TERKINI :

Thursday, January 9, 2014

Tengku Adnan Akan Mati Kempunan Jika Hard Rock Tidak Dibuka

Oleh Shahbudin Husin

http://1.bp.blogspot.com/-I0fNIJ-_CBQ/Us4Wyxmv02I/AAAAAAABgRo/kKZ6ZnORu8w/s1600/1503943_10200318416322748_560326796_n.jpgSelepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Aseh Che Mat memohon maaf berhubung rancangan pembukaan pusat hiburan dan restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya sehingga membangkitkan kemarahan ramai dan kemudian pengurusan Hard Rock pula mengumumkan tiada perancangan untuk membuka cawangan baru, semua pihak menyangka isu itu telah berakhir dan penduduk Putrajaya boleh meneruskan kehidupan malam mereka dengan aman dan tenteram.

Rupa-rupanya ia belum berakhir. Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Hard Rock boleh membuka cawangannya di Putrajaya jika memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan arak serta sajian hiburan yang mengghairahkan.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mencadangkan jika Hard Rock membuka cawangannya di Putrajaya, mereka boleh menyajikan hiburan dan persembahan nasyid bagi menggantikan muzik rock yang biasa dipersembahkan di mana-mana cawangannnya di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan juga menpertahankan Aseh Che Mat yang menurutnya berniat baik mahu menarik pelabur menanam modal di Putrajaya.

Kerajaan ibarat 'tubuh yang sudah tidak berfungsi, setiap anggota menghadapi penyakit'

Oleh Aspan Alias

Kita sedang berada di dalam tahun baru, 2014. Masing-masing masih lagi menerima dan menghantar ucapan selamat tahun baru di antara satu dengan lain. Masing-masing berharap akan ada perubahan yang drastik terhadap negara sambil mengharapkan segala atau setidak-tidaknya kebanyakan isu yang dihadapi rakyat berbilang kaum di negara ini dapat diselesaikan.


Walaupun ramai yang tidak begitu yakin keadaan akan bertambah baik, namun rakyat tetap mengharapkan ada kelainan dalam semua bidang kehidupan pada tahun ini. Bagi ramai orang berpendapat, jika Najib dan barisan kepimpinannya tidak mampu untuk mencari penyelesaian yang abadi, maka adalah tanggungjawab rakyat untuk mengubahnya.

Tahun 2013 merupakan tahun paling mencabar kerana banyak isu besar yang tidak dapat dikira jumlahnya berlaku dan semuanya telah mengakibatkan keresahan rakyat yang ketara. Dari Perlis hingga ke Sabah, masalah timbul satu lepas satu dan tidak ada satu pun telah diselesaikan oleh Najib dan kepimpinan beliau.

Jika di ibaratkan negara ini sebagai sebatang tubuh manusia, masalah kesihatan tubuh itu datang satu demi satu sebelum dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh anggota-anggota tubuh yang lain sebelumnya.

Malaysia: Di mana kontrak dan perjanjian tidak dihormati

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Penggunaan kalimah Allah seharusnya tidak menjadi isu sekiranya kerajaan Persekutuan berpegang pada janji yang telah dimeterai. Gambar fail.

Manusia dipegang pada janji tetapi kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) semakin dikenali dengan reputasinya yang tidak menghormati beberapa perjanjian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaru, penyelesaian 10-perkara dengan masyarakat Kristian di Malaysia yang telah dipersetujui sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 bagi mengurangkan kebimbangan mereka berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan Iban.

Resolusi yang dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail itu telah diberi kepada Persekutuan Kristian Malaysia (PKM) dalam surat bertarikh 11 April 2011, daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam resolusi 10-perkara itu, Putrajaya memberi jaminan kepada penganut Kristian Bumiputera yang ramai bilangannya di Sabah dan Sarawak bahawa mereka bebas menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban.

Apabila Naib Ketua Dewan Pemuda PAS membuat catatan mengenai Michael Schumacher!

Forza Michael Schumacher!

Kebanyakan dari kita masih lagi terkejut dengan berita bahawa juara 7 kali Formula 1, Michael Schumacher mengalami kecederaan serius di kepala setelah satu kemalangan bermain ski pada 29 Disember tahun lepas.  Doktor telah meletakkan beliau di dalam keadaan koma untuk meningkatkan peluang untuk hidup.

Dengan 91 kemenangan di dalam Formula 1, Schumi telah melakar nama sebagai salah satu lagenda bidang lumba permotoran dan menjadi piawaian yang mesti di atasi oleh para pelumba lain. Kini beliau melakar nama sebagai aktivis kemanusiaan dengan memperjuangkan isu-isu kemiskinan, perhambaan kanak-kanak dan keselamatan jalan raya. Malah penglibatan beliau sebagai duta UNICEF telah menggalakkan penyertaan lebih ramai personaliti dan selebriti sekaligus meningkatkan profail usaha-usaha kemanusiaan PBB.

Rafizi - Cara Mengawal harga yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat


Mukhriz masih diamkan diri, Sila kotakan apa yang anda kata..!!!

MUKHRIZ MAHATHIR SILA KOTAKAN KATA

1 Disember 2013, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan bakal memberhentikan operasi Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah kerana memperhambakan kanak-kanak untuk mengutip derma. 
Saya menulis di sini.


[ Laporan Berita Harian, klik di sini ]

Hari ini, kita melangkah ke 9 Januari 2014,  LEBIH SEBULAN kemudian, pelajar PTA masih terus diperhambakan.

Cuepacs cadang gaji minimum RM1,200


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Azih Muda berkata berdasarkan analisis Cuepacs, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.

Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah, katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.

Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?

 
Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.

“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Skandal rasuah RM2 juta KLIA2


INILAH terminal KLIA2 yang akan memulakan operasi pada Mei tahun ini.


PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya direman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung penerimaan rasuah sebanyak RM2 juta daripada kontraktor.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an tersebut diberkas ketika datang untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Mereka diberkas oleh pasukan Bahagian Operasi Khas SPRM yang telah mengintip pergerakan suspek sebaik mendapat maklumat awam beberapa bulan lalu.

Pemuda Kedah bantu Panglima dedah pembalakan haram

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Kedah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu bagi bekerjasama dengan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (PANGLIMA) untuk terus mendedahkan penyelewengan balak di lebuhraya Trans Eastern Kedah Interland Highway TEKIH.

Ketuanya, Mohd Nasir Zakaria berkata pihaknya memandang serius pendedahan Panglima semalam berhubung pembalakan haram yang berlaku.

Menurt beliau pendedahan tersebut mengejutkan kerana melibatkan sumber hasil utama negeri yang mungkin telah diseleweng untuk kepentingan pihak tertentu.

"Kami tegas menyatakan bahawa sebarang penyelewengan hasil sumber negeri adalah pengkhianatan terhadap hak dan kepentingan rakyat.

Kalau Hard Rock Cafe buka cawangan di Bahau tentu tidak ada masalah

oleh Aspan Alias

Hard Rock Café pun menjadi isu politik di negara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi di Putrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan di sana.

Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan muzik nya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawap lah dengan tegas, tidak boleh!

Jika boleh katakan boleh. Mengapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. Jika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan.

Baru 10 bulan UMNO BN memegang mandat PRU13, semakin terserlah pembohongnya..

Buat masa sekarang nie nampaknya apa yg keluar dari mulut UMNO BN semakin hari semakin pembohong percakapannya....

Namun walaupun terbukti bohongnnya masih sayang situlah penyokong-penyokong mereka... macam skill putar belit digunakan untuk menghalalkan apa yg mereka cakapkan...


Individu dipertikai integriti terajui GLC Kedah?

Jan 09, 2014
IZWAN ABDUL HALIM

http://archives.thestar.com.my/archives/2010/8/5/business/b_pg09amiruddin.jpgALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah mempersoalkan pengumuman oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada Bursa Malaysia mengenai calon Pengarah Urusan Kumpulan itu sebagaimana dilaporkan akhbar The Star siaran 8 Januari baru-baru ini.

Menurut beliau, dari maklumat diperolehinya, perkhidmatan individu tersebut di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) yang akan tamat pada 31 Januari ini, mendapat rungutan banyak pihak.

"Terdapat rasa tidak puas hati terhadap beliau dari kalangan Ahli Lembaga Pengarah PNMB, pihak pengurusan PNMB serta kakitangan PNMB.

"Malahan terdapat 'ugutan' dikeluarkan pihak Kesatuan Sekerja PNMB bahawa sekiranya kontrak beliau dilanjutkan, mereka akan turun berpiket!

"Sudah tentu kesemua pihak tersebut mempunyai sebab mereka tidak mahu kontrak beliau dilanjutkan," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

Jelas Amiruddin, beliau difahamkan individu sedang disiasat oleh pihak Juru Audit Khas Kementerian Kewangan atas beberapa salah laku.

Apa barang pakai kereta COPY PASTE, tengok Negeri Sembilan depa bantai HONDA ACCORD original lagik..!!

10 Exco dapat kereta baharu

10 Exco dapat kereta baharu  
'Honda Accord digunakan sebagai kenderaan rasmi timbalan Exco dan Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Melaka.

SEREMBAN – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun  dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

“Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.

Mukhriz tolong tengok sat, 'Takut balak haram'


'Takut balak haram'  
Sulaiman menunjukkan gambar aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri diminta menjelaskan status aktiviti pembalakan yang kini sedang rancak dilakukan di kawasan Gulau, Sik membabitkan hutan Simpan Ulu Muda.

Difahamkan, kegiatan itu ketara sejak Oktober lalu di kawasan berhampiran Lebuhraya Tekih (Trans Eastern Kedah Interland Highway) dari Durian Burung melalui Gulau, Sik ke Baling.

Susulan kerja penebangan itu, penduduk setempat berhadapan dengan masalah pencemaran alam sekitar seperti air sungai menjadi keruh, risiko banjir serta tanah runtuh.

Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima), Sulaiman Ibrahim berkata, tinjauan awal yang dilakukan menunjukkan berlaku aktiviti pembalakan di lokasi terbabit.

Kekerapan lori keluar masuk membawa balak menimbulkan pertanyaan masyarakat sekeliling sehingga meminta isu terbabit diketengahkan ke peringkat atasan.

Menurutnya, walaupun hanya sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mereka mahu masalah itu diberi perhatian kerana melibatkan isu masyarakat.

Rakyat kecil umpama mentimun dalam sandwic.......

 Dr Azman Ibrahim

Daripada aspek kebajikan, saya bersetuju dengan luahan YDP Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu, Osman Mamat berhubung isu kenaikan barang keperluan harian dan makanan yang kini hangat diperkatakan.

Osman sebagaimana dipetik daripada sebuah akhbar harian menegaskan, orang ramai tidak wajar menghukum peniaga semata-mata kerana mereka mendapat bahan mentah daripada pembekal dan menjualnya pada harga sesuai dengan modal yang dikeluarkan.

Apabila YDP bercakap bagi pihak Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Terengganu, maka kita memahami bahawa beliau cuma meluahkan hakikat sebenar kehidupan rakyat biasa yang mencari rezeki “samah seriyal” sebagai peniaga dan penjaja kecil bagi menanggung keluarga.

Selalunya peniaga kecil seperti mereka akan tersepit seperti mentimun di dalam sandwic.

Sebelum sesuatu barangan seperti sayuran atau buah-buahan sampai ke tangan mereka untuk dipasarkan, hakikatnya barangan tersebut telah melalui dua atau tiga lapis pembekal dengan setiap lapisan akan mengaut beberapa peratus keuntungan. Akhirnya mereka memiliki barangan untuk dipasarkan dengan harga yang telah sedia tinggi.

Di pasar, sebagaimana biasa seorang pengguna tentunya inginkan barangan dengan harga paling murah kerana mereka juga tersepit dengan peningkatan kos hidup. Adat berniaga, apabila menjual pastinya sedikit keuntungan dicari. Belum lagi dikira risiko barangan yang dibeli tidak habis dijual, akhirnya rosak dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Kjaan Kedah kena jelaskan pembalakan di TEKIH

Panglima desak isu balak di Tekih diperjelaskan
IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) mendesak Kerajaan Negeri Kedah menjelaskan secara telus isu berbangkit berhubung pembalakan di sepanjang laluan projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (Tekih) yang menimbulkan keraguan kepada penduduk setempat.

Presiden Panglima, Sulaiman Ibrahim berkata, penduduk dilaluan lebuh raya terbabit mengesyaki wujud penyelewengan balak di kawasan terbabit.

Ujar beliau, pihaknya telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke tapak mendengar sendiri aduan dari penduduk.

"Bagi kami bukan setakat terhenti dalam isu pembalakan tetapi ia juga melibatkan isu alam sekitar yang boleh membawa kepada pencemaran, banjir, tanah runtuh dan sebagainya. Ia sudah pasti boleh mengganggu ekosistem kawasan sekitar.

Antara Janji & Hutang...!!


antara janji dan hutang

IBARAT menangguk di air keruh! Itu peri bahasa sesuai untuk masyarakat yang menderita akibat siri kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi mengurangkan kadar defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) dan hutang negara.

Secara analoginya, jika seseorang itu berhutang, dia perlu melunaskannya. Namun jika kerajaan pula berhutang, adakah semuanya perlu ditanggung rakyat juga?

Dalam isu kenaikan harga barang, ia dikatakan berkaitan dengan keborosan kerajaan berbelanja menyebabkan jumlah subsidi diberikan kepada rakyat dikurangkan satu demi satu, selang sebulan, bermula September lalu.

Dakwaan kerajaan boros berbelanja ini bukan baharu kerana perkara itu akan dibangkitkan setiap kali harga barang naik, namun kenaikan harga pada kali ini dilihat agak drastik kerana dibuat secara bertindan, sekali gus rakyat jatuh terduduk.

Penjelasan tentang kes saman fitnah Anwar - Dr Chandra Muzaffar

Dr Chandra Muzaffar

Saya merasa kesal dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memutar belit penyelesaian yang dicapai di antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Januari 2014 dalam kes saman beliau terhadap saya.

Kes saman tersebut difailkan oleh beliau pada 6 Mac 2008 di mana beliau mendakwa saya memfitnah beliau dalam 3 perkara.

Tiga perkara ini dipetik dari laporan media yang disiarkan dalam akhbar tempatan pada 4 dan 5 Mac 2008 yang mengulas tentang sebuah forum mengenai PRU ke-12 yang diadakan di Menara Star pada 3 Mac 2008.

Saya merupakan salah seorang ahli panel dalam forum tersebut. Saman Anwar berhubung kait dengan jawapan saya kepada soalan yang diajukan oleh salah seorang hadirin forum tersebut.

Harussani, siapa itu kerajaan?


Ada kritikan yang bersifat ad rem (to the point) yang menyanggah pendapat Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perhimpunan TURUN, yang dikatakan sebagai bughah (pemberontak) dan ‘halal darah’.

Selaksa kritikan dihamburkan terhadap mufti Perak itu.

Tetapi ada juga kritikan yang bersifat ad hominem (to the man) yang bertujuan untuk menjatuhkan keperibadian beliau. Saya kesal dan bersimpati terhadap beliau dalam perkara ini dan ia tidak sepatutnya terjadi.

Namun begitu Harussani masih tekal mempertahankan pendapatnya.

Kapasiti Harussani sebagai seorang mufti juga membuatkan orang awam keliru bahawa hukum bughah itu adalah bertaraf fatwa.

Tetapi sefaham saya, ia bukannya fatwa dan sekadar pendapat peribadi beliau. Ini kerana sesuatu fatwa mestilah proses istinbat yang teliti dan bukan sekadar pendapat melulu yang berdasarkan berita di televisyen atau naskah suratkhabar.

MB Kedah ulangi Kalimah Allah khusus bagi umat Islam

 
Kerajaan negeri Kedah mengulangi pendiriannya bahawa penggunaan kalimah 'Allah' adalah khusus untuk orang Islam sahaja.
  
Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pendirian itu selaras dengan fatwa Kebangsaan dan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lepas yang memutuskan kalimah 'Allah' adalah eksklusif untuk umat Islam.
  
"Kerajaan negeri menganggap penting untuk menyatakan pendirian ini secara jelas bagi menghindari daripada sebarang perkara tidak diingini walau sekecil mana pun.
  
"Hubungan harmonis antara agama di Kedah sejak sekian lama meyakinkan kita bahawa pendirian ini langsung tidak akan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Alor Setar hari ini.
    




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...