TERKINI :

Monday, January 13, 2014

Antara GST & Pengumuman penjimatan RM1 dari nilai RM2000...!!!

GST : Menyelamat ekonomi negara atau kantung pemimpin?


11 Penjimatan PM : Berapa sangat berbanding perbelanjaan 60 Billion setahun



Timb Menteri kena tumbuk oleh lelaki yang berang siang tadi..

Kamalanathan cedera ditumbuk
Oleh Hadzlan Hassan

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/07/23/kamalanathan.jpg
HULU SELANGOR: Kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan terhadap bapanya, seorang lelaki bertindak menumbuk Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan hingga mengalami kecederaan di bahagian leher, di pejabatnya di sini, petang tadi.

Sebelum kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Kamalanathan dikatakan bertemu dengan bapa suspek yang meminta bantuannya untuk urusan memindahkan menantunya yang bertugas sebagai guru di selatan tanah air.

Bagaimanapun, setelah diterangkan yang beliau hanya mampu memberikan sokongan, bapa suspek bertindak merayu hingga menyatakan sanggup mencium kaki Timbalan Menteri terbabit.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, Kamalanathan memintanya untuk beredar dari situ.

Barang naik: Apa lagi yang Najib nak nafi

Jan 13, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman,Terengganu semalam ketika pemberian mangsa banjir adalah sangat mengejutkan kepada pelbagai.

“Ataukah juga ia tidak lagi mengejutkan kepada pihak yang lainnya,” tanya Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Katanya, cubaan Najib untuk meyakinkan rakyat bahawa kenaikan harga barang atau ‘barang naik’ bukan disebabkan oleh kerajaan adalah melucukan.

Beliau berkata, sama ada Najib sengaja memberi jawapan politik dan cubaannya berdalih atau benar-benar beliau tidak tahu apa punca kenaikan kos mutakhir ini.

“Rakyat lebih suka membaca Najib sengaja berpolitik dan berdalih kerana almaklumlah apa lagi yang dia takut kerana kedudukan dia dan Umno BN di Putrajaya sudah ‘selamat’ walaupun dia wajar diingatkan bahawa Umno BN hanya mendapat 47% dari undi popular.

“Untuk mudahkan Najib faham saya sebutkan begini. Kalau Maybank Investment Bank (IB) pada Oktober lalu mengumumkan inflasi paling tinggi dalam tempoh 20 bulan kerana kenaikan 20 sen RON95 dan diesel pada September 2013 lalu, maka apakah laporan yang bakal dibuat oleh kesemua pihak analysts dan Investment Banks di negara?

Hallo Menteri, Jika Lu Bosan Jawab Soalan Rakyat BAIK BERHENTI jaa..!!!

Menteri bosan ditanya isu harga barang naik

Hasan Malek
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek hari ini seolah-olah mengelak untuk menjawab mengenai persoalan isu kenaikan harga barang.

Beliau ketika ditanya  mengenai kenaikan harga kelapa di Pulau Pinang yang kini telah mencecah RM2.80, enggan menggulas sebaliknya hanya mahu memberi kenyataan berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

"Hari ini kita hendak fokuskan mengenai KR1M sahaja," katanya ketika sidang media selepas melawat rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral hari ini.

Pentingnya menteri belajar komunikasi, Kalau tidak sedia dikritik, jangan masuk politik!


Pentingnya menteri belajar komunikasi  
Rakyat yang tertekan perlu dipujuk dan ditenangkan.

SEORANG timbalan menteri, ketika menjawab kritik umum terhadap dirinya, membalas dengan kenyataan Twitter: “saya tidaklah bodoh sangat ...”
Selain daripada itu, beliau juga menyatakan fakta mengenai kelulusan akademiknya yang memiliki ijazah pertama dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari luar negara untuk membuktikan “saya tidaklah bodoh sangat ..”.

Dalam komunikasi awam, apakah tindakan itu perlu lagi sesuai bagi seseorang ahli politik untuk mematikan kritikan liar yang dihadapi?

Ataupun, apakah tindakan seumpama itu hanya mengundang kritikan yang lebih pedas?

Hubungi 1-800-886-800 jika ada aduan harga barang


Datuk Hasan Malek
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek hari ini menyarankan orang ramai supaya menghubungi talian 1-800-8886-800 sekiranya  terdapat aduan mengenai  kenaikan harga barang serta kualiti produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Jelasnya Kementerian KPDNKK akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa oleh itu jika ada sebarang aduan mengenai isu peningkatan 'kos sara hidup' pengguna boleh terus membuat laporan kepada KPDNKK.

"Jika timbul isu kenaikkan harga atau timbul tuduhan mengenai barangan yang dijual di KR1M tidak memenuhi standard, pengguna boleh terus menghubungi talian kita iaitu 1-800-886-800.

"Aduan tersebut hendaklah spesifik, di mana tempat tersebut, bila dan sebagainya, seterusnya pihak kita akan ambil tindakan selepas aduan dibuat," katanya ketika sidang media selepas melawat rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral hari ini.

Seruan asingkan akaun hasil judi oleh Ahli Parlimen DAP mengaibkan Islam

oleh Aspan Alias

Beberapa hari yang lepas kedengaran seorang Ahli Parlimen, kalau tidak silap saya, namanya Anthony Loke dari DAP meminta agar kerajaan mengasingkan akaun kerajaan dari hasil judi jika ramai rakyat yang tidak setuju dengan judi dan menganggapnya haram. Saya amat terkejut membaca kenyataan ahli parlimen itu dan ini amat mendukacitakan banyak pihak khususnya penyokong-penyokong parti politik seperti PAS dan UMNO sendiri.

Dalam pada rakyat berjuang untuk pembaharuan sebagai sebuah negara yang tidak bergiat dengan kegiatan ini ada pula pemimpin sebuah parti yang bersekutu dengan PAS membuat seruan yang bertentangan sekali dengan perjuangan PAS. PAS selama ini telah memperjuangkan nilai-nilai Islam dan telah mengkritik UMNO kerana meluluskan lesen berbagai-bagai jenis perjudian, dan itu adalah salah satu sebab utama kenapa orang Melayu berpindah menyokong PAS.

Tetapi PAS yang menunjangi perjuangan menentang UMNO itu telah bersama sebuah parti yang bersetuju perjudian itu diteruskan dan mengasingkan akaun kerajaan yang menerima hasil dari cukai judi itu. Saya khuatir jika perjuangan PAS, sebuah parti yang terbaik dikalangan yang ada dinegara ini tercemar lagi setelah dibuktikan dalam pilihanraya yang lalu terjejas dengan isu ALLAH yang dimainkan oleh DAP.

Mana Satu Pilihan Najib - Kembalikan ISA, Beri Mahathir Kuasa, Rombak Kabinet Atau Undur Diri?

oleh Shahbudin Husin,

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini.

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang melontarkan idea tersebut di blognya berkata, pengalaman lebih 20 tahun Mahathir dalam memimpin negara dan mengendalikan soal keselamatan dengan jayanya, tidak seharusnya dibazirkan begitu saja oleh Najib.

Katanya, cadangan ini bukannya untuk mengembalikan Mahathir kepada kedudukan kerusi Perdana Menteri tetapi perlu diberkan kuasa dalam kabinet untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam menangani isu keselamatan, perkauman, agama dah ekonomi yang kian meruncing sekarang ini.

Sebelum ini Mahathir telah mencadangkan agar ISA dikembalikan semula bagi menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan, perkauman dan agama yang timbul satu persatu sejak kebelakangan ini. Cadangan itu telah mendapat sokongan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Kumpulan konservatif yang masih merupakan majoriti dalam UMNO juga jelas berdiri teguh di belakang Mahathir berkaitan ISA ini dan mereka merasakan salah sebab lemahnya Najib ialah kerana tindakannya menghapuskan ISA pada 2011 dahulu.

#Najib & #Kangkung jadi bahan jenaka warga maya..!

Kenyataan 'kangkung' PM jadi bahan jenaka

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penurunan harga kangkung di Kemaman semalam kini disebar meluas dan menjadi bahan sindiran dan gelak ketawa di Internet.

Selain komen di laman sosial, terdapat pengguna Internet yang secara nakal menujukan lagu rakyat “Lenggang Kangkung” nyanyian penyanyi terkenal Saloma kepada beliau.

Malah, terdapat juga pengguna yang membariskan beberapa gambar yang disunting dengan memasukkan dialog menyindir perdana menteri sebagai memahami kesusahan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar sendiri dalam Twitter beliau tampil menyindir Najib berhubung kenyataannya itu dengan menulis:

“Zaman konfrontasi (dengan Indonesia) kerajaan sindir Soekarno makan jagung; sekarang rakyat Malaysia digalak makan kangkung! LOL (ketawa besar)!”

Najib semalam dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.

"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga.

"Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter.

#kangkung - Kenapa kasta kami rendah?

- Hisyam Salleh

January 13, 2014

Selepas rakyat Malaysia dihujani dengan pelbagai tekanan berikutan kos sara hidup makin meningkat, penulis rasa terpanggil untuk menulis mengenainya daripada perspektif wartawan video.

Apalah sangat wartawan video hendak perkatakan tentang ekonomi, tapi inilah rintihan sebahagian wartawan video dan foto yang dipandang enteng oleh semua pihak terutama di Malaysia.

Sila ketepikan pandangan dan ideologi politik kalian jika ingin teruskan membaca. Sila bawa bertenang.

Mula bertapak dalam bidang penyiaran sejak 2006 lagi dan boleh dikatakan masih hijau dalam industri media di Malaysia. Meskipun hijau, kita semua bermata yang bisa memerhati.

Ramai wartawan video dan foto yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini. Malah ada yang puluhan tahun memerah tenaga.

Banyak saudara dan rakan terdekat sering mengejek seolah-olah bekerja sebagai wartawan bagai mengejar dunia glamor.

Inilah orangnya utama yang jadi punca PKFZ rugi, bukan TUN bukan PAK LAH..!!!

Zul Hazmi

 

Hari tu dakwa Ling Liong Sik tipu Mahathir dlm kes PKFZ.... gagal.... Liong Sik bebas...

Hari ni Chan Kong Choy dilepas & dibebaskan krn Pendakwa Raya tarik balik dakwaan menipu Pak Lah dlm kes PKFZ..... Chan Kong Choy lepas bebas.....

La ni sapa yg menyebabkan PKFZ rugi berbillion duit kita??? Dr kos asal RM1.1 billion meningkat jd RM4 billion lebih sapa punya angkara???

Jawapan mudah bagi aku ialah Peguam Negara, Gani Patail. Sebab apa?? Sebabnya setiap apa tindakan Kerajaan Malaysia menilai memasuki sebarang perjanjian dgn pihak lain, Peguam Negara adalah org yg bertanggungjawab menasihati Kerajaan agar Kerajaan tidak ditipu.... Peguam Negara yang perlu nasihatkan Kerajaan dalam menandatangani setiap Perjanjian melibatkan apa2 saja projek yg melibatkan kepentingan negara. Apabila Kerajaan didakwa telah ditipu... Siapa yg telah cuai menasihatkan kerajaan drpd ditipu??? Peguam Negara.....

Tragedi dan drama PKFZ, akhirnya Tiada siapa pun yang dihukum dalam skandal ini.

Komentar oleh The Malaysian Insider
January 13, 2014

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas daripada skandal PKFZ. Gambar fail.Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut bebas daripada skandal PKFZ. Gambar fail.Ini adalah fakta mengenai politik di Malaysia: selain daripada sasaran kegemaran kerajaan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada seorang pun menteri atau bekas menteri lain yang pernah melihat apa isi penjara.

Ada beberapa kes yang hampir, antaranya adalah pembunuhan ahli politik Umno pada 1982 namun tiada satu pun yang membayar apa yang dilakukannya ketika masih memegang jawatan.

Hari ini, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy menyertai senarai panjang bekas menteri yang terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu berhubung Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila ia diilhamkan pada 1997, tetapi menjadi berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad kepada pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Tiada siapa pun yang dihukum dalam skandal ini.

Apa yang perlu ada di Putrajaya sebenarnya...?

Putrajaya mahu parkir & sekolah, bukan Hard Rock' Nigel Aw | 8:20PM Jan 12 2014 Penduduk Putrajaya mahukan sekolah agama dan masalah parkir kenderaan diselesaikan, bukannya Hard Rock Cafe, kata Naib Presiden PAS.

Datuk Husam Musa berkata, walaupun bekas perdana menteri Datuk Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan bandar pentadbiran itu mahu ia menjadi seperti Paris, apa yang berlaku tidak begitu. “Tapi bila nak buat Hard Rock kata (macam) Paris. Paris pengangkutan awam cemerlang. Ini tiada di sini,” katanya.

Bercakap ketika minum petang dan dialog dengan orang penduduk di Wilayah Persekutuan itu hari ini, Husam berkata, cadangan mewujudkan Hard Rock Cafe yang bercirikan Islam juga tidak boleh diterima. “...izinkan Hard Rock nyanyi lagu nasyid dan tak ada minimum keras.

Mana Hard Rock bawa lagu nasyid, tiada persembahan langsung dan minuman keras. “Itu ciri utama Hard Rock,” katanya.

Hari ini cerita sayur #kangkung turun harga. Terima kasih Barisan Nasional.

APAKAH BUKAN ISLAM BOLEH SEBUT ALLAH DENGAN BETUL?

Sebagai rakyat Malaysia di dalam sebuah negara berbilang kaum dan kaya-raya, saya cukup sedih betapa malangnya rakyat negara ini mempunyai sebuah kerajaan yang dipimpin oleh ramai individu yang sering tunjuk juara mempertahan nama Allah tetapi dalam masa yang sama merekalah menjadi perosak agama, perosak kestabilan politik dan perosak ekonomi negara.

Bagaimana rakyat kebanyakkan yang dihimpit masalah kenaikan harga barang yang sangat menakutkan boleh selesa dan aman menjalani kehidupan hari-hari?

Melihat gelagat pemimpin negara masih bermain wayang kulit, menari-nari di atas pentas kuasa dengan alunan lagu dondang sayang, melentokkan kepala rakyat dan terangguk-angguk mendapat BR1M.

Nama Allah menjadi modal menidakan pula tindakan 'manggulingkan kerajaan'.

Satu soalan yang boleh kita tanyakan pada diri kita,

Sejak bila orang kafir boleh menyebut Allah dengan betul?

Sejak bila pula Allah satu nama unggul bagi Tuhan seluruh alam, namaNya tidak boleh disebut oleh manusia selain dari penganut Islam saja?

Menghalakan senjata emosi dan nafsu amarah kepada orang kafir, siapakah yang berikan kebenaran cetakan Bible versi Bahasa Melayu ?

Islam itu sungguh cantik, janganlah menjadikan diri kita sebagai objek yang menghalang bukan Islam melihat kecantikkan itu…cukuplah dengan semua tindakan bodoh yang menonjolkan sifat bangang, anggkuh dan gila kuasa! Sila ikhlas perhatikan rakyat, kami sudah bosan!

Hari ini cerita sayur kangkung turun harga. Terima kasih Barisan Nasional.

Sekian terima kasih…

Catatan oleh:
Ahmad Nazri Khamis
Batu Pahat. 13 Januari 2014

Hangpa syok telan #kangkong depa telah duit PKFZ terlepas camtu jaa...!!

Chan Kong Choy bebas kes PKFZ selepas tuduhan ditarik balik

January 13, 2014
Latest Update: January 13, 2014 12:00 pm

Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dibebaskan hari ini daripada tiga tuduhan menipu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam projek Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Chan hanya mengucapkan terima kasih lalu berjalan keluar bersama penyokong beliau.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.

Chan meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan terhadapnya selepas Dr Ling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 25 Oktober.

Umno tarik balik saman Tian Chua berkaitan kes Lahad Datu

January 13, 2014

Umno menaril balik saman fitnah terhadap Tian Chua berhubung kes pencerobohan Lahad Datu. Gambar fail.Umno menaril balik saman fitnah terhadap Tian Chua berhubung kes pencerobohan Lahad Datu. Gambar fail.Umno menarik balik saman fitnah terhadap Tian Chua yang sebelum ini mengaitkan parti itu dengan pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan pengganas Sulu tahun lalu.

Ini berikutan penyelesaian luar mahkamah yang dicapai kedua-dua pihak hari ini dengan persetujuan penghakiman dirakamkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop.

Peguam Datuk Hafarizam Harun, yang mewakili Setiausaha Eksekutif Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kos.

Tian Chua, yang nama sebenarnya adalah Chua Tian Chang berkata, beliau kesal dengan artikel dan laporan tersebut dan akan diturunkan daripada Keadilan Daily.com secepat mungkin.

"Plaintif menerima penjelasan saya dan saya tiada niat untuk memberikan gambaran yang negatif terhadap Umno sebagai dalang pencerobohan Lahad Datu," katanya.

'Bagusnya jika kerajaan dengar rungutan rakyat'


 Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - “Bagusnya jika kerajaan selalu mendengar rungutan rakyat,” luah Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya  Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff hari ini berkenaan tindakan kerajaan Pusat dan kerajaan Selangor yang masing-masing membuat keputusan yang dilihat memihak kepada rakyat.

Menurut Agus, tindakan kerajaan Pusat yang menangguhkan kenaikan tol, serta tindakan kerajaan Selangor yang membekukan kenaikan gaji adalah tepat pada masanya, tindakan ini sekaligus telah memperlihatkan sisi kebaikan kerajaan dalam memahami serta mendengar rungutan rakyat.

“Kerajaan Pusat menangguhkan kenaikan tol sehingga makmal yang ditubuhkan selesai meneliti kesannya kepada rakyat.

“…kerajaan Selangor membekukan kenaikan gaji MB, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker sehingga ke satu tarikh yang dikira sesuai.

“…bagusnya jika kerajaan selalu mendengar rungutan rakyat,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Bila Mukhriz dah mula bersuara, nampaknya logo HELANG tulah jadi pilihannya..!

Transformasi bola sepak Kedah bukan hanya

BALING - Penyokong bola sepak Kedah diminta memberi peluang kepada persatuan negeri untuk membuktikan proses transformasi yang dilakukan dapat mengembalikan era kegemilangan skuad Hijau Kuning itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata proses transformasi itu bukan hanya melibatkan pertukaran logo persatuan tetapi juga soal pengurusan, latihan dan pemilihan pemain.

Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas bantahan Gabungan Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, terhadap tindakan KFA menukar logo baharunya dari skuad Kenari kepada Helang Merah dengan mendakwa logo baharu itu tidak relevan.

Logo Sang Kenari merupakan idea bapa pembangunan bola sepak negeri Allahyarham Datuk Ahmad Basri Mohd Akil. Mukhriz berkata walaupun ada pihak yang tidak gembira dengan logo baharu itu namun ada ramai yang merasa sudah tiba masa untuk persatuan menampilkan imej yang gah.

"Orang lain dah ada imej singa, pahlwawan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tonjolkan simbol yang menunjukkan kegagahan kita dalam menghadapi lawan di gelanggang. Jadi sebab itu Helang Merah dipilih," katanya. - Bernama

Geng Medan Selera akan dibantu oleh MBAS untuk selesai masalah

Komited bantu peniaga
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 12, 2014

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) komited membela nasib peniaga Medan Selera Peremba, dekat sini yang menerima sambutan mengecewakan daripada pelanggan. Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Unit Pembangunan Penjaja, Mohd Kholib Hamid berkata, pihaknya akan turun padang berjumpa peniaga berkenaan segera.

“Kita akan menyelami masalah dihadapi mereka terlebih dahulu, sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya untuk menangani kesulitan tersebut. “Sekiranya ada kerosakan, kita akan cuba baiki. Isu medan selera lenggang agak mengejutkan kerana ia terletak di kawasan strategik, manakala panoramanya mempesonakan,” katanya.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah cawangan Kota Setar berkata, medan selera sepi kemungkinan disebabkan kurang promosi. Katanya, bilangan peniaga sedikit berbanding jumlah keseluruhan kedai juga berkemungkinan mempengaruhi sambutan diterima daripada pelanggan.

"Peniaga diminta tidak bimbang kerana kita memahami situasi sebenar dialami, malah tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya yang boleh menyusahkan mereka," katanya. Lagipun, katanya, pihaknya kini mengutamakan pendekatan mesra peniaga dan penjaja untuk membincangkan sebarang masalah dialami sebaik mungkin.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Medan Selera Peremba, dekat sini, kurang mendapat sambutan meskipun terletak di lokasi tumpuan ramai.

Pokok apa yang sesuai nak ganti KETUM?

Tanaman alternatif ganti ketum
OLEH: Tarikh: January 12, 2014

JITRA - Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyarankan agar tanaman alternatif yang boleh diproses serta menjana pendapatan dalam masa yang singkat dilaksanakan bagi menangani masalah ladang ketum yang diusahakan secara berleluasa khususnya di Kedah.

Beliau berkata masalah yang dihadapi ialah sukar untuk mengesan pemilik ladang ketum sekaligus menyukarkan usaha mengekang masalah penyalahgunaan ketum. Beliau berkata antara kaedah yang boleh dilaksanakan bagi menghalang orang ramai menanam pokok ketum ialah dengan menyarankan supaya mereka menanam tanaman lain dan boleh menjana pendapatan lebih lumayan.

"Saya difahamkan di Kedah, daun ketum ditanam secara berleluasa, diproses secara asas dan dijual. Jadi kita cadangkan ganti tanaman ketum dengan satu tanaman alternatif. "Kita akan cari apakah jenis pokok yang boleh diproses dan dijual dengan cepat. Contohnya seperti pokok stevia yang daunnya boleh diproses bagi menggantikan gula," katanya ketika ditemui pemberita pada program Ramah Mesra Bersama Komuniti Kubang Pasu di Taman Mahsuri dekat sini hari ini.

Mengenai undang-undang bagi menghalang penanaman ketum, Wan Junaidi berkata pokok berkenaan tidak boleh dihapuskan begitu sahaja, namun pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan dan akan cuba mencari mekanisme terbaik dalam menangani isu berkenaan.

"Memang sukar untuk kita hapuskan tanaman ini. Daun ketum merebak macam rumput biasa, macam lalang, macam mana kita nak hapuskan lalang," katanya.

Warga Nepal kecoh sebab takut hantu...

Warga Nepal kecoh takut hantu

OLEH: MOHD RIFAAT ABD HAMID Tarikh: January 13, 2014

POKOK SENA - Kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di sini, hampir mencetuskan kekecohan di depan kilang berkenaan bagi mendesak majikan memanggil bomoh atau sami kononnya untuk menghalau hantu yang didakwa menyebabkan kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Superintenden Mat Akhir Jaafar berkata, pekerja terbabit mengadakan perhimpunan bermula jam 8.30 malam kelmarin, kerana mereka dipercayai bimbang mungkin menjadi mangsa seterusnya.

“Kebanyakan warga Nepal yang bekerja di situ masih memegang kepercayaan karut dan menganggap hantu menyebabkan rakan mereka mati dalam masa singkat. Mujurlah perhimpunan itu tidak sampai menjadi rusuhan," katanya.

Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.

Mat Akhir berkata, dalam pada itu beliau turut difahamkan kebanyakan pekerja di kilang berkenaan sering mengambil minuman keras tidak berjenama hingga berkemungkinan boleh membawa maut.

Tambah beliau, di samping itu, faktor lain antaranya pemakanan, kediaman serta persekitaran yang tidak baik menyebabkan kehidupan mereka terdedah kepada masalah kesihatan.

Bagaimanapun, bagi memenuhi permintaan dan memuaskan hati pekerja warga asing itu, pihak pengurusan kilang turut membenarkan mereka menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang menurut kepercayaan mereka wujud di sekitar kawasan kediaman itu.

Polis Mabuk sudah ditukar serta merta

Anggota polis mabuk diambil tindakan

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan  
Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...