TERKINI :

Saturday, January 11, 2014

[Video] Benarkah ayaq ECPI memberi sokongan pada SYIAH...??


Kalimah Allah : Kenapa PAS Memilih Laluan Salah Dan Seronok Di Perangkap..?

Oleh ramziredang

http://3.bp.blogspot.com/-OApEkmwcg2A/TmFs9dRaRyI/AAAAAAAAB8U/TJOvbjhOeiE/s1600/Allah%252B2.jpg"Untuk melihat dengan jelas isu kalimah Allah dan menjawab segala persoalan yang seolah olah menjadi semakin kusut sekarang, kita kena kembali kepada tahun tahun tujuh puluhan dan perlu melihat bukti yang terdapat dalam kata pengantar pada muka surat depan kitab 'bible perjanjian' yang dinamakan sebagai AL Kitab. Dari situ baru kita dapat jawapan apa sebenarnya motif utama yang sedang dimainkan dan siapa sebenarnya yang cuba mencari untung dari isu ini.

Kitab 'bible perjanjian' yang menghimpunkan tiga puluh sembilan kitab perjanjian lama dan dua puluh tujuh kitab perjanjian baru diiktiraf oleh seluruh pimpinan gereja, dari muka surat pertama lagi ada tertulis, "projek menterjemahkan al kitab ke dalam bahasa melayu dimulakan pada tahun 1974".

Jadi kunci utama telah ada, iaitu kitab bible diterjemahkan ke dalam bahasa melayu secara besar besaran 'mulai tahun 1974'. Jadi jelas di sini isu kalimah Allah dalam bible ini telah ada sejak empat puluh tahun yang lepas.

Yang lebih penting untuk kita fahami adalah, penterjemahan ini tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan ia tidak boleh diedarkan secara sembarangan kerana ianya bersangkutan dengan perlembagaan negara dan KDN(Kementerian Dalam Negeri).

Kenapa ia boleh dibenarkan? Kenapa isu ini senyap selama ini? Kerana, yang membenarkan ianya ditulis dan diedarkan dalam bahasa melayu adalah kerajaan(BN). Ianya senyap kerana kerajaan(pimpinan BN) yang ingin ianya senyap.

Akhirnya Ariel Sharon menemui ajalnya...

Ariel Sharon meninggal dunia

Ariel Sharon  
Ariel Sharon

TEL AVIV - ISRAEL. Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan meninggal dunia hari ini.

Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar.

Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Buka mulut luas-luas, nak tengok lidah didalamnya jenis apa

Oleh Aspan Alias

Sementara tahun 2014 ini masih baru kita perlu menyingkap kejadian-kejadian pada tahun lepas dan apa yang berbezanya diantara 2014 dengan tahun sebelumnya. Jika dihimpun dan dibariskan perkara dan isu yang perlu ditangani, ia tidak terkira dan dibariskan lagi. Isu yang timbul terlalu banyak dan kita sudah berkeyakinan yang segala isu terhadap kerajaan sekarang tidak akan selesai kerana dalam kemunculan tahun yang baru ini banyak lagi isu-isu baru yang timbul. 

Isu lama tidak selesai ditambah pula dengan isu baru yang lain yang datang tanpa sekatan itu. Dihari pertama tahun baru sahaja timbul isu Najib hilang dari tanahair sejak Christmas dan hanya timbul kembali pada 5hb tahun baru ini. Rupa-rupanya beliau suami isteri ke Sydney dan selepas itu ke AS untuk merayakan tahun baru di kedua-dua tempat itu.
Mereka menyambut dua tahun baru dan menyaksikan dua perayaan tahun baru di dua lokasi di dunia ini. Terlupa pula saya yang dunia ini bulat. Malam ini perayaan tahun baru di Australia dan malam besoknya adalah malam tahun baru di Barat AS kerana perbezaan waktu di antara kedua-dua lokasi itu.
Kalau Mohd Sabu ada jet tentu beliau boleh melihat juga matahari tahun baru naik di dua lokasi. Selepas Mat Sabu melihat matahari tahun baru naik di Penang, beliau boleh terbang dan melihat pula matahari tahun baru di AS. Tetapi Mat Sabu hanya ada kemudahan naik Firefly sahaja dan tidak memungkinkan beliau sempat melihat matahari tahun baru naik di dua lokasi di dunia ini.

Langat 2: Rakyat S'gor terkejut MB buat 'U-Turn'

ULASAN Rakyat Selangor terperanjat besar apabila Menteri Besar (MB) Selangor membuat 'U-Turn' memberi kelulusan bagi pembinaan Loji Langat 2 pada Rabu lepas.

MB memberi alasan ianya disebabkan Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 yang lau.

Rakyat Selangor khususnya harus diperjelaskan apa itu "Seksyen 114" Akta WSIA 2006 itu.

Definasi ringkasnya seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau (Kerajaan Pusat) untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan PEMEGANG LESEN AIR demi kepentingan negara. Dalam kes Negeri Selangor pemegang lesen tersebut ialah empat syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga, Syabas, Splash dan Konsortium Abbas.

Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', Kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

Dalam orang dok sebok TOL NAIK, Najib selamba ja pie rasmi TOL BARU...

Ketawa penawar duka, pengubat sengsara peningkatan kos sara hidup

– Edy Noor Reduan

January 11, 2014

Malam tadi, seperti malam Jumaat sebelumnya, tercegatlah kami sekeluarga di depan televisyen menonton Maharaja Lawak Mega. Hiburan ringan ini sedikit sebanyak melegakan perasaan stress di tempat kerja. Gelak tawa yang terhasil daripada persembahan peserta Maharaja Lawak Mega mampu melampias keletihan sepanjang minggu.

Faktanya, kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika kita ketawa, jadi peluang untuk ketawa ini jangan dilepaskan.

Kerana itu juga kita melihat di celah mana-mana sudut dalam laman sosial, “trolling” sering menjadi trending yang besar. Setiap gambar berangkai yang mengajuk kata-kata menteri dan ahli politik atau fatwa songsang mufti sebagai contohnya, pasti membuatkan anda tersenyum. Malah saya percaya setiap kali kita membuka laman sosial Facebook, kita akan ternanti trolling baru merentasi ruangan suapan berita.

Benarlah tawa itu penawar duka. Selain peserta Maharaja Lawak Mega, para menteri, para pegawai kanan polis, para mufti dan juga termasuk Perdana Menteri dan timbalannya sering mengeluarkan kenyataan yang mempunyai nilai komidi, lebih-lebih lagi Zahid Hamidi.

Isu kalimah Allah agenda politik - Aziz Bari

KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.

Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.

"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.

"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.

"Kalau tidak ada yang keliru, jadi mereka yang memperbesarkan isu ini sebenarnya keliru. Kalau golongan yang faham sebenarnya erti Islam tidak timbul perasaan keliru tetapi jika sebaliknya inilah yang terjadi," jelas beliau di hadapan kira-kira 200 yang hadir.

Pemuda PAS Kedah akan gempur Isu Balak kerana banyak maklumat aneh & pelik muncul..!!

http://1.bp.blogspot.com/-an4dfFd1D98/UayjTxsymPI/AAAAAAAAOrE/_1_9WQ25ZuY/s400/DSC_0245.JPG
KATA BERHENTI TAPI BERLORI-LORI DOK USUNG KELUAQ..??

Inilah cengkerang paling besaq UMNO BN simpan, Tak boleh berhujah lalu sandar pada TUANKU SULTAN

Agama,Raja Melayu & Bangsa budaya Politik 'mereka'..
-Isu Kereta sandar Sultan...
-Isu Bughah..heret Sultan...


Isu Kereta : Aduhai malu aih sebagai RAKYAT KEDAH bila boleh MB PEMBOHONG

Nak tukar kerajaan lama lagi, jadi terbaik sekarang tukarlah PM tuu..!!

Kalau Tukar Kerajaan Tidak Jamin Harga Turun, Tentulah Jawapannya Tukar PM...


Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Nur Jazlan Mohamed telah bertindak dengan sewajarnya ketika berhujah mengenai kenaikan harga barang dalam forum anjuran Sinar Harian, semalam. Atas kapasitinya sebagai pemimpin UMNO dan BN, walaupun agak lantang dan banyak mengkritik kerajaan sejak kebelakangan ini, beliau pada hakikatnya tidak lupa akan kedudukan dirinya yang sebenar.

Di pentas forum yang turut dihadiri oleh Rafizi Ramli daripada PKR dan seorang pensyarah, Prof Dr Amir Husin Baharuddin itu, ramai yang mengharapkan Nur Jazlan kekal mengkritik kerajaan berhubung beberapa langkah yang menyebabkan kenaikan harga barang ini sebagaimana beberapa kenyaaannya sebelum ini.

Malah, mungkin ramai yang turut mengharapkan beliau akan mengkritik cara kepimpinan Najib secara lebih khusus dan keras.

Isu Logo KFA - Pengurusan masih pertahankan ideologi bangang mereka.....


Kami Membantah Logo Persatuan Bola Sepak Kedah Yang Baru
 

Dahulu Harga Kereta sebelum dijadikan PROTON cuma RM20,000 sahaja... kena bodoh lagi nampaknya..!!

(BUKTI BERGAMBAR) Sebelum PROTON, Harga Kereta RM20k Sebuah



KLIK IMEJ

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"
Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.
Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti eksais yang begitu tinggi kepada semua kereta bukan kereta Nasional.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Jawapan kepada MENTERI MAHARAJALAWAK MEGA untuk isu kenaikan harga telur

- Harris Nasril

http://1.bp.blogspot.com/-51WmKeIO_gc/T1hr6F8irXI/AAAAAAAAFHM/ox5_zmgSw8w/s1600/1.jpg
Telur sudah naik harga...????

Di sini dikumpulkan cadangan oleh Malaysian Facebookers yang boleh digunakan oleh menteri apabila ditanya wartawan.

1. "Kalau telur mahal, tanam sendiri!"

2. "Kalau telur mahal, makan telur sendiri."

3. "Kalau telur ayam mahal, bertelur sendiri."

4. "Kalau telur mahal, rakyat digalakkan untuk bertelur sendiri."

5. "Kita akan tubuhkan makmal 1 telur, bagi mengkaji kenaikan harga telur."

6. "Kita akan cari jalan terbaik untuk menelurkan telur untuk rakyat demi menyeimbangkan kembali harga telur di pasaran."

Cilakak PKR PAS DAP sebab beri COP PENGESAHAN guna KALIMAH ALLAH pada BIBLE.

Persatuan Bible tetap mahu guna kalimah Allah


MIN CHOON (kiri) dan Simon Wong (kanan) selepas hadir memberi keterangan di pejabat JAIS, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Persatuan Bible Malaysia (BSM) tetap berkeras mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dengan alasan naskhah Bible itu mempunyai cop pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Presidennya, Lee Min Choon berkata, pihaknya menganggap tindakan itu adalah tidak salah mengikut undang-undang kerana ia mematuhi resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan Kabinet pada 2010.

Menurut beliau, antara perkara yang terkandung dalam resolusi berkenaan ialah membenarkan pengimportan, penggunaan dan percetakan kitab Bible berbahasa Melayu.

Adakah PENGARAH URUSAN KUMP BDB yang Mukhriz lantik merupakan orang yang bermasalah di PNMB?

Berikut adalah komen saya terhadap pengumuman oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada Bursa Malaysia mengenai perlantikan En Izham Yusoff sebagai Pengarah Urusan Kumpulan BDB bermula 1 Feb 2014, seperti yang dilaporkan dalam akhbar The Star 8 Januari 2014.

Dari maklumat yang saya perolehi, perkhidmatan En Izham sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) akan tamat pada 31.1.2014. Walaubagaimanapun terdapat rasa tidak puas hati terhadap prestasi beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB. Malahan terdapat "ugutan" yang telah dikeluarkan oleh pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak En Izham dilanjutkan, mereka akan turun berpiket!

Sudah tentu kesemua pihak yang disebut di atas mempunyai sebab kenapa mereka tidak mahu kontrak En Izham dilanjutkan. Antara maklumat yang diperolehi ialah beliau sedang disiasat oleh pihak Juruodit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salahlaku. Pihak kakitangan juga sanggup turun berpiket kerana didakwa beliau mempunyai masalah "public relation" PR yang kronik dengan kakitangan. 

Dr Maszlee: Kerajaan & Menteri pun kena ‘ikat perut’


Maszlee Malik  
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - "Nak suruh rakyat ikat perut, kerajaan dan menteri juga perlu lakukan perkara sama," kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soal fenomena kenaikan harga yang kian menjerut rakyat.

Selepas pengurangan subsidi minyak dan gula, rakyat menyaksikan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain secara mendadak.

Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah penjimatan sektor kerajaan, Dr Maszlee berpendapat gaji atau elaun langsung kegunaan menteri yang wajar dipotong.

“Perdana Menteri mengumumkan 11 perkara tapi kalau kita lihat perkara pertama itu, hanya satu saja yang melibatkan menteri dan timbalan menteri. Itu pun berkaitan elaun keraian, sedangkan elaun keraian itu milik rakyat.

“Kalau nak, potong gaji atau elaun langsung kegunaan mereka. Itu mungkin rakyat akan nampak pengorbanan mereka di situ. Setakat ini yang kita nampak 11 langkah itu lebih berkaitan dengan pegawai-pegawai kerajaan tapi di pihak yang lebih tinggi, tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Pasangan yang Tidur di Stesen sudah 'HILANG'

Adakah nasib mereka dibela?

Adakah nasib mereka dibela?  
Keratan Sinar Harian 8 Januari lalu memaparkan pasangan suami isteri terpaksa menjadikan stesen bas sebagai tempat mereka berteduh.

ALOR SETAR - Kelibat suami isteri yang menjadikan Stesen Bas Shahab Perdana, di sini, sebagai tempat berteduh daripada panas hujan didakwa tidak lagi kelihatan sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, pasangan itu tidak lagi muncul sejak laporan akhbar memaparkan kisah mereka berdua yang merempat akibat dihalau keluar dari rumah sewa di Kampung Aman Timur, Pokok Sena, di sini.

Sebelum ini, wanita orang kurang upaya (OKU) dilaporkan merayu supaya mendapatkan tempat tinggal setelah dia dan suaminya, Zainudin Zainun, 49, dihalau dari rumah sewa mereka akibat gagal membayar sewa.

Sazlina Salleh, 38, yang tidak lagi mampu melihat berkata, mereka bukan sahaja tidak memiliki rumah untuk berteduh, sebaliknya turut bergantung kepada bantuan orang awam semata-mata mengisi perut.

PEMUDA PAS KEDAH - Isu Pembalakan di Lebuhraya TEKIH

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH ISU PEMBALAKAN LEBUHRAYA TEKIH

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) memandang serius dakwaan penduduk sekitar dan sepanjang lebuhraya TEKIH sebagaimana pendedahan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) bahawa wujud pembalakan haram di laluan tersebut.

2. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan syabas kepada para penduduk dan PANGLIMA atas kesedaran untuk bangun menuntut penjelasan dan hak.

3. Pendedahan tersebut mengejutkan kerana melibatkan sumber hasil utama negeri yang mungkin telah diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.

4. Sehubungan itu kami menyatakan kesediaan untuk bersama para penduduk dan PANGLIMA bagi menuntut ketelusan kerajaan negeri dan pihak terbabit berhubung pendedahan itu.

5. Kami tegas menyatakan bahawa sebarang penyelewengan hasil sumber negeri adalah pengkhianatan terhadap hak dan kepentingan rakyat.

6. Pemuda PAS Kedah menggesa siasatan telus dan segera dari pihak berkuasa terhadap dakwaan tersebut.

7. Sehubungan dengan itu, DPPNK mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu Dewan Pemuda Pas Kedah yang diketuai oleh Ustaz Fadzil Nor Sahani untuk bekerjasama dengan PANGLIMA dan mana-mana badan untuk menangani isu ini dan isu-isu lain.

Mohd Nasir Zakaria
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...