TERKINI :

Friday, January 17, 2014

Umur kian singkat, ajal makin dekat


MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”


Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

MALAYSIA YANG BERKASTA dah jadi macam cerita dalam filem india dah..!!!

Mazhar Yusof

Hendak tinggal di bumi Malaysia hari ini hendaklah bersiap sedia untuk memjadi masyarakat kelas kedua dalam negara..Sehinggakan nilai harga beras di jadikan alasan dan harga kononnya untuk rakyat marhain.

Menteri-menteri ini tidak sedar yang memenangkan mereka di dalam Pilihanraya ialah golongan marhain. Namun ini semua langsung tidak di endahkan sebaik sahaja memenangi PRU. Apalah nasib menjadi rakyat kepada Menteri kangkung yang hanya tahu mengutamakan diri sendiri, keluarga dan kroni..

Al Fatihah - Mantan Ahli Parlimen SIk meninggal dunia

 

Rupa-rupanya Najib Pun Dua Kali Lima Juga

http://www.themalaysiantimes.com.my/wp-content/uploads/2014/01/Kangkung-Najib-685x320.jpg 

Walaupun isu kangkung sudah mulai sejuk dan basi sejak diperkatakan hampir seminggu lalu yang kesan ketaranya menjadikan kedudukan Najib hampir lunyai dipermain dan dipersendakan oleh pemain media sosial pro PR, tetapi hanya baru semalam Perdana Menteri sendiri menjelaskan mengapa kangkung dipilih sebagai contoh dalam ucapannya.

Najib berkata, kangkung menjadi rujukannya bukan saja kerana ia kesukaannya, malah juga oleh sebahagian besar rakyat negara ini, namun jika menggunakan burung puyuh misalnya, hanya orang tertentu saja yang memakannya.

Sehubungan itu, kata beliau, penggunaan kangkung itu tidak seharusnya dipersendakan kerana contoh itu menepati prinsip penawaran dan permintaan yang menyebabkan harganya naik atau turun di pasaran.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapa baru sekarang Najib membuka mulut dan memberi penjelasan mengenainya? Kenapa tidak awal-awal lagi sedangkan dalam dunia langit terbuka sekarang, semua perkara sudah bergerak laju dan pantas.

BALING : Dua Lelaki Diberkas Tidak Sampai 10 Minit Selepas Merompak

Dua Lelaki Diberkas Tidak Sampai 10 Minit Selepas Merompak

BALING: Dua lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang diberkas tidak sampai 10 minit selepas mereka merompak sepasang suami isteri di Pekan Baru Baling, Jumaat.

Ketua Polis Baling Supt Md Daud Md Hasan berkata polis yang kebetulan mengadakan operasi di pekan Baling bertindak pantas mengepung kawasan kejadian sebaik mendapat aduan pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun dirompak pukul 4 pagi.

"Kedua-dua suspek masih memegang parang dan pedang semasa dikepung. Mereka cuba menentang namun akhirnya menyerah selepas dipujuk anggota polis," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Katanya seorang lagi rakan perompak yang menunggu di dalam kereta bagaimanapun melarikan diri dan gerakan memburunya dilancarkan.

"Si suami cedera di belakang badan terkena libasan parang manakala isterinya lebam di muka akibat ditumbuk oleh perompak itu. Mereka masuk rumah kedai pasangan itu selepas mengumpil pintu," katanya.

'Isu 'Allah' timbulkan lebih ketegangan dari manfaat politik'

 
Kajian sebuah Universiti tempatan menunjukkan 77 peratus orang Melayu tidak bersetuju kalimah Allah digunakan penganut agama lain.

Bagaimanapun, kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dikeluarkan semalam menunjukkan isu ini bukan satu tanda aras menunjukkan kekuatan sokongan kepada mana-mana parti politik.

"Penggunaan Kalimah Allah merupakan satu isu yang sangat sensitif
dalam kalangan responden Melayu berbanding responden Cina dan India.

"Secara keseluruhannya, seramai 77 peratus responden Melayu menyatakan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

"Bagi responden Cina dan India pula, masing-masing 21 peratus dan 28 peratus tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selain daripada Islam," demikian menurut hasil kajian tersebut.

Tapak gereja Tanjung Karang dilulus MB Umno sejak 1980

SHAH ALAM:  Umno akan menggunakan stretegi Islam sebagai agama pecah belah dan adu domba dengan memberi gambaran kepada orang Islam bahawa mereka sedang diancam dengan musuh di kalangan penganut Kristian dan masyarakat Cina.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, strategi baru Umno-BN ini akan terus digunakan selepas keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam tidak memberi sokongan kepada BN.

Beliau memberi contoh dakwaan dilemparkan Umno kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi tanah kepada penganut Kristian untuk membina gereja di Tanjong Karang sedangkan tapak gereja di  lot 178  dengan keluasan 14,000 kaki persegi itu telah didaftarkan pada 2 Mac 1980 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Hormat Rafie.

Bagaimana mitos anti-Melayu DAP bermula?


ULASAN Saya tak pasti akan dapat memberi jawapan yang jelas sebagaimana soalan tersebut kerana adakalanya jawapan tu hanya dapat digambarkan saja. Justeru, pembaca berhak menyimpulkan sendiri jawapan yang saya tulis ini, dalam keadaan sedar diri dan waras. Sedar bahawa siapa saya, budaya saya dan keinginan saya.

Antara penolakan yang paling popular oleh DAP ke atas dasar-dasar kerajaan Umno adalah hal yang berkaitan tentang DEB. Yang nyata, DAP menolak pada kaedah atau mekanisme perlaksanaannya, bukan menolak tujuan dan matlamat DEB.

Jawapan yang sangat objektif ini rupa-rupanya belum cukup buat orang Melayu faham, kerana pendirian DAP ini telah diputar belit oleh Umno menerusi propaganda perkauman yang sangat licik.

Justeru, jawapan tersebut perlu lagi dijelaskan dengan lebih mendalam, moga-moga kepalsuan dapat dijinakkan menerusi kempen-kempen kesedaran atau kempen ‘pembetulan’, dan rencana ini adalah sebahagian dari kempen-kempen tersebut.

Sebagai permulaan, kita perlu surut kembali kepada sejarah lampau untuk memahami skeleton mitos DAP anti-Melayu dengan hujah DAP menolak DEB kerana faktor perkauman.

Semuanya bermula selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969. Zaman ini belum ada Internet, belum ada telefon bimbit malah, populasi kita hanya sekitar 10.8 juta orang sahaja, termasuk kaum Cina, India dan Sabah Sarawak.

Isu Guru Mualaf disuruh buka tudung selesai disatu perjumpaan muhibah

Guru mualaf terima permohonan maaf


KOTA TINGGI: Kes berkaitan seorang guru mualaf yang mendakwa dipaksa membuka tudung ketika mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Telum Sengat di sini, dianggap selesai.

Ini kerana, pagi tadi, satu perjumpaan muhibah membabitkan guru berkenaan dengan Pengerusi Jemaah SJKC Nan Ya, Phang Ah Ngang, 72, serta guru besar sekolah itu, Chiew Swee Tuan dibuat di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama.

Pada pertemuan itu, Phang dan Chiew meminta maaf secara terbuka kepada guru berkenaan di atas perbuatan mereka sebelum ini.

Guru mualaf itu yang tidak mahu memanjangkan isu berkenaan memaafkan mereka.

Beliau juga tidak mahu terbelenggu dengan isu itu sebaliknya mahu menumpukan kepada tugasnya sebagai guru.

Sambut Maulidur Rasul dengan Joget Lambak & Mak Nyah

Kemaruk goyang pondan
Oleh Shamsul Munir Safini


Kangar: Ketika majoriti umat Islam sibuk berselawat dan melakukan pelbagai ibadat sempena Maulidur Rasul Selasa lalu, sekumpulan warga emas di sebuah kampung di sini pula asyik berjoget dengan mak nyah di satu pesta joget lambak.

Pesta yang bermula jam 1 pagi itu bukan saja mencemarkan kemuliaan sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, malah turut memalukan penduduk lain di kampung berkenaan kerana ia dilakukan secara terbuka di depan sebuah rumah penduduk.

Seorang penduduk kampung itu yang mahu dikenali sebagai Amir 30-an berkata, dia difahamkan pesta joget lambak itu dianjurkan seorang penduduk dan turut menjemput sekumpulan 10 hingga 15 mak nyah.

Kes bunuh tiga beradik di Alor Senibong selesai

ALOR SETAR: Polis Kedah dapat menyelsaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Apa Yang Telah Kita Pelajari Dari Petisyen Pilihan Raya...

Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI

PILIHAN RAYA Umum ke-13 (PRU-13) telah melabuhkan tirai, namun sehingga kini masih kedengaran suara rakyat membicarakan tentang pilihan raya baik dari isu pengundi hantu, dakwat kekal dan keputusannya.

Sebagai salah seorang yang dilantik sebagai PEMERHATI pilihan raya ke-13, penulis melihat secara umumnya, sistem pilihan raya kita masih baik walaupun ada cacat-celanya, namun penambahbaikan itu jelas ada. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan media pernah menyatakan kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh memohon semakan supaya pilihan raya boleh diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR dalam tempoh 21 hari.

Petisyen Pilihan Raya

Sebenarnya, petisyen pilihan raya termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 yang membolehkan mana-mana pihak untuk mengemukakan rayuan atau bantahan kepada mahkamah pilihan raya sekiranya berlaku keraguan di dalam pilihan raya dan keputusannya.

Isteri "ceraikan" suami jika didapati merokok


Apabila menteri mula main WAYANG KULIT untuk menyejukkan rakyat selepas di #kangkung

WAYANG KULIT MENTERI BERMENTERA UNTUK MENYEJUKKAN RAKYAT.
Mazhar Yusof

Menteri sebenarnya sudah sedia maklum bahawa kenaikan kos harga barangan adalah di sebabkan oleh kenaikan HARGA TOL dan HARGA MINYAK.

Jika berlaku penurunan harga minyak dan TOL bolehlah di jadikan sebab dan asbab kenapa harga barangan wajar di turunkan. Pihak menteri cuba bermain silap mata agar dapat mengaburi mata rakyat bahawa tindakan sedang berjalan untuk di kuat kuasakan.

Kenyataan menubuhkan Jawatankuasa Khas hanyalah RETORIK untuk menyedapkan hati rakyat. Ia tidak akan mengubah apa-apa penurunan harga barang. Belum ada dalam Sejarah kenaikan harga barang berjaya di bendung oleh pihak Menteri.

1. Kenapa pihak Menteri yang akan turun padang?

2. Apakah tidak boleh di harapkan kepada pihak penguasa atau pihak yang terlibat secara bergaji dengan kerajaan untuk membuat pemantauan?

3. Apakah tindakan tegas termasuk saman dan denda tidak boleh di lakukan kepada peniaga yang sewenang-wenangnya menaikan harga?

Tarik Balik Saman Bukti UMNO Amal Demokrasi Sebenar, Demikian Hujah Kangkung Razali Ibrahim

oleh Shahbudin Husin,

Dalam mingggu ini UMNO telah menarik balik dua kes saman mahkamahnya. Yang pertama, saman terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung isu Lahad Datu dan yang kedua, saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali berkaitan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pas tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dan marah atas tindakan UMNO menarik balik kedua-dua saman yang seolah-olah memperlihatkan UMNO berjiwa kecil dan pengecut dalam menegakkan kebenaran dan berhujah di mahkamah.

Saman-saman sudah menjadi perkara biasa sekarang ini dan pemimpin PR juga sering mengemukakan saman terhadap UMNO, pemimpinnya atau akhbar yang dimiliki UMNO. Tetapi dalam setiap saman yang mereka failkan, mereka akan bertahan dengan pendirian yang dipegang sampai ke titisan darah yang terakhir.

Jangan selesaikan masalah dengan masalah lain, nanti rakyat berselerak...

oleh Aspan Alias

Dulu saya selalu berkata apa yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.

Hasilnya setelah tiga puluh tahun berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit ‘cancer’ penyakit yang hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya menghinggapi tubuh kita.

Apa yang berlaku sekarang dalam UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang. Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.

Ambiga cabar PM isytihar harta

 
Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.

Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPyRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya.

Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campurtangan dalam kerjanya.

Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri.

Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan
bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi.

Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Rafizi: Subsidi cara terbaik agih kekayaan negara

SHAH ALAM - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menyifatkan pemberian subsidi adalah kaedah terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.

"Hasil pendapatan negara meningkat sebanyak tiga kali ganda sepanjang tempoh sepuluh tahun ini.

"… bagi saya ianya perlu diagihkan kepada rakyat… rakyat berhak mendapat hasil tersebut.

"Oleh itu kaedah yang terbaik adalah menerusi pemberian subsidi, kerana semua akan dapat, Insya-ALLAH ekonomi rakyat bertambah baik," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas kenyataan pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin mengenai tindakan kerajaan yang asalnya berjanji untuk memberi subsidi kepada rakyat, kemudiannya memansuhkannya semula, sekali gus membawa 'bencana' kepada rakyat.

Subsidi mula dikurangkan setelah perdana menteri memperkenalkan program rasionalisasi subsidi yang dimulakan pada 2010 dengan mengurangkan subsidi bahan bakar.

Najib kata tak patut permain isu 'kangkung'

Mengulas isu yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara itu tidak patut dipermainkan.

Menurutnya, sayuran itu hanyalah contoh barangan yang digunakan ramai orang.

"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung... (sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan.

"Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.

Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.

Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.

Kenyataan beliau itu menjadi bahan ejekan di Internet. Sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kemudiannya menarik perhatian media antarabangsa apabila agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya, melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu

Lakonan UMNO BN dalam drama GIAT MARA mengkantoikan diri sendiri..

Orenji Ren Oren

TV3suku dan seluruh Media Lidah Biawak UMNO-BN masih cuba 'memanaskan' isu PUSAT GIAT MARA. Satu persatu pemimpin UMNO keluar TV buat kenyataan menuduh Kerajaan Selangor tidak mementingkan pendidikan rakyat dan tidak bertanggungjawab. Mereka nampaknya telah MEMBODOHKAN DIRI SENDIRI sebab dalam masa yang sama pihak pengurusan dan guru2 serta pelajar tidak ada apa apa masalah serta konflik dalam isu ini kerana mereka faham APA YANG BERLAKU sebenarnya. Too much retrorik politik dalam UMNO sampai sanggup menipu rakyat diluar sana untuk MENUTUP KESALAHAN SENDIRI..

Menyentuh sedikit berkaitan isu Pusat Giat Mara Selayang yang heboh diperkatakan ditutup oleh kerajaan negeri oleh UMNO-BN sebelum ni, sikap UMNO yang seolah-olahnya jaguh orang melayu tetapi HIPOKRIT dengan sekian lama membiarkan pusat latihan Giat Mara yang memberi latihan kepada anak bangsa dalam keadaan TIDAK SAH STATUS TANAH dan juga KEADAAN BANGUNAN DAN KEMUDAHAN SERBA KEKURANGAN. Diminta kepada UMNO supaya berhenti hipokrit dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun memang diragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka.

Solat berjemaah rahsia bentuk keluarga cemerlang

Solat berjemaah rahsia bentuk keluarga cemerlang - Othman

IPOH 15 Jan. - Tokoh Keluarga Mithali Negeri Perak, Othman Shafie, 63, mengakui solat berjemaah serta mendekatkan diri kepada al-Quran dan majlis ilmu merupakan antara rahsia kejayaannya membentuk keluarga cemerlang.

Othman yang berasal dari Tapah, kini merupakan seorang pesara kerajaan dan memiliki 11 anak serta 11 cucu hasil perkongsian hidup bersama Rojaah Samsuri, 57.

Rata-rata anaknya kini berjaya dalam kehidupan apabila ada antaranya menjadi seorang juruteknik, guru siswazah, qari di peringkat kebangsaan serta penyelia pengeluaran di sebuah kilang Perodua.

"Saya sebenarnya tidak menyangka akan dianugerahkan Tokoh Mithali Keluarga. Walaupun mempunyai ramai anak dengan pendapatan yang tidak seberapa, saya tetap mengharungi cabaran hidup biarpun mempunyai seorang anak istimewa berusia 19 tahun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...