TERKINI :

Thursday, January 2, 2014

Apabila orang UMNO sendiri menyampah mainkan isu Kereta Rasmi Guan Eng

 
LGE beli Mercedes ? Sebuk gila..!!

Anak menteri beli rumah puluh juta taknak sebuk?

Anak Roarr Semah beli kondo kat LA taknak sebuk?

Bugati mewah menteri taknak sebuk?

LGE jugak korang nak sebuk ya cai?

'Cukup-cukuplah rompak duit rakyat'

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan kini tidak berupaya bagi memikirkan cara lain selain menaikkan kos hidup rakyat dan sangat terdesak untuk menampung pembaziran dan ketirisan yang berlaku sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, rakyat kini semakin terhimpit dan tertekan selain mewujudkan jurang yang luas golongan kaya dan miskin dan meningkat bilangan rakyat yang bankrap dari semasa ke semasa akibat dari peningkatan kos sara hidup kini.

“Apakah rasionalnya penjimatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika tiada ketelusan dan tata kelola baik wujud dalam pentadbiran dengan standard minimum pentadbiran kewangan sesebuah negara?

“Audit Negara pula melaporkan transaksi bersifat kontroversi perbelanjaannya dan jika rasuah dan ketirisan terus berlaku, mana mungkin ada penjimatan?" katanya dipetik blog, rodziahismail.com, semalam.

Putrajaya kena halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama

Mujahid seru Putrajaya halang badan Islam keruhkan hubungan antara agama
OLEH JENNIFER GOMEZ
January 02, 2014

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata pendekatan kasar yang diambil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas masyarakat Kristian di negara ini membuktikan tindakan itu bermotifkan politik dan bukan didorong agama.

Mujahid, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais dari melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Muslim, sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini.

Petang tadi, sekumpulan pegawai Jais termasuk dua anggota polis menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Selangor, dan merampas 300 naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban.

Mujahid mempersoalkan serbuan dan rampasan tersebut.

"Dahulu, mereka menuduh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyebarkan agama mereka kepada penganut Islam, tetapi akhirnya tidak ada bukti mengenainya.

"Kali ini, apa pula tuduhan mereka terhadap Kristian? Jais patut berasa malu," kata Mujahid, yang aktif melibatkan diri dalam dialog Muslim-Kristian di negara ini. Beliau merujuk peristiwa pada Ogos 2011 di Petaling Jaya, di mana pegawai Jais menyerbu program makan malam kesyukuran dihadiri pelbagai kaum anjuran DUMC, atas alasan wujud usaha menyebar agama Kristian di kalangan hadirin Melayu.

Aduhai MACAI, Solat perserta TURUN pakai kasut pun hangpa nak pertikai dan kait dengan agama..!!

Patutkah politik dicampur agama? 
– Mohd Asri Zainul Abidin

Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul. Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.

Rentetan dari itu juga, ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran Kristian.

Tujuan politik

Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama. Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia.

Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata: “Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu, ketika itu, orang ramai pun turut menanggalkannya. Nabi s.a.w bertanya: 'Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?' Mereka menjawab: 'Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan'. Nabi s.a.w bersabda, 'Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran'."

Menggempur pemikiran MACAI..!!

oleh Zulkifli Yahaya


Almarhum Dato’ Fadzil Noor dalam ceramahnya gemar menggunakan istilah ‘pecacai’ yang merujuk kepada golongan yang menjadi kuli atau barua politik pihak tertentu. Mereka sentiasa mengikut telunjuk pihak tertentu dan mempertahankan segala tindak tanduk pihak yang mereka sokong itu.

Istilah pecacai kemudiannya diringkaskan menjadi macai. Istilah ‘macai’ begitu popular dalam alam siber bagi merujuk kepada penyokong tegar parti politik yang akan membela, mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dalam apa saja isu. Sekalipun secara terang-terangan macai tersebut mempertahankan perkara yang salah pada parti dokongannya. Istilah macai tidak ada dalam kamus, namun selepas ini pakar-pakar bahasa boleh berbincang sama ada perlu memasukkannya dalam perbendaharaan Bahasa Melayu.

Walaupun macai wujud di kedua-dua belah pihak parti mendokong kerajaan (BN) atau Pakatan Rakyat, tetapi apabila disebut macai semua pihak lebih senang untuk menganggap ia berada di pihak BN. Memang lumrah di Malaysia para pengampu dan penjilat, yang mengharap habuan duniawi dari usaha membodek parti politik yang memerintah hanya berada di sebelah sana. Bahkan ramai antara mereka yang dibayar hanya untuk tugasan menjadi macai, khususnya macai di alam siber.

Ulama PAS kecam Harussani ‘sangat jahil’ bab 'bughah'

Ulama PAS kecam Harussani ‘sangat jahil’ selepas ‘fatwa’ darah halal ke atas peserta himpunan

Khairudin menjelaskan label 'bughah' yang digunakan oleh Mufti Perak tidak kena dari segi hukum syarak dan juga perlembagaan Malaysia. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2013. 
Khairudin menjelaskan label 'bughah' yang digunakan oleh Mufti Perak tidak kena dari segi hukum syarak dan juga perlembagaan Malaysia. - Gambar The Malaysian Insider, 2 Januari, 2013.

Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini sebagai pemberontak yang halal darah mereka terus dikecam, termasuk oleh Dewan Ulama PAS.

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah.

"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS, Khairudin Aman Razali.

MP: Harussani mufti tak ada umat

Pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat membidas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (bawah) menyifatkan kenyataan Harussani itu seperti 'seorang mufti yang tak ada umat (penyokong)' berbanding tokoh agama tersohor Dr Yusuf al-Qaradhawi.

"Jika kita bandingkan dengan protes di Mesir, ada mufti Mesir, ulama kerajaan keluar kenyataan jangan (terlibat dalam) protes tapi Yusof al-Qardawi menyangkal dakwaan tersebut dan protes itu dihalalkan.

"Maka pandangan mufti Perak ini, boleh digambarkan dalam konteks begitu yang (mana) beliau tidak mempunyai umat (untuk mendapat sokongan)," kata ahli parlimen Bukit Katil itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Harga Ikan Kembung naik 50%.. Syukur Alhamdulillah.. geng UMNO BN tentu suka..!!

Harga ikan kembung di Kedah naik 50 peratus

http://w24.indonetwork.co.id/pdimage/94/2110294_dsc04394.jpg
Harga ikan kembung di Kedah meningkat sehingga 50 peratus akibat perubahan iklim menyebabkan tangkapan merosot dan bekalan kurang di pasaran sejak tiga minggu lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bandaraya ini dan Kuala Kedah mendapati ikan kembung yang biasa dijual di bawah RM8 sekilogram kini dijual antara RM10 hingga RM12 satu kilogram.

Peniaga ikan Sahilan Mustafa, 45, berkata sebelum ini dia menjual ikan kembung antara RM5 hingga RM7 sekilogram tetapi kekurangan bekalan menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.

"Bekalan yang kami dapat sekarang tidak banyak, purata seorang boleh dapat 20 kilogram," katanya yang ditemui berniaga di Jeti Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, dekat Alor Setar hari ini.

Sejarah tercipta dengan tertawannya Dataran Merdeka..!

Penutup 2013 dan Pembukaan tirai 2014 diakhiri dan dimulakan dengan demonstrasi dan protes rakyat secara besar-besaran di lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara..

Sedarkah anda bahawa ianya adalah satu sejarah negara yang akan terpahat selamanya?

Ianya gerakan paling berani oleh rakyat sejak 1998 melancarkan protes dalam pembikinan revolusi dan ianya sebagai satu isyarat kepada pemerintah bahawa rakyat tidak pernah takut atau gentar kepada ancaman palsu yang disebarkan oleh ejen-ejen pemerintah.

Tekanan keatas rakyat yang dilengkapi dengan penyalahgunaan wang cukai rakyat bagi melenyapkan suara rakyat dengan mengerah penguasa undang-undang menggempur demonstran untuk melabel rakyat sebagai perusuh jalanan adalah sangat ketara.

Bukan itu sahaja, jentera kerajaan yang disuntik dengan wang cukai rakyat juga digunakan sepenuhnya untuk melumpuhkan ketelusan suara media dengan menggantung akhbar The Heat akibat daripada mengkritik keborosan pemimpin. Ianya adalah salah satu daripada siri-siri pencabulan kebebasan media dan ianya mesti dihentikan serta merta.

Penguasa undang-undang juga bertindak di luar batasan apabila mengasari warga media yang bertugas pada perhimpunan Bersih 3.0 dimana banyak laporan mengenai keganasan penguasa undang-undang yang mengakibatkan kerosakan peralatan dan kecederaan serius keatas petugas media yang membuat liputan.

Tindakan ini tidak dilihat sebagai ancaman tetapi menambah buruk krisis dalam negara dan ditambah lagi dengan kenyataan tidak masuk akal oleh Menteri-Menteri yang terlibat seakan mempersendakan rakyat dengan menyuruh "keluar dari negara jika tidak suka" sekiranya tidak setuju dengan tindakan pemerintah menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Rakyat semakin marah apabila dalam masa yang sama gambar-gambar serta laporan mengenai penyalahgunaan aset kerajaan yang diselenggara dengan wang cukai rakyat oleh orang yang mengaku dirinya "wanita pertama negara" tersebar luas. Disaat negara mengalami krisis ekonomi dimana hutang yang ditanggung sedang menjulang tinggi dan aksara-aksara petunjuk inflasi bakal "meletup" pada bila-bila masa sahaja penyalahgunaan aset pula berlaku secara terang-terangan.

Bayangkan perasaan rakyat apabila mengetahui bantuan daripada luar negara kepada mangsa banjir di Kuantan berjumlah RM32.9 juta diterima tetapi dalam masa yang sama, RM15 juta digunakan dalam satu malam bagi menyambut tahun baru. Dimanakah rasionalnya "Transformasi" dan "Rasionalisasi" yang dicanang sebagai satu kejayaan oleh kerajaan dan pengundi-pengundi mereka?

Walaupun warga dunia seakan senyap tetapi pasti ada yang tahu dan mengkritik akan krisis dalaman pemerintah dan rakyat melalui maklumat daripada media sosial, pelajar, pekerja dan bekas pekerja bukan warganegara dari Malaysia di luar negara.

Ini amat memalukan rakyat Malaysia serta pemimpin kerajaan yang berada di luar negara dilihat sebagai berpura-pura "bahagia" dan berjaya dipimpin oleh pemerintah sedangkan ekonomi, politik dan keharmonian negara menuju kehancuran dengan pantas.

Laporan-laporan media pro kerajaan tidak lagi dapat menutup "bangkai" yang sekian lama mereka "selimutkan" apabila ianya telah pun "berbau busuk" apabila "disingkap" dengan sengaja oleh pemimpin dan bekas pemimpin mereka dalam kerajaan di media sosial seperti Facebook dan media sosial mikro, Twitter.

Tahun 2014 adalah tahun gelap bagi rakyat Malaysia.

* forumer, facebooker, independent writer
- Hairul Ariffin Tuah, KLIA, Sepang. 29 Safar 1435.
1 Januari 2014.

Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah

JAN 02, 2014  HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya perlu berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan.

"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," ujar Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian.

Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.

"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah mufti tidak nampak perkara ini.

"Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" tanya beliau.

Menurutnya, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.

"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," katanya.

Justeru, tegasnya PMIUM mendesak Harussani menarik balik label bughah dan harus memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.

Tak guna gaji tinggi kalau semua mahal

OLEH: NURULFATIHA MUAH
Tarikh: January 2, 2014

SHAH ALAM – Tiada gunanya mempunyai jumlah pendapatan tinggi, tetapi tidak mampu untuk berbelanja berikutan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Pensyarah di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kuasa beli pengguna akan terjejas disebabkan terpaksa berjimat untuk perbelanjaan keperluan asas.

"Kalau katakan pendapatan kita RM20,000, hanya barang keperluan saja yang mampu dibeli sebab pada ketika itu, semua barang dan perkhidmatan sudah mahal. Mungkin sedikit saja barang yang boleh dibeli nanti," katanya ketika diminta mengulas mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi.

Menurutnya, kesan kenaikan itu juga akan menyebabkan golongan miskin bandar semakin meningkat kerana jurang pendapatan begitu ketara berbanding masyarakat di luar bandar.

"Katakan, pendapatan RM5,000 sebulan. Mereka di kawasan bandar akan lebih terbeban dengan kos sara hidup lebih tinggi, berbanding dengan mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

"Ini kerana, rumah sewa dan barang keperluan di bandar lebih tinggi. Kalau di luar bandar, sewa rumah dan harga makanan mungkin jauh lebih murah. Rakyat semakin resah sebab mereka terpaksa kerja bukan untuk kesenangan, sebaliknya untuk 'survive' semata-mata," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai 11 langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Isnin lalu, Abu Sofian mendakwa, ia masih lagi tidak cukup bagi menampung jumlah defisit negara.

"Berdasarkan Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan, sehingga Jun lalu, jumlah hutang kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK).

"Pada saya, ia hanya retorik semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang," katanya.

Jawapan untuk macai yang mengatakan HUDUD PAS ZALIM PADA WANITA YG KENA ROGOL!!!

Jika tak tahu pie mengaji bagi tahu,
Jika tak faham sila bertanya bagi faham,
Jika dah tak tahu dan tak faham jangan bercakap,
Tapi bila nak bercakap juga maka beginilah jadinya...

Allah'huakbar.. Sampai sebegini rakyat berjimat, namun macai dan pemimpin BN macam tak rasa apa jaa..!

Apabila Harussani berhukum membela kerajaan, Ulama PAS mesti segera menjawabnya...!

Jika isu sebegini Ulamak PAS masih diam membisu ianya seperti mengiyakan apa yg Harussani katakan itu....

Kuantan - Luahan hati mangsa banjir

Luahan hati mangsa banjir  
Keadaan di sekitar Kampung Baru Pandan Dua yang terjejas 
teruk akibat banjir 3 Disember lalu.

KUANTAN - Walaupun bantuan banjir tidak putus-putus diterima mangsa banjir di negeri ini,  ada mangsa yang masih tidak menerima bantuan sebagaimana penduduk di kawasan terjejas yang lain.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Rosnani berkata, dia kesal dengan keadaan yang berlaku ketika ini apabila bantuan dan sumbangan dilihat lebih tertumpu di kawasan Sungai Isap sahaja.

Dia yang tinggal di Kampung Baru Pandan Dua di sini berkata, bantuan yang diterima tidak ‘semewah’ yang diperoleh penduduk di Sungai Isap.

“Kampung kami juga dilanda banjir, malah ini yang paling teruk selama tempoh 16 tahun saya tinggal di sini.

10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia


3

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.

1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak 3. Paka/ Kerteh, Terengganu 4. Miri, Sarawak 5. Kuala Lumpur 6. Kuala Terengganu, Terengganu 7. Kuching, Sarawak 8. Klang 9. Labuan 10. Johor Bahru

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Koleksi 'Maksiat' menyambut tahun baru..!!



PETALING JAYA - Cubaan seorang lelaki yang ingin melarikan diri melalui tingkap sebuah hotel gagal setelah tindakannya disedari anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dalam operasi yang dijalankan, lewat pagi semalam. 
16 individu ditahan khalwat
SEREMBAN - Seramai 18 individu ditahan dalam Operasi Tahun Baharu 2014 yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sekitar Seremban dan Port Dikson, di sini, semalam. 

Bolasepak Kedah - Penyokong tolak logo baharu, mahu logo lama



Penyokong tolak logo baharu, mahu logo lama 
Muhammad Adhan (dua, kiri) menyerahkan memorandum bantahan 
kepada Suhaidi di Stadium Suka Menanti, kelmarin.

GABUNGAN Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah menyerahkan memorandum bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berhubung logo baharu yang bakal digunakan pada musim 2014, lapor WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR.


Memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Perhubungan KFA, Suhaidi Shukri, kelmarin menunjukkan bahawa cadangan logo baharu berlatarbelakangkan burung helang yang dipersetujui kongres persatuan itu nyata tidak disukai peminat.



Najwa Latif nafi tweet isu perserta himpunan liar & meraba wanita

Najwa Latif nafi burukkan peserta himpunan Turun
‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.

Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Individu pakai jersi ‘Chelsea’ yang baling botol kepada polis ditahan oleh orang ramai.

SAMM serah individu pakai jersi ‘Chelsea’ baling botol kepada polis
Oleh: NAZLI IBRAHIM

sammKUALA LUMPUR 1 JAN: Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengesahkan  menahan dan menyerahkan individu terlibat dalam kejadian membaling botol minuman plastik ke arah polis ketika Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) berlangsung di Dataran Merdeka, malam tadi.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan, berkata tindakan itu perlu demi mengelakkan perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 orang itu dicemari kejadian tidak diingini sekaligus memburuk-burukkan imej perhimpunan bagi menyatakan bantahan kenaikan kos sara hidup dengan aman.


“Kami tidak berkompromi dengan pihak yang cuba menimbulkan suasana huru-hara dalam perhimpunan sebab itu kami serahkan pemuda itu kepada polis bertugas malam tadi di Dataran Merdeka.

Singapura turun kadar elektrik, Kerajaan BN di Malaysia terus beban rakyat


Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM 1 JAN: Tindakan Kerajaan Singapura yang menurunkan kadar tarif elektrik di negara republik itu jelas membuktikan mereka lebih prihatin dan waras dalam mengutamakan kepentingan rakyat.

Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata perkara sebaliknya berlaku di Malaysia apabila Putrajaya lebih cenderung untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan termasuk tarif elektrik.

jingga 13 pc DNS 01“Ini membuktikan Singapura lebih waras dalam mementingkan rakyat. Berbeza dengan Malaysia, kalau boleh biar berlaku kenaikan kos barangan.

“Ini menunjukkan Singapura lebih memahami sentimen rakyat,” kata Fariz kepada Selangor Kini.

Golongan muda mahu perubahan

KUALA LUMPUR - Himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) malam kelmarin, menunjukkan bahawa anak muda mahukan perubahan segera bagi menangani permasalahan rakyat.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, golongan muda telah menunjukkan sikap secara matang dalam meluahkan perasaan mereka tanpa melanggar undang-undang sedia ada.

“Anak muda begitu jelas menyatakan pendirian mereka membabitkan isu rakyat seperti kenaikan harga barang yang tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan.

“Perhimpunan ini disifatkan berjaya kerana berlangsung dalam keadaan aman walaupun digembar-gemburkan untuk ada usaha mengguling kerajaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian dalam himpunan tersebut.

Kedah - Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat


Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat  
Dikatakan wanita ini bersama kekasihnya sudah menginap 
di hotel bajet berkenaan sejak empat hari lalu.

Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat  
Kesemua yang ditahan dalam operasi cegah maksiat 
sempena tahun baharu awal pagi semalam.
 
Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat  
Empat remaja termasuk seorang berusia 16 tahun disoal siasat.
 
Sambutan tahun baharu dicemari aktiviti maksiat  
Seorang lelaki dan kekasihnya (tiga kiri) disoal siasat 
penguatkuasa agama ketika berdua-duaan. 
 
SUNGAI PETANI - Acara sambutan Tahun Baru 2014 di daerah ini disambut dengan cara sederhana berkonsepkan Islamik anjuran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) bertujuan mengajak remaja Islam mendekatkan diri ke arah matlamat hidup yang jelas seiring dengan tuntutan agama.

Bagaimanapun, saranan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan itu hanya dipedulikan sebahagian kecil masyarakat yang menghayati nasihat menerusi forum agama yang diadakan di Dataran Zero Kilometer sedangkan sebilangan kecil lagi masih terjebak ke lembah maksiat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...