TERKINI :

Thursday, January 16, 2014

Jawapan kepada kes sahabat baru dari Jab Zakat Selangor

'Mengapa sekarang Umno bantah gereja Tg Karang?'

Ahmad Fadli KC |

PAS hari ini mempersoalkan niat sebenar Umno membantah pembinaan gereja Methodist di Tanjung Karang apabila mengambil kira sejarah penjualan tapak gereja yang berlaku sewaktu Selangor diperintah Umno dan BN sekitar tahun 80-an.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang medianya petang ini berkata, bersikap hipokrit apabila pada satu waktu dahulu membenarkan urusniaga itu yang jelas untuk tujuan pembinaan gereja tetapi kini membantahnya pula.

Beliau merujuk kepada demo Umno Tanjung Karang yang membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang, pada 9 Januari lalu.

"Kini, mereka jadikannya satu isu nak tunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat ini berikan tanah kepada orang bukan Islam untuk bina gereja.

"Tanah ini tanah untuk gereja sejak 80-an," kata Khalid. Hadir sama pada sidang media petang ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Tanjung Karang, Misran Serman.

Menurut Khalid lagi, hasil carian dengan pejabat tanah dan daerah mendapati Lot 178 di mukim Tanjung Karang itu dijual oleh pemilik asalnya kepada Setiausaha Majlis Pemegang Amanah (Malaysia Barat) Gereja Methodist Malaysia untuk tujuan pembinaan gereja pada tahun 26 April 1982.

Khalid berkata, PAS Tanjung Karang maklum gereja itu dibina di kawasan Melayu namun jelasnya pihak gereja Methodist telah mempunyai hak untuk berbuat demikian sejak lebih 30 tahun lamanya.

Menurutnya, PAS Tanjung Karang mengambil pendirian "tidak menyokong dan tidak juga membantah" pembinaan gereja tersebut selepas menyelidiki latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembinaan gereja itu.

Katanya, keluasan tapak gereja itu yang hanya 14 ribu kaki persegi tidak menjadi isu kerana ia hanyalah sebesar satu lot rumah banglo yang mampu memuatkan sekitar 30 hingga 40 penganut Kristian pada satu-satu masa.

"Tempat ketiga termulia bagi org Islam iaitu Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, di sebelahnya ada gereja yang wujud sejak sebelum zaman Nabi Muhammad.

"Saidina Omar sendiri menziarahinya apabila sampai di Baitulmuqaddis.

"Ini saiz (gereja Tanjung Karang) lebih kurang lot banglo sahaja, janganlah nak beri gambaran seolah-olah ia sebesar Masjid Negara.

"Bagi PAS, ia hak orang Kristian dan ia tanah yang dibeli dan ditukar syarat khas untuk (dibina) gereja.

"Kenapa Umno tak bising dahulu?" soal Khalid sambil mendakwa ia merupakan strategi politik untuk melagakan orang Islam dan orang Kristian.

Bersyukurlah, polis kata jenayah pecah rumah dalam negara sudah menurun..!

Jenayah pecah rumah menurun
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN

KUALA TERENGGANU - Kadar indeks jenayah pecah rumah di seluruh negara mencatat penurunan sebanyak 6.5 peratus sepanjang Januari hingga Disember lepas, berbanding tempoh sama pada 2012.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Datuk Wira Ayub Yaakob berkata. pada tahun 2012 sebanyak 24,939 kes pecah rumah dilaporkan di seluruh negara berbanding 23,323 kes yang dicatatkan pada tahun lalu.

Katanya penurunan indeks itu adalah sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah tersebut sehingga tahun 2015 melalui program transformasi negara.

"Menerusi bidang keberhasilan negara bagi tempoh tiga tahun bermula 2013 sasaran kita adalah untuk mengurangkan kadar jenayah pecah rumah dan kita berjaya mengurangkan sebanyak 1,616 kes pada tahun lalu.

"Bagi memastikan sasaran itu dicapai kita akan menggerakan Unit Ronda Bermotosikal (URB) dengan lebih meluas di seluruh negara dan kita yakin strategi itu berkesan bagi mengurangkan jenayah," katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Komandan Kor Suksis kepada Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof. Yahaya Ibrahim, di sini hari ini.

Ayub berkata Terengganu mencapai tahap membanggakan selepas berjaya mencatat penurunan jenayah pecah rumah sebanyak 36.1 peratus pada tahun lalu sekali gus membolehkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu berada di tangga kedua dalam usaha mengurangkan jenayah berkenaan.

"Ini satu kejayaan yang membangggakan, pada tahun 2012 sebanyak 529 kes pecah rumah dilaporkan berbanding tahun lalu hanya 338 kes iaitu penurunan sebanyak 191 kes," katanya.

Pada majlis itu, Yahya turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga wira negara Allahyarham Asisten Komisioner Zulkifli Mamat yang terkorban ketika insiden pencerobohan pengganas, di Lahad Datu pada Februari 2013.

Ibu Allahyarham, Katijah Ismail,64, berkata walaupun hampir setahun peristiwa itu telah berlalu namun pelbagai pihak tidak pernah putus menyalurkan sumbangan dan mengiktiraf pengorbanan anaknya itu.

Biarpun dia pergi meninggalkan kami, namun kami berbangga dengannya yang berjuang demi pertahankan negara," katanya. - Bernama

Harga padi diseragam RM1,200 setan metrik

KOTA BHARU - Kerajaan menyeragamkan harga pembelian padi di Semenanjung kepada RM1,200 setan metrik berkuat kuasa musim penuaian akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Justeru itu, katanya kilang-kilang swasta yang mahu membeli padi daripada pesawah diwajibkan mengikut harga yang ditetapkan itu.

"Jika mereka membeli padi tidak mengikut harga ditetapkan, kita akan menarik lesen pembelian padi mereka," katanya kepada pemberita selepas melancar Jihad Memerangi Orang Tengah Dalam SubSektor Padi dan Beras di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Puteri Saadong, Binjai, di sini.

Beliau berkata setakat ini, harga pembelian padi di negeri-negeri tidak seragam termasuk di Kelantan yang berharga RM980 setan metrik, Kedah (RM1,050) dan Selangor (RM1,200).

Menurutnya langkah menyeragamkan harga pembelian padi itu bertujuan menghapuskan peranan 'orang tengah' yang sering memanipulasi aktiviti penjualan padi hingga merugikan petani.

"Akibat aktiviti 'orang tengah' yang semakin berleluasa, petani kerugian atau peroleh keuntungan kecil selain bergantung kepada 'orang tengah' hingga tidak dapat lari daripada cengkaman mereka," katanya.

Ismail Sabri berkata bagi menghapuskan peranan 'orang tengah', kesemua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) digerakkan bagi membeli padi terus daripada pesawah dan membawanya ke kilang memproses padi.

Penentuan mutu sebenar padi di pusat pembelian padi yang dikendalikan oleh PPK, Kada dan Mada itu akan melibatkan PPK, Petani dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dan pemutuan sebenar padi turut diwajibkan di kilang padi swasta.

"Pemindahan padi antara negeri dibenarkan adalah tertakluk kepada pengeluaran permit oleh pihak Kawal Selia Padi dan Beras," katanya.

#Kangkung jugak si Jazlan nie rupa-rupanya....

Isu kangkung dikaitkan dengan kaum pula

 

Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.

Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri (kanan) hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.

Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.

“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.

'Fitnah lagi isu Giat Mara akan disaman'

 
Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menyangkal kenyataan banyak pihak berhubung dakwaan kerajaan negeri Selangor akan merobohkan bangunan Giat Mara Selayang dalam masa terdekat.

Baliau berkata demikian ketika dihubungi Malaysiakini, sekali gus memberi amaran keras sekiranya masih berdegil dan terus menyebarkan kenyataan palsu tersebut.

Musuh terkini Perdana Menteri - KANGKUNG YANG RENDAH HARGA


Tahun 2014 telah bermula dengan suasana hijau. Media - terutama media sosial - telah dibanjiri dengan gambar, puisi, dan jenaka yang melibatkan kangkung yang rendah harga.

Semuanya terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan pemerhatian ringkas beliau bahawa harga sayur-sayuran termasuk kangkung yang boleh berubah-ubah.

Video yang dimuat naik di YouTube, jika anda melihatnya cukup berbahaya. Ia menunjukkan Perdana Menteri memberi ucapan. Beliau berkata banyak perkara, tetapi beberapa perkataan yang tidak berbahaya melainkan mengenai kangkung - juga dikenali sebagai kangkung atau air kangkung (nama saintifik: Ipomoea akuatik) - nampaknya telah mencengkam perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Najib berkata: "Apabila harga sesuatu meningkat, segala-galanya naik, termasuk sawi dan kangkung Ada kalanya harga sayur-sayuran naik dan turun.."

"Hari ini saya membaca dalam akhbar bahawa harga beberapa perkara yang harganya telah jatuh. Harga kangkung meningkat sebelum ini dan kini ia telah turun.Apabila ini berlaku, mereka tidak mahu memuji kerajaan. Tetapi apabila ia naik, mereka menyalahkan kerajaan ... Ini tidak adil kerana ia adalah disebabkan oleh keadaan cuaca."

Pemuda Umno beri amaran jangan main isu kangkung

Kangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau PinangKangkung disumbat dalam mulut patung Najib di Machang Bubuk, Pulau Pinang.

Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta semua pihak agar segera berhenti mempolitikkan isu sayur kangkung dalam semua saluran media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar, mereka berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan.

"Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," kata kenyataan itu.

Kangkung menjadi bahan untuk mempermainkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga ke seluruh dunia apabila BBC London juga melaporkan perkara ini.

Jika peniaga penaik harga akan di HUKUM, bagaimana dengan KERAJAAN pula yang penaiknya.??

KLIK DISINI

Petisyen Dun Lubok Merbau sekali lagi di tolak mahkamah

Mahkamah sekali lagi tolak petisyen Dun Lubok Merbau

IPOH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Lubok Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini sekali lagi menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) bagi kawasan berkenaan dengan kos.

Hakim Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas prosiding pendengaran bantahan awal serta hujahan yang dikemukakan pempetisyen Mohd Ridzuan Hasif serta tiga pihak responden lain selama tiga hari selesai pada minggu lepas.

Dalam penghakimannya hari ini, beliau berkata petisyen itu mempunyai kecacatan selain fakta yang dikemukakan pempetisyen tidak dijelaskan dengan sempurna.

Walaupun kes berkenaan melibatkan prinsip dan undang-undang pilihan raya, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen yang tidak mematuhi kaedah petisyen pilihan raya selain penafsiran adalah tertakluk kepada peraturan ketat petisyen pilihan raya, katanya.

Beliau berkata mahkamah juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan merit petisyen dengan perbicaraan penuh.

Murtad kerana kemiskinan, bukan kerana ‘Allah’

K Pragalath

PETALING JAYA: Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa bahawa umat Islam murtad dan keluar dari ajaran Islam bukan kerana mereka terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Ia sebaliknya berlaku kerana individu – individu tersebut dibelenggu oleh kemiskinan. Lebih menghairankan ialah mereka juga tidak mendapat bantuan Pusat Zakat dan jabatan jabatan berkaitan Islam.

“Dakwaan bahawa seseorang itu murtad kerana keliru dengan kalimah Allah adalah kenyataan tidak berfakta.

“Setakat ini tiada laporan menyatakan seseorang murtad kerana keliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian,” kata Wan Ji yang berkelulusan sarjana dalam bidang maqasid syariah.

“Ada gelandangan Islam masuk Kristian dengan rela hati tanpa dakwah Kristian kerana mudah menerima bantuan gereja,” tambah beliau yang pernah bertemu orang Melayu yang murtad secara rela hati.

Semua perancangan Najib gagal, terhempas sebelum terbang

oleh ASPAN ALIAS



Setakat apa yang sedang berlaku dan kita alami hari ini, sudah sepatutnya PM Najib tidak lagi berfikir panjang untuk meletakkan jawatan beliau dan menyerahkan politik kepada kepimpinan baru. Dalam kepimpinan sekarang tidak ada yang sanggup bertanggungjawab untuk bersama-sama menegur kesilapan dan kesalahan Najib. Muhyiddin mendiamkan diri, semua Naib Presiden langsung tidak nampak apa yang mereka perlu lakukan kerana mereka merasakan yang menegur dan berusaha untuk menganjak dan mengalih kepimpinan Najib kerana takut kehilangan apa yang mereka nikmati.

Pendeknya tidak seorang pun dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti berani memberikan nasihat dan menegur pucuk pimpinan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka untuk melakukannya. Akhirnya seluruh barisan pimpinan tertinggi UMNO dan BN hanya membisu tetapi tidak pula menahan diri mereka dari mengumpat pucuk pimpinan mereka di belakang PM yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara.

Dalam lain perkataan seluruh pimpinan tertinggi UMNO terutamanya, tidak boleh diyakini mampu untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab. Mereka semua hanya berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan membiarkan sahaja perkara yang menderitakan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Justeru UMNO itu sendiri dijadikan benteng untuk melindungi semua kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan parti itu.

Ungku Aziz nafi tulis puisi 'kangkung'


http://infopanaz.blogspot.com/2014/01/ungku-aziz-nafi-tulis-puisi-kangkung.html

Kuala Lumpur: Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid (gambar) semalam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau penulis catatan berkaitan 'kangkung' yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ungku Aziz berkata, beliau tiada masa untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

“Itu satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu... saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam itu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan Perdana Menteri dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya.

Ust Dr Ahmad Jailani : NAMA ALLAH, Siapa yang bagi pening?


#Kangkung - Nak cover malu NAJIB di antarabangsa, macai halang akses ke artikal kangkung BBC

Pengguna internet di Malaysia kecoh artikel kangkung BBC gagal diakses
OLEH SYAHIRAH RASHID

Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel “kangkung” dalam laman berita antarabangsa, BBC.

Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.

Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.

Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"

'Sultan Melaka' kemukakan ICJ palsu, ia disahkan oleh ICJ sendiri..


ICJ sahkan sijil iktiraf 'Sultan Melaka' palsu
HARAKAHDAILY


MELAKA: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan sijil pengiktirafan sebagai waris kesultanan Melayu Melaka milik Noor Jan Tuah (gambar) adalah palsu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka telah menerima surat daripada pihak ICJ di the Hague, Belanda, pada Sept tahun lepas menyatakan Noor Jan sebagai pembohong.

"Kenyataan Noor Jan adalah pembohong besar jelas dinyatakan dalam pengakuan pihak ICJ yang ditulis kepada kami," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, semalam.

Baru-baru ini, Idris menerima surat daripada Noor Jan yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakwa beliau telah mendapat pengiktirafan daripada ICJ.

Kangkung: Takdir Tuhan atau usaha kerajaan, tanya Dr Asri


HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: “Dalam kemeriahan rakyat membicarakan tentang kangkung sehingga dijadikan tajuk penghibur rakyat, saya rasa ada beberapa soalan yang lebih serius patut dikemukakan.

“Pada persepsi kerajaan penurunan kangkung takdir Tuhan semata atau usaha kerajaan?” tanya bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya DrMAZA.com.

Justeru, ujarnya jika ia satu usaha kerajaan, sebab musabab, boleh atau tidak kaedah yang telah berjaya menurunkan harga kangkung diguna pakai ke atas sayuran dan keperluan asasi rakyat yang lain.

Baginya, mungkin kerajaan boleh kongsi formula yang membolehkan harga kangkung turun untuk ahli-ahli ekonomi mengkaji formula itu untuk dilaksanakan ke atas bahan-bahan yang lain.

“Ini mungkin membantu,” tulisnya lagi.

Seloka #Kangkung menyusun kata..!!


OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
13 RABIULAWAL 1435H (RABU) 15 JANUARI 2014

Peledak C4 alatan memburu
Dapat kijang kenduri aruah
Lawak DS Najib ditahun baru
Umum harga cemar maruah.

Rambut kembang bersanggol tiga
Wanita pertama kadok beraja
Rakyat terkejut mulut ternganga
Lawak Najib, kangkung turun harga.

Tawar temekung bersama pegaga
Kangkung pegaga diragut Midah
Minyak naik, kangkung turun harga
DS Najib RM telah pun bermadah.

Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.


Nama Rosmah Mansor sekali lagi dipetik menjadi kontroversi nasional apabila didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza Aziz yang menjadi penerbit filem tersebut.

Dakwaan tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz mendapat sumbangan kewangan dari ibunya. M-Star Online bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.

Riza Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik. Baru-baru ini, susuk yang sama telah terpalit dengan skandal pembelian kondo mewah di New York bernilai RM111 juta.

Biar Luncai terjun dengan labunya?

OLEH: FARUSH

SELEPAS bertahun-tahun meluahkan isi hati menerusi penulisan tentang apa yang anda rasa tidak kena dan patut diperbaiki, ada kalanya anda rasa bosan dan kecewa hingga berfikir mahu serah kalah sahaja.

Rasa mahu campakkan sahaja pena, buku dan komputer serta bersara daripada terus menulis kerana segala apa yang anda luahkan bagaikan tidak beri kesan langsung kepada sasaran anda.

Tindakan anda yang istiqamah itu tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi.

Jadi apa guna lagi anda 'membuang masa' memerah otak dan menyusun kata bagi menyiapkan penulisan hari demi hari atau minggu demi minggu?

Anda sudah cuba lontarkan pandangan, tegaskan pendirian dan buat teguran mengenai pelbagai gejala tidak sihat yang anda dengar dan baca setiap hari.

Anda cuba berkongsi pandangan dengan rakan penulis dalam mengulangi peringatan mengenai penyelewengan, ketirisan, salah laku, salah guna dan sebagainya, tetapi semuanya berterusan, bagai tiada noktah.

Anda kecam penyelewengan, namun penyelewengan terus berlaku; anda kritik tentang ketirisan, tetapi masih dengar dan baca di sana sini mengenai ketirisan. Rasuah apa lagi!

Akhirnya anda sedar ramai nampaknya tidak belajar atau tidak mahu belajar daripada kesilapan atau mengambil kesan hukuman yang diterima orang lain akibat rasuah dan penyelewengan sebagai iktibar.

Berapa ramai di samping anda yang mencetuskan pandangan dan membuat teguran tentang bermacam sikap serta masalah, tetapi tidak nampak akan berkurangan, malah bertambah.

Berapa ramai di samping anda yang sudah mengingatkan tentang pentingnya memegang janji, amanah dan menjaga tutur kata serta bahayanya mengetepikan kepentingan itu? Banyak dari apa yang dikatakan itu tidak memberi kesan rupanya.

Ramai yang terus membuat janji hanya untuk memungkirinya, ramai diberi amanah, tetapi mengkhianatinya dan ramai yang apabila bercakap, suka berbohong.

Tetapi masakan boleh biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Anda tentu tidak patah hati dan tidak akan berhenti buat teguran kerana anda faham yang mengubahkan segala sesuatu bukannya anda, tetapi ALLAH yang maha berkuasa.

Kalau ALLAH mahu, ALLAH boleh ubah apa sahaja dalam sekelip mata, tetapi kalau Dia tidak mahu, tiada apa boleh mengubahnya.

ALLAH menghidupkan dan mematikan. ALLAH memberi hidayah kepada siapa yang Dia mahu mengikut kehendakNya sendiri kerana Dia berkuasa dan mengetahui segalanya.

Kita hanya boleh berusaha dan berikhtiar. Lepas itu, serah kepada ALLAH. Dia yang menentukannya.

Semua tahu, kita tidak bertanggungjawab tentang apa yang orang lain buat, tetapi kita bertanggungjawab tentang apa yang kita buat. Setiap makhluk hanya perlu menjawab kepada ALLAH apa yang dia buat.

Berapa ramai rasul dan nabi 'tidak berjaya' mengubah perangai, sikap dan amalan umat di zaman mereka. Nabi Adam AS, Nabi Musa AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Isa AS, apatah lagi Nabi Muhammad SAW; semua mereka berhadapan dengan cabaran besar dengan kaum masing-masing.

Bayangkan betapa hebat kerja ALLAH. Apabila Firaun mahu membunuh setiap bayi lelaki yang wujud di zamannya kerana takut memberi ancaman kepada kedudukannya, ALLAH meletakkan Nabi Musa AS di istana Firaun, bahkan dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh isteri Firaun sendiri.

Akhirnya Firaun yang zalim dan bodoh sombong hingga mengaku dia tuhan itu berhadapan dengan Nabi Musa AS yang dibesarkan di depan matanya sendiri. Begitulah kehendak ALLAH.

Firaun berusaha mahu melenyapkan rakyatnya yang beriman, tetapi dia tidak mampu menahan isterinya sendiri daripada menjadi orang beriman.

Nabi Nuh AS berdakwah 950 tahun, tetapi anaknya sendiri menolak ajaran Baginda.

Nabi Muhammad SAW menjadi kekasih ALLAH, tetapi bapa saudara Baginda, Abu Talib, tidak mati dalam syahadah. Begitulah ketentuan ALLAH.

Ada suatu lagi kisah. Seekor pipit yang kecil tapi berjiwa besar ternampak api, lalu ia membawa air dengan paruhnya dan siram ke atas api yang menjulang itu.

Burung itu gagal padam api, tetapi ia bersyukur dapat bertindak setakat yang ia mampu.

Pemuda Kuala Kedah terjun bot kerana putus cinta

http://farm1.staticflickr.com/32/102074115_8cb780b5a6.jpg
KUALA KEDAH: Akibat tertekan kerana putus cinta, seorang lelaki nekad bunuh diri dengan terjun daripada bot penumpang yang dalam pelayaran dari Jeti Kuah, Langkawi ke Jeti Kuala Kedah, di sini, kira-kira 8 pagi tadi.

Mangsa, Ong Kian Wai, 36, seorang penganggur dikatakan naik ke tingkat atas bot sebelum memanjat palang besi dan terjun dari ketinggian kira-kira 10 meter.

Bagaimanapun, usaha membunuh diri itu gagal apabila mangsa yang panik terus menjerit dan meminta tolong sebelum disedari anak kapal dan penumpang yang kemudian mencampakkan pelampung keselamatan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...