TERKINI :

Friday, January 31, 2014

Suhaizat lulus ujian, Noh Omar ponteng sekolah...

Alhamdulillah....
Weldone........
Tahniah.....

Ini yang sepatutnya diucapkan kepada Ketua Pemuda Pas yang baru kerana anda telah lulus ujian pertama malam ini berhadapan dengan juak juak Umno BN di RTM 1 sebentar tadi...

Walaupun awalnya dikatakan Noh Omar namun yang datang anak buahnya sahaja...mungkin tak balik sekolah lagi rasanya...

Persepsi pertama yang terpancar ialah anda cool, jawapan mantap sambil menjentik nakal memerli pihak lawan...

Apa yang dapat dikatakan Pemuda Pas kini sudah ada kembali auranya dengan ketokohan  Ketua Pemuda yang baru ini....

Berkenaan diskusi malam ini point utama rasanya banyak yng dah dapat penjelasan dari apa yg dijelaskan oleh Ketua Pemuda Pas sebentar tadi.

Yang penting semua dah faham apa yang dikatakan berkenaan Kajang.....

Politik buruk golongan 'kopiah putih' dalam PAS - Hafiz Ahmad

JANUARY 31, 2014

Baru-baru ini iklim politik Malaysia “panas” dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.

Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim. Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan

Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.

Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.

PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.

Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.

Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan “kopiah putih” ini.

Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng “kopiah putih” yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan.

Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.

Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam.

Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan “kopiah putih” yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.

Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang. – 31 Januari, 2014.

* Penulis adalah pemerhati politik dan juga pelajar jurusan ekonomi tahun akhir di Universiti Malaya.

Pas tak pernah rugi dalam berkawan

OLEH: DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Tarikh: January 31, 2014

PILIHAN raya umum 1955 diperkenalkan oleh British untuk menyediakan pemimpin-pemimpin sebelum kemerdekaan diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam pilihan raya di bawah tekanan Ordinan Darurat 1948 yang menyediakan iklim intimidasi dan euforia ketakutan ini , Umno, MIC dan MCA berada dalam satu koalisi yang dikenali sebagai Perikatan yang berlambangkan kapal layar.

Impaknya seperti diduga, perikatan Umno, MCA,MIC telah berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pas melalui calonnya Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Husain telah memenangi kerusi Krian Perak.

Selepas mencapai kemerdekaan, pihak oposisi yang mengadakan pemuafakatan politik ialah parti berhaluan sosialis iaitu Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh.

Jalur Melayu dan Cina sosialis-marhaenism ini juga menjadi kelompok yang kuat berkubu di bandar dan pinggir bandar dan menjenamakan mereka sebagai Sosialist Front (SF).

Pas yang mula dipimpin oleh Dr Burhanuddin al Helmi pada tahun 1956 mengakar kukuh di kawasan Melayu dan seterusnya memenangi negeri Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959.

Pas pernah berpakat dengan Parti Negara yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar sehingga pengasas Umno itu memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Pas, selepas tragedi 13 Mei 1969 telah jemput untuk berada dalam koalisi baru yang dinamakan Barisan Nasional, walaupun telah membayar harga yang mahal apabila segelintir pemimpin dan ahlinya tidak bersetuju dengan tindakan Pas yang dipimpin oleh Dato Asri.

Suara vokal Psd yang mula mengendur akibat berada dalam kerajaan campuran, maka anak-anak muda bernuansa Islam menuhuhkan Abim pada tahun 1971.

Pas semasa dalam kerajaan campuran telah melakukan pemberdayaan Islamisasi dalam pentadbiran, antaranya menghapuskan iklan arak di media perdana, laungan azan di media eletronik, mengadakan bulan dakwah, mengaktifkan Yadim dan pelbagai jasa yang masih dikecapi masyarakat negara ini.

Jodoh Pas tidak panjang bersama BN, Umno tidak pernah jujur bersahabat dan Pas ditendang keluar pada tahun 1977.

BN menaja serpihan yang dikenali sebagai Berjasa dalam pilihan raya umum tahun 1978 dan Pas hilang pengkalan kuasanya di Kelantan.

Awan hitam pekat mengarak di dada langit, namun tempohnya singkat apabila ulama-ulama Pas dengan pantas menggerakkan gerakan jihad ta'lim serta pentarbiahan kepada ahli yang agak merosot akibat keputusan teruk PRU 1978.

Dalam dekad 1980an, ditengah gelombang kebangkitan Islam pencapaian Pas dalam persaingan demokrasi agak suram dan dramatik.

PRU 1982, aktivis-aktivis gerakan Islam terpanar dengan kemasukan Presiden Abim ke dalam Umno, juga menyaksikan masyarakat yang teruja dengan peralihan kepimpinan negara pada tahun 1981.

Mahathir menggantikan Husein Onn dan memperkenalkan dasar Penerapan Nilai Islam ( PNI), diikuti beberapa institusi berbaur Islam sebagai tarikan pesona untuk masyarakat Muslim negara ini mengekalkan sokongan kepada kerajaan BN.

Dalam PRU 1986, Pas cuba membina hubungan dengan kaum Cina negara ini dengan penubuhan CCC ( Chinese Consultative Council), namun Pas dipukul dengan keputusan paling teruk dalam sejarah penyertaannya di medan persaingan kuasa. Pas hanya menang satu kerusi Parlimen di Pengkalan Chepa, yang dimenangi oleh Haji Nik Abdullah Nik Arsyad.

Langit tak selalu siram, sinar mentari akhirnya memancar terik, berkat dedikasi dan keikhlasan amilin Pas, ALLAH menghadirkan kekuatan demi kekuatan apabila sistem dokongan Pas mula melebar akibat program pencerahan semakin mengisi ruang masyarakat.

Kelompok kelas menengah Melayu semakin bertambah manakala kebejatan pemerintahan regim BN makin dihidu rakyat. Umno berpecah pada tahun 1987, antara kem Mahathir dan kem Ku Li, menatijahkan lahirnya parti Semangat 46.

Pilihan raya kecil Teluk Pasu Terengganu pada tahun 1989, menyaksikan calon Pas, Ustaz Harun Taib memenangi kerusi panas tersebut.

PRK itu menjadi asas permulaan untuk pemuafakatan politik yang lebih menyakinkan kepada front Melayu Islam negara ini.

Angkatan Perpaduan Ummah yang digagaskan untuk PRU 1990 menyaksikan Pas, Semangat 46, Berjasa, Hamim berjaya menyapu bersih semua kerusi di Kelantan. Pas memperolehi manfaat paling besar dengan kembalinya negeri jantung Melayu itu kepada parti Islam tertua negara ini.

Gegaran politik paling dramatik yang berlaku akibat pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, juga menyaksikan lanskap dan demografi politik Malaysia berubah dengan pantas.

Pas yang dipimpin oleh almarhum Dato Fadhil Noor telah menguruskan kebangkitan rakyat dengan berkesan, tertubuhnya GERAK, seterusnya pakatan politik pelbagai kaum dan jaringan sivil yang menghantar kejayaan besar Pas dalam PRU 1999.

Pas memenangi 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi Dun di seluruh negara dalam PRU 1999. Barisan Alternatif yang menampilkan Pas, Parti Keadilan, DAP memberikan tentangan sengit kepada koalisi BN. Terengganu dan Kelantan diperintah oleh Pas , dua buah negeri yang didominasi oleh orang Melayu .

Episod pemuafakatan politik pelbagai kaum makin terserlah dengan berlakunya tsunami politik pada tahun 2008, lima buah negeri tumbang kepada parti oposisi yang akhirnya dijenamakan sebagai Pakatan Rakyat.

Semenjak 2008, serangan hodoh BN terhadap PR tidak pernah berhenti sehingga kini. Pelbagai drama , kejutan demi kejutan sentiasa berlaku, ramai pemain politik samada PR dan BN turun dan naik daripada panggung politik sehinggalah kini.

Pakatan Rakyat tidak pernah sunyi dilambung gelombang, diterjah krisis, disepuh masalah, apatah lagi dengan pelbagai variasi para penyokongnya.

Koalisi paling besar pengaruhnya ini dalam sejarah parti oposisi berjaya membentuk kerajaan negeri dan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN dalam PRU 13. Keberadaan PR menjadi kuasa semak dan imbang yang kuat kepada regim BN dan dua blok kuasa politik ini menjadi pilihan rakyat negara ini.

Pas dalam sejarahnya melalui pelbagai tajribah politik dalam usaha memenangi rakyat serta salah satu usaha parti Islam ini melebarkan dakwah.

Kebijakan politik Pas ini akhirnya juga diadaptasi oleh gerakan Islam di dunia seperti memunculkan MMA di Pakistan, koalisi parti -parti muslim yangtelaah menyatukan Jamiatul Ulama dan Jamiat Islami.

Pas tidak pernah mengkhianati rakan pemuafakatannya dalam sejarah, pernah sepi bersendirian, disakiti teman tahalluf siyasi namun harakatul ummah ini dengan jiwa yang besar terus membadai perjuangan.

Keikhlasan berteman inilah antara sifir congak paling ampuh mengapa parti Islam ini makin melebar sokongan dan dokongan termasuk kaum bukan Islam.

Hormatilah Pas sebagai temaan pemuafakatan politik, jangan sakiti gerakan Islam ini kerana sejarah menunjukkan Pas tidak pernah rugi dalam berkawan.

Parti berbasis aqidah ini mempunyai prinsip dan didokong jutaan manusia, ia terus bergerak dan mara untuk menyampaikan dakwah dan merengkuh sokongan siasah untuk menunjang Syariah dalam tanahair tercinta ini.

Tiada madah berhelah, kerana obligasi akhirat adalah matlamat pasti harakatul ummah ini.

Dr Riduan Mohamad Nor Penulis ialah Setiausaha Lujnah Dakwah Pas Pusat

MUKHRIZ nak dedah dan serang dengan BONGKAR PR, dipersilakan...!

MB bersedia dedah dan serang
OLEH: ROSLINDA HASHIM
Tarikh: January 31, 2014

Mukhriz (dua, kanan) mengagihkan kotak berisi buah limau kepada wakil MCA Jerlun.
JERLUN - Kerajaan negeri tidak teragak-agak membuka fail-fail projek bawah kerajaan PR terdahulu jika terus diserang pembangkang yang seolah mahu menggambarkan kerajaan BN dipenuhi amalan korupsi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, jika pembangkang berterusan mengambil pendekatan dedah dan serang, pihaknya juga akan mempertimbang pendekatan sama pada masa akan datang.

“Kita sedang pertimbangkan perkara ini. Saya ingat dahulu tidak perlu ungkit perkara-perkara lama tetapi jika pihak sana (pembangkang) seolah mahu tunjukkan mereka bersih dan kita kotor, kita juga akan bertindak,” katanya, selepas majlis penyerahan buah limau kepada 14 cawangan MCA Jerlun, sempena sambutan Tahun Baru Cina, di Wisma Umno Jerlun, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga bersedia mendedahkan kepincangan dalam mana-mana projek yang dirancang bawah PR sepanjang lima tahun lalu.

“Mungkin sudah tiba masa kita buka rekod fail-fail projek lama, antaranya pelaburan pembalakan di Papua New Guinea yang merugikan, projek ladang buah di Pedu serta pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin),” katanya.

Mengulas tindakan PR yang mengheret isu penyelesaian luar mahkamah kes saman Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, pihaknya sedia memberi kerjasama yang diperlukan oleh badan itu.

“Sudah tentu kita akan beri kerjasama dalam usaha membersihkan segala tuduhan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan negeri BN. Saya alu-alukan jika SPRM beranggapan kes itu wajar disiasat kerana mereka hanya menjalankan tugas,” katanya. 

Rentetan laporan SPRM itu, laporan sama turut dibuat di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia), Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group), Isnin lalu. 

Sejak awal Januari lalu, kerajaan BN diserang secara berterusan oleh pembangkang, bermula dengan isu kenaikan harga barangan, isu pembelian Mercedes Benz S300 yang dikaitkan dengan kereta rasmi Menteri Besar, diikuti kes BDB yang dikaitkan dengan pembalakan di Lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih).

Teguran kepada pembaca berita TV

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Tidak ramai Pengacara wanita Islam, DJ wanita, Pemberita, Pembaca Berita wanita untuk TV1, TV2, TV3, TV7, TV9 dan lain-lain saluran tidak menutup aurat ketika bersiaran.

Yang anehnya lagi ada pengacara wanita Muslim yang mendedahkan aurat di TV ini akan bercerita tentang agama dan kadangkala berbicara dengan Ustaz atau Ustazah mengenai agama Islam termasuk bab akidah juga dengan selamba memakai pakaian yang tidak sepatutnya dipakai oleh wanita Islam. Yang menjadi tanda tanya juga mengapa tiada Ustaz atau Ustazah yang dijemput dalam sesuatu program itu menegur atau mengingatkan halal haramnya kepada pengacara tersebut. Macamnana hendak cerita tentang Islam kalau dihadapan kitapun tidak mampu untuk membuat teguran?

Beberapa pelancong daripada negara Timur Tengah agak terkejut juga apabila mendapati negara Malaysia yang kelihatan banyaknya bangunan masjid dan surau ini dan majoriti penduduknya beragama Islam tetapi masih ramai lagi wanita Muslim disini tidak menutup aurat sebagaimana yang diwajibkan dalam agama Islam.

Begitu juga apabila mereka ingin menonton beberapa program tempatan di TV dan mereka dapati kebanyakan pengacara dan Pembaca Beritanya mendedahkan aurat.

Adalah menjadi kewajipan sebagai pemimpin sebuah negara Islam dirantau ini memberikan arahan agar semua Pengacara Wanita Muslim di TV supaya menutup aurat sebagai syarat utama untuk mereka memegang jawatan yang ada hubungkaitnya dengan penampilan dan penonjolan bersabit dengan orang awam.

Tumbangkan BN, bukan mustahil!

Jan 30, 2014
MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

Medan demokrasi meskipun boleh dikatakan amat terbatas di Malaysia dari sudut kefahaman dan amalan, namun begitu undang-undang yang ada amat jelas mengenainya. Saya berpandangan setiap pemain politik dalam negara mesti bersedia memanfaatkan setiap ruang dan peruntukan undang-undang yang ada demi kepentingan rakyat.

Mari kita perhati dan renung sejenak beberapa lakaran peristiwa sebaik 2014 membuka tirainya. Bermula dengan himpunan TURUN, seawal detik 12:00 tengah malam, 1 Januari lagi rakyat telah menyuarakan secara sungguh-sungguh peri keperitan kenaikan kos hidup yang dihadapi.

Suara rakyat dalam himpunan turun bukan saja sekadar untuk dirai oleh pimpinan Pakatan Rakyat. lebih dari itu ia perlu diraikan dan diberi perhatian oleh pimpinan Barisan Nasional.

Yang mengalami kenaikan kos hidup bukanlah rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat semata-mata. Bahkan ia dirasai oleh setiap jelata rakyat termasuklah penyokong tegar Barisan Nasional yang luar dan dalam jiwanya dikatakan biru.

Tuduh rakyat Malaysia pemalas: Mana kerjanya Ahmad Maslan?

Jan 31, 2014
Shirzad Lifeboat

TIMBALAN Menteri Kewangan yang sering mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan rakyat mengenai sesuatu isu, Ahmad Maslan kini menuduh pula kenaikan angka pengangguran di negara ini adalah disebabkan mereka yang menurut hemat beliau sebagai ‘rakyat Malaysia pemalas’.

Menurutnya , “Tiga peratus adalah mereka yang pemalas… Mereka lebih buruk dari sekadar malas. Terdapat 300,000 yang hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa,” bagi merujuk kepada mereka yang dianggap oleh Ahmad Maslan sebagai pemalas.

Sejak Merdeka, ramai dari kalangan pemimpin Umno dan juga dari kalangan pemimpin parti komponen BN yang lain pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Walaupun dalam memilih anggota kabinet, terutama sekali Timbalan Menteri, Umno biasanya mengamalkan sikap ‘jobs for the boys’ maknanya melantik seseorang ke jawatan itu untuk memberikan pekerjaan kepada orang tertentu dalam parti (biasanya kerana akrab dengan pucuk pimpinan dan tidak semestinya kerana kebolehan, prestasi dan trek rekod), tetapi biasanya untuk jawatan Timbalan Menteri Kewangan ia dilakukan dengan lebih hati-hati.

PRK Dun Kajang: Belum apa-apa dah berebut nak jadi calon


BELUMPUN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempat menentukan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang, parti komponen BN khususnya Umno dan MCA sudah pun berbalah berebutkan kerusi yang dikosongkan Adun PKR, Lee Chin Cheh itu. (grafik idaman78.blogspot.com)

Walaupun para pemimpin BN termasuk Pengerusinya menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang itu sebagai ‘penghinaan terhadap proses demokrasi’ dan ‘satu pembaziran’, tiada tanda-tanda bahawa BN akan menuruti nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak bertanding.

"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam entrinya di laman Facebook.

Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 28 Januari lalu awal-awal lagi mahu pemilihan calon BN bagi PRK Dun Kajang tidak terikat dengan ‘formula lama’.

Beliau membayangkan calon bakal dipilih BN mungkin tidak datang dari MCA walaupun Dun Kajang merupakan kerusi tradisi parti Cina itu.

Wawancara Rafizi Ramli: Sebalik pimpinan, cerminan dan seteru di Kajang

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
January 31, 2014

PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Rafizi Ramli adalah salah seorang arkitek dalam ‘langkah Kajang’ yang membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan itu. Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR melihat betapa PKR tidak boleh berdiam diri apabila Umno terus menggunakan isu ketegangan kaum bagi merampas Selangor. Dalam menangani permasalahan itu, Pakatan Rakyat (PR) memerlukan pemimpin politik seperti Anwar dan pemimpin dalam soal pengurusan seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ikuti wawancara penuh dengan Rafizi.

S: Anda ada menulis sesuatu berhubung usaha Anwar untuk menjadi Adun di Selangor dan keperluannya bagi menangkis serangan Umno. Namun sejak lima tahun lalu, PR juga berdepan degan masalah isu bekalan air sehinggalah kepada bantahan kepala lembu. Jadi, apa keperluan Anwar untuk menjadi Adun di Selangor?

J: Pada tahun pertama, rakyat melahirkan kegusaran apabila kami diserang BN meskipun pada ketika itu kami masih tercari-cari. Asalkan kita jujur.

Kami kini berada di penggal kedua. Dinamiknya berubah terutama Umno. Doktrin sokongan bukan Melayu perlu diasingkan sudah berubah. Buat pertama kalinya wujud pemikiran adakah Melayu dan Umno dapat meneruskan perjuangan mereka. Ketika mereka diberi peluang, politik kaum dan agama yang dimainkan tidak ubah seperti mana yang kita lihat lima tahun lalu. – 31 Januari, 2014.

Tempoh tahanan reman Azizul di Sweden dilanjut

OLEH: Tarikh: January 30, 2014

STOCKHOLM - SWEDEN. Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna hari ini bagi melanjutkan tahanan reman Azizul Raheem Awalludin selama 11 hari lagi sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah itu mengeluarkan perintah berkenaan bagi membolehkan pihak pendakwaan yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes itu.

Difahamkan mahkamah sama akan bersidang esok bagi memutuskan penahanan reman isteri Azizul, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji.

Prosiding selama sejam itu dijalankan dalam bahasa Sweden dan diterjemah ke bahasa Inggeris untuk Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden, dan peguamnya, Jonas Tamm.

Anggota keluarga pasangan itu dari Malaysia dan seorang pegawai Tourism Malaysia turut hadir di mahkamah.

Azizul dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

PRK KAJANG : Nak ikut siapa nie, Ketua Pemuda Pusat kata bantu, yang negeri kata boikot.. kuasa siapa besar nie?


Pemuda Pas komited bantu calon PR

OLEH: JAMILAH HAMZAH Tarikh: January 30, 2014

SHAH ALAM - Selepas beberapa kenyataan membidas peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, hari ini Pemuda Pas menyatakan akan komited membantu rakan parti yang bertanding dalam PRK Dun Kajang.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, walaupun peletakan jawatan Adun PKR itu tidak disokong, namun sokongan akan terus diberikan kepada calon PR bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti perikatan itu.

"Pemuda Pas tetap komited untuk membantu memenangkan calon PR.

"Mungkin kita tidak bersetuju pada perletakan jawatan, tapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas dari genggaman PR," tulisnya dalam laman Facebooknya.

Terbaru, akhbar Sinar Harian melaporkan tindakan bekas Adun, Chin Cheh meletak jawatan terus mendapat pertikaian dalam kalangan Pemuda Pas.

Jumlah calon cemerlang STAM meningkat di Kedah

KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 di Kedah meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Di ALOR SETAR, Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Mansor Lat berkata jumlah pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang tahun lepas meningkat sebanyak 3.97 peratus berbanding 2012, iaitu 35 pelajar sahaja.

Beliau berkata sejumlah 38 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang), 117 Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 267 lagi Jayyid (baik) daripada 958 pelajar yang menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

Mansor berkata Kedah di tempat ke-11 daripada 13 negeri yang mengambil peperiksaan itu dengan gred purata nasional (GPN) 3.21.

Padah tolak orang sampai rebah dan cedera

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 30, 2014

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhkan hukuman denda RM700 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Sungai. - Foto Sinar Harian

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhkan hukuman denda RM700 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana didapati mendatangkan kecederaan ke atas seorang lelaki berusia 53 tahun.

Tertuduh, Mohd Asyraf Tuah dituduh mendatangkan kecederaan ke atas Husin Saad di kawasan luar bangunan Pasaraya The Store, Central Square dalam kejadian 2.10 petang pada 25 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa dengan menolak mangsa sehingga jatuh ke jalan.

Akibat perbuatan itu, mangsa luka pada bahagian kepala.

Oleh demikian, tertuduh telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sekiranya didapati bersalah, hukuman penjara selama tempoh hingga satu tahun dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukor di hadapan Majistret Manomani Ramanathan.

Setelah didapati bersalah, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM700 atau hukuman sebulan penjara boleh dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.

Dok Kira Anwar Hilang Kredibility, Masa Ust Fadhil Noor hilang 'Kredibility' dahulu hangpa takmau kira..!!

DUN KAJANG - ANWAR HILANG KREDIBILITI......

Membaca sejarah lampau, teringat kisah sewaktu DS Anwar dipecat dari Kjaan dan Umno serta diaibkan.  Hari pertama dipecat, di antara yg terawal berkunjung menziarahi DS Anwar di rumahnya adalah Almarhum Us Fadzil Noor Presiden PAS.  Ketika itu, ramai pimpinan PAS dan ahli PAS yg tidak setuju Almarhum Fadzil Noor bertemu Anwar atas sebab, pertama, itu masalah dalaman Umno dan Anwar.  Kedua, mereka kata Anwar dulu dlm Umno serang PAS maka tak wajar Almarhum Us Fadzil cuba berbaik dgn Anwar.  


Ketika itu Almarhum Us Fadzil sanggup hilang 'imej dan kredibiliti' sebagai Presiden PAS kerana dikritik oleh beberapa pimpinan dan ahli PAS sendiri.  Namun, Us Fadzil ada sebab mengapa beliau bertemu DS Anwar.  Hujah utamanya adalah biarpun Anwar dulunya menentang PAS, tapi sekarang Anwar telah dizalimi dan wajib Anwar dibantu.  Ketika itu ramai yg berkata apa faedahnya dan untungnya Us Fadzil berbuat demikian?

Nah, Us Fadzil kini telah tiada.   Apakah untungnya perbuatan Us Fadzil berpuluh tahun dulu kpd PAS?  PAS amat hebat sekarang malahan disokong semua kaum, letak bertanding di mana saja PAS punyai harapan baik.  Bukan kerana Anwar sebenarnya, tetapi kerana kebijaksanaan Almarhum Us Fadzil yg sanggup dikritik hebat dan korbankan kredibilitinya sebagai Presiden demi untuk partinya.  Menyedihkan, Almarhum tidak sempat lama melihat kemajuan PAS.  Sekarang, baru kita terfikir langkah Almarhum dulu itu amat tepat sekali. 

Kini, Anwar pula dikritik hebat dan beliau hilang kredibilitinya bila dianggap sebagai 'gila kuasa', bila bertanding di Dun Kajang.  Jika dulu Almarhum Us Fadzil dicemuh oleh rakan2 dlm partinya sendiri kerana memilih strategi berbaik dgn Anwar bekas musuh politik PAS, kini Anwar juga dicemuh oleh ahli2nya sendiri.  Apakah Anwar memang sengaja memilih untuk dicemuh atau hilang kredibiliti hanya kerana kerusi Dun? 

Aku yakin, sejarah akan menceritakan kembali kisah ini....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...