TERKINI :

Wednesday, January 8, 2014

Penipuan NAJIB terkini dalam bab kereta HONDA bertukaq jadi PERDANA!!!!

Tak ada siapa nak dengaq cakap hangpa wahai menteri BN!!

Isu Mercedes: Tak puas hati penjelasan MB Kedah?


Isu MercedesIsu Mercedes 
KBV8 pada Mercedes Benz S300
ALOR SETAR - Sehari selepas penafian Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mengenai pembelian sebuah Mercedes Benz S300, beberapa blog pro pembangkang semakin rancak memperkatakan isu berkenaan, termasuk tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

Beberapa maklum balas yang dipetik daripada laman sosial meminta kerajaan negeri membuat penjelasan terperinci berikutan ianya membabitkan perbelanjaan negeri.

Turut didedahkan menerusi laman sosial itu, mendakwa Mercedes Benz S320 bernombor pendaftaran KBV8 yang didaftar pada 5 April 2006, kini didaftarkan dengan nombor pendaftaran baharu, iaitu KDQ 9900.

Manakala plat KBV8 diletakkan pada Mercedes Benz S300, yang dikatakan dibeli beberapa bulan lalu. Pertukaran plat itu dikatakan melalui proses retention dan boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarat pembelian kenderaan baharu.

Mukhriz oi, Rakyat hang dah ada yang tidoq di stesyen bas dah nie..??

Stesen bas jadi rumah

Stesen bas jadi rumah  
Zainudin dan Sazlina terpaksa merempat di stesen bas.

ALOR SETAR - Seorang orang kurang upaya (OKU) yang turut menghidapi pelbagai penyakit merayu untuk mendapatkan tempat tinggal setelah beliau dan suaminya dihalau dari rumah sewa kerana gagal membayar sewa.

“Dah seminggu akak dan abang duduk dekat Stesen Bas Shahab Perdana lepas kena halau keluar dari rumah sewa. Sebelum ini akak menyewa di Kampung Aman Timur di Pokok Sena tapi terpaksa keluar kerana gagal membayar duit sewa selama dua bulan.

“Kami dah menyewa di situ selama tiga bulan. Sebulan kami perlu bayar RM200 tapi kami tak ada duit sebab akak tak boleh kerja dengan keadaan akak yang tak boleh melihat dan abang pula sudah berhenti kerja,” kata Sazlina Salleh, 38, ketika ditemui di stesen bas tersebut di sini semalam.

Najib ‘berseronok’ di luar negara, rakyat tanggung derita

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JAN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita News Straits Times Press (NSTP), Abdul Kadir Jasin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara ketika rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib memungkiri janji Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bukan rakyat yang berjanji dan berikrar tidak menaikkan harga tetapi Najib dan perancang Bilik Perang pilihan raya beliau. Kini, siapa yang mungkir.

a. kadir jasin(m)“Apakah salah, saya dan sesiapa juga menegur dan mengkritik Najib dan penasihat beliau yang bernilai berbilion ringgit itu,” katanya di dalam entri blog terbaru milik beliau.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang mengherdiknya kerana mengkritik Najib berkenaan pengurusan ekonomi.

Waris pelajar syiling RM64 terima sumbangan Iskandar

yb iskandar 3 edit
Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 7 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menyerahkan sumbangan bantuan kepada waris pelajar yang terpaksa membayar yuran persekolahan dengan menggunakan duit syiling sebanyak RM64.00 bertempat di Taman Dagang, Ampang.

Iskandar melalui laman sosial Facebook memaklumkan, bantuan diserahkan kepada ‘Pak Long’ dan ‘Mak Long’ yang juga datuk dan nenek pelajar berkenaan.

Katanya, sebelum ini pihak DUN pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.

“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Rakyat Perlu Bayar Ribuan Ringgit Untuk Fahami GST

Kenyataan balas kepada kenyataan Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri Jabatan Kastam dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menyedari bahawa sistem percukaian adalah merupakan instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara untuk menjana hasil atau pendapatan. Cukai yang dipungut ini dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan Negara, rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur untuk membangunkan ekonomi, dan pelbagai lagi, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tidak terburu-buru membuat kenyataan rasmi tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

SAMM, sebuah gerakan anak muda yang mempunyai jaringan anggota di seluruh Malaysia telah membuat ketetapan untuk menubuhkan Sekretariat GST dengan objektif utama menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksana GST. Antaranya ialah Kementerian Kewangan, Kastam DiRaja Malaysia dan Malaysia Industrial Development Authority (MIDA), maka sebuah bengkel latihan dan pemahaman GST akan diadakan pada 18 Januari ini menjemput kedua-dua agensi ini menyampaikan kefahaman yang proaktif bagi mengelakkan kekeliruan rakyat kelak.

Cinta punca ramai Islam murtad


Cinta punca ramai Islam murtad  
Sebahagian ahli kariah hadir pada ceramah ‘Kepentingan Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk dan Ancaman Murtad’.

MARANG - Cinta salah satu sebab utama orang Islam murtad, kata Naib Pengerusi 2 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Selangor, Muhammad Fitri Abdullah ketika menyampaikan ceramah di Masjid Titian Baru.

Menurutnya, selain terperangkap dengan cinta yang membawa kepada perkahwinan, antara faktor utama lain menyebabkan orang Islam ingin menukar agama, sebab lain ialah pengaruh filem, kemiskinan, lemah pegangan agama serta terpengaruh dengan material.

“Faktor kejahilan menambahkan lagi masalah menukar agama ini kerana orang Islam tidak tahu untuk ajak orang bukan Islam masuk ke dalam Islam, sebaliknya mereka (pula) yang ditarik masuk ke dalam agama lain,” katanya ketika mengulas tajuk ceramah Kepentingan Dakwah Kepada Masyarakat Majmuk dan Ancaman Murtad anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payong, semalam.

Limau Mandarin akan naik harga hingga 60%, jika nak yang murah pergi tanam sendiri..!!

Harga limau mandarin dijangka naik 60 peratus
Wartawan Sinar Harian

limau GEORGETOWN - Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20 peratus hingga 60 peratus berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan, lapor sebuah portal.

Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China.

Fujian terkenal dengan pengeksport bagi limau mandarin jenis Lokam.

Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, permintaan domestik di China meningkat sejak beberapa tahun dan ia semakin bertambah pada tahun ini sekali gus menyebabkan bekalannya semakin berkurangan.

Kebanyakan tanaman limau mandarin dituai pada Disember tahun lepas.

Sunshine dijangka mengimport kira-kira 90,000 karton limau mandarin dari Fujian.

Bekalan buah limau mandarin jenis Teachew turut dijangka berkurangan selepas wilayah itu mengalami hujan lebat yang merosakan banyak tanaman.

Bila yang kaya merompak, mengapa mufti diam?

Anwar Ibrahim: Bila yang kaya merompak, mengapa mufti diam?

Protes himpunan Turun di Dataran Merdeka pada malam sambutan tahun baru 2014 lalu cetus perbezaan pendapat dalam negara. Gambar fail.
Protes himpunan Turun di Dataran Merdeka pada malam sambutan tahun baru 2014 
lalu cetus perbezaan pendapat dalam negara. 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai "bughah" dan halal darah mereka.

Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.

“Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily di program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.

Sekitar Eropah dilanda ombak besar seperti Tsunami





Umat Islam MURTAD bukan kerana BIBLE Guna KALIMAH ALLAH, tapi kerana...............


ANTARA SEBAB UMAT ISLAM RAMAI MURTAD Bukan kerana bible guna kalimah Allah... tapi kerana pihak yang yang sepatutnya bertanggung jawab tak buat kerja.. 

Allahyarham Pakcik ni mesti bukan melayu agaknya.. Sebab saya selalu dengar perkataan HIDUP UMNO HIDUP MELAYU...!!!! sedangkan pakcik ni dah meninggal pun... 

Allahyarham pakcik ni jugak mungkin bukan rakyat Malaysia... sebab saya selalu dengar slogan BN MENANG RAKYAT SENANG...!!! sedangkan Allahyarham dan keluarga pakcik ni hidup susah...

Parah..!! Mengikut Kajian, Anak Kecil Malaysia sudah mula gila akan HIBURAN

Kanak-kanak suka jadi pelakon

http://1.bp.blogspot.com/-KZNTPDAo5sE/Uogx0en59PI/AAAAAAAAOSQ/a5kRoVLCCA8/s1600/BeFunky_pix_gal1.jpg.jpg
KUALA LUMPUR – Menjadi aktor atau aktres merupakan kerjaya yang menjadi pilihan utama kanak- kanak berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia.

Kaji selidik oleh Adecco Malaysia menunjukkan, 12 peratus kanak-kanak mahu menjadi pelakon apabila dewasa kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan.

Mereka juga menjangkakan pendapatan antara RM100 hingga RM1 juta hasil daripada berlakon.

Pengurus Besar Adecco Malaysia, Alma Othman berkata, objektif kaji selidik itu adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam aspirasi kerjaya kanak-kanak dan pandangan mereka berkaitan masa depan.

Kisah Cucu & Atuk dengan Duit Syiling - Inilah negaraku Malaysia

Nur Khatijah kumpul sendiri duit syiling


NUR KHATIJAH memasukkan duit syiling ke dalam tabung replika 1Malaysia miliknya sambil diperhatikan datuknya, Mohd. Rodzi dan Shamsiah di Taman Dagang, Ampang, Selangor semalam.


AMPANG JAYA – Duit syiling RM64 yang digunakan untuk membayar yuran persekolahan agama Nur Khatijah Abdullah, 7, sebenarnya merupakan wang hasil tabungannya sendiri yang dikumpul sejak dari kecil.

Menurut neneknya, Shamsiah Yusoff, 55, Nur Khatijah yang mesra dipanggil Ijah memang minat menabung dan setiap kali menemui syiling walaupun satu sen, dia akan menyimpan wang itu.

“Kadang-kadang ada penduduk sekitar kawasan flat ini yang memberikan Ijah duit dan dia akan simpan sebab saya sering ingatkan Ijah duit itu boleh digunakan untuk keperluan sekolah.

“Sekarang dia sendiri memang suka menabung, bagi Ijah satu sen atau syiling berlubang sekalipun tetap akan dikutipnya kerana ia sangat bernilai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Dagang, Ampang di sini semalam.

Penjelasan Rasional Tuntutan Kenaikan Harga PADI




BismillahirRahmanirRahim

"BelaTani sekarang ini memfokuskan tentang realisasi pelarasan kpd harga padi yang di telah dijanjikan oleh Menter hujung 2013 lalu.

Kita semua mesti sedar, ada 3 kategori melibatkan harga padi iaitu:-

- Harga jaminan kerajaan (75sen) yang telah selaras
- Insentif harga kilang yang perlu diapungkan
- Subsidi RM0.02.481/kg (2.481 sen/kg) juga telah lama selaras

Jadi apa sebenarnya yang menteri nak selaraskan?

Encik Mohd Subri Mohd Said
Pengerusi BelaTani

Nota: Majlis Taklimat dan Kempen Tandatangan TuntutanKenaikan Harga Padi yang telah diadakan di Kampung Kubang Jambu, Alor Setar (6 Januari 2014)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...