TERKINI :

Tuesday, January 14, 2014

Ada blogger pro-Umno boleh dikategori lucah

KUALA LUMPUR: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka.

“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.

Antara lain beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.”

Tahun 2014: Meraikan perjudian

Oleh Sara Ayuni

Selain daripada keuntungan, aktiviti perjudian menjadi hiburan kepada sesetengah orang. Namun, kepada mereka yang serba kekurangan, berjudi memberi lebih daripada itu. Berjudi menjanjikan harapan yang hari bertuah itu akan tiba dan kehidupan menjadi lebih baik dan selesa. Kekalahan hari ini menjadi motivasi untuk mencuba lagi pada hari esok.

Jika kita menyorot kembali kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh National Council of Problem Gambling Singapura, perjudian bukanlah sekadar budaya dan hiburan. Tanpa kesedaran dan kawalan, perjudian mampu mendorong kepada ketagihan. Ketagih untuk berjudi ini perlu dilihat sebagai tabiat yang tidak menyihatkan, seperti mana ketagihan dadah dan rokok.

Di Malaysia, terdapat pelbagai laporan berkaitan dengan isu perjudian dan isu ini berhubung terus dengan isu peminjam wang tanpa lesen (Ah Long), bunuh diri dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Penulis yakin bahawa badan yang arif tentang isu perjudian seperti Biro Pengaduan Awam MCA mempunyai rekod-rekod yang jelas untuk menunjukkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat akibat aktiviti perjudian.

Perjudian tidak sekadar terbatas kepada membeli nombor 4D di outlet-outlet “Number Forecast Operations” (NFO) yang berlesen dan juga yang tidak berlesen. Malah, ada juga kumpulan-kumpulan yang berkongsi minat berjudi ini mengadakan rombongan ke kasino di Genting Highlands dan Singapura.

Bagi para elit dan “orang-orang kaya”, mereka gemar bertaruh dalam perlawanan lumba kuda (horse racing) dan juga berjudi di tengah laut dalam kapal persiaran mewah. Pak cik-pak cik di Flat Rifle Range, Pulau Pinang cukup gembira dengan berjudi di bawah pokok sambil bertaruh bilangan bilah mancis di dalam kotak.

Susah, susah, tahun susah... takan mau makan #kangkung jee..!!

Oleh SELENA TAY

PENULIS baru sahaja mewawancara warga marhaen KL yang menetap di Jinjang Selatan. Kebanyakan daripada 50 orang yang diwawancara, merungut bahawa kos sara hidup telah meningkat dengan teruk kerana semua barang keperluan harian mengalami kenaikan harga secara mendadak dan bertali-arus

Mengapa dan kenapa kerajaan BN seolah-olah tidak mempedulikan warga marhaen?

Para pemimpin kita hanya asyik mengarahkan rakyat supaya ‘mengikat perut dan berjimat cermat’ tanpa memahami situasi sebenar.

Bagaimana hendak menjimat lagi? Barang murah telah pun dibeli, warga marhaen pun duduk dalam rumah sahaja, bukan pergi membeli-belah di sana- sini.

Buku cerita pun mahal, justeru untuk warga marhaen, bagaimana hendak beli buku cerita untuk anak mereka?

Kerajaan nampaknya masih gagal faham bahawa rakyat marhaen tidak boleh dihimpit lagi dengan kos sara hidup yang jelas sekarang sudah pun berada pada tahap mencekik leher.

“Sekarang leher dicekik oleh kos sara hidup yang kian meningkat,” kata seorang janda berbangsa Cina yang anak tunggalnya telah menganggur selama enam bulan.

Akhir Najib mengangkungkan dirinya sendiri

Oleh Mohd Sayuti Omar

Semasa ramai orang teruja dengan penampilan Najib Razak sebagai pemimpin, memegang jawatan tertinggi negara sebagai perdana menteri, saya mengambil sikap selamba sahaja dengan kebolehannya. Kenapa, apakah saya membencinya? Tidak. Semuanya kerana saya melihat perjalanan sejarah hidup dan perjuaannya di dalam Umno. Dari situ saya menilai dengan akal saya apa-apa keistimewaan yang ada kepadanya dan apa yang beliau boleh lakukan sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dalam mata saya Najib tidak mempunyai apa-apa keistimewaan yang boleh patut meletakkan dia ditempat dia berada hari ini. Apa yang ada kepadanya hanya memiliki keluarga bangsawan dan dia sendiri adalah putera dalam sebuah keluarga bangsawan. Ayah dan ibunya adalah anak bangsawan.

Najib tidak ada modal diri (aset) yang besar untuk dijadikan cagaran untuk dia menjadi pemimpin seperti gagasan, rekod kepimpinan lampau dan sebagainya. Dia hanya memiliki itu saja. Dia seorang bangsawan. Najib pernah kecewa dengan panggilan ini, dan menafikan, dia menerima dia adalah anak biasa sahaja. Bekas setiausaha politiknya Fatmi Che Salleh pernah menjelaskan hal ini kepada saya, dan menghuraikan yang Najib bukan seorang bangsawan. Tetapi sejarah dan DNA tidak dapat dinafikan, siapa dia sebenarnya.

Bersyukurlah kangkung turun harga!

– Izmil Amri


‘Orang Melaka suka makan kangkung yang tidak dikerat-kerat’. Ini helah Tun Perpatih Putih ketika rombongannya sangat teringin melihat wajah Maharaja China.

Tun Perpatih Putih adalah adinda kepada Tun Perak dan dilantik jadi bendahara menggantikan abangnya itu setelah beliau meninggal dunia. Sebelum jadi bendahara, Tun Perpatih Putih yang dihantar Sultan Mansur Shah ketika mahu dijalinkan hubungan diplomatik dengan China. Delegasi itu begitu berjaya sekali sehinggakan maharaja China menghadiahkan Melaka puterinya, Hang Li Po.

Alkisahnya di zaman itu, adatnya ialah orang kebanyakan di China dalam zaman pemerintahan dinasti itu tidak boleh melihat wajahnya sang Maharaja. Kalau tandu maharaja lalu, jalan harus dikosongkan, dan kalau ada yang masih tersisa berdiri, mesti tunduk sujud di hadapan baginda.

Pelajar Unimas yang hilang ditemui mati berdekatan kolej kediaman


Mayat seorang wanita dipercayai penuntut UNIMAS yang dilaporkan hilang ditemui terapung dalam anak sungai berdekatan sebuah kolej kediaman jam 5.20 petang tadi.

Mayat dipercayai ditemui penduduk kampung yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat selepas kehilangannya diketahui Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mungkin meninggal dunia beberapa hari lalu.

Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya. - Harian Metro

PUSAT GIAT MARA SELAYANG yang ditutup tiada kaitan dengan Melayu

 

Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
January 14, 2014

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

Tangani berita bukan bunuh pembawanya


Tangani berita bukan bunuh pembawanya

SAYA tidak kenal Ibdillah Ishak. Saya mengenali beliau hanya daripada portal berita dan blog. Dikhabarkan yang beliau adalah Pengerusi Biro Media Baru, Pemuda Umno Malaysia.

Saya kenal Khairy Jamaluddin sejak beliau pelajar lagi dan juga kerana saya kenal ibu dan bapa mentuanya. Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa beliau. Hanya mengikuti jejak beliau melalui media massa.

Berkenaan Ibdillah, daripada apa yang saya baca (dan sekiranya berita itu benar dan tepat) maka bolehlah saya katakan yang beliau nampaknya faham peranan media baru dan kaedah yang wajar digunakan bagi menarik sokongan. Begitu juga Khairy.

Saya membaca tulisan seorang penulis yang memakai nom de plume Wenger Khairy dalam posting pada 10 Januari bertajuk “Ibdillah dan PMO harus melawan balik serangan blogger” dalam blog The Rembau Times.

Video Lucah Mustafa Ali Selesai, Apa beza UMNO & BLOGGER UMNO..???

Video lucah: Kes Umno saman PAS selesai, Mustafa setuju ia kerja ‘blogger Umno’
Berita disiarkan oleh Harakahdaily hari ini yang menjadi syarat penyelesaian.
Berita disiarkan oleh Harakahdaily hari ini yang menjadi syarat penyelesaian.Berita disiarkan oleh Harakahdaily hari ini yang menjadi syarat penyelesaian.
 Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berikutan persetujuan Mustafa untuk menyatakan yang beliau maksudkan "bukan Umno" tetapi "blogger Umno" di belakang penyebaran video lucah ke atasnya.

Berikutan persetujuan itu, Harakahdaily hari ini menyiarkan satu berita bertajuk "Yang saya maksudkan blogger Umno bukan Umno - Mustafa".

Persetujuan ini dicapai melalui sesi mediasi yang disertai oleh kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sesi itu, Mustafa disertai oleh Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi yang turut disaman Umno serta peguam mereka iaitu Fitri Asmuni dan Zulhazmy Shariff.

"SULTAN MELAKA" dah kena tahan polis pagi tadi..!!


MELAKA - Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".

"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rosmah biaya filem anak di Hollywood RM326 juta?

Riza Rizz

KUALA LUMPUR 13 JAN: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz dilapor mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street yang menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, persoalan timbul berikutan spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Riza RizzDipetik Mstar Online, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja US$100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Bagaimanapun, portal MStar tidak menjelaskan portal pembangkang yang dimaksudkan.

[GEMPAR] Mufti Kelantan tidak sokong Harussani bab 'Bughah', media UMNO BN yang 'spin'nya..



Minggu lepas gegak gempita macai2 umno kononnya Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong knyataan yg dibuat oleh harussani zakaria mengenai isu bughah..bkn main lagi macai2 itu mainkan isu ini..TAPI PROTON WIRA TK MAMPU DITUTUP DGN SEHELAI TUALA GOOD MORNING..

KEBENARAN TETAP AKAN MENYERLAH WALAUPUN CUBA DISEMBUNYIKAN..hakikat sebenarnya,mufti kelantan ini tdk mnyokong bila harussani mengaitkan Peserta Himpunan Turun pada 31hb dec 2013 dgn bughah..krana baginya,himpunan itu adalah himpunan aman..lagipun bughah terletak di bwh undang2 hudud..persoalannya.....

SEJAK BILA MSIA LAKSANAKAN HUKUM HUDUD??..sekali lagi,mainan politik jahat dan kotor oleh macai2 umno SDH KANTOI MANTOI..inilah penjelasan drp Datuk Mufti Kelantan itu...tonton,dengar dan sebarkan..

Makanan Kegemaran RASULULLAH SAW

http://cdn.ar.com/images/stories/2013/07/kurma2.jpg
Selamat Menyambut Malidurasul , sentiasa ingat Nabi Muhammad dan ikut sunnahnya-- MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

🏉2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

🍪3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

🍇4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Nak dapat Peti Ais, TV, Dapur untuk bantuan banjir dari NAJIB pun kena tunggu APRIL nanti baru boleh..!!

Keluhan penerima bantuan mangsa banjir



“Kena pergi jumpa JKKK untuk ambil borang, lepas tu kena pergi pula Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk dapatkan pengesahan nama, kemudian kena balik semula untuk dapatkan tandatangan JKKK akhir sekali kena pergi beratur di padang dari pagi sampai petang, ada yang dapat barang tetapi ada yang cuma dapat bouncher yang memaklumkan barangan akan diberi bulan April nanti.”

Inilah keluhan oleh mangsa-mangsa banjir di Terengganu untuk mereka mendapatkan bantuan berupa TV, dapur, tilam, bantal dan peti sejuk yang dilekatkan dengan logo 1Malaysia, logo alat penimbang dan logo keris.

Setelah agak lama banjir surut dan mangsa pun dah lama pulang ke rumah, bantuan ini akhirnya sampai.

Indeks jenayah Kedah menurun, macaman orang Kedah aman dah ka hidup hangpa..

Indeks jenayah Kedah menurun  
Ahmad (kiri) ketika sidang media semalam.

ALOR SETAR - Indeks jenayah di Kedah bagi tahun 2012 dan 2013 telah berjaya menurun sebanyak 13.62 peratus.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, penurunan kadar jenayah itu memberi satu kejayaan yang amat bermakna buat polis Kedah.

“Daripada indeks tersebut, didapati kadar jenayah kekerasan telah dapat dikurangkan sebanyak 6.64 peratus dan jenayah harta benda pula dapat dikurangkan sebanyak 15.24 peratus pada tahun 2013.

“Pada tahun ini, kita bandingkan pada waktu yang sama iaitu Januari 2013 dan Januari 2014, statistik itu menunjukkan penurunan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

Ungku Aziz : "Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akarnya terendam air parit..."

 
:: Gila2U ::

Dr Wan Azizah jangan saja asyik bawa kipas

ULAS ISU                                                                       

Walaupun pemecatan Mohamed Azmin Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah atas urusan rasmi kerajaan Selangor dimana ia terletak di bawah bidang kuasa Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, tetapi ia tidak dapat dielakkan dari ditafsirkan sebagai ada kena mengena dengan parti. Ini kerana kerajaan Selangor itu dibina atas suara rakyat menerusi demokrasi. Dalam hal ini PKR harus bertanggungjawab ke atas apa-apa perkara berbangkit di atas apa yang berlaku ke atas Azmin itu.

Azmin adalah Timbalan Presiden PKR, dimana kedudukan beliau jauh lebih tinggi dan gah dari Khalid Ibrahim. Khalid hanya selaku Ketua Cabang PKR Kuala Selangor saja dan tiada apa-apa kedudukan didalam pimpinan pusat. Disebabkan kerajaan Selangor itu bukan ditubuhkan menerusi akta pertubuhan syarikat, atau perbadanan, yayasan dan lembaga, sebaliknya ia ditubuh menerusi politik (pilihan raya), maka kerajaan Selangor berada di bawah bidang kuasa parti politik.

Sepandai mana Khalid menjadi MB, segala keputusan, polisi dan dasar yang hendak digubal dan diambil mestilah perlu persetujuan parti. Beliau harus mendapat panduan dan pandangan parti atau setidak-tidaknya dimaklumkan kepada parti. Dalam kontkes kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Rakyat bersama, DAP dan PAS semua keputusan perlu mendapat pandangan parti-parti berkenaan.

Hard Rock Cafe Simbol Maksiat di Malaysia

Apa jua alasan yang hendak diberi oleh Tengku Adnan selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya, faktanya adalah HArd Rock Cafe (HRC) adalah simbol maksiat di Malaysia.

Kepada penggemar2 makanan Barat pun tidak akan pergi ke HRC untuk bersantap walaupun sesedap mana pun kerana ditakuti dilabel sebagai pelaku maksiat.

HRC di Malaysia adalah pusat hiburan kelas atas di mana perkara2 yang jelas haram disajikan kepada para penontong dan yang mampu membayar.

Segala macam konsert dan persembahan dianjurkan kepada mereka2 yang mempunyai kemampuan.

Dengan kata lain majoriti orang Melayu tidak mampu pun untuk menyertai program2 di HRC.

Dulu MUKHRIZ kata pembalakan dah dihentikan di Kedah tapi sekarang macamana boleh ada pulak..??

Bukan pembalakan haram
  
Bukan pembalakan haram  
Gambar lokasi terbabit daripada pandangan atas pemantauan hutan menggunakan setelit.
 
ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Kedah mengesahkan tiada aktiviti pembalakan haram di kawasan Gulau, Sik melibatkan hutan Simpan Ulu Muda sekaligus menangkis tohmahan beberapa pihak sebelum ini mendakwa wujud kegiatan terbabit hingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Pengarahnya, Ku Azmi Ku Aman berkata, aktiviti pembalakan yang dijalankan di lokasi itu hanya membabitkan kawasan berlesan sahaja.

"Sebanyak empat lesen dikeluarkan kepada pengusaha untuk menjalankan kerja pembalakan bermula dari bulan November lalu sehingga Mei nanti.

Langkawi destinasi pilihan Agong


Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah  
Tuanku Abdul Halim amat prihatin terhadap haiwan yang 
menghuni di mini zoo Istana Anak Bukit.

ALOR SETAR - Langkawi merupakan destinasi kegemaran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah apabila bercuti dalam negara, membuatkan sebuah istana dibina di pulau lagenda bagi kemudahan baginda.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Datuk Elmi Yusoff berkata, Bukit Malut dipilih sebagai lokasi istana berikutan baginda amat cintakan alam semulajadi, terutama kawasan rimba yang kehijauan.

“Tuanku Abdul Halim sangat sukakan alam semulajadi yang hijau dan prihatin dengan flora fauna, terutama haiwan dan baginda turut bercadang membuka sebuah mini zoo di kawasan Istana Bukit Malut pada masa akan datang,” katanya.

Alor Setar - Bila #Kangkung turun namun #Ayam pula dijangka naik

Harga ayam dijangka naik

Harga ayam dijangka naik  
Zainordin menunjukkan ayam yang dijualnya pada harga RM7.80 sekilogram.

ALOR SETAR - Kebanyakan peniaga di Pasar Besar Alor Setar, di sini, menjangkakan berlaku kenaikan harga barangan mentah khususnya ayam menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Difahamkan, harga ayam pada minggu lalu dijual pada harga RM7.50 sekilogram, bagaimanapun ia kini naik kepada RM7.80 sekilogram.

Peniaga, Zainordin Zainol, 31, berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Ayam pada masa kini masih dijual dengan harga berpatutan. Walaupun harganya naik turun, tetapi ia tidaklah terlalu membebankan pengguna.

“Bagaimanapun, harga ayam mungkin naik antara 10 sen sehingga 20 sen lagi menjelang Tahun Baru Cina nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...