TERKINI :

Saturday, January 18, 2014

Isu GiatMara... UMNO yang bodoh sebab tidak menjadikan tanah yang diduduki dihakmilikkan.

http://vectorise.net/logo/wp-content/uploads/2011/01/logo-giat-mara.png

Bila kita perhatikan kemelut yang sedang berlaku membabitkan GiatMara siapa sebenarnya yang patut dipersalahakan?.

Kerajaan negeri Selangor,
Kerajaan Persekutuan,
Pihak pengurusan Mara,
Melayu melayu di dalam Pakatan Rakyat.

Kalau diperhatikan kemelut yang berlaku sekarang ahli dan pemimpin pas dan pkr yang berbangsa melayu sepatutnya berani tampil menentang usaha ini agar dapat membuktikan kepada orang melayu mereka mampu mempertahankan dan menjaga kepentingan orang melayu dan berkemungkinan mereka akan mendapat sokongan yang lebih padu dari orang melayu. sayang mereka tidak berjaya mengeksploitasi isu ini.

Kepada pihak pengurusan mara dan kerajaan negeri terdahulu yang dipimpin oleh BN mereka yang harus dipersalahkan kerana gagal menjalankan tugas dengan berkesan. bagaimana sebuah bangunan boleh didirikan diatas tanah yang dipunyai oleh kerajaan negeri? kenapa tanah itu tidak dipindah milikan kepada pihak Giat Mara. Bila tidak dipindah milik kerajaan negeri memang berhak keatas tanah itu. Ini tidak boleh dinafikan.

Umno usah berlagak jaguh kritik kerajaan negeri

Oleh : LIZAWATI MADFA

IMG_1066a (1)
SHAH ALAM 17 JAN: Sikap hipokrit Umno yang kononnya memperjuangkan pendidikan belia Melayu dalam isu Pusat Latihan Giat Mara Selayang adalah sangat menjengkelkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata selama ini Umno tidak pernah peduli akan keadaan pusat latihan itu yang didirikan atas tapak tidak sah status tanah dengan keadaan bangunan dan kemudahan yang serba kekurangan.

ZaidyKatanya, Umno harus membuktikan terlebih dahulu akan ‘keprihatinan’ mereka terhadap pendidikan belia Melayu sebelum sibuk menyalak menyalahkan kerajaan negeri.

“Jadi, saya minta kepada Umno supaya berhenti menjadi pejuang hipokrit dalam isu bangsa dan agama seperti yang mereka laungkan selama ini.

Kangkung: kegagalan ‘food security’ negara?

Oleh: Haris Zuan

Kangkung turunMUNGKIN kerana tidak lagi mampu untuk berdepan dengan kritikan yang semakin kuat, Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak adil untuk menyalahkan Barisan Nasional atas kenaikan harga barangan harian.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan harga barangan seperti sayuran, ikan dan lain-lain disebabkan oleh keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.

“Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji,” katanya, sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian edisi 12 Januari 2013.

Rupa-rupanya yang turun itu cumalah sayur kangkung.

Antara SUMBAT MULUT NAJIB dengan #Kangkung dengan SAMAKAN TG NIK AZIZ dengan babi & anjing?

 
INI DIANTARA PENGHINAAN YANG DILAKUKAN KEATAS
TG NIK AZIZ..ANDA NILAIKANLAH SENDIRI MANA YANG BIADAP?
 

Umno marah bila ada orang bagi makan #kangkung kepada perdana menteri

RILEKS SABTU

Umno Pulau Pinang dilaporkan marah dan meradang dengan acara memberi makan kangkung kepada patung perdana menteri Najib Razak dua tiga hari lepas. Kemarahan itu disuarakan beberapa orang pemimpin Umno negeri itu yang mengecam perbuatan memberi makan kangkung itu sebagai biadab.

Satu laporan polis oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam juga dibuat agar polis menyiasat acara itu yang melibatkan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Reezal Merican Naina Merican berkata tindakan Adun daripada PKR itu sangat keterlaluan. Beliau bertanya apakah dosa perdana menteri sehingga diperlakukan demikian rupa, sedangkan cara itu tidak dapat membantu menyelesaikan kos sara hidup.

Seorang lagi pemimpin Umno Pulau Pinang, Musa Shaikh Fadzir berkata banyak lagi cara lain boleh dilakukan, bukan dengan menyumbatkan kangkung ke dalam mulut patung Najib Razak.

Mana POLIS, Perhimpunan berprovokasi banner 'gambar parang'.....


 

Sejak hari tu, tersebar teaser untuk satu perhimpunan siap dengan gambar karikatur lelaki Melayu berparang. Gua fikirkan gambar edit sebab dalam gambar tu, tarikh perhimpunannya tahun 2013.

Rupa2nya, memang betul. Haram jadah. Tak ada pulak tindakan apa2? Siap provokasi gambar berparang. Polis luluskan? Macam mana rakyat nak hormat dan percayakan polis kalau ambil tindakan berat sebelah.

Masa nak perhimpunan TURUN hari tu, siap buat tangkapan kononnya rakyat nak gulingkan kerajaan, kononnya sudah ada suspek. Mana suspeknya?

Rakyat bukan bodoh. Rakyat makin benci dengan sikap berat sebelah macam ni. Macai2 tak nak menyalak kondem pasal perhimpunan ni ke? Ke tuan lu dah bagi makan tulang?

Umno kecoh isu Giat Mara Selayang, membisu kes Kolej Yayasan Felda

Oleh : NAZLI IBRAHIM

mazlan aliman_1SHAH ALAM, 18 JAN: Umno tidak ikhlas memperjuangkan nasib generasi muda Melayu sebaliknya hanya mengambil kesempatan dengan memutar belit isu Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang bagi kepentingan politik mereka.

Hal itu dapat dilihat apabila Umno sehingga kini membisu seribu bahasa dalam isu Felda memotong bajet daripada RM16 juta kepada RM5 juta untuk setahun bagi empat Kolej Yayasan Felda di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak), Mempaga (Pahang) dan Raja Alias (Negeri Sembilan), sekali gus berhadapan kemungkinan besar operasinya ditutup terus.

Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, berkata Umno harus memperhalusi isu Giat Mara di Selangor dan mengamalkan pendirian yang tidak dwi-standard dalam dua isu terbabit.

“Isu Giat Mara ini berbeza dengan Kolej Yayasan Felda kerana pusat itu daif dan tidak diurus dengan baik oleh Mara dan Menteri Besar Selangor juga memberi saranan dibaiki kerosakan dan dinaik taraf untuk keselesaan pelajar.

Tanah Langkawi - Melayu hanya mampu tepok tangan sahaja.. akal ada tak mahu pakai..!!!

ini dikatakan menang sorak kampung tergadai..!!!

Apa yang terjadi disebalik mereka berhimpun pertahan NAJIB petang tadi..!!

Disebalik mereka berhimpun tadi... OK first bacalah dulu artikal SINAR di bawah nie....
Perarakan bantah tindakan hina PM
Perarakan bantah tindakan hina PM  
Ahli NGO dan parti politik berarak mengeliling Bandar Sunway bagi melahirkan rasa tidak puas hati mengenai isu kangkung hari ini.

BUTTERWORTH - Beberapa NGO dan parti politik menggerakkan ahlinya untuk berarak dan berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sunway Carnival hari ini bagi membantah tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina perdana menteri.
Perhimpunan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bermula di Jalan Todak sebelum berarak hampir satu kilometer sambil membawa pelbagai sepanduk ke pusat beli-belah terbabit.

Para Alim ULAMAK KEDAH melancarkan MUAS - Majlis Ummah Ahli Sunnah



Di Rasmikan di SURAU PERWAJA GURUN KEDAH
Pada 10.01.2014 oleh MUFTI KEDAH & TG HJ SALLEH

[GEMPAR] Isteri menteri ditemui mati di hotel..

Isteri menteri India ditemui mati di hotel

Isteri menteri India ditemui mati di hotel  
Saat Bahagia.. Sunanda (kiri) ketika bersama suaminya, Shashi. - Foto dipetik daripada BBC

NEW DELHI - INDIA. Dua hari selepas beliau membuat pendedahan tentang kemungkinan suaminya menjalin hubungan sulit dengan seorang wartawan Pakistan, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Shashi Tharoor, ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel mewah di sini pada Jumaat malam.

Walaupun Sunanda Pushkar disyaki membunuh diri, namun tiada nota tentang perkara itu ditemukan, lapor The Times of India.

Bagaimanapun sumber polis lebih berhati-hati lewat malam tadi apabila mereka berkata kematian Sunanda mungkin "kematian biasa atau kematian luar biasa".

Mayat wanita berusia 52 tahun ini dilaporkan ditemukan Tharoor apabila beliau pulang ke hotel itu selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India pada Jumaat malam.

Polis dimaklumkan tentang kejadian itu oleh S Abhinav Kumar, setiausaha peribadi Tharoor.

Pimpinan UMNO Penang yang "KAUT UNTUNG" jual tanah, bila habis marah CINA Guan Eng..!!


Mudahnya KEMENTERIAN kesihatan sedut duit rakyat..!!

P Pinang bantah penjaja bayar RM50 kursus kendali makanan


Kerajaan Pulau Pinang membantah tindakan kementerian kesihatan mengswastakan kepada enam syarikat di negeri itu pengendalian kursus pengendalian makanan bagi penjaja dengan dikenakan bayaran RM50.

Menurutnya, tindakan tersebut akan menambah beban kewangan penjaja yang berpendapatan rendah, khususnya "apabila mereka sedang menderita akibat kenaikan harga yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan BN."

Para penjaja di Pulau Pinang, katanya, kini tergesa-gesa mendaftarkan diri untuk kursus pengendalian makanan kerana takut disaman atau dipenjarakan selepas tarikh akhir 23 Januari untuk mendapatkan sijil.

Penjaja boleh dikenakan denda maksima RM10,000 atau penjara maksima dua tahun, atau kedua-duanya, sekiranya gagal memperolehi sijil itu di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Kenapa Siaran HYPPTV TM tak dapat hak siaran langsung bola RTM1.. itukan TV Kerajaan..

HYPPTV UNIFI MEMANG HAMPEH!!!!

DEY MACHA!!!
INI HYPPTV MEMANG TAK BOLEH PAKAI
SIARAN TV1 YANG FREE TO AIR PUN DEPA TAK DAK HAK SIARAN
BILA ADA LIVE BOLA
KAH! KAH! KAH!
MANGKUK KANGKUNG BETOI LA
TV1 TU TV KERAJAAN
RAKYAT YANG BAYAR CUKAI
SEMUA RAKYAT BERHAK TENGOK PERCUMA
BUKAN TV BERBAYAR
MACAMANA PULAK BILA MASA ADA BOLA KENA HAK SIARAN?
KAH! KAH! KAH!


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/01/hyptv-unifi-memang-hampeh.html#ixzz2qjezM4AP

'Tarian punggung lagi teruk dari flash mob kangkung'


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.

Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.

Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.

Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'.

"Kenapa tidak ada bantahan apabila tarian punggung itu dilakukan? Adakah perbuatan itu betul dari segi agama atau pelakuan (moral)" tanya Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui semasa lawatan ke Sungai Lembu semalam.

"Anda tidak boleh mempertahankan itu (tarian punggung) berbanding dengan apa yang (Lee) Khai Loon lakukan," katanya.

Rabu Rabu, kira-kira 15 orang menyertai flash mob membantah inflasi yang semakin meningkat, dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib yang diperbuat daripada styrofoam.

Pemimpin Umno mengecam Lee sebagai "kurang ajar, kebudak-budakan, bermentaliti rendah, serta tidak wajar sebagai seorag wakil rakyat" kerana menghina pemimpin nombor satu negara itu, dan menuntut Lee memohon memohon maaf atas tindakannya itu.

Manakala ADUN Pulau Betong, Farid Saad pula meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan supaya mengambil mengambil tindakan terhadap Lee.

Farid menyokong Najib dengan berkata ucapan perdana menteri diambil di luar konteks sedangkan beliau hanya bermaksud walaupun harga barangan keperluan meningkat, tetapi yang lainnya turun, seperti kangkung.

Najib telah menjelaskan kenyataannya, dengan berkata beliau menggunakan sayur-sayuran sebagai contoh mengenai bagaimana kuasa pasaran menentukan harga makanan.

Sampai bila PETANI nak maju, Tukar MENTERI maka tukarlah caranya perlaksanaannya..!!

Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim


APA NAK JADI NI...
TUKAR MENTERI TUKAR CARA...
SAMPAI BILA MALAYSIA NAK MAJU...

"SUBUR" TAHUN 2009 DILANCAR DENGAN GAH
MATI TIDAK TAHU DIMANA KUBORNYA...
SEKARANG UBAH CARA PULA....
JUAL ST15 DI KEDAI-KEDAI TERTENTU.

PETANI TERUS DITEKAN...
PETANI NAK BERNIAGA DALAM INDUSTRI PADI DI TUDUH ORANG TENGAH...
TAUKEH BERNAS, NAK PANGGIL ORANG APA?

ALANGKAH BAIKNYA JIKA 'BERNAS' DI 'LPN'KAN SEMULA....
JIKA BETUL NAK MENOLONG RAKYAT DAN MENGHAPUS ORANG TENGAH.

Kangkung : Ingat balik pesan orang tua-tua, sebelum bercakap pikiaq banyak kali dulu..!!

Semua pihak buat silap, kata Rais Yatim

rais yatim

PETALING JAYA - "Semua orang buat silap, saya sendiri pun buat silap, tapi kita perlu merancang dalam pemikiran sebelum mengeluarkan kenyataan," demikian kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau menasihatkan menteri kabinet agar lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya mengalaminya lebih 45 tahun dalam kerajaan. Saya sangat berhati-hati dan melatih diri saya supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang menyegat orang.

"Sekiranya soalan yang diajukan itu prejudis, kita hindarkan diri daripada mengupasnya, takut mengenai kepada orang yang tidak bersalah," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Macamanalah orang Langkawi boleh lantik MP KANGKUNG seperti ini..??

oleh Joe Langkawi

KLIK SINI UNTUK LIHAT FB
Aduhai MP otak singkat macam nie pun masih ada penyokong.. Tak kesah nak buka isu namun tengoklah rasionalnya... hang tu MP bukan blogger atau geng media kedah.. depa blogger yang cari isu create isu tak kesahlah sebab itu memang kerja mereka, namun mentaliti sebagai seorang pemimpin yang dilantik tu jagalah sikit... rasional lah sikit... 

bercakap dan berhujah biarlah nampak akan ketrampilan sebagai MP.. sampai mahu membezakan sumbangan parti politik dan kerajaan pun tak dapat membezakannya itu masalahlah... itu belum diceritakan bab dah dapatkah belom semua tuu...buat semak kepala jaa...

Saya add Dato sebagai friend di fb untuk dapat maklumat dan informasi serta pergerakan Dato sebagai wakil kami di Langkawi, namun jika macam nie punya posting sampah yang ada macamana kami nak follow perjuangan dato...

Tu dia depa bawa mai konsert ALOR SETAR METAL FEST 2014 pulak...!!

http://1.bp.blogspot.com/_B7BEMrO3yqk/SuMk7yRssaI/AAAAAAAACL4/lgCIyhGK2M8/s320/kedah_tag.jpg 
SENANG SUNGGUH AIHHH..!!

Berubahlah Najib sebelum krisis keyakinan bertambah parah!



Najib perlu berani..!

MASIH belum terlambat untuk PM Najib berbuat sesuatu bagi menyelamatkan Negara serta kedudukannya sebagai Perdana menteri sebelum berdepan dengan krisis keyakinan rakyat serta ahli UMNO yang lebih besar terhadap kepimpinan beliau apatah lagi di ketika ini wibawanya sebagai pemimpin untuk membawa parti dan kerajaan mendepani pelbagai kekusutan yang timbul makin tidak terurai.

PM Najib sedang dilihat sebagai Perdana Menteri yang gagal menguruskan negara dan setiap tindakan serta keputusannya sedang diperlekeh malah dihina bukan sahaja oleh pembangkang tetapi olah ahli-ahli parti serta yang selama ini menyokong beliau.


Selepas PRU13,seperti ada gerakan terancang ataupun kerana menyerlah kepincangan PM Najib,setiap sesuatu yang beliau sentuh bukan lagi menjadi emas tetapi telah dilihat busuk serta menjijikkan oleh beberapa pihak dan kita tidak hairan andai pembangkang menyerang PM Najib tetapi malang kepada beliau yang mengharapkan sokongan daripada pemimpin parti tetapi ada juga kalangan pemimpin yang turut sama mengambil kesempatan menabur garam atas luka yang PM Najib tinggalkan.

Tidak tahu dimana silapnya tetapi yang jelas selepas PRU13 dan selepas PM Najib mengumumkan rasionalisasi subsidi,PM Najib mula diserang dan diasak di setiap penjuru sehingga pada satu-satu ketika,beliau dilihat bersendirian menangani isu serta mengurus persepsi yang timbul. 

Inilah padahnya apabila NAFSU menguasai diri...!!


Isu GIAT MARA masih panas lagi kini timbul pulak bab Kolej Felda bakal ditutup..

Kolej Felda bakal ditutup kerana pemotongan bajet
OLEH TRINNA LEONG
January 17, 2014

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia Felda bercadang untuk menutup Kolej Yayasan Felda sebagai sebahagian daripada pemotongan bajet tahun ini yang memberi tamparan hebat dan menjejaskan peluang lebih kurang 1,000 anak-anak peneroka untuk mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Pengarah Felda Datuk Faizoull Ahmad telah memutuskan untuk mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta tahun ini untuk mengendalikan semua empat kolej, walaupun kos tahunan operasi secara kasarnya adalah RM16 juta.

Sumber berkata, rentetan pemotongan bajet itu, kolej yang terletak di Kelana Jaya (Selangor), Trolak (Perak ), Mempaga (Pahang ) dan Raja Alias (Negeri Sembilan) berkemungkinan besar berhadapan dengan penutupan apabila pihak pengurusan membuat keputusan kelak.

Isu #Kangkung & #Harga Barang, KJ pun buat pusingan U... apa citaaarr..!!

Khairy buat pusingan U, bodek sokong kenaikan harga barang, kata PAS

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) semalam yang menyebut kenaikan harga sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan disebabkan cuaca buruk adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan sebelumnya, kata PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khairy sebelum ini melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenaikan harga barang tetapi semalam membuat pusingan U menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga barang.

“Kenyataan Khairy semalam tentang kenaikan kos barang seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan. Sekali lagi Khairy yang pada awalnya menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan harga barang, berpatah balik menyokong tindakan orang atasannya.

“Khairy menjadi ingatan umum sememangnya pantas dan licik membodek majikan mengikut rekodnya. Beliau wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa inflasi disebabkan cuaca ialah sementara dan akan berkekalan selagi punca pencetusnya tidak ditangani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sampah jadi sumber pendapatan


Sampah jadi sumber pendapatan  
Mohd Farid gembira dengan pekerjaannya mencari barangan terpakai kerana mampu mendapat pendapatan lumayan.

JABI - “Bau sampah tak menjadi halangan lagi malah hidung saya sudah serasi dengan bau sampah di sini.”

Demikian kata Mohd Farid Shafie, 21, seorang remaja yang sudah lama mencari rezeki di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS), di sini.

Bagi Mohd Farid, pekerjaan itu menjadi punca pendapatan utamanya sejak dia berumur 10 tahun lagi apabila bapanya, Shafie Omar, 70, telah membawanya mencari rezeki di tapak pelupusan MBAS itu.

Mohd Farid berkata, hampir 10 tahun dia bekerja mencari barangan terbuang yang boleh mendatangkan wang kepada keluarganya.

"Walaupun pekerjaan ini sering dipandang rendah oleh pihak tertentu tetapi ia tidak haram di sisi undang-undang.

Alor Setar : Anak berkorban untuk urus ibu lumpuh


Anak berkorban untuk urus ibu lumpuh  
Salmah hanya terbaring di katil selepas mengalami penyakit kencing manis.

ALOR SETAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Begitulah situasi yang dihadapi Siti Hamidah Ishak, 62, yang terlantar di katil di kediamannya di Lorong Surau, Kampung Pegawai, dekat sini, apabila lumpuh separuh badan.

Katanya, dahulu dia akan menemani suami dan anaknya, Siti Nora Ahmad, 28, keluar berniaga kecil-kecilan demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Bagaimanapun, sejak makcik demam teruk selama dua hari, makcik lumpuh sebelah badan sehingga tidak lagi mampu berjalan ke mana-mana.

“Kini, makcik hanya terbaring di katil sahaja. Kadang-kadang sedih apabila ditinggalkan sendirian di rumah namun makcik akur kerana mereka tidak boleh bawa bersama,” katanya kepada Sinar Harian.

GEMPAR : Benarkah Komposer lagu Kangkung remix ditahan polis?

Oleh : NAZLI IBRAHIM dan LIZAWATI MADFA

yuri wongSHAH ALAM 17 JAN: Kordinator Jingga 13 Malaysia, Faris Musa dalam akaun sosial Tweeter beliau mendakwa komposer lagu Kangkung remix ditahan polis, lewat petang semalam.

Memetik berita yang semakin tersebar di blog dan laman sosial, komposer terbabit yang dinamakan sebagai Yuri Wong dikatakan bekerja sebagai Jurutera Suara di The Factory Music Studio, Kuala Lumpur.

Penahanan Wong dipercayai berkait rapat dengan serangan bertali-arus di internet terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan penurunan harga kangkung yang dibuat beliau beberapa hari lalu.

Wong dikatakan menghasilkan video remix ucapan Najib itu sehingga disebar luas di laman-laman sosial dan menjadi antara ‘trending’ kangkung yang paling popular.

Bagaimanapun, Wong yang berjaya dihubungi Selangorkini pagi ini sekadar membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan atau temubual buat masa ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...