TERKINI :

Sunday, January 26, 2014

UMNO...sendiri buat sendiri tanggung...!!!

oleh Aspan Alias

Kenaikan harga barang menjadi isu penyebab jika kerajaan sekarang jatuh. Kenaikan harga barangan itu hanyalah ‘immediate cause’ sahaja tetapi isu yang sebenarnya masih belum difahami oleh banyak pihak. Jika harga barangan benar-benar disebabkan oleh kenaikan harga yang sebenarnya, keadaan sekarang ini tidak mungkin berlaku.
Rakyat marah kerana dalam kita sedang berhadapan memerangi isu harga barangan yang melambung naik ini, mereka mendengar pemimpin tidak berubah juga. Mereka masih dengan berbelanja wang mereka (rakyat) tanpa had dan ini hanya menunjukkan pemimpin kita hanya mahukan rakyat berkorban sedangkan mereka tidak mahu berkorban bersama.
Jika kerajaan kita dan pimpinannya bersih kenaikan harga barangan ini boleh menjadi faktor penyatuan di antara rakyat dan kerajaan dan bersama-sama memikul tanggungjawab bersama. Tetapi dengan sikap dan perangai pemimpin kita ini maka rakyat terasakan yang pemimpin utama kita hanya mahukan mereka (rakyat) sahaja yang berkorban, sedangkan mereka masih dengan sikap dan laku yang biasa seperti tiada apa masalah yang sedang kita hadapi.
Pemimpin-pemimpin kita masih dengan sikap ‘lavish’ mengadakan keraian harijadi dan keraian anak di hotel-hotel besar dan ternama sehinggakan sekarang di antara rakyat dengan pemimpin adalah di antara mereka yang ‘beratap nipah dan beratap genting’. Pemimpin kita tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang memberikan mereka mandat untuk menjaga negara yang mereka sayangi ini. Mereka tidak mempunyai tempat atau negara lain untuk berlindung.

Fomca: Tak perlu polis tangani isu harga barang

OLEH: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: January 26, 2014

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menegaskan tidak perlu ada campur tangan pihak polis untuk memantau harga barang sebaliknya memperkasakan institusi yang terlibat dengan isu tersebut sudah mencukupi.

Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, walaupun usaha kerajaan melibatkan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, namun ianya dilihat tidak akan berkesan.

Menurutnya, kementerian berkaitan dan pemimpin akar umbi adalah individu paling layak untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di samping kesedaran pengguna sendiri untuk mengambil tindakan supaya tidak tertipu.

"Saya rasa penglibatan polis untuk turut sama pantau harga barang ini tidak perlu, kita tak perlu bebankan mereka kerana mereka ada tugas yang lebih besar.

"Cukup sekadar pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, majlis kerajaan tempatan, KPDNKK dan NGO, namun pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai harga barang yang sebenar dan mengambil tindakan memboikot.

Video Penjelasan DAP berkenaan isu yang berlegar di Penang yang di bawa UMNO BN



layan lagu kangkung

Aikk! Takkan cari kutu murid juga kerja guru!! [Gambar]

Cari_Kutu_Tugas_Guru_Juga

Itulah guru, kutu di kepala murid pun guru terpaksa cari. Apa-apa kerja berkaitan murid dan sekolah guru terpaksa buat. Apa kerja mak bapak di rumah sehingga kepala anak sendiri tak sempat selak?

Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang Utama, guru Tahun 1 terpaksa mengadakan program khas mencari kutu. Acara berpasukan mencari kutu beramai-ramai.

Foto yang dikongsikan oleh Nazatushima Mohd Suhut di Facebook.

Bangun…terima kasih cikgu!!

Kerajaan BN berlagak tak ketahuan punca, bila PR ajak berbincang bab negara tak mau layan..!!

Walaupun tidak dilayan, Anwar sekali lagi tawar perbincangan dengan BN
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
January 26, 2014

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap mengenai tawaran perbincangan konsensus nasional dengan Barisan Nasional di Hotel Sunway hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu serius apabila sekali lagi membuat tawaran perbincangan konsensus nasional dengan Barisan Nasional (BN), tiga hari selepas gesaan sama dikeluarkan beliau sebelum ini.

Wlaupun sehingga kini BN tidak pernah melayan gesaan ketua pembangkang itu, Anwar dalam perutusannya hari ini berkata, isu-isu penting yang melanda negara ini memerlukan perbincangan antara kerajaan dan pembangkang bagi mencapai satu persetujuan.

"Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.

"Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan," kata Anwar dalam satu program di Selangor hari ini.

Anwar: Najib tolak isu 'Allah' pada pihak lain

Pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "menolak isu itu kepada pihak lain", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada kenyataan Najib itu pada Jumaat berdasarkan enakmen yang mana melarang bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' yang terdapat pada beberapa buah negeri.

"Ini menolak isu kepada orang lain. Peruntukan (enakmen) diinisiatif oleh kerajaan persekutuan dan pelaksanaan di negeri-negeri.

"Ada sesetengah negeri mempunyai autoriti penuh sementelah negeri lain lain menunjukkan secara jelas tidak di bawah kerajaan negeri tapi bawah ketua negeri," katanya.

Anwar berkata beliau sedar perkara tersebut sebagai "kompleks" dan konsensus nasional diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Apabila kamu menjadi perdana menteri, kami perlu jelas menyatakan pendirian kamu mengenai isu-isu spesifik.

"Apa pandangan kamu terhadap kumpulan yang menghasut dan bercakap tentang (tragedi) 13 Mei.

"Apa pendirian kamu terhadap kempen daripada pemimpin parti kamu yang berkata Islam sedang terancam atau bukan Islam akan mengambil alih. Ini perlu dinyatakan," katanya.

'Penyatuan Melayu hanya angan-angan'

Profesor Diraja Ungku Aziz berkata orang Melayu tidak mungkin bersatu, seperti orang Arab yang "payah bersatu" berbanding orang Jepun yang "bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama".

Beliau menyifatkan penyatuan orang Melayu sebagai "angan-angan" disebabkan faktor penjajahan, kerencaman Melayu dan sikap orang Melayu sendiri, lapor Berita Harian hari ini.

"Kita ibarat air dan minyak. Tak boleh campur... Orang Melayu pula dikacau oleh penjajah Portugis, Belanda dan itu antara faktor yang merosakkan Melayu.

"Selain itu orang Melayu ada yang datang dari Jawa dan bercampur-campur, Kita suka bergaduh sesama sendiri dan ada saja agenda.

"Pada saya penyatuan Melayu hanya angan-angan. Itu kita mesti terima. Tetapi kalau orang Melayu itu pandai, dia akan lebih bersatu. Kalau tidak dia hanya akan menjatuhkan sesama sendiri... dengki," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan dalam wawancara mengenai pandangannya mengenai isu penyatuan dan perpecahan orang Melayu ketika ini.

Bekas naib canselor Universiti Malaya itu berkata 60 tahun lalu, bapa pernah menasihatkannya bahawa orang Melayu suka "tikam belakang dan dengki".

Sehubungan itu, beliau berpendapat orang Melayu "tidak mungkin bersatu".

Protes 'kandar sayur' di PP hari ini

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Mereka membawa kain rentang dan melaungkan slogan menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menuntut harga penurunan harga barangan keperluan asas serta mengejek kenyataan kangkung perdana menteri.

“Kangkung turun” antara laungan yang kedengaran dalam perhimpunan itu.

Selain kangkung, pelbagai sayur-sayuran turut dikandar ke perhimpunan itu, sekali gus menjadikannya penuh warna warni.

Wakil rakyat pembangkang Lee Khai Loon yang terkenal dengan flash mob kangkungnya sebelum ini turut kelihatan, selain Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramzli dan exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.

Nik Aziz terkenang sikap 'degil' Harun, Azizan

OLEH: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: January 26, 2014

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan dua pejuang parti itu, Allahyarham Datuk Harun Taib dan Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai individu yang 'degil'.

Mengenali kedua Allahyarham ini secara dekat, Nik Aziz berkata, kedua-dua pemimpin itu sanggup bersusah payah mengikuti program yang dianjurkan Pas walaupun dalam keadaan uzur.

"Almarhum (Harun) dan Ustaz Azizan kedua-duanya saya kenal sebagai orang yang sangat degil.

"Degil melawan kesakitan untuk terus datang mesyuarat sekalipun dalam situasi yang sangat uzur," ujarnya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Tambah Nik Aziz, pemergian Harun ke rahmatullah masih memberi kesan kepada dirinya ekoran sifat gigih yang ditunjukkan bekas pemimpin parti itu.

Kelmarin, Harun, 71 telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 12.17 pagi.

Anak Allahyarham, Hilmi Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir berkata, bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ dalaman disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi.

"Arwah sudah menghidap penyakit strok sejak 2010, tapi tahun terakhir ini kencing manis makin teruk dan serangan kuman sudah semakin merebak dan boleh dikatakan merebak ke buah pinggang walaupun keadaan darah dan jantungnya stabil," katanya.

Sementara Azizan pula meninggal dunia September lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Menerusi Facebooknya, Nik Aziz turut meminta masyarakat mendoakan kesejahteraan kedua-dua pemimpin itu yang telah kembali mengadap Ilahi.

"Saya harap semua pendokong perjuangan Islam pun tidak putus-putus mendoakan pimpinan yang telah pergi selama-lamanya ini.

"Sesungguhnya masa mereka telahpun tiba, semoga apabila masa kita tiba nanti, kita pergi di dalam keimanan dan ketaatan kita yang tidak berbelah bahagi kepada ALLAH SWT," katanya lagi.

Projek Tekih : Baguslah jika macam tu, cuma jangan dok terima saja tapi dok berdebu dalam opis tu pulak

SPRM serius laporan projek Tekih

OLEH: MOHAMAD FAKHRI MOHD Tarikh: January 26, 2014

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memandang serius laporan kes pembalakan di sepanjang Lebuh raya Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih) dan penyelesaian luar mahkamah kes saman syarikat Bina Darul Aman Berhad (BDB) dengan sebuah syarikat pembalakan.

Pengarahnya, Raja Khan Raja Ahmad mengesahkan menerima laporan itu yang dibuat Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah pada Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya telah merakam keterangan Amiruddin dan akan menyiasat laporan tersebut.

“Laporan itu kita telah hantar kepada Ibu Pejabat SPRM untuk diteliti. Kita juga memandang serius isu ini sebab ia membabitkan pembalakan.

“Sebelum ini tidak pernah berlaku pembalakan haram di Kedah. Kita akan siasat perkara ini sama ada berlaku penyelewengan ataupun sebaliknya,” katanya. kepada Sinar Harian, semalam.

Raja Khan berkata, buat masa ini belum ada lagi mana-mana individu atau wakil kerajaan negeri yang dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung isu tersebut.

“Laporan itu masih sedang diteliti Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. Ia bergantung kepada keadaan. Kalau perlu, mungkin kita akan memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita belum memanggil mana-mana individu untuk hadir ke SPRM bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, PR Kedah mahu siasatan dibuat terhadap transaksi pembalakan yang berlaku di sepanjang Lebuh raya Tekih bagi memastikan tiada unsur penyelewengan berlaku.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah bersama pimpinan PR membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Kedah.

Menurut laporan itu, Amiruddin berkata, beliau berasa sangsi terhadap transaksi pembalakan yang berlaku di sepanjang Lebuh raya Tekih, bermula daripada proses tender balak yang diserahkan kepada sebuah syarikat pembalakan pada tahun 2006.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, syarikat itu diberi tender melalui proses yang meragukan.

Beliau turut berasa ragu mengenai penyelesaian luar mahkamah kes saman Syarikat BDB dengan pembayaran mencecah RM2.5 juta, memandangkan BDB pada sebelum ini sudah melantik peguam mewakili mereka dan dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang.

Ajak BN duduk bersemuka

OLEH: MOHD FIRDAUS YON
Tarikh: January 26, 2014

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Gelang Patah sekali lagi mengulangi pendirian mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk duduk bersemuka membincangkan masalah membabitkan isu perkauman serta agama.

Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP berkata, langkah untuk mempertemukan pemimpin dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) itu juga bertujuan untuk menyelamatkan negara daripada pengkhianat tanah air yang bertindak melakukan hasutan kaum serta agama.

"Apa yang mereka (pengkhianat) ini lakukan adalah menimbulkan kebencian, tekanan dan mendapatkan konflik antara kaum serta agama. Ia adalah satu percubaan pengkhianatan yang tertinggi.

"Oleh itu, apa yang PR harapkan daripada BN adalah dapat duduk semeja bagi membincangkan perkara melibatkan sensitiviti kaum kerana saya percaya seluruh rakyat Malaysia mencintai keamanan tanah air dan mahu hidup dalam kesejahteraan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika mengadakan walkabout sekitar Taman Ungku Tun Aminah, semalam.

Dalam pada itu, Kit Siang menyarankan Kementerian Kesihatan supaya memberi fokus dan lebih serius dalam membendung penyebaran wabak denggi di negara ini.

Katanya, usaha yang dilakukan kerajaan masih dilihat gagal untuk menangani masalah berkenaan sehingga berlaku peningkatan kes dan kematian.

"Saya gesa Datuk Seri Dr S Subramaniam melaksanakan kerja beliau sebagai menteri bertanggungjawab kerana saya melihat negara kita diancam dengan wabak denggi," katanya.

Debat NOH & KHALID dalam isu KHALIMAH ALLAH diteruskan..

Debat kalimah ALLAH diteruskan, jamin terkawal

Debat kalimah ALLAH

SHAH ALAM - Susulan desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) untuk membatalkan program Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH, Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi menegaskan, program itu akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

Menerima baik pandangan Abim itu, Akmal Eifran menerusi satu kenyataan berkata, perdebatan kali ini bagaimanapun akan diadakan secara tertutup, tidak seperti kebiasaannya.

"Kita maklum akan kegusaran yang timbul. Oleh kerana itulah Sinar Harian mengambil langkah-langkah awal agar majlis itu berlangsung dengan lancar tetapi terkawal.

"Kami juga percaya kedua-dua ahli panel yang terlibat iaitu YB Datuk Seri Noh Omar dan YB Khalid Samad akan mengupas kontroversi itu daripada sudut perundangan," ujar beliau.

Akhirnya baru PERKASA sedar punca serabut ISU KALIMAH ALLAH ialah NAJIB

PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"

NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA,  Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi Khatolik di negara ini mesti akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2010  bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap  The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah tidak sah.

"Tiada satu pun kecaman dibuat oleh MT Umno yang bermesyurat (semalam) terhadap pihak-pihak yang terus pertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Begitu juga terhadap mereka yang pertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah esklusif untuk umat Islam," tegas Shamsuddin.

Sehubungan itu, beliau bertanya apakah MT Umno juga tidak bersetuju denga  titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu lain yang pernah bertitah sedemikian.

Shamsuddin juga menegaskan bahawa penyelesaian 10 Perkara yang dinyatakan oleh perdana menteri dalam suratnya seperti dihebohkan oleh Datuk Idris Jala mengenai pengedaran Bible bahasa Melayu yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak adalah tiada kaitan dengan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible dalam bahasa melayu.

"Surat berkenaan bukannya membenar penggunaan kalimah Allah dalam Bible, tetapi lebih bersifat umum yang membenarkan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu sahaja.

"Ini bermakna soal membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan juga soal penggunaan kalimah Allah bagi menterjemah perkataan 'God' dalam The Herald dan Bible bahasa Melayu adalah dua perkara yang amat berbeza," tegasnya..

Menurutnya lagi, menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan dan bukan perkara pokok dalam Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tahun 2008 dan juga keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

"Isu pokok adalah merterjemahkan 'God' kepada Allah dan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada perkataan 'God' ataupun Lord dalam versi asal Bible bahasa Inggeris," tambahnya.

Sehubungan itu, Shamsuddin bertanya  adakah perdana menteri faham tentang isu pokok tersebut.

"Justeru, kami dari Biro Hal Ehwal Islam PERKASA menggesa  perdana menteri selaku presiden Umno supaya jangan mengambil mudah membuat ketetapan mengenai isu kalimah Allah ni dalam Mesyuarat MT Umno.

"Datuk Seri Najib wajib memanggil para alim ulama sama ada Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga golongan ulama terkemuka dunia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu pokok yang bersangkutan dengan soal aqidah ini.

"Kami mahu isu ini diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja Melayu seperti yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 38 (2), (b) berkenaan fungsi Majlis Raja-Raja: 'Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi mempersetujui atau mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke Persekutuan secara menyeluruh'."

"Ini bermakna Majlis Raja-Raja boleh menyekat dan menghalang apa-apa upacara agama seperti yang dicabar oleh Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah Allah di seluruh gereja di Selangor dalam setiap upacara keagamaan roman khatolik," tegasnya

Sehubungan, Shamsuddin berkata perdana menteri tidak perlu perlu merujuk kepada Datuk Idris Jala semata mata untuk mengambil hati hati dan jaga politik di Sabah dan Sarawak.

Pesanan terakhir seorang ayah

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 26, 2014

KUALA TERENGGANU – “Baba berpesan kepada saya agar sentiasa teguh dan sabar dalam meneruskan perjuangan Islam,” kata Hilmi Harun, sayu.Allahyarham Harun Taib selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi semalam.Adun Manir itu yang  merupakan anak sulung Allahyarham berkata, pesanan itu adalah kata-kata terakhir arwah ayahnya supaya dia meneruskan perjuangan Islam.

Hilmi yang menganggap arwah sebagai sebutir permata pejuang Islam, menaruh harapan kepada seluruh anak didik arwah supaya terus menyambung perjuangan yang dipeloporinya sekian lama.“Arwah mula mengalami ‘minor strok’ sejak 2010, tetapi mutakhir ini keadaan kencing manisnya tidak stabil menyebabkan arwah terpaksa dimasukkan ke hospital petang Rabu lalu.

“Arwah juga mengalami luka yang teruk dan tidak dapat diatasi menyebabkan semalam (kelmarin) kuman merebak ke semua organ dalaman termasuk buah pinggang, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.17 malam tadi (malam semalam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.Bagaimanapun, Hilmi serta keluarga reda dengan pemergian insan tersayang itu.

“Saya berharap rohnya diredai serta ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Saya juga memohon maaf jika selama ini arwah ada silap dan salah dengan mana-mana pihak.“Terima kasih kepada semua yang datang menghulurkan pertolongan dan beri penghormatan terakhir kepada arwah,” katanya.Dalam pada itu, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong, yang turut hadir ketika pengebumian arwah, menyifatkan arwah seorang yang tegas.“Arwah seorang yang tegas tetapi suka buat jenaka.

Arwah mempunyai prinsip perjuangan yang hebat dan secara peribadi saya hormati kewibawaan yang ada padanya.“Arwah juga bijak mengeluarkan idea bernas dalam memastikan kemakmuran dalam perjuangannya,” katanya.Zubir berkata, walaupun berlainan platform (politik), kehilangan arwah sangat dirasai dan dia percaya kesedihan itu turut dirasai semua pihak.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan berharap mereka menerima takdir ini penuh reda,” katanya. 

Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?


Khalid Samad 
 Khalid Samad

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten apabila cuba membuat  pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika beliau menjadi perdana menteri lagi.

“Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh pula.

Isu Mukhriz dan Kena Marah dengan Ku Nan..!!

Mukhriz: Kenyataan diputar belit

Mukhriz Tun Dr Mahathir
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.

“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

Pemergian Harun Taib: Hilangnya tokoh ilmuan


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib  
Harun Taib

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemergian Almarhum Datuk Harun Taib sebagai kehilangan seorang ilmuan dalam gerakan dakwah Islam sehingga akhir hayatnya.

Menurutnya beliau tidak jemu mendidik dan berjuang kepada parti walaupun dalam keadaan uzur sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam.

"Sesungguhnya almarhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat Pas dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau.

"Almarhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu Almarhum amat berbekas di hati para ahli Pas serta pendokongnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau," katanya memetik ucapan takziahnya, hari ini.

KETUA jurulatih pasukan Kedah gembira dan teruja


KETUA jurulatih pasukan Kedah gembira dan teruja dengan kejayaan barisan pemainnya kembali dari ketinggalan satu jaringan kepada Perlis pada perlawanan Liga Premier di Stadium Darulaman kelmarin dengan mencatatkan keputusan tuan rumah 4-1.

Katanya, siapa yang tidak gembira setelah ketinggalan satu gol mudah hasil kesilapan pemainnya sendiri pemain Pasukan Helang Merah berjaya mempamerkan kesungguhan mereka mahu mencatatkan kemenangan dengan membocori gawang Perlis sebanyak empat kali.

“Saya terpaksa melakukan sedikit perubahan pada kesebelasan utama negeri pada perlawanan semalam kerana mahu memastikan pemain yang cedera ataupun kurang menyengat di rehatkan dan sekaligus kita akan memiliki barisan segar ketika beraksi pada perlawanan Liga Premier setrusnya Isnin ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...