TERKINI :

Monday, January 27, 2014

KAJANG : Andaikanlah DSAI bertanding dan menang, apakah beliau akan menjadi MB?

Mohammad Agus Yusoff

Petang ini ramai terkejut apabila membaca berita peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Spekulasi paling besar tentang peletakan jawatan ini ialah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bertanding dan menjadi MB Selangor menggantikan Tan Sri Khalid.

Sama ada betul atau tidak spekulasi ini, saya tidak nampak ini tindakan yang baik. DSAI sudah melakukannya dulu di Permatang Pauh. Waktu itu tindakannya mendapat sokongan rakan PR kerana yang meletakkan jawatan isterinya. Waktu itu peletakan DS Wan Azizah mendapat sokongan kerana dibincangkan bersama dengan rakan dalam PR.

Tapi kali ini berbeza. Apa bezanya?

Pertama, kerana rakan-rakan dalam PR tidak tahu tentang peletakan jawatan ini. Kedua, pemilihan MB Selangor bukanlah boleh dirancang oleh PKR sendirian kerana ia memerlukan muafakat bersama dalam kalangan PR. Ketiga, ramai melihat DSAI bertindak demikian untuk menyelesaikan krisis TS Khalid dengan YB Azmin Ali. Keempat, jikalah tujuannya untuk DSAI menggantikan TS Khalid, belum tentu ia boleh diterima oleh rakan-rakan dalam PR. Masih ada yang melihat TS Khalid, walaupun kedekut berbelanja, tetapi seorang yang ada integriti dan bersih rasuah.

Siapa yang beruntung jika isu Allah ini memporak perandakan negara?

oleh Aspan Alias

Dua butir ‘Molotov Cocktails’ telah dilemparkan kedalam kawasan gereja dijalan Farquhar di Pulau Pinang pagi tadi dan ini adalah satu kejadian yang sangat menakutkan kepada siapa yang ada agamanya dan yang menghormati undang-undang serta memahami keadaan hidup dalam negara berbilang kaum dan agama. Telah dikatakan tindakan dua orang diatas motorsikal membaling ‘Molotov cocktails’ ialah kerana rentangan kain digereja yang menggunakan nama Allah itu.
Negara ini seolah-olah sudah tiada undang-undang lagi dan seolah-olah kita tidak ada kerajaan yang memimpin kita lagi. Kita sekarang bukan sahaja tidak ada siapa yang mentadbir kita, rakyat yang ramai pun sudah tidak mengindahkan hidup beragama dan bermasyarakat berbilang kaum. Tiada siapa yang takut dengan undang-undang semata-mata telah dibudayakan dalam kepimpinan kerajaan yang undang-undang itu hanya untuk siapa yang hendak dipersalahkan sahaja.
Siapa yang melakukan kerja hina ini wajar ditahan dan dihadapkan dihadapan pengadilan Mahkamah dengan serta merta kerana kejadian ini boleh merebak dan akan tidak dapat dikawal lagi. Ramai diantara kita tidak mempunyai tempat lain untuk berpindah. 'Di mana bumi dipijak disitulah langit yang kita junjung'.

Bekas Setiausaha Politik bergelar DATUK ditahan SPRM..!!!

SPRM tahan bekas setiausaha politik, pengarah yayasan
Jan 27, 2014
HARAKAHDAILY

PUTRAJAYA: Dua orang termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan dan dijangka didakwa esok.

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memberitahu, seorang lagi yang ditahan itu merupakan pengarah yayasan yang diketuai bekas setiausaha politik terbabit.

Kedua-dua individu yang berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, di bawah Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta.

Bekas setiausaha politik dan pengarah itu masing-masing ditahan pagi dan petang ini. Mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 setiap seorang.

Apa yang tersirat disebalik perletakkan jawatan Adun Kajang masih menjadi tanda tanya..!!

Saya letak jawatan untuk kukuh Pakatan Selangor, kata Adun Kajang

Surat peletakan Adun Kajang Lee Chin Cheh. - Gambar The Malaysian Insider.Surat peletakan Adun Kajang Lee Chin Cheh. - Gambar The Malaysian Insider.Surat peletakan Adun Kajang Lee Chin Cheh. - Gambar The Malaysian Insider.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan hari ini mengatakan beliau mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk kepentingan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Lee yang baru sahaja menjadi Adun selepas pilihan raya 5 Mei lalu juga mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kajang yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat.

"Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor," kata Lee dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang."

KAMI SETUJU GST KALAU…

Pihak pembangkang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST dan pihak kerajaan pula bermati-matian mempertahankan dengan mengatakan GST satu mekanisma pengutipan cukai yang efisen dan baik. Orang awam seperti kami menjadi keliru.

Apabila dirujuk laporan Ketua Audit Negara pada bahagian Penutup:

Tahun 2009 mukasurat 113
Tahun 2010 mukasurat 115
Tahun 2011 mukasurat 1099
Tahun 2012 mukasurat 751

Kami didapati banyak kelemahan yang sama berulang-ulang dilakukan di dalam keadaan disedari, antara kelemahan itu ialah,
 
1.   Kurang pemantauan ke atas projek/program/aktiviti.
2.   Kurang kepakaran mengendali projek/program/aktiviti.
3.   Tiada penyelarasan agensi-agensi/kontraktor-kontraktor projek/program/aktiviti
4.   Terdapat masalah dalaman kontraktor sehinggakan projek/program/aktiviti gagal disiapkan tepat pada waktunya.
5.   Kualiti kerja projek/program/aktiviti tidak memuaskan.
6.   Kos projek/program/aktiviti meningkat dan kerajaan tidak mempunyai kaedah terbaik berbelanja.
7.   Objektif projek/program/aktiviti tidak tercapai.
 
Apakah kerajaan sangat daif dalam mengatasi kelemahan di atas atau memang kelemahan itu sengaja dikekalkan supaya mudah pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan? Sama-sama kita menanti apakah kelemahan yang sama yang akan dilaporkan oleh Ketua Audit di dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013.

Sebagai contoh, bagaimana boleh berlaku sebuah Teropong Malam (Bushnell Binocular) dibayar dengan harga RM56,350.00 seunit sedangkan harga sebenar di pasaran cuma RM2,827 sahaja, peningkatan harga kepada 1893% dan mengapa pihak kementerian boleh meluluskan wang yang begitu banyak untuk dibayar kepada pembekal?

Apakah pegawai di kementerian yang berkaitan tidak tahu matematik dalam membuat pengiraan untung dan rugi kerajaan. Itu hanya satu contoh daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mempunyai 805 mukasurat. Wang siapakah yang digunakan itu? Apakah dengan begitu mudah perlu dilaksanakan GST sedangkan punca utama pemborosan, pembaziran, kecuaian dalam menguruskan wang rakyat dan harta negara tidak diperdulikan?

1000tahun lagipun tidak akan selesai, Oh, sungguh malang kami menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin sekadar membesarkan tembolok masing-masing. Sekarang inipun ramai pak-pak menteri sudah digelar menteri kangkung, tidak malukah kamu? Jangan sampai suatu masa apabila kamu mati, kuburan kamu dikencing rakyat. 

Cukuplah wahai pemegang amanah rakyat, berapa banyak lagikah duit kami mahu disalahgunakan? Walaupun airmataku masih boleh mengalir setiapkali membaca laporan audit tetapi aku tidak mahu generasi akan datang juga menangis seperti aku, Cukuplah kami berairmata darah menangisi sikap pemimpin negara asalkan generasi mendatang tenang dan gembira.

Cukuplah! Cukuplah! Kami sudah bosan.
 
Tulisan,
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat 27hb Januari 2014

Dua ahli 'mati' saman Umno

KOTA KINABALU: Umno disaman dua anggotanya dari bahagian Kota Marudu supaya membetulkan maklumat peribadi mereka dalam rekodnya yang menyatakan mereka telah meninggal dunia.

Henry Jamry Yakim, 54, dan Jennifer Mongikal, 47, menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga presiden Umno sebagai defendan pertama, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai defendan kedua dan ketua Umno bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda @ Mohd Fikri serta setiausaha bahagian itu Emran Maidin masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.

Ketika ditemui di bangunan mahkamah di sini hari ini selepas sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi, peguam yang mewakili defendan pertama dan kedua Chin Tek Ming berkata anak guamnya serta dua defendan lain akan berusaha mengetepikan saman itu.

Menurut writ saman berkenaan, Henry dan Jennifer mendakwa mereka dipanggil Jabatan Pendaftaran Negara di Kudat pada Ogos tahun lepas untuk mengesahkan status mereka kerana ibu pejabat Umno ingin mendapatkan pengesahan sama ada plaintif masih hidup.

Ini mendorong plaintif membuat carian di ibu pejabat parti itu dan terkejut apabila mendapati rekod menunjukkan mereka telah meninggal dunia dan kedudukan itu menyebabkan mereka tidak dapat menunaikan hak sebagai pengundi atau bertanding dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian pada Oktober lepas.

Henry dan Jennifer menuntut bukti bagaimana parti itu boleh menganggap mereka telah meninggal dunia, sedangkan mereka masih hidup, dan penjelasan kenapa mereka tidak ditanya atau kenapa tiada usaha dilakukan untuk memberi penjelasan kepada mereka tentang perkara itu.

Kedua-dua plaintif mendakwa perkara itu menyebabkan mereka mengalami kesulitan serius dan menghalang mereka daripada menyertai atau menunaikan tanggungjawab sebagai anggota Umno, di samping berasa malu dan terhina, hingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Selain meminta status mereka dalam parti itu diperbetulkan, Henry dan Jennifer juga menuntut defendan menyiarkan melalui akhbar kebangsaan dan tempatan permohonan maaf dan kenyataan bahawa rekod parti itu tentang status mereka adalah tidak betul.

Mereka juga menuntut ganti rugi teladan RM10 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta serta hak, kepentingan dan keistimewaan mereka sebagai anggota Umno, dikembalikan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Steve Litikos menetapkan 26 Feb sebagai tarikh bagi mendengar permohonan plaintif untuk menambah setiausaha kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai defendan kelima, dan 6 Mac sebagai tarikh untuk mendengar permohonan defendan mengetepikan saman itu.

Henry dan Jennifer diwakili peguam Azman Karim, manakala defendan ketiga dan keempat diwakili peguam Jaafar Estaban. - Bernama

Kepala babi dihantar ke Kedutaan Israel

OLEH: Tarikh: January 27, 2014

ROM - Sebuah kotak mengandungi kepala babi dihantar ke Kedutaan Israel dan sebuah pusat keagamaan orang Yahudi di sini, menurut media tempatan, kelmarin.

Difahamkan, pihak berkuasa kini sedang menganalisis cap jari dan DNA yang ditemui pada kotak dihantar perkhidmatan pos sama dipetik laporan AFP.

Jumaat lalu, objek sama diterima di rumah ibadat orang Yahudi selepas seorang kakitangan menerima panggilan palsu yang mendakwa terdapat bom dalam bungkusan tersebut.

Apabila MB KOTA BELUT pening lalat dalam ISU KALIMAH ALLAH

Kalimah ALLAH: Seriuskah Anwar?
OLEH: ABDUL RAHMAN DAHLAN
Tarikh: January 27, 2014

KETIKA Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Taginambur, seperti biasa ucapan beliau banyak menyentuh isu-isu semasa termasuk isu kalimah ALLAH yang sedang hangat dibahaskan oleh rakyat Malaysia.

Beliau menuduh kemelut kalimah ALLAH ini angkara Umno.
MEMANG UMNO SEBAB YANG ADA KUASA BERI KEBENARAN IALAH KERAJAAN UMNO SEBABNYA LAGI MEREKA YANG ADA KUASA KDN UNTUK BERI ARAHAN.

Saya hanya ingin maklumkan kepada Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor yang ditadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat (PR).
MEMANG DI SELANGOR TAPI YANG RAMPAS IALAH JAIS BUKAN KERAJAAN NEGERI, JAIS PIE TANGKAP PON TAK MAKLUM KEPADA EXCO AGAMA DAN MB...

Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh PR. Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah ALLAH di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh PR.
TAHUKAH ANDA BIDANG KUASA JAIS BAWAH SIAPA? IANYA BAWAH TUANKU SULTAN BUKAN BAWAH KERAJAAN NEGERI.

Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah ALLAH ialah DYMM Sultan Selangor, sultan negeri yang ditadbir oleh PR.
MEMANG SULTAN BERTITAH, SEBAB ITU DSAI TIDAK MEMBANTAH TITAH TUANKU ITU, IANYA TIDAK SEPERTI NAJIB YANG DERHAKA TITAH YDP AGUNG DIMANA NAJIB BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNA DI SABAH SARAWAK SEDANGKAN TUANKU TITAH UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

Persoalannya kalaulah isu ini begitu menghantui pemikiran beliau, kenapa Anwar tidak memecat pegawai pegawai Jais atau mengadap Sultan Selangor dengan segera untuk minta titah larangan itu ditarik balik.
ANWAR SIAPA DI SELANGOR? KUASA PECAT PEGAWAI JAIS BAWAH TUANKU SULTAN.

Jawapannya senang sahaja. Anwar tidak berani. Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain.
HE HE HE AWAT RISAU TERGUGAT KERUSI MP TU KER?

Apa pun masih tidak lewat untuk Anwar untuk menujukkan keberaniannya.

Saya dimaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang tidak lama lagi. Saya mencabar Anwar untuk membawa usul meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) di dalam persidangan itu nanti.

Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana PR mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut. Lagipun tiga ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu. Saya harap Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu.
TIGA MAMAT NIE DAH KENA SOUND DAH PON DIMANA ANWAR KATA MEREKA GOPOH...

Sama ada Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya. Yang penting Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di Selangor yang ditadbir oleh PR.
BILA ANWAR KATA BOLEH GUNA YANG PANDAI PUTAR BELIT FAKTA APAHAL..YANG BAGI KEBENARAN KDN BUKAN ANWAR... APAHAL KO NIE....PENINGGGGG AAARRR....

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan
(Ahli Parlimen Kota Belud)

Muhkriz digesa campur tangan dalam BERNAS

Ahli Parlimen Alor Star Gooi Hsiao Leung menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menggunakan pengaruhnya untuk campur tangan dalam proses penyahsenaraian Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dari Bursa Malaysia.

Gooi berkata, BERNAS memainkan peranan besar memastikan keselamatan makanan negara dan mengawal lebih 24 peratus pasaran padi negara serta membekalkan 45 peratus permintaan beras tempatan.

"Penyahsenaraian akan mengeluarkan BERNAS dari penelitian awam, dan syarikat tersebut akan mempunyai potensi untuk menanggalkan asetnya, dan kemudiannya menyusun semula pegangan saham ataupun menjual saham kepada orang asing," kata beliau dalam kenyataannya.

Gooi berkata Mukhriz sebelum ini telah meletakkan agenda pertanian sebagai perkara utama dalam kepimpinan beliau di Kedah.

Justeru beliau mahu kerajaan negeri tampil membela masa depan syarikat itu demi membela kepentingan petani, pesawah dan industri padi dan beras negara.

"Sebelum ini, saya cuba membangkitkan kepentingan untuk membahaskan tentang isu penyenaraian keluar BERNAS di Parlimen tetapi telah ditolak oleh speaker, dan sehingga sekarang, tiada maklumat terperinci yang diberikan oleh kerajaan kepada orang ramai mengenai sifat yang tepat bagi penstrukturan semula dan juga hala tuju masa depan BERNAS selepas penyenaraian keluar," kata beliau. BERNAS dijadual mengadakan mesyuarat khas (EGM) hari ini untuk mengundi bagi cadangan penyenaraian keluar BERNAS.

Keputusan itu dianggap penting kerana bakal mempengaruhi nasib beribu-ribu petani padi yang boleh terjejas dengan keputusan tersebut.

Ia juga dikatakan bakal memberi kawalan sepenuh kepada dua syarikat milik jutawan Syed Mohktar Al- Bhukhary.

Pada 26 November lalu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyahsenaraian tidak menjejaskan pemegang saham serta tanggungjawab syarikat ke atas pesawah dan pengilang kerana ia hanya bersifat sementara.

Katanya, ia dilakukan bagi membolehkan penstrukturan semula syarikat dilaksanakan secara konsisten, malah selepas proses itu selesai BERNAS akan disenaraikan semula ke bursa.

ADUN Kajang letak jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Menurut undang-undang, katanya, SPR harus mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

'Bodoh' nya Anwar sewaktu menjadi menteri kewangan dahulu...

Kesihatan Haron Din semakin baik

Haron Din
SHAH ALAM – Keadaan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan bertambah baik.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mendapat maklumat keadaan kesihatan Haron jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

"Setakat ini, beliau masih menerima rawatan di IJN. Belum dapat dipastikan bila beliau boleh dibenarkan keluar hospital. Tetapi, kesihatannya semakin baik.," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Haron, 74, dimasukkan ke IJN sejak Khamis lalu dan menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Agus: Tsunami Borneo selepas ini?

SHAH ALAM - Penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berpandangan, kerajaan perlu segera menyelesaikan isu kalimah ALLAH bagi mengelak berlakunya sekali lagi 'tsunami' politik.

Jelasnya, sekiranya isu ini tidak dipandang serius untuk diselesaikan, dikhuatiri akan berlaku sekali lagi tsunami yang sekaligus akan membawa 'malapetaka' kepada kuasa Melayu, Umno dan BN.

"…sekarang ini berlaku isu kalimah ALLAH, bagi saya isu ini perlu diselesaikan dengan cepat sebelum ia merebak menjadi barah.Bila tsunami ini berlaku, akan tercabar hebatlah kuasa Melayu, kuasa Umno dan kuasa BN.

"Tsunami apakah itu? Itulah tsunami Borneo. Apabila tsunami ini datang, waktu itu usah tercari lagi maksud perpaduan Melayu. Tsunami itu sudah mulai terbentuk sekarang, jadi selesaikan segera isu kalimah ALLAH untuk mengelak berlakunya tsunami tersebut,"  katanya ketika
dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Agus lagi, beberapa isu sebelum ini jelas menunjukkan telah berlaku tsunami dan berharap pihak kerajaan BN perlu beringat mengenai hal tersebut.

"…pada PRU 2008 berlaku tsunami politik dan pada tahun 2013, berlaku pula tsunami Cina. Pada PRU 2008, dikatakan tsunami politik kerana majoriti pengundi India dan Cina tidak menyokong BN dan pada PRU 2013 dikatakan tsunami Cina kerana majoriti pengundi Cina tidak menyokong BN.

"…menariknya, kedua-dua tsunami ini tetap mempertahankan kuasa BN biarpun tanpa kemenangan majoriti dua pertiga. Oleh itu kerajaan perlu beringat, sebelum tsunami PRU14 melanda, jika ianya melanda teruklah kerajaan BN," katanya.

Siapa paling untung jika ‘Projek Huru-Hara Negara’ dari Putrajaya sekarang berjaya?

-Zainulfaqar Yaacob
JANUARY 27, 2014

“Versi rasmi” menyebut kekalahan teruk Perikatan yang kononnya diraikan oleh majoriti Cina selepas pilihan raya umum (PRU) 1969 digambarkan sebagai punca tercetusnya Tragedi 13 Mei.

Tetapi, pengkaji Dr Kua Kia Soong pernah berkata, itu kudeta pasukan Razak ke atas pentadbiran Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra.

Ini, antaranya berdasarkan catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969, selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan.
"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai – parang, kayu, batang besi dan botol...

Sudah ada pimpinan PR P.Pinang yang lupa dimana bumi dipijak

Rafizi sanggup terbang dari KL ke Pulau Pinang kemudian sesudah berucap terbang kembali ke KL.. Cikgu Fariz Musa datang dari Terengganu.. che'GuBard Samm datang dari Nibong Tebal selepas habis program.. Cikgu Man pulak dari Lunas, Kedah... 

Tapi ada juga pemimpin PR Pulau Pinang sendiri yang tak ingin bersama rakyat dalam himpunan TURUN 2.0 ini.. kenapa agaknya?.. Sibuk sangatkah? 

atau hidup mereka kini sudah selesa?.. Ingatlah yaaa... 
"RAKYAT HIRED! RAKYAT FIRED!!" lagi gambar disini.. on.fb.me/1f3htx6

Akhirnya debat NOH vs KHALID dibatalkan, terra tuu la Umno sembang boleh runtuh gunung...

'Soal Anwar jadi PM, itu ketentuan Tuhan'

Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid berkata soal Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri bergantung kepada ketentuan Tuhan.

Menurutnya tokoh akademik itu berkata seingatnya, Anwar seorang yang giat dan mempunyai niat untuk menjadi seorang pemimpin sewaktu beliau menuntut di Universiti Malaya (UM).

"Sekarang dia sudah jadi pemimpin, sama ada suka atau tidak. Soal dia layak atau tidak nak jadi perdana menteri, itu ketentuan Tuhan.

"Nasib manusia kita tak tahu, nasib kita bukan di tangan manusia. Ketika zaman pelajar, perangai dia macam pelajar lain. Bila masuk arena politik, perangai dia macam orang lain, pernah jadi menteri kewangan.

Perlukah Polis Syarie?

Oleh Amin Iskandar

Pengumuman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam adalah sesuatu yang membimbangkan.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, KDN mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana serta ditempatkan di Jakim.

"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

"Mengenai isu kalimah Allah, mengapa mereka (golongan Kristian) masih berdegil dan tidak menghormati keputusan Mahkamah... penggunaan kalimah Allah dalam Bible hanya dibenarkan di Sabah dan Sarawak dan bukannya di Semenanjung Malaysia," katanya seperti dilaporkan agensi berita Bernama.

'Jangan guna kalimah ALLAH ganti God' - TGNA

Nik Abdul Aziz 

KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

Selepas 30 tahun perang antidadah

The house I live in sebuah filem dokumentari arahan Eugene Jarecki, menang anugerah Grand Jury Festival Filem Sundance 2012 yang lalu. Filem itu membawa pengkisahan kegagalan moral, ekonomi dan sosial dasar perang terhadap dadah di Amerika Syarikat (AS), yang berlangsung selama lebih 40 tahun.

Ia turut mengkritik dasar dadah AS, sistem kehakiman, penjara dan kesannya kepada golongan minoriti. The house I live in merupakan filem kedua Eugene yang memenangi anugerah yang sama di Festival Sundance itu. Filem pertamanya yang menang di Festival Sundance berjudul“Why we fight?” yang menceritakan tentang industri ketenteraan, terbit pada tahun 2005.

Dalam “The house I live in” penonton diberitahu, sejak 40 tahun lalu, perang dadah AS telah menghasilkan 45 juta tangkapan, perbelanjaan kerajaan sebanyak lebih 1 juta trilion AS dolar serta peranan AS sebagai pemenjara paling besar di dunia. Namun hasil perang dadah tersebut tidak membuahkan sebarang hasil sepertimana yang diharapkan - dadah larangan semakin murah harga, semakin asli kandungan dan semakin lebih mudah dibeli.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...