TERKINI :

Friday, January 3, 2014

Biarkan BN bermain politik, bukan polis

POLIS patut menunjukkan rasa amat kesal kerana mendakwa gambar lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera ketika protes pada Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka.

Pasukan polis wajar menerapkan prinsip demokratik dalam menjalankan tugas memelihara kesejahteraan orang ramai dan bukan hanya (menjaga kepentingan) kerajaan.

Sememangnya wajar pihak polis meminta maaf kerana tersilap mendakwa gambar seorang lelaki yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi polis adalah gambar seorang anggota polis yang cedera semasa bertugas ketika protes antikenaikan harga pada sambutan tahun baru di Dataran Merdeka.

Jika Guan Eng membazir, bagaimana pulak dengan yang disenaraikan ini...???

Photo: Merc RM657 ribu tapi dibeli dgn RM298 ribu kira oklaa tuu. Jumlah kerajaan negeri BN/Pusat bakar mercun seluruh negara sambut tawon baru... hampir setengah juta RM, dalam masa beberapa minit saja tapi kereta boleh pakai 20 tahun.

Pembaziran yg ni sapa boleh tolong jawab... Utusan ke TV3?

RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA

1.Skandal PKFZ RM12 Bilion.
2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta.
3.Skandal Sime Darby RM964 Juta.
4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta.
5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta.
6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion.
7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta.
8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta.
9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion.
10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta.
11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta.
12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta.
13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta.
14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta..
15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta.
16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta.
17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion.
18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. .
19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion.
20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion.
21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion.
22.Skandal Bank Islam RM700 Juta.
23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta.
24.Skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 Bilion.
25.Komisen pembelian Jet dan Kapal Selam utk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 Juta.
26.Pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin (CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 Bilion.
27.Pembelian dakwat kekal utk PRU RM2.4 Juta.
28.Pampasan 20 sykt lebuhraya 2006-08 RM38.5 Bilion.
29.Suntikan utk selamatkan LRT-Putra RM4.5 Bilion.
30.Suntikan utk selamatkan LRT-Star RM3.3 Bilion.
31.Subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 Bilion.
32.Subsidi kerajaan kepada IPP RM17 Bilion.
33. Kena saman/rugi/seleweng kjaan BN Kedah – RM430 juta
34. Skandal Lembu Kondo NFC RM250 juta
(Cukup dulu… panjang lagi) 

Merc RM657 ribu tapi dibeli dgn RM298 ribu kira oklaa tuu. Jumlah kerajaan negeri BN/Pusat bakar mercun seluruh negara sambut tawon baru... hampir setengah juta RM, dalam masa beberapa minit saja tapi kereta boleh pakai 20 tahun.

Pembaziran yg ni sapa boleh tolong jawab... Utusan ke TV3?

RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA

1.Skandal PKFZ RM12 Bilion.
2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta.
3.Skandal Sime Darby RM964 Juta.
4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta.
5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta.
6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion.
7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta.
8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta.
9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion.
10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta.
11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta.
12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta.
13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta.
14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta..
15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta.
16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta.
17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion.
18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. .
19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion.
20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion.
21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion.
22.Skandal Bank Islam RM700 Juta.
23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta.

Jangan cakap “bukan salah Umno”, ini salah "mereka yang undi UMNO"

Oleh Zulkifli Yahaya
 
Makin hari makin bertambah jumlah para pemimpin politik dari pihak kerajaan yang bercakap memperbodohkan rakyat. Dah jadi satu koleksi lawak jenaka yang berenteran. 
 
Ada menteri yang bercakap, jika ayam mahal belilah daging atau ayam. Ada menteri yang cadangkan jika tak setuju kenaikan harga tol, sila guna jalan biasa tanpa tol. Waktu harga petrol naik mereka beritahu, sebenarnya harga petrol tidak naik cuma subsidi dikurangkan.

 Waktu harga gula dinaikkan mereka cakap, tujuannya supaya rakyat sihat tak kena penyakit kencing manis. Dalam pilihanraya kecil Sungai Limau kerajaan BN anjurkan pula jualan gula RM1.00 sekilogram. Memang hebat kelentong para pemimpin politik yang sedang memerintah Malaysia. Kalau ditakdirkan mereka masuk program Rajalawak, tergugat juga para pelawak sedia ada.
Terbaru, bekas Naib Presiden UMNO yang pernah digantung keahlian kerana didakwa terbabit rasuah dalam pemilihan parti itu, Tan Sri Isa Samad turut menambahkan koleksi kenyataan jenaka berhubung isu tekanan kos hidup yang sedang melanda rakyat. Katanya, kenaikan harga barang bukan salah Umno.
 

Antara bughah, lughah, lurah..!!

 – Muhamad Mat Yakim
January 03, 2014

http://4.bp.blogspot.com/_bl7LdIH2sc0/TRy35_icGoI/AAAAAAAAAv4/cOu0S-RbFPI/s320/ne_07.1.jpg
Sejak semalam kita heboh dengan cerita “bughah” yang mana puncanya dikatakan berasal usul daripada kenyataan seorang mufti yang dilaporkan berkata kumpulan demonstran pada malam tahun baru di Kuala Lumpur dua hari lalu sebagai “bughah” dan “bughah” mengikut hukum adalah halal darah mereka.

Keras. Memang sangat keras. Dan oleh kerana kerasnya kenyataan itu, saya tidak yakin bahawa apa yang dilaporkan adalah yang sebenar sebagaimana dikatakan oleh mufti berkenaan. Maka saya pun hubungi seorang rakan wartawan Sinar Harian dan minta disahihkan oleh mufti, apa benar begitu kenyataannya sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar.

Kalut sangat dengan kereta Guan Eng, nak kedebuak Najib pulak ada kapal terbang mewah..

Kes 3 beradik mati di Langgar jangan kaitkan dengan ahlong

Kes tiga beradik tiada kaitan ah long

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh: January 3, 2014

ALOR SETAR – Polis menegaskan bahawa kes pembunuhan tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di dua lokasi berasingan dekat Langgar, di sini, pada 30 November tahun lalu tiada kaitan dengan sindiket ah long.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas.

“Kes pembunuhan itu tiada kaitan langsung dengan sindiket ah long. Saya minta orang ramai tolong hentikan spekulasi itu kerana ia tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, keluarga berkenaan baru dua tahun menetap di Langgar selepas kematian orang tua mereka.

“Mereka balik ke sini sebab nak jaga rumah peninggalan orang tua mereka. Tidak wujud pun isu lari dari ah long dan sebagainya,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan pihak polis membuat beberapa tangkapan secara rambang di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan kes berkenaan, beliau berkata, pihaknya masih menyoal siasat mereka yang direman.

“Buat masa ini kita masih belum menemui sebarang petunjuk baru. Saya minta orang ramai bersabar sebab kes ini menjadi perhatian dan kami akan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, misteri kehilangan tiga kanak-kanak perempuan pada 29 November tahun lalu terjawab apabila kesemua mereka ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang pada 30 November lalu, di kawasan bendang dekat Kampung Alor Senibong, Langgar, di sini.

Sementara dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akma, 3, ditemui kira-kira jam tiga petang keesokan harinya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.

Antara Kereta Mukhriz dan Guan Eng....!

Nampaknya point paling dibanggakan oleh macai BN UMNO diwaktu ini iala cina DAP BELI KETA MEWAH...

Aduhai apa la sengal sangat... Beli dapat diskaun 50% pun masih kecoh, lepas tu tak sampai 300k pon selepas diskaun... Dan kereta tu kira sama ja dgn Mukrhriz pakai kat Kedah nie...

Habis apa isunya...?

Siapa pengaruhi pemikiran Harussani?

oleh Zulkifli Yahaya

MUFTI
Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dilaporkan sebuah akhbar harian membidas pemimpin pembangkang khususnya PAS kerana menyertai perhimpunan mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan. Katanya, PAS gagal memahami Al-Quran.

Perhimpunan aman yang difitnah oleh media talibarut BN sebagai Himpunan Mengguling Kerajaan diadakan di Dataran Merdeka tempat berlangsungnya sambutan tahun baru oleh kerajaan Malaysia. Di situ para artis terkinja-kinja di atas pentas, mendedahkan aurat, menari dan menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.

Akibat himpunan aman yang diadakan itu, maka pihak penganjur kepada pesta maksiat terpaksa menghentikan persembahan mereka. Sepatutnya Harussani memilih untuk mengecam penganjuran program maksiat kerana gagal mengikut perintah Al-Quran serta mengucap tahniah kepada peserta himpunan kerana berjaya menggagalkan program maksiat. Pendirian Harussani nampaknya sudah terbalik dari ajaran Al-Quran.

Himpunan Gerakan Turun kos Sara Hidup (Turun) adalah anjuran empat buah NGO iaitu Turun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),  Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak terbabit, namun memberi sokongan terhadap himpunan aman tersebut. Para pemimpin Pakatan tidak berkempen mengerah rakyat turun ke Dataran Merdeka seperti yang dilakukan terhadap himpunan Bersih tetapi kehadiran orang ramai dianggarkan 50,000 orang.

Berkata Harussani, perhimpunan haram (mungkin maksudnya perhimpunan tanpa permit polis) bukan cara melahirkan cara tidak puas hati terhadap kerajaan sebaliknya parlimen adalah platform yang paling sesuai. Untuk pengetahuan Harussani ahli-ahli parlimen Pakatan sudah puas bercakap di parlimen perihal kenaikan kos sara hidup rakyat yang disebabkan oleh kepincangan pengurusan, keborosan kerajaan, ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan serta sikap mengutamakan kroni daripada rakyat jelata.

Semuanya itu dilakukan oleh kerajaan BN. Namun suara Pakatan di Parlimen hanyalah sia-sia belaka. Mereka buat 'pekak badak' dan tidak ambil peduli suara pembangkang. Akibatnya rakyat biasa yang terpaksa menanggung akibat.

NGO dan parti pembangkang sudah menggunakan semua saluran yang ada. Daripada memorandum hinggalah ceramah ke seluruh negara, dari saluran alam nyata hingga saluran alam siber – semuanya susah digunakan tetapi tidak membawa apa-apa makna bagi sebuah kerajaan tua yang angkuh seperti BN.

Himpunan aman secara besar-besaran adalah kaedah terbaik menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut hak. Ia terbukti berkesan di banyak negara walaupun tanpa pertumpahan darah. Melaluinya sebahagian rakyat yang terperap bawah tempurung 'dipaksa' untuk memahami isu dan rakyat yang angkuh dapat diredakan keangkuhannya. Ia juga tidak akan menyebabkan tercetusnya keganasan jika tanpa provokasi oleh pihak berkuasa.

hikmah dalam tindakan

Harussani harus memahami bahawa hikmah dalam tindakan bukan bermakna bertindak dengan lemah lembut dalam semua situasi dan realiti. Jika memotong rumput secara hikmah hanya memerlukan sebilah sabit  namun untuk menebang sebatang balak ia memerlukan gergaji berkuasa besar. Tiada hikmahnya memotong balak dengan sebilah sabit.

Demikian sebuah kerajaan yang hampir separuh abad 'menyamun dan merompak' khazanah kekayaan negara untuk diri dan kroni sehingga rakyat terbanyak menjadi sengsara, adakah hilang hikmahnya jika rakyat berhadapan dengan penentangan berskala besar. Bolehkah Harussani redha dan menganggap segala harta milik rakyat yang dibaham atau dibazirkan adalah ketentuan Allah yang mesti dibiarkan begitu sahaja?

Saya ingin menyenaraikan hanya segelintir contoh ketirisan wang rakyat angkara pemerintah dari berbillion wang rakyat.  Skandal PKFZ membabitkan RM12 bilion, skandal baik pulih kapal selam (RM500 juta), skandal NFC (RM250 juta), skandal Sime Darby (RM964 juta), skandal Paya Indah Westland (RM88 juta), skandal duit hilang Pos Malaysia (RM230 juta), pembaziran pembelian Eurocopter (RM1 bilion), stadium Terengganu runtuh (RM292 juta), kos baikpulih MRR2 (RM70 juta).

Lebihan bayaran Kementerian Belia dan Sukan (RM8.4 juta), Kompleks Sukan London (RM70 juta), baikpulih bangunan Matrade (RM120 juta), pampasan jambatan bengkok (RM257 juta), kerugian menjual Augusta (RM510 juta),  royalti minyak Terengganu dari  2004-2007 yang tidak dibayar Petronas/kerajaan pusat (RM7.4 bilion), skandal Perwaja Steel (RM2.56 bilion), skandal perkakas ICT sekolah (RM2.21 bilion) dan pelbagai lagi skandal yang tidak sempat disenaraikan.

Halalkah semua penyelewengan itu?

bughah

Kalangan rakyat yang berakal tidak faham apabila Mufti Perak itu mengeluarkan fatwa bahawa peserta himpunan adalah bughah atau penderhaka terhadap pemerintah Islam yang adil.

Lebih dahsyat lagi apabila Harussani berfatwa, sepatutnya semua peserta ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari segi hukum syarak dihalalkan darah golongan bughah. Jika kerajaan tidak dapat menahan nafsu lalu mengikut fatwa beliau dan membunuh kesemua peserta himpunan, tidaklah huru hara jadinya negara ini?

Fatwa Harussani itu mungkin kerana mempercayai bulat-bulat akan fitnah yang dibuat oleh media-media talibarut BN bahawa himpunan yang diadakan itu adalah untuk menggulingkan kerajaan. Memfitnah pihak yang tidak sehaluan dengan pemerintah bukan perkara baru di Malaysia takkanlah Harussani tidak tahu.

Media-media talibarut BN padat dengan cerita bohong, fitnah dan adu domba. Adakah itu ajaran Al-Quran? Tidak salah, bahkan tepat sekali untuk melabelkan watak fasik terhadap semua media tersebut. Jika beliau mempercayai bulat-bulat laporan dari media fasik itu, maka sekali lagi tindakan mufti itu bertentangan dengan Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Semoga Allah SWT menyedarkan Harussani terhadap keterlanjurannya. Dan saya juga memohon maaf dari Harussani jika terlanjur membuat ulasan yang tidak berhikmah terhadap beliau.

‘Halal darah’: Harussani perlu tarik balik ‘fatwa’

KUALA LUMPUR: PAS mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria untuk menarik balik fatwa yang menganggap peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) dan halal darah mereka.

"Fatwa ini sangat bahaya kepada keselamatan negara dan jelas bertentangan dengan istilah Islam.

"Fatwa beginilah yang menyebabkan ribuan penunjuk perasaan ditembak di Mesir kerana ia adalah fatwa sesat yang jauh menyimpang dari landasan syarak," ujar Ketua Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, istilah 'bughah' merujuk kepada pemberontakan bersenjata sebahagian rakyat bagi menumbangkan kerajaan Islam yang memerintah dengan penuh keadilan dan mengikut lunas syarak.

Kerana itu, jelas beliau lagi ia termasuk dalam hukum hudud, bukan takzir.

"Apakah rakyat yang keluar membantah kenaikan harga barang dan kos hidup yang melampau, penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah serta berleluasanya kemungkaran dalam negara adalah 'bughah', yang halal darah mereka?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya, sebarang fatwa yang ingin dikeluarkan oleh mana-mana mufti sepatutnya mendapat maklumat sebenar dengan membuat kajian, tinjauan dan memahami kes sebelum sesuatu fatwa dibuat.

Menurutnya, mufti tidak hanya boleh bergantung pada maklumat dari media perdana yang dikuasai oleh kerajaan untuk menyebarkan dakyah politik dan juga menyimpang daripada fakta.

"PAS menggesa kenyataan ini ditarik balik bagi mengelak pihak-pihak yang jahil dan pelampau agama untuk mengambil kesempatan untuk bertindak sewenang-wenangnya kerana terpengaruh dengan fatwa songsang tersebut," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Isu Bughah : Pemuda PAS PERAK berkunjung ke Pej Mufti namun hanya Timb Mufti yang sanggup berjumpa.

Bagus macam nie, kita mintak penjelasan terus dari tuan tubuh... W.pun beliau tak bersedia nak jumpa namun kita dah lakukan usaha kita...

Kita tunggu pej mufti nak keluar kenyataan apa..?

Umno & Macai - beli kereta murah kena marah, halang konsert boleh dibunuh..!!

Oleh Bang Cop Kota

Nah ambik hangpa, zaman skrg sudah terbalik dimana isu kereta guan eng dan demo TURUN...

Untuk kereta guan eng w.pun beli dengan harga 50% diskaun jika nak dibandingkan program konsert dan bakaq bunga api yang diperuntukan bajet RM15juta untuk bazir camtu ja... Tapi yang dibantahnya kereta guan eng tuuu...

Begitu juga dengan demo TURUN yang halau puak dok konsert dan terkinja-kinja atas stage tu sambil melaungkan hak rakyat yang dizalimi dengan kenaikan kos hidup tetapi telah dianggap pesalah dan sampai orang agama kata mereka layak dibunuh...

Yang mana satu betul pun dah tak tahu... Beli kereta murah kena marah bakaq duit berjuta semua sokong.... Orang perjuangkan hak rakyat layak dibunuh orang yg menipu rakyat kita disuruh sokongnya.

Malaysia Oh Malaysia.....

Syukur Alhamdulillah, harga jualan di kantin sekolah naik melampau..

Ibu bapa patut bersyukur dan berusaha mencari duit lebih untuk memenuhi keperluan anak nak mkn di kantin...

Jika tak mampu jangan dok bagi anak makan di kantin.. Suruh depa bawa bekal sendri....

Satu lagi jangan membantah mintak turun.. Nanti tak pasai-pasai hangpa di gelar NAK MENGGULINGKAN KERAJAAN....

Apabila PR tegur BN dan BN tegur PR.. Itulah rutin demokrasi..

Suhaizan Kayat

Jika PR menegur pemimpin Kerajaan BN, maka BN akan menegur pemimpin kerajaan PR. Itulah rutinnya demokrasi yang diamalkan. Yang penting, kita lihat sejauhmana pemimpin kerajaan BN atau PR bekerja untuk membantu rakyat jelata.

Saya bersetuju 2 tindakan kerajaan PR yang tidak salah cuma salah masa dan situasi, iaitu kerajaan Selangor menaikkan gaji dengan kadar yang terlalu tinggi dan Pulau Pinang membeli kereta yang kelihatan mewah. Semuanya dibuat kerana kemampuan kewangan kerajaan negeri tersebut. CUMA masanya tidak kena disebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat semakin memuncak ditekan kerajaan BN.

Saranan saya, kerajaan PR perlu membetulkan persepsi buruk yang sedang dibina BN ini dengan memperkenalkan lebih banyak program atau skim yang membantu meringankan beban hidup rakyat (tambahan dari yang sedia ada).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya."

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Henti guna undang-undang tutup kelemahan

SHAH ALAM – PKR Selangor mengingatkan kerajaan supaya menghentikan penggunaan undang-undang jika hanya bertujuan untuk menutup kelemahan pentadbiran.

Setiausahanya, Amirudin Shari berkata, di samping isu kekangan terhadap media yang kelihatan semakin ketara, isu pokok yang sebenarnya cuba ditutup oleh kerajaan adalah kemelut kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Tatkala rakyat dihimpit dan dibebankan pelbagai kenaikan, kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan rungutan, sebaliknya muncul beberapa anggota kabinet kerajaan yang mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan meremehkan kesengsaraan yang ditanggung rakyat,” katanya melalui kenyataan akhbar di sini, semalam.

Menurutnya, susulan penggantungan akhbar The Heat, sekumpulan pengamal media nama Gerakan Media Marah (Geramm) mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman Protes Pensil Merah esok, sebagai simbolik membantah tindakan kerajaan yang mengekang kebebasan media.

Menurutnya, pendedahan The Heat dan juga liputan media lain tentang kecenderungan kerajaan berbelanja secara boros ini perlu dibahas dan didedahkan.

Katanya, isu itu bukan sekadar berkisar tentang kebebasan media bahkan turut melibatkan kepentingan rakyat khususnya pada masa sekarang di mana akses kepada maklumat adalah hak asasi kepada setiap rakyat.

“Saya menyokong sepenuhnya Protes Pensil Merah esok, yang digerakkan oleh Geramm dan akan turut serta menggerakkan orang ramai khususnya anak-anak muda menuntut kebebasan media dan Hati saya tersentuh...membantah tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang untuk menutup kepincangan mereka dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara,” katanya.

Polis keluar garis panduan turun kadar jenayah

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata pihaknya telah mengeluarkan beberapa garis panduan bagi menurunkan lagi kadar jenayah di negeri itu.

"Garis panduan 2014 itu meliputi bagaimana untuk menurunkan kadar jenayah...membasmi kegiatan pelacuran dan maksiat, membasmi perjudian, menangani masalah kemasukan dadah di pintu-pintu masuk utama serta mengurangkan kes pinjaman wang haram atau dikenali along.

"Kita menyeru supaya masyarakat dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi membekalkan maklumat kepada kami untuk membasmi jenayah, katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor di IPD Ampang Jaya, hari ini.

Pada majlis itu, Asisten Komisioner Khairuldin Saat menggantikan Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin sebagai Ketua Polis Daerah Ampang Jaya manakala Amiruddin akan mengisi jawatan Khairuldin sebelum ini sebagai Penolong Pengarah Pengurusan Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Bukit Aman.

Mohd Shukri berkata beliau yakin Khairuldin dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai oleh bekas ketua polis sebelum ini.

"Kadar jenayah di daerah ini kebanyakannya terdiri dari kes 'high profile' dan bukan mudah seorang ketua polis untuk menangani kes seumpama itu," katanya. - Bernama

Najib jimat RM600 ribu pun bising satu dunia, yang dia balun duit kita juta-juta tu tak bising pulak..!!


Qalam Hazin
20 hours ago near Tokai

TALKIN KENAIKAN HARGA

wahai si kedana binti si papa
hari ini engkau telah ditentukan
dengar sini baik-baik
Ingat...!!

kenaikan harga minyak itu benar
kenaikan kadar tol itu benar
kenaikan tarif letrik itu benar
kelulusan GST itu benar
kenaikan cukai pintu itu benar
kenaikan tambang LRT itu benar
kenaikan kadar tambang bas itu benar
kenaikan bil yuran astro itu benar..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...