TERKINI :

Sunday, January 19, 2014

Laporan polis atas tindakan provokasi Umno

– Zairil Khir Johari dan Steven Sim

January 19, 2014

Kami telah membuat laporan polis atas provokasi yang berbahaya oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang yang mengetuai demonstrasi di hadapan Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya pada 18 Januari, 2014.

Antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti “DAP musuh Islam” dan “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?” serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Merican, Setiausaha Umno Pulau Pinang Dato’ Musa Sheikh Fadzir, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Rahim serta mantan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Sheikh Hussein Mydin.

Tindak-tanduk mereka merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berunsur hasutan dan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan kaum serta huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum kita.

Kait kangkung dengan perkauman modal lapuk Umno

Jan 19, 2014
Aiman Athirah Al-Jundi

1. Jangan hadapi kritikan massa terhadap PM Najib berkaitan isu kangkung dengan menukarnya menjadi satu pergeseran kaum dan agama. Umno seringkali menggunakan isu perkauman dan agama sebagai jalan keluar bila sudah tidak lagi boleh berjawab secara bijak dan bertanggungjawab terhadap rakyat.

2. Membangkitkan isu Ketuanan Melayu dalam konteks kritikan umum hatta sindiran dunia terhadap "kekangkungan politik Malaysia" hanya menzahirkan kelemahan dan kemelesetan akal dan hati budi umno. Seolah mahu menutup "kebodohan" dengan kuasa kuku besi dan pembodohan yang hanya akan menambah burukkan wajah Malaysia dan kepimpinan politik yang ada keseluruhannya.

3. Tindakan Pemuda umno yg cuba mengingatkan kaum cina dengan nada dan bau ugutan bahawa kononnya peristiwa bdarah 13 mei 1969 akan mungkin berulang jika terus mengkritik PM Najib hanya menzahirkan tanggapan betapa umno adalah dalang sebenar di sebalik tragedi berdarah dalam sejarah yang lepas. Umno wajar memahami zaman keris tombak dan lembing sudah lama berakhir. Maka hadapilah zaman ini dengan kebijaksanaan dengan awal memastikan Presiden umno yang diangkat adalah orang yang bukan "sekangkung" Datuk Seri Najib, kerana apa yang berlaku kini hanyalah impak daripada salah pilih pimpinan yang bukan sahaja memalukan bangsa Melayu tetapi juga negara Malaysia di peringkat dunia.

Jenayah curi lembu pula berleluasa

 
Di tengah kemelesetan ekonomi, kejadian kecurian dan rompakan semakin bertambah, antaranya termasuk kejadian curi lembu yang pelik menyebabkan orang ramai terkejut.

Terbaru, satu kes dilaporkan Ahad lalu di Kulim, Kedah di mana dua mencuri berjaya memuatkan empat ekor lembu ke dalam kereta Proton Wira yang diubahsuai.

Kedua pencuri itu terpaksa meninggalkan kereta mereka - yang kerusi belakangnya dialih untuk memuatkan lembu-lembu tersebut - setelah ia rosak 15km dari tempat kejadian.

Bulan lalu, 50 pencuri berpengalaman - bersenjatakan enam pistol - telah menceroboh ladang lembu di Melaka dan dan berjaya melarikan 30 lembu dengan dua lori.

Berbanding ayam, itik dan kambing, lembu ialah ternakan paling besar. Dan ia menjadi 'kegemaran' pencuri lantaran permintaan pasaran yang tinggi.

Dok maki DAP, rupa-rupanya pemimpin PKR yg sumbat kangkung mulut najib

Lee PKR, bukan DAP

Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan "ABCD - Asal Bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam".

Sepanduk yang paling menarik berbunyi "Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?"

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata bukan sahaja DAP tetapi pelbaai kaum tidak mahu 13 Mei tercetus semula.

"(Bagaimanapun) perhimpunan Umno cepat bertukar perkauman apabila pemimpin tertinggi DAP telah menjadi sasaran sedangkan Lee Khai Loon dari PKR.

"Adakah DAP menjadi sasaran mudah Umno kerana pimpinan tertinggi kami adalah orang Cina, tidak seperti pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Melayu?" kata Lim yang turut berharap polis membenarkan demonstrasi aman Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

Sultan: Kalimah Allah hak eksklusif umat Islam

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus
terpelihara.
  
Baginda bertitah pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat.
  
"Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  
"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati," titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, hari ini.
    

[EDISI KANTOI] Guna Gambar DEMO THAILAND, dok bangga kata 25k turun sokong mereka..!!

 selepas di ZOMM kan...

Mukhriz bimbang BN tumbang kerana isu kos hidup


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

Mahu hukum BN dalam PRU14?

Mahu hukum BN dalam PRU14?  
Pas Kawasan Padang Serai dan Kulim mengadakan bantahan aman.

KULIM - Hampir 100 ahli Pas kawasan Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu berkumpul di hadapan Masjid Kilang Lama bagi membantah kenaikan harga barangan di pasaran.

Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai yang juga Exco Pemuda Pas Kedah, Abu Tholib Yahya berkata, BN dikatakan memperdayakan rakyat dan pengundi dengan janji yang dibuat ketika berkempen PRU13 lalu.

Menurutnya sehingga kini, rakyat terus tertekan dengan kenaikan harga barangan di pasaran.

Bagi rakyat berpendapatan rendah, ia merupakan satu bebanan kepada diri mereka.

Katanya, kenaikan harga barang bukan sahaja melibatkan barangan kering, tetapi turut melibatkan kenaikan harga ikan dan sayuran.

"Dahulu pengguna boleh membeli dua kilogram ikan dan sayur dengan RM20, sekarang mereka hanya boleh memperoleh satu kilogram ikan dan sedikit sayuran hijau.

Harga naik kenapa salahkah orang tengah?

PKR: Harga naik kenapa salahkah orang tengah?



PKR hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahkan orang tengah ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Kenyataan menteri ini cubaan mengalih pandangan umum daripada isu sebenar, bahawa kenaikan harga barang timbul daripada kegagalan dasar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak untuk menangani kenaikan inflasi yang mendadak,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil (kanan).

Fahmi justeru menyifatkan kenyataan Tengku Adnan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana peningkatan inflasi itu sudah pun diingatkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, kata Fahmi, dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, kadar inflasi Malaysia meningkat 2.4 kali ganda dari 1.2 peratus (Disember 2012) kepada 2.9 peratus (November 2013).

Mee Segera sangat beracun lebih dari syabu

Kesan Makan Mee Segera Pada Kesihatan. Mee Segera sangat beracun lebih dari syabu



Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

PM #kangkung atasi Listen..! Listen..! Listen. .!

Mazhar Yusof

 

Masih ingat Sharifah Zohra Jaben yang terkenal dengan “Listen, listen, listen” yang giat dikongsi pengguna laman sosial Facebook Januari lepas?

Selepas setahun, Sharifah telah diturunkan takhta oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Tentunya beliau lega kerana diganti oleh seorang tokoh yang dikenali ramai di laman Facebook itu.

Sharifah merupakan presiden sebuah pertubuhan yang kurang dikenali; Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M). Beliau menjadi sensasi apabila menghamburkan kata-kata “Listen, listen, listen” terhadap sesorang mahasiswi. Tindakan beliau menjadi ikutan ramai dan dikongsi di laman perkongsian video Youtube serta laman sosial Facebook.

Malah, sektor perniagaan juga tidak terkecuali dari mengikut trend tersebut dengan menggunakan tema “Listen, listen, Listen” bagi iklan mereka. Fenomena tersebut menjadi kegilaan ramai bagi tempoh lebih kurang tiga hari berturut-turut.

Siapa Bodoh, Siapa mula Isu #kangkung..???


Menteri kata yang main #kangkung bodoh.
nie nak tanya, siapa yang dok juak cakap harga kangkung turun..?
siapa yang minta dipuji bila harga kangkung turun?
siapa yang melalak sakan bab kangkung nie mula2 sekali..?

masa bercakap tak fikir betul2, bila dah kena atas kepala semula mulalah panggil orang bodoh... siapa yang bodoh sebenarnya..???

Joe Pazak@Bukit Bintang Mali

Rakyat makan kangkung, menteri guna jutaan ringgit belayar ke Antartika

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 17 JAN: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengetuai lawatan kerja selama 15 hari menggunakan kapal persiaran mewah ke Antartika diselar Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Pua dalam satu kenyataan menyifatkan lawatan itu sebagai satu pembaziran besar dalam keadaan rakyat di negara ini dipaksa supaya sentiasa berjimat-cermat untuk berdepan krisis ekonomi yang sedang merudum.

tony-pua“Menteri Besar Terengganu mengumumkan “lawatan sambil belajar” ke Antartika. Fuyoh, belajar buat ais kot. Rakyat makan kangkung, menteri belanja berjuta ringgit belayar ke Antartika,” katanya dalam laman Facebook.

Melalui satu kenyataan kepada portal The Malaysian Insider, Pua berkata Ahmad Said tidak mempunyai kaitan dalam lawatan berkenaan selaku menteri besar dan tidak akan membawa sebarang pelaburan asing.

Ooooooo Patut la pun Isu Buka Tudung Senyap sebab Cina tu geng MCA..!!!


Oooo PATUT PUN!!!

Korang perasan tak kenapa isu di suruh buka tudung ni tak di mainkan oleh P*kida, Pekasam, Perog*l, Perpuihhh

Rupanya tali barut geng kankung daaa....

- Tompo -

Tengku Adnan nie asyik salahkan orang je, yang mereka jadi #kangkung tak nak ngaku..

Barang naik: Menteri Wilayah salahkan pula 'orang tengah'
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini hari ini.

Hanya Setelah Fenomena Kangkung, Barulah Menteri-Menteri Sibuk Turun Ke Pasar


Selama ini apabila rakyat merungut tentang kenaikan harga barang, ramai yang menjawab ianya adalah fenomena biasa. Malah apabila harga minyak dan gula dinaikkan melalui dasar rasionalisasi subsidi, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan dengan bangganya berkata, harga minyak dan gula di negara kita masih rendah berbanding di beberapa negara jiran yang lain.

Najib dan semua pemimpin kerajaan pula, sama ada lebih banyak membisu atau terus mempertahankan kenaikan harga barang dengan menganggapnya sebagai fenomena biasa. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan hakikat bahawa apa yang dirungutkan rakyat ialah kenaikan harga yang berpunca daripada kenaikan harga minyak, gula dan tarif letrik sebenarnya adalah berpunca daripada kerajaan. Dalam erti kata yang lain, rakyat merasakan kerajaan ada saham besar dalam kenaikan harga barang ini.

Dalam masa yang sama, Najib terus mempertahankan langkah menghapuskan subsidi dengan pelbagai hujah dan alasan yang direka-reka demi menghalalkan tindakannya itu. Rungutan dan rintihan rakyat mengenai kos sara hidup mereka yang kian meningkat langsung tidak dipedulikan.

Bagaimanapun tindakan Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang dengan mengambil contoh kangkung sebagai rujukan telah mencetuskan sesuatu yang diluar jangkaan sama-sekali. Bermula dengan contoh kangkung itu dipersendakan, ucapannya diremix menjadi lagu yang kemudian disusuli dengan pelbagai kemunculan lain seperti tarian lenggang kangkung, t-shirt berlogo kangkung, membayar secawan kopi dengan seikat kangkung dan sebagainya lagi yang dikaitkan dengan kangkung, akhirnya selama hampir seminggu Najib menjadi "masak" dan lunyai dikangkungkan oleh tentera maya pro pembangkang.

Kerajaan Lembik tengkuk apabila Islam dihina..!!

Hina Islam: Tindakan harus diambil supaya tidak berulang, kata Razali

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menggesa tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina atau mempersenda agama Islam, sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata, perbuatan meminta maaf secara terbuka sahaja tidak boleh diterima kerana agak sukar menentukan sama ada kemaafan yang dipinta disertai dengan keinsafan.

"Jika tidak, perbuatan menghina Islam akan menjadi 'trend' kepada mana-mana pihak melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja kerana ia boleh selesai dengan cara meminta maaf," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai pasukan sukarela Bees & Ant (BN) bergotong-royong membersih kawasan perumahan Taman Guru di Jalan Temenggung di Muar, semalam.

Muhyiddin dahului 114 penerima di Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke 86

ROSLINDA HASHIM


ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului senarai 114 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-86.

Muhyiddin dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (SHMS) membawa gelaran Datuk Seri Diraja, pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) membawa gelaran Datuk Seri, manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dikurniakan Darjah Seri Setia Di Raja Kedah (SSDK) membawa gelaran Datuk Seri.

Isu harga naik: Kena ikut cara MB N.Sembilan


Mohamad Hasan  
Datuk Seri Mohamad Hasan

SHAH ALAM - Pengguna laman sosial Facebook berharap para menteri dapat mengikut cara Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam berdepan dengan isu kenaikan harga barang.

Melalui sebuah video ucapannya yang berdurasi 5.01 minit pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan itu, Isnin lepas yang disebar di Facebook, Mohamad Hasan menjelaskan soal penarikan subsidi gula dan minyak.

Antara petikan ucapan tersebut menyebut “kalau boleh setiap bulan panggil mesyuarat, beritahu apa yang naik, apa sebab gula naik.

"Kerajaan tarik subsidi, jadi naiklah harganya. Bukan sebab nak elak orang kencing manis," katanya.

Penyangak KABEL TM - kena angkut polis sekali dengan pencuri & pembeli..!!

Ditahan beli kabel dari penagih dadah

Ditahan beli kabel dari penagih dadah 
 Anggota polis memeriksa kabel yang dirampas.

BAYAN LEPAS - Tiga lelaki termasuk seorang pemilik setor barang lusuh ditahan kerana disyaki membeli kabel curi dari penagih dadah dan pendatang tanpa izin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin berkata, hasil maklumat orang awam, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 40-an di sebuah rumah di Permatang Damar Laut kira-kira jam 10 malam semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan, lelaki terbabit adalah pemilik setor barang lusuh yang dipercayai sering membeli barang curi dari penagih dadah dan pendatang tanpa izin.

Setelah diambil keterangan, lelaki berkenaan membawa sepasukan anggota polis ke sebuah setor menyimpan barangan lusuh di kawasan berhampiran dan menahan dua lagi lelaki berusia 18 dan 27 tahun dipercayai pekerjanya.

Bekas Ahli Parlimen Sik selamat dikebumikan


Dr Wan Azmi Ariffin  
Dr Wan Azmi

SIK - Bekas Ahli Parlimen Sik, Datuk Dr Wan Azmi Ariffin, 69, telah kembali ke rahmatullah pada 7.50 malam semalam.

Allahyarham meninggal dunia di Kedah Medical Centre (KMC) setelah mendapat rawatan di situ sejak 31 Disember lalu akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru.

Allahyarham yang menjadi Ahli Parlimen Sik pada tahun 2004 meninggalkan seorang balu, Datin Sofiah Rahimi Rahim dan tiga anak.

Pada PRU11 lalu, Allahyarham mendapat undi sebanyak 15,357 mengalahkan calon Pas, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang mendapat 15,038 undi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...