TERKINI :

Sunday, January 12, 2014

Cadang Tun M, jelaslah semua ahli kabinet Najib lemah

MUHAMMAD FAIZAL

SHAH ALAM: Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malah seluruh ahli kabinetnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam skop yang lebih luas, cadangan tersebut menggambarkan semua anggota dalam kabinet Najib hari ini, lemah dan tidak boleh diharap.

"Kenyataan beliau itu benar-benar menunjukkan bahawa Najib gagal dalam pentadbirannya, malah terlalu lemah serta tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

"Beliau jua tidak mencadangan nama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya nama Dr Mahathir dicadangkan, ini jelas membuktikan barisan kabinet Najib ini tidak ada seorang pun yang layak untuk mentadbir negara ini," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Zainuddin yang juga bekas Menteri Penerangan, yang mengakui kelemahan pentadbiran Najib sehingga mencadangkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Mneteri kembali semula menerajui negara.

Lekeh sangat dah Najib nie, sampai orang UMNO suruh TUN M jadi PM semula..!!

Gesaan Dr Mahathir kembali isyarat pemberontakan dalam Umno, kata Kit Siang
OLEH MD IZWAN
January 12, 2014

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menyifatkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya merupakan isyarat pemberontakan dalam Umno.

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dalam tulisan blognya menyuarakan cadangan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya.

"Cadangan tersebut bukan saya undi tidak percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Tetapi juga adalah isyarat plot dan konspirasi daripada kuasa tindak balas anti-demokratik dalam Umno dan Barisan Nasional untuk memberontak," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada tulisan Zainuddin dalam blognya.

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata gesaan tersebut sememangnya sudah dijangka memandangkan pentadbiran Najib dilihat lemah khususnya dlam menangani isu kalimah Allah selain cadangan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula selepas dimansuhkan oleh Najib pada tahun 2012 lalu.

Mana Hard Rock Cafe tiada hiburan dan arak?

OLEH MD IZWAN
January 12, 2014

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) membidas cadangan Putrajaya untuk membuka Hard Rock Cafe bercirikan Islam yang disifatkannya tidak masuk akal.

Bekas calon Parlimen kerusi Putrajaya tersebut berkata tiada Hard Rock Cafe yang dibuka di seluruh dunia tidak menyajikan hiburan melampau dan juga minuman keras.

"Mana ada negara dunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras?

"Kalau ada tunjuklah," kata Husam dalam sidang media selepas sesi sembang petang di Putrajaya petang ini.

Husam juga berkata sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, rata-rata penduduk di Putrajaya banyak meminta supaya sekolah agama dibuka di samping rungutan tentang masalah letak kenderaan.

"Masa saya berkempen di sini dulu, tak ada pula penduduk Putrajaya meminta untuk dibuka Hard Rock Cafe.

"Banyak yang hantar surat kepada saya meminta supaya sekolah agama dibuka, serta menyelesaikan masalah 'parking'," tambahnya lagi.

Menurut Husam lagi, banyak cadangan yang tidak munasabah daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional di samping isu kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

"Kenapa semua ini berlaku?

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan


Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan  
Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.

SHAH ALAM - Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Temuramah UTUSAN sempena ulangtahun ke 83 TG Nik Aziz Nik Mat

Bersama 'beg plastik', 60 cucu

Nik Abdul Aziz Nik Mat masih bersemangat ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia, Zaain Zin di rumahnya baru-baru ini.

SEBAIK-baik sahaja menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Besar Kelantan, DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT yang juga Mursyidul Am Pas kelihatan agak ‘diam’ dan tidak lagi berada di bawah ‘radar’ media massa.

Lebih 20 tahun, tokoh politik negara itu menjadi perhatian rakyat. Setiap kata dan gerak-gerinya menjadi perbualan hangat tambahan pula kenyataan beliau sering menongkah harus. Namun tidak ramai yang mengetahui kisah hidupnya selepas tidak lagi bergelar orang nombor satu di Kelantan.

Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, ZAAIN ZIN bersama jurugambar, ROSNI MASRI menjejaki beliau yang menyambut ulang tahun ke 83 pada 10 Januari lalu, untuk mendapatkan kisah kehidupannya hari ini.

Usaha menjejaki tokoh yang sinonim dengan panggilan ‘Tok Guru’ itu bermula pada awal pagi Khamis lepas di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim, Kota Bharu kerana berdasarkan maklumat beliau sering ke pejabat, namun gagal.

PM, jangan terus berdiam


Malaysia
MENGINJAK tahun 2014, negara kita masih terus bergelut dalam isu-isu agama.

Agama merupakan satu perkara yang penuh dengan sensitiviti yang boleh mengancam asas keharmonian dan kerukunan ukhwah di antara masyarakat dalam negara ini sekiranya tidak diuruskan dengan penuh hikmah.

Ia tidak boleh ditangani dengan kegopohan untuk menjadi hero.

Berzaman hidup dalam negara majmuk penuh warna warni agama, budaya dan bahasa.

Kenapa kita masih terus ingin bermain dengan isu sebegini. Belajar dari sejarah.

Pertembungan antara agama dan bangsa yang akhirnya menyaksikan kemusnahan keharmonian malah lebih buruk lagi ketamadunan sesuatu negara bangsa itu turut musnah.

Mengapa perlu ada tindakan-tindakan provokasi dari satu pihak kepada pihak yang lain. Celaan demi celaan, hinaan demi hinaan, tindakan demi tindakan terus dilakukan.

Apa yang ingin dibuktikan? Agama itu lebih supreme dari agama lain? Atas alasan mempertahankan agama masing-masing kita menghalalkan tindakan-tindakan yang akan terus melahirkan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain?

Ramal air pasang besar

OLEH: NURUL HUDA HUSAIN
Tarikh: January 12, 2014

KUALA NERUS – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi fenomena air pasang besar yang diramal berlaku dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dinaiki air diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

Pengarahnya, Mejar Che Adam A Rahman berkata, pihaknya mengekalkan seramai 300 anggota yang akan dikerah ke kawasan banjir di samping mempersiapkan kemudahan logistik bagi membolehkan bantuan dilakukan segera.

"Kita difahamkan akan berlaku fenomena air pasang besar luar biasa sebanyak lima peringkat iaitu dari 14 hingga 20 Januari, 29 Januari hingga 3 Februari, 13 hingga 19 Februari, 27 Februari hingga 5 Mac dan 29 hingga 30 Mac.

"Justeru, penduduk yang tinggal di kawasan sering dinaiki air diharap berada dalam keadaan berjaga-jaga serta mematuhi arahan semasa dikeluarkan pihak keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan JPAM Perak kepada anggota JPAM Terengganu yang terjejas banjir di Pejabat JPAM Terengganu, di sini, semalam.

Jangan sampai semua tergadai

DR AMINUDIN MANSOR

SEBUAH negara yang merdeka tentunya mempunyai undang-undang tubuh yang telah diasaskan oleh cerdik pandai dan orang terdahulu sebelum merdeka.

Begitulah, negara Malaysia mempunyai Perlembagaan Persekutuan, ideologi wawasan dan dasar pembangunan negara.

Ideologi merupakan panduan untuk mencapai sesuatu matlamat. Tanpa panduan segala tindakan akan tersalah arah.

Justeru, Malaysia telah membentuk suatu ideologi yang dinamakan Rukun Negara yang mengandungi prinsip-prinsip yang jelas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan sejahtera.

Jika tidak mengikut ideologi dan prinsip ini besar kemungkinan negara akan mengalami kemunduran dan tidak maju sejahtera.

Tambahan pula apabila semua bidang kehidupan terus dipolitikkan seperti isu agama, bahasa, sejarah dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk negara maju dan sejahtera sangat jelas melalui ideologi negara iaitu Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara iaitu ekonomi dan sosial.

Pertempuran kuasai Putrajaya bermula & berakhir di Johor

KUALA LUMPUR: Johor adalah kunci untuk Pakatan Rakyat “membuka gerbang Putrajaya” khususnya bagi Semenanjung Malaysia dan pelaksanaan strategi untuk menawan Putrajaya perlu terlebih dahulu dijayakan di Johor, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sehubungan itu beliau menyifatkan usaha menawan Johor bagi menawan Putrajaya dalam PRU14 adalah cabaran terbesar yang perlu ditanggapi Pakatan Rakyat dan menjadi isu penting dibincangkan dalam Konvensyen Negeri DAP di Batu Pahat, hari ini..

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Pakatan Rakyat telah meleburkan status Johor sebagai “negeri selamat” untuk BN dengan memenangi 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi negeri.

Beliau menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian yang wajar dibanggakan jika diambil kira jumlah sumber yang dikeluarkan oleh BN untuk memenangi pilihan raya di negeri itu.

“Namun pencapaian itu tidak mencukupi. Untuk mencapai matlamat menawan Putrajaya dalam PRU14, Pakatan perlu menetapkan sasaran untuk memenangi separuh daripada kerusi parlimen di Johor.

“Untuk mencapai sasaran ini, kita perlu terlebih dahulu mempertahankan kawasan marginal kita (Bakri dan Batu Pahat) dan kawasan yang baru dimenangi (Kluang, Kulai dan Gelang Patah).

“Setelah itu, kita mesti melakukan gerak menyerang untuk menawan kawasan marginal BN, iatu Segamat, Sekijang, Labis, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang dan Pulai,” ujarnya.

Sanggup Derita Kerana Raja... Macam Kisah Singapura Dilanggar Todak

oleh Zulkifli Yahaya


Singapura Dilanggar Todak adalah sebuah cerita lagenda orang Melayu yang sangat terkenal khususnya di Singapura. Kisah ini tercatat dalam Sulalatus Salatin atau kitab sejarah Melayu lama. Kononnya suatu hari Singapura telah diserang oleh ikan-ikan todak dari laut sehingga ramai kalangan rakyat yang berada berhampiran pantai cedera dan mati tertikam.

Raja Singapura dengan mengenderai gajah turun menyaksikan sendiri khabar yang sampai kepadanya. Terkejutlah raja melihat ramai rakyat yang menjadi mangsa ikan todak. Timbul ketakutan dalam hatinya kalau-kalau akhirnya serangan todak boleh sampai ke istana. Nyawa raja kaum kerabat serta kerajaannya sendiri boleh berakhir dengan serangan todak.

Maka baginda menitahkan para pengawalnya mengerah rakyat agar memagar pulau Singapura dengan menjadi benteng manusia menahan serangan todak. Bodohnya rakyat kerana sanggup bersabung nyawa mengikut perintah raja. Ramai yang mati dan cedera dek tikaman todak. Jika rakyat cerdik ketika itu, mereka bersatu untuk tidak mengikut perintah raja demi keselamatan nyawa masing-masing. Tanpa sokongan rakyat, raja boleh terguling begitu sahaja. Walaupun menderhakai raja adalah amalan tidak baik dalam budaya Melayu, namun situasi di kala itu menderhakai raja lebih afdhal dari menyeksa diri sendiri dengan serangan todak.

Dok kalut bab logo last import Kedah sangkut sorang tak boleh daftar, nak kena rayu pula..!

Jadi adik abang tinggalkan yang keras kepala

Oleh Roslan SMS

Tadi di Bangunan SUK Shah Alam, EXCO Agama Selangor Ustaz Sallehen Mukhyi telah mengadakan sidang akhbar berhubung isu panas “serbuan JAIS ke atas premis Bible Society of Malaysia di PJ baru-baru ini. Turut dipanggil adalah Father Lawrence Andrew, yang dalam posting saya sebelum ini saya namakan sebagai pencetus kontroversi ini.

Menurut laporan media, Exco Agama menjelaskan bahawa serbuan berkenaan menepati SOP JAIS yang sedia ada. Cumanya SOP berkenaan akan dikemaskini. Dan dalam pada itu menurut beliau:

"Pendirian kerajaan negeri adalah kita bersama titah Tuanku dalam penggunaan kalimah Allah (iaitu larangan penggunaannya di negeri Selangor oleh agama lain).”

Saya kira penjelasan EXCO Agama Selangor itu sudah boleh diterima yang selainnya kita serah kepada proses undang-undang.

Yang saya musykil adalah kehadiran Father Lawrence Andrew yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan terus menggunakan kalimah Allah di Selangor walaupun dilarang. Saya difahamkan beliau hadir untuk diberi kata dua oleh EXCO dan semoga beliau menghormati dan faham akan titah Tuanku Sultan serta peraturan dan undang-undang yang sedia terpakai di Selangor.

Rupa-rupanya beliau memilih untuk terus “membantah” kononnya atas nama Hak Asasi!!!

The Star online melaporkan:

In the same press conference, Father Lawrance said that whatever he had stated with regard to the Allah issue was based on Article 11 of the Federal Constitution that granted the freedom of religion.

"Each religion has the right to manage itself. Another religion cannot come in and tell another religion what to do," he said.

Menurut The Malaysian Insider:

Sementara itu, Lawrence tetap dengan pendiriannya gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka.

"Kenyataan saya adalah berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Setiap agama boleh melakukan upacara keagamaan mereka. Saya tidak boleh beritahu Islam, Buddha, Hindu, apa perlu mereka buat.”

Nampaknya paderi ini terus meluap-luap dengan kontroversi. Sepatutnya sebagai orang agama yang bijaksana, setelah bertemu dengan wakil kerajaan negeri ini dan difahamkan tentang titah Tuanku dan peraturan serta undang-undang negeri beliau akur tetapi rupanya tidak.

Saya petik penghakiman bertulis Hakim Mahkamah Rayuan Dato Mohd Zawawi Salleh bertarikh 14 Oktober 2013 lalu (Mahkamah ini telah menolak rayuan The Herald yang mana Father Lawrence adalah Pengarangnya):

The upshot from the foregoing discussion is that the usage of the word “Allah” in the Malay version of the Herald to refer to God is not the essential or integral part of the religion of Christianity. Therefore, such usage does not attract constitutional guarantee of Article 11(1) of the Federal Constitution. The question of translating God as “Allah” is still being hotly debated among Christians worldwide. It is also doubtful whether the opinion of the Respondent on the usage of the word “Allah” reflects that of Catholic majority.

Tuanku Sultan melarang, enakmen negeri menegah, Mahkamah memutuskan penggunaannya tidak dilindungi oleh Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, namun paderi ini terus berkeras kepala, siapa yang mencetuskan kontroversi dan dalang provokatur dalam hal ni? Ayuh kita bina jambatan seperti adik dan abang dengan meninggalkan mereka yang tidak boleh menerima peraturan dan nasihat.

Pekerja swasta wajar terima Cola

JAMILAH HAMZAH

SHAH ALAM - Penganalisis berpendapat memperkenalkan elaun sara hidup (Cola) kepada sektor swasta seperti yang digesa Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) adalah langkah yang sesuai pada masa sekarang untuk membantu rakyat berpendapatan rendah.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kerajaan boleh membantu golongan berpendapatan rendah bagi menghadapi tekanan beban hidup dengan membuat dasar berkaitan Cola kepada pekerja yang berkhidmat dalam sektor swasta.

Menurutnya, tempoh ini adalah sesuai untuk kerajaan membuat dasar mengenai perkara itu sekaligus mampu membantu meningkatkan kuasa beli kepada rakyat yang memberi pulangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Elaun sara hidup ini memang sesuai, sudah tiba masanya.

"Kalau kita tengok ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia mereka juga mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Ubi Kayu masih ada sentimental valuenya lagi

Penangan ubi kayu
OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 12, 2014

TUMPAT – Walau pun ubi kayu bukan sajian utama masyarakat moden tetapi ketika musim hujan ini apa sahaja kuih muih yang diperbuat daripada ubi kayu pasti laris.

Bukan sahaja kuih putu halba, kuih talam ubi kayu juga sinonim dengan kuih musim hujan dan laris di musim banjir. Perkara itu diakui oleh pengusaha kuih talam, Roslida Mohd Nor, 39, apabila makin lebat hujan makin ramai yang mencari kuih talam ubi kayu ini.
Roslida dari Kampung Kajang Sebidang mewarisi kepandaian membuat kuih talam ubi kayu ini daripada ibunya, Zaharah Salleh, 65. Menurutnya, ibunya menjadi pengusaha kuih itu sejak 20 tahun lalu dan kini diturunkan kepadanya.

“Walaupun saya mempunyai tujuh adik beradik, tetapi hanya saya yang ikut jejak langkah ibu. “Berniaga kuih talam ubi kayu ini sebagai pendapatan sampingan keluarga, sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan suami,” katanya yang mempunyai seorang anak.

Kuih talam berkenaan menggunakan bahan asas ubi kayu yang diparut dan dimasak serta kemudiannya dilapiskan dengan santan yang dimasak pekat. Roslida berkata, pada musim hujan dia menyediakan kira-kira 300 bekas kuih talam ubi kayu kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai. “Kadang kala sukar mendapatkan bekalan ubi kayu, sehinggakan saya tidak dapat memenuhi tempahan pelanggan.

“Saya jual RM1 untuk 3 bekas kecil, dalam masa yang sama saya juga ada menjual kuih talam beras, kuih pelita, laksa dan gulai. “Setiap jam 4 petang saya bawa kuih-muih ini untuk dijual di Pasar Segar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kampung Jubakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Kumpulan pekerja Nepal cuba merusuh di Pokok Sena

ALOR SETAR 12 Jan. - Sekumpulan pekerja kilang papan di Pokok Sena dekat sini cuba merusuh dan mencetuskan kekecohan malam tadi setelah berang dengan tindakan majikan yang tidak mengendahkan seorang rakan mereka yang dipercayai mengalami sesak nafas.

Kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai melibatkan kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja kilang terbabit yang berhimpun di hadapan pintu pagar rumah majikan mereka bagi meminta majikan supaya mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas di asrama pekerja.

Majikan tersebut yang bimbang berlakunya sesuatu setelah melihat para pekerja asing itu berkumpul beramai-ramai, enggan keluar untuk bertemu dengan kumpulan pekerja itu.

Pekerja-pekerja warga Nepal itu kemudian naik berang setelah mendapati rakan mereka yang sesak nafas itu telah mati ekoran kelewatan majikan mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian berjaya meleraikan kumpulan pekerja kilang terbabit dan menghubungi hospital untuk mengesahkan kematian salah seorang rakan mereka itu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar DSP Mat Akhir Jaafar yang ditemui di tempat kejadian berkata tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana majikan bertindak cepat menghubungi pihak polis setelah melihat keadaan makin tidak terkawal.

Katanya ekoran kejadian itu, pihak polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal yang dipercayai mengetuai himpunan itu dan cuba mencetuskan huru hara.

"Hasil maklumat awal kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama terbabit namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian lewat malam tadi.

Siasatan lanjut akan dijalankan dengan menyoal siasat ketiga-tiga mereka yang ditahan selain mengenal pasti punca kejadian.

"Punca kematian kita hanya bergantung kepada laporan doktor. Sebab apa yang kita siasat setakat ni, dia orang ni suka minum. Kadang-kadang minum minuman tak berjenama. Kita tak pasti minuman arak apa yang diminum menyebabkan mereka sakit," katanya.

Mayat pekerja yang mati dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA

Main nombor ekor, berjudi dengan kos sosial

– Sara Ayuni

toto
TAHUN 2014 adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Untuk kaki judi, selain kenaikan harga barang, mereka juga perlu berhadapan ujian baru iaitu lebih banyak cabutan nombor akan dibuat di outlet perjudian. Bagi kaki judi, menahan diri daripada berjudi bererti melepaskan peluang untuk mendapat wang.

Selain keuntungan, aktiviti perjudian menjadi hiburan kepada sesetengah orang. Namun, kepada mereka yang serba kekurangan, berjudi memberi lebih daripada itu. Berjudi menjanjikan harapan yang hari bertuah itu akan tiba dan kehidupan menjadi lebih baik dan selesa. Kekalahan hari ini menjadi motivasi untuk mencuba lagi pada hari esok.

Jika kita menyorot kembali kajian yang pernah dilakukan National Council of Problem Gambling Singapura, perjudian bukan sekadar budaya dan hiburan. Tanpa kesedaran dan kawalan, perjudian mampu mendorong kepada ketagihan. Ketagih untuk berjudi ini perlu dilihat sebagai tabiat yang tidak menyihatkan, seperti mana ketagihan dadah dan rokok.

Untungnya mereka jadi anak 'tokey'...

Yang Menang Tidak Menang Semua, Yang Kalah Tidak Kalah Semua...


Menginjak tahun 2014, negara kita masih terus bergelut dalam isu-isu agama. Agama merupakan satu perkara yang penuh dengan sensitiviti yang boleh mengancam asas keharmonian dan kerukunan ukhwah di antara masyarakat dalam Negara ini sekiranya tidak diuruskan dengan penuh hikmah. Ia tidak boleh ditangani dengan kegopohan untuk menjadi hero.

Berzaman hidup dlm Negara majmuk penuh warna warni agama, budaya dan bahasa. Kenapa kita masih terus ingin bermain dgn isu sebegini. Belajar dari sejarah. Pertembungan antara agama dan bangsa yang akhirnya menyaksikan kemusnahan keharmonian malah lebih buruk lagi ketamadunan sesuatu Negara bangsa itu turut musnah.

Mengapa perlu ada tindakan-tindakan provokasi dari satu pihak kepada pihak yang lain. Celaan demi celaan, hinaan demi hinaan, tindakan demi tindakan terus dilakukan. Apa yang ingin dibuktikan? Agama itu lebih supreme dari agama lain? Atas alasan mempertahankan agama masing-masing kita menghalalkan tindakan-tindakan yang akan terus melahirkan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain?

Harussani suruh Jamil Khir Letak jawatan pula..!!!

Janganlah Sampai Penyokong Jamil Khir Buat Laporan Polis Terhadap Harussani...

Setelah semalam tersebar khabar angin mengenai perletakan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek sehingga sekumpulan Pemuda UMNO yang diketuai oleh anaknya sendiri membuat laporan polis kerana menganggapnya fitnah yang mengaibkan, hari ini seorang lagi menteri diminta meletakkan jawatan.

Kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama pula menjadi sasaran. Tetapi tidak seperti berita perletakan jawatan Hasan Malek yang dicetuskan oleh pengendali laman sosial pro UMNO, Afiq KL Town, desakan meminta Jamil Khir berundur dilakukan oleh seorang mufti iaitu, Harussani Zakaria.

Harussani yang merupakan Mufti Perak di mana sebelum ini telah menggelarkan peserta demontrasi membantah kenaikan harga barang sebagai bughah dan halal darahnya, nyata kecewa dengan pendirian Jamil Khir dalam menangani isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan sekarang, khususnya untuk bertindak terhadap pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew.

Bagi Harussani, memandangkan sudah ada keputusan daripada Mahkamah Rayuan yang melarang penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian tetapi Paderi Lawrenca tetap juga berkeras mahu menggunakan kalimah itu, ia jelas suatu penghinaan dan pendirian Jamil Khir yang secara santai meminta semua pihak bertenang dan menunggu saja keputusan Mahkamah Persekutuan, langsung tidak boleh diterima sama-sekali.

Isu kereta, penjelasan Mukhriz dipersoal


Isu kereta, penjelasan dipersoal  
Mahfuz menunjukkan gambar kereta jenis Mercedes Benz S300 menggunakan plat KBV8 yang tersebar di laman sosial disiarkan Sinar Harian, semalam.

ALOR SETAR - Penjelasan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mengenal isu pembelian kereta jenis Mercedes Benz S300 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) untuk kegunaan rasmi Yang di-Pertuan Agong di Langkawi, dipersoalkan oleh pihak pembangkang.

Selain menggunakan nombor plat KBV8, kereta yang dimaksudkan itu juga dilabelkan dengan nama Menteri Besar Kedah dan bukan nama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan yang dibuat Mukhriz sebelum ini mengambil masa agak lama dan seperti sengaja dilambatkan untuk mencari jawapan bagi meyakinkan rakyat berkenaan isu tersebut.

Menurut beliau, pihaknya tidak nampak apa yang mengelirukan dalam isu pembelian kereta seperti yang dijelaskan Mukhriz, sebaliknya Mukhriz sendiri dilihat seperti keliru dengan kenyataan-kenyataannya sendiri.

“Pada 6 Januari lalu, Menteri Besar menjelaskan tiada sebarang pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasmi Menteri Besar yang dibuat oleh kerajaan negeri. Manakala nombor plat KBV8 masih digunakan pada kereta Mercedes Benz S3200 yang digunakan Menteri Besar terdahulu iaitu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Elak dua ekor helang punca pesawat terhempas


HULU SELANGOR - Pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu dekat sini kelmarin dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua ekor burung helang ketika terbang dalam angin kencang.

Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkiflee, seorang daripada tiga mangsa yang selamat dalam kejadian itu kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd. Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang dekat sini semalam.

"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan," kata Sharifah Hatun ketika ditemui di hospital itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...