TERKINI :

Saturday, January 25, 2014

UMNO jual 'isu BABI' pula di Penang..!!!

Jual babi: Guan Eng tuduh Umno mengapi-apikan isu perkauman
OLEH MD IZWAN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menuduh Umno mengapi-apikan isu perkauman dalam isu kontroversi penjualan daging babi secara terbuka di negeri tersebut.

Lim berkata penjualan daging babi di Lebuh Chulia, Jalan Kuantan, dan Jalan CY Choy telah berjalan sejak Barisan Nasional (BN) memerintah lagi bagi menyangkal tuduhan oleh Islamic Solidarity and Charity Organization (Isco) sebelum ini.

"Penjualan babi secara terbuka berjalan sejak dahulu lagi ketika BN berkuasa dan tidak pernah jadi isu.

"Lagipun, kawasan tersebut dihuni oleh penduduk majoriti bukan Islam sebanyak 90% dan bukannya majoriti kampung masyarakat Melayu," kata Lim dalam satu kenyataan bagi menjawab Isco.

Lim juga mengecam Umno yang sengaja menjadikan isu tersebut berbaur perkauman dengan menuduh kerajaan negeri tidak mengambil tindakan ke atas peniaga daging babi tetapi peniaga Melayu pula ditindas.

Kita bangga dengan Syeikh Ahmad Yassin, kenapa tidak dengan Almarhum Dato’ Harun Taib?

Oleh: Dr Azman Ibrahim

http://4.bp.blogspot.com/-qGylgtNiig4/Tg3zPJLIPII/AAAAAAAAIPk/ba1TM_sRim0/s400/wheelchair.jpg“Dr… Minta maaf, ana nak menyusahkan doktor sikit.” Suara sahabat baik saya, Haji Hassan Wahid yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi Almarhum Ustaz Dato’ Harun Taib kedengaran di hujung talian telefon sehari sebelum menjelang Muktamar Tahunan PAS ke 56 pada Jun 2010 yang berlangsung di Kota Bharu.

“Silakan Haji… kalau ana boleh tolong, insyaAllah ana bantu.” Jawab saya penuh rasa ukhuwwah dan persahabatan.

“Macam ni Dr, klinik Dr ada tak kerusi roda. Ustaz nak pinjam untuk guna masa Muktamar nanti. Kerusi roda yang guna di rumah sekarang dah rosak.” Pinta sahabat saya ini.

“Ooo…minta maaf, kerusi roda tu tak ada di klinik sekarang. Tapi Haji jangan bimbang. Serah pada ana, ana akan cari sampai dapat. Esok bila dah sampai di Kota Bharu, call ana dan mari ambik kerusi di klinik.”

Kalau tak silap saya, masa tu dah petang hari khamis. Esoknya Jumaat semua kedai tutup. Saya terus menelefon Dr Ramli Mamat, sahabat baik yang memiliki sebuah klinik di Wakaf Che Yeh untuk bertanya kalau-kalau beliau memiliki sebuah kerusi roda yang boleh dipinjamkan sementara. Sekarang YB Dr Ramli Mamat adalah EXCO Kerajaan Kelantan.

Kalah PRU 14 Adalah Baik Untuk UMNO



Shahbudin Husin,

Di kala semakin ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya umum akan datang, generasi muda dalam parti itu pula merasakan kekalahan adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO daripada segala penyakit yang sudah sekian lama bersarang didalamnya.

Bagi mereka, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal meraih undi popular dan hilang beberapa negeri, ternyata tidak mampu mengubah sikap dan perangai pemimpin UMNO untuk menjadi lebih baik dan disenangi rakyat, bahkan majoriti pemimpin yang mempunyai kuasa masih tidak banyak berbeza antara sekarang dengan era 80an atau 90an dahulu.

Paling ketara ialah perubahan yang diharapkan juga tidak berlaku dalam diri Perdana Menteri dan pemimpin kanan parti dan kerajaan. Mereka masih menampilkan sikap boros, suka berbelanja mewah, mudah melupakan janji yang dibuat ketika mahu mendapatkan sokongan dan hanya menjadikan rakyat penting ketika sebelum pilihanraya sahaja.

GST: Melayu ditipu lagi


SEREMBAN: Lebih 300 orang hadir pada 'roadshow' kempen "Faham GST, Tolak GST" yang diadakan di Dataran Tok Dagang, Paroi malam tadi.

Kempen anjuran Pakatan Rakyat yang bakal menjelajah ke seluruh negara itu bertujuan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kesan yang akan dihadapi mereka apabila kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.

Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakob dalam ucapannya memberitahu GST adalah satu sistem cukai yang dilaksanakan jika sesebuah negara itu berada dalam kedudukan kewangan dan ekonomi yang teruk.

Jelasnya, jika GST itu dilaksanakan maka sebuah kerajaan yang memiliki negara yang teruk dari sudut kewangan mahupun ekonomi dapat memperolehi sumber pendapatan dari rakyat secara mudah.

"Kita kena faham, GST ini hanya dilaksanakan pada sesebuah negara yang teruk sumber kewangannya, mereka tidak ada sumber lain dan secara mudah dengan GST dapat mengambil wang rakyat bagi sumber kewangan.

Rogol, bunuh, rogol, bunuh, rogol bunuh, anak-anak kecil dan kaum wanita lemah menjadi mangsa!!!!

Aku Masih Mampu Menangis…

Rogol, bunuh, rogol, bunuh, rogol bunuh, anak-anak kecil dan kaum wanita lemah menjadi mangsa!!!!

Ya Allah, aku sudah tidak mampu melihat mangsa yang tidak berdosa dizalimi sedemikian, beratus-ratus sudah kes seumpama itu tetapi sehingga kini bukan berkurangan tetapi semakin meningkat… walaupun airmataku mampu mencurah lagi...

aku sebak yang amat ya Allah… bantulah dan berikanlah kekuatan kepada kami untuk meruntuhkan kerajaan yang sehingga hari ini masih beralasan bagi menerima perlaksanaan undang-undangMU bahkan mereka tetap menolak perlaksanaan hudud dan selesa dengan undang-undang buatan tangan sendiri, mereka tidak meyakini Hudud itu satu had garis-panduan hukum yang sangat berkesan melumpuhkan gejala sosial yang melanda umat.... 

manusia yang suka berbuat zalim tidak akan tunduk kepada hukuman hari ini kerana di dalamnya tiada pencegahan yang berterusan. Anak-anak kecil, wanita serta golongan yang lemah yang dizalimi oleh manusia berjiwa iblis yang dicetak serta diadun oleh sistem yang menolak Al-Quran dan As-sunnah sebagai panduan. Ya Allah, aku mohon dengan sangat.....

Betulkah di KUIN ada 'PELESIT'?

DI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) ADA 'PELESIT'

 
SAYA terpanggil untuk menyatakan pendirian yang tegas berhubung tulisan Insan Tulis, Alor Setar dalam ruangan ini yang bertarikh 9 Januari 2014, di bawah tajuk 'Masalah Kuin masih seperti di zaman PAS?'((KLIK SINI.)
 
Baru-baru ini, saya berkesempatan mengikuti satu bengkel pertubuhan bukan kerajaan selama dua hari di Kolej Universiti Insaniah (Kuin).
 
Bengkel tersebut selain dihadiri waris para pelajar, ia juga turut dihadiri pelajar-pelajar tahun akhir pengajian serta beberapa sukarelawan luar.
 
Saya berkesempatan berinteraksi dengan beberapa waris pelajar bertukar pandangan dengan beberapa pelajar dalam berbagai bidang di Kuin.
 

TUN Mahathir Ziarah TG Harun Din di IJN

 
SEMOGA TOKGURU CEPAT SEMBUH..

Dr Farouk: Demokrasi Malaysia tahap pincang

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 23, 2014

SHAH ALAM - Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa berpendapat Malaysia perlu berusaha meningkatkan kondisi demokrasi yang kini berada di tahap pincang.

Beliau merujuk kepada hasil kajian 'The Economist' melalui World Democracy Index yang meletakkan Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang.

"Kalau kita lihat pada World Democracy Index, di mana setiap tahun dikeluarkan oleh The Economist. Mereka bahagikan negara dunia kepada empat bahagian. Demokrasi penuh, demokrasi separa, demokrasi pincang dan autoritarian. Di manakah Malaysia?

"Malaysia di bawah kategori demokrasi pincang. Jadi, kita mesti perbaiki. Kalau kita tak boleh pergi terus kepada demokrasi mutlak seperti negara-negara Scandinavia, Norway, Sweden dan sebagainya, setidaknya kita beralih ke separa demokrasi.

"Sekarang kita separa demokrasi pun tak ada. Apa yang kita ada ialah 'illiberal' demokrasi. Kita ada kan pilihan raya lima tahun sekali tapi ia 'illiberal'. Ia bukan demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online, baru-baru ini.

Menyentuh soal demonstrasi jalanan yang sering berlaku di negara ini, beliau menyifatkan ia perkara biasa di negara luar.

"Kenapa di luar negara demonstrasi boleh berjalan dengan aman? Ratus ribuan orang boleh turun ke jalanan. Kerana polis memberi kerjasama penuh untuk memastikan demo berjalan dengan aman.

"Tapi di Malaysia, polis menjadi instrumen untuk menimbulkan kekacauan ketika demonstrasi. Kalau tak ada provokasi, pasti boleh berjalan dengan aman. Contohnya pada Januari (Himpunan Kebangkitan Rakyat)," katanya.

Jelas beliau, demokrasi bermaksud suara rakyat harus dihormati walaupun suara itu tidak bersesuaian dengan kehendak pemimpin.

"Bila kita kata kita gunakan demokrasi, bererti suara rakyat harus dihormati. Walaupun kemungkinan keputusan majoriti yang dibuat oleh rakyat itu tidak bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh pemimpin.Itu adalah intipati demokrasi.

"Demokrasi juga perlu ada 'check and balance' iaitu rakyat untuk semak dan seimbangkan kuasa yang ada oleh pemerintah. Bukannya dalam erti kata pemerintah mengenakan arahan atau pandangan untuk dituruti. Dia kena mendengar apa pandangan rakyat," katanya.

Syok Lanoo sebab Angin Sejuk macam lanie depa kata sampai hujung Februari nuu..!!

Angin sejuk hingga hujung Februari

Angin sejuk hingga hujung Februari  
Pegawai di Pejabat Meteorologi Pahang, Noora Rosli, 26, memantau keadaan suhu pada setiap jam di Malaysia.

KUANTAN – Penurunan suhu di beberapa daerah di Pahang secara relatifnya disebabkan beberapa faktor termasuk bulan Januari dan Februari yang merupakan tempoh di mana suhu minimum agak rendah berbanding bulan-bulan lain.

Pengarah Pejabat Meteorologi Negeri Pahang, Azmi Daud berkata, suhu udara sejuk daripada biasa yang dirasai di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan Pantai Timur dan Utara Semenanjung pada minggu ini adalah disebabkan tiupan angin Timur Laut yang agak kencang.

“Tiupan angin ini datangnya dari tanah besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.

Semoganya demokrasi di negara kita menjadi semakin subur, bukannya semakin terkubur.

Mohammad Agus Yusoff

RENUNGAN HARI SABTU

Demokrasi ialah satu corak kerajaan yang dipilih secara langsung oleh rakyat. Justeru dipilih rakyat secara langsung, maka demokrasi dikenali sebagai kerajaan yang diperintah oleh rakyat yang hendaklah mengutamakan tiga perkara—kebebasan, keadilan dan kesetaraan supaya kesejahteraan hidup rakyat terbela.

Persoalannya, adakah demokrasi di negara kita memenuhi ciri-ciri ini? Saya nampak ada, tetapi tidak sempurna. Saya nampak hebat pada nama, tetapi tidak pelaksanaannya.

Oleh sebab itulah Plato, anak murid kepada Socrates dan guru kepada Aristotle, semasa menulis The Republic pada pertengahan abad ke-4 SM menyatakan pemimpin yang baik ialah pemimpin yang berilmu (philosopher king). Kata Plato, ini adalah supaya pemimpin tidak pandir dalam mengurus negara.

Semoganya demokrasi di negara kita menjadi semakin subur, bukannya semakin terkubur.

Belum ada keputusan had jual RON95

minyak KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjual petrol RON95 kepada golongan yang layak sahaja.

"Belum ada apa-apa keputusan lagi," katanya ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan
miskin.

Nak kena masuk Sinar Harian baru semua kalut tunjuk muka mahu beri bantuan, JKKK pie mana???

Keluarga makan nasi basi dapat perhatian

Keluarga makan nasi basi dapat perhatian  
Ariffin (dua, kanan) menyumbangkan bantuan makanan kepada Saad dari sumbangan Biro Kebajikan Umno Pokok Sena.

POKOK SENA - Keperitan hidup sebuah keluarga warga emas yang terpaksa makan nasi basi bagi meneruskan kehidupan mereka mendapat perhatian Umno Bahagian Pokok Sena apabila turun memberi sumbangan kepada keluarga tersebut.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, beliau sungguh simpati dengan kehidupan keluarga itu yang tinggal bersama seorang anak perempuannya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Katanya, memang keluarga Saad Md Isa, 75, dan isterinya Som Md Diah, 67, serta anaknya, Azizawati, 40, layak untuk menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi beliau akan berbincang terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan sebarang masalah terutamanya masalah persempadanan JKM di antara Pokok Sena dan Alor Setar.

Penduduk rayu kerajaan Kedah henti pembalakan

Photo: BALAK BALAK BALAK BALAK BALAK

Hangpa nampak tak apa yang aku nampak? Bukan setakat batang BALAK panjaaang. Tak main dah lori-lori BALAK. Sekarang dah pakai trelar-trelar BALAK. Dah tu Berjela-jela bergerak. Hangpa nampak tak nuu....

'Kita hentikan segera pembalakan di negeri Kedah lepas PAS kalah'.
BALING - Kerajaan negeri Kedah dirayu agar menghentikan segera kerja-kerja pembalakkan di kawasan berdekataan Kampung KEDA Kemangi, Kupang dekat sini yang dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan masalah bekalan air.

Desakan itu dibuat sekumpulan lebih 200 penduduk dari enam buah kampung yang berdepan masalah pencemaran air terutama pada musim hujan, selain kekeringan air ketika musim kemarau jika projek pembalakkan itu diteruskan.

Seorang wakil penduduk, Nasir Awang, 50, berkata penduduk meminta kerajaan negeri agar tidak bertolak-ansur dengan pihak pemegang konsesi yang mendapat kelulusan membalak sewaktu kerajaan PAS mentadbir negeri Kedah sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Kedah rancang bina 20,000 rumah mampu milik

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kedah merancang untuk membina 20,000 rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang, demikian diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar tentang kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Kedah yang bergelut dengan tekanan hidup berikutan kenaikan kos sara hidup.

Komponen utama kesusahan mereka ialah harga rumah, tegas beliau.

"Kita juga merancang untuk membina 40,000 buah rumah lagi di Kedah dengan kerjasama pihak-pihak lain seperti Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan syarikat-syarikat swasta lain menjelang 2018," kata Mukhriz.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian antara PR1MA dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah (PKNK) dan sebuah syarikat pemaju perumahan, SP Baiduri Sdn Bhd.

Pantai Timur catat suhu terendah dalam sejarah

KOTA BHARU - Keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.

Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.

Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.

KDN tubuh Unit Polis Syarie

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.  
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama menubuhkan Unit Polis Syarie sebagai langkah menyelesaikan isu-isu berkaitan penguatkuasan dan perundangan Islam.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan ijazah sarjana.

Beliau berkata mereka akan ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Apabila mimpi dan ilham menjadi hujah - Asri


Apabila mimpi dan ilham menjadi hujah

SAYA tertarik membaca kenyataan seseorang –tidak pasti sama ada sarkastik ataupun jujur – yang menyatakan sesiapa yang pergi menziarahi kubur Nabi Muhammad SAW di Madinah sekarang, Baginda SAW tiada di sana. Baginda SAW sibuk hadir dalam majlis anjuran ustaz di Malaysia.

Saya tidak pasti kenapa dia berkata begitu. Namun apa yang saya pasti saya mendengar banyak pihak dengan mudahnya kebelakangan ini mendakwa Nabi SAW yang mulia itu hadir dalam majlis ini dan itu anjuran mereka.

Ada yang mendakwa Nabi SAW mengiringinya ke meja kuliahnya. Ada yang mendakwa dia nampak Nabi SAW sedangkan orang lain tidak nampak. Dunia Facebook pun meriah dengan cerita ini.

Ada yang cuba membuktikan kebenaran aliran yang dibawanya, ataupun tarekatnya, ataupun kelebihan majlisnya dengan kehadiran Nabi SAW yang hanya dapat dilihat oleh beberapa orang tertentu sahaja. Hal yang sama pernah didakwa Ashaari al-Arqam dahulu.

Al Fatihah - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...