TERKINI :

Tuesday, January 21, 2014

Kes boo dan tidak tepuk tangan: Najib kena berundur


PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Terbuka Malaysia malam tadi.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak dan mengejek (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Cacat Cela dalam Dasar Automotif Negara yang perlu ditengok semula..!!

Kenyataan akhbar: Dasar Automotif Negara (DAN) 
– Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Dasar Automotif Negara (DAN) yang diumumkan baru-baru ini adalah dasar yang sepatutnya datang lebih awal bagi memastikan industri automobil negara dapat dirombak bersesuaian dengan keperluan EEV atau kenderaan bertenaga efektif dan keperluan lain berkaitan dengan kesannya kepada industri, pengeluar dan pengguna.

Walaupun kita menyambut baik, namun ada beberapa perkara yang tidak disebut dalam dasar ini yang berkaitan dengan penstrukturan semula dasar automotif negara;

1. Dasar ini masih memperlihatkan 'flip-flop' apabila isu menghapuskan AP yang dijadualkan pada 2015 tidak digarap dengan bijak sehingga terbentuk orang tengah yang mengaut keuntungan besar dari harga kereta yang dijual kepada rakyat.

AP yang sepatutnya menjana pendapatan jika diapungkan akan memberi keuntungan kepada kerajaan, namun selama ini industri automotif negara dicemari dengan penyalahgunaan AP yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak kroni tertentu.

2. Kualiti bahan api tahap Euro 4 mesti dilaksanakan segera seperti yang termaktub dalam DAN 2009.

Tidak ada gunanya memenuhi kehendak EEV jika jenis bahan api yang ada sekarang iaitu Euro 2 masih digunakan memandangkan tahap penjimatan tenaganya tidak begitu efektif.

'Elak dijadi alat adu domba Islam dan bukan Islam'


Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad menggesa Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa supaya mengelak organisasi itu daripada menjadi alat untuk mengadu domba di antara orang Islam dan bukan Islam di negeri Selangor.

Menurut Khalid, rampasan Bible berbahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) baru-baru ini atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam adalah tidak kukuh.

Menurutnya, pihak MAIS tidak pernah mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong alasan itu dalam serbuan baru-baru ini termasuklah sejak serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada tahun 2011 lagi.

"Ia (Bible) bukan dirampas sewaktu ia diedar kepada orang Melayu Islam.

"Ia dirampas sewaktu ia disimpan dalam pejabat orang Kristian.

"Kes DUMC pun takda bukti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam," kata Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini.

ADUN UMNO kena bermadu dengan ISTERI dia..!!

Wanita didakwa bersuami dua



WAN AMIZAN (kanan) tiba di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abd. Razak membuat kejutan apabila memfailkan permohonan cerai terhadap ‘isterinya’ yang telah berkahwin dengan individu lain pada Disember tahun lalu.

Malah pada sebutan kes itu semalam, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Pahang itu turut membuat satu lagi permohonan bagi membubarkan perkahwinan wanita itu Azma Azifazilla Azan, 28, dan suaminya, Rizal Md. Radzi, 40.

Aduhai Blogger Kangkung... Pusing kot mana pun last DAP jugak yang jadi mangsanya...!!

Seorang Lagi "Blogger Kangkung" Dilaporkan Kepada Polis


Kaitkan DAP dengan isu tudung untuk bakar sentimen kaum

KUALA LUMPUR: Tindakan tidak bertanggung jawab seorang blogger pro-Umno yang cuba mengaitkan DAP dengan isu seorang guru mualaf yang diarah membuka tudung oleh pihak pengurusan sekolah mendorong Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis semalam.

Kenyataan provokasi, menghasut dan berniat jahat itu telah dikeluarkan blogger dikenali Azmy Awang Kelana Jaya di laman web azmyawangklanajaya.blogspot.com.

Menurut Dyana, tajuk artikel "DAP Makin Kuat di Johor, Islam Makin Dipijak: Guru Mualaf Dipaksa Buka Tudung" tiada kena mengena dengan artikel yang ditulis blogger tersebut.

Tulisan itu, ujar Dyana merujuk isu seorang guru mualaf di Johor yang diarah membuka tudung oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Nan Ya.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger Azmy Klana Jaya berniat jahat dan menghasut, untuk membangkitkan pemusuhan di antara golongan masyarakat, di samping memburukkan parti DAP yang tiada kena mengena dalam hal ini," tegas beliau.

'Potong' bajet RM12j Kolej Felda dipersoal

 
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempersoalkan cadangan pemotongan bajet berjumlah antara RM16 dan RM17 juta setahun bagi empat Kolej Felda kepada RM5 juta sahaja pada tahun ini.

Presidennya Mazlan Aliman berkata jumlah peruntukan terbaru itu tidak mampu untuk menampung empat operasi kolej Felda di Trolak di Perak, Kelana Jaya (Selangor), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias di Negeri Sembilan, sekali gus dilihat usaha menutup kolej itu.

"Sebelum ini Felda telah menandatangi dia MOU (memorandum persefahaman) dengan dua kolej di UK (United Kingdom) sebagai (program) lanjutan daripada Kolej Felda. Ditawarkan kursus insentif Bahasa Inggeris.

"Apabila dua MOU ditandatangani, tiba-tiba peruntukan kolej (akan) dipotong. Jumlah RM5 juta bagi empat kolej ini adalah petunjuk kepada penutupan kolej itu. Saya tidak nampak ia dapat menampung (operasi) sedia ada," katanya.

Wahai PM & MENTERI, harga sekerap baru RM2.90 sekg tapi ikan temenung dah RM10 sekg..!

Nak beli ikan pun tak lepas

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: January 21, 2014

BALING - “Nak beli ikan pun tak lepas, sekarang ikan kembung sekilogram RM10 sehingga RM12, harga getah baru RM2.90 sekilogram.

“Itu belum lagi bahagi dua dengan tuan tanah,” luah penoreh getah, Hasma Aziz, 52.

Menetap di Kampung Keda Ulu Legong, Hasma bersama suaminya, Habali Yaakub, 57, mengusahakan tanaman getah di Lubuk Legong Legong sejak lebih 30 tahun dlu.

Kini, kebanyakan penoreh menghadapi tekanan setelah harga getah semakin merudum sejak beberapa minggu lalu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun terdapat kenaikan, ia tidak banyak iaitu dalam kenaikan 20 sehingga 30 sen sahaja.

Sementara itu, seorang lagi penoreh, Alias jareh, 56, dari Kampung Weng Luar berkata, harga paling rendah setakat ini adalah RM2.85.

“Harga memang berubah-ubah, kenaikan tak banyak, tapi turunnya banyak dan mendadak,” katanya ketika ditemui Ladang Getah Lubuk Legong.

Tinjauan mendapati, semua penoreh meluahkan rasa tertekan berikutan harga getah yang sangat rendah sehingga menjejaskan kemampuan mereka untuk membeli barang keperluan yang kian meningkat.

Bukan itu sahaja, kebanyakan penoreh di daerah ini sekadar bekerja di kebun orang lain.

Keadaan itu ternyata lebih memeritkan, kerana setiap hasil jualan yang tidak seberapa akan dibahagi dengan pemilik kebun.

Perlu kawal harga getah

Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian Umno Baling, Mohd Taufik Yaakub turut mengakui penoreh sedang terhimpit berikutan harga getah yang semakin merudum.

Menurutnya, keadaan itu ternyata memberikan kesan kepada mereka yang menjadikan perusahaan getah sebagai punca pendapatan utama.

“Itulah hakikat yang dilalui oleh penoreh getah sekarang, hasil yang diperoleh tidak seberapa dengan perit jerih mereka,” katanya.

Taufik berkata, harga getah seharusnya dikawal bagi mengelakkan penoreh berhadapan dengan kesan kejatuhan harga yang melampau.

“Kita menghargai jasa kerajaan yang turut membantu memberikan wang bantuan kejatuhan harga getah kepada pemilik kebun.

“Tetapi, perlu ingat, yang yang menerima wang bantuan itu adalah pemilik kebun, bukannya penoreh getah atau mereka yang bekerja di pemilik kebun itu,” katanya.

Cadang penoreh getah diberikan bantuan

Menurutnya, beliau berharap kerajaan dapat mengkaji semula mekanisme pemberian bantuan bagi memastikan ia adil kepada penoreh getah.

“Berbanding memberikan bantuan penuh kepada pemilik kebun ataupun mereka yang berdaftar dengan pihak Risda, bantuan juga wajar diberikan kepada mereka yang bekerja di kebun,” katanya.

Taufik berkata, antara mekanismenya adalah pemilik kebun boleh menyenaraikan nama penoreh yang bekerja di kebun mereka bersama dengan keluasan kebun mereka kepada Risda.

“Wang bantuan pula wajar diberikan mengikut keluasan kebun, kerana tidak wajar tanah kecil dapat bantuan sama dengan tanah yang luas. Kerana tanah luas pastinya memerlukan penoreh yang ramai.

“Justeru, wang bantuan yang diberikan itu dapat diagihkan sama rata kepada pemilik kebun termasuk mereka yang bekerja di kebun itu,” katanya.

Lebih 50 peratus penoreh bukan pemilik kebunSementara itu, Pembantu Tadbir Kanan Risda Baling turut mengakui lebih 50 peratus penoreh di daerah bukan pemilik kebun tetapi sekadar pekerja.

Menurutnya, terdapat seramai kira-kira 10,982 pemilik kebun yang berdaftar dengan Risda pada tahun 2012, manakala bagi tahun 2013 masih lagi dalam proses bancian.

“Bagi bilangan lot, Risda mencatatkan sebanyak 14,286 lot di tanah seluas 20,583.185 hektar melibatkan lapan mukim seluruh Baling bagi tahun 2012,” katanya.

Janji BN: Rakyat akan fikir banyak kali…

SHAH ALAM - Berikutan 'pelbagai janji' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah gagal untuk ditepati, rakyat mungkin akan menilai kembali janji kerajaan yang akan dibuat pada PRU akan datang.

Menurut pensyarah Sains Politik Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya.Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff, kepercayaan rakyat akan hilang terhadap kerajaan BN sekiranya kerajaan dilihat terus-menerus memungkiri janji sekaligus akan membawa 'bencana' kepada BN sendiri.

"Selepas ini sekiranya kerajaan BN buat 'Aku Janji' rakyat akan nilai balik sama ada untuk percaya atau tidak.

"…ini sekaligus akan memberi 'serangan balik' kepada BN, oleh itu BN perlu berhati-hati dalam membuat janji...tunaikan segala janji kalau tidak 'Aku Janji' tersebut akan menjadi senjata makan tuan," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk menggulas kenyataan Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya, yang mengatakan BN memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen pada PRU13 lalu.

Sementara itu ketika diminta untuk menggulas mengenai adakah rakyat akan menghukum BN dalam PRU akan datang berikutan kegagalan BN dalam menunaikan janji mereka ini, Agus menegaskan masih terlalu awal untuk menilai perkara tersebut.

Jelasnya,terdapat pelbagai faktor lain yang akan mempengaruhi pengundi dalam PRU yang akan datang.

"Untuk menilai perkara (hukum BN) itu masih terlalu awal…sesiapan pun tidak boleh menjangka, cuma untuk situasi sekarang memang rakyat berada dalam tekanan," katanya

Pej. PM seperti team Manchester United sekarang nie, buat apa pun tak menjadi..!!

Skuad PM perlukan Roy Keane - Wenger Khairy

Hampir semua orang tahu bahawa perdana menteri merupakan seorang peminat tegar kelab gergasi Manchester United. Malah, Datuk Seri Najib Razak mengikuti perkembangan skuad tersebut dari zaman muda dan tentunya mengenali dengan intim nama pemain superstar Red Devils seperti George Best, Dennis Law (yang akhirnya "murtad" dan berhijrah ke Manchester City), Bryan Robson dan Eric Cantona.

Pemain yang disebut tadi semuanya pemain forward, menyebabkan mereka mendapat lebih banyak perhatian daripada pemain lain. Tetapi pemain forward hanya boleh menjaringkan gol jika pasukan mereka dapat menghantar bola ke depan. Sehebat mana pun barisan serangan, akan sia-sia jika barisan midfield tidak dapat memenangi bola ataupun mematahkan serangan pihak lawan.

Dalam pada itu, kami melihat pejabat Perdana Menteri seolah-olah seperti sebuah pasukan bola sepak. Ianya diketuai oleh Najib yang memainkan peranan "The Gaffer" ataupun "Bos". Kemudian dibarisi dengan "penyerang handal" yang terdiri dari ketua koperat, konsultan, cendekiawan, jurumedia dan penganalisis yang semuanya cerdik, bertauliah, mempunyai kepakaran yang khusus dan cukup berpengalaman.

Jepun menahan pemimpin asing masuk ke negaranya, kita menolak rakyat yang tidak sealiran keluar

oleh Aspan Alias

Anifah Aman, Menteri Luar Negara, membidas Anwar brahim kerana meminta Wisma Putra memberikan penjelasan kenapa beliau ditahan oleh pihak Imigresen Jepun semasa hendak memasuki Jepun dua hari lepas. Anwar tidak dapat memenuhi jemputan Nippon Foundation untuk berucap dalam seminar Muslim Demokrat itu.

Pihak Konsulat Malaysia di Jepun telah bertanya kepada kerajaan Jepun kenapa Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara itu dan jawapan yang diperolehi dari kerajaan Jepun ialah Anwar merupakan seorang yang ‘undesirable’ kepada Jepun. Jepun tentulah ada sebab tersendiri kenapa mereka menganggap Anwar sebagai ‘undesirable’ kepada mereka seperti kita menganggap beberapa orang rakyat asing yang ‘undesirable’ dan menyekat mereka datang ke negara ini.

Lebih dari itu ada pemimpin negara kita sendiri yang tidak mahu kita tinggal lagi di negara ini kerana mereka menganggap kita yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai ‘undesirable’. Siapa yang tidak bersetuju telah diminta meninggalkan negara ini, dan tinggal dinegara asing yang lebih sesuai dengan mereka. Jepun hanya tidak membenarkan rakyat negara asing yang mereka anggap tidak sesuai dengan mereka, tetapi kita menyiahkan rakyat sendiri yang tidak digemari mereka. Kita adalah 'undesirable lots' oleh mereka.

PKR desak duti eksais dimansuh, dakwa Putrajaya tipu harga kereta turun

OLEH MD IZWAN

PKR hari ini mendesak supaya duti eksais dimansuhkan serta-merta dan membidas Putrajaya kerana menipu dalam isu menurunkan harga keretaselepas pengumuman Dasar Automotif Nasional (DAN) 2014 semalam.

Pemipin PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, harga kereta hanya akan turun apabila duti yang terlalu tinggi itu dimansuhkan serta-merta.

"PKR berkali-kali mendesak supaya sistem cukai eksais sedia ada dihapuskan untuk mengurangkan harga kereta. Apabila pengguna tidak lagi menanggung cukai, harga kereta boleh dibandingkan secara telus dan kompetitif," kata mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Mereka berkata, tindakan memberi rebat dan potongan cukai eksais bagi model dipasang di Malaysia (CKD) tidak akan menurunkan harga kereta.

"Tindakan ini cuba menipu rakyat kerana perbezaan harga model lama atau sedia ada yang diperkenalkan bukanlah satu bentuk penurunan harga kereta yang kekal merentasi industri (non-permanent across the board price reduction).

Najib kena nyatakan pendirian isu kalimah ALLAH

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 21, 2014

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menyatakan pendirian terhadap titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini perlu dilakukan segera untuk memberi penjelasan kepada rakyat supaya dapat mengekalkan perpaduan yang dikecapi.

“Saya minta Najib nyatakan pendirian mengenai isu kalimah ALLAH ini. Apakah dia nak membatalkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya.

“Sebelum ini, terdapat ketetapan mengizinkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah ALLAH dengan membenarkan Bible dalam bahasa Melayu Indonesia dibawa masuk ke sana serta ditulis kebenarannya untuk penganut Kristian,” katanya di Kompleks Pas Kedah, di sini semalam.

Beliau berkata, amat membimbangkan lagi apabila terjemahan perkataan God turut digunakan sebagai ALLAH.

“Ini amat mendukacitakan. Saya nak tahu apakah tindakan Najib membenarkan penggunaan kalimah ALLAH itu dirujuk dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

“Sebelum ini, apabila isu kalimah ALLAH berbangkit di Selangor, banyak pihak menyatakan pendirian perlu akur kepada titah Sultan Selangor. Sekarang ini, rakyat nak tahu apakah Najib akan akur kepada titah Tuanku yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama lain,” katanya.

Beliau berkata, pendirian Pas Kedah adalah berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama.

Dok Kira 13 Mei, puak yang mentedarah duit RM52bilion Saham bumiputera semua buat pejam mata..?


Assalammualaikum Tuan,

Saya rasa kemungkinan besar Tuan dah baca maklumat di bawah ini di FB..

Saya dengan rendah diri amat berharap Tuan dapat memberi maklumbalas akan hal ini kerana saya dan ramai lagi yang tertanya tanya cerita yang sebenarnya. Saya amat yakin Tuan saja yang mampu dan ada akses kpd Kementerian Luar...

Mohon jasa baik pihak Tuan..

Terima kasih.. Wasalam

Salam,
Sekarang sudah heboh satu Malaysia kisah Pn Shalwati dan suami ditahan di Sweden atas tuduhan memukul anaknya kerana tak solat.

Kebetulannya Pn Shalwati yg kami panggil Shal adalah rakan satu Univ saya dan isteri sewaktu kami sama-sama menuntut di University of the Pacific, Stockton California, Amerika Syarikat dulu.

Benda ini kecik aje sebenarnya, pukul sedikit kat tangan tak solat budak2 biasa lah.

Yg jadi masalahnya ini di negara Sweden. Org mungkin kata ini isu org Kapiaq Kristian org Barat anti Islam, tapi tak ada kena mengena sebenarnya.

Alor Setar - Premis judi wujud sebab dapat sambutan

Adzaman Mohd Jan  
Adzaman Mohd Jan

ALOR SETAR - Sambutan ramai daripada kaki judi yang menjadi pelanggan di premis perjudian haram sekitar bandar ini menjadi punca lubuk ini terus wujud.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya sentiasa memberi keutamaan untuk menghapuskan pusat judi haram yang wujud di kawasan itu.

Menurutnya, jika mendapat maklumat mengenai aktiviti tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk menyerbu dan menyita premis serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit.

“Kewujudan premis judi haram ini adalah disebabkan adanya permintaan. Pengusaha judi akan meneruskan operasi mereka walaupun secara bersembunyi dan mengaburi mata pihak berkuasa.

Tak perlu ke Antartika, tengok kampung sendiri


Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah  
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas mempersoalkan kepakaran dan latar belakang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja melibatkan kajian kesan perubahan cuaca dan alam sekitar ke Antartika bermula 18 Januari lalu hingga 2 Februari ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah berkata, perkara itu menjadi tanda tanya memandangkan ia dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang sepatutnya diketuai menteri atau pakar berkaitan.

Menurutnya, jika benar Ahmad prihatin terhadap alam sekitar, tindakan yang perlu diambil adalah melihat kampung sendiri di Kemaman terlebih dahulu dan prihatin terhadap isu alam sekitar di Terengganu termasuk Tasik Kenyir.

“Projek yang diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar di Kenyir iaitu projek Kompleks Bebas Cukai bernilai beratus juta tetapi dilakukan dengan cara tidak betul sehingga menjejaskan alam sekitar kawasan hutan semula jadi Kenyir.

Baling - Ayah suruh anak kecil mencuri

Ayah suruh anak kecil mencuri  
Ahli Rukun Tetangga cuba memberikan nasihat kepada kanak-kanak terbabit.

BALING - “Ayah yang suruh kami curi, duit itu kami bagi pada ayah,” kata seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun setelah disoal oleh Ahli Rukun Tetangga Pekan Baling A di sebuah taman di sini.

Kanak-kanak itu ditemui bersama adiknya yang berusia lapan tahun dan sepupunya baru berusia sembilan tahun ketika sedang berkeliaran di kawasan taman terbabit pada waktu awal pagi.

Sebelum ini, mereka pernah ditahan rukun tetangga kerana mencuri jam tangan seorang jemaah surau di taman itu.

Mereka terbabit mengakui mula mencuri sejak beberapa tahun lalu setelah disuruh ayah yang dikatakan terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Kanak-kanak terbabit berkata, semua barangan curi diberikan kepada ayah mereka termasuk wang ringgit.

FLAG talian hayat status Geopark Langkawi


FLAG talian hayat status Geopark Langkawi  
Gunung Matchincang merupakan salah satu lokasi 'pengesahan 
status' oleh Unesco pada tahun depan.

SHAH ALAM - Menjelang penilaian semula ke-2 global Geopark oleh Unesco pada tahun depan, semua penduduk Langkawi, penggiat pelancongan, aktivis alam sekitar perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan status itu terus kekal dimiliki Langkawi.

Selepas tujuh tahun Langkawi mengekalkan status Geopark, kini pulau legenda itu sekali lagi bakal dinilai untuk mengekalkan status berkenaan pada tahun hadapan.

Langkawi Geopark diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-52 pada 1 Jun 2007.

Pengiktirafan itu menjadikan Langkawi sebagai geopark ke-52 di dunia dan pertama di Asia Tenggara pada 2007 dan kini, sudah pun terdapat 100 Geopark global merentasi 28 negara.

Bagi memastikan ianya kekal menjadi milik penduduk Langkawi, sekumpulan aktivis menubuhkan pergerakan ‘Sahabat Langkawi Geopark (FLAG)’ yang dianggotai penduduk tempatan dan individu yang menyedari peranan penting mereka dalam pembangunan Langkawi di bawah jenama Langkawi Geopark.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...