TERKINI :

Tuesday, January 28, 2014

Kematangan PAS teruji lagi di KAJANG selepas trajedi di KOTA DAMANSARA & SG ACHEH

Watak watak seperti KOTA DAMANSARA & SG ACHEH mula kelihatan dalam parti PAS apabila teruji dengan isu KAJANG... Yang bawah sudah mula tidak patuh dengan arahan kepimpinan atas...yang atas dilihat tak dapat mengawal yang bawah membuat kenyataan....

Perbetulkan kami jika kami salah....

Pas selalu mencanangkan bahawa ahli kena walak kepada ketua... Dari krisis Selangor dilihat Pas telah menghantar naib presiden iaitu sdr salahudin ayub mewakili parti tersebut... untuk menyatakan Pas akan memberi sokongan kepada calon pkr di Kajang...

Tetapi skrg dilihat yang dibawah nie sudah mula membuat kenyataan itu ini itu ini.... Siapa walak siapa nie...takan yg bawah lebih sudu dari kuah.....pusat kata lain yg kecik anak dibawah dok kata lain....

Rompak Samun dan Bunuh di siang hari di Sg Petani, amannya bumiku kini...

Warga emas mati dibunuh

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: January 28, 2014

SUNGAI PETANI – Seorang warga emas ditemui mati dalam rumah miliknya dekat kawasan perumahan elit Lagenda Heights, Sungai Petani dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai Goh Teik Seng, 67, ditemui terbaring di tingkat bawah rumah banglo berkenaan berdekatan sudut tangga ketika ditemui pasukan polis.

Difahamkan, mangsa dipercayai terkena hentakan kuat oleh objek keras di bahagian kepala.

Pengerusi Persatuan Penduduk Lagenda Heights, Low Sui Guan, 47 berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan kerana tidak pernah melibat saudara-mara atau ahli keluarga terdekat menziarahinya.

“Keadaan pintu rumah mangsa tidak tertutup ketika dilihat sejak semalam tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan kemungkinan mangsa keluar ke pusat beli belah berdekatan.

“Pagi ini, keadaan masih sama apabila pagar rumahnya tidak bertutup dan berkunci,” katanya.

Katanya, melihatkan keadaan itu yang mencurigakan, mereka menghubungi pasukan polis sebelum pemeriksaan ke dalam rumah dilakukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, hasil siasatan awal mendapati mayat seorang lelaki warga emas ditemui terbaring dalam rumah tersebut.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan, mangsa dipercayai disamun sebelum dibunuh.

“Bagaimanapun, tiada sebarang tanda pecah rumah dikenal pasti, berkemungkinan suspek dikenali mangsa,” katanya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, mangsa sudah meninggal dunia kira-kira beberapa jam dari tempoh ditemui.

Menurut Khalil, motif kejadian masih dalam siasatan.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat,” katanya.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi polis atau ke balai polis berdekatan untuk berbuat demikian.

Pergolakan dalam keluarga Tun Razak

Akibat artikelnya, Datuk Seri Nazir Razak dikatakan kini terpinggir daripada koridor kuasa. Gambar fail.Akibat artikelnya, Datuk Seri Nazir Razak dikatakan kini terpinggir daripada koridor kuasa. Gambar fail.Artikel bertajuk “Mengenang kembali bapa saya, Tun Razak” yang ditulis jurubank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak dikatakan menyebabkan kemarahan keluarga perdana menteri dan penyokongnya -  dengan kemungkinan akan menyebabkan bos CIMB itu menerima akibatnya.

Menurut kem Datuk Seri Najib Razak, artikel tersebut yang menggambarkan legasi perdana menteri kedua Malaysia ibarat memberikan peluru kepada musuh beliau – kini menyerang dirinya dan isteri daripada pelbagai sudut.

Dalam artikel dikeluarkan sempena ulang tahun ke-38 kematian Tun Abdul Razak Hussein, Nazir meceritakan tentang kualiti yang menyebabkan bapanya dihormati. Sebagai seorang pemegang amanah aset negara, kesederhanaannya adalah lagenda.

Apabila keluarga menemaninya dalam lawatan rasmi kerajaan, Tun Razak memastikan perbelanjaan untuk keluarga daripada poketnya sendiri. Beliau juga terkenal dengan integriti, merupakan hamba kepada rakyat dan kepercayaan diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.

Nazir berkata, bapanya sudah melaksanakan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran dan percaya terdapat tempat bagi semua rakyat di bawah matahari Malaysia.

Difahamkan, artikel tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi Razak dan juga mempertahankan nama keluarganya.

Artikel tersebut disukai ramai terutama yang tidak gembira dengan pencapaian Najib sebagai perdana menteri serta membiarkan peningkatan ektremisme kaum dan agama.

Ramai beranggapan artikel tersebut dikeluarkan tepat pada masanya di kala kerajaan berbelanja secara mewah dan sikap angkuh ahli politik pemerintah pada ketika rakyat Malaysia menderita akibat kenaikan kos kehidupan.

Tetapi di Putrajaya, artikel tersebut tidak disukai dan Nazir kini terpinggir daripada koridor kuasa.

Beliau kini tidak menikmati sokongan kerajaan sehingga terpaksa memikirkan pilihan pekerjaannya.

Wujud cakap-cakap mengatakan Nazir dilihat sebagai pengkhianat.

Apa yang pasti, hubungan di antara keluarga Najib dan penyokongnya dengan pengurus bank itu semakin dingin.

Sumber dekat memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak penentangan terhadap artikel tersebut termasuk nada tulisan, masa dikeluarkan dan motif di belakangnya.

Kumpulan Najib berkata, seolah-olah hanya Nazir yang menjaga legasi Razak. Sebagai tambahan mereka berkata, perlu ada kesetiaan kepada keluarga, terutamanya pada waktu sukar.

Dan mesej kepada perdana menteri dihantar melalui artikel disiarkan media tidak dikawal Umno. Artikel bertarikh 14 Januari itu disiarkan The Malaysian Insider, The Star dan Sinar Harian.

Difahamkan Najib dan adiknya bertengkar mengenai artikel tersebut, dan sebuah lagi artikel tentang isu sama disiarkan akhbar milik Umno New Straits Times, dua hari kemudian.

Walaupun diserang penulis blog pro kerajaan berhubung artikel tersebut, Nazir tidak berganjak dan mempercayai beliau mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi ayahnya dan mempertahankannya walau apa pun terjadi.

Walau apa pun terjadi. – 28 Januari, 2014.

Azmin: P'raya kecil Kajang langkah taktikal

Tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang dan memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu "langkah taktikal" untuk menguasai Putrajaya, kata Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Anwar bertanding di sana akan memberikan satu mesej kepada orang ramai yang kita serius tentang Selangor dan akan menggunakan negeri ini sebagai batu loncatan ke Putrajaya," kata Azmin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor, petang ini.

Menurut Azmin, beliau sendiri sebenarnya sanggup mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandangnya untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

"Kita perlukan pemimpin nasional yang kuat seperti Anwar untuk bertanding di Selangor.

"Kalau anda mahu saya tawarkan kerusi saya pun, saya sangat berbesar hati untuk berbuat demikian tetapi dalam perbincangan kami, Kajang adalah kerusi terbaik," kata pengerusi PKR Selangor itu.

Mengulas kritikan serta rungutan dari beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tentang langkah itu, Azmin menjelaskan yang PKR Selangor maklum tentangnya.

Namun tegasnya, jaminan serta dukungan pemimpin tertinggi DAP dan PAS yang hadir pada sidang media pagi tadi meyakinkannya segala rintangan yang akan timbul dari langkah kontroversi itu akan berjaya diatasi.

"Kita dengari pandangan akar umbi tetapi jaminan yang diberi pimpinan itu amat penting.

"Kita akui ada sedikit kerisauan dari akar umbi tentang pilihan yang diambil PKR untuk mengadakan satu lagi pilihan raya kecil.

"Kita akan hadapinya bersama dan kita akan atasi isu ini," kata Azmin.

Mukhriz bagi peringatan kepada puak yang dok gunakan isu agama dan bangsa

Amalan kongsi kuasa wujudkan perpaduan di Malaysia

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 28, 2014

ALOR SETAR - Amalan kongsi kuasa dan kepimpinan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka menjadi formula ke arah perpaduan antara kaum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tradisi kongsi kuasa diamalkan oleh pemimpin terdahulu hingga hari ini dalam pentadbiran negara melibatkan penyertaan wakil masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, formula itu berjaya mewujudkan keamanan dan keharmonian yang dinikmati segenap lapisan rakyat.

“Formula inilah yang menjayakan kita menyatupadukan rakyat. Tidak ada satu formula selain daripada amalan kongsi kuasa ini yang boleh berjaya di negara ini.

“Tidak mungkin kita boleh tubuhkan kerajaan yang tidak diwakili masyarakat yang ada di dalam negara. Oleh itu, rakyat perlu terus memberi mandat kepada kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di kediaman rasmi di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Sumbangan dari pejabat Menteri Besar berupa buah limau, kuih dan wang tunai RM100 diberikan kepada 1,000 penerima terdiri daripada warga emas, orang miskin dan pertubuhan kebajikan.

Dalam pada itu, Mukhriz turut menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba membangkitkan sensitiviti agama dengan menggantung kain rentang dengan kalimah ALLAH di gereja di Pulau Pinang kelmarin.

Menurutnya, provokasi oleh pihak tertentu kini semakin menjadi-jadi dan berniat untuk meleraikan perpaduan yang dinikmati rakyat.

“Niat mereka untuk menimbulkan rasa marah umat Islam terhadap orang Kristian. Ini satu provokasi yang berbahaya kita semua,” katanya.

PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang

PETALING JAYA: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.

Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.

Nasib Khalid melalui penyingkiran terbuka?

Dr Abdul Aziz Bari | 9:56AM Jan 28 2014

Petang semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyebut peri pentingnya perkenan Sultan dan persetujuan Pakatan Rakyat sebelum beliau dapat digantikan.

Itu dengan sendirinya memberi isyarat bahawa bukan mudah untuk menggantikan menteri besar Selangor ini.

Respon itu juga memberi isyarat bahawa Khalid tidak akan menyerahkan tengkuknya begitu sahaja.

Dua bulan lalu saya dan seorang teman wartawan ada berbincang mengenai masalah Pakatan di Selangor dan saya meramalkan apa yang berlaku ini akhirnya akan memuncak dalam bentuk krisis politik di Selangor pada 1975.

Krisis itu mempunyai beberapa persamaan dengan krisis yang berlaku di Sarawak pada 1966 dan Kelantan pada 1977.

Saya berpendapat politik dan prosedur yang digunakan dalam krisis-krisis itu boleh direnung bagi digunakan semula dalam menangani kerenah menteri besar Selangor ini.

Ketiga-tiga krisis politik itu melibatkan penyingkiran ketua kerajaan negeri; yakni menteri besar di Selangor dan Kelantan dan ketua menteri di Sarawak.

Mirip situasi Kelantan 1977

Dalam ketiga-tiga krisis itu parti yang membentuk kerajaan terpaksa mengemukakan undi tidak percaya bagi menjatuhkan orang mereka sendiri yang enggan bermain mengikut arahan parti.

Kalau orang parti yang diletakkan di dalam kerusi menteri besar itu mengikut arahan sebagaimana Datuk Seri Najib Razak di Pahang atau Datuk Seri Dr Rais Yatim di Negeri Sembilan pendekatan melalui undi tidak percaya itu tidak perlu.

Tetapi itu bukan politik Datuk Harun Idris yang telah memegang jawatan menteri besar Selangor sejak 1964.

Muda-muda lagi sudah hadapi tuduhan bunuh, itulah generasi muda yang Malaysia ada sekarang..

Bunuh: Remaja dihadap ke mahkamah
Tarikh: January 28, 2014

ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan November tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dituduh membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kampung Alor Senibong, Mukim Tajar dekat sini, antara jam 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 November 2013.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T kuning berbelang mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Mac ini.

Mohd Firdaus hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Noor Hasnita Wan Daud.

Mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November tahun lalu selepas dilaporkan hilang bersama dua lagi adiknya Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, pada 29 November 2013.

Pada 1 Disember 2013, mayat adik-adiknya pula ditemui kira-kira 4 petang di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira jam 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.

Difahamkan Mohd Firdaus akan turut dituduh membunuh dua adik Noor Syafikah Nadia pada tarikh yang lain. - Bernama
 

Anak Selangor bukan syarat MB

Apa pun tanggapan mereka bagi saya ini tidak salah dan boleh berlaku. Undang-undang Tubuh Negeri Selangor hanya meletakkan syarat – selain sokongan majoriti dalam DUN – Melayu dan Islam.

Tidak perlu bahawa calon menteri besar itu orang Selangor atau lahir di Selangor. Dan saya fikir Anwar sahaja mempunyai aura dan kekuatan untuk mengenepikan Khalid. Calon lain belum tentu.

Ada yang kata Anwar bukan ADUN. Ini bukan masalah. Kerusi DUN Kajang sudah dikosongkan. Anwar boleh bertanding di situ.

Kita tentunya masih ingat bagaimana Datuk Seri Abu Hassan Omar disebut menjadi menteri besar ketika beliau masih berada dalam kabinet persekutuan selepas Tan Sri Muhammad Muhd Taib terpaksa meletakkan jawatan menteri besar pada 1997.

Apa yang berlaku selepas itu ialah kerusi DUN di bawah parlimen Kuala Selangor dikosongkan dan Abu Hassan bertanding di situ.

Dalam senario sekarang langkah pertama sudah bermula apabila DUN Kajang dikosongkan. Apa yang akan berlaku selepas ini kita sama-sama tunggu. Apa pun pilihannya tidak sukar.

Pakatan boleh teliti apa yang dipaparkan tadi. Perlu saya sebutkan bahawa Anwar boleh terus memegang kerusi parlimen Permatang Pauh dan meneruskan kedudukan sebagai ketua pembangkang di parlimen.

*DR ABDUL AZIZ BARI bekas profesor undang-undang UIAM yang kini bertugas di Unisel. Beliau juga felo kanan IDEAS, badan pemikir bebas, dan Penang Institute yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Beliau calon PKR untuk parlimen Sabak Bernam dalam pilihan raya umum lalu.

Anwar Ibrahim dipilih sebagai calon PR untuk DUN KAJANG

MB selangor mengumumkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk PRK DUN KAJANG.

Pengumuman ini mendapat perkenan dari sahabat PAKATAN RAKYAT iaitu PAS dan DAP.

PAS diwakili oleh Naib Presiden iaitu Salahudin Ayub manakala DAP oleh Lim Kit Siang.

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

 Fathi Aris Omar
 | 9:15AM Jan 28 2014

Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Wan Muhammad Azri: Saya bukan pemilik 'Papa Gomo'

OLEH: Tarikh: January 27, 2014

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif dan Editor KL Pos Media & Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog 'Papa Gomo'.

Beliau membuat penafian itu di Mahkamah Tinggi pada pendengaran kes saman Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung paparan video seks ketua pembangkang berkenaan dengan seorang lelaki.

Wan Muhammad Azri, 31, juga menafikan beliau adalah penulis, penerbit dan penyebar artikel atau imej berunsur fitnah terhadap Anwar dalam blog www.papagomo.com.

"Saya tiada pengetahuan mengenai artikel-artikel itu dan imej-imej tersebut. Blog saya adalah Malayrights.blogspot.com dan bukannya 'Papa Gomo'," katanya ketika disoal peguam N.Surendran, yang mewakili Anwar.

Bekas anggota polis itu turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau pernah ditangkap, ditahan reman dan disoal siasat berhubung laporan polis terhadap blog 'Papa Gomo' sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, Anwar memaklumkan mahkamah bahawa perkataan yang dikeluarkan Wan Muhammad Azri dalam artikel berkenaan adalah fitnah dan penyiaran imej serta artikel dalam blog itu memberi kesan buruk terhadapnya sebagai seorang pemimpin politik.

"Ia memberi kesan buruk terhadap persepsi rakyat Malaysia, terutama orang Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini, terhadap saya dan perkara seperti ini dipandang hina oleh masyarakat di negara ini, terutama masyarakat Melayu," katanya.

Beliau berkata, meskipun penyebaran artikel berkenaan menyaksikan majoriti undi kepadanya bertambah pada pilihan raya umum lepas, ia tetap memberi kesan negatif.

Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosilah Yop bersambung esok. - Bernama

Dr Maza: PRK bukan untuk beri kawan peluang

OLEH: MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Tarikh: January 27, 2014

SHAH ALAM - Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan tidak wajar sekiranya seseorang Adun itu meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh.

Menurutnya Pilihan Raya Kecil (PRK) membabitkan wang rakyat yang agak banyak, jadi sekiranya seseorang Adun itu hendak meletakkan jawatan, adalah tidak wajar sekiranya hanya ingin memberi ruang kepada kawan dalam partinya untuk bertanding dan mengambil kerusi tersebut.

"...pilihan raya kecil membabitkan wang rakyat yang agak banyak..kalau jadi tabiat wakil rakyat letak mudah-mudah maka banyaklah wang rakyat dibazirkan.

"...kalau ada alasan kukuh seperti kesihatan bolehlah diterima tapi kalau sekadar nak beri ruang kawan-kawan maka itu satu pembaziran.. kenapa yang sepatutnya tidak bertanding dari awal?," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Media hari ini melaporkan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi itu.

Peletakan jawatan tersebut menguatkan desas desus bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi menteri besar Selangor dan dipercayai untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.

Antara nama lain yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Terdahulu Chin Cheh sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Anwar nafi mahu jadi MB Selangor

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 27, 2014

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seperti yang didakwa sebuah portal berita.

Anwar berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.

Menjawab soalan media mengenai pertemuannya dengan Abdul Khalid malam minggu lalu, Anwar menjelaskan, beliau sering mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, bukan pada malam Ahad lalu sahaja.

"Saya selalunya bertemu dengan Tan Sri Khalid seminggu sekali, sama ada di pejabatnya, atau di rumah menteri besar, untuk perbincangan mengenai kedudukan Pakatan Rakyat dan perkara umum mengenai Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya terhadap blogger Papagomo di mahkamah tinggi, di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan bahawa Anwar akan menggantikan tempat Abdul Khalid.

"Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar," kata Saifuddin.

Aduhai kerajaan, takan duit habis dah sebab tu turap jalan separuh...!

Hanya turap separuh jalan

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 27, 2014

KOTA SETAR - "Kami berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menurap jalan kampung ini, namun sayangnya ia diturap separuh sahaja," demikian luahan penduduk Kampung Tempayan Pecah, dekat sini, Abdul Rahim Mahmud, 47.

Difahamkan, kira-kira 600 pengguna laluan mengeluh apabila terpaksa menggunakan jalan kampung yang hanya diturap separuh itu, manakala lebih 1.5 kilometer (km) lagi berlubang dan rosak di merata-rata bahagian.

Abdul Rahim berkata, dia merayu tindakan segera pihak berkenaan supaya membaiki kerosakan yang tertinggal berikutan beberapa penduduk tempatan sudah terjatuh selain bimbang kejadian lebih buruk berlaku.

"Sebahagian kiri dan kanan jalan telah siap diturap semula Mei lepas. Manakala, hanya tertinggal kira-kira 1/4 lagi sahaja kerosakan perlu dibaiki. Ada pihak tertentu meminta kami menunggu.

"Namun, sungguh menyedihkan apabila keadaan jalan masih sama, meskipun sudah lebih tujuh bulan. Sedangkan, orang awam turut menggunakan laluan ini sebagai jalan pintas bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan," katanya.

Jalan tak diturap makin tidak sama rata, malah agak licin, justeru, katanya, dia bimbang bukan hanya keadaan jalan mendap bertambah serius, sebaliknya aktiviti seharian penduduk tempatan terus terjejas.

Manakala Hafiz Abdul Rahim, 25, berkata, dia merayu pihak berkaitan memasang pengadang pada sebatang titi konkrit kerana laluan sempit, manakala jaraknya panjang sekali gus berbahaya kepada orang ramai khususnya kanak-kanak.

"Saya sendiri pernah terjatuh ke dalam sungai berkenaan sewaktu menunggang basikal dahulu. Mujur ada penduduk terlihat kejadian itu sebelum tampil menyelamatkan saya. Malah, ada beberapa orang lagi mengalami nasib serupa tidak lama kemudiannya," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...