TERKINI :

Sunday, January 5, 2014

Lim Guan Eng dan Marcedes-Benz

SUARA AHAD

Bukan soal dia Cina atau Melayu tetapi soal integriti. Bagi saya tidak ada guna kalau seseorang itu hanya sebangsa dan sebulu dengan saya, tetapi tidak ada integriti. Persamaan bukan alasan untuk bersetuju sedangkan integritinya tidak ada.

Saya mengucapkan syabas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di atas keterbukaan dan keredhaanya meminta agar SPRM menyiasat isu pembelian kereta Mercedes-Benz S300L yang kini cuba dimanipulasikan menjadi isu bagi memburukkan ketua menteri itu.

Sikap diambil Guan Eng sama dengan keberanian dan keredhaan pernah dilakukan Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menjadi MB yang membuka pintu pejabatnya 25 jam untuk disiasat oleh SPRM. (Nik Aziz tidak melakukan rasuah tetapi adakalanya membenarkan perbuatan itu tanpa sedarnya). Maksudnya?

Apa lagi SPRM tunggu, masuk dan siasatlah Lim Gua Eng ekoran pembelian kereta rasmi itu. Walaupun hampir setiap malam media PB mempertikaikan pembelian itu, ia tidak akan ada kesudahan dan kesaihah mengenainya jika tidak ada siasatan dari SPRM. Orang awam yang pendek akal dan cetek maklumat apa lagi tidak memahami simpang siur politik Yahudi akan keliru dan keliru.

Siapa yang hendak gulingkan Kerajaan nie wahai Tok Mufti..???

Kalau nak guling kerajaan dng cara kekerasan mmg salah, tetapi tunjuk perasaan di dataran merdeka baru2 ini bukan utk guling kerajaan, cuma bantahan kenaikan harga brg2.

Cuma di pihak polis sendiri yg menyebarkan berita bohong mengatakan ada pihak yg mahu menggulingkan kerajaan sdgkan tiada bukti pun kearah itu.

Tentang penemuan senjata, ini juga bukti yg munkin sengaja di ada2kan, bukannya susah mahu buat bukti mcm tu, letak je senjata dlm longkang, lepas tu kata ada org yg tinggalkan senjata di dlm longkang.......budak kecik pun boleh buat jika sekadar bukti mcm tu....

Mufti: Darah halal sebab mahu guling k'jaan

 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya yang menggelarkan peserta perhimpunan membantak kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu sebagai golongan yang halal dibunuh atau “bughah” dalam bahasa Arab.

Katanya, kenyataan itu berdasarkan berdasarkan dakwaan bahawa kumpulan peserta demonstrasi tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan.

Pemimpin Islam, tapi nak buka HARDROCK CAFE pusat maksiat di Putrajaya apa kejadahnya nie..!!

NGO dakwa pusat hiburan akan cemar Putrajaya

Sayap pemuda PERKASA menuntut agar Perbadanan Putrajaya menghalang pembukaan pusat hiburan Hard Rock Cafe (HRC) di bandar tersebut yang didakwa akan mencemarkan imej pusat pentadbiran berkenaan dengan hidangan arak dan hiburan liar.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata, pihak berkuasa Putrajaya itu perlu menghormati konsep Putrajaya yang dibangunkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mencontohi pentadbiran kota Madinah.

“Beliau membangunkan masjid sebagai asas pembinaan sebelum dikelilingi bangunan-bangunan lain,” kata Irwan dalam satu kenyataan bersama dengan ketua Wira Wilayah Persekutuan Zukhairi Md Osman.

Bila Kerajaan Kedah nak tutup pusat hiburan macam Johor

Mohd Azam  
Mohd Azam
ALOR SETAR - Pas Kedah mendesak kerajaan negeri turut mengikut jejak langkah Kerajaan Johor bertindak menutup operasi pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian secara berperingkat-peringkat bagi membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutamanya melibatkan generasi muda.

Ketua Penerangan Pas Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, pendekatan yang dilaksanakan kerajaan itu bukan sahaja dapat memberi kesan positif dalam jangka panjang tetapi juga membolehkan pelbagai kegiatan haram bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras dengan lebih rapi.

Menurutnya, walaupun pusat hiburan yang ada dilihat sudah lebih daripada mencukupi namun tetap wujud pusat hiburan yang baru ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ sehingga menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan masyarakat setempat.

“Kita yakin usaha ini dapat dilaksanakan sekiranya mendapat kerjasama baik daripada pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka untuk menyalurkan maklumat berkaitan pusat hiburan terbabit supaya tindakan penguatkuasaan boleh diambil.

Ketua Polis Pendang nafi kanak-kanak 5 tahun dirogol

ALOR SETAR - Polis hari ini menafikan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dirogol oleh sepupu berusia enam tahun seperti yang dilapor oleh media semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, perkara itu berdasarkan laporan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang diterima oleh pihaknya.

"Ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 1 Januari lepas mendakwa anak mereka dirogol dan polis menasihatkan mereka membuat pemeriksaan di HSB.

"Hasil laporan yang diterima, perkara itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau juga berkata, polis tidak pernah mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol kerana kertas siasatan akan dibuka berdasarkan laporan perubatan.

Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan dirogol oleh sepupu lelaki berusia enam tahun ketika bermain 'ibu bapa' dalam kejadian 29 Disember di sebuah rumah di Pendang. - Bernama

Sumbat 4 ekor lembu dalam sebuah kereta wira..!

Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta
OLEH: Tarikh: January 5, 2014

KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.

"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. -Bernama

Kalau Anwar tak betul pun kita gulingkan

OLEH: NIZAM ZAIN
Tarikh: January 5, 2014

PUCHONG - "Kalau Anwar tidak betul pun kita gulingkan," demikian kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Syed Husin Ali.

Menurut beliau, tindakan itu tidak terhad kepada PKR sebaliknya ia juga wajar dilakukan oleh perwakilan mana-mana parti jika melihat pucuk pimpinan parti tidak berada di landasan yang betul.

Umno Kedah tubuh skuad pantau harga barang

Tarikh: January 5, 2014

ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menubuhkan Skuad Pemantau Harga Barang dalam usaha membantu kerajaan memantau kenaikan harga barang yang tidak terkawal.

Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata skuad itu akan memulakan tugas mereka esok dan bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Kedah (Cake).

"Kami akan membuat pemantauan lebih kerap di pasar basah dan pasaraya utama, pemborong barang keperluan utama seperti bawang, biskut dan minyak di samping barang-barang kawalan seperti ikan, daging dan ayam.

"Tindakan itu bertujuan membantu kerajaan mengenal pasti punca kenaikan agar tindakan mengekang kenaikan dapat dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Shaiful pihaknya mendapati harga barang keperluan harian naik antara 15 hingga 20 peratus dari 2008 hingga 2013.

Pemuda Umno Kedah turut menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih kerap melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga, katanya. - Bernama

Islam tidak hebat dengan halang agama lain

KUALA LUMPUR: Umat Islam negara ini diingatkan bahawa Islam tidak dilihat hebat hanya apabila umatnya berjaya menyekat dan menghalang usaha pihak lain menyebarkan agama mereka, tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan.

Dalam satu kenyataan medianya,  Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat itu berkata, sebaliknya kehebatan Islam bertolak dari komitmen yang tinggi oleh penganutnya terhadap syiar dan syariat Islam itu sendiri.

"Kalaupun tidak berlaku penyebaran agama dan ideologi asing dari Islam, sementara umat Islam pula  longgar dan lemah pegangan mereka terhadap syariat Islam, umat Islam tetap akan lemah dan tidak mampu berdiri sebagai umat yang kuat dan berwibawa," ujarnya.

Beliau turut memetik kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga Khalifah ar-Rasyidin ke-2, Saidina Umar al Khattab r.a. bahawa: " Kita (umat Islam) adalah satu golongan yang dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT dengan Islam. Maka jika sekiranya kita mencari kekuatan selain daripada kekuatan yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, nescaya kita dihina oleh Allah SWT."

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk bangkit berdakwah dan berjuang, melibatkan diri dengan gerakan Islam, membasmi kejahilan dan mendidik serta membimbing masyarakat agar mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.

"Usahlah hanya  berbimbang-bimbang pada kemaraan agama lain sedang umat sendiri terumbang- ambing tiada pegangan akidah yang betul dan mantap.

" Kalau rumah kita hanya dibina dengan dinding kaca lalu kita risau dan resah setiap kali kenderaan melewati halaman kerana bimbang percikan batu, maka persoalannya sampai bila kita harus resah dan tidak lena tidur?

"Alangkah baik jika kita membina rumah berdindingkan batu, pastinya kita rasa selamat dan nyenyak tidur biar pun siapa yang melewati di halaman," ujarnya member kiasan.

Ahli Parlimen Temerloh itu mengingatkan umat Islam akan keindahan Islam yang membawa rahmat kepada semua, namun setiap individu dan pemimpin Islam perlu memaparkan qudwah (contoh) yang baik dan bistari.

"Tunjukkan akhlak yang mulia bukan kekerasan persis seekor buaya, pamerkan kebijaksanaan bertindak bukan kegelojohan mengatur rentak dan kemukakan kebenaran serta kehebatan hujah bukan berbangga dengan kuasa untuk meredah," tegas beliau. 

Amacam MELAYU PENANG, hangpa mau ka tutup pusat hiburan macam Johor.. GUAN ENG dah tanya nuu...

Umno mana...
Perkasa mana....
Geng bagi taik mana...

Takan hangpa tak mau kata setuju kot...?

Jika tak boleh dikritik usah jadi kerajaan

OLEH: JAMILAH HAMZAH
Tarikh: January 5, 2014

SHAH ALAM - Kerajaan yang sering berprasangka buruk apabila rakyat mengkritik pemerintah yang melakukan kesalahan tidak harus menjadi kerajaan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri berkata, rakyat menggunakan kuasa untuk mengkritik kerajaan untuk memberi kesedaran kepada pemerintah yang melakukan kesalahan.

Menurutnya, kritikan yang dilontarkan rakyat juga bukan bermaksud mereka memihak kepada mana-mana parti politik terutamanya pembangkang.

"Tidak semestinya kritikan itu kerana mereka menjadi agen pembangkang ataupun ingin menumbangkan kerajaan dengan senjata seperti yang diandaikan oleh mereka yang naif.

"Rakyat mengkritik kerajaan kerana memang hak mereka memuhasabah kerajaan yang memerintah negara mereka dan mengambil cukai serta mengenakan kuasa ke atas mereka, tiada kerajaan tanpa rakyat.

"Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya yang dipetik dalam akaun Facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Asri yang juga pendakwah bebas itu berkata sikap prasangka yang diamalkan oleh kerajaan akan menimbulkan permusushan di antara rakyat dan pemerintah.

"Jika kerajaan sentiasa berprasangka buruk kepada rakyat yang mengkritik maka kerajaan itu akan menjadi musuh rakyat yang berakal.

"Jika kerajaan tidak mahu dikritik sila jangan jadi kerajaan bagi sebuah negara yang penduduknya berakal dan merdeka," katanya lagi.

Kedai Jual Minuman Keras dibuka di Putrajaya.. Perlukah???

Perlukah Hard Rock di Putrajaya?

OLEH: SHAHBUDIN HUSIN Tarikh: January 5, 2014

PUSAT Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya akan mempunyai satu lagi tarikan, terutama untuk anak-anak muda iaitu pembukaan Hard Rock Cafe di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya.

Pengumuman mengenai pembukaan Hard Rock Cafe itu diumumkan sendiri oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat yang turut memberitahu, ia akan siap dibuka dalam tempoh tiga hingga empat bulan daripada sekarang.

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras.

Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk.

Shahbudin Husin

Adakah Geng pertahan KALIMAH ALLAH akan berkumpul di PUTRAJAYA pula halang buka Hardrock Cafe..

Jika berhimpun pun tak selesai masalah selepas nie pakat pakai burung merpati pulak laa..!

Alasan mufti Perak sebab apa dia tak mau jumpa Pemuda PAS semalam..

Jika Putrajaya ikhlas, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol


Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat dia perlu mengambil tindakan tegas dengan mengurang keuntungan yang dinikmati oleh Bernas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pemegang konsesi tol.

Jika tidak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, sifat simpati dan memahami yang cuba ditunjukkan beliau hanya untuk menenangkan kemarahan rakyat menjelang himpunan Turun dan “tahun naik harga”.

Pua menyifatkan langkah kerajaan untuk menangani ketegangan ini selepas berbulan-bulan tidak mengendahkan suara rakyat dengan langkah yang tidak kukuh, menunjukkan bahawa mereka tiada rasa simpati yang jujur terhadap rakyat.

Pua turut menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil kerajaan bagi membuktikan keikhlasan mereka kepada rakyat.

Antaranya ialah untuk mengkaji semula perjanjian bersama konsesi tol, yang mengikut beliau, telah mengaut untung yang terlampau selama bertahun-tahun.

Harussani lupa diri; lulus setakat Diploma Pendidikan Islam sebenarnya

Oleh: Shaharul Shafie

Tan Sri Datuk Harussani Zakaria, mufti Perak sejak tahun 1985 merupakan mufti paling lama berkhidmat di negara ini dan juga satu-satunya mufti yang tidak mempunyai kelulusan ikhtisas iaitu sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Beliau adalah mufti yang dilihat paling cenderung menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan mengeluarkan kenyataan dan fatwa yang mengelirukan. 

Hari ini, melalui portal Malaysiakini, Harussani mendakwa mereka yang menyertai perhimpunan TURUN pada malam menyambut tahun baru sebagai mereka yang halal darahnya dikorbankan. Beliau menggelar mereka ini sebagai pemberontak ataupun di dalam terma Bahasa Arabnya ialah ‘Bughah’.

Harussani pada zamannya pada tahun-tahun 1985 di mana ketika itu para cendekiawan Islam berkelulusan luar negara adalah tidak ramai. Jika ada sekalipun, ramai yang memilih menyertai fakulti pengajian Islam di university-universiti awam Malaysia sebagai tenaga pengajar. Namun begitu, ramai kurang gemar dengan tindakan membiarkan Harussani terus menjawat jawatan tertinggi agama di negeri itu sedangkan pada hari ini sudah ramai anak negeri Perak yang sudah berjaya di peringkat pengajian tertinggi seperti Doktor Falsafah di dalam pengajian berkaitan Islam. Walaupun begitu, perlantikan ke jawatan Mufti ini tidak dibawah kerajaan negeri tetapi terus di bawah Sultan yang merupakan ketua agama negeri.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...