TERKINI :

Saturday, January 4, 2014

Kelemahan Najib undang malapetaka buat negara

HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Kelemahan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak bakal mengundang 'malapetaka' besar buat negara Malaysia yang tercinta ini.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PASDr Dzulkefly Ahmad berkata, dua masalah kritikal yang sedang melanda negara- akan menjadi malapetaka jika Najib gagal menanganinya dengan segera- adalah kemelut kos saraan hidup (ekonomi) dan konflik atau pertentangan kaum-agama.

Menurutnya, bebanan hutang dan defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut menunjukkan dasar kerajaan BN dan terkini Najib tersasar dalam mengejar Pertumbuhan dengan kaedah 'mengepam' ekonomi dalam kitaran melembap (bearish) dan juga zaman cergas (bullish).

Akibatnya hutang persekutuan yang telah hampir mencapai had 55 peratus daripada KDNK negara , (RM543.3 bilion yang tepat sebagai laporan MOF ), meletakkan Malaysia diambang kebejatan pengurusan kewangan yang ditegur pelbagai pihak termasuk Bank Dunia dan agensi penarafan.

Islam apa yang cuba kita tonjolkan

– Mohamed Hanipa Maidin

January 04, 2014

Terlalu banyak isu agama yang wujud sekarang membuatkan saya bertanya diri saya " Islam apa yang cuba ditonjolkan di negara ini".

Isu-isu seperti reaksi melampau kerajaan BN terhadap isu mazhab, isu nama Allah, isu hasrat Umno ingin meminda Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan mazhab ahlul sunnah wal jamaah sebagai mazhab rasmi negara ini, isu kenyataan mufti Perak yang mem"bughah"kan himpunan anak muda yang berhimpun menentang kenaikan barang dan isu serbuan Jais ke pejabat Bible Society of Malaysia di Damansara Kim membuatkan saya bertanya Islam apa yang cuba kita tonjolkan pada masyarakat.

Ya, Islam itu amat indah. Ya Islam itu amat adil. Ya, Islam itu agama yang Allah menyatakan secara jelas dalam Al Quran bahawa Allah telah menetapkan DiriNya rahmah (kasih sayang).

Ya, Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang Rasul yang Allah nyatakan sebagai " role model" (qudwatun hasanah) untuk kita semua.
Persoalannya adakah semua prinsip tersebut dijelmakan sekarang ini di negara ini?

Melihat kepada isu isu yang saya nyatakan di atas adakah kita sedang menonjolkan keindahan dan keadilan Islam. Saya tidak tahu di manakah keindahan dan keadilan Islam ingin kita kongsi dengan masyarakat bukan Islam dan mereka yang jauh dari Islam jika berhimpun aman untuk protes kenaikan harga barang dikira halal darahnya kerana mereka adalah bughah (penderhaka).

Soalan Untuk Macai - Antara kos kereta Guan Eng & kereta pajak Kerajaan Malaysia?

Hangpa jawab elok-elok jangan dok ngelat pulak... Oooo mai tang Guan Eng bukan main lantang hangpa balon dia...

Nie mai tang kerajaan Malaysia dok sewa kereta untuk depa guna nie apa kata hangpa pulak..
Jawab jangan tak jawab....

Harussani harus dipecat sebagai mufti

 – Mohd Sayuti Omar

January 04, 2014

Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak di mana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.

Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang mufti itu? Tidakkah tindakan itu merbahaya?

Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.

Pandangan sebegitu daripada seorang menganggap dirinya ulama adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam.

Najib tidak harus dipertahankan lagi

– Shahbudin Husin

Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini.

Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.

Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.

Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh.

Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.

Isu mengenai kalimah Allah yang muncul kembali dan diikuti dengan serbuan Jais terhadap sebuah gereja serta disusuli pula dengan aksi demonstrasi Umno Selangor mengenainya, turut menjadikan penganut Islam dan Kristian tidak lagi gembira dan harmoni kehidupannya.

Mampus la hangpa yang jual, beli dan miliki rokok haram lepas nie...

Larangan jual, beli atau miliki rokok tak sah

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 4, 2014

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan telah meminda Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 untuk memperkukuhkan peruntukan larangan penjualan, pembelian atau pemilikan rokok yang tidak memenuhi peraturan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan Peraturan 15(4A), peraturan ini telah diwartakan pada 11 Jun 2013 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.

Katanya, peraturan baru ini bertujuan untuk menangani masalah penjualan rokok tidak sah yang berleluasa di pasaran dan ketiadaan undang-undang terhadap orang awam yang membeli atau memiliki rokok tidak sah.

"Mana-mana penjual yang menjual atau pembeli yang membeli ataupun orang awam yang memiliki rokok yang tidak dicetak dengan amaran kesihatan bergambar yang wajib adalah melakukan kesalahan.

"Jika didapati bersalah, mereka boleh dikompaun sehingga RM 5,000.00 atau didenda oleh mahkamah sehingga RM 10,000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, langkah ini diambil untuk memperkukuhkan usaha menangani tabiat merokok yang memudaratkan, khasnya yang diakibatkan oleh rokok tidak sah berharga murah.

Selain itu tambahnya, langkah ini diambil bagi mencapai maklamat untuk mengurangkan bilangan perokok di kalangan rakyat Malaysia.

"Selaras dengan berkuatkuasanya peraturan baru ini, Kementerian Kesihatan akan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk melaksanakan peraturan ini.

"Kementerian Kesihatan telah mengatur barisan aktiviti sepanjang tahun ini termasuk operasi penguatkuasaan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana orang yang menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah," katanya.

Kerajaan Umum Elaun Cola untuk pekerja awam dan swasta

ELAUN SARA DIRI/COLA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA.

PEKELILING 12/031. Kerajaan bersetuju memberi Elaun Sara Hidup/COLA tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kepada semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Jan 2014 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat Malaysia.

Elaun COLA ini boleh dituntut disemua pejabat pos dan BSN diseluruh negara mulai jam 1pm - 4pm pasa setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.

Kakitangan awam perlu menunjukkan kad pengenalan diri jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang lengkap berserta dengan syarat-syarat berikut:-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja - Original
3. Surat Akuan Majikan ( tempat terakhir masa bekerja)
4. Dan 80 penutup botol Coca Cola baru sesuai dengan namanya Elaun Cola.

Keh keh keh..kalau pasal duit,semua sanggup baca sampai habis..

Jangan di bantah Makcik oi nanti depa kata nak guling kerajaan dan darah halal di bunuh..!

Anak TUN M juga berada di himpunan Pensel Merah

Program tengok LURAH di Dataran malam nie OK kot Tok Mufti..!

Jika rakyat turun ramai ramai bantah kenaikan harga barang Tok Mufti kata Halal Darah mereka utk dibunuh jadi jika rakyat turun ramai ramai tengok konsert dan menari terkinja kinja kira OK lah kot nooo....!

Tak selesai bab BUGHAH, Harusani timbul pulak isu orang Islam dihasut orang kafir..

Aduhai Tok Mufti rasa malu nak guna gelaran mufti kat hang nie, hang ambik tang mana yang ada orang kafir dok hasut gol org islam dok bantah membantah nie...

Cuba senarai tengok siapa yg dok hasut tuu...tolong bagi bukti sama jgn main pakai yg tv3 dan utusan sudah laa...bawa nama mai dan bila depa hasutnya...

Ingatkan nak tarik balik bab BUGHAH nie mai topic baru pula... Bab menghasut laa pulak.....

Luahan Rakyat Marhaen kepada Najib...

Kereta Guan Eng : Penjelasan yang menjadikan mulut macai umno bn ternganga masuk lalat..!

Mercedes: Pegawai kewangan pula beri penjelasan

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 4, 2014

GEORGETOWN - Susulan pelbagai reaksi dan tuduhan tidak berasas berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait sekali lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan fakta mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, Ketua Menteri layak untuk menggunakan dua kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 namun Guan Eng kini hanya menggunakan sebuah kereta iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00.

“Sekali lagi ditegaskan, kereta Toyota Camry 2.5 Auto yang diguna Ketua Menteri sebelum ini telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee.

“Selain itu, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah pemberian usahawan, Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping sebenarnya fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukannya 'dealer’ Mercedes-Benz. Selain itu, tawaran ini diberikan kepada semua pembeli yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012, bukannya kepada Guan Eng sahaja,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Mokhtar berkata, pada mulanya, kerajaan negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli exco termasuk Ketua Menteri serta Speaker Dun kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta jenis itu namun dibatalkan kerana kos cukai yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperoleh.

“Selain itu, pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh. Mesyuarat exco ambil keputusan bahawa tidak akan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa fleet discount seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

“Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai memerlukan pemohon membeli kereta terlebih dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh itu, kerajaan negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh kerajaan negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan tapi malangnya pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 kereta itu,” katanya.

Disebabkan alasan itu, Mokhtar berkata, kerajaan negeri kemudiannya memutuskan untuk membeli 15 kereta Toyota Camry 2.5 Auto.

“Hanya selepas 15 kereta Toyota Camry diserahkan pada 31 Oktober lalu, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz berikan surat jaminan yang diperlukan tetapi untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L sahaja. Sehubungan itu, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat exco yang kemudian memutuskan untuk membeli kereta dengan tawaran harga istimewa berkenaan pada 20 November.

“Berdasarkan pengecualian cukai yang diperoleh dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai serta diskaun iaitu RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55 peratus, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 4 September 1995 iaitu RM271,331.22,” katanya.

Selain diskaun ditawarkan, kereta Mercedes-Benz juga tahan lama dengan kos penyelenggaraan lebih rendah dan tidak akan ada pembaziran dalam kos penyelenggaraan.

“Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk sembilan tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan kerajaan negeri.

“Sementara itu, untuk Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 4 September 1995 dengan harga RM271,331.22 itu, kos penyelenggaraan adalah RM110,000 bagi tempoh sembilan tahun pertama selain kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik,” katanya.

Mokhtar turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membeli kereta itu sekiranya pengecualian cukai serta diskaun 55 peratus tidak diperoleh.

Apabila syarikat swasta sedang cuba membeli saham Lebuhraya, bayangkanlah hasil tol nya nanti..!

PKNS tolak tawaran RM420 juta

OLEH: FARAH ZAMIRA FARUSH KHAN Tarikh: January 4, 2014

MINGGU ini menyaksikan Gamuda Bhd berjaya menaikkan pegangan saham dalam syarikat konsesi Lebuhraya Shah Alam (LSA), Kesas Holdings Bhd (Kesas) kepada 70 peratus apabila Permodalan Nasional Bhd (PNB) setuju menjual 20 peratus saham miliknya dalam Kesas.

Namun, seperti dijangkakan pemerhati industri, Gamuda tidak dapat memiliki 100 peratus saham Kesas apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menolak tawaran terbaru Gamuda sebanyak RM420 juta untuk membeli 30 peratus pegangan PKNS dalam Kesas.

Gamuda yang asalnya memiliki 30 peratus saham Kesas membuat tawaran baru itu kepada PKNS dan PNB pada 23 Disember lalu.

Gamuda dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, minggu ini, memaklumkan tawaran itu telah pun tamat pada 30 Disember lalu, dan tiada tempoh lanjutan diberikan.

"Pada tarikh tutup tersebut, Gamuda menerima persetujuan PNB berhubung tawaran baru ini. Maklumat penuh transaksi akan diumum sebaik perjanjian jual beli ditandatangani," menurut Gamuda.

Pada 4 November lalu, Gamuda membuat tawaran pertama sebanyak RM250 juta kepada PNB dan Amcorp Properties Bhd yang masing-masing memegang 20 peratus saham dalam Kesas, dan sebanyak RM375 juta kepada PKNS namun tawaran itu ditolak PNB dan PKNS.

Amcorp Properties bersetuju menjual pegangannya pada nilai RM250 juta namun nilai itu kemudian dinaikkan kepada RM280 juta oleh Gamuda, selari dengan tawaran baru dibuat kepada PNB dan PKNS.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank sebelum ini menjangkakan PKNS tidak akan menjual pegangannya dalam Kesas kepada Gamuda berikutan iklim politik yang sensitif berhubung isu tol dan lebuh raya yang sedang menjadi perhatian rakyat.

Keuntungan Gamuda dijangka naik

Persetujuan PNB menerima tawaran baru itu menyebabkan penganalisis menjangka pendapatan Gamuda akan meningkat antara lima hingga enam peratus bagi tahun kewangan 2014 sehingga 2016.

"Kesas menyumbang antara RM30 juta hingga RM40 juta pendapatan bersih kepada kumpulan Gamuda mengikut anggaran kami dan pembelian ini berpotensi meningkatkan pendapatan berulang Gamuda," menurut penganalisis Public Investment Bank dalam satu nota, Selasa lalu.

Sementara itu, penganalisis Kenanga Research berkata, pemilikan penuh Kesas oleh Gamuda akan membolehkan syarikat itu tambah pendapatannya dengan ketara.

"Kesas adalah syarikat yang sangat menguntungkan dan jika Gamuda memiliki 100 peratus pegangan saham, Kesas dengan mudah boleh menambah RM100 juta kepada pendapatan Gamuda sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebelum konsesi itu tamat pada 2024.

"Menurut pengurusan (Gamuda), untung bersih Kesas adalah kira-kira RM120 juta setahun jadi jika (pembelian semua saham) ini berjaya, kami akan menaikkan jangkaan pendapatan Gamuda sebanyak 12.9 peratus dan 11.3 peratus bagi 2014 dan 2015," menurut Kenanga Research dalam nota yang dikeluarkan pada 23 Disember lalu.

Kesas ditubuhkan pada 1993 untuk membina dan mengendalikan LSA serta mengutip tol bagi tempoh 28 tahun dan sembilan bulan.

Selain Kesas, Gamuda turut mempunyai pegangan dalam Lebuh Raya Damansara-Puchong, Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Smart.

Apabila sang Agama mengampu sang Penguasa...!

Aduhai kat Shitah oi, nak bodek Najib pun pada2lah jangan menjilat sampai tak tinggal bekasnya....

KFA oh KFA : Jangan ingat logo garang team boleh garang...?

Aduhai apa yang nak di garang kan dengan logo helang merah nie... Sang Kenari tu dah terbukti hebat.. Rekod drouble trouble tu tak ada siapa mampu pecahkan lagi...

Orang suruh garangkan pasukan, pengurusan dan pentadbiran... Nie yang dok kalut dengan logo apasal...

Awat logo garang main pun garang.. Harimau Malaya yang logo harimau itu pun dok kalah memanjang.. Nie nak bangga dengan helang pulak..

Apa beza pesawat ‘Air Force One’ dengan pesawat NR1 @ ‘Perdana 01’

Oleh: Awang Kampung Jelatang

Pesawat-pesawat terbang kerajaan ataupun dalam bahasa undang-undangnya ‘state aircraft’ ditakrifkan sebagai pesawat-pesawat terbang kepunyaan “tentera, polis dan kastam” sesebuah negara ataupun pesawat-pesawat terbang yang digunakan secara eksklusif untuk tujuan negara. Perkara ini dinyatakan dengan jelas di dalam Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa yang mana Malaysia adalah salah sebuah negara yang menandatangani Konvensyen ini bersama-sama dengan 191 negara yang lain di dunia.

Kebiasaannya, antara tugas-tugas utama pesawat-pesawat terbang kerajaan adalah untuk mengangkut pembesar-pembesar negara bergerak bagi tujuan tugas rasmi ke serata pelusuk dunia. Seperti mana-mana negara di dunia ini, pesawat-pesawat terbang VIP kerajaan ini kebiasaannya diletakkan di bawah pengurusan tentera udara. Sama seperti ‘Air Force One’ bagi Amerika Syarikat, pesawat-pesawat terbang VIP Malaysia juga diletakkan dibawah pengurusan TUDM. Namun begitu di Malaysia, penugasannya ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Pej. PM jawab isu kapal terbang baru..

OLEH: NORUTUL ILHAM MAD JARI
Tarikh: January 4, 2014

SHAH ALAM - Laporan di laman-laman blog berhubung pesawat khas ACJ A320 yang digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah salah fakta dan tidak tepat.

Dalam kenyataan semalam, Pejabat Perdana Menteri menegaskan, laporan salah itu telah menimbulkan persepsi tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki lima buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertua Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Laporan dalam laman blog itu adalah mengenai pesawat khas yang disewa bagi menggantikan pesawat yang masih belum siap diselenggarakan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sehubungan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari sehingga 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat itu bagi membolehkan perdana menteri mengguna pesawat untuk urusan kerja dalam keadaan selamat dan terjamin.

Anggota pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Terdahulu, beberapa laman blog mempersoalkan penggunaan pesawat khas Perdana Menteri dan mendakwa Najib terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Paip air rosak sampai dekat sebulan masih belum dibaiki SADA

Sepuluh keluarga rayu Sada baik pulih bekalan air
OLEH: Tarikh: January 3, 2014

BALING - Sepuluh keluarga di Kampung Padang Sadan mukim Bongor, Baling hari ini merayu Syarikat Air Darul Aman (SADA) supaya segera membaik pulih paip air ke kampung mereka yang didakwa pecah sejak tiga minggu lepas.

Menurut penduduk terbabit sejak bekalan terputus mereka terpaksa mencari alternatif termasuk menggunakan air parit dan mengangkut air bersih dari rumah penduduk kampung berdekatan untuk kegunaan harian.

"Kami bimbang air parit yang digunakan mungkin dijangkiti virus kencing tikus. Ada antara kami terpaksa mengangkut air bersih walaupun dari sumber sejauh 10 kilometer," kata seorang penduduk Darus Yahman, 60.

Menurutnya ketiadaan bekalan air menyusahkan 65 penduduk kampung tersebut terutama pelajar apabila sekolah bermula dua hari lepas.

Katanya, penduduk kampung telah beberapa kali mengadu kepada pengurusan SADA daerah Baling namun tiada hasil positif setakat ini.

"Kami hairan dengan SADA yang masih gagal mengesan tempat kebocoran paip seperti didakwa oleh pegawai SADA atau mereka tidak turun menyiasat," kata suri rumah, Siti Fatimah Mohd Zainol, 26. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...