TERKINI :

Sunday, February 2, 2014

Generasi 13 Mei sudah berlalu

ABD SHUKUR HARUN shukurharun@yahoo.com 

Peristiwa berdarah pergaduhan kaum 13 Mei 69 sudah berlalu 45 tahun yang lalu, suatu peristiwa yang diakibatkan oleh pergeseran kaum selepas keputuan PRU tahun tersebut di mana Umno/Perikatan kalah teruk.

Seperti dikatakan peristiwa itu berlaku 45 tahun lalu dan kini tidak ada siapa lagi, bagi mereka yang waras fikirannya, untuk melambai supaya peristiwa berdarah itu berulang kembali, malah hendak menyebutnya pun tidak mahu lagi.

Generasi baru, hanya mengetahui sepintas lalu mengnai peristiwa berdarah itu dan sama sekali tidak berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut. Tetapi malangnya masih ada segelintir yang amat kecil orang Melayu yang masih mengungkit dan cuba menakut-nakutkan peristiwa itu seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang tempoh hari. Bagaimanapun ternyata masyarakat Melayu tidak lagi terpengaruh dengan provokasi perkauman itu.

Malangnya segelintir kecil orang Melayu yang masih mengelus-ngelus peristiwa tersebut untuk menakutkan orang bukan Melayu tidak sedar bahawa zaman dan susana telah berubah. Orang Melayu kini sudah semakin matang dan tidak mudah dihasut dengan isu perkauman seperti itu.

Petugas Media Diugut JDT.. Misteri Lelaki Berjambang..

[KLIK SINI]


Astro Arena malam semalam menyiarkan satu video yang mana seorang lelaki menjerit: “Pergi belakang! Pergi belakang! Kalau tak nak kamera pecah pergi belakang!".


Klip video berdurasi 65 saat yang dimuatnaikkan oleh pengguna maya di laman Facebook Media Soccer News menunjukkan ugutan itu dihamburkan selepas kamera menggerakkan lensa ke arah pergaduhan yang hanya berlaku beberapa saat.


Sebelum pergaduhan tercetus, kamera menunjukkan seorang lelaki berjambang berlari ke kiri dan keluar daripada bingkai lensa kamera.

Ziarah Pemuda Pas kpd 4 anak warga Malaysia yg di tahan di Sweden


Jalan Anwar ke Kajang penuh liku dengan taktik kotor Umno

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
February 02, 2014

Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.
Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.

Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.

Bagaimanapun, taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

Lagi aktivis Islam hadiah bunga, cenderahati kepada gereja

OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Ally Hazran Hashim (kanan) menyampaikan hadiah kepada penganut Kristian di sebuah gereka di Kajang selepas perhimpunan mingguan Kristian, hari ini. – Gambar The Maysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Februari, 2014.
Ally Hazran Hashim (kanan) menyampaikan hadiah kepada penganut Kristian di sebuah gereka di Kajang selepas perhimpunan mingguan Kristian, hari ini. – Gambar The Maysian Insider oleh Afif Abd Halim, 2 Februari, 2014.

Di sebalik sepanduk yang mencetuskan ketegangan hubungan antara kaum, sebuah kumpulan yang berbeza latar belakang agama hari ini menyerahkan buah limau mandarin, cenderahati dan bunga kepada sebuah gereja di Kajang dengan harapan hubungan antara agama dapat dipulihkan.

Ally Hazran Hashim dan rakannya yang terdiri daripada umat Islam dan penganut bukan Islam menyerahkan barangan itu dalam perhimpunan gereja pagi tadi.

"Saya mempraktikkan apa yang agama ajarkan. Islam agama keamanan. Saya percaya jika sesuatu dilakukan dengan niat yang baik, ramai akan menyedarinya. Kami membina kasih sayang," katanya.

Katanya, beliau berharap usaha kecil itu akan mampu membuka mata umat Islam dan agama lain untuk melakukan perkara sama.

"Bukan sahaja sebagai tanda kasih sayang kepada gereja tetapi di rumah ibadat lain seperti di masjid," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Baucar Kerja RM35 sehari untuk miskin bandar


JobsMalaysia CYBERJAYA - Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Dilancarkan pada peringkat perintis pada April ini, ia akan menyaksikan penglibatan seramai 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar.

Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia), Yusuff Harun berkata, bantuan tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Namun, bantuan itu tidak akan diberikan sewenang-wenangnya. Mereka harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Gambar Himpunan Derita Rakyat di Pekan Rabu


 
 

Kedah hari Ini : Petang ke Demo Kangkung, Malam ke Ceramah Anwar..



Aduhai NOH OMAR, Isu #KAJANG pun hang dah lari sebok nak sekolahkan orang bab KALIMAH ALLAH..!!

Kecoh Saja Lebih, Penakut Rupanya Noh Omar Ni...

Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut

SHAH ALAM 1 FEB: Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam kelmarin menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut.

Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam kelmarin, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

“Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah.

“Jika dengan Suhaizan Kayat yang ‘cool’ pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan ‘gedebe’ Khalid Samad?,” tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.

Darah Perjuangan Anwar Ibrahim Rupanya Masih Mengalir Dalam Tubuh Zahid Hamidi

Shahbudin Husin,

Dalam suasana UMNO dan BN masih kalut bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Kajang iaitu sama ada BN perlu bertanding atau tidak dan sama ada calon Melayu atau Cina yang perlu diletakkan bertanding di kawasan itu, Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN berpegang kepada prinsip "lawan tetap lawan" bagi menghadapi pilihanraya itu.

Katanya, biar pun perkara mengenai calon belum diputuskan dan sekiranya seseorang itu sudah dimuktamadkan untuk bertanding mewakili BN, pendirian kita ialah "lawan tetap lawan" kerana sesiapa saja yang menentang BN adalah dianggap sebagai musuh BN.

Pendirian dan sikap tegas Zahid itu tidak ada yang peliknya, malah itulah kewajaran yang sepatutnya bagi mana-mana juga pemimpin politik. Tetapi yang menimbulkan sedikit pelik dan tanda-tanya ialah bila mana Zahid menggunakan unngkapan "lawan tetap lawan" kerana semua orang tahu ungkapan itu begitu sinonim digunakan oleh Anwar Ibrahim sejak dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 lagi.

Dalam kempen PRU 13, ungkapan itu menjadi lebih popular kerana Anwar hampr menyebutnya dalam setiap ceramahnya bagi menaikkan semangat dan menggelegakkan lagi darah perjuangan pengikut serta penyokongnya.

Analisa Perlembagaan terhadap Isu MB Selangor



ANALISA PERLEMBAGAAN TERHADAP ISU MB SELANGOR
Oleh: Anak Kedah warga Puncak Alam.

Saya tertarik dengan komen-komen berkaitan dengan isu Menteri Besar Selangor yang diberikan oleh Raja Perta Kamarudin di sini , oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah di sini , dan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod di sini.  Saya terpanggil untuk memberi pencerahan ini kerana bagi saya ianya adalah satu ibadah agar orang ramai yang tidak tahu dan yang tidak memahami akan perkara perlembagaan ini tidak mendapat suatu tafsiran yang salah.

Kaedah untuk mentakrifkan undang-undang adalah pelbagai.  Pelajar undang-undang biasa dengan penjelasan mengenai kaedah yang dinamakan “golden rule”, “literal rule” dan “mischief rule”. Namun sebagai ‘orang biasa di jalanan’, pemahaman logik yang digunakan untuk perbahasan perlu bersandarkan juga kepada asas-asas kaedah yang telah disebutkan ini agar pendapat yang dikeluarkan tidak terpesong.

Berbalik kepada isu Menteri Besar Selangor, umum mengetahui bahawa negara Malaysia wujud berasaskan kepada “demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan”.  Negeri Selangor, sebagai sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia juga ditadbirkan berasaskan kepada konsep yang sama.  Oleh itu, secara logiknya maksud ayat “sultan mempunyai kuasa mutlak” adalah tidak benar sama-sekali di Malaysia kerana ianya bertentangan dengan konsep Persekutuan Malaysia itu sendiri.  Sultan-sultan di Malaysia adalah Sultan yang memerintah berdasarkan kepada suatu perlembagaan yang sudah diperakui semenjak 31 Ogos 1957.

Bukti bahawa Masih Ramai Lagi Rakyat MALAYSIA yang miskin, tu pun UMNO BN bangga..!!


PRK Kajang: Umno-BN lebih awal membazir- Saifuddin Abdullah

UMNO BN 55SHAH ALAM 2 FEB: Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Umno-BN lebih awal membazir kerana berlaku dua dua pilihan raya kecil (PKR) di Selangor suatu ketika dahulu di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang.

Katanya, pada 1997 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abu Hassan Omar meletak jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ini bermakna bukan kali pertama ada wakil rakyat letak jawatan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan,” kata Saifuddin dipetik Harakah Daily.

Katanya, Muhammad meletak jawatan ekoran pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Fokus kepada pilihanraya yang bersih, bukannya demokrasi yang murah dan dijual beli..!!

“Perkara 51 membenarkan seseorang wakil rakyat untuk meletakkan jawatan tanpa sebab atau syarat. Perkara 51 ditulis untuk membolehkan pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik,” katanya lagi.

Pengamal undang-undang itu menambah, memaksa berlakunya pilihanraya kecil adalah strategi politik yang diamalkan di pelbagai negara demokrasi matang.

Jelasnya, pada 2008, Ahli Parlimen David Davis telah meletakkan jawatan dari House of Commons, UK untuk memaksa berlakunya pilihanraya kecil demi memberi fokus kepada isu kebebasan awam.

Pada tahun 1986, katanya kesemua Ahli Parlimen Unionist telah meletakkan jawatan dari parlimen UK sebagai satu strategi politik.

Beliau berkata, berbeza dari apa yang dikatakan pengkritik, tiada apa-apa kesalahan dalam memaksa berlakunya pilihanraya kecil sebagai satu strategi politik.

Mukhriz dah tak keharuan dah bila kena 'terjah' kiri kanan belakang depan..!!

MUKHRIZ TERTEKAN HADAPI TUDUHAN PENYELEWENGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir berada dalam keadaan sangat tertekan menghadapi pendedahan penyelewengan dan salah urus tadbir Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Nasir Zakaria berkata, tindakan Mukhriz melontarkan amaran terhadap perkara itu telah menimbulkan sangsi dan menzahirkan kelemahan Mukhriz dalam mendepani dakwaan berkaitan.

"Mukhriz tidak perlu bimbang sekiranya pentadbiran beliau bersih dari sebarang penyelewengan dan salah urus tadbir. Bukankah sifat berani itu benar dan takut itu salah?

"Sebagai pihak yang sedang memimpin sebuah kerajaan, beliau sepatutnya mempunyai kekuatan menjelas dan menerangkan hal sebenar. Bukan melontarkan amaran dan ugutan kerana sikap itu dilihat tidak matang dan kebudak-budakan," bidas Nasir.

Ada sekoq lagi mangkaq dilahirkan, bekas Setpol MB Selangor pula kena tegur

MB Selangor tegur Faekah

Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Walaupun Faekah Husin dilihat cuba mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari segenap aspek, namun bekas majikannya itu sebentar tadi, tidak bersetuju medium laman sosial digunakan bagi tujuan itu.

Menurut Abdul Khalid, penggunaan laman mikro Twitter sebagai alat komunikasi dalam konteks ini boleh mencetuskan kemarahan awam.

"Saya juga mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.

"Satu usaha yang mungkin mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya dan juga cuba menyokong sama lain.. juga sebagai satu alat komunikasi," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Faekah, bekas setiausaha politik Abdul Khalid itu aktif membuat serangan balas di laman sosial Twitter apabila pentadbiran Adun Pelabuhan Klang terbabit mendapat kritikan keras daripada pimpinan PKR.

Amiruddin Hamzah pula cabar Mukhriz supaya dedahkan jika ada kepincangan pada pentadbiran lalu..

AMIRUDDIN CABAR AMARAN MUKHRIZ

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah mengingatkan Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir agar tidak perlu mengugut dengan memberi amaran untuk membuka fail lama di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai reaksi kepada pendedahan kepincangan pentadbirannya.

"Sekiranya benar wujud keraguan pada pentadbiran lalu, sila laporkan kepada pihak berwajib," cabar beliau.

Jelasnya, PAS Kedah sebagaimana komitmen dinyatakan Pesuruhjaya, Dato' Mahfuz Omar bahawa PAS tidak akan melindungi sebarang salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku.

"Tidak mengapa sekadar hendak menjadi bahan lawak dalam ceramah, tetapi perkara dinyatakan Dato' Seri Mukhriz adalah hal serius yang mesti dibuktikan. Sekiranya tidak bermakna beliau telah berbohong dan memfitnah.

"Bagaimanapun, bagi PAS dan rakan Pakatan Rakyat, kami tidak akan berhenti dan akan terus membongkar serta mendedahkan begitu banyak kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam 7 bulan pentadbiran BN Kedah.

Rakaman Program Lanskap RTM1 dimana Suhaizan Kayat tapau wakil UMNO BN dan Pengacara rancangan


Pemuda Pas komited bantu calon PR


Suhaizan Kaiat  
Suhaizan Kaiat

SHAH ALAM - Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu.

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...