TERKINI :

Wednesday, January 15, 2014

Alhamdulillah, Tganu pulak nak naik cukai..

Terengganu pertimbang cadangan naik cukai pintu OLEH: Tarikh: January 15, 2014

KUALA TEREGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sedia menimbang untuk menyemak semula kadar cukai pintu di kawasan kelolaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jika ada permohonan daripada MBKT.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beban yang terpaksa dipikul MBKT adalah terlalu tinggi dan cukai pintunya tidak pernah dinaikkan sejak 1981.

"Kita akan lihat dahulu. Jika ada cadangan dari MBKT untuk menaikkan kadar cukai pintu, kita akan buat semakan. setelah sekian lama ia tidak dinaikkan kerana ingin menjaga hati rakyat.

"Semakan semula itu dijangka dibuat tahun hadapan dengan mengikut nilaian semasa," katanya pada Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Anggota Majlis PBT Terengganu 2014/2015 di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Razali Kassim.

Ahmad berkata, sepatutnya penilaian untuk kenaikan cukai pintu dibuat limatahun sekali, namun di Kuala Terengganu cukai pintu tidak dinaikkan sejak 32 tahun lalu berbanding daerah lain yang ada membuat penilaian cukai pintu selang lima tahun sekali.

"Rakyat kena faham, apabila hasil tidak bertambah, beban makin berat manakala belanja mengurus makin meningkat di mana setiap tahun 60 peratus daripada hasil cukai diperuntukan bagi menjaga kebersihan PBT.

"Kita memperuntukkan sebanyak RM350 juta setahun untuk diagihkan kepada lapan PBT di seluruh negeri ini untuk perbelanjaan mengurus dan perkhidmatan PBT untuk keselesaan rakyat," katanya. - Bernama

Mahkamah Rayuan kekal keputusan Utusan fitnah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebelum ini bahawa dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah, berhubung temu bual pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim itu memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden.

Mahkamah juga menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu, bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang kos.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K. Anantham.

Jimat cermat: Najib ‘dikangkungkan’ adiknya pula

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mungkin masih mempunyai simpati kepada abangnya, lalu mengambil peluang untuk turut memberi nasihat secara tidak langsung.

Bagi blogger Shahbudin Husin, tentunya tidak ada maksud lain apabila Nazir memperkatakan tentang sikap jimat cermat dan belanjawan berhemah Tun Razak melainkan untuk memperingati abangnya kerana Najiblah yang sedang memimpin negara ketika ini.

Lagi pula, menurutnya sebelum ini Nazir tidak pernah menulis apa-apa rencana tentang Tun Razak walaupun beliau juga berpeluang berbuat demikian pada tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya untuk berbuat demikian.

“Beliau memilih tahun ini untuk menulis tentulah ada kaitan dengan kepimpinan Najib yang boros dan sedang dipertikaikan oleh hampir semua lapisan rakyat,” tulis beliau di dalam blognya.

Pejabat PKR Selangor kena sita dengan MPPJ

sedih bila pintu HQ PKR Selangor dikunci akibat diSITA MPPJ kerena tidak membayar sewa sejak beberapa bulan yg lalu..

fenin bila memikirkan bahawa Selangor dibawah PKR mempunyai aset berbilion-bilion..

terharu dan rasa bangga dgn pucuk pimpinan PKR Selangor yg tidak menyalahgunakan wang kerajaan negeri bagi kegunaan parti..

pendapat korang lak camane? [dari fb]

Pusat Giat MARA boleh beroperasi jika patuhi syarat - MB

SHAH ALAM: Pusat Giat MARA Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Pusat Giat MARA itu tidak mahu meneruskan operasi, mereka boleh mengosongkan premis dan Kerajaan Negeri akan memberi peluang kepada syarikat lain bagi mewujudkan pusat latihan industri penerbangan.

Katanya, notis setahun diberi baru-baru ini adalah bagi memantau operasi pusat itu dan jika tidak menepati kehendak Kerajaan Negeri maka tapak itu perlu dikosongkan.

“Dalam masa tiga atau empat tahun akan datang, akan ada sistem perakaunan negara dengan setiap negeri bukan sahaja menyediakan akaun disatukan dalam bentuk penerimaan dan bayaran tetapi menyediakan laporan tentang aset dan hasil Kerajaan Negeri.

“Kerajaan negeri menyediakan satu pasukan ‘task force’ tanah untuk menjelajah setiap daerah untuk mengenal pasti dan membuat laporan tentang tanah milikan Kerajaan Negeri.

Mahkamah Pilihan Raya: DUN Lubuk Merbau ujian rakyat Perak

– Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

January 15, 2014

Saya akan menunggu keputusan Mahkamah Pilihan Raya esok, Khamis, 16 Januari 2014 sama ada ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) ataupun masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN), ini kerana ia akan mengubah senario politik di Perak khasnya jika ia berpihak kepada PR.

Sedangkan sebelum ini hakim yang sama, Datuk Abdul Rahman Sebli telah memutuskan bahawa BN mengekalkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Kawasan Lubuk Merbau selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya lalu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen dan ini bercanggah dengan kedua-dua perintah-perintah tersebut yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya masih diulangi sekali lagi.

Itu adalah langkah pertama kegagalan pempetisyen di Lubuk Merbau dan peguam yang sama berusaha membawa ke Mahkamah Pilihan Raya pada 13 Ogos 2013 yang lalu dan sekali lagi pada 23 Disember 2013 yang lalu membawanya pula di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk mendapatkan keadilan.

Isu Balak TEKIH : Ada orang sudah main kong kalikong, ia cerita dalam cerita.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KEDAH


PENDEDAHAN BUKTI PENYELEWENGAN PEMBALAKAN TEKIH

1. Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) telah menubuhkan satu jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu seperti yang diumumkan dalam sidang baru- baru ini. Isu yang pertama yang menjadi fokus ialah pembalakan di sepanjang lebuhraya TEKIH. DPPNK bekerjasama dengan NGO PANGLIMA dalam isu ini.

2. Jawatankuasa ini dan PANGLIMA telah bergerak dan meninjau ke beberapa lokasi di sepanjang TEKIH serta bertemu dengan beberapa pihak untuk mendapatkan maklumat.

3. Amat mengejutkan kami, satu sumber telah menghubungi kami yang mendakwa berkaitan salahlaku kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir berkaitan syarikat Heng Gee Timber yang dianugerahkan konsesi pembalakan di kawasan tersebut pada tahun 2006 ketika projek TEKIH dimulakan.

4. Salahlaku ini didakwa melibatkan berjuta-juta ringgit penyelesaian di luar mahkamah yang menyebabkan kerugian yang amat besar di pihak kerajaan negeri dan rakyat negeri Kedah.

5. Sumber ini mendakwa, kerajaan Negeri melalui Bina Darul Aman Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, telah menyelesaikan di luar mahkamah satu kes saman daripada syarikat Heng Gee Timber yang sepatutnya BDB mempunyai peluang besar untuk menang kes saman tersebut.

6. Heng Gee Timber telah dianugerahkan konsesi pembalakan melalui proses yang amat pelik. Pihak kami difahamkan kebanyakan keputusan hanya diputuskan oleh Managing Director BDB tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah BDB.

Kangkung-gate: Pegawai media PM tidur?

 – Edwin Michael


Jika mengambil kira laporan portal berita Asia Sentinel bahawa pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak berdepan dengan kebencian merentasi semua lapisan masyarakat, maka tidak salah untuk kita ungkapkan bahawa beliau perdana menteri pertama dalam sejarah negara yang di sumpah seranah, dimarahi dan tidak kurang juga dimaki setiap hari oleh rakyat marhaen.

Saya tidak tahu hendak kategorikan ini sebagai satu pencapaian seumur hidup seorang perdana menteri, ataupun harus dilihat sebagai satu kegagalan serius para pegawai media beliau dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Lihat sahaja komen-komen para pengguna Facebook dalam laman Facebook Najib.

Rakyat Kerja dari pagi sampai tengah malam, mai PM dok cerita bab #kangkung..!!

Siang di pejabat, malam jual burger

Siang di pejabat, malam jual burger  
Sebelah malam, Mohd Isrulnaim berniaga burger untuk mencari pendapatan sampingan.

BIARPUN penat dan terpaksa bersengkang mata mencari rezeki lebih pada malam hari, Pembantu Tadbir Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Isrulnaim Isa, 36, berkata, dia bagaikan ‘alah bisa tegal biasa’  memenuhi rutin malamnya dengan berniaga burger.

Mempunyai dua pekerjaan sejak empat tahun lalu, Mohd Isrulnaim berkata, dia cekal bekerja siang dan malam demi untuk menampung peningkatan kos sara hidup.

Di MSN, Mohd Isrulnaim yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Haryati Ainol Khak, 28, berkata, dia bertanggungjawab menjaga hal ehwal atlet.

Katanya, inisiatif mencari rezeki pada waktu malam bermula selepas dia memikirkan perlunya  pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Keputusan isteri yang terpaksa berhenti kerja secara opsyen tahun lalu juga menyebabkan hasrat itu diteruskan sehingga ke hari ini.

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan

http://freeislamiccalligraphy.com/wp-content/uploads/2013/05/Muhammad-2-940x1005.jpg
Buatlah pilihan yang mana satu dari 100 nie jika hendak buat semua pun tak ada halangan dipersilakan...
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

Apasal lanie Pemerintah GUAN ENG dok kacau periuk Nasik peniaga Up-Town pula, Ada tangan hitam kaa?

200 peniaga Melayu Uptown Bandar Perda akan diusir

TAPAK Uptown Bandar Perda di Bukit Mertajam yang akan ditutup Jun ini. -fotoMOHD ALI HASHIM 15 JAN 2014
TAPAK Uptown Bandar Perda di Bukit Mertajam yang akan ditutup Jun ini. -fotoMOHD ALI HASHIM 15 JAN 2014
MASALAH pengusiran peniaga Melayu di Pulau Pinang timbul lagi. Sebelum ini Malaysia Gazette telah mendedahkan peniaga di Bayan Mutiara, Bayan Lepas diberi notis pindah walaupun 80 anak muda Melayu akan hilang pekerjaan.
Kini sekali lagi hampir 200 peniaga Melayu yang telah menjalankan perniagaan mereka sejak lapan tahun yang lalu di Uptown Bandar Perda, mulai bimbang apabila ada ura-ura Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menutup periuk nasi mereka dari lokasi yang strategik dan menguntungkan kini di hadapan Nashmir Restoran, Bandar Perda,akan di pindahkan ke lokasi yang lebih sunyi tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kekalkan Uptown Perda, Nasoruddin Shah Mat, sebanyak 75 tapak telah digazetkan dan berlesen serta tidak mengganggu lalu lintas kerana berada dalam lot khas yang telah disediakan oleh penganjur, iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Simpang Empat.

Namun begitu limpahan peniaga sehingga mencecah 200 orang adalah satu perkembangan yang baik bagi memberi peluang peniaga kecil untuk menambahkan pendapatan keluarga.

Awas ada sindiket tukaq nilai cek anda guna "cecair ajaib"

Usahawan mangsa sindiket pintasan cek

Usahawan mangsa sindiket pintasan cek 
Mangsa yang mahu dikenali sebagai James menunjukkan laporan polis dan salinan cek yang telah dipalsukan.

SUNGAI PETANI - Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan alat tulis dipercayai menjadi mangsa sindiket pintasan cek apabila khidmat penghantaran cek melalui pos yang dibuat kepada sebuah syarikat majalah dicuri dan dipintas.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai James, 34, dari Sungai Petani berkata, dia nyaris kerugian hampir RM3,000 apabila cek yang dihantarnya dikatakan digunakan sindiket terbabit untuk mengaut wang dengan cara mudah.

Menurutnya, perbuatan itu disedari apabila dihubungi kakitangan bank yang memaklumkan bahawa transaksi yang diminta tidak dapat dilakukan memandangkan jumlah baki dalam bank tidak mencukupi berbanding permintaan jumlah transaksi.

“Ahad lalu, saya menghantar satu cek berjumlah RM98.40 untuk tujuan memperbaharui langganan majalah di Pejabat Pos Sungai Petani.

"Cek itu dihantar menggunakan sampul surat jawapan perniagaan ke Kelana Jaya, Selangor," katanya.

Katanya, dia hairan kerana hanya mengeluarkan cek berjumlah RM98.40 dan dalam akaun pada masa itu mempunyai kira-kira RM1,500.

Alhamdulillah, harga #kangkung turun...kita akan senang lenang

oleh Aspan Alias

Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari.

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.

Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita ‘balik kampung, tanam kangkung’. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.

Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.

Kesulitan hidup patut jadi faktor penyatu rakyat

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: “Alangkah baiknya jika agensi-agensi agama, agamawan dan rakyat sentiasa berbicara mengenai penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah,” kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Naib Presiden PAS itu, apabila perkara asas diberi tumpuan, maka kesejahteraan dan keharmonian rakyat mendapat pembelaan dan penambahbaikan.

Beliau menambah, kerajaan yang ada pula ditekan untuk mentadbir dengan berhemah, baik dan adil.

Selain sukan, ujarnya perkara-perkara seperti penindasan, salahguna kuasa, rasuah, penipuan, kesulitan rakyat mengharungi kos hidup meningkat dan memiliki sebuah rumah patut menjadi faktor penyatu rakyat Malaysia.

“Bersatu melawan kemungkaran, bersatu untuk mendesak negara ditadbir dengan baik dan berkesan dan bersatu untuk mengekalkan kehidupan berkualiti pada kos hidup yang berpatutan dalam negara,” ujarnya menerusi facebook sekadar lontaran.

Forum : Kepentingan mempertahankan benteng Ahli Sunnah Waljamaah



Nilai RM100 makin kecil, nak makan kangkung berapa kilo lagi..??

Nilai RM100 makin kecil

JOHOR BAHRU – Orang ramai sekitar bandar raya ini mengeluh berikutan mendakwa merasai kenaikan harga barangan termasuklah makan dan minuman secara mendadak tahun ini.

Kontraktor, Nang Chong Sing, 50, berkata, nilai wang kini seolah-olah semakin mengecil jika dibandingkan dengan harga semua jenis barangan termasuk perkhidmatan di pasaran dalam situasi sekarang.

Menurutnya, dunia hari ini memandang kepentingan kewangan yang stabil kerana tanpa ekonomi keluarga yang kukuh boleh mengundang sengsara dalam menghadapi hidup semakin mencabar.

“Saya dapat rasa seperti nilai wang RM100 sudah seperti RM10 dalam perbelanjaan sekarang kerana semua barang naik harga.

“Bagi keluarga yang tak ada pendapatan tetap memang agak sengsara kerana situasi sekarang banyak memerlukan wang,” katanya.

Apabila Najib Dikangkungkan, Jentera Maya UMNO Langsung Tak Bermaya



Sejak semalam laman sosial sesak dengan perkataan kangkung dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Hanya kerana Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang yang tidak semuanya berpunca daripada kerajaan tetapi juga disebabkan faktor lain seperti cuaca dan sebagainya dan kemudian mengambil harga sayur kangkung sebagai contohnya telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan pelbagai perkara berkaitan kangkung.

Ini kerana contoh kangkung yang diambil oleh Najib itu memang agak kurang tepat untuk menggambarkan penurunan harga barang berikutan di kampung-kampung, sayur kangkung boleh diperolehi secara percuma di tepi-tepi parit di kebanyakan rumah.

Apa yang menjadi persoalan rakyat mengenai kenaikan harga barang ini ialah berkaitan keputusan kerajaan seperti menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan kenaikan tarif letrik sehingga dengannya telah menyebsbkan banyak barang-barang keperluan seharian turut meningkat harganya.

Tetapi kenaikan yang berpunca daripada tindakan kerajaan ini tidak dijawab oleh Najib, sebaliknya contoh kangkung yang diambilnya juga langsung tidak kena. Lantaran itu, Najib bukan saja dikangkungkan, malah digelar Perdana Menteri kangkung dan dikaitkan dengan pelbagai perkara lain berkaitan kangkung.

Sultan Kedah Perkenan Maktab Mahmud Jadi SABK - Mukhriz

JERLUN: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sudah memperkenan cadangan mendaftarkan Maktab Mahmud sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sehubungan itu 10 daripada 12 Maktab Mahmud di seluruh negeri yang sebelum ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri akan didaftarkan sebagai SABK dan menerima bantuan daripada kerajaan pusat.

Katanya pendaftaran sebagai SABK adalah sesuatu yang dinantikan sekolah tersebut kerana dengan bantuan itu, ia dapat menambah baik prasarana dan juga menjaga kebajikan warga guru dan pelajar.

"Ini langsung tidak bermaksud kita (kerajaan negeri) akan hilang penguasaan terhadap sekolah ini sebaliknya akan tetap menguruskan setiap perkara berkaitan Maktab Mahmud khususnya 10 yang disebutkan tadi, cuma sebagai SABK sekolah ini dapat bantuan khususnya kewangan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan," katanya.

Selepas diminta letak jawatan, pengerusi SPR ajak pemimpin Umno berbincang

OLEH DIYANA IBRAHIM

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ajak pemimpin Umno berdialog dengan SPR. Gambar fail.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ajak pemimpin Umno berdialog dengan SPR. Gambar fail.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengajak pemimpin Umno yang tidak berpuas hati dengan badan itu agar berdialog dengan mereka.

Abdul Aziz mempertahankan diri dengan berkata, mereka tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik seperti yang didakwa.

Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas desakan pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah yang meminta beliau dan rakan-rakannya dalam SPR melepaskan jawatan untuk membolehkan mereka yang lebih berintergriti memimpin badan itu.

Abdul Aziz ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, SPR bersedia mengadakan perbincangan bagi memperbetul segala dakwaan bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bagaimanapun ia memadai sekiranya pertemuan diadakan secara tertutup dan bukan melalui dialog terbuka.

"Seperti yang sedia maklum badan ini ditubuhkan sebagai suruhanjaya bebas untuk melaksanakan tiga tanggungawab utama seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan ia bukan untuk membantu mana-mana parti politik menang dalam pilihan raya.

Akhirnya Mukhriz mengalah & Kuin kembali ke Kuala Ketil

oleh Zulkifli Yahaya


PROGRAM pertama Kolej Universiti Insaniah (Kuin) selepas kerajaan negeri bertukar tangan ialah memindahkan semula pusat pentadbiran dari kampus induk di Kuala Ketil kembali ke tapak asal yang sempit di Mergong.

Sebaik kampus induk Kuin dirasmikan pada Disember 2012 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pusat pentadbiran institusi pengajian yang menjadi kebanggaan kerajaan negeri itu berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil.

Semua kuliah pengajian Kuin juga turut dipindahkan secara berperingkat. Walaupun pada peringkat awal terdapat pelbagai masalah kerana asrama pelajar belum sempat disiapkan namun akhirnya masalah tersebut diatasi dengan pelbagai usaha.

Ditakdirkan Pakatan Rakyak tumbang dalam PRU14, maka pentadbiran Kuin pun bertukar tangan selepas rektornya Prof Dr. Mohd Jamil Othman melepaskan jawatan.

Pemangku Rektor kemudian diserahkan kepada Dato’ Che Barni Mohd Nor, seorang yang bukan dari latarbelakang pengurusan akademik.

Melalui keputusan terburu-buru yang dibuat oleh kerajaan baru dan pentadbiran baru, pusat pentadbiran kembali dipindahkan di Mergong. Mereka memberi pelbagai alasan terhadap perpindahan tersebut. Antaranya kerana kos pengurusan yang terlalu tinggi dan kerajaan negeri tidak sudi membuat pelaburan dalam projek yang ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...