TERKINI :

Friday, January 10, 2014

Jangan terpedaya dengan Technician TM yang mintak service charge RM10

Baru-baru ini line internet dirumah saya mengalami lost conection,dah hampir 3 hari,internet tak dapat digunakan.Sepeti biasa sebagai pelanggan TM pasti akan menggubungi talian 100.

laporan yang dibuat kepada khidmat pelanggan TM amat memuaskan.Saya telah diajar cara untuk setting sendiri configure moderm dengan tunjuk ajar melalui telefon sahaja

sebelum itu,saya diminta membuat penyambungan semula wayar kabel ke moderm untuk dipasangkan kabel terus ke laptop bagi tujuan setting configure.Setelah sambungan dibuat,mlangnya lampu di kotak DSL tidak bernyala.cara terbaik adalah saya membuat laporan kerosakan bagi TM menghantar technician mereka untuk membaiki.

keesokan harinya,apabila saya membuka semula plag di moderm,saya ternampak lampu DSL mengeluarkan warna hijau menandakan tiada masalah.saya erus menghubungi 100 dan memberitahu perkara itu (kerana sebelum aduan di buat,pihak tm telah menyatakan jika lampu DSL bernyala,maka proses configure boleh dibuat sendiri tanpa technician)

Antara AF, IMAM MUDA, RAJA LAWAK & PENCETUS UMMAH..???

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2012/october2012/19/bz_astro3.jpg

ADAKAH KITA SEDANG DIPERBODOHKAN OLEH GOLONGAN MENCARI UNTUNG DI DUNIA PENYIARAN..

Dahulu zaman AF mula naik macam2 org kata, lagho la apa la.. bila jalan dua tiga musim maka dah drop undi dia maka depa tau kuasa undi ada pada org ISLAM lalu mereka createkan MAWI berwajah ISLAM dalam AF maka melonjak semulalah rating AF..

Selepas AF muncul pulak MAHARAJA LAWAK MEGA.. dimana dikumpulkan golonga pelawak dari MALAysiA INDONESIA & SINGAPURA...maka kuasa undi pun naik semula

Kemudian datang pula IMAM MUDA dimana berwajah ISLAM namun kuasa SMS juga jadi penentu.. orag biasa org agama orang ISLAM kapal selam semua pakat mengundi.. maka kuasa undi naik semula...

BEBAS lagi.. hari tu bukan main kata PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 haram..!


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Hakim Ahmad Bache membuat keputusan itu ketika membenarkan permohonan peguam mereka untuk menggunakan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah.

Oleh itu, kata Ahmad, mahkamah mendapati pertuduhan itu kini tidak berasas.

Dengan itu, beliau mengarahkan mereka dilepas tanpa dibebaskan.

AWAS!!! Pekan Sg Lembing & Air Sg Kuantan naik semula...

 

Polis panggil Harussani isu 'bughah', halal darah

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataannya yang menyifatkan peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' dan "halal darah".

"Kita sudah panggil. Kita bukan panggil orang tertentu saja, kita panggil semua mengancam (keselamatan).

"Tak kira siapa sahaja," katanya dalam wawancara dengan media hari ini.

Pada yang sama juga, pihaknya juga sedang menyiasat kenyataan Paderi Lawrence Andrew berkaitan penggunaan kalimah Allah di Selangor.

"Siasatan sedang dibuat termasuk (kenyataan) Father Lawrence," katanya lagi. [MK]

Apabila pihak POLIS diarah menyediakan data murid-murid PASTI atas arahan politik..!!


Apakah Syiah itu HARAM, KAFIR atau ISLAM?






10.01.14 - Hari Lahir TG Nik Aziz & KJ

KJ, Nik Aziz kongsi tarikh lahir

KJ, Nik Aziz kongsi tarikh lahir

SHAH ALAM - Tarikh 10 Januari 2013 hari ini, adalah satu tarikh yang istimewa bagi kedua pemimpin tanah air walaupun berbeza ideologi politik mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkongsi tarikh hari lahir yang sama.

Khairy melalui laman Twitternya berkongsi perkara itu dengan mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno itu turut menyatakan usianya di mana  telah mencecah  38 tahun manakala Nik Abdul Aziz mencecah usia 83 tahun.

"Selamat hari lahir juga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Hari ini beliau menyambut yang ke-83 dan saya yang ke-38," tulisnya lagi.

KUIN oh KUIN - Kesian kat MUKHRIZ... diluah mati mak di telan mati bapak..

Masalah Kuin masih seperti di zaman Pas?

INSAN TULIS
Alor Setar

TUJUAN saya menulis adalah untuk menyatakan berkenaan kedudukan terkini di Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Alor Setar, Kedah.

Umum mengetahui sejak Kerajaan Negeri Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, berlaku rombakan besar-besaran untuk semua jawatan di dalam Kuin itu sendiri.

Ini termasuklah jawatan rektor, timbalan rektor dan juga ketua-ketua jabatan.

Kami kakitangan Kuin amat bersyukur kerana kerajaan negeri bertukar tangan setelah hampir empat tahun berjuang, berpanas dan berhujan demi menegakkan keadilan yang telah diragut oleh kerajaan terdahulu.

Tetapi yang hairannya, penasihat sewaktu kerajaan dahulu masih tetap diguna pakai oleh pengurusan yang baharu.

Penasihat inilah yang menjanjikan bulan dan bintang semasa kerajaan terdahulu, sekarang berjanji pula perkara yang sama kepada kerajaan BN.

Kita sangat berharap kerajaan BN mengambil iktibar apa yang telah dilakukan oleh mereka ini dalam Kuin suatu ketika dahulu.

Rahmat Yang Hilang...

Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA

KERAHMATAN adalah perkataan yang indah namun sukar dinikmati dan kerana hakikat ini, mengecapi kerahmatan adalah sesuatu yang merupakan kemuncak perasaan belas dan ihsan kepada ciptaan Allah.

Tidak mungkin kerahmatan ini dihargai jikalau tidak terasas dalam diri kita sebagai seorang muslim sifat insaniah yang dianjurkan oleh Islam. Mukadimah di atas membuka ruang untuk saya menyinggung perkembangan terkini rampasan beberapa ratus naskhah Injil dari premis PersatuanInjil Malaysia oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

MEMBETULKAN SALAH TANGGAP

Adalah jelas di sini pertikaian betul atau tidak tindakan Jais boleh dibahaskan dari sudut perundangan dan kebijaksanaan bertindak dan inilah yang berlaku kepada setiap penguatkuasaan yang dilaksanakan.

Saya tidak berminat untuk membahas aspek itu kerana Jais pasti akan mempertahankan tindakannya dan terserahlah kepada pihak pengamal undang-undang untuk membuat penilaiannya.

Saya lebih cenderung untuk melihat dalam artikel ini dari sisi prinsip yang memantulkan sifat rahmatan Islam yang mencakupi keseluruhan alam ini termasuk kepada penganut agama lain.

Apa yang saya nyatakan sebelum ini dalam kenyataan saya selepas peristiwa rampasan kitab Injil itu berpandukan kepada prinsip Islam dalam konteks hubungannya dengan penganut agama lain supaya kejelasan kita kepada isu ini tidak diheret dengan sentimen dan emosi buta yang boleh mencemarkan nama baik Islam.

Saya bimbang dengan sesetengah pihak dari kita yang memandang serong kepada saya sehingga mereka tidak dapat membezakan apa yang saya katakan dari kerangka prinsip dan kemarahan mereka yang tidak berasas.

Jurucakap PETRONAS - Bilik Pejabat TUN M di KLCC masih tak berkunci

Petronas nafi kosongkan bilik Tun M

http://4.bp.blogspot.com/_uuL-9lvrs6w/TAzMZ5LG1pI/AAAAAAAAA4I/4ziPB6ae2r4/s1600/IMG_4625.jpg
KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menyangkal dakwaan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bahawa ia mengambil tindakan mengosongkan pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pengumuman hasrat beliau untuk meletak jawatan sebagai penasihat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata sepanjang pengetahuan syarikat itu, Dr Mahathir masih merupakan penasihat Petronas dan mengekalkan pejabatnya di Menara Berkembar Petronas.

"Petronas amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir atas sumbangannya bukan hanya kepada syarikat ini tetapi kepada negara," katanya.

Syarikat minyak negara itu menjawab laporan sebelum ini oleh MTEM, yang berkata ia diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai dari Petronas dan dari pejabat Dr Mahathir bahawa Petronas telah memalukan bekas perdana menteri itu dengan mengosongkan dan mengunci pejabat beliau di KLCC dalam tempoh 24 jam selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai penasihat.

Apabila BUGHAH HARUSSANI di sanggah oleh PENSYARAH UTM...!!!

Memahami bughah dalam konteks semasa

Memahami bughah dalam konteks semasa

KENYATAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 mencetus polemik di Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.” 

Kenyataan ini agak mengejutkan dan menimbulkan reaksi pelbagai. Ada beberapa ulasan yang telah dibuat dari aspek politik dan hukum fikah berhubung dengan bughah atau pemberontak ini.

Namun adalah wajar untuk kita membincangkan juga soal bughah ini dalam konteks undang-undang perlembagaan Islam dengan mengambil kira realiti politik semasa.

Keutamaan Bersedekah Pada Hari JUMAAT

KEUTAMAAN SEDEKAH PADA HARI JUMAAT

https://agusriyanto.files.wordpress.com/2012/05/sedekah.jpg 

Sedekah pada hari apa pun sangat utama. Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.

Nur Jazlan anak jantan BN

Nur Jazlan

DI kala semua jari menuding ke arah kerajaan ekoran kemelut ekonomi negara yang semakin meruncing, bebanan hidup yang terus menekan rakyat, desakan demi desakan daripada pakatan pembangkang, muncul satu karakter yang layak digelar anak jantan.

Rakan seangkatan beliau seboleh-bolehnya mengelak menjawab persoalan ekonomi yang disifatkan membunuh namun, hari ini, pentas wacana Sinar Harian siri ke-25 yang mengangkat tajuk ‘Kejutan Ekonomi Selepas PRU13’ menjadi saksi apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed tampil berdepan dengan masyarakat.

Keberanian beliau disifatkan sebagai anak jantan oleh moderator wacana kali ini, Dr Maszlee Malik.

“Satu kesukaran pihak penganjur nak cari orang daripada pihak kerajaan yang sanggup seperti Datuk (Nur Jazlan) untuk ‘digoreng’ di atas ini (pentas wacana) dengan moderator dan juga YB Rafizi serta tuan-tuan puan-puan semua.

“Tak ramai dari kem beliau yang sanggup untuk jadi seperti ini. Jadi kalau kata beliau tak layak dan sebagainya saya kurang setuju. Beliau ada di sini menunjukkan bahawa beliau anak jantan,” kata Dr Maszlee.

Apa Citer Nie.. Sampai Kawan makan kawan...

Kawan makan kawan 
Amer (kanan) dan Syamsul Izudy dihantar ke penjara 
bagi menjalani hukuman tersebut.
KOTA BHARU - Dua lelaki menerima padah apabila dipenjara 10 tahun oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata terhadap kenalan sendiri, tahun lalu.

Mereka turut dikenakan tiga sebatan oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas didapati bersalah atas tuduhan itu.

Amer Abdullah, 38, dan Syamsul Izudy Jusoh,35, kedua-duanya dari Pasir Puteh, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas merompak wang tunai RM1,800, masing-masing lima cincin dan permata serta kad pengenalan Mohd Mokhtar Yahya, 56.

Kejadian berlaku di tepi jalan, belakang Sekolah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, pada jam 11.45 pagi, 16 Januari dan ketika rompakan, mereka bersenjatakan pisau.

Punca Kemalangan sebab lampu jalan tak ada, berapa kupang harga lampu jalan nie..??

Pelajar maut nahas ketika melintas ke sekolah

ALOR SETAR - Seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong, Gunung Keriang di sini maut selepas dirempuh sebuah kereta pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, Nur Afiza Baquri, 15, yang sedang melintas jalan untuk ke sekolah di seberang jalan rumahnya telah dilanggar sebuah motosikal yang menyebabkannya terpelanting ke arah bertentangan dan dirempuh sebuah kereta.

Ibu pelajar itu, Zaiton Ahmad, 40, berkata pagi tadi Nur Afiza bersama-sama kembarnya Nur Afifi keluar awal untuk ke sekolah yang terletak 100 meter dari rumahnya.

"Lepas mereka keluar, akak dengar bunyi dentuman dan bagitau suami, Baquri Baharom, 38, ada kemalangan berlaku tapi masa tu tak tahu lagi anak yang dilanggar sebelum kakak (Nur Afifi) menjerit beritahu adik (Afiza) dilanggar," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...