TERKINI :

Saturday, February 1, 2014

Gerak Kerja Politik Mahathir Memang Selalu Bermula Dengan Penafian

oleh Shahbudin Husin, 


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Bagi Mahathir, anggapan mengenai penglibatan dirinya hanyalah tafsiran Rafizi semata-mata. Rafizi mengaitkan gerakan mahu menjatuhkan Najib itu untuk mempertahankan keputusan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang dengan menyifatkan setelah Najib ditumbangkan oleh kumpulan yang ditunjangi oleh Mahathir, gerakan seterusnya ialah memastikan Selangor yang dianggap mutiara kepada negara dapat dijadikan milik BN pula.

Dengan Anwar bertanding di DUN Kajang dan seterusnya menjadi MB Selangor, Pakatan Rakyat lebih mempunyai kekuatan untuk memastikan negeri Selangor dalam dakapannya, demikian antara hujah yang diberian Rafizi.

Gerakan mahu menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia lagi UMNO. Selain Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib "PM Kangkung", mereka juga meminta PM segera berundur atau berambus bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU 14 nanti.

Mukhriz Pelik Harga Ais pun Naik... Lu Mari Sini Mukhriz Gua Ajar Lu Beb !

 
Menurut kata Menteri Besar Negeri kedah "Saya PELIK bila baca Laporan Akhbar Harga Barangan Sampingan lain seperti Ais juga Naik, Apa Kaitannya ?... Sudah tentu bertujuan untuk KAUT UNTUNG LEBIH di saat berlaku KENAIKAN HARGA BARANGAN. Mungkin juga ada CUBAAB Pihak tertentu mahu TIMBULKAN RASA MARAH terhadap Kerajaan, ia perlu DISIASAT".


Lu kalau Tak Tahu Mai Sini gua bagi tahu lu Mukhriz sebab apa Harga Ais (AIR BATU) Naik Harga, sebab nya ialah untuk dijadikan dari Air kepada AIR BATU ianya perlu Dibekukan dengan Mesin Air Batu atau di panggil dalam bahasa BAPAK UMNO iaitu FREZZER ok. Untuk menghidup sesebuah Mesin Air Batu ia nya memerlukan Tenaga seperti Elektrik, kalau sudah Harga Elektrik yang sebagai contoh sebelum ini adalah RM0.40 seunit menjadi RM0.50 macam mana Harga Air Batu tidak dinaikan beb.
Apakah lebihan dari KOS PEMBUATAN AIS tersebut hendak ditanggung oleh YAYASAN TUN MAHATHIR atau YAYASAN KARELA beb, itu baru cerita KOS PEMBUATAN bagaiman pulak dengan KOS PENGHANTARAN yang menggunakan PETROL atau pun DIESEL. Yang mana harga BAHAN BAKAR tersebut sebelum ini adalah RM1.90 menjadi kepada RM2.10, boleh kah itu dikatakan Tidak Naik atau pun boleh kah LEBIHAN KENAIKAN tersebut digantikan dengan AIR KENCING lu Mukhriz... kah kah kah !.

Rafizi: Kalau ini permainan PKR, tolaklah kami

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri.

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak.

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat.

"Ia demokratik dan ia juga sadistik.

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah.

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum.

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Alor Setar : Bangla 'kegersangan' sampai sanggup nak rogol wanita 50 tahun..!!

Lelaki Bangladesh ditetak, cuba rogol wanita 50 tahun

Seorang lelaki warga Bangladesh yang cuba merogol seorang wanita berusia 50 tahun cedera di kaki kanan akibat ditetak oleh suami mangsa dalam kejadian di Kampung Teluk Wanjah di Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai tiba-tiba masuk ke dalam rumah mangsa melalui pintu depan dan merentap pakaian serta cuba merogol mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan dirinya dan menjerit meminta pertolongan suaminya berusia 62 tahun yang ketika itu sedang mengupas buah kelapa di belakang rumah.

Suami wanita itu yang meluru masuk ke dalam rumah untuk membantunya terpaksa bergelut dengan lelaki itu dan suspek bertindak kasar dengan menumbuk bahagian dada suami wanita itu sehingga terjatuh.

SAMM : Sokongan Penuh Pencalonan Anwar Ibrahim Sebagai Calon DUN Kajang dan Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya

Sokongan Penuh Pencalonan Anwar Ibrahim Sebagai Calon DUN Kajang dan Khalid Ibrahim Sebagai Pengarah Pilihanraya
Dalam dunia politik Demokrasi Berparlimen, situasi kekosongan kerusi legislatif sama ada di peringkat Parlimen atau di Dewan Negeri bukanlah sesuatu yang tidak normal. Malah, jika kita bicara dalam konteks politik tanahair pun terdapat beberapa peristiwa pengosongan kerusi legislatif dengan bersandarkan kepada alasan strategi taktikal percaturan sesebuah gabungan parti-parti politik.

SAMM Muar menghormati pandangan dan komentar dari teman-teman seluruh Johor atas nama kebebasan menzahirkan pandangan dan juga dalam masa yang sama ingin turut mengambil bahagian dalam menyatakan pandangan.

Hakikat dan sejarah politik menentang rejim Pemerintah dalam negara ini mempunyai banyak kisah dan penuh warna-warni. Dan kerana itulah, SAMM Muar memilih untuk tidak segera memberikan komentar. Situasi yang berlaku di Selangor tampak tidak jauh berbeda dengan tahun-tahun akhir pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Pertembungan dan percakaran beberapa fraksi dengan kepimpinan eksekutif negeri akhirnya telah mengakibatkan rakyat Kedah mengambil keputusan untuk meninggalkan koalisasi Pakatan Rakyat.

Turun harga kereta: Realiti atau fantasi

MUHAMAD SIDEK

Sebaik membaca tajuk berita “Harga kereta bakal turun lagi” dalam sebuah akhbar pro Umno beberapa hari lalu. Saya tersenyum sinis sendirian. Yang pertama, sejak bila pula harga kereta turun selepas PRU13 lalu – apabila disebut bakal turun lagi! Memang Umno-BN tidak pernah turunkan harga kereta pun. Sepatutnya tajuk berita tersebut hanya berbunyi “Harga kereta bakal turun”.

Keduanya, saya berpendapat tiada apa yang menarik daripada pengumuman tersebut. Harga kereta CBU hybrid bakal naik. Dan kerajaan tidak bersedia mengurangkan duti eksais – dan ini bermakna tiada penurunan harga! Yang disebut akan turun secara berperingkat pada 2018 nanti – boleh percaya ke?

Pada masa yang sama tiada satupun pelan yang kukuh dibentangkan bagaimana harga kereta boleh dikurangkan. Sekadar mengadakan sidang akhbar memberitahu harga kereta akan turun beberapa tahun lagi – tanpa pelan yang munasabah – hanyalah retorik untuk menyejukkan kemarahan rakyat ketika kos sara hidup meningkat dengan drastik.

Kerajaan juga tidak menyediakan pelan untuk membantu para peniaga kereta terpakai dan pembeli yang sedia ada. Sepatutnya, jika harga kereta akan diturunkan 2 – 3 tahun akan datang, kerajaan wajar menyediakan pelan kepada peniaga kereta terpakai seperti merendahkan kadar faedah pinjaman kereta terpakai kepada kurang dari 1 peratus mulai sekarang.

Cina sudah buat keputusan, masa depan mereka bukan bersama BN, kata bekas menteri

OLEH MD IZWAN

Barisan Nasional (BN) tidak berpeluang menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang kerana pengundi Cina sudah membuat keputusan masa depan mereka bukan lagi bersama BN, kata bekas menteri Kabinet Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.

"Mereka telah memutuskan masa depan mereka bukan lagi bersama dengan BN, itu yang saya fikir. Sekadar orang Melayu yang boleh dibawa untuk menyokong Umno.

"Tapi orang Cina telah buat keputusan mereka. Zaman BN yang menyakinkan sudah berlalu, telah datang zaman yang sukar untuk BN menyakinkan," ujar bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu.

Oleh itu, bagi bekas menteri penerangan tersebut, tidak mungkin pengundi Cina akan mengubah fikiran untuk memilih BN pada ketika parti pemerintah tersebut dilihat lemah.

"Saya rasa, BN pasti kalah dalam PRK di Kajang.

"Saya tidak fikir orang Cina akan berubah fikiran mereka. Tidak ada," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider mengenai peluang BN untuk menang di Kajang.

Tudia aihh, takkan Rakyat Kedah dah miskin tahap kritikal dah nie..??

Pelik, rumah ibadat penuh

Pelik, rumah ibadat penuh 
Pelik, rumah ibadat penuh
 Lensa Sinar Harian merakamkan foto golongan tertentu yang berkumpul di tepi kaki lima rumah ibadat terbabit dari jauh.

ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan!

Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

MUKHRIZ DI KELILINGI EXCO CAP AYAM?

 http://1.bp.blogspot.com/-LnfmNtA7_g4/TfcnXlGvfaI/AAAAAAAAAJ8/8fjj8B9pQxU/s1600/ayam-nyaaa-uchull.jpg
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir nampaknya cuba tunjuk garang apabila beliau memberi amaran kepada pembangkang akan membuka fail-fail kotor projek bawah kerajaan PR terdahulu jika beliau terus diserang pembangkang.

Apa pun yang menjadi hairan ialah di mana exco-exco di sekeliling Mukhriz yang beliau lantik untuk berkhidmat dengan beliau. 

Mereka kelihatan lembab, pandir dan beku. Mukriz kelihatan keseorangan mentadbir Kerajaan Kedah dan exco-exco yang beliau lantik hanya kelihatan dalam majlis-majlis ceremonial sahaja. Tidak nampak exco yang tampil mempertahankan beliau ketika diserang pembangkang.

Menurut sumber banyak dasar-dasar beliau tergantung seolah-olah takut membuat keputusan. Menurut rakan di Kedah, kini telah kedengaran bisikan-bisikan sumbang di kalangan pentadbir negeri apabila banyak mesyuarat yang Mukhriz pengerusikan tidak ada keputusan yang jelas dibuat dalam erti kata lain 'hanging'.

BN akan kalah walaupun siapa calon yang diletak..!!

BN kalah jika letak calon MCA

Logo PRK dun Kajang
SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR.

“Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Cadangan BN jangan letak calon kalau rasa PRK Kajang membazir disokong

February 01, 2014

Cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletak calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika berasa ia satu pembaziran mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Exco Selangor.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail (gambar) berkata, masih belum terlambat untuk BN bertindak dan memberi kemenangan percuma kepada calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau Umno rasa dengan berlakunya PRK Kajang ini satu pembaziran, jangan bertanding. Beri laluan kepada calon PKR. Amacam?,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Selangorkini, laman rasmi kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin dalam tulisan di blognya menyindir Umno yang pernah melakukan tindakan sama pada 1997 ketika mahu menggantikan Tan Sri Muhammad Mohd Taib sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, Tan Sri Abu Hassan Omar yang menjawat posisi menteri kabinet meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor, manakala Jamaluddin Adnan pula berundur sebagai Adun Permatang bagi memberi laluan kepada Abu Hassan.

Beliau berkata, tindakan itu memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan dua PRK setelah Abu Hassan dan Jamaluddin bertukar kedudukan.

Macamana orang nak hormat pimpinan PAS, jenih gila buat statement nie pun susah jugak..!!

Selepas layan apa ketua pemuda pas di rtm1 masa dok tapau puak bn ingatkan dah tak ada dah pimpinan bawah pas nak bercakap bab kajang tetapi ada lagi mangkok sintaq yg nak bercakap di media umum bab tuu... Awat laa hgpa nie bengong sangat....pie ka tanya pimpinan atasan hgpa nu yg dok gebang melalui media buat apa...pimpinan atas dah setuju jd yg bawah nie x yah la buat statement macam mamat umno malam tadi...bengong tak sudah sudah
 

Walaupun Noh Omar "PONTENG SEKOLAH", Ketua Pemuda PAS tetap tapau peserta forom RTM1 malam tadi

Noh Omar tidak sertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 

Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.Kelibat Noh Omar tidak kelihatan di forum yang dianjurkan oleh RTM malam tadi. - Gambar Facebook Suhaizan Kaiat.
Setelah marah-marah kerana debat beliau dengan Khalid Samad dibatalkan oleh Sinar Harian, Datuk Sri Noh Omar tidak menyertai forum dengan Ketua Pemuda PAS malam tadi.

Forum anjuran RTM yang dijadualkan disertai oleh beliau itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Hasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan ahli parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

Dalam forum malam tadi, Suhaizan membuat penegasan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon PKR di Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduhai Mukhriz, BN yang penaik harga hg dok suruh PR yang selesaikan...


Himpunan motif politik, bukan perjuang rakyat

OLEH: ROSLINDA HASHIM Tarikh: January 31, 2014

Mukhriz Tun Dr Mahathir

ALOR SETAR - Himpunan Peduli Rakyat Bantah Kenaikan Sara Hidup (Turun 3.0) yang dirancang diadakan diperkarangan Kompleks Pekan Rabu didakwa hanya bermotifkan kepentingan politik pembangkang dan bukannya untuk memperjuang kebajikan rakyat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, himpunan itu diadakan semata-mata untuk meningkatkan rasa marah dan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan yang didakwa punca berlakunya kenaikan harga barang.

“Mereka hanya pandai anjurkan demonstrasi, mahu selesai masalah jauh sekali. Mereka sebenarnya mahu menentang siapa, adakah setiap kali harga barangan naik, alasan itu akan digunakan untuk meraih sokongan rakyat untuk menyokong mereka,” katanya.

Penyokong BN bukan paham apa itu inflasi nie..M

Pinjaman bank akan lebih mahal?
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: February 1, 2014

KELMARIN, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan berhubung perkembangan monetari dan kewangan negara memaklumkan kadar inflasi, iaitu kenaikan dalam harga barangan, mencecah 3.2 peratus bagi Disember tahun lalu, berbanding 2.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut BNM, kenaikan itu disumbangkan peningkatan harga makanan dan minuman bukan alkohol yang naik sebanyak 4.5 peratus pada Disember 2013 berbanding 3.9 peratus pada November 2013.

“Kenaikan harga makanan itu mencerminkan harga yang lebih tinggi dalam sub kategori ikan dan makanan laut, daging, dan sayur-sayuran, berikutan keadaan cuaca buruk, selain kenaikan harga juga dicatat dalam sub kategori makanan di luar rumah,” menurut BNM.

Inflasi, selain memberi kesan secara terus kepada poket orang ramai yang perlu membeli barangan pada harga lebih mahal, turut membawa kesan lebih membimbangkan, iaitu terhadap kadar faedah pinjaman yang ditawarkan di bank-bank seluruh negara.

Walaupun BNM pada Rabu lalu mengekalkan kadar faedah semalaman (OPR) di Malaysia pada tiga peratus untuk separuh pertama tahun ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini menjangkakan BNM menaikkan OPR pada separuh kedua 2014 akibat tekanan inflasi.

“Persekitaran kadar faedah rendah ini telah mencapai titik penting dan ada kemungkinan OPR akan disemak semula kepada kadar lebih tinggi.

“Tetapi BNM dijangka cuba sebaik mungkin untuk tidak mengubah OPR walaupun ada tekanan inflasi,” menurut Pengarah Eksekutif MIER Dr Zakariah Abdul Rashid, baru-baru ini.

OPR naik, kadar faedah di bank turut naik

Kadar OPR di Malaysia telah dikekalkan pada tiga peratus sejak Mei 2011 dan BNM dalam kenyataannya memaklumkan, dari segi kadar pinjaman runcit, kadar pinjaman asas (base lending rate atau BLR) purata bank perdagangan kekal tidak berubah pada 6.53 peratus.

Bank di Malaysia menggunakan OPR sebagai asas untuk menentukan kadar BLR bagi pinjaman yang diberikan mereka kepada orang ramai.

Kenaikan OPR hampir pasti membawa kepada kenaikan dalam BLR, sekali gus memberi kesan kepada orang ramai yang mempunyai hutang bank sama ada untuk rumah, pinjaman kewangan peribadi dan lain-lain kerana kadar faedah yang perlu dibayar akan meningkat.

Contohnya, kadar BLR semasa adalah 6.6 peratus. Bayangkan senario di mana seorang individu yang ingin membeli rumah mengambil pinjaman perumahan diberikan Bank A pada kadar faedah BLR - 2.2 peratus sekarang.

Ini bermakna, individu itu perlu membayar kadar faedah 4.4 peratus (iaitu 6.6 peratus tolak 2.2 peratus).

Kemudian, katakan OPR dinaikkan oleh bank pusat, menyebabkan Bank A turut menaikkan kadar BLR kepada 6.7 peratus. Ini bermakna, pinjaman rumah yang sama itu akan mempunyai kadar faedah 4.5 peratus (iaitu 6.7 peratus tolak 2.2 peratus), menyebabkan bayaran semula pinjaman menjadi lebih tinggi.

Kesimpulannya? Kenaikan OPR akan menyebabkan kenaikan BLR yang kemudian membawa kepada kenaikan kadar faedah pinjaman, sekali gus menyebabkan beban hutang rakyat Malaysia bertambah.

Penganalisis berpendapat berbeza

Sebaliknya, firma penyelidikan Kenanga Research percaya BNM dijangka tidak menaikkan OPR pada tahun ini, dan mengekalkannya pada kadar tiga peratus kerana keadaan semasa termasuk kenaikan harga petrol, tarif elektrik dan kemungkinan harga tol yang akan mengurangkan perbelanjaan pengguna.

"Kadar semasa (OPR) ini menyokong pertumbuhan domestik dan ianya menjadi cahaya panduan dalam keadaan semasa yang tidak menentu ini.

"Dengan pemulihan ekonomi negara-negara maju, eksport Malaysia dijangka semakin baik dan menjadi satu daripada faktor utama pertumbuhan ekonomi tahun ini," menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikannya.

Syed Rosli Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013 balun Noh Omar ?


PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail bertanya adakah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar buta sejarah? Katanya, BN sendiri pernah melakukan perkara yang sama seperti dibuat oleh PKR semalam yang mengadakan pilihanraya kecil tanpa disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya. “Pada pandangan saya kenyataan beliau di Sinar Harian adalah lebih kepada naif dan berpura-pura bodoh.

Jangan jadi melayu mudah lupa seperti yang selalu Mantan Perdana Menteri kita nyatakan iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. “Mengadakan pilihan raya kecil untuk menggantikan khidmat menteri besar telah dilakukan sebelum ini di Selangor. Ia telah ditetapkan pada tahun 1997 apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk (kini Tan Sri) Abu Hassan Omar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. “Dr Mahathir Mohamad memilih beliau selepas Muhammad terpaksa meletak jawatan berikutan dua pertuduhan di mahkamah Australia berikutan kegagalannya mengisytiharkan tunai RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996. “Abu Hassan, yang menjadi timbalan ketua perhubungan Umno Selangor, meletak jawatannya dari Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk bertanding kerusi DUN Permatang, melalui pertukaran secara langsung dengan kerusi yang disandang Datuk Jamaluddin Adnan. “Permatang adalah dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor.Barisan Nasional mengekalkan kedua-dua kerusi, Permatang dan kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya kecil yang diadakan pada 29 Mei 2007. Abu Hassan kemudiannya mengangkat sumpah pada 6 Jun 1997,” jelas Syed Rosli.

Tambahnya lagi, jika BN bimbang akan berlaku pembaziran, BN boleh memilih untuk tidak meletakkan calon dan memberikan kemenangan percuma kepada Anwar. Tindakan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan turut dipertahankan Syed Rosli yang juga Penolong Setiausaha Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan. Beliau menyifatkan tindakan Lee itu sebagai pengorbanan peribadi bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwar-warkan bakal mengambil alih tugas menteri besar dari Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau yang lantang bersuara mengkritik kerajaan berkata Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya cepat melatah dengan situasi ini. “Saya membaca kenyataan Noh Omar mengenai perletakan jawatan Adun Kajang iaitu Lee Chin Cheh yang beliau sifatkan seperti mengkhianati amanah pengundi di situ. Beliau juga menegaskan bahawa masa pilihan raya umum (PRU) yang lepas,banyak janji Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih belum ditunaikan.

“Saya rasa bukan setakat PR tetapi BN juga gagal menunaikan janji dalam manifesto seperti janji untuk menurunkan harga kereta dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya akan diberi RM1,200 tetapi sebaliknya hanya akan memberi RM650 sahaja, ini adalah contoh janji yang ‘dicapatikan’ oleh BN,” katanya menerusi satu kenyataan. Syed Rosli turut menyoal adakah Noh sendiri menembual pengundi di Kajang sebelum menyatakan bahawa pilihan raya kecil (PRK) di Kajang nanti hanya akan membuang masa mereka. “Ada tidak Noh Omar bertanya pada pengundi-pengundi Dun Kajang semua ini hanya membuang masa? Jikalau tidak jangan mudah melatah kerana memalukan kami pemimpin akar umbi Umno di Selangor. “Kita tunggu sahaja pada masa keputusan PRK nanti dan lihat sendiri berapa peratusan pengundi yang keluar mengundi,jikalau ianya dibawah 30 peratus maka ianya benar pengundi tidak sokong PRK tersebut.

“Noh Omar harus faham bahawa semua parti tetap tidak lari dari masalah dalam masing-masing. Sedangkan Umno sendiri pun ada masalah dalaman sendiri jadi Noh Omar perlu faham apa tindakan pimpinan PR lakukan ini mungkin untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor khususnya pengundi-pengundi,” tambahnya lagi. Mengenai PRK Kajang, beliau berkata jikalau Barisan Nasional masuk bertanding ianya sebenarnya akan merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang yang banyak untuk usahawan tempatan dan para peniaga untuk mencari lebih sedikit pendapatan mereka. “Sebagai contoh para pengusaha Home Stay akan mendapat tempahan yang banyak dan juga pemandu teksi akan mendapat penumpang yang bertambah sempena PRK nanti, ini adalah sebagai contoh apa PRK boleh diterjemahkan juga sebagai menjana ekonomi setempat,” katanya. Beliau turut menggesa pimpinan parti supaya tidak mengeluarkan kenyataan kurang cerdik pada masa akan datang. “Rakyat Selangor bijak belaka dan mereka tahu menilai mana permata dan mana kaca. Berpolitiklah cara sihat dan profesional jangan malukan kami pemimpin diakar umbi ini dengan kenyataan bodoh dari pimpinan BN, khusunya Umno,” ujarnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...