TERKINI :

Tuesday, January 7, 2014

Sungguh menyedihkan, takan bujet nak buat Traffic Light depan sekolah pun NAJIB dah tak ada..??

Kejadian berlaku di Sek. Keb. Hj Hassan Itam Spg Empat, Alor Setar. Dilaporkan telah banyak kali diusulkan dalam mesyuarat PIBG agar ada pihak berkenaan membina jejantas atau lampu isyarat di hadapan sekolah tersebut.

Kemalangan maut ini melibatkan murid tahun satu. #AlFatihah

Alhamdulillah, depa kata MINYAK NAIK pulak malam nie..!!!

Jatuh Air mata Baca Kisah Duit Syiling RM64

Zulkifli Yahaya

Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari kwn saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. 

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. 

Pekerja bank tak dibenarkan solat



Logo National Union of Bank Employees (NUBE) 
 Logo National Union of Bank Employees (NUBE)

SHAH ALAM - Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

“Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

“Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara

Sekembalinya daripada percutian hujung tahun dan negara diselebungi dengan pelbagai masalah serta kekalutan, Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak menyembunyikan kekecewaan sepanjang hanya tidak sampai dua minggu ketiadaannya. Dalam kemunculan sulungnya di tahun 2014 ini iaitu berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, antara perkara yang disentuh Najib dalam ucapannya ialah meminta semua pihak bertenang dan mengikut saluran undang-undang dalam isu berkaitan kalimah Allah yang kembali hangat ketika ini.

Isu kedua yang disentuh Najib ialah berkenaan subsidi dan dengan tegas beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan. Ini bermakna selepas pemotongan subsidi beberapa bulan lalu yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan petrol, di masa mendatang ini akan berlaku lagi beberapa kenaikan akibat pemotongan subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan.

Bukan Islam pun mahu cukai judi diasingkan

MUHAMMAD TALIB

Saya terbaca berita yang mengatakan bahawa DAP mencadangkan supaya cukai daripada hasil judi diletakkan dalam akaun khas bagi melindungi kepentingan umat Islam serta memberi manfaat kepada penganut bukan Islam.

Syor ini telah lama dibuat oleh PAS namun tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Umno-BN. Kini, bukan sahaja PAS, malah DAP juga mencadangkan perkara yang sama – setelah memahami asas syariat Islam.

Anthony Loke, yang juga ahli parlimen Seremban menyatakan bahawa, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang diterima pada Oktober tahun lalu mendedahkan kutipan cukai pertaruhan sejak 2008 hingga 2012 berjumlah RM6.29 bilion.

Bagi saya pendedahan dan cadangan Anthony itu sepatutnya membuatkan Umno-BN berasa malu. Apatah lagi Umno-BN dengan lantangnya menonjokan diri sebagai juara pembela Islam di Malaysia. Ke mana perginya penasihat agama dalam Umno-BN? Takkan lah tunggu sehingga DAP mengajar tentang Islam kepada Umno-BN!

Adakah Malaysia akan menjadi negara pertama mempunya HARDROCK CAFE 'versi nasyid'..?

Menteri OK dengan Hard Rock, tapi 'versi nasyid'

Hard Rock Cafe dikenali dengan muzik keras dan tempat minuman keras berlaga gelas.

Tetapi jika dibuka di Putrajaya, menteri berkaitan mahukan ia bercirikan Islam.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Hard Rock Cafe Putrajaya tidak patut menyajikan minuman keras dan mempunyai persembahan nasyid secara langsung.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, kerajaan akan membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangan di pusat pentadbiran negara itu jika beroperasi secara Islamik dan tidak melanggar garis panduan Perbadanan Putrajaya.

“Kita hanya benarkan hiburan yang bersih, kita tidak mahu insiden dan persembahan provokatif,” katanya dalam sidang media.

Nasi lemak dan duit syiling bersama siaran radio..!!

Nasi lemak dan duit syiling 
– Harris Nasril

January 07, 2014

Pagi tadi.

Ahmad kelaparan.

Cari nasi lemak.

Naiki kereta.

Ada nasi lemak sedap dan murah di kawasan rumah Ahmad. Harganya seringgit. Dekat sini semua panggil "Nasi Lemak Singgit". Kecil sahaja bungkusannya. Tapi eloklah untuk lapik perut. Akak jual nasi lemak tu dalam kawasan rumahnya. Pagarnya dibuka sedikit untuk laluan orang ramai.

"Bungkus nasi lemak biasa tiga kak!" Ahmad meminta.

Kakak itu memasukkan tiga bungkus nasi lemak ke dalam bungkusan plastik berwarna merah.

"Ini ya dik. Tiga ringgit enam puluh sen," ujar kakak sambil menghulurkan plastik ke tangan saya.

"Eh, bukan satu seringgit ke kak? Tiga, jadi tiga ringgit la kan?" Ahmad bertanya.

Seorang lagi PEMFITNAH ANWAR tarikh handbreak bila di saman RM10juta

Kes saman fitnah RM10 juta Anwar selesai

Datuk Seri Anwar Ibrahim  
Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr Chandra Muzaffar selesai selepas presiden International Movement for Just World (JUST) itu menarik balik perkataan-perkataan berunsur fitnah berhubung artikel yang diterbitkan pada 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan persetujuan itu selepas peguam N.Surendran, yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan berunsur fitnah yang dinyatakan dalam artikel itu.
 

MP DAP gesa kerajaan asingkan cukai perjudian, jaga sensitiviti umat Islam

DAP gesa kerajaan asingkan cukai perjudian, jaga sensitiviti umat Islam 
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
January 07, 2014

Anthony Loke menggesa pengasingan cukai perjudian yang memberi manfaat penganut bukan Islam dan menjaga sensitiviti rakyat Islam.


Anthony Loke menggesa pengasingan cukai perjudian yang memberi manfaat penganut bukan Islam dan menjaga sensitiviti rakyat Islam. Anthony Loke menggesa pengasingan cukai perjudian yang memberi manfaat penganut bukan Islam dan menjaga sensitiviti rakyat Islam. DAP hari ini menggesa Putrajaya mengasingkan hasil kutipan cukai pertaruhan kepada sebuah akaun khas bagi melindungi kepentingan umat Islam serta memberi manfaat kepada penganut bukan Islam.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, dengan pengasingan dana itu, kelak akan dapat membantu pembangunan bukan Islam seperti sekolah vernakular dan badan kebudayaan sosial.

"Pakatan Rakyat pernah mencadangkan di Parlimen supaya hasil cukai perjudian ini – yang juga dikenali sebagai 'sin tax' – diasingkan dalam akaun hasil khas bagi menjaga sensiviti rakyat beragama Islam.

Cadangan supaya UMNO tak payah bagi apa jawatan kepada wakil negeri yang depa kalah..!!

Wajarkan diteruskan imbuhan di negeri kalah?

TAHNIAH pada Pas, DAP dan PKR kerana berjaya mengekalkan kerajaan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan malah memenangi lebih cemerlang berbanding pilihan raya umum (PRU) sebelumnya. Malahan hingga hari ini berjaya memenangi hati rakyat negeri itu walaupun menaikkan harga barang, walaupun rasuah, walaupun kroni, walaupun seleweng, walaupun mewah dan walau apa pun.

Adat pertandingan sudah pastilah ada yang kalah dan ada yang menang, jika tiada yang kalah maka ia tidak dinamakan pertandingan. Pada yang menang, amanah Tuhan menanti dan pada yang kalah perlulah memperbaiki diri.

Malangnya, sistem imbuhan atau reward yang diamalkan UMNO sekian lama kekal cacat hingga kini.

Kelantan menjadi penanda aras bagi pasukan negeri yang tewas tetapi tetap mendapat beberapa kerusi Kabinet setiap penggal. Walaupun UMNO Kelantan tewas untuk 1,000 tahun lagi tidak mengapa, Pemimpin UMNO negeri tetap akan dilantik menteri.

Bimbang ‘darah ditumpahkan’, peserta Turun buat laporan polis

Raja Iskandar (tiga dari kiri) menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan gambar peserta Turun bersama pengadu, Khamisah Abdul Hamid. Gambar oleh Harakahdaily.
Bimbang ‘darah ditumpahkan’, peserta Turun buat laporan polis, Raja Iskandar (tiga dari kiri) menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan gambar peserta Turun bersama pengadu, Khamisah Abdul Hamid. Gambar oleh Harakahdaily.

Seorang peserta Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka, 31 Disember lalu, membuat laporan polis semalam berikutan bimbang dengan ancaman “darah mereka halal”.

Laporan polis itu dibuat berikutan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.

Peserta terbabit membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 3.00 petang semalam bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.

Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata kenyataan Harussani itu mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.

Selepas macai fitnah cuti guna duit banjir kini MP Kuantan kena bab makan duit banjir Selangor la pulak..!!


Reform apa NaJib jika Barang Naik...!!


Apakah DrMAZA.com menipu bab kapal terbang NAJIB..?

Apakah DrMAZA.com menipu?

Adakah admin FB page DrMAZA.com silap dan menipu dalam isu gambar jet mewah kegunaan kerajaan pusat?
Beberapa hari yang lalu, DrMAZA.com telah memaparkan sebuah gambar hiasan dalaman sebuah jet peribadi yang telah disewa oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Perdana Menteri. Entri FB Page beliau adalah seperti berikut:


Kemudian, beberapa blogger telah tampil ingin merubah fokus rakyat terhadap isu tersebut dan mendakwa DrMAZA.com telah melakukan fitnah dalam isu ini.

Persoalan?! Adakah benar beliau memfitnah dan tidak jujur membawa berita tersebut? 

Kementerian Pendidikan Malaysia, berhenti perjudi masa depan kami

- TESL Think Tank

January 07, 2014

Jika mahu dibayangkan masa depan sesebuah negara, kita perlu melihat kepada kualiti sistem pendidikannya. Jika mahu ditimbang sejauh mana kualiti pendidikan sesebuah negara, kita lihat pula kepada kualiti gurunya.

Manakala, jika mahu diukur kualiti guru-guru, kita perlu melihat kepada sistem pendidikan guru itu sendiri kerana faktor ini bersifat relatif, iaitu saling berkait. Namun, kemenjadian semua aspek di atas bergantung hanya kepada satu perkara iaitu kualiti pengurusan sumber tenaga manusia dalam sistem pendidikan itu sendiri. Apabila pengurusan pendidikan diimplementasi secara sistematik dan telus, ia mampu mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu polisi yang dirancang.

Pendidikan di Malaysia sedang menghadapi cabaran getir. Ini diakui oleh semua pihak termasuk Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau begitu komited merancang dan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Semua ini dilakukan setelah pendidikan negara dikecam teruk oleh pelbagai pihak apabila menunjukkan prestasi yang memalukan di peringkat antarabangsa melalui mekanisme pengukuran Pisa dan TIMSS di mana Malaysia berada di tangga satu pertiga terbawah, lebih rendah daripada kedudukan negara jiran seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong malah Vietnam. Ini sangat membimbangkan walaupun pada setiap kali pembentangan bajet, sektor pendidikan menerima peruntukan paling besar tetapi hasilnya adalah mengecewakan.

Tudia.. bersuara dalam mesyuarat UMNO pun sampai kena belasah teruk masuk hospital..!!

Dibelasah kerana buka mulut

K Manoharan  
K Manoharan

KUALA TERENGGANU - Seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki.

Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras Umno Dun Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.

Isu Guling - Report POLIS beribu, Mufti siap HALAL DARAH DIBUNUH, mai AG tak ada pendakwaan...!!

http://www.utusan.com.my/pix/2013/1223/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_05.1.jpg 
Eishhh sebelum nie bukan main heboh nak suruh TANGKAP la, DAKWA la, HUKUM la.. report sana report sini sampai beribu report dibuatnya...

tup tup mai hari nie mau pakai mintak ampun saja teruih tak ada pendakwaan... Yang malangnya geng TURUN tempohari lah sampai ada mufti kata HALAL DARAH DIBUNUH.. sepatutnya mamat nie yg HALAL DARAHNYA bukan geng TURUN sebab mereka bukan nak guling depa demo harga barang turun....

Naya lagu nie punya kerja....


Majlis perpaduan mahu Putrajaya patuhi penyelesaian 10 perkara dengan Kristian

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Mesyuarat pertama Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) membuat pendirian menyesali serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM) kerana ia melanggar penyelesaian 10-perkara yang dibuat Putrajaya dengan penganut Kristian sebelum ini.

Sehubungan itu, MPPN meminta Putrajaya untuk memastikan semua pihak mematuhi penyelesaian 10-perkara yang dibuat April 2011 lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, Putrajaya juga perlu memberikan tindakan segera terhadap isu perpaduan nasional kerana ia menjadi isu yang sangat penting.

"Kami juga menuntut pemimpin daripada semua parti politik untuk memastikan tindakan sedemikian tidak berulang bagi memastikan tidak ada lagi ketegangan kaum dan agama di negara ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Kuala Lumpur hari ini.

Macai kata MP Kuantan songlap duit banjir.. ini penjelasannya..!!

Fuziah Salleh

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua. Smlm macai semua pening kepala tengok posting warga Kuantan mangsa2 banjir. Maka tak tidor malam lah macai2. Pagi ni keluar lah berita ni. Bila di amati gambar yg di gunakan disini. Saya dapati bahawa ianya gambar yg suami saya pos kpd kawan2 dia punya whatsapp group. Baru tau ada hantu kat situ. SB besor rupanya. Kawan pun boleh jadik hantu demi kepentingan sendiri. Biasa lah kan.

Tapi yang kesian adik saya. Dia paling sedih saya di fitnah. Sbb dia yg sponsor tiket murah bercuti dan juga bayarkan penginapan. Dia kesian kami. Dia suruh berehat sbb dah penat sngt masa banjir hari tu.

Tapi saya kata pula. Welcome to the world of macai yg busuk lagi membusukkan. Kalau tak bukan macai namanya. Kawan atau bukan sama saja buat macai

Have a good day everyone.

Fitnah Macai - Adun merangkap Speaker Selangor nafi beliau yang hina wanita hamil dalam LRT

Speaker terima ugutan bunuh

Hannah Yeoh 
Hannah Yeoh 
Hannah menunjukkan gambar dan kenyataan palsu yang mengaitkan dirinya.

SUBANG JAYA – Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan mendakwa beliau menerima ugutan bunuh berhubung fitnah berkenaan satu kenyataan yang kini tersebar luas  di laman sosial.

Sambil menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan 'duduk bersila baik untuk wanita sedang hamil', Hannah berkata, beliau juga terkejut menerima gambar itu daripada beberapa rakan di laman sosial Facebook.

"Ramai rakan saya bertanya sama ada saya pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya terkejut nampak gambar saya dikaitkan dengan gambar perempuan mengandung dalam LRT sedangkan saya memang tidak pernah menyentuh isu tersebut,” katanya.

Penjelasan terbaru Mufti Perak isu bughah

mufti perak

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.

Dalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.

Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.

Kalimah Allah - Semenanjung Tak Boleh, Sabah Serawak Boleh.. apa beza ALLAH antara dua nie?

PAS tuntut pendirian Majlis Fatwa isu kalimah 'Allah'



Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat ketetapan segera "mengikut pandangan agama" ke atas penggunaan kalimah 'Allah'.

Mahfuz berkata Majlis Fatwa Kebangsaan perlu membuat pertemuan segera kerana timbul kekeliruan sama ada kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

"Adakah (tindakan) pihak berkuasa agama Islam Selangor bertepatan dengan Islam atau keputusan kabinet (penyelesaian 10 perkara) yang dipimpin (Datuk Seri) Najib (Razak)?" kata Mahfuz.

Kedah nak tukaq Camry laa pulak..!!!

Tukar Camry kepada Perdana

mukhriz

ALOR SETAR - Kedah bakal mengikut langkah kerajaan pusat apabila bercadang menukar kereta rasmi kerajaan negeri bagi kegunaan exco kepada Proton Perdana yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kereta itu bakal menggantikan kereta rasmi sedia ada, iaitu Toyota Camry, yang dibeli pada 2010 oleh kerajaan terdahulu.

Kulim - Sepasang kekasih penyamun gagal bila orang yang mereka samun belasah mereka balik

Mangsa belasah penyamun

Mangsa belasah penyamun  
Suspek yang didakwa menyamun seorang pelancong asing.

KULIM - Hasrat sepasang kekasih berusia 20an untuk melakukan samun terhadap seorang pelancong asing tidak kesampaian apabila suspek lelaki dibelasah mangsa ketika cuba melarikan diri.

Mangsa yang tidak mahu namanya dikenali berkata, ketika sampai di hadapan rumah temannya kira-kira jam 2.30 petang di Taman Keladi, dia nampak suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha datang menghampirinya.

Suspek meminta kebenaran dari mangsa untuk meminjam telefon bimbit, bagaimanapun mangsa enggan memberinya.

Suspek kemudiannya meminta mangsa meminjamkannya syiling bagi membolehkan dia menggunakan telefon awam.

Rasional kenapa harga padi perlu di naikkan

BismillahirRahmanirRahim



FAKTA NYATA YANG MASIH KURANG DI FAHAMI OLEH PETANI APATAH LAGI RAKYAT YANG BUKAN PETANI, MUNGKIN JUGA PAK MENTERI !!!

BERSAMALAH MENOLONG NASIB RATUSAN RIBU KELUARGA PETANI YANG TERUS DIHIMPIT DERITA SEDANGKAN BEBERAPA KERAT 'JERUNG PADI' BERPESTA PORA MERAIH KEUNTUNGAN BERBILLION-BILLION HASIL KERINGAT PAK TANI

SERTAILAH KEMPEN TANDATANGAN MENUNTUT KENAIKKAN HARGA PADI TANPA BIMBANG BERLAKU KENAIKAN HARGA BERAS.

MOHD SUBRI SAID
PENGERUSI BelaTani




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...