TERKINI :

Monday, January 20, 2014

UMNO bacul, tak berani hujah jawab hujah yang tahu ajak 'Gaduh seperti 13 Mei'

Umno guna strategi lapuk untuk jawab kritikan, kata pengkritik

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
January 20, 2014

Protes Umno Pulau Pinang hujung minggu lalu dengan mengancam satu lagi peristiwa "13 Mei" untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak bertujuan untuk mengelak berhadapan dengan kritikan berkenaan isu kenaikan kos sara hidup, kata pengkritik.

Menurut mereka, dengan menukar “isu kangkung” yang masih hangat menjadi isu perkauman, Umno Pulau Pinang berharap ia mampu mengembalikan semula momentum dan mengekang kejatuhan politik akibat kata-kata daripada perdana menteri itu.

Tindak balas agresif Umno Pulau Pinang seolah-olah menggambarkan kecenderungan mereka untuk bersikap ekstrem sebagaimana dilihat dalam semua provokatif protes mereka terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang sejak tahun 2008.

"Ia menggambarkan kekurangan idea dalam Umno dan bagaimana apabila ini terjadi, mereka akan kembali kepada taktik pelampau seperti tunjuk perasaan lembu (di Selangor) dan memberi kek hari jadi 'najis' (di Pulau Pinang),” kata anggota majlis tertinggi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar, kiri).

Adakah Agong dirujuk sebelum putus penyelesaian 10 perkara

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan adakah kerajaan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan kerajaan dalam penyelesaian sepuluh perkara (10 point Solution) yang berkaitan dengan isu kalimah Allah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata, ini kerana Yang di-pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam titah baginda sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-86 kelmarin menyeru agar kalimah Allah dihormati dan dilarang penggunaan oleh agama lain kerana ia merupakan hak eksklusif umat Islam.

Baginda juga bertitah, Majlis Fatwa Kebangsaan (1986) telah membuat ketetapan yang sama berhubung penggunaan kalimah tersebut.

"Jadi persoalannya di sini, adakah keputusan yang dibuat oleh kabinet yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam penyelesaian sepuluh perkara itu dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pun tidak," soalnya ketika ditanya Harakahdaily.

Banjir dah surut.. RM750 yang dijanjikan mana??

NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hairan dengan sikap dolak dalih Kerajaan Negeri Pahang dalam isu sumbangan banjir.

Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli berkata ramai mangsa banjir besar yang melanda daerah ini awal lalu menghubungi kami dan tertanya-tanya, bilakah agaknya sumbangan banjir yang dijanjikan oleh kerajaan akan turun.

Mereka hairan, kerajaan memberi berbagai alasan berkaitan perkara itu.

Umum mengetahui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Temerloh beberapa hari selepas banjir melanda, telah berjanji akan memberi sumbangan darurat sebanyak RM500 kepada semua mangsa yang terlibat.

Selepas itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pula berjanji untuk memberi bantuan tambahan Kerajaan Negeri sebanyak RM250 lagi.

Ini bermakna seorang mangsa akan mendapat RM750 sebenarnya. Namun selepas sekian lama menunggu, nampaknya bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba, sedangkan musim persekolahan penggal pertama sudah bermula.

Harga barang naik: Salahkan Anwar Ibrahim sajalah Ku Nan...


Nampaknya setelah menyedari kenaikkan harga barang secara besar-besaran yang bermula pada awal tahun ini benar-benar menghimpit hidup rakyat, pemimpin UMNO/BN mula meletakkan kesalahan pada pihak lain pula..

Sekali lagi mereka cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan kononnya orang tengah memainkan peranan dalam hal kenaikkan harga barang ini.

Dan seperti biasa akhirnya mereka meletakkan kesalahan pada Pakatan Rakyat..
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap “orang tengah” yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.
Beliau berkata “orang tengah” ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.
"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN.

Ust Aminudin Bin Hj Abd Rahim - Kupasan bab BUGHAH


Najib dan pemimpin-pemimpin yang 'problematic' elok berundur

oleh Aspan Alias

Kata-kata yang bisa keluar dalam polimik politik, dan kita mendengar setiap hari dan masa. Ia disebabkan perbezaan politik dan pandangan terhadap sesuatu isu serius. Tetapi sesiapa yang mempunyai sedikit pemikiran dan nilai kehidupan, apabila berlaku keadaan yang panas seperti hari ini ia tidak akan dapat diselesaikan dengan kata-kata permusuhan. Malah ia akan menambah kekeruhan dan selalunya tidak akan timbul penyelesaian selagi tidak tiba seorang atau kumpulan yang lebih matang dan menyelesaikan isu secara tenang dengan jiwa yang sejuk.
Api yang panas akan hanya boleh disejukkan dengan air dan siapa yang membawa air itulah yang akan membawa kesejukan. Isu yang kita hadapi sekarang ini bukan boleh dselesaikan dengan pimpinan politik. Ia perlu lebih jauh dari politik. Ia perlu diselesaikan dengan tidak membawa sentimen politik masing-masing. Manusia yang boleh membawa ketenangan ini adalah dari orang yang berpengalaman dan telah masak dalam permainan dan sepak terajang politik yang kini tidak membuat sebarang isu yang memanaskan keadaan.
BN sesungguhnya dalam keadaan yang paling tenat dalam sejarah. Segala perbuatannya tidak secocok dengan kehendak zaman dan waktunya dan semua tindakan menyelesaikan sebarang masalah dilakukan tanpa berfikir dan semua tahu segala tindakan penyelesaiannya itu tidak akan berjaya. Apabila harga barangan naik oleh kerana keputusan kerajaan untuk memindahkan kos itu kepada pengguna, Muhyiddin terus mengumumkan penubuhan jawatankuasa menangani kenaikan harga barang secara mendadak itu.

Hasutan rasis dan brutaliti Umno bukti kegagalan menjawab isu yang sebenar..!!!

Hasutan rasis dan brutaliti Umno bukti kegagalan menjawab isu kenaikan kos sara hidup rakyat 
– Fariz Musa

Jingga13 Malaysia menyelar tindakan “desperado” dan brutaliti Umno yang telah bertindak melakukan demonstrasi di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan pusat khidmat masyarakat Adun Machang Bubuk dengan menggunakan sentimen perkauman sempit serta ugutan tentang rusuhan 13 Mei serta bertindak zalim dan ganas memukul dua orang awam yang melalui tempat demonstrasi tersebut.

Jingga13 Malaysia benar-benar hairan apakah kaitan antara “flash mob I Love Kangkung” dengan sentimen rasis yang cuba diapi-apikan oleh Umno sehingga dilihat begitu “desperado” dan tidak normal serta meronta-ronta sehingga mengungkitkan isu perkauman dan sanggup melakukan jenayah.

Andai tindakan “flash mob” dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran mengeluarkan kenyataan yang menjadi jenaka bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara berkaitan "kangkung sekarang dah turun harga" sebenarnya dilihat lebih menghina dan merendah-rendahkan maruah rakyat yang sedang dicengkam dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang ekoran kenaikan berantai oleh kerajaan UmnoBN.

Sedangkan dalam masa yang sama Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hidup dalam kemewahan luar biasa dengan isu pembelian jet peribadi dan sebagainya.

Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar

Keputusan pemecatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sementara menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, kata menteri besar.

Dalam masa yang sama Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek dipindahkan serta merta ke pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) sepanjang siasatan dilakukan.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.

"Sementara itu kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," katanya.

Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara itu dan menyerahkan surat kuasa kepada SUK Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan medianya petang ini.

Khalid sebelum itu bermesyuarat panjang kira-kira empat jam sehingga jam 7 petang bersama PKNS hari ini.

Kes Katun - Mohamad Sabu dituduh sokong Komunis


Hari ini saya di Penang bagi mewakili Timbalan Presiden Pas, Tuan Hj Mat Sabu dalam kes sambung bicara beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana didakwa memfitnah anggota polis yang meninggal dunia dalam kes bukit Kepong. Selepas dua saksi dipanggil hari ini pendakwa minta tangguh.

Untuk rekod semasa saksi pertama iaitu pesara polis yang buat aduan polis atas ceramah Mat Sabu beliau mengakui semasa saya soal balas antara lain

1. Dia x dengar dan x tahu isi ceramah Mat Sabu sebelum buat laporan polis
2. Dia buat laporan polis berdasarkan laporan utusan
3. Dia akui laporan utusan dengan isi kandungan ceramah mat sabu x sama.
4. Dia setuju Mat Sabu x sebut komunis tapi utusan lapor mat sabu sokong komunis
5. Dia setuju mat sabu x fitnah polis tapi dia sendiri yang fitnah Mat Sabu.
6. Dia setuju laporan dia yang kata Mat Sabu hina Yang DiPertuan Agung adalah x betul sebab masa kes bukit kepong Agung pun belum ada.
7. Dia setuju dengan saya di India apabila Ghandi lawan penjajah Inggeris Ghandi adalah hero jadi apabila saya tanya bukankah apabila Mat Indera lawan penjajah Mat Indera juga hero dia juga setuju.
8.Dia juga x tahu Bukit Kepong di mana..dia kata mungkin di Selangor.
9. Dia minta maaf pada Mat Sabu kerana buat laporan palsu dan fitnah atas Mat Sabu
10. Dia kata " Mat Sabu is my brother now".
11. Dia juga kata " Tuan Hakim tarik balik ini kes lah.."

Kangkung di tangan kananmu

 - Fahmi Fadzil

January 20, 2014

Minggu lalu satu fenomena baru telah muncul di tanah air kita, iaitu fenomena "kangkung". Fenomena ini lahir dari satu gimik politik Barisan Nasional yang berniat mengalih pandangan rakyat dari kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani masalah kenaikan harga barang.

Mana taknya, simbol sayur harian difikirkan memadai untuk meredakan kemarahan rakyat yang semakin kuat.

Namun akhirnya gimik tersebut menjadi sebuah “meme” dan terus menjadi “viral”, yakni merebak ke seluruh pelusuk negara dan menjadi buah mulut dan bahan ketawa marhaen.

Ada yang membuat grafik King Kong memeluk bangunan Umno sambil memegang kangkung, ada yang mengolah gambar seorang makcik Umno yang cukup bersyukur kerana harga kangkung punyalah murah, ada yang membuat t-shirt dengan gambar Najib dan kangkung. Dengan kata lain, gimik itu menjadi "keris yang makan tuan".

Sudah pasti para konsultan dan pemikir di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri tidak tahu betapa besarnya impak gimik tersebut. Sayangnya, impak yang dicapai bukanlah impak yang diidamkan!

Dek gimik sayur kangkung inilah Najib dan Putrajaya menjadi bahan berita seluruh dunia, hingga dipetik BBC dan lain-lain saluran berita antarabangsa – bukan untuk memuji langkah fiskal atau urustadbir yang semakin baik, tetapi untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia menzahirkan rasa tidak puas hatinya mereka dengan pentadbiran Najib yang telah menaikkan harga petrol, gula, dan macam-macam lagi.

JAWAPAN BALAS BELATANI DAN BBPM TERHADAP MITOS MENTERI - MENGATAKAN "HARGA PADI NAIK - HARGA BERAS NAIK"

Ustaz Mohd Azam Abd Samat
Options for this story
BismillahirRahmanirRahim

KENYATAAN AKHBAR
JAWAPAN BALAS BELATANI DAN BBPM TERHADAP MITOS MENTERI - MENGATAKAN "HARGA PADI NAIK - HARGA BERAS NAIK"

PETIKAN BERITA TV9:

Seperti berikut:-

Tiada cadangan untuk menarik balik keputusan menetapkan harga siling padi dijual pada RM1,200 satu tan, tegas Menteri berkaitan jika harga itu dinaik lebih tinggi ia akan hanya membebankan rakyat.

Selepas itu disiarkan Kenyataan Menteri Pertanian melalui perbualan telefon:

“Kita jangan lupa jika kita naikkan harga padi, terlampau tinggi kesannya ialah kenaikan harga beras, kalau harga beras naik seluruh Negara akan menanggung bebanan itu, jadi jangan kita ingat, bukan kita tak setuju nak menaikkan harga padi dua ribu, tiga ribu baguslah, tetapi masalahnya rakyat seluruh Malaysia akan menanggung kenaikkan harga beras. Jadi setakat ini kita tidak akan mempertimbangkanlah . Setakat hari ini kita tidak akan bertimbangkan lagi”

Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif


Kaedah yang akan saya kongsikan ini sebenarnya telah mendapat respon positif daripada mereka yang telah mencubanya. Antara komen mereka ialah: 

"Alhamdulillah saya dah cuba cara ini dan berkesan. Saya guna apple yang segar dan mesin sendiri. Untuk dapat 1 liter memerlukan lebih kurang 15biji. Saya dah buat dua kali treatment ini. Lepas kali pertama memang ada keluar batu-batu tu. Selepas kali kedua batu keluar lagi banyak dari yang pertama kali. Nanti cadang nak buat lagi untuk kali ke-3. Cubalah… Sekurang kurangnya kita cuba sesuatu sebelum operation membuang hempedu. Pada saya cara ini tidak teruk mana pun. Apple pun sedap. Think positive."   – Rehan Hussain -
 
"3 hari selepas saya jumpa kawan yang kena batu karang dikilang hempedu dan ikut rawatan ini dia kata memang berkesan tanpa perlu bedah."   – Dr Hamid Arshat -
 
"Saya dah cuba memang menjadi. Sebenarnya, epal tu yang melembutkan batu-batu karang yang ada dalam kilang hempedu kita. Apabila buang air besar (maaf ye) akan keluar ketul-ketul bewarna hijau ianya batu karang yang sudah lembut. Percayalah, batu karang adalah punca sakit cancer. Kalo tak mahu minum juice epal, makan buah epal kurang-kurang 5 biji sehari. Selamat mencuba."   – Ruzianti Omar -
 
6-Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif 1 
Bagaimanakah cara rawatan alternatif itu?

Rayuan kerajaan Malaysia ditolak

AMIRUDDIN HARUN

PUTRAJAYA 20 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan Malaysia terhadap perintah membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada lima peguam dan seorang aktivis dalam kes saman berhubung penangkapan serta tahanan salah kerana berhimpun sempena Hari Hak Asasi Manusia, tujuh tahun lalu.

Datuk Zaharah Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian sebulat suara tanpa perintah mengenai kos.

Panel tersebut turut menolak rayuan kumpulan peguam dan aktivis terbabit yang tidak berpuas hati dengan ganti rugi RM10,000 seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai tahun lalu.

Lima peguam terbabit terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya; Eric Paulsen; dan Amer Hamzah Arshad; serta aktivis, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan. - UTUSAN ONLINE

GiatMARA dan Lubuk Wang Kroni BN

Oleh mat_sempoi

"Disini ingin saya suarakan pandangan saya tidak seberapa ini. Isu seperti ini sebenarnya bukannya salah kerajaan negeri Selangor mahupun pemimpin mereka yang terbabit. Isu ini adalah isu yang berpunca daripada kerajaan BN dan diwarisi juga oleh para pemimpin BN yang tamak haloba.
Kalau nak ikutkan, bukan sahaja MARA mahupun GiatMARA yang menjadi mangsa. Tetapi kalau dikaji secara keseluruhannya, institusi, jabatan dan cawangan-cawangan kerajaan BN juga banyak terbabit, dan mungkin akan menjadi isu dihari kemudian juga akibat permainan wang politik pemimpin BN.
 
Meh saya ceritakan disini. Kalau nak diikutkan, sepatutnya institusi seperti GiatMARA ini, dari dahulu lagi sudah sepatutnya mendapat tanah hak milik mereka sendiri secara 100%. Nak dikatakan, tanah hak milik kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia ini terlalu banyak. Tetapi, tidak peliknya. Modus operasi pemimpin BN ini licik semenjak dahulu kini dan selama-lamanya.

Kebanyakkan tanah-tanah ini, biasanya akan di 'anugerahkan' kepada kroni-kroni, pemimpin-pemimpin, exco-exco dan sanak saudara mereka (BN), manakala jabatan-jabatan atau institusi kerajaan biasanya akan terpaksa membeli semula tanah 'anugerah' ini daripada pihak tertentu dengan harga yang terlampau tinggi, ataupun terpaksa menyewa bangunan atau tapak hak milik individu tertentu (yang biasanya bakal 'bangkrap').

'Auto-pilot' BN akan musnahkan M'sia, kata Ong

Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memberi amaran Malaysia akan musnah jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus tidak mengendahkan isu yang memecah belahkan negara ini.

Merujuk kepada reaksi balas terhadap "flash mob kangkung" di Pulau Pinang pada 16 Januari, Ong berkata, situasi itu menunjukkan kemerosotan pendekatan yang dibawa oleh politik partisan.

"Hakikatnya, peningkatan polemik, kebencian dan ancaman semakin tidak terkawal dan menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat, termasuk saya sendiri," kata Ong dalam Facebook beliau.

"Kita tidak mampu berserah kepada auto-pilot oleh sesiapa pun di kerusi pemandu.

"Kini tiba masanya perdana menteri merangkap pengerusi BN campur tangan sebelum keharmonian kaum yang rapuh ini musnah."

Beliau juga menegur pemimpun MCA yang terus berdiam diri terhadap perkara itu.

Selepas Lebih 40 Tahun, Kenapa Masih Membanggakan 13 Mei?

OLEH Shahbudin Husin, 

Tindakan sekumpulan penyokong UMNO mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah dikangkungkan sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.

Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib dikangkungkan tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya ia adalah respon menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.

Nampaknya, mereka yang cuba mempertahan dan membela Najib telah gagal memahami isu yang sebenarnya. Isunya ialah berkaitan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup dan tindakan menyuapkan replika Najib dengan kangkung juga sama-sekali tidak berunsur perkauman walaupun ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat berbangsa Cina. Ia adalah reaksi menyeluruh yang mewakili seluruh rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup.

Tekanan diplomasi halang Anwar ke Jepun?

PKR mendakwa kerajaan menggunakan tekanan politik yang tidak kelihatan bagi melindungi kepentingannya sehingga menyebabkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun.

Malah, menurut pengerusi biro guaman dan hak asasi manusia PKR Latheefa Koya, perkara itu bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, katanya lagi, kerajaan Malaysia menghalang ahli pathologis terkenal Thailand daripada memasuki negara ini bagi menjalankan bedah siasat terhadap kes kematian dalam tahanan.

"Oleh itu kami menuntut perdana menteri membetulkan keadaan dengan segera menarik balik laporan yang tidak perlu kepada kerajaan Jepun dan memberikan pelepasan perjalanan penuh kepada Anwar," katanya.

Provokasi peristiwa 13 Mei pula kangkungkan Umno

KUALA LUMPUR: Berhimpun dan berdemo tidak menjadi kesalahan dan ia mungkin salah satu cara meluahkan perasaan tetapi serangan yang dilakukan mestilah bijak.

Mengancam dengan peritiwa 13 Mei dalam isu kangkung dan kenaikan harga barang langsung tidak mencerminkan kematangan dan persembahan hujah yang baik dalam politik, tulis Shahbudin Husin.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, beliau berpandangan peristiwa 13 Mei sepatutnya semakin dilupakan dan bukan sering diingati serta dijadikan alat provokasi terhadap kaum lain.

Tambahnya, terus-menerus membangkitkan peristiwa 13 Mei bukan saja merenggangkan lagi hubungan antara kaum, bahkan meretakkan hubungan sesama komponen BN sendiri.

Mana pihak berkuasa sewaktu rakyat di belasah dalam demo Pro-Kangkung..??

GAMBAR KUMPULAN PRO KANGKUNG BELASAH WARGA YANG TIDAK BERSALAH TERSEBAR LUAS DI ALAM SIBER!!!!


Sekumpulan penyokong Pro Kangkung hari ini diberitakan telah membelasah seorang warga yang tidak bersalah ketika membuat demo haram tanpa permit didepan Pusat Khidmat ADUN PKR Macahng Bubuk.

Apalah kita nak hairan rakyat yang bertaraf kangkung bertindak ...

Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Mungkinkah Najib terpaksa ikut jejak Abdullah?

KUALA LUMPUR: Walau ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya dibawa kembali Tun Mahathir Mohamad ke Putrjaya, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini lagi, tulis Aspan Alias.

Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

“Najib sesungguhnya keseorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainuddin Maidin memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya.

Hikmah Nabi dengan bukan Islam

SAIFUDDIN ABDULLAH

MINGGU lalu kita menyambut Maulidur Rasul. Rasulullah SAW adalah teladan terbaik buat kita. Dalam seluruh spektrum kehidupan. Termasuk pendekatan Baginda dengan penganut-penganut agama-agama lain.

Dalam konteks Malaysia hari ini, khususnya dalam isu-isu yang berkaitan hubungan antara umat Islam, terutamanya pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai Islam, dengan penganut-penganut agama lain, elok kita memperingati sikap, perlakuan dan kemaafan Baginda terhadap golongan bukan Islam.

Dalam al-Quran, ALLAH SWT berfirman: "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". (al-Anbiyaa':107)

Penerima nikmat kualiti Rasulullah ini bukan terhad kepada umat Islam sahaja, tetapi, termasuk juga golongan bukan Islam, yang sebahagiannya melaburkan segala sumbernya untuk menghancurkan Rasulullah dan dakwahnya. Rahmat Baginda jelas terbukti dengan hakikat Baginda tidak pernah membalas dendam terhadap sesiapa dan sentiasa memaafkan, termasuk musuhnya yang paling ketat.

Ini dapat dilihat, contohnya, dalam peristiwa-peristiwa berikut:

Pengalaman dengan orang-orang Taif. Semasa awal dakwahnya, Baginda ke Taif menyeru penduduknya memeluk Islam. Tetapi pemimpin Taif menghina Baginda dan menyuruh gengster melontar batu terhadap Baginda sehingga kakinya luka. Dalam Baginda kesakitan itu, ALLAH menghantar malaikat bertemunya, meminta izin melontar dua buah bukit Taif bagi menghancurkan bandar itu. Tetapi, atas semangat toleransi, Baginda menolaknya.

Kemaafan terhadap mereka yang menyakiti Baginda dan para sahabat. Baginda dan para sahabat diserang banyak orang. Antaranya oleh Abdullah bin Ubayy, Hindon, Safwan bin Umaya, Habir ibn al-aswad dan Aby Sufyan. Tetapi, Baginda memaafkan semuanya.

Melindungi Hak Kristian Najran. Rasulullah membuat perjanjian dengan penganut-penganut Kristian Najran, iaitu melindungi nyawa, agama, tanah dan harta bendanya. Mereka tidak perlu menukar apa-apa adat turun-temurunnya. Hak terhadap agamanya tidak disentuh. Tiada ketua agama atau pegawai gereja ditukar.

Perjanjian ini menjadi asas kepada pemberian autonomi pentadbiran agama kepada penganut-penganut agama lain dalam sesebuah negara Islam. Ia menjadi sandaran bagi pemimpin-pemimpin Islam (yang memahaminya) untuk berkurun lamanya.

Melindungi Kristian Saint Catherine di Gunung Sinai. Rasulullah mengiktiraf penganut Kristian ini sebagai rakyatnya. Tiada paksaan dikenakan atasnya. Hakim-hakim dan ketua-ketua agamanya tidak ditukar dan gerejanya dilindungi.

Dalam konteks ini, Rasulullah mendidik bahawa institusi-institusi agama-agama lain tidak boleh diganggu. Semua aspek hak asasi manusia, seperti perlindungan golongan minoriti yang tinggal di bawah kerajaan Islam, serta kebebasan mengamalkan agama masing-masing, melantik hakim dan pemilikan harta adalah dijamin.

Memaafkan kaum Quraish. Sirah Rasulullah menunjukkan walaupun Baginda amat tegas dalam menegakkan perjuangannya, tetapi tidak pernah membalas dendam terhadap musuhnya. Peristiwa pemaafan teragung dalam sejarah berlaku apabila Baginda membuka kota Makkah di mana Baginda memaafkan seluruh penduduk Makkah yang dahulunya menyebabkan Baginda terpaksa berhijrah ke Madinah.

Umat Islam di Malaysia hari ini tidak berhadapan dengan cabaran seberat yang pernah dipikul Baginda.

Kita perlu menangani isu-isu di hadapan kita dengan bijaksana. Kedua-dua pihak, umat Islam dan penganut-penganut agama lain perlu bertenang dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Antara pendekatan yang bijaksana ialah dialog antara pihak-pihak yang berkaitan. Bagi umat Islam, ini sesuai dengan saranan al-Quran dalam an-Nahl:125, iaitu tentang kebijaksanaan, pengajaran yang baik dan berdialog dengan cara terbaik.
 
Pendekatan undang-undang penting. Tetapi, ia bukan satu-satunya pendekatan yang ada, dan dalam keadaan tertentu, belum tentu pendekatan terbaik. Ada masanya, perundingan dan persefahaman yang lebih luas dan mendalam dapat menyelesaikan masalah yang sukar dileraikan melalui pendekatan lain, termasuk undang-undang.

* Saifuddin Abdullah ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

KJ kongsi rahsia tarik pengundi

KJ kongsi rahsia tarik pengundi 
KJ kongsi rahsia tarik pengundi Mohamad menyampaikan angpau kepada warga emas dan penduduk kurang kemampuan pada majlis berkenaan.

REMBAU – Sentiasa bergerak mendekati masyarakat dan cepat menyelesaikan masalah dihadapi merupakan cara dilakukan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam menambat hati pengundi, termasuk bukan Melayu pada PRU13 lalu.

Menurut Khairy, tidak ada masalah untuk BN menang di kawasan majoriti Cina sekiranya pemimpin konsisten bersama masyarakat serta selesaikan masalah mereka dengan cepat dan berkesan.

"Kita bukan mahu cakap kita yang terbaik tetapi kita ingin kongsi pengalaman kita sendiri di mana apa yang kita buat di Parlimen Rembau sejak PRU12 lalu, kita sudah bergerak bersama pemimpin masyarakat, parti komponen dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam mendekati masyarakat.

"Malah, kejayaan kita di Dun Chembong iaitu melalui dua peti undi di Ulu Pedas dan Pekan Pedas merupakan satu terjemahan daripada perasaan puas hati rakyat dan pengundi di sini atas cara kita (BN) bersama mereka," katanya pada Majlis Menyalakan Lampu Tanglung Sempena Menyambut Tahun Baharu Cina di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Pedas, dekat sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Awaludin Said.

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, sejak Parlimen Rembau menang dengan majoriti selesa dalam PRU13 lalu, beliau sering diminta untuk berkongsi rahsia serta pengalaman dalam menarik undi daripada pengundi bukan Melayu.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata, pada PRU13 lalu, majoriti Cina yang menyokong BN melebihi 40 peratus di Pekan Pedas, sekali gus merupakan peratusan tertinggi undian orang Cina kepada BN di seluruh negara.

Wahai UMNO KANGKUNG - Nak demo sampai subuh pun demolah, yang dok pukul orang tu pasai apa..?

Umno balas “flash mob kangkung” dengan bertindak ganas, kata Adun PKR

Gambar Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon digunakan semasa demonstrasi Umno di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi “flash mob” kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

Najib amat lemah, sendirian dihujani cemuhan rakyat


KUALA LUMPUR: Fenomena lawak kangkung menjadi petunjuk terkini Perdana Menteri terlalu lemah menangani pelbagai isu besar yang kritikal dihadapi rakyat, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

“Najib Razak sudah dicop rakyat sebagai Perdana Menteri paling tidak mampu menyelesaikan masalah.

Tambah masalah lagi, ada. Tak pernah berlaku dalam sejarah sejak selepas merdeka, ada pemimpin negara dicemuh sebegitu rupa.

“Malu betul. Portal berita, BBC di United Kingdom pun laporkan protes dahsyat rakyat Malaysia melalui media sosial ke atas ucapan ‘kangkung’ Najib yang tidak peka dengan bebanan kos hidup melambung ditanggung rakyat,” katanya

Lebih malang, ujarnya, barisan Kabinet yang ramai itu dilihat membisu “cuci tangan” sahaja menyebabkan Najib seperti sendirian dihujani cemuhan rakyat.

Menurut Mohamad Sabu, tuntutan rakyat jelas supaya Kerajaan Umno-BN me ngurangkan harga barangan keperluan antaranya beras, gula, minyak masak, susu, ikan, ayam dan da ging seperti disuarakan pada himpunan Turun malam tahun baru lalu.

Chong Wei mungkin akan ‘gantung raket’ penghujung Disember ini

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei (gambar) mungkin akan 'menggantung raket' untuk bersara dalam sukan badminton pada penghujung Disember ini sekiranya prestasinya tidak berada pada tahap terbaik.

Jaguh badminton negara itu berkata faktor kepenatan dan masalah peribadi menjadi punca utama yang mendorong beliau menyuarakan hasrat untuk bersara pada tahun ini.

"Sampai satu masa saya kena berundur juga, saya harap Liew Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) boleh menggantikan saya, mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini.

"Selepas Sukan Asia di Incheon (19 September-4 Oktober) dan Sukan Komanwel di Scotland (23 Julai-3 Ogos) saya masih tidak tahu sama ada mahu meneruskan karier dalam badminton, kalau kondisi saya tidak baik mungkin saya mahu bersara pada Disember.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...