari itu dengan bangganya berkata kepada semua orang di kedai runcit bahawa dia tidak suka politik. Baginya politik itu kotor dan apa yang berlaku di Putrajaya atau jalan raya tidak ada kaitan dengan dirinya. Mak cik Senah meneruskan lagi sambil tawar-menawar harga sayur kangkung yang mahu dibelinya.

Pak cik Bakar bertanya dengan tiba-tiba kepada Mak cik Senah, “kangkung ni dulu naik, sekarang dah turun”. Terbakar dengan kata-kata seperti pemimpin sanjungannya, Mak cik Senah mengatakan, “harga kangkung boleh kasi turun lagi ke Bakar oii, mahal lagi ni”.

“Itu makanan kegemaran kau, apa kena-mengena dengan aku sebagai penjual sayur. Aku pun nak bayar itu ini, dan nak beri makan pakai bini. Ini semua salah Putrajaya. Kos hidup meningkat! Dan kau pun terlibat sebagai rakyat yang membayar cukai dan wajar mendapat perkhidmatan selayaknya.”- sindir Pak Cik Bakar.

Apakah UMNO cuba mengenepikan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan memainkan isu perkauman?

UMNO fitnah saya lagi – Teresa Kok

http://mk-cdn.mkini.net/718/a64842ed3832fd910dcf8de5b75c33b3.jpg 

Kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan para NGO pro-UMNO yang memutarbelitkan isi kandungan klip video Tahun Baru Cina “Onederful Malaysia” menunjukkan kebankrapan idea dan modal politik UMNO-BN. Mereka sudah tidak mampu lagi menikmati atau memahami humour politik, sebaliknya cuba membangkitkan isu perkauman atas klip video satira politik (political satire) untuk menutup kegagalan mentadbir negara.

Di sini saya ingin menjawab beberapa tuduhan serta hujah palsu yang mereka lemparkan terhadap klip video tersebut:

1) Tidak sebut tentang insiden Lahad Datu

Klip video “Onederful Malaysia” menyentuh tentang isu keselamatan di Sabah. Dialog pelakon yang memegang watak guru Feng Shui dalam klip video itu hanya sebut tentang kejadian menembak dan penculikan di Sabah TANPA menyentuh tentang peristiwa Lahad Datu, malah TIADA apa-apa dialog yang mengejek atau merendahkan prestasi tentera kita yang mempertahankan negara dalam peristiwa Lahad Datu.

Peristiwa di mana seorang pelancong Taiwan ditembak mati manakala isterinya diculik oleh lanun di kawasan perairan Sabah pada tahun lepas memang dirujuk dalam klip video tersebut. Ia adalah kejadian benar berlaku yang diketahui seluruh dunia.

Sayur Sayur Sayur... Naik harga di Kedah.. syukur Alhamdulillah....!!

Harga sayur naik di Kedah, kurang bekalan akibat cuti perayaan


Harga sayur di Kedah naik sejak beberapa hari lepas berikutan faktor kurang bekalan kerana cuti perayaan Tahun Baharu Cina, selain faktor cuaca.

Tinjauan Bernama di Pasar Besar Alor Setar mendapati harga tomato meningkat kepada RM5 sekilogram berbanding RM3.50 sekilogram sebelum ini, sementara harga cili merah RM10 sekilogram berbanding RM6 sekilogram dan ada peniaga menjual cili merah yang kualitinya kurang elok pada harga RM8 sekilogram.

Seorang peniaga di pasar itu, Che Rokiah Ahmad, 45, berkata harga sayur naik apabila tiba musim perayaan kerana bekalan tidak mencukupi ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

PAS Selangor terima penjelasan Azmin, sokong PRK Kajang

PETALING JAYA: PAS Selangor mengambil keputusan untuk mengerahkan jenteranya turun membantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Samsudin berkata, satu pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan pemimpin PAS Selangor diadakan minggu lalu bagi meredakan ketegangan yang timbul dikalangan akar umbi.

Katanya, persetujuan dibuat selepas menerima penjelasan daripada Azmin mengenai perubahan DUN Kajang atas alasan ia ‘kerusi kepunyaan PKR’.

“Kita bersetuju dengan semua rancangan mereka. Kita hanya akan memberikan tumpuan dan membantu PKR mempertahankan Kajang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau enggan mendedahkan butiran penjelasan yang diberikan Azmin namun memberi jaminan ianya ‘untuk kebaikan bersama’.

Antara khinzir, arak dan judi


HAMBALI AKRAM

Minggu lalu kecoh di Pulau Pinang perihal penjualan babi secara terbuka. Seperti biasa Umno menjadi juaranya dan disiarkan melalui media massa yang dikuasainya. Memang benar, setahu saya penjualan daging babi mestilah mematuhi syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh PBT. Melanggarnya adalah suatu kesalahan dan tindakan boleh diambil.

Saya melihat tindakan Umno ini lebih kepada mencari populariti bukan bertujuan kemaslahatan umat. Semua orang Islam maklum bahawa babi dikelaskan dalam kumpulan najis berat dan haram dimakan atau yang berkaitan dengannya.

Namun, adakah kita sedar selain babi, arak dan judi juga diharamkan dengan jelas oleh Islam. Penjualan arak dan daging babi hanya dibenarkan dalam komuniti mereka dengan syarat-syarat khas.

Saya bukanlah agamawan yang mahu menghuraikan panjang lebar tentang halal dan haram perkara di atas. Cuma mahu Umno jangan terlepas pandang pada arak dan judi. Jika mereka beria-ia bising tentang penjualan daging babi secara terbuka, maka wajar juga bising tentang arak dan judi yang beroperasi secara terbuka!

SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.

“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.

“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.

Nyahsenarai Bernas jadikan Syed Mokhtar makin berkuasa

Bernas 

KUALA LUMPUR 3 FEB: Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung menyatakan saham syarikat Pengurusan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) perlu dipertahankan daripada dinyahsenarai dari Bursa Saham Malaysia.

Menurutnya, penyahsenaraian Bernas mendatangkan kesan buruk apabila pemiliknya, Syed Mokhtar Al-Bukhary akan berkuasa penuh atas aktiviti peniagaan beras tanpa penelitian.

“Akibat pemilikan 80 peratus saham syarikat swasta milik Syed Mukhtar Albukhary dalam Bernas, ada cadangan syarikat itu akan dinyahsenarai daripada bursa saham.

“Jika perkara ini berlaku, Syed Mokhtar akan berkuasa penuh keatas Bernas.

Ceramah Malam Tadi : Mahfuz - Nasib Petani dan Rakyat Kedah dengan MB baru

PRK Kajang dan Suhaizan yang cool

- Ahmad Lutfi Othman

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/RTM_forum_1_419_244_100.jpg

Rabu lalu, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat bersama Setiausaha Pemuda, Nasaie Ismail berkunjung ke Jabatan Pengarang Harakah. Setiap Rabu, saya dan editor lain selalunya cuti rehat selepas dua malam deadline.

Pertemuan itu sepatutnya diadakan lebih awal, sebaik beliau menang pertandingan sengit, mengisi kekosongan Nasrudin Hassan, hujung November 2013. Saya dan wartawan Arif Juhani hanya bersembang santai, tanpa sempat bersoal jawab secara khusus dengan Suhaizan di Pejabat Pemuda, Jalan Raja Laut, satu pagi hujung minggu.

Waktu itu, Suhaizan lebih banyak mengisahkan pengalaman berkacanya mendaki kerjaya politik sejak di kampus lagi. Kebetulan kami dari universiti yang sama, Universiti Teknologi Malaysia dam beliau turut aktif dalam PMUTM. Saya lebih mengingati komitmennya dalam kempen memansuhkan PPSMI dan juga membongkar senarai daftar pemilih menjelang PRU13 yang mengelirukan dengan kes nama pengundi pelik.

Sesekali saya cuba mengorek rahsia "pertembungan dalaman" Pemuda, yang khabarnya belum selesai walaupun muktamar sudah berakhir, namun Suhaizan hanya menjawabnya dengan senyuman. Mendengar gosip liar seolah-olah dia cukup terhimpit tetapi lenggok badannya berbeda sekali.

Cerita peribadinya menarik dan wajar dikongsi bersama; cuma saya belum sempat menulisnya. Moga catatan tangan saya di Pejabat Pemuda itu masih boleh dibaca!

Ketua Pemuda PAs cakap lain Ketua Penerangan cakap lain, siapa ketua nie..??

Pemuda PAS: Jangan sampai senjata makan tuan

Pemuda PAS menegur kepimpinan PKR supaya tidak begitu ghairah mengeluarkan kenyataan berhubung isu pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi mengelak “senjata makan tuan”.

Ketua Penerangannya Zaharuddin Mohammad Facebooknya dilapor menyindir pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, lapor Berita Harian.

"Saya meneliti ucapan dan tulisan Rafizi mengenai Kajang. Saya nak komen sedikit, jangan banyak sangat 'berstatement' dalam politik dalam isu Kajang, takut nanti 'senjata makan tuan'

"Kami (PAS) mengamalkan politik telus bila berdepan dengan hak rakyat. Jangan menjadikan kami serba salah antara menjaga amanah ketelusan kepada rakyat atau menjaga rakan pakatan.

"Saya harap ini juga berlaku kepada Rafizi. Tolong, jangan heret kami terlalu jauh," beliau dipetik sebagai berkata.

Projek Bantuan RM35 sehari adalah untuk 100 orang sahaja...!!!

Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar
2 Februari 2014

CYBERJAYA - Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu...!!


Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu
BUAT PEMUDA PAS...KITA JANGAN LUPA DIRI

SERI MANJUNG: Buat anak2 muda PAS ingin aku coretkan sejarah politik buat kalian terutama di Manjung iaitu di tempat aku dibesarkan. Aku mulakan sejarah asal usul PAS 80 an yg mampu ku tulis kerana di era tersebut aku mengenali politik dan PAS. Buku politik pertama aku baca ialah 'Hantu Bukit Cina' tulisan Syed Husaain Al Attas.

Di Bandar Baru Seri Manjung ketika itu anak2 muda sgt aktif dgn jamaah Islam. Ada PAS, Arqam, Tabligh dan ABIM. Dlm kedudukan tersebut Al-Arqam dilihat paling berpengaruh kpd anak2 muda di Manjung. Dahulu Seri Manjung tiada Surau atau Masjid. Lalu penghuni mengambil inisatif menyewa rumah utk dijadikan surau.

Kini Surau Madah yg boleh dianggap Surau milik PAS (kubu PAS) di Manjung dibina bukan oleh org PAS. Ia dibina hasil keringat penduduk Manjung sendiri di tapak permainan kanak2. Datuk saya antara org yg paling ligat hingga ke Ipoh mencari dana. Begitu juga org2 UMNO ketika itu Cikgu Zakaria, Arwah Cikgu Ramli, Cikgu Othman, Arwah Pakcik Jamal, Pak Tak, Pakcik Pie (bilik 2) dan beberapa nama lagi.

Ini dia Video Teresa Kok Yang Buat UMNO Meroyan..!!

Video CNY Teresa Kok cetus kontroversi

Apa yang mengundang gelak ketawa dalam video ucapan Tahun Baru Cina oleh ahli parlimen Seputeh Teresa Kok mengundang satu lagi kontroversi antara kaum.

Kali ini, naib pengerusi DAP itu, yang sebelum ini secara salah dituduh mengkritik seruan azan, dituduh "biadap" dan "menghasut kebencian kaum".

Dalam video yang dimuatnaik di laman web beliau Isnin lalu, Kok memainkan watak sebagai hos dalam acara bual bicara dengan menemuramah panel pakar tentang apa yang diharapkan dalam Tahun Kuda.

Mereka yang melakonkan pakar itu ialah - Brother Wai, lelaki mudah tersentuh dan mengalirkan air mata; Puan Jit, wanita gemuk berambut besar yang suka barang kemas dan beg tangan, dan Cik Yan Yan, pakar dalam pelancongan dan Feng Shui.

Nasihat pakar-pakar tersebut antaranya melibatkan beberapa isu termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan dan ekonomi, menjadi topik dengan anekdot biasa kepada rakyat Malaysia .

Mukhriz Blerrrr.. Sampai Cara Nak Buat Ais Ketul Pun Tak Reti Pikiaq Dah..!!!

MUKHRIZ TIDUR, TIDAK PEDULI IMPAK KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my


ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kesal dengan sikap tidur Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang sehingga ini tidak mempedulikan impak kenaikan harga barang hingga menghimpit kemampuan hidup rakyat.

Pengerusi Mobilisasi Pemuda PAS Kedah, Ustaz Fadzil Noor Sahani berkata, sehingga hari ini, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Mukhriz membisu dari menyatakan pendirian, malah tidak menggerakkan sebarang langkah untuk membantu rakyat.

"Ini membuktikan slogan "BN Menang, Kedah Senang" hanyalah omongan kosong yang semata-mata mengabui mata rakyat. Kegagalan itu menunjukkan Mukhriz gagal menghayati denyut nadi sebenar kehidupan rakyat Kedah, sebaliknya beliau masih dengan kehidupan mewahnya.

Mahfuz kepada Mukhriz : Ada bukti Sila Dedahkan & nie dia cara buat Ais Batu..!!

JANGAN DOK UGUT, JIKA ADA SALAH SILA DEDAH...


HUBUNGKAIT AIS BATU DAN HARGA NAIK...


KREDIT : TVjerai

Pengerusi Pekan Rabu Kantoi, Nampak sangat sokong UMNO..!!

 

Langkawi - Polis cekup hampir 60 penagih di 'Kampung jadi port dadah'


Polis cekup hampir 60 penagih  
Penagih yang ditahan di Taman Nilam dalam operasi baru-baru ini. - Foto Sinar Harian

KEDAH - Hampir 60 penagih dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan Taman Nilam, Kampung Kisap dan Kampung Belanga Pecah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superitendan Harith Kam Abdullah berkata, operasi yang dijalankan adalah bagi membanteras penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Jelasnya, penangkapan mereka ini tidak akan dihentikan setakat ini, sebaliknya polis akan terus memantau kawasan berkenaan.

"Operasi ini tidak akan dihentikan malah kita telah menjalankan tiga operasi besar-besaran sebelum ini di kawasan tersebut bagi menghalang penagih serta tokan dadah menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi dadah mereka.

"Dalam operasi itu, kita telah menahan hampir 60 penagih atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bidin tukar sampah jadi duit


Bidin tukar sampah jadi duit  
Bidin mengasingkan jenis sampah dikutipnya apabila tiba di rumah sebelum dijual kepada pembeli barangan lusuh.

MARANG - Biarpun jijik pada mata orang, tidak bernilai pada pandangan ramai, namun bagi Bidin Bota, 68, sampah ibarat emas yang tersembunyi dalam lumpur.

Kata warga emas ini, di mana ada sampah, di situlah sumber rezekinya untuk menyara keluarga.

Sejak lima tahun lalu, Bidin mengutip tin, kertas dan barangan lusuh bagi menambah pendapatan untuk keselesaan isteri, Fatimah Ibrahim, 50 dan empat anaknya termasuk seorang masih bersekolah.

Katanya, dorongan untuk menjual barangan terbuang tercetus apabila dia berhenti kerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah.

"Selepas berhenti kerja, saya buntu memikirkan bagaimana untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Hati saya lebih sedih apabila doktor mengesahkan saya mengalami masalah tulang lutut dan tidak boleh melakukan kerja berat," katanya.

Walaupun menerima bantuan bulanan JKM sebanyak RM200, namun dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jumlah itu tidak cukup buat mereka sekeluarga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...